Anda di halaman 1dari 6

BAB 2 FALSAFAH DALAM KEHIDUPAN

Hasil Pembelajaran:
Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat,

1. Menyatakan perbezaan aliran falsafah.


2. Menjelaskan fungsi falsafah dalam kehidupan manusia.
3. Menghuraikan cabang-cabang utama falsafah.

2.1. PENGENALAN FALSAFAH DALAM KEHIDUPAN

2.1.1 Pendahuluan:

• Falsafah secara prinsipnya sangat dekat dengan kehidupan dan pembinaan tamadun
manusia.
• Setiap hari manusia menggunakan akal yang diterjemahkan melalui apa yang dilakukan
oleh anggota tubuh manusia.
• Akal mestilah membuat keputusan jelas dan tepat melalui proses berfikir lalu menjawab
persoalan yang timbul di sebalik pekerjaan yang dilaksanakan seperti kenapa, bagaimana,
sejauh mana dan sebagainya.
• Bab ini akan mengupas tentang kaitan falsafah dengan kehidupan manusia.

2.1.2 Perbezaan aliran falsafah mengikut peradaban:


(a) Falsafah Yunani atau Greek
• Kegiatan falsafah di zaman Yunani berteraskan kepada persoalan kehidupan dan
kebahagiaan.
• Falsafah ini diktiraf sebagai falsafah terawal yang berkembang di dunia iaitu bermula
lebih kurang pada abad ke-6 S.M.
• Walaupun, telah wujud falsafah yang lebih awal di tempat lain seperti di China dan India
namun, falsafah Greek dikatakan sebagai falsafah yang pertama kerana bersifat
tersusun dan sistematik (Sunawari, 2008).
• Menurut Holowchak (2004), terdapat kepelbagaian pandangan ahli falsafah Yunani
berkenaan kebahagiaan. Sebagai contoh:
✓ Plato mengaitkan kebahagiaan dengan keadilan;
✓ Aristotle anggap kebahagiaan berkait rapat dengan tingkah-laku yang baik;
✓ Golongan Epicurusanisme dan Cynosisme menganggap keseronokan punca
kebahagiaan.
• Kesemua mereka bersetuju kebahagiaan sebagai suatu kebaikan.

(b) Falsafah Barat Moden


• Penekanan kegiatan-kegiatan atau ilmu falsafah di Barat adalah terhadap kegiatan
penyelesaian masalah (problem solving).
• Falsafah itu sebagai sesuatu yang cuba menyelesaikan masalah dengan menggunakan
hujah-hujah yang rasional dan penggunaan kaedah logik pada abad ke-19 dan ke-20.

1
• Jadi, penghujahan rasional dan penglibatan logik dalam kegiatan berfalsafah itu
mendirikan:
i. Satu bentuk falsafah agak berlainan dan baru;
ii. Mungkin selaras dengan ilmu itu sebagai sesuatu yang mempunyai justifikasi
tersendiri;
iii. Falsafah yang bersifat justifikasi rasional dan konseptual.

(c) Falsafah Islam

• Falsafah Islam (Falasifa) berkembang disekitar abad ke 9 Masihi sewaktu gerakan


penterjemahan karya-karya Ilmu Yunani ke dalam peradaban Islam.
• Falsafah Islam dan pemikiran tokoh-tokoh Islam telah membangkitkan kesedaran ilmu
yang baru di Eropah bermula dari abad ke 11 sehingga akhirnya membentuk Peradaban
Eropan Barat Moden.

(d) Falsafah Timur

Falsafah India Falsafah yang dipengaruhi olen agama Hindu yang berpegang
kepada kefahaman bahawa manusia dan alam adalah sebahagian
dari jelmaan Tuhan.
Falsafah Buddha berpendapat bahawa dunia kehidupan adalah manitestasi
Buddhisme kesengsaraan dan penderitaan yang boleh dibebaskan dengan
melalui jalan-jalan tertentu.
Falsafah Falsafah Cina seperti yang terkandung dalam Konfusianisme dan
Cina Taoisme mewakili pemikiran tradisi dan adat masyarakat Cina yang
menumpukepada persoalan pembaikan akhlak.
Falsafah Cina juga menekankan perhubungan harmoni antara alam
dan manusia.

