Anda di halaman 1dari 21

KONSEP ASAS FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN 

CABANG-CABANG FALSAFAH

1. Metafizik/Ontologi

 mengkaji perkara-perkara seperti sifat realiti, apa-apa yang wujud di dunia ini dan
susun aturnya.
 menurut kamus, "...yang jauh melangkau alamfizikal atau kebendaan."
 bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat.
 mengutarakan soalan seperti : Apa itu kebenaran? Adakah Tuhan wujud? Siapa itu
manusia?

2. Epistemologi

 mengkaji tentang ilmu dan kepercayaan.


 berasal daripada perkataan Yunani, episteme = ilmu/sains. & logos = keterangan.
 fokus kepada ilmu dan tuntutan ilmu.
 mengutarakan soalan: Apa itu ilmu? Apakah sumber-sumber pengetahuan? 
 juga tertumpu kepada cara memperoleh ilmu dan kesahan cara mencari ilmu.

         Sumber-sumber ilmu

 Wahyu - pengetahuan yang diperturunkan oleh Tuhan melalui orang perantaraan


tertentu yang dipilihNya untuk disampaikan kepada masyarakat umum.
 Berasaskan pengalaman pancaindera - apa-apa yang dilihat, didengar, dirasa, disentuh
dan dibau. Mungkin kurang tepat.
 Intuisi- pengetahuan yang diperoleholeh seseorang melalui cetusan idea secara tiba-
tiba dan tidak disedari.
 Pandangan pakar bidang berkenaan - berdasarkan ilmu dan kemahiran yang yang
dipunyai.
 Logik-mempunyai akal yang membolehkan kita membuat taakulan dan seterusnya
mengetahui sesuatu.
 Kaedah saintifik - melibatkan carian jawapan kepada persoalan-persoalan tertentu
melalui pengumpulan dan penganalisian data secara sistematik.

3. Axiologi

 berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud nilai.


 mempersoalkan tentang baik atau buruk, benar atau salah, dan cantik atau hodoh.
 merangkumi dua aspek, (1) etika, (2) estetika.

     (1) Etika

 memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkahlaku manusia kerana mengkaji
kebaikan seseorang, sesuatu masyarakat dan kehidupan.
 tiga bidang asas.
 Meta ethics -  kajian tentang konsep etika;
 Normative ethics- kajian tentang bagaimana menentukan nilai;
 Applied ethics - kajian tentang penggunaan nilai.

     (2) Estetika

 merujuk kepada kriteria bagi kecantikan dalam kesenian, alam sekeliling dan
kehidupan. 
 tertumpu kepada cita rasa dan sentimen.

4. Logik

 menerangkan hubungan antara idea-idea di samping memberi alasan bagi jawapan


yang diberi. 
 membezakan antara yang dikatakan sebagai sah dan yang mengelirukan.
 dua jenis logik:
 Logik induktif -  butiran khusus-->membuat penaakulan terhadap butiran tersebut -->
membuat kesimpulan umum yang menjelaskannya.
 Logik deduktif - kesimpulan umum -->cari contoh-contoh relevan bagi menerangkan
kesimpulan-->butiran yang terhasil secara logik.
Pengenalan

Belajar falsafah merupakan satu ilmu yang mempelajari mengenai sebuah proses memahami aktiviti-
aktiviti berfikir manusia, dan falsafah itu sendiri adalah aktiviti berfikir itu. Dengan kata lain, falsafah
mendorong manusia untuk berfikir dengan lebih kritis dan kritik. Tujuan falsafah ialah mencari dan
membuktikan kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang
penting dalam kehidupan. Setiap perbuatan serta perlakuan manusia itu menggambarkan apa yang
difikirkan oleh seseorang dalam akalnya, di mana apa yang dilakukannya adalah apa yang difikirkan.
Oleh itu, seseorang yang berakhlak dan berdisiplin itu bolehlah dikatakan sebagai seorang yang
mempunyai fikiran yang tersusun dan teratur serta akal yang sihat. Ini kerana, akhlak yang
dicerminkannya menggambarkan keadaan akal fikirannya.

Ramai manusia tidak menggemari falsafah kerana ia dikatakan satu ilmu yang susah dan
merumitkan. Sebenarnya, falsafah itu sudah ada pada diri manusia itu sendiri. Setiap dari manusia
itu mempunyai falsafahnya sendiri. Falsafah yang dimaksudkan di sini adalah corak serta aktiviti
berfikir. Seseorang manusia akan berfikir apa yang hendak dilakukan sepanjang seharian dia bekerja.
Ini bertujuan agar segala kerja dan tanggungjawab yang dipikulnya berjalan lancar.

Konsep Asas Falsafah

Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu philos (bermakna mencintai)


dan Sophia (bermakna kebijaksanaan). Dengan berpandukan kepada makna dua perkataan Yunani
ini, istilah falsafah boleh diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan.

Pada zaman Yunani yang bertamadun kira-kira 2500 tahun dahulu, ahli-ahli falsafah yang terkemuka
seperti Socrates, Plato dan Aristotle sentiasa berusaha dan cuba memikir, menilai, mentafsir
kehidupan dan pengalaman manusia dengan tujuan mencari kebenaran dan nilai kehidupan yang
sempurna. Konsep ini dapat dikesan daripada dialog ahli-ahli falsafah yang direkodkan dalam zaman
Yunani tersebut. Sebagai contoh, Socrates (469 – 399 SM) pernah

berkata : “Kehidupan manusia yang tidak dinilai merupakan kehidupan yang tidak berguna.”

Dalam zaman Yunani, ahli-ahli falsafah sering memikir soalan-soalan setiap fenomena alam sekitar.
Sesetengahnya memandang jawapannya harus diperoleh terus melalui perbahasan. Manakala,
sesetengah ahli yang lain menegaskan jawapan itu hanya boleh didapati melalui pemikiran deduktif,
dan akhirnya menghuraikan falsafah sebagai pemikiran atas fikiran manusia.

Maka, tugas utama seseorang ahli falsafah ialah menilai kehidupan dan pengalaman manusia
dengan cara menganalisis dan memberi interprestasi, kemudian mencari rumusan yang boleh
membawa kepada taksiran secara menyeluruh terhadap ilmu dan kebenaran yang berkaitan dengan
kehidupan dan pengalaman manusia. Penemuan dan rumusan ahli falsafah adalah amat berguna,
dan akan dapat menjadi pedoman kepada manusia untuk mencari kehidupan yang sempurna serta
menentukan haluan untuk pembangunan dan kemajuan negara.

