Anda di halaman 1dari 25

ISI KANDUNGAN NO. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

ISI KANDUNGAN MUKA

SURAT Penghargaan 23 Pengenalan 45 Sejarah Zapin 68 Jenis Tarian Zapin Melayu Johor dan 9 10 Pembahagian Zapin Sejarah dan Latar Belakang Zapin Penutup Lampiran Rujukan 11 - 18 19 20 21 23 24 - 25

1|Page

PENGHARGAAN
Allahdullilah akhirnya kerja khusus ini Berjaya saya siapkan dengan jayanya oleh saya. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada ALLAH S.W.T kerana memeberi
2|Page

petunjuk. Saya Berjaya menyiapkan kerja khusus yang pertama mengenai budaya dan tamadun. Untuk menyiapkan kerja khusus ini banyak orang telah memebantu dan member semangat untuk menyiapkan kerja khusus ini. Pertama, kepada pensyarah saya Cik Azrina Binti Mudi, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana mengajar dan memahami subjek ini, kerana memeberi nota-nota yang berkenaan, memebantu dan member semangat dan juga dorongan. Tanpa panduan daripada beliau mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja khusus ini. Kedua, kepada keluarga saya kerana memeberi semangat kepada saya dan juga bantuan kewangan. Apa yang saya ingin ucapkan adalah terima kasih yang tidak terhingga kerana memeberi semangat kepada saya untuk menyiapkan kerja ini. Akhir sekali, tidak lupa juga kepada kawan-kawan saya dan orang yang membantu saya untuk menyiapkan kerja ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih.

3|Page

ZAPIN JOHOR

4|Page

PENGENALAN

Zapin Johor merupakan tarian masyarakat melayu Johor yang utuh dan popular. Selain Kuda Kepang yang diperkenalkan oleh masyarakat Jawa di Johor. Zapin ini juga memepunyai nilai-nilai kesenian yang tersendiri. Jika sekumpulan penari zapin dapat membuat persembahan yang baik dan teratur mampu menarik perhatian orang ramai yang menyaksikan persambahan ini akan berasa teruja. Kumpulan zapin ini kerap mengadakan persembahan di majlis-majlis perkawinan. Alat muzik yang selalu digunakan adalah gambus, rebana, biola, dan beberapa jenis alat muzik yang lain. Penari-penari tarian ini terdiri daripada leleaki dam perempuan. Pakain penari adalah pakaian melayu, memakai samping dan songkok bagi lelaki, dan pakaian penari perempuan ialah baju kurung dan kebaya labuh.

5|Page

SEJARAH ZAPIN

6|Page

Zapin dipercayai telah dibawa oleh mubaligh-mubaligh dari Timur Tengah kira-kira pada abad ke-15. Kebanyakan mubaligh-mubaligh dan pendagangpendagang ini dating dari Tanah Arab dan Parsi. Di dalam dialek Yamen ia dikenali sebagai ZAFFANA (kalau silap betulkan). Pada mulanya hanya golongan lelaki saja yang menyertai tarian ini, tapi telah dimodifikasi denjgan penyertaan golongan wanita. Versi paling asas dalam gerakan mengikut alunan muzik dan kiraan 1, 2, 3 dan 4. Pada kiraan ke-4 kaki dilunjurkan ke belah kiraan terakhir dibuat. Ia boleh dilakukan setempat atau gerakan ke depan atau ke belakang. Semasa melakukan gerakan, posisis tubuh penari biasanya dalam keadaan tegak dan mendada.

Zapin biasanya akan diiringi oleh beberapa alat muzik tradisional dan lagunya biasanya berentak Samrah. Alat muzik yang terlibat ialah Biola, Marwas dan Gambus. Dalam tarian Zapin tiada peraturan yang tetap untuk menentukan berapa orang penari yang diperlukan untuk membuat dan menjayakan persembahan tersebut. Oleh kerana penari perlu berkomunikasi antara satu sama lain tarian Zapin ini digalakkan di tarikan secara berpasangan dalam gandaan 2. Ini kerana memudahkan penari melakukan gerakan. Ini kerana dengan menari secara berpasangan. Penari boleh bergurau, mencabar atau menikmati alunan muzik dan lenggok tarian dengan pasangan masing-masing.

