Anda di halaman 1dari 28

TEORI PSIKOANALISIS

Uploaded By: eddliestanis@rocketmail.com

Pengenalan
Psikoanalisis merupakan satu sistem psikologi yang

dipelopori oleh Sigmund Freud. Beliau berasal dari Moravia, yang pada masa sekarang terkenal dengan nama Slovakia. Beliau bermula sebagai seorang doktorperubatan dan sebagai penyelidik menumpukan penyelidikannya kepada kecelaruan saraf.

Pengaruh ini melibatkan Freud mendalami kajiannya

secara persendirian dan hingga diterbitkan bukunya yang pertama 'The Interpretation of Dreams' (1900) dan seterusnya kajian tentang analisis sendiri. Psikoanalisis bolehlah diiktirafkan sebagai satu kaedah bagi merawati seorang individu yang meminta bantuan berkaitan dengan masalah emosinya.

Psikoanalisis lebih dianggap sesuai merawati

individu yang mana masalah personalitinya sungguh tertekan dan mendalam.

Pandangan Pendekatan Psikoanalisis Terhadap Sifat Manusia

Sigmund Frued merupakan tokoh utama teori ini. Manusia dilahirkan dengan dorongan naluri dalaman yan bersifat biologi atau kebinatangan. Ianya terbahagi kepada dua, iaitu naluri seksual dan naluri pembinasaan. Tenaga wujud dalam dua bentuk iaitu tenaga psikik dan tenaga determinisma psikik : Tenaga psikik merupakan kuasa penggerak kepada segala aktiviti manusia dan mempunyai hubungan dengan naluri seksual atau libido. Tenaga determinisma psikik pula ialah tenaga yang menjadi sebab kepada akibat tingkah laku fizikal dan mental manusia.

Tema-tema Utama Pendekatan Psikoanalisis

Akal fikiran terbahagi kepada 3 iaitu : Alam sedar :

Di mana manusia menyedari dan mengetahui apa yang sedang berlaku pada persekitarannya. Misalnya, rasa takut.

Alam prasedar :

Di mana individu tidak menyedari sesuatu sedangberlaku melainkan ia secara sedar memberi perhatian kepada apa yang berlaku.

Alam tidak sedar :

Individu memang tidak menyedari langsung apa yang berlaku.

Konsep-konsep Utama Pendekatan Psikoanalisis

Id, ego dan superego. Ketiga-tiganya merupakan proses-proses yang berinteraksi di

antara satu sama lain bagi menghasilkan tingkah laku tertentu. Menurut Frued, id dianggap sebagai komponen biologi, tempattempat penumpuan naluri-naluri, bersifat tidak logic, tidak bermoral dan didorong oleh kepentingan-kepentingan memuaskan nafsu. Id tidak pernah matang. Ego sebagai komponen psikologi, mengendalikan kesedaran, bertindak sebagai hakim dan tugas utamanya mengimbangi id dan superego. Ego berlaku realistic dan berfikir. Superego pula sebagai komponen sosia dan nilai-nilai moral masyarakat. Ia adalah cabang moral mementingkan kesempurnaan berfungsi menghalang keinginan-keinginan id.

Ciri-ciri Utama Psikoanalisis

Manusia dilahirkan dengan desakan naluri yang

semulajadi (inborn drives Freud mempercayai). Berdasarkan pandangan ini lahirlah konsep antirasionalisma dalam segala gerak- geri manusia. Fahaman ini berpendapat manusia tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya dan manusia sebagai individu tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya. kehaiwanan (Animalistic instincts) dan desakan biologikal.

Tingkahlaku manusia lebih digalakkan oleh naluri

Desakan yang paling utama adalah desakan

mendapatkan kepuasan nafsu swadiri (self gratification). Desakan ini berlaku dalam diri seorang sama ada lelaki atau perempuan dan mereka telah terperangkap kepada asas naluri dan desakan yang jahat ini.

Mekanisme Bela Diri

Berpandukan kepada pengalaman yg tersirat pd

peringkat bawah sedar dlm struktur ego. Antara mekanisme bela diri yg digunakn adalah seperti berikut: Pendaman merupakan mekanisme bela diri yang asas dalam struktur personaliti seorang individu. ia merupakan pengenepian desakan sebagai perwakilan idea drp tahap sedar. Kesannya mengakibatkan berlaku keresahan sekiranya timbul pada tahap sedar. Ciri pendaman yang berterusan akan memakan diri di samping pengaliran tenaga ego bagi tujuan membela diri.

Keresahan merupakan perasaan ketakutan dalaman. ia berasas dari ingatan serta pengalaman lampau yang pahit dan menyakitkan diri. Pendaman merupakan mekanisme bela diri yang asas dalam struktur personaliti seorang individu. Pendaman merupakan pengenepian desakan sebagai perwakilan idea daripada tahap sedar. Perkara ini berlaku apabila ada desakan yang menyebabkan kepincangan yang tidak sanggup ditangani. Kesannya mengakibatkan berlaku keresahan sekiranya timbul pada tahap sedar. Ciri pendaman yang berterusan akan memakan diri di samping pengaliran tenaga ego bagi tujuan membela diri. Di antara helah bela diri ialah penafian; projeksi; fiksasi; regresi; rasionalisi; sublimasi; represi dan lain-lain.

Kaunseling Mengikut Pendekatan Psikoanalisis

Id, ego dan superego dalam diri seorang insan akan dapat menentukan tahap kecelaruan yang sedang dialami oleh klien.
Pendekatan Psikoanalisis menumpukan kepada analisis tentang perimbangan antara id,ego dan superego yang berlaku dalam diri seorang insan.

Mengikut fahaman psikoanalisis, seorang individu itu berada

dalam kecelaruan mental kerana tidak berlakunya perimbangan id, ego dan superego dalam dirinya. Proses kaunseling secara pendekatan psikoanalisis melibatkan interaksi antara kaunselor dengan kliennya. Interaksi secara bersemuka adalah perlu dan digalakkan bagi menjaga kepentingan proses hormat menghormati antara kaunselor dengan kliennya.

Dalam pendekatan psikoanalisis, kaunselor akan menerima kliennya secara ikhlas dan tanpa bersyarat Perbualan Dalam proses kaunseling psikoanalisis, rintangan dan berinteraksi merupakan perkara pokok yang digunakan oleh kaunselor bagi mendapatkan maklumat tentang tahap bawah sedar klien. Bagi kaunselor, kefahaman dan keupayaannya membuat analisis tentang struktur tahap bawah sedar klien merupakan punca permulaan bagi merawat klien tersebut. Sehubungan ini, desakan id dan rintangan yang berpunca daripada mekanisme beladiri ego seorang klien boleh mempengaruhi pemikiran dan emosi klien Kaunselor bertanggungjawab bagi membantu klien menimbulkan ke tahap kesedaran segala hal yang terpendam dalam tahap bawah sedar kliennya. Proses pemangkin ini akan hanya dapat dijelmakan melalui teknik yang spesifik dalam kaunseling
psikoanalisis. .

Matlamat Kaunseling

Bagi menjelmakan wawasan kepada akal pemikiran kliennya.

perseimbangan antara struktur personaliti yang merangkumi id, ego dengan superego. Wawasan psikologi yang dimaksudkan merangkumi segala kepekaan kefahaman tentang daya pemikiran dan kesedaran diri. Perlaksanaan perimbangan ini boleh diuruskan melalui teknik perkaitan bebas; pentafsiran dan analisis persepsi, terutamanya

mekanisme bela diri; pentafsiran dan analisis mimpi.

Matlamat Pendekatan Psikoanalisis

matlamat utama psikoanalisis Frued untuk mengubahsuai struktur

perwatakan individu dengan mengubah perkara yang tidak sedar kepada sedar di samping memperteguhkan ego agar tingkah laku berasaskan kepada keadaan reality dan bukan dorongan naluri. memandu dan membentuk peringkat kefahaman kendiri yang diperlukan untuk membuat perubahan perwatakan.

Matlamat kedua pula ialah mencari pengalaman masa lalu bagi

Teknik pendekatan psikoanalisis

Bagi memulakan rawatan psikoterapi : kita perlu mencari punca masalah pesakit dengan mendapat seberapa banyak maklumat tentang dirinya terdapat beberapa teknik utama dalam psikoanalisis : Pentafsiran; tafsir mimpi; analisa dan pentafsiran penahanan dan analisa pemindahan.

Peranan Kaunselor

Kaunselor berperanan sebagai seorang trapis klinikal.

Ia menyedarkan klien dari alam tidak sedar kepada alam sedar, membina semula asas personaliti klien, membantu klien menghadapi konflik akibat ingin melupakan atau ingin menghindarkan pengalaman atau peristiwa pahit masa lampau.

Sumbangan freud dlm psikoanalisis

Melalui teorinya kita dapat mengetahui

tentang dinamika yang sering berinteraksi di dalam jiwa kita sehingga membawa kepada kerisauan. Kaedah-kaedahnya membantu kita di dalam memahami penahanan dan pentingnya perhubungan antara kaunselor dengan klien, nilai-nilai pemindahan serta

helah bela diri.

Anda mungkin juga menyukai