Anda di halaman 1dari 2

Pendahuluan

Definisi Etika

Secara etimologi, perkataan etika merupakan perkataan yang berasal daripada behasa Yunani
iaitu Ethos dan Ethikos. Ethos membawa maksud adat ataupun kebiasaan manakala perkataan
Ethikos membawa maksud tatasusila, adab, atau kelakuan dan perbuatan yang baik. Secara
terminologi, etika bermaksud pengetahuan yang membahas baik-buruk atau benar-salah tingkah
laku dan tindakan manusia serta sekaligus membincangkan kewajiban-kewajiban manusia. Etika
adalah suatu cabang falsafah tentang pandangan dan persoalan dalam bidang moral, ia diungkap
dalam bentuk moral seperti baik, buruk, jahat, suci, memalukan, bertanggungjawab dan
sebagainya. Etika juga merupakan suatu penyelidikan falsafah tentang kewajipan manusia serta
tentang yang baik dan yang buruk. Ringkasnya, etika adalah falsafah tentang amalan dan norma-
norma hidup manusia. Secara umumnya etika ialah suatu ilmu yang membicarakan masalah
perbuatan atau tingkah laku manusia, mana yang dapat dinilai baik dan mana yang dapat dinilai
buruk dengan memperlihatkan sejauh mana perbuatan manusia itu dapat diterima oleh akal
fikiran.

Definisi Etika Profesional

Perkataan profesional merujuk kepada individu yang melakukan pekerjaan tertentu


sebagai suatu pekerjaan tetap dan sumber pendapatan utamanya. Profesion pula merujuk kepada
satu pekerjaan yang memerlukan didikan yang tinggi dan latihan yang khusus dalam bidang –
bidang tertentu seperti doktor ataupun peguam manakala profesionalisme pula merujuk kepada
tahap daya kecekapan atau rasa tanggungjawab yang tinggi dalam melaksanakan tugas dengan
sebaik mungkin. Secara umumnya, etika profesional didefinisikan sebagai satu sistem nilai
(norma) khusus yang perlu dipatuhi oleh golongan profesional. Nilai – nilai ini berkait rapat
dengan tingkah laku yang seharusnya diamalkan oleh golongan – golongan profesional dan nilai
– nilai ini dijadikan sebagai justifikasi bagi menilai sesuatu tindakan golongan profesional itu.
Definisi Perniagaan

Menurut Pride, Hughes & Kapoor dalam Wan Sabri Wan Hussin (2005) menyatakan
bahawa perniagaan merupakan suatu usaha yang teratur oleh individu atau beberapa individu
bagi mengeluar dan menjual barangan dan perkhidmatan yang boleh memuaskan keperluan
masyarakat untuk tujuan keuntungan. Selain itu menurut Griffin & Ebert dalam Wan Sabri Wan
Hussin (2005) turut menyatakan bahawa perniagaan adalah organisasi yang berusaha untuk
memperolehi keuntungan dengan menyediakan barangan dan juga perkhidmatan. Secara
mudahnya dapat disimpulkan bahawa perniagaan merupakan seluruh kegiatan organisasi dalam
menghasilkan barang dan perkhidmatan serta menyalurkan barangan dan perkhidmatan tersebut
untuk memenuhi keperluan masyarakat.

Rujukan

Wan Sabri Wan Hussin (2005), ”Orang Islam Dan Perniagaan Terlarang Di Malaysia Dari
Perspektif Makro”, Jurnal Usuluddin. Universiti Malaya: Bil 21, h. 141.

Wan Sabri Wan Hussin (2005), ”Orang Islam Dan Perniagaan Terlarang Di Malaysia Dari
Perspektif Makro”, Jurnal Usuluddin. Universiti Malaya: Bil 21, h. 142.

Anda mungkin juga menyukai