Terdapat banyak bentuk tarian Zapin dan semuanya telah ditranformasikan daripada ragam yang asal. Antara variasi tarian yang popular ialah: Zapin Tengliu yang berasal dari Mersing. Ianya telah diilhamkan oleh para nelayan yang semasa turun ke laut dan mereka manari diatas kapal dengan mengikut arus ombak laut. Jika kita lihat penari seolah-olah sedang menari sambil badannya terhuyung-hayang ke kiri dan kanan sambil tangannya memegang tali kapal. Gerakan tarian Tengliu ini banyak melakukan gerakan yang tidak disangka-sangka seperti pusingan badan dan pinggang diikuti dengan hentian mengejut dengan kaki, tangan dan bahu. Khazanah tarian ini telah mendapat pengaruh dari Arab. Tarian tradisional ini bersifat edukatif dan menghibur, ianya boleh digunakan sebagai media dakwah Islamiyah melalui syair lagu-lagu zapin yang didendangkan. Musik
7|Page

pengiringnya terdiri dari dua alat yang utama yaitu alat musik petik gambus dan tiga buah alat musik tabuh gendang kecil yang disebut marwas. Tarian Zapin mempunyai banyak gerak tarinya yang agak susah, walaupun pada dasarnya gerak dasar zapinnya sama, ditarikan oleh rakyat di pesisir timur dan barat Sumatera, Semenanjung Malaysia, kepulauan Riau, pesisir Kalimantan dan Brunei Darussalam. Asal usul zapin ini dari tanah arab, hadralmaut.

Namun begitu zapin melayu Zohor unik kerana telah menyaring kesenian arab sambil mencipta kesenian melayu dan falasafah kesenian islam. Pada zaman dahulu kesenian Zapin melayu bukan hanya di persembahkan halaman atau di anjung rumah ianya juga di persekitaran masjid juga surau untuk menyambut perayaan mauliurassul s.a.w dan lain lain. Terdapat beberapa jenis zapin johor diantaranya zapin pekajang, zapin tengelu, zapin lenga dll.Zapin melayu johor pada kebiasaannya dimulakan dengan pemainan gambus permulaaan di namakan Taksim,terdapat beberapa ragam di dalam tarian zapin diantaranya ragam pusau belanak besar , ragam lompat injut, ragam kopak,ragam titi batang,ragam ayam patah, ragam pusau belanak kecil dan akhir sekali ragam wainap.

8|Page

JENIS-JENIS TARIAN ZAPIN MELAYU JOHOR


9|Page

Jenis-jenis Zapin :

Zapin Melayu Zohor.


Zapin Pulau Zapin Lenga Zapin Pekajang Zapin Arab Zapin Jambi Zapin Singapura

PEMBAHAGIAN ZAPIN MENGIKUT DAERAH JOHOR


Daerah Muar Zapin Kores, Zapin Tanjung Labuh dan Zapin Sari. Daerah Batu Pahat Zapin Seri Bunian dan Zapin Pulau. Daerah Mersing zapin Tenglu dan Zapin Pulau. Johor Bharu Zapin Melayu Johor dan Zapin Pekajang.