Falsafah, dalam zaman Yunani dan selepas beberapa kurunnya, merangkumi bidang yang sangat
luas, termasuk perkara-perkara seperti sains, matematik, teologi, psikologi, sosiologi dan ekonomi.
Secara khususnya, falsafah melibatkan diri terhadap kajian tentan ilmu, alam nyata, fitrah manusia
dan masyarakat. Ini adalah kerana ramai ahli falsafah berpendapat bahawa falsafah boleh membawa
kemajuan manusia melalui usaha mencari ilmu dunia.

Immanuel Kant (1724 – 1804) seorang ahli falsafah yang terkenal dan paling berpengaruh dari
Jerman, berpendapat : “Perkara yang berkaitan dengan falsafah ialah bukan menentukan
peraturan, tetapi menganalisis pendapat peribadi terhadap penjelasan umum.”

Menurut Russell (1946), falsafah dimaksudkan sebagai sesuatu fahaman atau pengertian di antara
teologi dan sains. Ini kerana, seperti teologi, falsafah mengandungi spekulasi terhadap perkara yang
belum tepat dibuktikan. Manakala, seperti pendekatan sains, falsafah pula berusaha menggunakan
taakulan dan logik untuk membuktikan fahamannya. Oleh itu, Russell memandang falsafah
merupakan sebagai sesuatu bidang kawasan tanpa manusia, didedahkan untuk serangan antara
teologi dan sains.

Fung Yu-Lan (1966), dalam bukunya Sejarah Ringkas Falsafah China, menghuraikan falsafah sebagai
pemikiran relektif yang sistematik terhadap kehidupan. Menurut beliau, seseorang ahli falsafah
harus berfalsafah dengan memikir secara relektif terhadap kehidupan, kemudian menyatakan
pemikirannya secara sistematik. Maka, semua teori kehidupan dan alam semesta, serta ilmu adalah
hasil daripada pemikiran relektif tersebut.

Mengikut E.D Miller dalam bukunya Questions That Matter (1984), falsafah boleh ditakrifkan sebagai
usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara yang penting. Sehubungan
ini, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai satu usaha berfikir secara rasional dan kritis terhadap
perkara yang penting mengenai pendidikan.

Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya Falsafah Pendidikan (1984) memberi tafsiran falsafah yang
lebih lengkap, iaitu :

1.      Falsafah ialah pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan terhadap perkara yang
penting.

2.      Falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai.

3.  Falsafah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sisitem-


sistem pemikiran.

4.      Falsafah ialah pendekatan yang rasional terhadap sesuatu masalah atau persoalan.
5.      Falsafah ialah sesuatu penyiasatan yang komprehensif dan logikal mengenai asas-asas
pemikiran atas semua aktiviti manusia khususnya dalam bidang sains, seni agama dan pendidikan.

Hu Jun (2003), di dalam bukunya What is Philosophy?, mentakrifkan falsafah sebagai panduan


kebijaksanaan dan seni hidup manusia. Beliau berpendapat falsafah boleh dihayati daripada
perspektif berikut :

1.      Falsafah adalah suatu disiplin yang berlainan dengan disiplin-disiplin seperti psikologi,
pedagogi, ekonomi, sosiologi, teologi dan sebagainya.

2.      Mengikut perkataan philosophy  falsafah adalah diertikan sebagai perihal mencintai


kebijaksanaan. Semua usaha intelektual manusia adalah kerana mencintai kebijaksanaan.

3.      Falsafah bermula daripada rasa terkejut. Mengikut Plato, rasa terkejut ini memotivasikan
manusia berfikir dan ini memulakan aktiviti berfalsafah.

4.      Tujuan utama falsafah ialah usaha memahami kendiri individu. Mengikut Descartes (1596 –
1650) : “saya memikir kerana ia itu saya”, menjelaskan falsafahnya ialah mengkaji diri sendiri.

5.      Falsafah ialah panduan kesejahteraan hidup. Seorang ahli falsafah dari Rome pernah
berkata : “Falsafah! Guru sepanjang hayat, sahabat terbaik dan penentang kejahatan yang tidak
ditandingi.”

Ringkas kata, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar,
rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah
dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari serta membukti
kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam
kehidupan.

Ciri-ciri Berfikir Falsafah Ke Arah Kebenaran

Menurut Sidi Gazalba (1974), beliau menyatakan dalam bentuk falsafah bahawa makhluk berfikir
ialah manusia. Manusia berfikir ialah ahli falsafah. Ahli falsafah ialah manusia tetapi manusia bukan
ahli falsafah. Berfalsafah adalah berfikir tetapi berfikir bukan berfalsafah. Berfikir yang dikatakan
berfalsafah ialah apabila usaha berfikir yang mengandungi tiga ciri iaitu berfikir radikal, berfikir
sistematik dan berfikir universal.

1.      Berfikir Radikal : Radikal berasal daripada perkataan radix  (bahasa Yunani) yang bererti akar.
Berfikir radikal ialah berfikir sehingga ke akar umbi atau sehingga ke peringkat paling dasar. Berfikir
sebegini bukanlah hanya dengan imbasan sahaja atau seperti hangat-hangat tahi ayam semata-
mata. Tiada yang tahu, tiada yang suci dan tiada yang terlarang bagi berfikir secara radikal.

2.      Berfikir Sistematik : Berfikir sistematik ialah berfikir logik dan tersusun dengan bergerak
selangkah demi selangkah dengan penuh kesedaran dan urutan yang bertanggungjawab dan saling
berhubungan secara teratur.
3.      Berfikir Universal : Berfikir universal ialah berfikir secara umum dan mencakupi keseluruhan
perspektif atau worldview. Berfikir sebegini tidak khusus atau terbatas pada bahagian-bahagian
tertentu sahaja.

