Anda di halaman 1dari 6

Pendidikan Awal

Kanak-Kanak
Pandangan Islam Berlandaskan Al-Quran dan
Ahli Falsafah dan Pemikir Islam
• Selain daripada ahli pemikir dan cendikiawan di barat, Islam sendiri
tidak ketinggalan dalam memberi panduan daripada segi bimbingan
dan pendidikan kanak-kanak pada peringkat awal.
• Kerana Islam menekankan perkembangan seseorang kanak-kanak itu
biar seimbang daripada segi duniawi serta ukhari.
• Terdapat ramai pemikir Islam yang memberi sumbangan dalam
pendidikan, terutama pendidikan awal kanak-kanak.
Pandangan Islam dalam pembentukkan kurikulum jelas sekali
termaktub dalam peasanan Saidina Ali R.A. yang bermaksud, "didiklah
anak-anak mu supaya mereka boleh hidup di zaman yang amat
berlainan sekali dengan zamanmu."
• Antara beberapa teori dan pandangan dikemukakan oleh tokoh, dua
orang tokoh berikut memberi sumbangan yang sangat menarik
Imam Al-Ghazali
Imam Ghazali memberi penekanan bahawa kanak-kanak perlu :
 Dididik sejak lahir dan diajar mengenal huruf, menulis dan membaca.
 Diberi pendidikan agama berlandaskan Al-Quran dan hadith bagi
membentuk peribadi mulia.
 Diberi latihan jasmani bagi membina kekuatan tubuh badan,
kecerdasan minda dan mengelakkan kemalasan.
 Dilatih mengamal budi perkerti yang mulia dan tabiat yang baik.
 Dilatih mempunyai sifat berani, merendah diri, sabar dan
menghormati orang tua serta mentaati kedua ibu bapa.
 Diberi nasihat ke atas kesalahan yang dilakukan dan dimarahi sekali
kala sahaja supaya mereka lebih menghormati orang tua.
 Dibimbing berkenaan kewajipan terhadap agama dan hukum agama
Islam apabila mereka sudah cerdik dan berakal.
 Diawasi oleh ibu bapa kerana mereka mudah terpengaruh oleh
persekitaran dan tingkahlaku masyarakat.
Ibnu Khaldun
Ibnu Khaldun pula berpendapat kanak-kanak :
 Perlu menggunakan belajar yang disusun dengan baik.
 Belajar menggunakan pancaindera dan diberi contoh yang mudah dan
konkrit dalam pembelajaran mereka.
 Perlu didedahkan dengan contoh teladan yang baik.
 Diajar membaca Al-Quran sebelum menghafalnya.
 Menerima bimbingan dengan lemah lembut, bukan melalui
kekerasan.
 Mudah keliru, apabila diajar dua perkara dalam masa yang sama.
Oleh yang demikian, hanya ajar satu perkara pada satu jangka masa.
KESIMPULAN
• Maka, pendidikan awal kanak-kanak adalah jelas menurut perspektif Islam
iaitu memilih pasangan yang soleh dan solehah sebelum berkahwin.
• Ini adalah untuk memastikan bahawa generasi ulama’ tidak pupus ditelan
zaman.
• Sesungguhnya, kanak-kanak adalah generasi yang akan meneruskan
delegasi tampuk pemerintahan dimasa akan datang.
• Jika, kita mahukan pemimpin yang adil dan berwibawa yang berjuang
untuk keamanan dunia, maka didikan dari awal kanak-kanak adalah sangat
penting.
• Jika kita mahu lahirkan individu yang beriman dan bertaqwa, yang
berkaliber dan profesional, maka inilah solusinya.
• Memilih pasangan yang soleh dan solehah sebelum bernikah berpandukan
Akhlak dan Agamanya.

Anda mungkin juga menyukai