2.1.3 Fungsi falsafah dalam kehidupan:

• Semua manusia menghadapi pelbagai jenis masalah dalam kehidupan.


• Oleh itu, suatu yang lumrah bagi manusia yang berakal berfikir dan berusaha mencari cara
penyelesaian.
• Justeru itu, daya fikir begitu penting untuk manusia bertindak mencari jawapan
kepada segala persoalan kehidupan.
• Dengan itu, dapat dilihat cara falsafah menyumbang sesuatu yang bermakna dalam
kehidupan manusia.
• Berikut ialah fungsi utama falsafah dalam kehidupan manusia.
✓ Pertama, falsafah memandu seseorang itu mengenal pasti faktor dan punca masalah
terlebih dahulu, membuat klasifikasi. Ini seterusnya membuka fikiran, berlaku
perbincangan, dengan melihat aspek positif dan negatif , pro dan kontra bagi setiap
tanggapan atau persepsi awal.
✓ Kedua, falsafah menganjurkan berfikir dengan kritikal, logik, sistematik, teratur
dan mendalam tanpa gangguan emosi, berat sebelah, bias dan sentimental.
2
✓ Ketiga, membuka fikiran supaya isu yang dibahaskan itu mencakupi pelbagai
bidang dan jurusan, dan akhirnya dipandu menjurus kepada isu yang difokuskan.
✓ Keempat, falsafah turut membantu manusia membuat kesimpulan atau rumusan
daripada pengamatan dan proses akhir berfikir.

2. 2 ALIRAN ILMU FALSAFAH

• Aliran ilmu falsafah terbahagi kepada dua cabang.

2.2.1 Falsafah Teoretikal

• Falsafah Teoritikal bertujuan mencari hak kebenaran.


• Falsafah ini merujuk kepada semua jenis ilmu tentang kewujudan termasuk tentang
manusia, Tuhan dan alam serta memberikan jawapan kepada persoalan asas kewujudan-
Tuhan, alam, manusia dan lain-lain.
• Tujuan untuk mencari kebenaran berdasarkan kaedah emprikal (pemerhatian, pengalaman
dan eksperimen.
• Cabang-cabang falsafah teoritikal:
(a) Falsafah Metafizik
▪ Falsafah metafizik menyentuh persoalan 'di luar’ realiti kebendaan dan yang
tidak diketahui melalui pengalaman fizikal (pancaindera) manusia..
▪ Antara tema besar dalam persoalan metafizik ialah ketuhanan, takdir, jiwa atau
roh, akal dan jasad, keabadian dan perubahan, asal mula dan akhir sesuatu dan
sebagainya.
▪ Contoh persoalan yang dikaji dalam metafizik ialah (Abdul Razak, 2013):
Apakah yang dikatakan manusia? Apakah yang dikatakan sedar?
Adakah Tuhan wujud?

(b) Falsafah Epistemologi


▪ Perbahasan tentang teori-teori pengetahuan.
▪ Melalui epistemologi, manusia mampu mencuba untuk menjawab
persoalan tentang ilmu pengetahuan.
▪ Persoalan yang dikaji dalam bidang ini ialah (Abdul Razak, 2013):
Apa itu ilmu? Apakah kriteria atau sifat ilmu?
Bagaimana kita tahu apa yang kita tahu?
Adakah ilmu bersifat mutlak atau relatif?

(c) Falsafah Psikologi


▪ Falsafah psikologi memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia.
▪ Falsafah psikologi memandu kita memahami minda dan tingkah laku manusia
dengan lebih baik.
▪ Kefahaman tentang psikologi, manusia dapat menentukan bagaimana mindadan
sistem badan seseorang itu berfungsi dengan baik dan membantu individu dalam
membuat keputusan.
▪ Selain mengkaji fungi mental dalam tingkah laku sosial, falsafah ini juga
meneroka proses fisiologi dan biologi yang mendasari fungsi dan perilaku
3
kognitif.