Falsafah : Cabang, Persoalan dan Penyelesaian

Pada amnya, falsafah diklasifikasikan kepada empat cabang atau bidang kajian, iaitu :

1.      Metafizik yang berkaitan dengan kajian realiti.

2.      Epistemologi yang berkaitan dengan kajian ilmu.

3.      Aksiologi yang berkaitan dengan kajian nilai.

4.      Logik yang berkaitan dengan penaakulan.

Ada ahli falsafah membahagikan aksiologi kepada dua cabang lagi, iaitu aksiologi etikadan aksiologi
estetika. Terdapat pula ahli falsafah lain yang tidak mengakui logik sebagai cabang falsafah dengan
sebab logik merupakan kaedah atau pendekatan berfalsafah. Mereka berpendapat logik ialah
kaedah yang digunakan dengan metafizik, epistemologi dan aksiologi dalam kajian realiti, ilmu dan
nilai masing-masing. Bagi mereka, cabang falsafah sebenarnya diklasifikasikan di bawah tiga bidang
kajian sahaja, iaitu metafizik, epistemologi dan aksiologi.

Metafizik

Metafizik adalah salah satu cabang falsafah yang berkaitan dengan kajian sifat dan asal usul
mengenai realiti mutlak. Istilah ini berasal daripada nama tajuk Meta ta physicadalam karya
Aristotle ‘Prinsip Pertama’. Oleh sebab tajuk itu bermakna ‘Selepas Fizik’, maka pengertian metafizik
ialah berkaitan perkara yang keluar daripada fizik.

Metafizik Aristotle (384 – 322 SM) pada asasnya berkaitan dengan masalah-masalah seperti bahan
dan penyebabnya (temasuk sebab pertama, atau Tuhan), serta kewujudan yang telah menjadi kajian
dalam ontologi, sesuatu cabang atau bidang kajian metafizik.

Mengikut istilah falsafah, ontologi ialah pengajian kewujudan (existence) atau kejadian (being). Ahli
ontologi sentiasa berusaha mengetahui makna apabila kita mengatakan kewujudan sesuatu.
Misalnya, epistemologi dan aksiologi Plato (421 – 347 SM) adalah berlandaskan ontologi.

Mengikut Immanuel Kant (1724 – 1804), konsep metafizik tentang persepsi ‘kebenaran’ sebenarnya
hasil struktur kognitif dalam minda manusia.

Masa kini, pengertian metafizik ditafsir sebagai cabang falsafah mengenai kajian realiti yang
muktamad. Cabang falsafah metafizik ini mengkaji realiti dengan mempersoalkan perkara seperti:
1.      Apa dia alam semester?

2.      Apa dia kehidupan?

3.      Apa dia pemikiran?

4.      Apa dia demokrasi? dan sebagainya.

Di samping itu, ia juga mempersoalkan perihal Tuhan; misalnya, adanya Tuhan atau tiada Tuhan?

Rumusan yang didapati daripada soalan-soalan tersebut dikaitkan dengan falsafahnya, misalnya
metafizik pragmatisme, metafizik idealisme, metafizik eksistensialisme dan sebagainya. Sebagai
contoh, mengikut metafizik idealisme, semua realiti dapat digolongkan kepada satu perkara iaitu
kerohanian.

Epistemologi

Epistemologi ialah cabang falsafah yang mengkaji ilmu pengetahuan. Epistemologi mempersoalkan
perkara seperti Apa dia ilmu? Bagaimana kita memperoleh ilmu? Bagaimana kita bukti
kesahihannya? Apakah perkaitan ilmu dengan pembelajaran?

Di dalam proses perkembangan epistemologi, sejak tamadun zaman purba kala, telah wujudnya
mazhab materialisme dan idealisme, iaitu pendekatan-pendekatan dialektik dan metafizik yang
bertentangan. Melalui kedua-dua pendekatan ini, maka materialisme dan idealisme berkembang
bersama dengan empirisisme dan rasionalisme yang mana idea mereka dianggap lebih mantap dan
lebih sistematik.

Secara umumnya, epistemologi yang berlandaskan mazhab idealisme menekankan penguasaan ilmu
daripada kesedaran kepada kefahaman. Ahli mazhab idealisme berpendapat ilmu didapati daripada
pemikiran rasional atau pengalaman yang subjektif. Mereka menolak ilmu sebagai refleksi otak
manusia terhadap dunia secara objektif. Manakala, epistemologi yang berlandaskan mazhab
materialisme menekankan pendekatan ilmu daripada kefahaman kepada kesedaran. Oleh sebab ahli
materialisme memandangkan ilmu sebagai sesuatu persepsi secara langsung dan refleksi yang pasif,
maka teori epistemologi mereka tidak dapat menghuraikan masalah ilmu rasional dengan tepat.

Teori epistemologi yang berlandaskan materialisme dialektikal, meletakkan perlaksanaan teorinya


sebagai tempat pertama, menggunakan pendekatan dialektik (proses interaksi di antara tesis dan
antitesis demi menghasilkan sintesis) untuk menyelesaikan masalah semasa proses ilmu, iaitu mulai
daripada persepsi yang menggerakkan pemikiran abstrak, demi mendapat penyelesaian secara
saintifik berkenaan masalah sumber, proses, tujuan dan fungsi ilmu.
Teori epistemologi yang berlandaskan emperisisme dan rasionalisme merupakan dua mazhab yang
paling berpengaruh terhadap pendidikan masa kini. Kedua-dua teori merupakan huraian falsafah
secara sistematik yang berkembang di bawah konteks revolusi sains pada abad ke-17. Kedua-dua
pendekatan memberi pertimbangan utama kepada pencarian ilmu asas yang kekal. Model
rasionalisme yang menarik perhatian ahli falsafah pendidikan mereka seperti Descartes, Leibniz dan
Spinoza adalah didapati daripada demonstrasi formal dalam logik dan matematik tanpa pemerhatian
atau eksperimen. Mereka berusaha membentuk semula secara kritis segala ilmu manusia dengan
mengaplikasikan pemikiran tulen asas dan aksiomnya, sebagaimana yang dinyatakan oleh
Descartes : ‘Saya memikir, maka saya wujud.’  Sedangkan, ahli emperisisme seperti Locke, Berkeley
dan Hume menggunakan persepsi yang diperoleh daripada pengalaman sensori sebagai ilmu yang
benar.

Perbahasan antara ahli rasionalisme dan ahli emperisisme adalah berpusatkan khasnya ke atas
kemungkinan ilmu yang dilahir secara semula jadi, sama ada ilmu diperoleh sebagaia priori, iaitu
didapati melalui penaakulan tanpa pengalaman dahulu, atau a posterior, iaitu ilmu didapati daripada
pengalaman atau sesuatu yang tidak terpisah daripada pengalamannya. Ahli emperisisme
menekankan minda manusia sebagai lembaran kosong sehingga kesan persepsinya ditinggalkan
daripada pengalaman sensorinya.