10 | P a g e

11 | P a g e

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SETIAP ZAPIN


Latar belakang Zapin Pulau

Zapin Pulau ini telah diasaskan oleh Pak Othman Mat Hussin yang berusia 55 tahun ia merupakan pengasas dan penggiat tarian zapin yang telah menubahkan Kumpulan Zapin Warisan Pulau-pulau Mersing di Mersing. Beliau mula berkecimpung dalam seni Tarian Zapin Pulau ini sejak tahun 1952 iaitu ketika beliau masih di bangku sekolah lagi. Guru tarian zapin beliau pada masa itu adalah Allahyarham Pak Ali Bakri, Allahyarham Pak Harun, Allahyarham Pak Ali Awang dan Allahyarham Pak Yahya . Atas tunjuk ajar guru-guru tarian tersebutlah Pak Othman berjaya mengetengahkan dan mengekalkan seni tarian zapin hingga ke hari ini. Menurut Pak Othman, tarian Zapin Pulau (Mersing) telah dibawa oleh Raden Salleh dari Sambas Indonesia yang telah berhijrah ke negeri Pahang. Pada tahun 1962, Raden Salleh telah bermastautin di Pulau, Mersing dan mendirikan rumah tangga di Pulau. Sempena asal Raden Salleh dari Sambas jugalah, telah diciptakan satu gerak yang disebut langkah sambas dalam Tarian Zapin Pulau yang sehingga kini.

Pak Othman juga turut menjelaskan gerak asal Tarian Zapin Pulau ini berpandukan daripada aktiviti harian dan pengamatan terhadap alam sekitar. Kebiasaanya, beliau memulakan tarian dengan memanaskan badan. Menurut beliau lagi, pada mulanya tarian zapin hanya ditarikan oleh golongan lelaki, tetapi pada tahun 1970-an tarian zapin ini telah mula ditarikan juga penari-penari wanita. Pakaian yang digunakan oleh penari lelaki dalam tarian ini ialah baju Melayu, songkok dan samping; manakala penari wanita mengenakan baju kurung, kain samping dan tudung.

12 | P a g e

Alat muzik yang digunakan oleh Kumpulan Zapin Pulau ini antara lain ialah gendang (jidur) yang di pukul dengan 2 batang rotan, biola, marwas dan gambus. Menurut Pak Othman, gerak Tari Zapin Pulau ini terdiri daripada langkah lurus, langkah empat, langkah berulang (langkah tak jadi), langkah basrah, langkah udang, langkah dolmat, langkah serong, langkah Johor dan langkah sambas.

Latar belakang Zapin Telengu 1

Zapin Tenglu telah diasaskan oleh Encik Yakop Bin Amir Hamzah iaitu seorang penggiat Tarian Zapin Tenglu ini senang dikenali sebagai Pak Akop Berusia 53 tahun, Pak Akop bekerja dalam sektor swasta di Mersing. Pak Akop mula menceburi diri dalam dunia Tarian Zapin Tenglu sejak beliau berusia 18 tahun. Selain boleh menari zapin, beliau juga seorang yang berkebolehan bermain alat-alat muzik seperti marwas, bonggo dan marakas.

Berbeza dengan Pak Othman dan Mak Usu. Pak Akop belajar menari dengan bergurukan orang yang berketurunan Arab yang sudah menetap di Kampung Tenglu , Mersing yang dikenali sebagai Pak Syed Ali. Menurut Pak Akop, beliau terpaksa menjalani latihan tarian berubah-ubah dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain. Latihan dilakukan selepas solat Isyak. Sebelum latihan menari dijalankan, penari-penari akan berzanji dan berqasidah. Kemudian, tarian zapin akan ditarikan sehinggalah larut malam.

Sesuatu yang menarik tentang Pak Akop ini ialah beliau dan tiga orang lagi sahabatnya melakukan tarian zapin di atas sehelai tikar purun. Mereka menari di atas tikar purun dengan keadaan tikar ini tidak berubah daripada kedudukan asal dan tidak akan terlipat -lipat. Pergerakan tarian atas tikar ini akan dapat mengukur kemahiran penari dalam menggerakkan tarian zapinnya. Apabila tikar purun tidak
13 | P a g e

berubah, maka penari itu bolehlah dikatakan penari yang handal.

Ada orang mengatakan sesiapa sahaja yang menyaksikan tarian Zapin Tengelu Johor pasti akan menghentikan seketika segala perbuatan yang sedang dilakukan baik makan, minum, berjalan mahupun berbual. Memang ada kebenarannya kerana aksi tarian Zapin Tegelu jauh berbeza jika dibandingkan daripada tarian-tarian tradisional Melayu lain yang kebanyakannya berentak perlahan dengan gerakan lemah gemalai..

Tarian Zapin Tegnelu bercorak agresif, sedikit akrobatik dan mempunyai unsur-unsur luar jangkaan tapi penuh keceriaan. Dengan berbaju Melayu Teluk Belanga, bersampin dagang dalam dan bersongkok tinggi, penari-penari Zapin Tegelu rancak menggegarkan pentas dengan aksi pusingan dan lenggokan kepala yang sungguh mengasyikkan mengikut rentak irama lagu Salatollah.

Oleh kerana tarian ini bercorak agresif tidak hairanlah ada pihak-pihak yang mempertikaikannya dengan mengatakan Zapin Tengelu kasar dan tidak melambangkan seni tarian asli Zapin yang penuh kesopanan dan kelembutannya yang tersendiri.

Latar Belakang dan Zapin Tengelu 2 Zapin Tenglu telah diasaskan oleh Puan Habsah Binti Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Usu yang telah berusia 62 tahun dan juga merupakan penggiat aktif seni tarian zapin di daerah Mersing. Beliau mula meminati dan mendalam seni tarian zapin sejak berusia 14 tahun di Kampung Tenglu, Jalan Haji Omar, Mersing .

Menurut Mak Usu, beliau mula belajar dengan seorang guru tarian yang berasal dari Banjarmasin, Indonesia yang biasa dipanggil Pak
14 | P a g e

Cik. Semasa remajanya, beliau telah dilarang oleh keluarganya daripada kegiatan menari zapin ini. Keluarga Mak Usu bertegas pendapat bahawa kaum wanita tidak boleh menari dan tidak dibenarkan keluar rumah. Namun, itu bukanlah halangan bagi Mak Usu untuk mempelajari seni Tari Zapin ini daripada guru tarinya. Beliau secara senyap-senyap berusaha sehingga dapat mempelajari teknikteknik

pergerakan

tarian

zapin

ini

sehingga

berjaya.

Pada tahun 1962, Mak Usu dan suaminya telah menubuhkan satu kumpulan tarian zapin yang kebanyakan ahlinya terdiri daripada ahli keluarganya yang terdekat. Selain menguasai tarian zapin, Mak Usu juga menguasai tarian joget, tarian inang dan tarian asli.

Menurut Mak Usu menari zapin disebut "bermain" yang terdiri daripada taksim, langkah tari kopak dan wainab. Wainab dilakukan tiga kali duduk bertinggung. Tarian Zapin Tenglu ini menurut Mak Usu mempunyai asas gerak tari pada langkah 3, dari langkah 3 kepada langkah 1, langkah 2, langkah 4 dan sebagainya.

Keunikan Tari Zapin Tenglu ini terletak pada gaya sewaktu menari, iaitu tangan kiri menyingsing kain dan tangan kanan berkayuh, sementara itu kedua-dua bahu digerak-gerakkan sekali-sekali. Ini menambah variasi dan keindahan gerak tari tersebut. Usia yang tua tidak pernah dijadikan alasan bagi Mak Usu, untuk tidak terus bergiat dan menunjuk ajar seni tarian Zapin kepada generasi muda.

Latar belakang Zapin Lenga

Tarian Zapin Lenga adalah satu-satunya tarian Zapin Melayu Johor yang paling tua berjaya dikesan di Negeri Johor. Bentuk persembahan Zapin Lenga juga dianggap sebagai prototaip kepada Zapin Melayu Johor yang bersifat sifat lembut dari sudut pergerakan tarian dan muzik jelas kelihatan pada gaya penari lelaki dan melodi muzik pengiring.

15 | P a g e

Keistimewaan Zapin Lenga dari sudut sejarah perkembangan seni Zapin Melayu di Johor ialah kemungkinan besar tradisi tersebut telah diwarisi dari Kerajaan Melayu Melaka setelah Melaka ditawan oleh Portugis pada tahun 1511. Lenga dan kawasan Pagoh merupakan daerah berburu Raja-raja Melaka dan di sana juga tempatnya Sultan Melaka melarikan diri sewaktu Melaka diserang Portugis.

Pada hari ini, tarian Zapin Lenga tidak lagi menjadi tradisi kesenian yang popular seperti pada zaman dahulu kerana kebanyakkan daripada pewaris-pewaris tua telah pun kembali ke rahmatullah. Tradisi ini juga telah berubah dan bentuknya yang asal kerana adanya penglibatan penari-penari wanita yang pada suatu masa dahulu tidak dibolehkan menarikan tarian zapin Lenga di khalayak ramai. Zapin Lenga ini mempunyai 6 Langkah atau Ragam iaitu Langkah 1, langkah 2, langkah 3, langkah 4, langkah 5 dan langkah 6. Zapin lenga ini lebih kepada kelembutan dan kemanisan para penari serta lebih ayu ditarikan oleh penari zapin wanita.

Latar belakang Zapin Pekajang

Zapin Pekajang yang berasal dari Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor Bahru diasaskan oleh Allahyarham Abd Rashid bin Riona yang telah diturunkan kepada tiga orang anaknya iaitu Allahyarham Mohd Zafin bin Abd Rashid, En. Yaakob bin Abd Rashid dan Allahyarham En. Ali bin Abd Rashid. Sebelum meninggal dunia En. Mobd Zafin Abd Rasbid telah mengabadikan Zapin Pekajang kepada enam orang anaknya iaitu Hamzah bin Mobd Zafin, Zulkifli bin Mobd Zafin, Zainal Abidin bin Mobd Zafin, Shamsil Bahrin bin Mobd Zafin, Shamsul Kahar bin Mobd Zafin dan Norzahid bin Mobd Zafin.

Kelima-lima orang anak Allahyarham Mobd Zafin masih bergiat aktif berzapin terutamanya di majlis-majlis keramaian yang diadakan di sekitar Kampung Pekajang. Salah seorang daripada anak Allahyarbam, iaitu Zainal Abidin bin Mobd Zafin berupaya untuk terus menyalakan dan mencerahkan tari Zapin Pekajang ini melalui Yayasan

16 | P a g e

Warisan Johor. Ini kerana Zainal Abidin kini bertugas sebagai salah seorang kakitangan di Yayasan Warisan Johor.

Menurut En. Zainal, Zapin Pekajang yang mengandungi 13 lamgkah ini kebiasaannya ditarikan di hadapan pasangan pengantin pada malam berinai. Penari-penari zapin ini memegang bunga telur di tangan kanan sambil tangan kiri menyingsing kain samping. Zapin Pekajang ini ditarikan hanya oleh penari lelaki sahaja kerana pergerakan tarian ini agak gagah dan bertenaga. Menurut beliau lagi, Zapin Pekajang ada kemungkinannya juga dibawa dari Kepulauan Riau sekitar tahun 20-an dan diolah semula oleh Allahyarham Abd. Rashid kerana pada ketika itu nendanya sering berulang-alik ke Kepulauan Riau untuk mengunjungi keluarga mereka yang masih berada di sekitar Kepulauan Riau.

Sebagai pendukung seni dan muzik di Yayasan Warisan Johor, En. Zainal Abidin yang dilahirkan pada 13 Disember 1956 seakan-akan mengambil alih peranan mengembangkan Zapin Pekajang ini kepada umum melalui Yayasan Warisan Johor. Justeru, beliau telah menjadi tenaga pengajar Zapin Pekajang kepada Artis Budaya Yayasan Warisan Johor. Selain itu beliau juga telah memperkembangkan zapin ini kepada anak-anaknya dan kepada para belia di Kampung Pekajang dan sekitar mukim Tanjung Kupang.

Latar Belakang Zapin Arab

Zapin Arab merupakaan salah satu bentuk tarian kesenian zapin di dunia. Gerak tarian Zapin Arab yang gagah dengan ayunan langkah dan lenggangnya yang lebih luas dan tinggi membezakannya denga Zapin Melayu Johor. Selain itu, gerak tarinya yang lebih kasar dan keras dan hayunan tangan yang lebih tinggi serta henjutan kaki yang lebih keras sememangnya memerlukan tenaga penari yang lebih banyak. Zapin Arab yang juga berasal dari Hadramaut diiringi dengan
17 | P a g e

Gambus (alatan bunyian bertali), marwas (gendang tangan) dan dok (gengang panjang) yang memberikan kesan bunyi dan irama yang berhubung-kait

dengan

kesenian

Zapin

Melayu

Johor.

