Anda di halaman 1dari 17

BAB 9 FALSAFAH PSIKOLOGI HOLISTIK

9.0

Pengenalan

Pendidikan holistik merupakan suatu pendidikan yanr penting dan wajib diterapkan di dalam pendidikan persekitaran untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pendekatan holistic dianggap penting bagi membantu individu merasai dan menikmati kehidupan mereka dengan menghargai dan menilai semula pembelajaran, potensi dalaman seperti kecerdikan, kreativiti, pemikiran individu, social, emosi, artistic atau kesenian, fizikal, kreativiti dan nilai-nilai kerohanian. Ia bertujuan untuk menghormati kehidupan hakiki dan mengajar mencintai sesuatu pembelajaran.

9.1

Definisi Psikologi Holistik

Psikologi holistik bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai suatu sistem bersepadu yang menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja.(Kamus Dewan Edisi Empat) . Pendidikan holistik merupakan suatu filsafat pendidikan yang berangkat dari pemikiran bahawa pada dasarnya seorang individu dapat menemukan identiti, makna dan tujuan hidup melalui hubungannya dengan masyarakat, lingkungan alam, dan nilai-nilai spiritual. Secara historis, pendidikan holistik sebetulnya bukan hal yang baru. Pendidikan holistik merupakan suatu elemen yang penting dalam pendidikan bagi mewujudkan suasana persekitaran pendidikan yang berkesan. Pendidikan ini penting bagi memastikan setiap individu merasai dan menikmati kehidupan mereka serta menghargai dan menilai semula pembelajaran, potensi dalaman seperti kecerdikan, kreativiti dan nilai-nilai kerohanian. Menurut Ron Miller (2005) menjelaskan pendidikan holistik ini adalah berasaskan andaian setiap manusia mencari identiti, pengertian dan tujuan hidup melalui hubungannya dengan masyarakat, dunia sebenar dan nilai kerohanian seperti belas kasihan dan kedamainan. Jelas beliau juga pendidikan holistik ini berkeupayaan menanam kecintaan terhadap pembelajaran dan mengurangkan keyakinan diri seseorang pelajar.

Beberapa tokoh klasik perintis pendidikan holistik, diantaranya : Jean Rousseau, Ralph Waldo Emerson, Henry Thoreau, Bronson Alcott, Johann Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Francisco Ferrer. Berikutnya, kita mencatat beberapa tokoh lainnya yang dianggap sebagai pendukung pendidikan holistik, adalah : Rudolf Steiner, Maria Montessori, Francis Parker, John Dewey, John Caldwell Holt, George Dennison Kieran Egan, Howard Gardner, Jiddu Krishnamurti, Carl Jung, Abraham Maslow, Carl Rogers, Paul Goodman, Ivan Illich, dan Paulo Freire. Peranan pendidik dalam pendidikan holistik ini adalah menghidupkan persekitaran kelas melalui penceritaan tentang pengalaman hidup, membuat pementasan kesenian dan cerita-cerita berdasarkan kisah benar. Guru perlu menganggap setiap kanak-kanak bukan hanya sebagai bakal pekerja atau peneraju kepimpinan negara dan melihat kepandaian dan kemampuan individu adalah berdasarkan kepada markah pencapaian peperiksaan semata-mata tetapi sebenarnya mereka lebih daripada itu. Guru juga tidak boleh menganggap bahawa pelajar yang gagal sekali akan gagal selamanya.

9.1.1 Definisi Holistik Menurut Kamus Dewan edisi ke empat, holistik dijelaskan sebagai bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai suatu sistem bersepadu yang menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja. Hal ini menjelaskan bahawa kita tidak boleh menyempitkan pemikiran kita dengan melihat aspek-aspek tertentu sahaja tetapi kita perlulah melihat sesuatu secara menyeluruh.