(d) Falsafah Estetika


▪ Falsafah estetika berkait rapat dengan kepekaan terhadap kesenian dan keindahan.
▪ Keindahan dalam makna estetika meliputi persoalan keindahan seni, alam,
moral dan intelektual.
▪ Persoalan-persoalan estetika adalah persoalan yang menggambarkan,
menafsirkan dan menilai pengalaman seni.
▪ Contoh persoalan seperti berikut:
Apakah itu seni? Apakah teori-teori seni? Apakah itu keindahan?

2.2.2 Falsafah Praktikal

• Falsafah ini bertujuan untuk mencari kebahagiaan hidup.


• Falsafah praktikal merujuk kepada aktiviti menghayati ilmu-ilmu (tentang manusia,
Tuhan dan alam) dalam segenap lapangan kehidupan manusia merangkumi bidang
pengajian seperti politik, ekonomi, akhlak
• Falsafah yang bersifat aplikasi boleh digunakan dalam disiplin ilmu tertentu – falsafah
politik, falsafah ekonomi, falsafah sosial
• Contoh, hasil pemikiran tentang keadilan ekonomi boleh dijadikan dasar atau polisi
kerajaan seperti polisi pembahagian kekayaan negara.
• Cabang-cabang falsafah praktikal:

(a) Falsafah Politik


▪ Falsafah ini memikirkan dan menjawab persoalan politik seperti apakah konsep
kerajaan yang baik? dan apakah ciri-ciri tadbir urus yang baik?
▪ Hasil perbincangan falsafah ini boleh memberi hasil yang praktikal dan menjadi
nasihat yang berguna kepada kerajaan mengenai konsep pentadbiran sesuatu
negara, sistem kerajaan dan sebagainya.
▪ Contoh beberapa persoalan falsafah politik (Ahmad Sunawari, 2006):
Apakah hubungan antara individu dan negara?
Sejauh manakah negara boleh memaksa kebebasan individu?

(b) Falsafah Ekonomi


▪ Membincangkan tentang perkara-perkara dan persoalan dasar mengenai ekonomi.
▪ Hasil perbincangan boleh diguna pakai supaya dasar, sumber dan pengagihan
ekonomi serta pembahagian kekayaan negara akan menjadi lebih adil dan
sistematik.
▪ Antara contoh persoalan:
Bagaimana membuat keputusan tentang apa yang perlu dikeluarkan, sedangkan
sumber adalah terhad?
Apakah matlamat pembangunan ekonomi dan apakah kaitannya dengan
kemanusiaan?

4
(c) Falsafah Etika
▪ Falsafah etika adalah cabang disiplin falsafah yang meneliti tingkah laku manusia
bagi memperoleh kebaikan yang memberi manfaat kepada semua manusia.
▪ Etika mengajar manusia membezakan perbuatan baik, buruk, betul, salah.
▪ Falsafah etika melihat daripada pelbagai konteks hubungan manusia dan boleh
dijadikan set panduan kepada mereka yang menginginkan kehidupan bermakna
dan sejahtera.(Sidi Gazaba, 1974).
▪ Ahli falsafah mengklasifikasikan etika kepada beberapa bahagian seperti etika
indidividu, etika sosial, etika kerja dan etika gunaan (etika alam sekitar, etika
perubatan, etika perniagaan).

(d) Falsafah Peradaban


▪ Falsafah ini mengkaji keadaan kehidupan manusia bernasyarakat sehingga
mencapai tatasusila dan kebudayaan yang luhur.
▪ Disamping itu, mempunyai pencapaian yang signifikan dalam bidang pemikiran,
material dan spritiual. Pencapaian ini dicapai secara seiring, iaitu kemajuan
intelektual, kebendaan dicapai bersama pencapaian dalam unsur moral dan
kerohanian.
▪ Peradaban dianggap sebagai ilmu yang bersifat ensiklopedia kerana hakikat
falsafah ini yang merentas pelbagai disiplin falsafah yang lain.

2.2.3 Kemuculan Falsafah-Falsafah Baru

(a) Falsafah Teknologi:


• Falsafah teknologi muncul disebabkan kemunculan teknologi-teknologi baharu yang
begitu pesat selepas revolusi industri kedua pada abad ke-19 yang memberi impak dalam
kehidupan manusia.
• Contohnya teknologi pembuatan kereta, kapal terbang, telefon, televisyen, komputer,
internet dan kecerdasan buatan (AI).
• Pelbagai cabaran dihadapi oleh falsafah teknologi kini. Antaranya:
Etika dalam teknologi; Hubungan antara agama, sains dan teknologi; Teknologi yang
disalahguna

(b) Falsafah Ekologi


• Falsafah ekologi membincangkan persoalan-persoalan dasar dan bercorak falsafah tentang
alam sekitar.
• Fokus perbincangan falsafah ini tentang kesimbangan dan hubungan antara manusia
dengan alam serta makhluk lain.
• Antara persoalan-persoalan dalam falsafah ini:
Apakah kesan ketidakpatuhan falsafan ekologi dalam kehidupan?
Bagaimana saya sebagai pelajar menghargai kepelbagaian sumber?

(c) Falsafah organisasi


• Falsafah merujuk kepada idea-idea yang dibentuk atau dihasilkan untuk menetapkan visi,
misi, objektif, strategi, rancangan dan nilai sesebuah organisasi untuk dicapai oleh
5
mereka.
• Strategi yang dirancang melibatkan semua orang dalam organisasi itu.
• Tujuan falsafah ini untuk membentuk semangat kerja berpasukan sekaligus mendidik
individu yang saling mnghormati, mengikuti dan mematuhi dasar-dasar ditetapkan.
• Ini seterusnya mampu membentuk suasanan dan budaya muafakat dalam segala
bentuk urusan tugas dan tanggungjawab serta adil dalam pengurusan.
• Hasilnya wujud prinsip keadilan bagi sesebuah organisasi yang akan membawa
kejayaan cemerlang dalam bentuk produktiviti dan mutu kerja.
• Falsafah ini juga boleh diaplikasi dalam kehidupan pelajar dan keluarga.

2.3 KESIMPULAN

• Falsafah melitupi kesemua bidang ilmu pengetahuan, sama ada falsafah teoritikal mahupun
falsafah praktikal.
• Falsafah merupakan satu usaha untuk mencari kebenaran yang akhirnya menemukan
manusia kepada jalan menuju kebahagiaan hidup.
• Falsafah diumpamakan kompas yang sangat besar fungsinya untuk memandu arah
kehidupan manusia untuk mencapai kesejahteraan hidup.

Rujukan

1. Amran Muhammad (2022). Modul Falsafah dan Isu Semasa. Islamic And Strategic
Studies Institute.
2. Khairul Hamimah Mohammad Jodi, Mohd Syariefudin Abdullah & Ahmad Zahiruddin
Mohd Zabidi. (2022). Pengantar Falsafah dan Isu Semasa Rujukan Mahasiswa
Universiti Awam & Swasta. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
3. Mahadi Abu Hassan, Norliah Kudus, Ahmad Ridzwan Mohd Noor & ShahrulAnuar
Mohamed.(2021). Modul Falsafah dan Isu Semasa. Universiti Teknikal Malaysia
Melaka.
4. Nor Hanani Ismail, Rukhaiyah Abd. Wahab, Syarina Abdullah, Mohd Hazim Shah Abdul
Murad (2021). Falsafah dan Isu Semasa. Universiti Utara Malaysia.
5. Ros Aiza Mohd Mokhtar & Latifah Abdul Latiff.(Eds.).(2022). Falsafah & Isu Semasa.
Penerbit USIM.

Anda mungkin juga menyukai