Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN ASAS TARI

CA10302

SEKSYEN 5

TUGASAN TARIAN ZAPIN

NAMA MOHAMAD ZAHIED BIN ZAMRI

NOMBOR MATRIKS BA19110298

NAMA PENSYARAH ENCIK SUHAIMI MAGI

NAMA TUTOR MISS TOH MINMIN

FALKULTI KEMANUSIAAN, SENI DAN WARISAN


PENGENALAN

Tarian Zapin, merupakan salah satu tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini berasal dari
Arab. Istilah Zapin sendiri berasal dari bahasa Arab yakni “Zafn” yang bermaksud Gerakan
kaki cepat senada rentak pukulan. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar
seni tari di Nusantara seperti di Semenjung Tanah Melayu, Borneo dan gugusan pulau yang
sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei,
Singapura dan Indonesia. Zapin telah mengalami banyak pengubahsuaian dari segi bentuk
dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Selain itu, terdapat pelbagai jenis
zapin ataupun pecahan dimana ianya ditarikan.

Antara pecahan tarian zapin adalah seperti tarian zapin arab, zapin johor, zapin
lenga, zapin pekan, dan zapin penglu. Manakala zapin di Brunei pula dikenali sebagai “Jipin”.
Berbeza dengan tarian yang lain, tarian zapin lebih mementingkan gerakan berkumpulan
daripada gerakan individu. Boleh dikatakan bahwa Zapin adalah salah satu seni Islam yang
mewujudkan konsep-konsep ajaran Islam. Hal ini kerana dalam Zapin terkandung nilai-nilai,
filsafat, etika, estetika atau semua hal yang terkait dengan seni Islam dan untuk pertama
kalinya, tarian ini disebarkan oleh orang-orang Arab yang beragama Islam. Mereka
membawa serta kebudayaan mereka ke daerah-daerah yang dipengaruhi Melayu. Pada
awalnya Tari Zapin kebanyakkannya ditarikan oleh kaum lelaki sahaja, namun seiring
perkembangan masa, zapin juga telah ditarikan oleh penari perempuan juga. Pada masa
kini, zapin lebih dikerap ditarikan oleh sekumpulan penari lelaki dan perempuan secara
berpasangan.

Dalam perjalanan sejarahnya, penyebaran Zapin meluas melintasi daerah dan


negara. Hal ini turut memungkinkan adanya perubahan-perubahan hingga tercipta ragam-
ragam dan gerak yang khas yang disesuaikan dengan cita rasa masing-masing daerah.

GERAKAN DAN PERSEMBAHAN TARIAN ZAPIN

Sebagai tari persembahan, dalam pelaksanaannya Tari Zapin terbagi dalam 3 peringkat.
Peringkat pertama adalah pembuka tari, peringkat kedua adalah pecahan atau gerak serta
lenggang tari, dan yang terakhir adalah penutup tarian.
Tarian ini menumpukan pada langkah dengan posisi kaki tertutup tidak merendah. Posisi
badan umumnya bergerak seperti ombak mengalun, sementara posisi tangan kanan dan kiri
terlihat jelas berada dibawah bahu .

Dalam tarian ini juga, baik penari lelaki maupun perempuan memiliki gerakan yang sama,
dan hal yang membezakannya hanyalah pada gerak tangan saja. Pola tari tarian ini
sangatlah sederhana dan dilakukan secara berulang-ulang sahaja. Gerakan tarian ini
mendapatkan inspirasi dari kegiatan manusia dan alam lingkungan. Gerakan dengan maksud
sikap rendah diri dan menghargai yang biasa ditampilkan pada permulaan tari. Gerak ini
dilakukan sebanyak dua kali di awal dan di akhir.

ALAT MUZIK YANG DIGUNAKAN

Alat muzik yang digunakan bagi mengiringi tarian zapin adalah gambus, rebana, gendang,
dan marakas. Antara lagu iringin tarian zapin yang terkenal adalah seperti Lancang Kuning,
Zapin Asli, Gendang Rebana dan lain-lain. Berikut adalah contoh alat muzik yang dinyatakan
:
BUSANA

Meskipun mempunyai banyak pengaruh Arab dan Parsi, namun dari segi busana pemakaian
sewaktu persembahan, penari-penari tarian ini memakai pakaian Melayu yang lengkap iaitu
berkain samping dan bersongkok bagi penari lelaki dan berbaju kurung serta berkain sarung
bagi penari perempuan. Lelaki biasanya akan menggunakan baju Melayu Johor,
menggunakan songkok tinggi, samping di bawah paras lutu, serta mempunyai jambul dan
kerongsang di songkok mereka. Bagi penari perempuan pula, mereka biasanya
menggunakan baju Kurung Melayu Johor, bersamping, rambut bersanggul ataupun
bertudung serta berhiaskan perhiasan emas seperti rantai emas. Berikut adalah contoh
busana bagi penari zapin lelaki dan perempuan:
RUJUKAN

 Inda Flourylia, (2018). TARIAN ZAPIN SEBAGAI PENINGGALAN BUDAYA ARAB DI


TANAH MELAYU. Foreign Case Study : Sekolah Tinggi Pariwasata Ambarrukmo
Yogyakarta.
 Desy Ika Mustafiani, (2018). PENGENALAN TARIAN TRADISIONALZAPIN JOHOR
MALAYSIA. Foreign Case Study : Sekolah Tinggi Pariwasata Ambarrukmo
Yogyakarta.
 Prof. Dr. Mohd Anis Md. Nor, (2019). TARIAN ZAPIN – YAYASAN WARISAN JOHOR.
Dimuat turun daripada : http://www.ywj.gov.my/tarian-zapin/

Anda mungkin juga menyukai