Immanuel Kant (1724 – 1804), seorang ahli falsafah dari Jerman dalam abad ke-18, menggabungkan
emperisisme dan rasionalisme dalam teori epistemologi beliau, dan mensintesiskannya di antara
pengalaman dengan konsep. Mengikut beliau, tanpa organ-organ deria manusia, kita tidak dapat
mengenal pasti kesan dan kesedaran benda yang terwujud, tetapi tanpa kefahaman, kita tidak dapat
membentuk konsep daripadanya. Maka, proses memperoleh ilmu ialah menggabungkan sesuatu
yang melibatkan persepsi, imaginasi dan kefahaman yang berinteraksi dengan proses penaakulan.
Menurut Kant, struktur mengorganisasikan konsep asas tidak boleh diperoleh daripada pengalaman
sahaja. Tetapi, ia perlu digunakan untuk membolehkan kita menginterprestasikan pengalaman dunia
secara keseluruhan. Maka, konsep ini adalah sebenarnya telah wujud sebelum pengalaman yang
diperoleh seseorang.

Aksiologi

Cabang falsafah aksiologi merupakan kajian terhadap nilai, dengan mempersoalkan perkara
seperti apakah yang bernilai? Sebagaimana yang telah dihuraikan, cabang falsafah aksiologi ini
adalah diklasifikasikan kepada dua bahagian, iaitu etika dan estetika.

Cabang etika mengkaji perkara seperti nilai-nilai moral, prinsip moral dan tingkah laku serta sifat
murninya. Maka cabang etika ini pula dikenali sebagai falsafah moral. Istilah etika diperoleh daripada
perkataan Yunani ethos, yang membawa maksud adat resam dan kelakuan. Etika sebagai suatu
disiplin pula dibahagikan kepada etika normatif dan metaetika. Etika normatif mengkaji dan
mencadangkan prinsip-prinsip kelakuan yang betul dan salah, baik dan jahat.
Pada masa dahulu, kebanyakan ahli falsafah menumpukan kajian berasaskan etika normatif. Sejak
abad ke-19, metaetika semakin mendapat perhatian ahli falsafah dengan menggunakannya untuk
mempersoalkan perkara seperti peranan etika dalam kehidupan, asas logikal tentang sesuatu sistem
etika dan kesahihannya.

Di dalam kebanyakan sistem organisasi sosial, kelakuan etika biasanya dipandang sebagai
penyempurnaan kendiri melalui usaha mengejar kebaikan, kewajiban terhadap orang lain atau
menerima prinsip-prinsip kebaikan, atau kedua-duanya. Penyempurnaan kendiri mungkin boleh
diperoleh daripada kegembiraan atau keseronokan, atau daripada usaha mengejar sesuatu yang
ideal. Kewajiban biasanya termasuk bukan sahaja kehormatan kepada orang lain dan norma
masyarakat, tetapi juga sebagai perkhidmatan kepada Tuhan.

Estetika mengkaji nilai-nilai mengenai kecantikan dan seni. Istilah estetika pula diperoleh daripada
perkataan Yunani yang membawa maksud persepsi deria.

Estetika mempersoalkan perkara seperti “apakah kecantikan”, “Apakah nilai-nilai kecantikan?”, dan
sebagainya. Tentang persoalan seni, Plato dan Aristotle memandangnya sebagai peniruan dan
kecantikannya sebagai ungkapan kualiti universal. Plato pula membezakan seni dari segi kecantikan
yang ideal dengan objek yang cantik. Manakala, Aristotle menganggap kecantikan adalah direka
bentuk dalam harmoni kerja seni.

Kepada orang Yunani, konsep seni merangkumi semua kraf tangan, bentuk simetri, keseimbangan
dan perpaduan dalam tenunan, seni tembikar, puisi dan seni pahat. Sejak abad ke-19, seni menjadi
sesuatu yang berkaitan dengan lukisan, seni pahat dan sastera, dan dikenali sebagai seni halus.

Immanuel Kant memberi tafsiran baru kepadanya dengan memandang penikmatan seni bukan
semata-mata persepsi kecantikan instrinsiknya, tetapi sebagai penglibatan penilaian yang subjektif.

Hari ini seni tidak lagi digunakan dalam upacara agama atau sivil sahaja, tetapi dipandang sebagai
refleksi psikologikal, sosial dan politikal. Di dalam mazhab Marxisme, seni sering digunakan untuk
tujuan sosial, menyokong atau melemahkan keadaan ekonomi yang sedia ada.

Konsep nilai etika atau estetika adalah berbeza-beza dengan falsafah yang berlainan. Misalnya,
dalam aksiologi idealisme, nilai adalah mutlak dan kekal secara abadi. Manakala, aksiologi
pragmatisme memandang nilai sebagai relatif atau tertakluk kepada keadaan.

Logik
Logik adalah pengkajian terhadap perkara-perkara yang berbentuk penaakulan sah. Ia adalah
berkaitan dengan usaha mencari kaedah yang boleh membezakan penaakulan sah dengan
penaakulan tidak sah atau tidak rasional.

Perkataan logik berasal daripada perkataan Yunani ‘logik’ dan Aristotle merupakan seorang ahli
falsafah yang pertama mengorganisasikan hukum-hukum penaakulan. Aristotle dikatakan menyusun
dunia dalam beberapa kategori, yang membawa ilmu-ilmu dengan mengenal pasti kualiti-kualiti am
di dalam entiti yang berbeza. Lantaran itu, perkataan silogisme dicipta dengan membawa idea logik
Aristotle seperti berikut :

“Diberi dua premis, sesuatu kesimpulan (atau inferens) akan diikutinya.”

Misalnya :

Premis 1 : Semua manusia ialah makhluk yang fana.

Premis 2 : Socrates ialah seorang manusia.

Premis 3 : Jadi, Socrates ialah makhluk yang fana.

Berdasarkan huraian di atas, jelaslah pendekatan logik Aristotle digunakan mirip dengan kaedah
deduktif, iaitu menggunakan sesuatu prinsip am untuk membuat kesimpulan terhadap perkara
khusus. Logik deduktif serupa ini adalah sering berkait dengan mazhab falsafah idealisme dan
realisme.

Selain kaedah deduktif, logik induktif sebaliknya digunakan untuk membuat kesimpulan berasaskan
perkara-perkara yang khusus. Seperti kaedah deduktif, kaedah induktif juga banyak digunakan dalam
pemikiran falsafah idealisme dan realisme. Sesungguhnya, pendekatan penaakulan tidak terhad
kepada deduktif dan induktif sahaja. Misalnya, di bawah pemikiran falsafah rasionalisme, ahli-ahli
falsafah yang menggunakan pendekatan rasionalis berusaha mencari kebenaran atau prinsip dengan
cara penaakulan ataupun melalui perhubungan dengan logik.

Logik berkait rapat dengan ketiga-tiga cabang falsafah, iaitu metafizik, epistemologi dan aksiologi.
Sesungguhnya, logik merupakan kaedah yang digunakan dalam setiap pemikiran mazhab falsafah. Ia
digunakan untuk mengkaji peraturan-peraturan falsafah yang membolehkan ahli-ahli falsafah
berfalsafah dengan membentuk dan mengesahkan usul-usul atau hujah-hujah falsafah.

Sebagai kesimpulan, diturunkan satu rumusan Morris dan Van Cleve (1961) yang mengaitkan
cabang-cabang falsafah dengan beberapa mazhab falsafah umum seperti jadual di bawah.
Mazhab Falsafah Metafizik Epistemologi Aksiologi (Nilai)
(Realiti) (Kebenaran)
Etika Estetika

Idealisme Alam fikiran Kebenaran sebagai Mematuhi yang Refleksi


idea Maha Kuasa keunggulan

Realisme Alam Kebenaran sebagai Hukum-hukum Refleksi tabii


kebendaan fakta yang dapat tabii (menurut (sifat keadaan
dipersepsi sifat semula jadi) atau bentuk
semula jadi)

Pragmatisme Alam Kebenaran sebagai Nilai-nilai umum Citarasa umum


pengalaman pengalaman yang
berlaku

Eksistensialisme Alam Kebenaran sebagai Berdasarkan Penjelmaan


kewujudan pilihan individu kebebasan daripada nilai
(kebebasan individu dan norma
individualiti) masyarakat

Perkaitan cabang-cabang falsafah dengan mazhab-mazhab falsafah.

(Sumber : Morris & Van Cleve (1961) Philosoply and the American Schools, Houghton Mifflin Co. New
York, US)

Konsep Pendidikan

Pendidikan, mengikut pandangan umum, bermaksud proses atau aktiviti untuk mengembangkan
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) untuk menambahkan kemahiran, kebolehan dan
pengetahuan supaya dapat memberi kebahagiaan, faedah dan kemajuan dalam hidup dan dapat
bertindak rasional untuk diri sendiri, bangsa dan agama (Annick, 1999). Pendidikan merupakan
proses perubahan manusia untuk mencapai aktualisasi diri atau dengan kata lain mencapai
kesedaran diri. Ia berkait rapat dengan kesedaran hubungan antara manusia dengan pencipta,
manusia lain, makhluk lain dan alam.

Secara khususnya, pendidikan boleh diertikan sebagai aktiviti persekolahan. Ini bermakna
pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk
mendidik murid-murid supaya menjadi insane yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan
menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa
depan.

Usaha utama pendidikan adalah untuk menyediakan seseorang individu memainkan peranan yang
positif dan berkesan dalam masyarakat. Di dalam usaha ini juga, pendidikan menjadi suatu agen
untuk menyebar dan mengekalkan kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan
semasa. Dalam masyarakat moden ini, pendidikan adalah penting untuk menyediakan ahli-ahli
masyarakat untuk menghadapi cabaran kehidupan dan pembaharuan serta membuat
pengubahsuaian demi memberikan sumbangan untuk pembangunan masyarakat itu.
Pandangan Tokoh-Tokoh Falsafah Barat Terhadap Pendidikan

Falsafah dan pendidikan merupakan dua disiplin ilmu yang berbeza tetapi mempunyai perkaitan
yang sangat erat. Kehidupan manusia membentuk falsafah yang tersendiri. Perkembangan manusia
yang berkait dengan pendidikan membawa kepada pertembungan falsafah dalam pendidikan.
Pendidikan pula memerlukan kurikulum sebagai pengisiannya bagi membolehkan manusia
memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan budaya untuk survival dalam kehidupannya dan
generasi yang seterusnya.

Perkataan pendidikan mempunyai tafsiran yang berlainan bagi setiap individu. Pengertian
pendidikan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman, tujuan dan tugasnya. Pada asalnya,
perkataan education  dibentuk daripada dua perkataan Latin, iaitu educere yang bermakna
membimbing atau melatih, dan educare, iaitu melatih atau mengasuh.

Plato (427 – 347 SM), seorang ahli falsafah yang terkemuka pada zaman Yunani, berpendapat
pendidikan merupakan suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau
menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan adalah untuk memberi latihan moral
kewarganegaraan yang baik. Proses pendidikan dapat membentuk warganegara yang baik serta setia
dan mematuhi undang-undang negara.

Plato percaya seseorang hanya dapat ilmu apabila dia berusaha bersungguh-sungguh dengan
menggunakan pemikiran secara kritis. Mengikut beliau, ramai orang bersedia menerima fenomena
yang diperhatikan kali pertama, seperti dengan orang yang berpuas hati melihat bayang yang
dipantulkan sinar dari luar ke atas dinding gua. Orang ini enggan meninggalkan tempatnya untuk
menghadapi realiti, dan tidak seperti ahli falsafah yang menggunakan masa hidup sepenuhnya
berusaha secara bersungguh-sungguh mencari kebenaran.

Menurut Plato, orang yang mencintai kecantikan, benda yang baik atau tindakan yang adil adalah
orang yang ada pendapat, tetapi bukan ilmu. Seorang yang berilmu mencintai kecantikan, kebaikan
dan keadilan yang sebenar. Bagi Plato, pendapat adalah berkaitan dengan objek yang dipersepsikan,
dan ini boleh disalahertikan. Manakala, ilmu yang sebenar adalah di luar persepsi dan berkaitan
dengan dunia abadi yang mana tidak boleh disalahertikan. Maka, perkara yang khusus adalah
pendapat dan bukan ilmu. Seorang yang berilmu adalah dimotivasikan oleh hasrat yang mencintai
apa yang sebenar, terbaik, tulen, tertinggi dan abadi.

Plato, di dalam buku Republic, menjelaskan fungsi pendidikan sebagai pemilihan murid yang sesuai
untuk melatih mereka berdasarkan potensi masing-masing. Kandungan pelajaran harus dirancang
mengikut peringkat-peringkat perkembangan individu. Pendidikan merupakan interaksi antara
individu dengan masyarakatnya. Oleh itu, ciri-ciri sosio-budaya harus mempengaruhi perkembangan
kognitif individu, termasuk tingkah lakunya. Mengikut Plato, pendidikan adalah tanggungjawab
negara. Republik yang idealnya adalah : “Jika pendidikan individu dapat memenuhi keperluan
masyarakat dan negara, dan potensi individu dapat diperkembang mengikut perbezaan individu,
maka pendidikan ini akan dikatakan mencapai tujuan dan fungsinya.”
Aristotle (384 – 322 SM), ahli falsafah Yunani yang terkemuka selepas Plato, dalam
bukunya Politik,  menghuraikan pendidikan sebagai ilmu yang bersifat etikal dan politikal. Mengikut
beliau, tujuan pendidikan ialah memberikan setiap warganegara segala peluang untuk mencapai
kebahagiaan hidupnya. Proses pendidikan dapat melatih warganegara mematuhi peraturan-
peraturan dan tingkah laku yang baik dan cekap dalam pengurusan pentadbiran serta keupayaan
mempertahankan kedaulatan negara.

Logik yang diperkenalkan oleh Aristotle adalah berkaitan rapat dengan pemikiran deduktif, iaitu
mengaplikasikan generalisasi umum untuk menghuraikan kes khusus atau membentuk generalisasi
baru. Logik Aristotle menggunakan silogisme yang merangkumi dua premis yang benar dan satu
kesimpulan yang sah.

Sebagai contoh :

Premis 1          : Semua manusia adalah makhluk yang fana.

            Premis 2          : Plato ialah manusia.

            Kesimpulan     : Plato ialah makhluk yang fana.

Mengikut Aristotle, kebaikan adalah kecemerlangan manusia. Maka, tujuan pendidikan ialah
memupuk kebaikan murid. Semua rakyat bertanah harus dididik apa yang berguna untuk mereka,
agar mereka berbudaya mempunyai kebaikan dan masa untuk memainkan peranan yang
bertanggungjawab dalam pentadbiran negara.

Rumusan Falsafah Pendidikan Aristotle

1.      Pendidikan adalah berhubung rapat dengan politik, dan perlu berkuatkuasa sebelum
perlaksanaannya.

2.      Pendidikan sekolah harus dihadkan kepada warganegara sahaja. Kanak-kanak hamba tidak
layak dididik.

3.      Pendidikan harus mengutamakan rasionaliti individu.

4.      Oleh kerana pembentukan konsep, teori dan prinsip berdasarkan pengalaman konkrit,
pendekatan pembelajaran yang betul ialah daripada konkrit kepada abstrak dan daripada spesifik
kepada umum. Teori yang dibentuk harus diaplikasikan.

Jean Jacques Rousseau (1712 – 1778), seorang pendidik di negeri Eropah, memandang pendidikan
sebagai suatu proses yang berterusan dan bermula dari masa-masa kanak-kanak kecil. Dalam proses
ini, segala potensi semulajadi lahir dengan sendirinya mengikut kehendak dan peraturan semulajadi.
Pandangan Tokoh-Tokoh Pendidikan Barat Terhadap Pendidikan

Di dalam buku A Philosophy of Education, John Macdonald menghuraikan perbezaan pendidikan di


antara masyarakat primitif dengan masyarakat moden. Menurut beliau, pengertian pendidikan di
dalam masyarakat primitif ialah latihan vokasional dan pelajaran adat resam, kepercayaan serta cara
bersembahyang, disampaikan melalui tunjuk ajar dengan secara tidak langsung daripada keluarga
dan pergaulan dengan orang dewasa. Manakala pengertian pendidikan dalam masyarakat moden
merupakan latihan khusus menguasai kemahiran dan memperoleh ilmu pengetahuan yang penting
untuk kehidupan, disampaikan melalui pengajaran secara langsung daripada guru yang berilmu
tinggi serta mempunyai kemahiran mengajar.

Mengikut Froebel (1782 – 1852), pendidikan adalah bertujuan mencapai kehidupan yang lurus, suci
dan mulia.

John Stuart Mill (1806 – 1873) pula memandangkan pendidikan sebagai suatu proses yang member
bantuan untuk setiap individu supaya hidup dengan penuh kegembiraan.

Seorang pakar pendidikan yang lain, T.H. Huxley (1825 – 1895), di dalam bukunyaScience of
Education, menegaskan orang yang benar-benar dikatakan berpendidikan sempurna akan bersedia
untuk berkhidmat demi kemajuan diri dan masyarakatnya, serta rela melaksanakan kerjanya dengan
ikhlas dan patuh kepada undang-undang alam, penuh bertenaga, bersemangat, berseni dan
bermasyarakat.

Maria Montessori (1870 – 1952), seorang doktor dan pendidik di Itali, mentafsirkan pendidikan
sebagai proses membentuk dan mengembangkan intelek, jasmani, rohani dan sosial kanak-kanak.

John Dewey (1859 – 1952), seorang pakar pendidikan dari Amerika Syarikat, pernah mengatakan
pendidikan merupakan satu proses perkembangan individu. Menurut beliau, pendidikan merupakan
usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada
padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi.

Konsep Falsafah Pendidikan

Pada asasnya, konsep falsafah pendidikan adalah berbeza dengan konsep falsafah dan pendidikan.
Secara ringkasnya, falsafah pendidikan merupakan konsep filososfikal dalam pendidikan, yang
berkait rapat dengan pendekatan falsafah yang digunakan untuk membina teori pendidikan
berdasarkan masalah atau isu pendidikan di bawah kajian pengkaji.

Di dalam jurnal Harvard Education Review (1955), terkandung beberapa makalah yang


membincangkan pengertian, ciri-ciri, tujuan dan isi falsafah pendidikan. Maka, berdasarkan dapatan
perbincangan masing-masing, konsep falsafah pendidikan dirumuskan seperti berikut :
1.      Definisi falsafah pendidikan haruslah ditentukan berdasarkan ciri-ciri falsafah iaitu ditentukan
melalui kaedah spekulatif, normatif dan analitik. Menurut Frankena, falsafah pendidikan yang
dikaitkan dengan ilmu harus berlandaskan criteria utamanya iaitu epistemologi, diikuti dengan
aplikasi metafizik, kaedah deduksi dan logiknya untuk membentuk teori pedagogikal.

2.      Falsafah pendidikan seharusnya ialah teori pendidikan. Frankel C. menghuraikan penentuan


tujuan dan pendidikan adalah aplikasi pendekatan yang sistematik daripada falsafah pendidikan.

3.      Falsafah pendidikan mengandungi ciri-ciri tersendiri. Soalan asas falsafah pendidikan


ialah “Apakah pendidikan?”. Maka, hasil daripada falsafah pendidikan adalah atas usaha kajian
intelektual dengan tujuan pendidikan, realiti objektif, prinsip asas dan nilainya.

E.D. Miller, dalam bukunya Question That Matter (1984), mmenginterpretasikan falsafah sebagai


usaha memikir secara rasional dan kritis atas perkara-perkara yang penting. Maka, falsafah
pendidikan boleh diertikan sebagai usaha memikir secara rasional dan kritis atas pendidikan.
Berdasarkan huraian-huraian di atas, falsafah pendidikan boleh dirumuskan sebagai panduan, arah
tuju atau pendapat terhadap pendidikan.

Aliran Falsafah Pendidikan Pendidikan Barat Masa Kini

Falsafah pendidikan tidak sekadar bertanyakan tentang asas metafizik, epistemologi dan aksiologi
malah ia juga akan membincangkan berkaitan dengan pendidikan. Di samping itu, ia juga cuba
memberi makna kepada konsep-konsep sejagat yang mendefinasikan proses pendidikan, konsep
pendidikan, tujuan pendidikan, kurikulum, pembelajaran dan sebagainya. Tujuan atau matlamat
pendidikan ialah untuk mengembangkan potensi individu dan mencapai kesedaran kendiri. Falsafah
Pendidikan Barat masa kini mengandungi unsur-unsur falsafah tradisional dan juga aliran moden.
Antara falsafah pendidikan tradisional yang utama ialah essensialisme dan parennialisme. Manakala
falsafah pendidikan moden yang berpengaruh ialah progressivisme, rekonstruktivisme dan
eksistensialisme.

Essensialisme

Pendidikan essensialisme bersifat fleksibel di mana ia terbuka untuk perubahan, toleran dan tidak
terikat dengan doktrin tertentu. Nilai yang jelas dan tahan lama serta guru yang memiliki sifat
autoriti. Falsafah aliran ini mementingkan pembentukan peribadi dan kurikulumya disusun dari topik
yang mudah kepada yang lebih kompleks serta menekankan kemahiran 3M iaitu menulis, mengira
dan membaca. Ahli-ahli essensialisme mengkaji semula perkara-perkara yang akan dimasukkan ke
dalam kurikulum dan membezakan program-program sekolah kepada pelajaran yang penting dan
kurang penting serta membentuk autoriti guru di dalam bilik darjah.

Menurut Mok Soon Sang (2004), guru menurut fahaman essensialisme hendaklah memainkan
peranan yang penting dalam proses pendidikan.  Mereka berperanan dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan dan mengajar mereka memperolehi keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa
supaya mereka boleh berjaya dalam hidup. Guru juga hendaklah bersifat demokratik, kreatif,
mempuyai inisiatif dalam pengajaran dan mahir menggunakan taktik ganjaran dan denda kepada
pelajar (Abdul Rahman dan Zakaria Kasa, 1986).  Ahli-ahli essensialime menganggap segala inisiatif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran terletak di bawah tanggungjawab guru. Guru juga
hendaklah mencerminkan kebaikan sesuatu masyarakat (Azizi Jaafar, 2009). Oleh itu, kaedah
pengajaran yang disarankan termasuklah pembacaan, syarahan, ingatan, ulangan dan peperiksaan.

Pendidikan membolehkan setiap individu menyedari keupayaannya. Kanak-kanak akan hadir ke


sekolah agar dapat memahami keadaan dunia sekelilingnya dan dapat mentafsirkannya mengikut
minat dan kemahuannya. Fahaman ini mementingkan pengalaman masyarakat daripada
pengalaman perseorangan. Sesuatu kebudayaan yang kompleks memerlukan sistem pendidikan
yang baik, oleh itu guru yang berdisiplin dan berdedikasi dalam melaksanakan amatlah dikehendaki.
Selain itu, kurikulum essensialisme di bahagikan kepada dua bahagian kepada mata pelajaran
penting seperti matematik dan sains manakala mata pelajaran yang kurang penting ialah seni, muzik,
Pendidikan jasmani dan vokasional. Bahan pengajaran juga disediakan dengan sempurna dan
dirancang dengan sistematik.

Kriteria kenaikan darjah hendaklah ditetapkan mengikut pencapaian pelajar semasa peperiksaan.
Semasa di sekolah rendah lagi, pendekatan secara 3M telah dijalankan (Azizi Jaafar, 2009).
Pendidikan essensialisme ini menyarankan penerapan nilai-nilai sosial, kebudayaan, politik,
cendiakawan dan penulisan terkenal dan guru juga hendaklah mempunyai kelayakan dan kemahiran
dalam bidang nilai masyarakat tradisi dan moden. Elemen-elemen yang diperlukan dalam pendidikan
pula meliputi pengetahuan semasa dan masa lampau. Maka tumpuan kurikulumnya berkaitan
dengan perkara yang benar-benar penting dan diperlukan. Jadi semua aktiviti ko-kurikulum kurang
diberi keutamaan.

Perennialisme

Parennialisme berasaskan daripada falsafah tradisional yang banyak dipengaruhi oleh fahaman
idealisme. Mengikut ahli parennialisme, nilai moral dan rasional manusia semakin merosot. Oleh itu,
untuk meyelamatkan umat manusia daripada kelenyapan fungsi utama pendidikan hendaklah
mengutamakan perkembangan potensi rasional individu, membantu mencari prinsip mutlak dan
memahami dunia yang sebenar.

