Anda di halaman 1dari 25

KONSEP ASAS FALSAFAH DAN

FALSAFAH PENDIDIK AN

Dr. Adibah Sulaiman@Mohamad


Universiti Sains Islam Malaysia
HASIL PEMBELAJARAN

1. Memahami konsep asas falsafah, pendidikan dan


falsafah pendidikan.
2. Membincangkan cabang-cabang dan mazhab falsafah
pendidikan.
3. Memahami Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam
dunia pendidikan.
PENGENALAN

• Kenapa perlu faham konsep asas falsafah, pendidikan dan falsafah


pendidikan?
• Apa hubung kait dengan cabang dan mazhab falsafah pendidikan?
KONSEP FALSAFAH

Falsafah
• philosophy (BI)
• istilah yang berasal daripada bahasa Yunani iaitu philosophia.
Terdiri daripada
• philien (philo)
• mencintai
• sophia
• kebijaksanaan.
• Philosophia bermaksud mencintai kearifan dan kebijaksanaan atau
cinta kepada ilmu pengetahuan yang sebenar.
KONSEP FALSAFAH

Socrates (469- • Ilmu pengetahuan yang merangkumi kebenaran


399). • untuk mencapai kebijaksanaan
• Usaha mencari kebijaksanaan menerusi proses
Plato (427- dialektik dan mengetahui keadaan jiwa manusia
347).
• ke arah pencapaian kebenaran semula jadi.
Fung Yu-Lan • Pemikiran reflektik yang sistematik tentang
(1966). kehidupan.
KONSEP PENDIDIKAN

Pendidikan

• education (BI)
• bahasa Latin
• educere membimbing atau melatih dan educare iaitu melatih atau
mengasuh.
KONSEP PENDIDIKAN

Pendidikan
• aktiviti yang berkaitan pembentukan dan perkembangan ilmu dan
kemahiran.
• proses yang dirancang dengan objektif untuk mendidik murid supaya
menjadi insan
• berilmu pengetahuan
• berkemahiran,
• berakhlak mulia
• berupaya menjadi manusia yang dapat berbakti kepada
masyarakat.
KONSEP PENDIDIKAN

Dari sudut yang luas, pendidikan:


• satu hasil.
• apa sahaja perbuatan atau pengalaman yang mempunyai kesan
tertentu terhadap
• pemikiran,
• sikap
• kebolehan fizikal seseorang individu.
KONSEP PENDIDIKAN

Maksud pendidikan boleh difahami dengan


mengkaji fungsi pendidikan yang dianggap
penting menurut konteks falsafah.

• persekolahan formal
• latihan
• proses pembentukan atau perkembangan fizikal, intelek,
sosial, emosi dan moral pelajar
• indoktrinasi
KONSEP PENDIDIKAN

• Tokoh-tokoh Islam melihat pendidikan sebagai satu proses penyatuan


semua prinsip ilmu pengetahuan dalam al-Quran dan berperanan
mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani
manusia.
• Al-Ghazali menjelaskan proses pendidikan hendaklah meliputi aspek
intelek latihan jasmani dan pembinaan akhlak yang mulia.
KONSEP PENDIDIKAN

• Siapa dan apa pandangan tokoh2 Islam tentang konsep pendidikan?


• https://padlet.com/titasasm/eea7012
KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN

Konsep falsafah pendidikan memberi panduan kepada sesebuah sistem


pendidikan bagi membolehkannya menetapkan

• matlamat,
• proses,
• jenis sistem pendidikan dan kurikulum,
• kaedah-kaedah pengajaran,
• peranan guru di sekolah dan
• apa sahaja yang baik bagi pendidikan.
KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN

Ringkasnya, falsafah pendidikan


• satu bidang falsafah gunaan yang menggunakan bidang falsafah
tradisional seperti ontologi, etika dan epistemologi serta
pendekatannya dalam menangani persoalan tentang polisi
pendidikan, pembangunan manusia, teori kurikulum dan
seumpamanya.
Dalam konteks Falsafah Pendidikan Kebangsaan
• arah tuju yang ingin dicapai dalam bidang pendidikan di negara
Malaysia.
CABANG-CABANG FALSAFAH