Di Johor, seni tarian Zapin Arab pada kebiasaannya ditarikan oleh penari-penari yang berketurunan Arab (Syed dan Syarifah). Selain itu, kebiasaannya Zapin Arab ditarikan bagi menyambut hari-hari kebesaran agama Islam seperti Maulidur Rasul dan ini menunjukkan seni tari ini saling berkait-rapat dengan kesenian Islam. Zapin Arab bukan hanya sebagai hiburan semata-mata, tetapi ia juga merupakan tarikan utama bagi manarik penduduk di Tanah Melayu (Malaysia) memeluk agama Islam dan sebagai satu cara menyebarkan dakwah Islam. Ini berlaku pada zaman Tanah Melayu dijadikan nadi utama dalam pengembangan agama Islam di dunia. Menurut sejarah, pengaruh seni dan nyanyian Arab-Hadramaut telah berubah menjadi sebuah rentak Zapin yang lain seperti Zapin Melayu Johor.

Latar belakang Zapin Jambi Zapin Jambi terbahagi kepada 2 iaitu: Zapin Dana Bedana. Zapin Lambung. Zapin Dana Bedana Tarian ini merupakan ramuan dari pelbagai zapin dan dana yang diolah manjadi paduan dalam kareografi yang harmonis. Zapin Dana Bedana mengungkapkan berbagai suasana dan pengalaman yang pernah dialami dan dirasakan para penari Zapin dan Dana, seperti menari diatas permaidani dalam ukuran terbatas, menari berpasangan untuk pergaulan, bercanda selepas tugas atau kewajipan dan lainnya.

Zapin Lambung

18 | P a g e

Zapin Lambung mendapat inspirasi dari tarian tradisional Sarah Lambung yang ada di desa Mandi Angin Tou, Jambi. Kemudian dikembangkan menjadi kareografi yang banyak mengambil gerak melambung, atraktif, dan kocak.

19 | P a g e

Penutup
Apa yang saya dapat rumuskan bahawa zapin ini merupakan satu tarian yang popular di Johor. Apa yang saya dapat pelajari zapin boleh di kategorikan kepada beberapa jenis iaitu, Zapin Melayu Johor, Zapin Pulau, Zapin Lenga, Zapin Pekajang, Zapin Arab, Zapin Jambi dan sebagainya. Pembahagian zapin juga mengikut daerah. Zapin mempunyai tarian yang indah apabila di tonton. Dengan memebuat kerja khusus ini saya dapat tahu bahawa zapin ini memepunyai banyak cabang. Banyak perkara baru mengenai zapin saya dapat pelajari.

20 | P a g e

21 | P a g e

LAMPIRAN

Alat-alat muzik dalam permainan Zapin

Rebana

Marwas

22 | P a g e

Bongo

Gambus

Pakaian Zapin

Zapin Pulau

Zapin Pekajang

23 | P a g e

Langkah Tarian Zapin

Sesi pembelajaran zapin

24 | P a g e

Rujukan
Zapin di Istana Kerajaan Pelalawan Tenas Effendy Tari Zapin Nusantara: Sejarah Perkembangannya di Palembang Djohan Hanafiah Falsafah Kesenian Islam dalam Zapin Melayu: Leksikon dan Ikonografi Handasah Al-Sawt di Alam Melayu Mohd Anis Md Nor Zapin-Gambus di Wilayah Kabupaten Deli-Serdang, Sumatera Utara Tengku Luckman Sinar, SH (Tengku Pangeran Temenggong Mangkunegara) Dasar Langkah Tari Zapin Riau dan Sekelumit Pengembangannya Tengku Rahimah Daud
http:// www.en.wikipedia.org.

25 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai