Anda di halaman 1dari 5

Sejarah Tarian Zapin

Zapin dipercayai dibawa oleh mubaligh-mubaligh dari Timur Tengah kira-kira pada abad ke15. Kebanyakan mubaligh-mubaligh dan pedagang-pedagang ini datang dari Tanah Arab
dan Parsi. Di dalam dialek Yamen ia dikenali sebagai Zaffana. Pada permulaan hanya
golongan lelaki yang menyertai tarian ini. Tapi kini ia telah dimodifikasi dengan penyertaan
golongan wanita.
Versi paling asas ialah gerakan mengikut alunan muzik dan kiraan 1 2 3 dan 4. Pada kiraan
ke-4 kaki dilunjurkan ke belah kiraan terakhir dibuat. Ia boleh dilakukan setempat atau
gerakan ke depan atau ke belakang. Semasa melakukan gerakan, kondisi tubuh penari
biasanya dalam keadaan tegak dan agak mendada.
Zapin biasanya diiringi oleh beberapa instrumen muzik tradisional dan genre lagunya
biasanya genre Samrah. Instrumen yang terlibat pula ialah Biola, Marwas dan Gambus.
Dalam Zapin tiada peraturan yang tetap dalam menentukan berapa orang penari yang
diperlukan untuk membuat persembahan. Namun, oleh kerana penari perlu berinteraksi
antara satu sama lain tarian Zapin digalakkan untuk dilakukan secara berpasangan dalam
gandaan 2.
Penari-penari kemudian boleh berinteraksi dengan pasangan masing-masing dengan
bergurau, mencabar atau menikmati alunan muzik dan lenggok tarian pasangan masingmasing.
Terdapat banyak bentuk tarian Zapin dan semuanya telah berevoulusi daripada ragam yang
asal. Antara variasi tarian yang popular ialah Zapin Tengliu yang berasal dari Mersing.
Variasi Tengliu telah diilhamkan dari para nelayan yang sering turun ke laut dan mereka
manari diatas kapal dengan mengikut arus ombak laut. Kalau kita melihat variasi ini penari
seolah-olah sedang menari sambil badannya terhuyung-hayang ke kiri dan kanan sambil
tangannya memegang tali kapal. Gerakan variasi Tengliu banyak melakukan gerakan yang
tidak disangka-sangka seperti pusingan badan dan pinggang diikuti dengan hentian
mengejut dengan kaki, tangan dan bahu.
khazanah tarian rumpun Melayu yang mendapat pengaruh dari Arab. Tarian tradisional ini
bersifat edukatif dan sekaligus menghibur, digunakan sebagai media dakwah Islamiyah
melalui syair lagu-lagu zapin yang didendangkan. Musik pengiringnya terdiri dari dua alat
yang utama yaitu alat musik petik gambus dan tiga buah alat musik tabuh gendang kecil
yang disebut marwas. Sebelum tahun 1960, zapin hanya ditarikan oleh penari laki-laki
namun kini sudah biasa ditarikan oleh penari perempuan bahkan penari campuran laki-laki
dengan perempuan.
Tari Zapin sangat banyak ragam gerak tarinya, walaupun pada dasarnya gerak dasar zapinnya sama, ditarikan oleh rakyat di pesisir timur dan barat Sumatera, Semenanjung Malaysia,

kepulauan Riau, pesisir Kalimantan dan Brunei DarussalamAsal usul zapin ni dari tanah
arab, hadralmut.
Pengaruh seni muzik seni tari, senimuzik dan gurindam arab telah menyibar ke johor melalui
kawasan pesisir pantai barat johor dan ke pendalaman melalui sungai sungai bersama
sama penempatan arab di kampung kampung melayu.
Namun begitu zapin melayu johor unik kerana telah menyaring kesenian arab sambil
mencipa kesenian melayu dan falasafah kesenian islam.Pada zaman dahulu kesenian zapin
melayu bukan hanya di persembahkan halaman atau di anjung rumah ianya juga di
persekitaran masjid juga surau untuk menyambut perayaan mauliurassul s.a.w dan lain lain.
terdapat beberapa jenis zapin johor diantaranya zapin pekajang, zapin tengelu, zapin
lenga dll.Zapin melayu johor pada kebiasaannya dimulakan dengan pemainan gambus
permulaaan di namakan Taksim,terdapat beberapa ragam di dalam tarian zapin diantaranya
ragam pusau belanak besar , ragam lompat injut, ragam kopak,ragam titi batang,ragam
ayam patah, ragam pusau belanak kecil dan akhir sekali ragam wainap.

Tarian Zapin
Zapin sebagai tradisi tari di Johor bukan sahaja berfungsi sebagai hiburan pada acara-acara
sekular tetapi juga sebagai acara sambutan hari-hari kebesaran agama Islam. Sambutan
dan perayaan hari-hari besar seperti Maulud Nabi, Hari Raya dan Awal Muharam disambut
dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran atau kitab berzanji juga disambut dengan
persembahan zapin. Oleh kerana Zapin di Johor, sama ada Zapin Arab atau Zapin Melayu,
telah dianggap sebagai seni yang mempunyai ikatan kuat dengan tradisi kesenian Arab,
tradisi tersebut juga diterima secara meluas sebagai seni yang berunsurkan kesenian Islam.
Tradisi Zapin diterima secara terbuka sebagai seni yang bukan sahaja melambangkan
ketinggian budaya Melayu tetapi juga kemantapan budaya Arab-Islamnya dalam seni
budaya Melayu. Mungkin juga kesahihan tradisi Zapin sebagai seni yang mempunyai unsurunsur ke-Islaman didasarkan kepada status orang-orang Arab yang dimuliakan sebagai
penghubung kepada dunia Islam yang lebih besar.
Walaupun terdapat Zapin Arab dan Zapin Melayu di Johor, Zapin Melayu dianggap
lebih intim dengan budaya orang-orang Melayu berbanding Zapin Arab. Pada orang-orang
Melayu Johor, Zapin Arab lebih kasar, keras dan terlalu bertenaga tinggi berbanding dengan
Zapin Melayu yang lebih halus lembut dan ayu. Penari-penari Zapin Arab yang terdiri
daripada masyarakat keturunan Arab di Johor menarikan tari tersebut dengan langkahlangkah luas, hayunan tangan yang tinggi dan hinjutan kaki yang keras. Penari-penari
Melayu pula yang rata-rata terdiri daripada orang-orang Melayu menarikan Zapin Melayu

dengan hayunan tangan yang lebih kecil atau sempit, langkah kaki yang tidak terlalu luas
dan tinggi serta hinjutan tapak kaki yang lembut. Penari-penari Zapin Melayu dimestikan
menari tanpa menyebabkan lantai rumah atau balai bergoyang dan membuai.
Penari Zapin Melayu yang baik akan menarikan Zapin tanpa mengubah atau
menggulung bucu-bucu tikar atau permaidani yang terhampar. Ketentuan seperti ini
dianggap sebagai penunjuk kepada kemurnian dan kehalusan tari Zapin Melayu berbanding
dengan Zapin Arab. Orang-orang Melayu cuma memilih dan menyesuaikan ciri-ciri kesenian
yang dianggap mencerminkan kesinambungan resam budaya yang halus dan murni.
Adaptasi yang dilakukan ke atas Zapin Arab secara selektif sama ada sedar atau tidak,
dalam menghasilkan seni Zapin Melayu menunjukkan kemampuan orang-orang Melayu
Johor memilih unsur-unsur pertunjukan yang tidak bercanggah dengan naluri dan citarasa
estetik orang-orang Melayu.
Walaupun Zapin Arab jika dibandingkan dengan Zapin Melayu nyata lebih gagah,
besar dan luas perlakuannya, Zapin Arab dan Zapin Melayu tidak pula dipandang sebagai
seni yang terpisah. Hubungan simbiotik antara kedua-dua genre itu tercermin apabila
kedua-dua bentuk Zapin tersebut saling dipertontonkan pada upacara sambutan dan
keramaian yang sama di tempat yang sama. Kedua-dua bentuk Zapin itu diterima sebagai
kesenian yang mempunyai pertalian rapat dan berasal dari sumber kreativiti kesenian yang
sama. Ketiadaan konflik di antara seniman kedua-dua genre ini membolehkan senimanseniman daripada kedua-dua genre itu khususnya pemuzik dipinjamkan ke mana-mana
genre apabila keadaan mendesak. Justeru itu, sudah menjadi kebiasaan di Johor, pemuzikpemuzik yang bermain gendang peningkah seperti marwas, pemain gambus, biola ataupun
akordian berpindah-pindah dari satu genre Zapin ke genre Zapin yang lain apabila
diperlukan.
Di kampung-kampung di kawasan timur laut negeri Johor, Zapin merupakan acara
sosial yang berkesempatan memberi peluang kepada peminat-peminat genre tersebut
keluar menari atau bermain muzik secara berkumpulan tanpa rasa malu dan segan. Rasa
persaudaraan antara penari dan pemuzik dan sifat esprit de corps di kalangan mereka
mematahkan rasa malu atau kurang percaya pada diri apabila beraksi di depan khalayak
ramai. Setiap pertunjukan itu dianggap sebagai usaha bersama kelompok seniman di
kampung dan bukannya suatu usaha peribadi untuk menunjukkan lagak diri sendiriutk
kepentingan ego semata-mata. Sifat takbur tidak pernah ada di kalangan orang-orang
Melayu walaupun pada peringkat pertunjukan kesenian. Dalam tradisi Zapin Melayu,
tumpuan kepada bintang atau jaguh seperti sifat primadona tidak pernah ada. Malahan sifat
demikian yang dianggap sombong dan bongkak merupakan pemisah kepada keharmonian
hubungan masyarakat di kampung. Zapin adalah kesenian yang memerlukan usaha
bersama dan bukannya usaha individu.

Pada perayaan acara sambutan perkahwinan dan sebagainya, masyarakat kampung


diberi kesempatan bukan sahaja menonton Zapin tetapi juga mengambil bahagian dalam
persembahan tersebut. Setiap ahli masyarakat yang sudah tahu dan hafaz bunga tari yang
ditarikan oleh satu-satu kumpulan Zapin dibolehkan menari bersama apabila ada
kesempatan. Seringkali kesempatan tersebut terbuka apabila salah seorang atau kedua
pasangan penari Zapin ingin mengundur diri kerana keletihan atau kerana ingin memberi
kesempatan orang lain menari. Oleh kerana pusingan ragam tari tersebut diulang-ulang
untuk beberapa pusingan dalam satu-satu persembahan, kesempatan untuk meniru ragam
tari tersebut dengan cepat memudahkan lagi sesiapa sahaja antara penonton lelaki untuk
ikut serta dalam persembahan tersebut. Begitu juga bagi penari-penari yang lain. Mereka
juga boleh berhenti atau menyambung menari apabila setiap pusingan ragam tari selesai
dilakukan. Demikian juga halnya dengan pemain muzik gendang peningkah yang
memainkan marwas. Oleh kerana pola rithma pukulan marwas mendatar sewaktu nyanyian
lagu masih dalam pola pantun yang belum lengkap baitnya, pemain marwas boleh
mengambil alat dan bermain alat tersebut. Ketangkasan pemain-pemain marwas cuma
kelihatan apabila pola rithma marwas meningkat dengan mendadak dengan tingkahan yang
berlapis dan berselang-seli dalam bentuk pola interlok.
Rasa persaudaraan antara pemain muzik dan penari adalah sebahagian daripada sifat
keluarga besar masyarakat di kampung. Pemain muzik dan penari Zapin umumnya lebih
senang mempersembahkan Zapin secara kelompok sosial yang mempunyai hubungan dari
segi pekerjaan atau aktiviti riadah. Di kawasan timur laut negeri Johor, pemain Zapin terdiri
daripada perkumpulan yang mempunyai profesion yang sama seperti penarik beca, penjual
kecil-kecilan atau penambang. Aktiviti riadah yang menjadi penghubung sosial pemainpemain Zapin adalah seperti aktiviti memikat burung, kelab bola, persatuan belia dan lainlain persatuan. Zapin menjadi penarik atau pendorong kepada individu-individu yang
mempunyai

kesamaan

aktiviti

atau

pekerjaan

untuk

bersatu

berlatih

sambil

menganggapkannya sebagai suatu aktiviti sosial di kampung. Mereka akan belajar ragam
tari yang terdiri daripada rangkaian bunga tari yang diperturunkan daripada pemain-pemain
yang lebih arif dalam seni tersebut. Ragam wainab yang merupakan ragam gerak cepat
yang ditandai oleh tingkahan beberapa buah marwas dipelajari berulang-ulang supaya
berlaku kesinambungan antara ragam tari biasa dan ragam wainab apabila koda muzik
dimulakan dengan pukulan marwas yang tingkah meningkah.
Begitu juga pemain muzik yang memainkan alat-alat muzik seperti marwas, dok,
gambus, akordian atau biola, memanfaatkan waktu tersebut untuk sama-sama berlatih
mengasah kesepaduan permainan dan kelicinan persembahan. Kebiasaan berlatih secara
berkumpulan ini juga merupakan faktor utama terhindarnya rasa takut atau malu di kalangan

penari dan pemuzik apabila mempersembahkan tari zapin di khalayak ramai. Oleh kerana
zapin tidak menggalakkan persaingan antara pemain baik dalam kumpulan mahupun antara
kumpulan, ketertiban persembahan sentiasa menjadi asas utama persembahan Zapin
Melayu.

Busana Zapin

Bunga yang dililit pada sebelah kirisanggol menandakan pemakainya masihbelum berpunya
berbanding denganlilitan yang dibuat pada sebelah kanansanggol yang menandakan bahaw
apemakainya sudah berstatus sebagaiwanita yang sudah berumah tangga.

Aksesori ta

mbahan untuk busana BajuKurung Teluk Belanga untuk orang lelakiyang menarikan Zapin a
dalah kancingbaju yang diperbuat daripada suasa atauperak dan diikat dengan batu delima,
zamrud atau sebagainya.

Bagi kaum wanitapula kancing yangdiperbuat daripada emas,

perak atausuasa diikat dengan batu Intan dandisebut sebagai Garam Sebuku atauKunang S
ekebun.Buat masa ini busanatersebut boleh sahaja digantikan dengankancing-kancing bias
a yang banyakterdapat dijual di pasar.

Penari Zapin wanita juga kadangkalanyamemak

ai aksesori tambahan yangpernah dipakai untuk dipadankandengan busana Baju Kurung Tel
ukBelanga seperti seutas rantai emas yangsederhana panjang yang disebut sebagaiRantai
Belati, sepasang anting-antingtelekap yang dipanggil Anting-AntingKopi dan gelang tangan y
angmembelit yang dikenali sebagai GelangBerderai.

Anda mungkin juga menyukai