• Kajian tentang kewujudan atau realiti


yang akhir seperti alam, roh dan
kehidupan.
• Jauh melangkau alam fizikal atau
Metafizik/ Ontologi. kebendaan dengan bersifat spekulatif
dan mempersoalkan.
• Contohnya, “Apa itu hidup?”, “Adakah
dunia wujud di luar minda?” dan “Adakah
Tuhan wujud?”.
CABANG-CABANG FALSAFAH

• Kajian tentang ilmu iaitu asal ilmu, sifat,


karakter dan jenisnya.
• Antara persoalan dalam kajian ini, “Apa
itu ilmu?”, “Adakah ilmu itu tetap atau
berubah?”, “Apakah sumber
Epistemologi. pengetahuan?” dan “Apakah
kebenaran?”.
• Epistemologi mengkaji cara kita berfikir
kerana ia adalah satu keperluan untuk
menentukan kebenaran dan memisahkan
kebenaran daripada kesalahan.
CABANG-CABANG FALSAFAH

• Kajian tentang sifat, punca dan kepentingan nilai


etika dan estetika.
• Etika membincangkan tentang moral dan tingkah
laku yang betul serta isu-isu peradaban yang
menjadi integriti manusia dan kemanusiaan.
• Estetika mengkaji nilai kecantikan dan kehalusan
Aksiologi. pekerti dengan menentukan kriteria bagi
kecantikan dalam kesenian, alam sekeliling dan
kehidupan.
• Beberapa contoh soalan ialah “Apakah itu moral
dan bukan moral?”, “Adakah kehidupan
mempunyai makna?” dan “Bagaimanakah
manusia menggunakan ilmunya?”.
CABANG-CABANG FALSAFAH

• Kajian tentang perkara yang


membentuk penaakulan yang sah.
Logik. • Mencari kaedah untuk membezakan
penaakulan sah dengan penaakulan
tidak rasional atau mengelirukan
secara inferens atau demonstrasi.
CABANG-CABANG FALSAFAH
• Empat kategori falsafah ini mencorak pendidikan dalam pelbagai aspek seperti standard,
kandungan subjek dan kurikulum, pendidikan guru, autonomi, kebebasan akademik, undang-
undang dan peraturan, serta pengajaran dan pembelajaran.
• Metafizik memberi panduan kepada matlamat dan objektif pendidikan terutama pembentukan
sifat pelajar sebagai manusia.
• Epistemologi memberi fokus kepada kandungan dan proses pembelajaran, selain kajian bagi
pengembangan ilmu dan penyelesaian masalah pendidikan.
• Aksiologi membincangkan nilai pendidikan seperti kerelevanan mata pelajaran dalam kurikulum,
panduan pendidikan sebagai agen sosialisasi dan panduan kandungan kurikulum untuk
melahirkan pelajar yang halus sifat kemanusiaannya dan cintakan keharmonian alam.
• Logik melatih pelajar untuk berfikir, menganalisis dan menilai secara kritikal dan rasional sesuatu
pernyataan atau ilmu yang dipelajari
Falsafah aliran tradisional dan falsafah
aliran moden.

Idealisme dan realisme adalah aliran

MAZHAB pemikiran tradisional.

FALSAFAH Falsafah aliran moden bermula dengan


pragmatisme yang memperkenalkan jalan
penyelesaian masalah.
Diikuti progresivisme dan
rekonstruksionisme yang
mengembangkan ciri-ciri pendidikan
pragmatisme dari segi peranan kurikulum.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
(FPK)

• Apakah yang dinyatakan dalam FPK?


• Apakah rujukan FPK?
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
(FPK)
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
(FPK)
Melahirkan warganegara yang baik, progresif, toleran dan adil untuk hidup aman dalam
masyarakat majmuk.
Menghasilkan sumber manusia yang berguna dalam mengembangkan ekonomi dan
memastikan kestabilan politik, sosioekonomi dan budaya.
Menanam kefahaman dan penghayatan terhadap Rukun Negara dalam diri setiap warga.

Memelihara perpaduan dan integrasi sosial dalam kalangan pelajar.

Menerangkan aspek nilai moral yang baik.


Menyediakan kurikulum yang menyediakan pengetahuan, kemahiran dan sikap selaras
dengan matlamat pendidikan.
Kefahaman konsep membawa kepada
pengertian yang lebih mendalam terhadap
falsafah pendidikan dalam membentuk
perkembangan pelajar secara holistik yang RUMUSAN
meliputi dimensi intrinsik dan dimensi
sosial.
S OA L A N
AKTIVITI

Anda mungkin juga menyukai