Anda di halaman 1dari 27

FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA
EDUP3093

JABATAN ILMU PENDIDIKAN


KULIAH 1

TOPIK 1
Konsep Asas Falsafah Dan Falsafah Pendidikan
Kepentingan Falsafah Pendidikan Kepada Guru
Pengenalan
Apa Itu Falsafah ?
• Perkataan falsafah berasal daripada dua perkataan dalam bahasa Greek
Kuno : “philosophia”. 
• Philos bermakna ‘cinta’ dan sophia bermakna ‘kebijaksanaan’, yang akhirnya
membawa makna ‘cintakan kebijaksanaan’ (love of wisdom) atau ‘sahabat
kepada kebijaksanaan’ (friend of wisdom).
• Perkataan sinonim falsafah ialah kepercayaan, ideologi, isme, konsep, sikap
atau pegangan sesuatu kumpulan.
• Definisi falsafah amnya merupakan pengkajian umum yang merujuk kepada
asas mengenai hakikat sesuatu realiti, kewujudan atau kejadian, ilmu
pengetahuan, nilai, akal, minda dan bahasa.
Definisi Falsafah

Pemikiran Kajian
Sistematik Masalah

Falsafah
Disiplin Siasatan
Bidang
Akademik Ilmu
Definisi Falsafah

• Falsafah adalah pemikiran secara sistematik, kritikal dan rasional


tentang hakikat asas alam semesta (metafizik atau teori
kewujudan), justifikasi sesuatu kepercayaan (epistemologi atau teori
ilmu), dan cara-gaya kehidupan (etika, falsafah moral atau teori
nilai).
• Falsafah ialah pengkajian masalah asas, penting, abstrak dan secara
umum. Masalah tersebut termasuk mengkaji hakikat kewujudan,
ilmu, moral, penaakulan dan tujuan kehidupan manusia.
Definisi Falsafah

• Falsafah juga merupakan disiplin akademik yang menerangkan secara


jelas tentang hakikat alam semesta dan kepentingan sesuatu kepercayaan.
• Falsafah adalah bidang ilmu yang menyiasat kebenaran sesuatu konsep
melalui penghujahan rasional yang meneliti dari sudut andaian, implikasi
dan perkaitannya.
• Ia dilakukan menerusi pengkajian khusus tentang hakikat dan struktur
realiti (metafizik), sumber dan batasan ilmu (epistemologi), prinsip dan
asas penghakiman moral (etika), dan hubungan di antara bahasa dan
realiti (semantik).
Konsep Asas Falsafah
Konsep Asas Falsafah
Konsep Asas Falsafah
Kepentingan Falsafah Dalam
Pendidikan

• Falsafah pendidikan’ - sebagai pedoman, arah tuju atau


pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan
dengan pendidikan.
• Panduan dan bimbingan kepada sesebuah negara dalam
membentuk perkembangan pelajar secara menyeluruh yang
meliputi dimensi intrinsik dan dimensi instrumental/sosial.
• Membentuk modal insan yang berdaya maju dan saing
diperingkat global melalui system pendidikan yang syumul
Kepentingan Falsafah Dalam
Pendidikan

• asas rujukan kepada pembinaan sistem pendidikan


negara yang lengkap, mampan dan berkualiti setanding
dengan negara-negara lain.
• garis panduan dalam membina sebuah kurikulum yang
mantap bagi negara yang mampu melahirkan generasi
pelajar yang berketrampilan
• menentukan hala tuju aspirasi sesebuah negara melalui
sistem pendidikan
Kepentingan Falsafah Dalam
Pendidikan

• dapat menganjakkan sesebuah negara ke kedudukan


terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip
dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem
pendidikan (contohnya sistem pendidikan Malaysia) daripada
peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat
tertinggi iaitu universiti.
• asas kepada proses pembelajaran yang berterusan sepanjang
hayat iaitu bermula dari bayi sehinggalah ke akhir hayat
seseorang itu.
Kepentingan Falsafah Dalam
Pendidikan

