Anda di halaman 1dari 43

KPF 4013: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN

PENDIDIKAN MALAYSIA

TAJUK : PENGENALAN FALSAFAH,


PENDIDIKAN, FALSAFAH PENDIDIKAN DAN
KURIKULUM
1. SAR MUHAMMAD HANIS
2. TAHMIDUDDIN
3. MUHAMMAD SYAHMI FARHAN
4. MUHAMMAD FARHAN
5. SHAHRUL AMIRUL
6. MOHAMAD AMIRUL ANWAR
KONSEP ASAS FALSAFAH

APA ITU FALSAFAH?


• Wolf (1989): falsafah sebagai
cinta kepada kebijaksanaan

Falsafah (dari perkataan Greek • Orang yang cintakan


philosophia bererti "cinta kepada kebijaksanaan dipanggil ahli
hikmah") adalah satu disiplin yang falsafah
mencari kebenaran.
• Kesimpulannya, mereka
sanggup mengabdikan diri
kepada pengetahuan
Katakanlah (Muhammad),
"Seandainya lautan menjadi tinta
untuk (menulis) kalimat-kalimat
Tuhanku, maka pasti habislah lautan
itu sebelum selesai (penulisan)
kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun
Kami datangkan tambahan sebanyak
itu (pula).“ AL-KAHFI 109
SOCRATES
470-399 sebelum masihi
Membetulkan pemikiran yang rosak
(sophis) Kaum sophis meyakinkan
(debat)
Tidak pernah menulis ajaran( plato
tulis pandangannya)
Mati dibunuh (ada peluang untuk lari)
Hanya satu yang akau tahu, iaitu
bahawa aku tahu apa-apa
PLATO

427 - 347 sebeum masihi. Ahli falsafah


yunani
Pakar dalam ilmu matematik. Pengetahuan
(akal manusia) Guru kepada aristotle
Anda dapat mengetahui peribadi seseorang
melalui
Satu jam permainan berbanding satu jam
percakapan. Kebodohan adalah akar segala
kejahatan
ARISTOTLE

384-322 sebelum masihi


Anak murid plato
Dikenali mempelajari hampir semua
bidang. Bagaimana sesuatu baik dan salah?
Bagaimanakah ciri pemerintahan terbaik.
Memahami diri sendiri adalah awal
kebijaksanaan

Story for illustration purposes only


KONSEP ASAS FALSAFAH

ETIMOLOGI TERMINOLOGI PRAKTIKAL


ETIMOLOGI

●Falsafah berasal daripada beberapa perkataan asing iaitu “Philo”


(Cinta)daripada istilah Yunani dan “Sophos” (pengetahuan, hikmah
dan kebijaksanaan) yang bermakna cinta kepada kebijaksanaan
(love of wisdom) atau pada keutamaan dan kebenaran.
●Tokoh pertama yang memakai gelaran ini iaitu Pythagoras
dengan menggelarkan dirinya sebagai philosophos atau pencinta
kebijaksanaan (love of wisdom). Inilah asalnya pengertian falsafah.
Wacana Falsafah Ilmu: Analisis Konsep-Konsep Asas dan Falsafah
Pendidikan Negara (Abdul Rahman Haji Abdullah 2005)
ETIMOLOGI

• Falsafah atau dalam bahasa Inggerisnya philosophy bermakna ‘cinta


• akan kebijaksanaan dan kebenaran’ — love of wisdom and truth
• Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah (Sufean Hussin,
1996)
• Pengetahuan tentang pengertian yg dianggap sebagai ilmu yang
tertinggi yg menjadi dasar ilmu-ilmu lain
• Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005
TERMINOLOGI

• Satu usaha kearah mencintai, mencari, mengkaji dan menanggapi


sesuatu perkara dengan menggunakan kecerdasan akal fikiran dan
kebijaksanaanya untuk mendapatkan kebenaran dan keyakinan
yang hakiki.
• Pendidikan Islam dan Pengaruhnya
• (Abdullah Ishak 1995)
CABANG - CABANG FALSAFAH

ONTOLOGI
Vestibulum congue

EPISTOMOLOGI
LOGIK

AKSIOLOGI
ONTOLOGI / METAFIZIK
● Dari perkataan Greek (meta) bermaksud “selepas”) dan (physika)
(bermaksud “yang mengenai alam”)
● Cabang utama ilmu falsfah yang membincangkan mengenai hakikat
realiti, kewujudan dan dunia yang sebenarnya yang diluar alam biasa
atau yang tidak kelihatan
● Pengajian kewujudan atau kejadian, sebagai contoh,
AIR MERUPAKAN ASAL MULA SEGALA SESUATU, NAMUN YANG LEBIH
PENTING IALAH BAGAIMANA AIR ITU WUJUD, JIKA AIR ITU DARI
HIDROGEN DAN OKSIGEN, BAGAIMANA OKSIGEN ITU BOLEH WUJUD.
HUJUNGNYA IALAH KEWUJUDAN TUHAN SEBAGAI PENCIPTA
EPISTEMOLOGI

• Mengkaji pengetahuan dan perihal mengetahui.


• Berhubung rapat dengan kaedah pendidikan dan pembelajaran.

• Mengkaji ilmu pengetahuan melalui akal dan pancaindera dengan


berbagai cara seperti melalui penglihatan, pendengaran dan hati

• Contoh : Apa itu pengetahuan? Bagaimana karekteristiknya? Apa


hubungannya dengan kebenaran dan keyakinan
AKSIOLOGI

• Berusaha untuk menentukan apakah yang bernilai


• Dibahagi kepada dua, etika dan estetika
• Etika - Mengkaji nilai-nilai moral dan peraturan kelakuan yang betul
• Estetika – Mengkaji nilai-nilai bagi kecantikan nilai dan seni
LOGIK

• Mengenai keperluan pemikiran yang betul dan yang dipercayai


• Dibahagi kepada dua, Logik Deduktif dan Logik Induktif
• Logik Deduktif – Cara membuat kesimpulan dan pernyataan yang am
hingga ke perkara dan kegunaan khusus
• Logik Induktif - Cara membuat kesimpulan sebaliknya iaitu dari
perkara dan kejadian khusus
CABANG FALSAFAH UNSUR PERKARA BERKAITAN PENDIDIKAN

· Apakah yang merupakan pengetahuan?


· Adakah para pelajar pada dasarnya insan yang berupaya atau insan yang tidak
ONTOLOGI REALITI berkeupayaan?
· Bagaimanakah pandangan kita terhadap pengetahuan yang mempengaruhi apa
yang sepatutnya kita ajar?

·Patutkah guru memberi kuliah, menyoal, memberikan pengalaman, atau


menggalakkan aktiviti-aktiviti untuk membolehkan pelajar-pelajar belajar?
EPISTEMOLOGI PENGETAHUAN · Bagaimanakah para saintis mengaplikasikan sains?

NILAI · Bagaimanakah sepatutnya guru melayan para pelajar?


AKSIOLOGI ETIKA · Bagaimanakah sepatutnya para pelajar melayani rakan dan guru?
ESTETIKA · Apakah kepentingan pendidikan seni dan pendidikan muzik di sekolah

· Patutkah guru mengguna pentaakulan deduktif atau induktif dalam pengajarannya?


· Bagaimana guru boleh memahami apa yang dilakukan oleh pelajar-pelajar adalah
merupakan pentaakulan?
LOGIK PENAAKULAN
PENDIDIKAN
• Syed Ismail Syed Mustapa & Subki Miskon (2014) menyatakan pendidikan dalam
bahasa inggeris dipanggil ‘education’ atau asalnya dari Bahasa latin ‘educare’
yang memberi maksud memelihara dan mengasuh anak.
• Syed Ismail Syed Mustapa & Subki Miskon (2014) menyatakan “Pendidikan pula
dihuraikan sebagai satu proses yang berterusan untuk menjaga dan memelihara
pembesaran tubuh badan dan pertumbuhan bakat manusia dengan rapi suapaya
dapat melahirkan insan-insan yang berilmu, baik tingkah laku dan dapat
mengekalkan nilai-nilai budaya dalam kalangan masyarakat”(m.s 3)
• Yusof Al-Qardhawi (1982) dalam Syed Ismail Syed Mustapa & Subki Miskon
(2014) mentakrifkan pendidikan adalah satu proses bagi keseluruhan hidup
termasuklah akal, hati, rohani, jasmani, akhlak dan tingkah laku
PENDIDIKAN

• Plato mendefinsikan pendidikan adalah memberi keindahan dan


kesempurnaan yang mungkin diberikan kepada jasmani dan rohani (Syed
Ismail Syed Mustapa & Subki Miskon, 2014)
• John Dewey menyatakan pendidikan adalah satu proses pembaharuan
makna pengalaman dan boleh berlaku semasa pergaulan (Syed Ismail
Syed Mustapa & Subki Miskon, 2014)
• Sebilangan sarjana barat mengatakan konsep pendidikan hanya sebagai
proses melatih akal, jasmani dan moral supaya menjadi manusia yang
baik (Syed Ismail Syed Mustapa & Subki Miskon, 2014)
PENDIDIKAN

• Pendidikan di sisi islam berasaskan wahyu yang utama dan mengajak


manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah.Manakala pendidikan di
sisi Barat lebih tertumpu kepada akal.Antara perbezaan pendidikan di sisi
islam dan dan pendidikan di sisi Barat adalah :
Pendidikan Islam Pendidikan Barat

Dasar Al-quran dan As-sunnah Dasar fahaman akala tau ideologi

Matlamat utama adalah Allah Bertuhan akal dan nafsu

Tumpu pada jasmani dan rohani Tumpu pada jasmani

Fokus kepada iman dan takwa Fokus kepada kedudukan dan dunia
JENIS-JENIS PENDIDIKAN

• Formal : pendidikan dalam bentuk kurikulum terancang seperti sistem


sekolah
• Non formal : pendidikan tambahan yang diajar di luar pendidikan formal
seperti kursus atau bengkel
• Informal : pengalaman yang diperolehi dari aktiviti kehidupan seharian
seperti adab makan
RINGKASAN SEJARAH
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
Sistem Pendidikan Vernakular Sebelum merdeka(abad ke-14)
 
• Berdasarkan pecah dan perintah telah • Sistem Pendidikan Pondok
terbentuk lima jenis persekolahan pada zaman Pondok adalah pendidikan bukan formal.
inggeris iaitu vernakular melayu, vernakular
cina, vernakular tamil, sekolah inggeris dan Bermula dengan perkembangan agama islam dan
sekolah agama atau madrasah (Noriati A. tertumpu kepada pembelajaran agama.Pengajaran
Rashid et al. 2016) dan pembelajaran berlaku di sekolah pondok.
• Guru cina datang dari tanah besar cina.Guru
tamil datang dari india.Sekolah agama
didirikan oleh orang melayu.Penjajah
membuka sekolah inggeris yang
kebanyakannya diasaskan oleh mubaligh
kristian.
RINGKASAN SEJARAH
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
Laporan Barnes
Laporan Cheeseman
 
Dipengerusikan oleh L.J Barnes.Bertujuan menyemak dan Terjadi antara 1941-1946.Pada masa pemerintahan jepun,
memperbaiki keadaan pendidikan bangsa sekolah melayu dan tamil diteruskan manakala sekolah lain
melayu.Mendapat tentangan hebat terutama dari kaum digantikan dengan sekolah Nippon-Go (Noriati A. Rashid et
cina.Antara kandungan laporan Barnes ialah al. 2016).Jepun membubarkan menengah aliran biasa dan
digantikan dengan pelajaran vokasional dan teknik dalam
a) Sekolah rendah menggunakan Bahasa Melayu atau bidang perikanan, perhubungan, pertanian dan pembinan.
Bahasa Inggeris sebagai Bahasa pengantar
Laporan Cheeseman dihasilkan sebagai langkah untuk
b) Sekolah menengah menggunakan Bahasa Inggeris sebagai membina semula sistem pendidikan di tanah melayu
Bahasa pengantar selepas penjajahan jepun.Ini berlaku atas faktor bangsa
c) Semua sekolah vernakular dihapuskan dan digantikan melayu yang mula sedar akan kepentingan pendidikan dan
dengan sekolah kebangsaan (Noriati A. Rashid et al. 2016) kaum cina dan india yang mula menunjukkan minat untuk
menetap di tanah melayu.
RINGKASAN SEJARAH
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
Laporan Fenn-Wu
Ordinan pelajaran 1952
Terbentuk kerana laporan Barnes dan laporan Fenn-wu Terjadi ekoran daripada tentangan laporan
tidak sama.Kemudian inggeris menubuhkan jawatankuasa Barnes.Diketuai oleh dua orang dari PBB ialah Dr.
untuk mengkaji kedua-dua laporan tersebut.Cadangan W.O Fenn dan Dr Wu Teh Yau.Antara kandungan
tidak dapat dilaksanakan atas faktor kewangan.Antara
perkara yang termaktub ialah
laporan Fenn-Wu ialah
a) Dua jenis sekolah rendah, iaitu sekolah yang a)Sekolah cina diteruskan secara berasingan di
menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bawah sistem kebangsaan
sebagai bahasa pengantar b)Pendidikan sekolah cina haruslah berorientasikan
b) Bahasa cina dan bahasa tamil diajar sekiranya terdapat Tanah Melayu
15 orang murid dalam kumpulan yang sama
c) Galakan diberikan kepada orang cina untuk
c) Pelajaran bahasa melayu diwajibkan di sekolah inggeris menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
dan bahasa inggeris di sekolah melayu (Noriati A. Rashid
et al. 2016)
(Noriati A. Rashid et al. 2016)
RINGKASAN SEJARAH
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
Laporan Rahman Talib Laporan/penyata Razak
Dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib pada Menekankan kepada dua perkara iaitu
tahun 1960 untuk menyemak semula dan perpaduan kaum dan penghasilan tenaga
mengukuhkan Penyata Jawatankuasa Pelajaran kerja.Antara tujuan utama penyata Razak
1956.Antara isi kandungan laporan
adalah
a) Pendidikan percuma kepada kanak-kanak
sekolah rendah a)Menjadikan bahasa melayu sebagai
bahasa kebangsaan
b) Peperiksaan hanya dalam bahasa rasmi
b)Membina perpaduan kaum sebagai satu
c) Sekolah menengah teknik diadakan (Noriati A.
Rashid et al. 2016) rumpun bangsa tanah melayu
c) Kemudahan pelajaran yang mencukupi
disediakan (Noriati A. Rashid et al. 2016)
RINGKASAN SEJARAH
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
Laporan Aminudin Baki 1964 Akta pendidikan 1961
Laporan Aminudin Baki membuat penambahbaikan Berdasarkan cadangan-cadangan dalam
daripada laporan Rahman Talib.Sistem pendidikan aneka laporan Razak.Tujuan adalah untuk melahirkan
jurusan bagi sekolah menengah rendah menggantikan
sekolah pelajaran lanjutan.Habis sekolah pelajaran masyarakat majmuk yang bersatu
rendah masuk ke tingkatan satu untuk pelajaran padu.Memberi penekanan kepada perkara-
menengah selama tiga tahun.Pendidikan aneka jurusan perkara berikut
ini desediakan kerana
a)Penguasaan bahasa melayu sebagai bahasa
a)Sejajar dengan dengan dasar kerajaan untuk menaikkan pengantar utama
umur berhenti sekolah
b)Menyediakan jawatan yang sesuai selepas tamat belajar b)Penggunaan kurikulum yang sama bagi semua
c)Peluang pekerjaan disediakan berdasarkan bakat dan sekolah
kemahiran c)Pengambilan peperiksaan awam yang sama
d)Mempelbagaikan jenis kursus supaya memenuhi tenaga bagi semua murid (Noriati A. Rashid et al.
kerja negara (Noriati A. Rashid et al. 2016) 2016)
RINGKASAN SEJARAH
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
Akta Pendidikan 1996 Laporan Jawatankuasa Kabinet

Dikenali sebagai akta 550.Bertujuan Pada tahun 1974.Mengkaji semula


memansuhkan akta pelajaran 1961 (Noriati A. pelaksanaan sistem pelajaran
Rashid et al. 2016).Mengemukakan satu kebangsaan.Ini supaya dapat melahirkan
undang-undang baru tentang pendidikan tenaga kerja jangka pendek dan jangka
tentang maksud melaksanakan dasar
panjang (Noriati A. Rashid et al. 2016).
pendidikan negara yang berasaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Hasil daripada laporan ini adalah Kurikulum
Dapat memantapkan sistem pendidikan dan Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
meluaskan skop pendidikan.Bahasa kebangsaan Baru Sekolah Menengah (KBSM).
sebagai bahasa pengantar ke semua sekolah
kebangsaan.Kurikulum dan peperiksaan awam
yang sama.Bahasa kebangsaan wajib diajar di
semua sekolah.
FALSAFAH PENDIDIKAN

• Falsafah Pendidikan berasal daripada dua istiah asas iaitu


falsafah dan Pendidikan
• Perspektif sains kognitif, sains tulen telah diibaratkan sebagai
pepohon, manakala falsafah diumpamakan seperti tanah di
mana pepohon tumbuh dengan suburnya.
• Menurut Kamus Dewan 1979 Pendidikan berasal daripada satu
proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembangkan
kebolehan dan tingkahlaku manusia.
• Pendidikan adalah satu proses yang bertujuan untuk
mempertingkatkan lagi kedudukan manusia. Sekolah dilihat
sebagai satu persekitaran khusus yang bersamaan dengan
persekitaran sosial
Yusuf Al-Qardawi
(1980)
Pendidikan merangkumi
keseluruhan hidup termasuklah akal,
hati dan rohani, jasmani, akhlak dan
tingkah laku.
Ia bertujuan untuk menyediakan
manusia hidup dalam masyarakat
yang seiring menghadapi kebaikan
dan kejahatan, kemanisan, dan
kepahitan.
FALSAFAH ISLAM

Menurut perspektif Islam Pendidikan bermaksud:


• Satu proses yang berterusan
• Memupuk potensi semulajadi manusia dari segi intelek, akhlak,
rohani dan Jasmani
• Secara bersepadu
• Ke arah pembentukan insan yang soleh yang membawa kebaikan
dunia dan akhirat
PANDANGAN TOKOH ISLAM
Al-Ghazali (450-505H)
Menurut Al Farabi (259-339H)
•Sebuah konsep, dimana dalam sebuah
pelaksanaan pendidikan harus memiliki Falsafah dilihat dari dua sudut :
tujuan yang berlandaskan pada i. Falsafah teori – mengetahui sesuatu
pembentukan diri untuk mendekatkan
peserta didik kepada Tuhan. yang ada
•Proses Pendidikan, Al-Ghazali menjelaskan ii. Falsafah amalan – apa yang perlu ada
sebuah tujuan pendidikan yang bermuara dalam perbuatan
pada nilai moralitas akhlak. Sehingga tujuan
sebuah pendidikan tidak hanya bersifat
keduniawian, pendidikan bukan sekedar
untuk mencari materi di masa mendatangnya
Falsafah pendidikan Barat traditional dan moden
Aspek Konsep Matlamat Tumpuan
Pendidikan
Traditional
1) Perenialisme Secara semulajadi, Mengajar ilmu dan Kurikulum: bidang kemanusiaan
ciri manusia bersifat nilai bersifat sejagat dan kesusasteraan.
sejagat dan tidaj dan abadi. Guru: penyampai ilmu yang pakar.
berubah-ubah. Kaedah mengajar: didaktik.
Murid: penerima ilmu yang bersifat
pasif.

2) Esensialisme Penekanan diberi Mengajar ilmu dan Kurikulum: Kemahiran asas


kepada perkaraperkara budaya yang (membaca, menulis dan mengira)
asas. bersifat asas Guru: Penyampai ilmu yang mahir.
sahaja. Kaedah mengajar:
didaktik
Murid: Penerima ilmu yang bersifat
pasif.
Aspek Konsep Matlamat Pendidikan Tumpuan
Modern
1) Progresivisme Manusia berupaya Menghasilkan Kurikulum: Kebebasan untuk memilih
menyesuaikan diri individu yang sedia mata pelajaran yang ingin dipelajari.
terhadap perubahan menghadapi Guru: Pembimbing dan pengurus
perubahan dalam Kaedah mengajar: Induktif
kehidupan Murid: mencari ilmu dan bersifat aktif..
seharian.

2) Rekonstruktivisme Sekolah merupakan Mengasaskan Kurikulum: bidang sains sosal.


landasan untuk corak budaya baru Guru: agen perubahan
membentuk Kaedah mengajar: berpusatkan murid
masyarakat baru. Murid: berani mencuba dan bersifat
aktif.
3) Esistentialisme Manusia Tidak digariskan Kurikulum: bidang
bertanggungjawab estetik dan
ke falsafah.
atas diri sendiri Guru: pemangkin
ilmu
Kaedah mengajar:
berpusatkan murid
dan aktiviti.
Murid: penerima
ilmu yang bersifat
aktif.
KURIKULUM
Berasal daripada perkataan Latin - Laluan dalam sesuatu pertandingan.
Dalam bahasa Arab, kurikulum disebut minhaj atau manhaj yang terbit
dari kata dasar anhaja. Ia bermaksud jurusan, bidang atau fakulti.
Merujuk kepada perkara berikut iaitu dokumentasi khas dan panduan,
tumpuan kepada kaedah penyampaian, program pengajian yang merujuk
kepada mata pelajaran, membentuk pengalaman pembelajaran
terancang dan konsep yang tersirat.
Kurikulum didefinisikan sebagai bahan pengajaran yang memerlukan
guru dan murid-murid melalui proses pengajaran dan pembelajaran.
KURIKULUM
•Franklin (1918) – Sebagai semua pengalaman yang memberi fokus
kepada perkembangan individu secara menyeluruh. Ia merupakan satu siri
latihan pengalaman langsung secara sedar yang digunakan di sekolah
untuk melengkapkan dan menyempurnakan pendedahannya. Konsep
Franklin menekankan kepada pemupukan perkembangan individu melalui
segala pengalaman termasuk pengalaman yang dirancang disekolah
•Mohd Daud (1995) – unsur budaya atau ilmu pengetahuan untuk
memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu
KURIKULUM
Akta Pendidikan 1996 – Merupakan suatu program pendidikan yang
melibatkan aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai serta unsur kebudayaan dan
kepercayaan bagi membantu perkembangan seorang murid dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi disamping bertujuan menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini serta menyampaikan
pengetahuan. Oleh itu, kurikulum amat penting untuk memenuhi
kehendak falsafah, matlamat pendidikan dan wawasan negara.
•Rumusan - Mempunyai pelbagai pengertian yang dilihat dari pelbagai
sudut dan skop mengikut konteks bilik darjah dan pengisian kepada
pendidikan negara. Secara umumnya kurikulum ialah suatu rancangan
pendidikan yang mengandungi segala nilai, ilmu pengetahuan, kemahiran
dan norma serta unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan
masyarakat untuk diwariskan daripada satu generasi ke generasi yang
seterusnya dalam suatu masyarakat atau negara.
JENIS - JENIS KURIKULUM

Kurikulum Rasmi – kurikulum yang digubal dan dibentuk berlandaskan


pedagogi, psikologi dan teori kurikulum. Dibina oleh pakar-pakar
kurikulum di KPM setelah mengambil kira pandangan-pandangan ahli
akademik pada pelbagai peringkat pendidikan. Contoh kurikulum rasmi
adalah seperti pembentukan KSSR dan KSSM.
Meliputi unsur-unsur utama yang terdapat dalam falsafah dan matlamat
pendidikan negara, nilai-nilai norma, unsur-unsur kebudayaan dan
kepercayaan serta kehendak dan aspirasi masyarakat Malaysia.
Terdiri daripada sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran,
segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti kokurikulum
seperti sukan dan permainan, kelab serta unit beruniform.
JENIS - JENIS KURIKULUM

Kurikulum Formal: Merupakan satu set dokumen untuk dilaksanakan.


Mengandungi hal sebenar yang berlaku di dalam bilik darjah dan segala
perkara yang telah dinilai bertujuan mengembangkan potensi murid
i. Dikenali kurikulum akademik yang dilaksanakan semasa pengajaran dan
kurikulum. Terdapat elemen-elemen seperti isi pengajaran dan
pembelajaran, penilaian dalam bilik darjah dan aktiviti-aktiviti kokurikulum.
ii. Mempunyai kurikulum terancang, iaitu satu set objektif yang berstruktur
dengan kandungan dan pengalaman belajar serta hasil yang dijangkakan.
Perkara ini merupakan rancangan eksplisit dan operasional yang
dihasratkan, lazimnya dikelolakan mengikut mata pelajaran dan gred yang
mendefinisikan peranan guru dengan jelas.
JENIS - JENIS KURIKULUM

Kurikulum tidak formal – Kurikulum yang tidak terancang dan tidak


formal. Kurikulum ini dikelolakan di luar konteks pengajaran rasmi.
Kurikulum tidak formal melibatkan satu perlakuan dan sikap yang dibawa
ke dalam bilik darjah dan sekolah tanpa disedari kerana tidak dinyatakan
secara eksplisit.
JENIS - JENIS KURIKULUM
i. Kurikulum yang tersembunyi meliputi segala pengalaman yang
dipelajari secara tidak formal bermula dari kelahiran seseorang individu
hinggalah saat kematian individu tersebut. Ilmu yang dipelajari dan
diperoleh melalui pendidikan tidak formal tidak terhad asalkan ilmu itu
tersebut mendatangkan kebaikan secara langsung atau tidak langsung
ii. Menagandungi nilai-nilai murni yang tersirat di sebalik pelbagai
mata pelajaran, peraturan sekolah dan aktiviti-aktiviti sekolah
iii. Terdiri daripada peraturan tidak bertulis, konvokesyen, adat resam
dan nilai budaya yang dibentuk oleh faktor-faktor seperti status
sosioekonomi dan latar belakang pengalaman guru serta pembelajaran
formal.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERUBAHAN KURIKULUM

1. KEPERLUAN SEMASA
2. PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
3. DASAR KERAJAAN
4. BUDAYA MASYARAKAT
PERBEZAAN KURIKULUM KEBANGSAAN DAN KURIKULUM SEKOLAH

Peringkat Peringkat Kebangsaan (Kurikulum Peringkat Sekolah (Kurikulum


Rasmi) Sebenar)
Penggubal Kementerian Pendidikan Malaysia Jabatan/institusi/panitia/guru
(Bahagian Pembangunan Kurikulum)

Kandungan Pemilihan kandungan yang seragam Aktiviti pengajaran dan pembelajaran


berasaskan unit-unit

Penglibatan dalam aktiviti Kokurikulm

Kurikulum Prasekolah (KSPK) Keperluan institusi :


Sekolah Rendah (KSSR) prasekolah/sekolah rendah/ sekolah
Sekolah Menengah (KSSM) menengah/sekolah khas
Sistem Pendidikan Pendidikan prasekolah Prasekolah/sekolah rendah/ sekolah
Pendidikan rendah menengah/sekolah khas
Pendidikan menengah
Pendidikan lepas menengah
Pendidikan tinggi
PENUTUP
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.

Anda mungkin juga menyukai