Konsep pendidikan holistik ini adalah tidak mengabaikan penciptaan komuniti yang kuat bagi kecemerlangan intelek. Pengajaran secara menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi seimbangan dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Hal ini termasuklah

i)

Pembelajaran individu melalui pengalaman

ii) Special Gravity perkembangan yang progresif

iii) Tahap dan alat kematangan

iv) Merangkumi bidang kurikulum, bumi (alam semester)

v) Perkembangan diri, menyatakan diri dan komunikasi

vi) Memahami orang lain dan bekerjasama

9.2

Sejarah Psikologi Holistik

Psikologi ini akan sangat diperlukan untuk memahami setiap peranan dari setiap aliran-aliran serta tokoh-tokoh Psikologi dalam rangkaian yang besar ataupun yang kecil dan juga dari tokohtokoh yang berbeza yang mewakili pemikiran - pemikiran yang berbeza-beza serta saling mempengaruhi atau bahkan saling mengkritik antara satu sama lain. Secara amnya, sejarah Psikologi dapat dibahagi kepada dua tahap utama, iaitu masa sebelum dan selepas menjadi ilmu yang khusus. Kedua-dua tahap bermula dengan wujudnya makmal psikologi yang pertama di Leipzig pada tahun 1879 yang dijalankan oleh Wilhem Wundt. Sebelum 1879 itu Psikologi dianggap sebagai sebahagian dari falsafah atau ilmu perbuatan, kerana Psikologi masih dibincangkan oleh sarjana-sarjana dari kedua bidang ilmu itu yang kebetulan yang mempunyai minat terhadap kedua-dua kejiwaan, tetapi tentu saja penyelidikan-penyelidikan itu masih terlalu dikaitkan dengan kedua bidang ilmu mereka sendiri dan barulah ketika Wundt mendirikan makmal psikologi di Leipzig para sarjana mula menyelidiki faktor-faktor kejiwaan secara lebih sistematik dan objektif. Daripada kajian dan penyelidikan tersebut maka muncul pelbagai cabang-cabang fahaman dan aliran psikologi yang lain dengan idea dan pemikiran yang berbeza kerana bertambahnya sarjana Psikologi tentu saja menambah keragaman berfikir dan banyak fikiranfikiran yang tidak dapat disatukan antara satu dengan yang lainnya termasuklah aliran-aliran strukturalisme, Fungsionalisme, Behaviorisme dan sebagainya adalah aliran-aliran yang lahir setelah wujudnya makmal tersebut. Sebenarnya minat untuk menyelidiki gejala kejiwaan sudah lama sekali ada di kalangan umat manusia ini. Bermula oleh falsafah dari zaman Yunani kuno yang mula memikirkan tentang faktor- faktor kejiwaan. Tetapi pada waktu itu belum ada pembuktian nyata atau empiris, melainkan segala teori yang dikemukakan berdasarkan

percanggahan pendapat logik mahupun akal. Para tokoh-tokoh pada zaman itu antara lainnya seperti Plato dan Aristotles. Berabad-abad setelah itu, Psikologi masih merupakan sebahagian dari falsafah seperti di Perancis muncul Rene Descartes yang terkenal dengan teori kesedaran dan sebagainya.

9.2.1

Ahli Ilmu Fizikal

Sementara itu sejumlah sarjana ahli ilmu fizikal juga mula menaruh minat pada gejala-gejala kejiwaan. Mereka melakukan eksperimen-eksperimen dan mengemukakan teori-teori yang memberi pengaruh besar pada perkembangan Psikologi selanjutnya. Teori-teori yang di kemukakan oleh ahli ilmu fizikal ini berkisar tentang syaraf-syaraf sensoris dan motoris, pusatpusat sensoris dan motoris di otak, dan hukum-hukum yang mengatur tentang cara kerja otak tersebut. Tokoh-tokoh ilmu faal tersebut antara lain C.bell (1774-1842) J.P muller (1801-1858). Tetapi dalam hubungan ini perlu dicatat kiranya secara khusus seorang sarjana Rusia I.P Pavlov (1849-1936) kerana dari teori-teorinya tentang refleks kemudian akan berkembang kepada aliran-aliran Behaviorisme di Amerika Syarikat, iaitu aliran Psikologi yang hanya mahu mengakui tingkah laku yang nyata sebagai objek pengajiannya dan menolak anggapan-anggapan sarjana psikologi lain yang mempelajari pula tingkah laku yang tampak dari luar. Selain itu muncul pula orang-orang yang secara spekulatif cuba menerangkan gejala-gejala kejiwaan dari segi lainyna. Salah satu dari mereka adalah F.J.Gall (1785-1828) yang mengemukakan teori bahawa jiwa manusia dapat diketahui dengan cara meraba tengkorak orang yang bersangkutan. Teori ini dikenali dengan nama 'phrenologi'. Di samping itu juga kaedah-kaedah lain telah diperkenalkan yang dikenali dengan ilmiah antara lainnya palmistri atau ilmu rajah tangan, astrologi, numorologi dan sebagainya. Tahun 1879 adalah tahun yang penting dalam sejarah Psikologi. Pada tahun inilah Wundt mendirikan laboratorium psikologi yang pertama kali dan dianggap sebagai pertanda berdiri sendirinya psikologi sebagai ilmu yang terpisah dari ilmuilmu induknya (filsafat dan ilmu faal). Pada tahun ini Wund memperkenalkan tentang kaedah instropeksi. Wundt dikenali sebagai penganut struktiralisme kerana dia mengemukakan tentang teori yang menguraikan dari jiwa. Sedangkan di Amerika, ia membentuk aliran sendiri yang terkenal dengan fungsionalisme dengan tokoh-tokohnya antara lain ialah William James

(1842-1910). Sesuai dengan namanya aliran fungsionalis ini lebih mengutamakan tentang fungsi-fungsi jiwa daripada strukturnya. Sementara itu di Jerman ajaran-ajaran Wundt mula mendapat kritikan. Reaksi itu antara lain datang dari aliran Psikologi Gestalt. Aliran ini menolak ajaran Wundt dan berpendapat bahawa gejala kejiwaan khususnya persepsi, kerana inilah banyak diteliti oleh aliran ini, haruslah diingat sebagai keseluruhan yang utuh dan tidak terpecah-pecah dalam bahagian dan harus dilihat sebagai yang gestalt. Tokoh psikologi antara lain Sigmund Freud (1856-1939) adalah orang yang pertama yang secara sistematis menguraikan kualitas-kualitas kejiwaan itu beserta dinamikanya untuk menerangkan keperibadian orang dan untuk diterapkan dalam teknik Psikoterapi dan aliran dan teorinya disebut Psikoanalisa. Dua aliran yang sangat bepengaruh, iaitu behaviorisme dan psikoanalisis dianggap oleh beberapa pakar di negeri itu sebagai terlalu memandang manusia dari satu segi saja. Dengan itu muncullah aliran holistik atau humanistik dengan tokoh-tokohnya antara lain Abraham Maslov (1908-1970). Aliran ini dinamakan sebagai holistik kerana hendak memandang manusia sebagai keseluruhan dan dinamakan sebagai humanistik kerana ingin memandang manusia sebagai manusia sebagai manusia itu sendiri, sebagai manusia yang mengalami dan menghayati, bukan sekadar sebagai kumpulan refleks atau kumpulan naluri yang tidak sedar

9.2.2

Tokoh Klasik

Beberapa tokoh klasik perintis pendidikan holistik, diantaranya Jean Rousseau, Ralph Waldo Emerson, Henry Thoreau, Bronson Alcott, Johann Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Francisco Ferrer. Berikutnya, kita mencatat beberapa tokoh lainnya yang dianggap sebagai pendukung pendidikan holistik, adalah Rudolf Steiner, Maria Montessori, Francis Parker, John Dewey, John Caldwell Holt, George Dennison Kieran Egan, Howard Gardner, Jiddu Krishnamurti, Carl Jung, Abraham Maslow, Carl Rogers, Paul Goodman, Ivan Illich, dan Paulo Freire. Pemikiran dan gagasan inti dari para perintis pendidikan holistik sempat tenggelam sampai dengan terjadinya loncatan paradigma kultural pada tahun 1960-an. Memasuki tahun 1970-an mulai ada gerakan untuk menggali kembali gagasan dari kalangan penganut aliran holistik. Kemajuan yang signifikan terjadi ketika dilaksanakan konferensi pertama pendidikan Holistik Nasional yang diselenggarakan oleh Universitas California pada bulan Juli 1979, dengan

menghadirkan The Mandala Society dan The National Center for the Exploration of Human Potential. Enam tahun kemudian, para penganut pendidikan holistik mula memperkenalkan tentang dasar pendidikan holistik dengan sebutan 3 Rs, akronim dari relationship, responsibility dan reverence. Berbeza dengan pendidikan pada umumnya, dasar pendidikan 3 Rs ini lebih diertikan sebagai writing, reading dan arithmetic atau di Indonesia dikenal dengan sebutan calistung (membaca, menulis dan berhitung). 9.2.3 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah boleh difahami sebagai satu pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas, di mana ia bertujuan membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara yang penting dalam kehidupan. Menurut Kamus Dewan (1970) falasafah adalah pengetahuan tentang pengertian-pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi dan dasar ilmu-ilmu lain. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) digubal berdasarkan ideologi negara Malaysia yang merangkumi Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Negara (FPN) (1988) merupakan falsafah pendidikan pertama yang menjadi teras kepada sistem pendidikan negara dan pada tahun 1996 FPN telah diperbaharui dengan menggantikan nama Negara kepada Kebangsaan. FPK telah menggariskan istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan bidang pendidikan dengan menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalanamalan pendidikan kebangsaan. 9.2.4 Tujuan Falsafah Pendidikan Holistik

Tujuan Falsafah pendidikan holistik adalah membantu mengembangkan potensi individu dalam suasana pembelajaran yang lebih menyenangkan. Melalui pendidikan holistik, peserta didik diharapkan dapat menjadi dirinya sendiri (learning to be). Dalam erti dapat memperoleh kebebasan psikologis, mengambil keputusan yang baik, belajar melalui cara yang sesuai dengan dirinya, memperoleh kecakapan sosial, serta dapat mengembangkan karakter dan emosionalnya (Basil Bernstein).

9.3

Falsafah Psikologi Holistik

Pengertian falsafah: dari segi etimologi, falsafah berasal dari bahasa Yunani philosophia. Philo dari kata kerja Philein yang bererti mencintai atau philia yang bererti cinta. Sophia bererti kebijaksanaan. Jadi philosophia adalah cinta akan kebijaksanaan atau pengetahuan yang benar. Orang yang cinta kepada kebijaksanaan atau pengetahuan atau kebenaran disebut philosophos atau dalam bahasa Arab failasuf. Istilah philosophos pertama kali digunakan oleh Pythagoras (abad ke 6 Sebelum Masihi) sedangkan istilah falsafah dan failasuf (philosophia dan philosophos) itu sendiri baru popular dan lazim digunakan pada masa Sokrates dan Plato. Masih banyak lagi definisi-definisi tentang falsafah dengan beraneka ragam pengertian. Dari huraian di atas kiranya dapat disimpulkan bahawa "Ilmu falsafah ialah ilmu yang menyelidiki segala sesuatu dengan mendalam mengenai ketuhanan, manusia dan alam semesta, sehingga dapat menghasilkan pengetahuan tentang bagaimana sikap manusia seharusnya untuk menguasai pengetahuan itu. Pendidikan holistik adalah berasaskan andaian bahawa setiap manusia mencari identiti, pengertian dan tujuan hidup melalui hubungannya dengan masyarakat, dunia sebenar dan nilai kerohanian seperti belas kasihan dan kedamaian. Pendidikan holistik bertujuan untuk menarik manusia untuk menghormati kehidupan dan minat untuk belajar. Ini dilakukan bukannya melalui kurikulum akademik tetapi melalui hubungan dengan persekitaran. Sebagai contoh, Montessori antara ahli pemikiran bagi pendidikan holistik berkata pendidikan kosmik membantu seeorang merasakan dirinya sebahagian dari alam dan melahirkan keinginan untuk belajar wujud dengan sendirinya. Tiada jalan mudah untuk melaksanakan matlamat ini, terdapat banyak cabang dalam pembelajaran dan nilai pendidikan holistik. Pendekatan falsafah bagi memahami apa sahaja cabang disiplin ilmu ada tiga iaitu pendekatan deskriptif, pendekatan normatif dan pendekatan analitik. a. Pendekatan Deskriptif memberi perhatian kepada perkembangan pemikiran tokoh-tokoh filasuf dari sejak dahulu kala sehingga masa kini untuk memahami apa yang telah diperkatakan dan apa yang telah dilakukan oleh ahli filasuf yang muncul dalam masyarakat barat dan timur. b. Pendekatan Normatif memberi perhatian terhadap nilai dan aksiologi, matlamat yang difikirkan perlu sambil menjelaskan sebab musabab keperluan itu. Pendekatan ini tidak mengamalkan untuk apa? tetapi apa yang sepatutnya?.

c. Pendekatan Analitik adalah pendekatan yang sering digunakan untuk berhujah untuk mencari pertalian bagi mendapatkan gambaran menyeluruh melalui analisis bahasa (estimologi), konsep, prinsip, teori. Pendekatan ini tidak berbentuk spekulatif atau andaian. Daripada ketiga-tiga pendekatan, pendekatan yang bersifat holistik ialah pendekatan analitik yang mana menekankan dari semua segi. Pendekatan ini turut digunakan untuk memahami pendidikan dengan lebih jelas lagi. Pendidikan tidak boleh ditakrifkan hanya pada satu dimensi, aspek atau segi. Ketiga-tiga pendekatan sesuai digunakan dengan konsep holistik iaitu konsep secara menyeluruh. Sebagai contoh, untuk pendekatan pertama, penemuan-penemuan ahli filasuf memberikan interprestasi komprehensif tentang ilmu dan kebenaran, sifat manusia dan hubungannya dengan alam semesta, nilai mutakhir segala kejadian oleh Maha Pencipta, erti kehidupan, kesedaran manusia, kebebasan manusia, dan pengertian nilai-nilai estetika dan nilai etika. Falsafah pendidikan peribadi atau masyarakat biasanya berteraskan pandangan alam peribadi atau masyarakat berkenaan. Unsur-unsur dalam pandangan alam peribadi berkait langsung dengan falsafah pendidikan ialah faham tentang hakikat dan Tuhan, faham tentang kejadian, sifat dan peranan insan, faham alam semesta dan faham ilmu. Dalam system persekolahan, kehadiran kenyataan falsafah yang jelas dan benar akan mengurangkan percanggahan tafsiran dan amalan yang boleh dan telah menimbulkan banyak kekeliruan dan kerugian dalam arena pendidikan kita. Perkaitan falsafah yang yang diterangkan di atas terhadap psikologi holistik pla banyak mempengaruhi kehidupan rutin seharian yang mana melibatkan pertumbuhan dan perkembangan pendidikan seseorang individu itu melibatkan dirinya sendiri serta masyarakat dan hubung kaitnya dengan persekitaran. Secara tidak langsung, ia meliputi segenap aspek intelek manusia, sosial, artistik, fizikal, kreativiti dan kerohanian.

9.4

Prinsip-prinsip Dan Ciri-ciri Psikologi Pendidikan Holistik

Pendidikan Holistik dianggap penting bagi membantu individu merasai dan menikmati kehidupan mereka dengan menghargai dan menilai semula pembelajaran, potensi dalaman seperti kecerdikan, kreativiti, pemikiran individu, sosial, emosi, kesenian, fizikal dan nilai-nilai kerohanian agar kita berupaya mencungkil kelebihan lain dalam diri selain pencapaian akademik. Konsep pendidikan holistik ini tidak mengabaikan penciptaan komuniti yang kuat bagi kecemerlangan intelek. Pengajaran secara menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi seimbangan dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Hal ini termasuklah: (i) Pembelajaran individu melalui pengalaman. (ii) Special Gravity perkembangan yang progresif. (iii) Tahap dan alat kematangan. (iv) Merangkumi bidang kurikulum, bumi (alam semesta) (v) Perkembangan diri, menyatakan diri dan komunikasi. (vi) Memahami orang lain dan bekerjasama.

9.4.1 Prinsip-prinsip Psikologi Pendidikan Holistik

Menurut Miller (2005), terdapat tiga prinsip utama dalam pendidikan holistik iaitu Connectedness, Wholeness dan Being.

Rajah 9.4.1: Prinsip-prinsip Pendidikan Holistik

(a) Connectedness Connectedness merupakan satu konsep yang bersambungan dengan realiti berdasarkan falsafah holisme dengan perkembangan selanjutnya menerusi ekologi, fizik kuantum dan teori sistem. Empat unsur utama yang terkandung dalam prinsip ini adalah:

Rajah 9.4.1 (a) : Unsur-unsur yang terdapat dalam Connectedness

(i) Interdependence Menyatakan bahawa fungsi setiap bahagian ialah saling bergantungdengan fungsi bahagian yang lain serta terlibat dalam keseluruhan sistem.

(ii) Interrelationship Menyatakan bahawa rangkaian hubungan yang rumit wujud antaradalam sistem itu dengan sistem yang lain.

(iii) Participatory Menyatakan bahawa pemerhatian selalunya berkait rapat dengan persekitaran dan mewujudkan keadaan sebenar dari apa yang telahdiperhatikan.