• Membentuk generasi yang syumul melalui system


pendidikan ;
Contoh :
berpegang kepada ajaran agama
berpegang kepada kepercayaan masing-masing
mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara
Kepentingan Falsafah Dalam
Pendidikan
• Membentuk warganegara yang bertanggung jawab mempunyai jati diri atau
semangat patriotism yang mampam melalui sistem pendidikan ;
Contoh :
 sayangi dan cintai negara – tidak memburuk-burukan negara di mana kita
berada
 saling hormat menghormati dan bertoleransi antara kaum.
 mengamalkan semangat perpaduan
 mengamalkan dan mempunyai integriti yang tinggi
 Sentiasa menjunjung perleembagaan dan kedaulatan undang-undang
Fungsi Falsafah Dalam Kehidupan

• Cara pemikiran yang semula jadi tentang persoalan kehidupan kita. Jika kita tekun
mempelajari bidang falsafah, kita dapat memperkembangkan kebolehan, kemahiran,
kepandaian, kepintaran dan kebolehan melihat sifat sebenarnya manusia.
• Falsafah bermula dengan perasaan ingin tahu yang terlalu tinggi dan juga soalan-
soalan yang timbul daripadanya.
• Perasaan ingin tahu - sedari awal kehidupan manusia.
• contoh; kanak-kanak yang baru belajar untuk bertutur akan menyoal pelbagai soalan
kepada ibu bapanya seperti: Dari manakah saya datang?, Apakah yang ada di sebalik
langit? Bagaimankah dunia ini bermula? Dan pelbagai lagi soalan yang timbul.
• Pada dasarnya, dari permulaan kehidupan, setiap manusia menyoal pelbagai soalan
yang bermula dengan permasalahan yang berkaitan dengan falsafah.
Fungsi Falsafah Dalam Kehidupan

• Konteks Islam - gagasan pemikiran falsafah dalam Islam sekaligus membentuk world
view seterusnya memberi panduan membina visi dan misi pendidikan masyarakat
Islam.
• Keutuhan dan keunikan pemikiran falsafah Islam ini semestinya kerana sumber
rujukan yang menjadi asas pegangan dan panduan iaitu kitab al-Quran dan Sunnah
Rasulullah SAW.
• Persoalan utama falsafah Islam iaitu Tuhan, insan dan alam dibincang dan dijelaskan
dengan begitu terperinci dan lengkap agar kehidupan Muslim tidak terpisah-pisah bagi
mencapai kejayaan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat
• Falsafah yang merupakan salah satu disiplin ilmu dianggap sebagai disiplin yang tinggi.
Falsafah ditanggap sedemikian sesuai dengan makna falsafah itu sendiri iaitu cinta
kepada hikmah
Fungsi Falsafah Dalam Kehidupan
• Falsafah berfungsi dengan sumber ilmu pengetahuan yang lain
sebagai bimbingan kepada keinginan dan aspirasi manusia.
• Falsafah - cinta pada kebebasan, iaitu secara pendekatan
etimilogi.
• Falsafah juga mencari kebenaran untuk memperoleh
pengetahuan sebenar sesuatu keadaan.
• -membentuk satu pandangan yang sistematik terhadap perkara
yang wujud di alam ini.
Fungsi Falsafah Dalam Kehidupan
• Falsafah merupakan bahagian pengetahuan yang berurusan
dengan realiti sebenar yang membantu manusia berfikir dengan
jujur dan teliti tentang makna hidup bagi seseorang untuk
menentukan manusia ke arah penghidupan yang tinggi dan mulia.
• Falsafah merupakan satu proses yang memantulkan semula apa
yang dikritik tentang sesuatu konsep, atau fahaman.
• dianggap satu permainan yang bermain di kepala.
• Memberi panduan dan prinsip untuk memilih matlamat, kaedah
dan tujuan di samping mencari kebenaran tetapi tidak memberi
jawapan yang tetap yang tidak dapat dipersoalkan lagi.
Fungsi Falsafah Dalam Kehidupan
• Falsafah membantu manusia untuk memuaskan keperluan yang
sebenar (keperluan untuk memenuhi kehendak sendiri) dengan
menolong membina pendapat dan kepercayaan, meningkatkan
kesedaran diri, melengkapkan kita untuk membuat keputusan,
mencungkil daya kreativiti dan membantu kita memperoleh
konsep yang jelas dalam sistem nilai.
Fungsi Falsafah Dalam Kehidupan
• Secara umum:
• Membantu manusia berkeupayaan dalam membuat analisasi
• Kita akan lebih berjaya dalam menandatangani masalah dan membentangkan
sesuatu perkara yang ingin diucap dengan lebih efektif.
• Memberikan suatu pandangan hidup yang jelas.
• membolehkan kita melihat dunia ini secara mendalam dan membentangkan
kebolehan berfikir secara praktikal dan kreatif.
• Falsafah dapat membantu memperluaskan pandangan seseorang dan
memperbaharui pemikiran kita tentang apa itu kehidupan sebenarnya.
• Socrates -menyakinkan bahawa berkemampuan menentukan arah tuju
kehidupan sendiri. Pemikiran ahli falsafah adalah sistematik dan berdasarkan
prinsip-prinsip hidup.
Fungsi Falsafah Dalam Kehidupan
• Membantu manusia menguji kehidupannya
• Kebanyakan orang yang belajar falsafah mempercayai adalah penting
mempunyai pertanyaan tentang makna kemunculan kita di dunia ini. Soalan-
soalan yang paling asas akan ditanyakan ialah:
• - Kenapa kita datang ke dunia ini?
• - Apakah bukti kewujudan tuhan?
• - Apakah matlamat hidup kita?
• - Apakah yang menentukan betul, atau salah sesuatu perkara?
• - Adakah kita hidup secara imaginasi?
• - Bagaimana sains berkembang?
• - Apakah itu kesenian?
Fungsi Falsafah Dalam Kehidupan
• Membantu manusia berfikir secara teliti terhadap masa depan.
• Membuat analisis berdasarkan pendapat-pendapat yang dikeluarkan dapat
digunakan dalam ruang kehidupan yang lain.
• Memberi kepuasan dalam kehidupan
• Penilaian terhadap perkara yang telah berlalu
• perkara yang lepas selalunya dikaitkan dengan pengetahuan, konsep, atau
cara untuk menjadi teladan dan pengalaman kepada masa hadapan. Ia
adalah penting untukmengetahui sesiapa yang salah, atau betul dalam
sesuatu peristiwa. Seterusnya, seseorang itu haruslah memahami kesalahan
yang dibuat dan mengapakah kita melakukan kesilapan tersebut.
• Daripada pengalaman, atau peristiwa yang berlaku, seseorang itu dapat
mengambil pengajaran dan iktibar untuk memajukan diri sendiri.
TUTORIAL

• Kepentingan Falsafah Pendidikan


Kepada Guru
Kepentingan Falsafah Pendidikan
Kepada Guru

• Mengamalkan kemahiran professional


• Berusaha meningkatkan penguasaan ilmu
dan kemahiran
• Berperanan sebagai fasikitator
• Cenderung mengamalkan pengajaran yang
efektif
Kepentingan Falsafah Pendidikan
Kepada Guru

• Melahirkan guru yang berkualiti


• Bertanggung jawab memupukk potensi
murid
• Berpegang teguh kepada agama
Kesimpulan

Falsafah dapat membentuk keperibadian


individu ke arah yang berkualiti,
bertanggung jawab, menyedari potensi diri,
berintegriti, berilmu pengetahuan dan
berketrampilan dengan bersandarkan
kepada agama serta amalan kepercayaan.
Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai