Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum warahmatulLahi wabarakatuh prof dan kawan-kawan.

Menurut definisi psikologi yang telah diutarakan oleh pelbagai pihak, kita dapat simpulkan
bahawa ilmu psikologi ini semuanya mempunyai perbahasan dan perbincangan yang
saintifik dan bersifat ilmiah. Namun disebalik pendefinisian ini, ada pelbagai jenis perbezaan
yang dapat kita lihat diantara psikologi menurut para ilmuan barat dan juga ilmuan Islam. Ini
terjadi kerana para ilmuan ini mempunyai pengangan hidup, panduan, falsafah diri, dan
anutan agama yang berbeza. Oleh itu mereka pastinya mempunyai fokus dan matlamat
hidup yang berbeza. Daripada semua perbezaan ini kita dapat simpulkan kepada beberapa
aspek, iaitu:
1. Sumber-sumber panduan psikologi yang berbeza
Menurut Uthman Najati (1993), psikologi dari perspektif Islam, matlamat, atau teori
psikologi Islam ini, semuanya berasaskan daripada al-Quran dan al-Sunnah. Selain dua
sumber ini, perbincangan ini juga diambil daripada tokoh-tokoh psikologi Islam seperti Ibn
Sina, Imam al-Ghazali, Ibn Rusyd dan lain-lain lagi. Segala ajaran dan sumber terhasil
daripada nas dan dalil al-Quran yang mana ia menjelaskan, menghuraikan, menganalisis,
menafsir, serta menyimpulkan berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Segala sumber
psikologi Islam ini bersifat mutlak kerana ia merupakan satu pandangan yang boleh
dibahaskan dan boleh dikritik selagi mana ia tidak bercanggahan dengan akidah umat Islam
itu sendiri. Ini terjadi kerana, penganut Islam wajib keatas diri mereka untuk memegang
teguh ajaran Islam yang berpandukan al-Quran dan al-Sunnah dan hanya mengikuti orang
yang berpegang teguh dengan kedua sumber ini sahaja.
Menurut Norman L. Munn (1962), dari sudut perspektif Barat pula, mereka menggunakan
sumber yang tidak berpaksikan kepada panduan al-Quran dan al-Sunnah. Pengkajian Barat
ini lebih bersumberkan kepada teori-teori, hasil eksperimentasi, pandangan-pandangan akal
serta tokoh-tokoh psikologi dan ilmuan barat sahaja. Mereka tidak mempunyai buku khusus
yang boleh dijadikan panduan, kebanyakan teori dan sumber mereka bersifat “imprical”
iaitu berdasarkan pemerhatian dan kajian saintifik sahaja. Selain itu, sumber psikologi Barat
ini diambil hasil daripada hasil eksperimentasi semata-mata. Teori-teori Barat ini
kebanyakannya hasil daripada pemikiran tokoh-tokoh Barat seperti William James, James B.
Watson, Norman L. Munn, Linda L. Davidoff dan sebagainya.
2. Tujuan dan objektif kajian psikologi barat dan Islam berbeza
Tujuan dan objektif psikologi barat dan Islam hampir sama iaitu memberikan pendedahan
tentang tingkah laku manusia, memahami tingkah laku manusia, membuat ramalan
terhadap sesuatu kajian tingkah laku serta apa yang sesuai dalam mempengaruhi tingkah
laku manusia untuk perubahan dan penyesuaian demi kebaikan mereka. Tambahan pula
untuk objektif psikologi Islam adalah untuk membantu dan memahami untuk menyelesaikan
masalah manusia dalam kehidupan seharian dan lebih memfokuskan kearah mencapai
keredaan Allah dan mengikut syariat agama Islam.
Dalam perkembangan psikologi Barat, bidang psikologi mempunyai masalah mengambil
masa yang lama untuk menentukan objektifnya. Pada mulanya psikologi ini merupakan satu
aktiviti yang bercorakkan teori dan renungan semata-mata yang bertujuan memenuhi
keinginan dan hasrat manusia untuk memahami diri sendiri. Apabila maklumat berkenaan
jiwa manusia bertambah, maka ahli psikologi cuba meramalkan tingkah laku individu lain
selain diri sendiri. Kemudian mereka menggunakan penemuan mereka dalam bidang
psikologi ke dalam bidang lain seperti perindustrian, perniagaan, kepimpinan dan lain-lain.
Psikologi Barat ini hanya kearah ilmu pengetahuan dan membantu menyelesaikan masalah
manusia semata-mata tanpa memfokuskan keredaan Allah atau menurut syariat agama
Islam. Manakala dari sudut psikologi Islam tidak perlu kepada masa yang lama untuk
menemukan objektif perbincangan psikologi ini. Ini kerana dengan sumber yang mereka
gunakan sudah menyatakan objektif dan tujuan kehidupan mereka. Oleh itu, pengkajian
psikologi Islam lebih jelas dan tersusun kerana mempunyai objektif dan matlamat serta hala
tuju yang jelas berbanding psikologi barat.
3. Teori dan prinsip kajian psikologi yang berbeza
Menurut Uthman Najati (1993), dalam Islam tidak dipanggil teori tetapi disebut sebagai
prinsip, kerana mengikut sumber psikologi Islam perbahasan kepada teori ini telah
dibuktikan dengan peradaban dan tamadun Islam itu sendiri dan ia dipegang teguh oleh
masyarakat yang menganut agama Islam. Psikologi Islam diambil daripada makna ayat al-
Quran dan al-Sunnah yang disimpul, diangkat, ditafsir lalu membentuk teori dan prinsip
psikologi. Masyarakat muslim juga menggunakan akal untuk berijtihad, berbincang sesama
ilmuan dan tokoh Islam untuk bersatu dan membina teori psikologi Islam. Akan tetapi
walaupun menggunakan akal manusia, teori ini mestilah selari dan seiring dengan kehendak
al-Quran dan al-Sunnah. Kandungan al-Quran dan al-Sunnah ditafsirkan bersesuaian dengan
arus kehidupan terkini maka terhasillah teori psikologi Islam. Psikologi Islam lebih berkaitan
mengenai jiwa, roh dan moral dalam diri manusia yang kemudiannya dizahirkan oleh
tingkah laku dan perbuatan manusia.
Manakala menurut Charles dan Albert (1999), teori dan prinsip psikologi barat pula dibina
dan dibangunkan hasil daripada eksperimentasi yang dikaji dengan mengangkat data dan
kesimpulannya akan membentuk teori psikologi umum. Psikologi Barat lebih kepada bidang
klinikal, industri, kejuruteraan dan lain-lain. Ini disebabkan pelopor bidang psikologi barat
tidak ada sumber asas keilmuan yang lengkap seperti al-Quran dan al-Sunnah yang mana
sumber ini telah pun merangkumi kesemua cabang ilmu secara menyeluruh. Mereka bahkan
memerlukan suatu period masa yang sangat lama untuk menyingkap kefahaman dan
membuktikan teori mereka. Seperti dalam kebanyakan bidang ilmu yang lain, ilmuan barat
juga perlu mencelup sumber ilmuan Islam untuk membantu mereka menghasilkan sistem
ilmu yang tersusun dan sempurna.
Kesimpulannya, perbandingan yang telah diperjelaskan ini dapat dilihat bahawa psikologi
Barat hanya menggunakan logik akal dan hasil eksperimentasi semata-mata dalam
membantu kehidupan seharian tanpa mendapat keredhaan dari Allah swt. Berbanding
dengan psikologi Islam, jelaslah ia lebih syumul dan sempurna hanya dengan berpandukan
nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Bidang psikologi Islam ini disusun untuk menunjukkan bukti
yang kukuh bahawa ia membawa kepada menjaga kemaslahatan umat Islam di dalam
kehidupan seharian bahkan juga kehidupan selepas mati mereka, disamping mencapai
kejayaan yang tertinggi iaitu mendapat keredaan Allah swt.
Sekian terima kasih.

Aspek perbezaan Psikologi Islam Psikologi Barat


Sumber & 1. Al-Quran dan al-Sunnah. 1. Eksperimentasi dan ujian saintifik
Panduan

Tujuan & Objektif 1. Memberi pendedahan tentang 1. Memberi pendedahan tentang


tingkah laku manusia tingkah laku manusia
2. Mencari keredaan Allah Taala 2. Fokus kepada kehidupan dunia
Teori & Prinsip 1. Diambil, dikaji, dan disimpulkan 1. Dibina dan dibangunkan daripada
daripada ayat al-Quran dan hasil eksperimentasi lalu dibuat
kefahaman al-Sunnah kesimpulan umum
2. Perbincangan daripada tokoh- 2. Capaian terhad kepada akal
tokoh ilmuan Islam berteraskan fikiran manusia sahaja
al-Quran dan al-Sunnah

Anda mungkin juga menyukai