(iv) Non-linearity Menyatakan bahawa interakasi berbentuk rumit, penjelasan melalui maklum balas, sistem

pengurusan kendiri atau teori berselerak yang biasa digunakan berbanding interaksi simple linear

cause and effect. Pendidikan holistik menjelaskan manusia adalah makhluk ekologi dan biologi yang bukanhanya bergantung kepada diri sendiri sahaja tetapi mereka juga berhadap dan bergantung kepada yang lain. Oleh itu manusia perlu mengkaji dan memahami makhlukmakhluk lain di sekeliling seperti haiwan, tumbuhan dan alam semesta seluruhnya bagi mengenalpasti bahawa sesuatu perkara itu berguna dan penting kepada manusia.

(b) Wholeness Wholeness merupakan satu konsep di mana ianya menekankan sifat-sifat baru yang tidak boleh disimpulkan dengan mengkaji komponen-kompenen dan ianya harus diteliti secara

keseluruhannya.

Rajah 9.4.1 (b) : Unsur-unsur yang terdapat dalam Wholeness

(i) Whole systems Menyatakan bahawa pemikiran berkaitan keseluruhan sistem yang melibatkan perubahan

perhatian kita daripada bahagian khusus ke bahagian keseluruhan, daripada objek kepada wujudnya satu hubungan, daripada struktur ke proses dan daripada hierarki kepada satu rangkaian, ia juga melibatkan perubahan kepada keutamaan daripada rasional ke intuitif, daripada analisis ke sintesis dandaripada pemikiran linear kepada non-linear (lurus).

(ii) Multiple perspectives Menyatakan bahawa interakasi sistem kompleks dalam cara yang kompleks dan boleh dilihat daripada pelbagai pandangan berbeza.

(iii) Independent Menyatakan bahawa sistem yang boleh beroperasi secara automoni dan bebas secara

keseluruhannya di mana ia boleh pergi jauh daripada kesimbangan yang ada dengan sekeliling.

(iv) Multiple levels Menyatakan bahawa sistem yang selalunya termasuk dalam rangkaian subsistem yang berinteraksi dengan cara yang kompleks.

(c) Being

Being merujuk kepada pengalaman baru yang dialami berkaitan dengan keamanan atau keselamatan dalaman, kebijksanaan dan celik akal serta manusia yang jujur dan antentik. Empat unsur utama dalam konsep ini adalah seperti rajah berikut:

Rajah 9.4.1 (c) : Unsur-unsur yang terdapat dalam Being

(i) Fully human Menyatakan bahawa kesedaran tentang pancaindera yang melibatkan dimensi fizikal, emosional, mental dan spiritual menjadi seorang insan.

(ii) Creative expression Menyatakan bahawa kesedaran seseorang individu dan kominiti tentang pentingnya peluang untuk mencurahkan daya kreativiti mereka.

(iii) Growth Menyatakan bahawa perubahan dan pertumbuhan membenarkan setiap orang mencapai aspirasi tertinggi dalam jiwa insan.

(iv) Responsibility Menyatakan bahawa kepintaran peribadi dan bersama serta tanggungjawab untuk memilih dan mengambil tindakan di peringkat tempatan, sejagat dan duniawi.

9.4.2 Ciri-ciri Pendidikan Holistik

Terdapat lima elemen yang terdapat dalam pendidikan holistik di mana pendidikan ini menitikberatkan kepada kepandaian setiap individu, emosi, sosial, fizikal, kesenian, kreatif dan keupayaan rohani. Di dalam pendidikan ini, proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah menggalakkan peningkatan personaliti pelajar serta pengumpulan tanggungjawab. Selain itu, pendidikan holistik ini melibatkan pencarian terhadap pemahaman dan pengertian

yang bertujuan untuk mendidikkan dan memelihara secara keseluruhan dan orang yang raguragu akan belajar sebagai keperluan untuk mengetahui konteks yang baru. Pelajar akan diperkenalkan dengan pandangan holistik di mana ia membolehkan pelajar merasai, mengerti dan memahami konteks yang pelbagai kepada kehidupan yang lebih bermakna. Antara ciri lain pendidikan holistik ini adalah mengenalpasti keupayaan semulajadi atau bakat pada setiap pelajar untuk kepandaian, kreatif dan pemikiran sistematik. Pelajar yang bermasalah dalam kebanyakan pembelajaran yang susuh di antara paradigma mekanisme pengurungan iaitu penekanan linear dan urutan proses. Selain itu pendidikan ini mengenalpasti bahawa semua pengetahuan dibina di antara konteks kebudayaan dan fakta yang sering kali menjadi tajuk perbincangan. Pelajar digalakkan untuk berkongsi perkara yang melibatkan budaya, moral dan konteks politik dalam kehidupan mereka. Elemen terakhir yang perlu ada dalam pendidikan holistik ini adalah pengetahuan kerohanian. Kerohanian ini penting

dalam menerangkan perhubungan dengan semua kehidupan dankepelbagian penghormatan dalam kesatuan. Matlamat akhirnya pendidikan holistik ini adalah untuk mencapai aspirasi tertinggi negara pada semangat kemanusiaan.

9.5

Kaitan Antara Psikologi Holistik dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaaan akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonisdan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dankepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, beraklak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1996)

FPK boleh dijelaskan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkaninsan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Matlamat akhir pendidikan adalah melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraandan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara. Jika merujuk pada pemikiran Abraham Maslow, maka pendidikan holostik terbahagi kepada empat iaitu kesedaran, kejujuran, kebebasan dan kepercayaan.

Pendidikan holistik memperhatikan potensi yang dimiliki oleh pelajar baik dalam aspek intelektul, emosional, fizikal, jasmani, kreatif, dan spritual. Proses pembelajaran menjadi tanggungjawab personal sekaligus juga menjadi tanggungjawab kolektif, oleh kerana itu strategi pembelajaran lebih diarahkan pada bagaimana mengajar dan bagaimana orang belajar. Beberapa

hal yang harus dipertimbangkan dalam mengembangkan strategi pembelajaran holistik dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di antaranya:

1. Menggunakan pendekatan pembelajaran transformatif. 2. Prosedur pembelajaran yang fleksibel 3. Pemecahan masalah melalui lintas disiplin ilmu. 4. Pembelajaran yang bermakna. 5. Pembelajaran melibatkan komuniti di mana individu berada.

Dalam

pendidikan

holistik,

peranan guru

untuk

memimpin

dan

mengawal

kegiatan pembelajaran hanya sedikit dan guru lebih banyak berperana sebagai sahabat, mentor, dan fasilitator, Forbes (1996). Sekolah hendaklah menjadi tempat pelajar dan guru bekerja untuk mencapai tujuan yang saling menguntungkan. Komunikasi yang terbuka dan jujur sangat penting antara individu dihargai dan kerjasama lebih utama dari pada

kompetisi. Gagasan pendidikan holistik telah mendorong terbentuknya model-model pendidikan alternatif yang mungkin dalam penyelenggaraannya sangat jauh berbeza dengan pendidikan pada umur.

9.6

Implikasi

Psikologi

Holistik

Kepada

Pengajaran

Dan

Pembelajaran Teknik Dan Vokasional

Pembelajaran merupakan satu proses menyeluruh memperkembangkan kebolehan manusia dan tingkah laku. Ia juga boleh dikatakan sebagai satu proses sosial di mana seseorang mencapai kompetensi sosial dan pertumbuhan individual, dilaksanakan dalam situasi terpilih dan terkawal seperti di sekolah. Pembelajaran adalah satu bentuk persekolahan formal untuk mendapatkan pengetahuan. Pengajaran dan aktiviti pembelajaran dirancang oleh pakar pendidik untuk mencapai matlamat dan objektif yang telah dirancang. Dalam hal ini, pembelajaran boleh dikaitkan dengan satu proses perkembangan di mana pelajar dapat memperkembangkan fizikal, mental, sosial dan emosinya secara betul. Selain itu, ia ditafsirkan sebagai satu proses berterusan dimana seseorang diberi peluang belajar untuk menambahbaik diri, keterbukaan dalam mengasimilasikan dan

akomodasi idea baru, serta peka terhadap alam sekitarnya. Psikologi holistik merupakan satu proses bersepadu untuk mencapai matlamat keperluan dan aspirasi masyarakat. Ia adalah satu profesion yang mengkaji dan membina metodologi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Psikologi Pendidikan memilih pengetahuan yang bersesuaian dari disiplin psikologi dan menggunakan pengetahuan ini untuk memperbaiki kualiti dan hasil proses pendidikan. Psikologi holistik adalah penting kerana ia dapat memahami tingkahlaku murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui pemerhatian guru. Dengan mengambil kira aspek menggambar, menerangkan, mengawal, ia dapat meramal tingkah laku dan seterusnya memodifikasi tingkah laku yang tidak diingini kepada yang diingini. Ilmu psikologi holistik ini digunakan untuk membaiki kualiti dan hasil proses pendidikan dalam bilik darjah. Ia juga dapatmemberi pengetahuan kepada guru mengenai teori dan prinsip psikologi untuk digunakan dalam bilik darjah. Ia juga memberi kesedaran kepada guru mengenai perbezaaan individu dari segi kognitif, afektif telah dan psikomotor. Implikasi dapat membantu guru psikologi holistik merancang kepada pengajaran sesuai

dan pembelajaran

aktiviti

yang

dengan perkembangan pelajar. Selain itu, ia memberi pengetahuan kepada guru untuk mengenai naluri dan keperluan murid. Pelbagai implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran akan berlaku jika psikologi holistik diterapkan ke dalam pembelajaran. Berdasarkan penggunaan teknik pendidikan holistik seperti teknik pembelajaran menggunakan keseluruhan kemahiran otak, pelbagai kebijaksanaan dan pembelajaran secara kerjasama. Melalui teknik pembelajaran menggunakan keseluruhan kemahiran otak, setiap pelajar mampu mendapat faedah yang sama rata. Ini kerana para pelajar mempunyai kelebihan kemahiran yang berlainan di antara satu sama lain. Apabila teknik ini diterapkan, pelajar yang berkemahiran menumpu ke sebelah hemisfera kanan otak akan mendapat keuntungan sama rata dengan pelajar yang berkemahiran menumpu ke sebelah hemisfera kiri otak. Pengaplikasian pelbagai kebijaksanaan di dalam pengajaran dan pembelajaran juga memberimanfaat yang sama rata terhadap pelajar kerana perbezaan kebijaksanaan setiap pelajar dalamsesuatu perkara dapat ditonjolkan. Pembelajaran secara kerjasama dan tolak ansur juga menguntungkan pelajar dan guru bukan sahaja terhadap pengajaran dan pembelajaran mereka, malah memupuk sikap dan rohani yang baik kepada mereka. Melalui pengajaran psikologi pendidikan holistik, pelajar juga bukan sahaja diberi ilmu

pengetahuan, malah jiwa mereka turut disantap dengan ilmu-ilmu kerohanian dan tubuh badan mereka menjadi lebih sihat.

Kesimpulan

Secara teorinya terdapat banyak faktor tentang keadaan manusia yang tidak rasional yang mempengaruhi perilaku kita (contohnya tenaga halus, bahagian spektrum elektro-magnetik, roh, dan iman). Walaupun mungkin ada yang kita tidak tahu tentang psikologi dari apa yang kita tahu, kita masih harus menerapkan pengetahuan yang kita miliki. Tidak untuk melakukannya akan mengakibatkan penderitaan emosional berterusan daripada berjuta-juta orang. Namun, kita harus menerapkan pengetahuan kita dengan fikiran terbuka, kemungkinan kaedah yang lebih baik dan lebih cekap. Kita juga harus mencari kaedah yang menyeluruh. Untuk meningkatkan keberkesanan dan kelengkapan, Psikologi Holistik cuba untuk menggabungkan pengetahuan tentang ilmu kesihatan lain yang berkaitan seperti nutrisi, ubat, psiko-imunologi dan lain-lain lagi. Psikologi Holistik berusaha dengan lebih lanjut untuk pembangunan dan pelaksanaan psikologi dengan kaedah pembangunan untuk mempelajari fenomena tersebut dan penyebaran maklumat. Psikologi Holistik tidak menolak kemajuan kajian ilmiah atau teori apapun tapi anggun menggabungkan pengetahuan lambat. Hal tersebut ini dihambat dalam amalan. Pada masa ini,

kemajuan psikologi terlalu

oleh bias, politik,

perlindungan

dan penyebaran maklumat tidak berkesan. Diharapkan bahawa dengan mengetahui dan memahami prinsip-prinsip Psikologi Holistik dalam kajian dan amalan, kemajuan lebih berkesan boleh berlaku secara signifikan yang akan meningkatkan keadaan umat manusia.

Anda mungkin juga menyukai