Maka parennialisme memandang pendidikan sebagai jalan iaitu proses mengembalikan kebudayaan
sekarang. Ahli-ahli parennialisme menganggap bahawa ciri-ciri asas semulajadi manusia berbentuk
universal dan tiada had masa. Manusia itu bersifat rasional. Rasionaliti serta intelek ini hendaklah
disemai melalui pendidikan. Tujuan pendidikan adalah untuk mengajar nilai dan pengetahuan yang
berbentuk universal dan tiada had masa (Azizi Jaafar, 2009). Selain itu, mereka menganggap tujuan
sejagat pendidikan adalah untuk mencari dan menyebarkan kebenaran. Ini kerana, kebenaran
merupakan perkara yang universal dan tidak berubah-ubah. Maka, proses utama dalam pendidikan
adalah mendisiplinkan mental dan jiwa pelajar di samping mengembangkan potensi
penaakulan (Abdul Rahman dan Zakaria Kasa, 1986). Oleh itu, pembacaan tulisan-tulisan agung dan
bahan-bahan masa lampau merupakan tugas yang penting bagi para pelajar. Dengan pembacaan ini,
secara tidak langsung pelajar dapat idea daripada pemikiran para cendiakawan. Dengan ini pelajar
dapat menonjolkan bakat yang ada pada dirinya yang selama ini terpendam disebabkan tiada asuhan
atau tunjuk ajar daripada pihak luar.

Kurikulum parenialisme pula berpegang kepada kembali ke asal kerana yang asal itulah yang benar.
Pendidikan adalah sama bagi semua orang kerana manusia mempunyai potensi yang sama dan guru
mempunyai kuasa autoriti di dalam kelas (Azizi Jaafar, 2009). Isi kandungan kurikulum adalah tetap
dan tidak berubah tetapi ia boleh menggunakan kaedah pembelajaran Socrates. Kebenaran dalam
kurikulum parenialisme adalah sejarah dan sekolah merupakan agensi masyarakat yang bertujuan
untuk membentuk manusia menjadi manusia yang rasional. Mata pelajaran yang diutamakan adalah
matematik, bahasa, doktrin-doktrin dan buku-buku ternama. Ia juga menekankan 3M dalam
kurikulum dan mewujudkan kelas vokasional bagi pelajar yang kurang pandai. Kaedah pengajaran
yang dicadangkan adalah ingatan, pembacaan, penulisan, latih tubi dan ulangkaji.

Progressivisme

Pengajaran progressive pula, mereka menggunakan pendekatan induktif dalam mencapai matlamat
pendidikan kerana pendekatan induktif tidak memerlukan teori tetapi memerlukan mereka
membentuk penerangan sendiri yang akan menerangkan fenomena yang didedahkan. Menurut Mok
Soon Sang (2010), guru hanyalah berfungsi sebagai pembimbing atau penasihat dalam penyelesaian
masalah. Kurikulum mereka memberi tumpuan kepada proses pelajaran manakala kurikulum
essensialisme dan parenialisme memberi tumpuan kepada mata pelajaran (Abdul Rahman dan
Zakaria Kasa, 1986). Pelajar bebas memilih dan membuat keputusan ke atas dirinya jika ia dianggap
baik. Mereka menggambarkan pendidikan adalah penghidupan dan bukan persedian untuk hidup.
Pencarian kebenarannya melalui pengalaman dan isi kandungan kurikulum adalah pengetahuan asas
dan pengalaman. Kaedah pengajaran secara inquiri iaitu secara penyelidikan. Kebenaran merupakan
milik masyarakat. Sekolah merupakan tempat menggalakan kerjasama bukannya persaingan serta
sekolah juga menggalakkan demokrasi.

Pelajar akan diberikan kebebasan secara fizikal dan mental untuk mengembangkan bakat dan
kemampuan yang terpendam dalam diri mereka tanpa dikekang oleh rintangan daripada orang lain.
Oleh itu, falsafah ini tidak bersetuju dengan fahaman parennialisme dan essensialisme yang bersifat
autoriti. Ini disebabkan autoriti akan mematikan pengembangan dan daya kretiviti pelajar. Fahaman
ini menyatakan kurikulum yang paling wajar dilakukan ialah kurikulum yang bersifat fleksibel dan
terbuka. Kurikulum jenis ini mudah diubah dan dibentuk sesuai dengan peredaran zaman. Kurikulum
hendaklah berpusatkan kepada pengalaman atau eksperimen. Guru hendaklah menggalakkan
pelajar mengambil inisiatif sendiri dan menggunakan kaedah praktikal dan pengalaman dalam
mencari ilmu pengetahuan. Hanya ilmu sains sahaja merupakan ilmu yang benar. Oleh itu, peranan
guru hanyalah sekadar pembimbing dan penasihat kepada pelajar. Bagi mereka, pelajar merupakan
seorang individu yang berpengalaman, berfikiran dan suka mengembara. Buku pula dianggap
sebagai alat dalam proses pembelajaran dan bukan sebagai sumber pengetahuan yang tidak boleh
dipersoalkan. Sekolah pula tempat pelajar bekerjasama bukannya tempat untuk bersaing.

Rekonstruktivisme
Rekonstruktivisme merupakan falsafah pendidikan yang dipecahkan daripada aliran fahaman
progresivisme dan menjadi suatu falsafah sendiri. Pelopor utama aliran fahaman rekonstruktivisme
ialah George S. Counts (1899 – 1974) dan Harold O. Rugg (1886 – 1960), kedua-duanya adalah
penyokong pragmatism John Dewey.

Ahli-ahli rekonstruktivisme berpendapat falsafah pendidikan progresivisme hanya sesuai digunakan


dalam masyarakat yang stabil; oleh itu adalah perlu mengadakan suatu falsafah ‘krisis’ seperti
rekonstruktivisme untuk menyelamatkan kebudayaan masyarakat yang kian diancam dan
menghadapi masalah keruntuhan. Tambahan pula mengikut mereka, progresivisme terlalu
mementingkan pendekatan dan proses pendidikan, sehingga mengabaikan objektif dan hasilnya.
Mereka berpendapat tugas utama pendidikan harus mengandungi objektif eksplisit, iaitu
membentuk “Order Baru Masyarakat” sebagai objektif yang ideal, membaiki masyarakat,
merealisasikan demokrasi untuk masyarakat dan sarwa jagat demi membawa kebajikan dan
kesejahteraan untuk manusia.

Aliran fahaman rekonstruktivisme mula menjadi perhatian di dalam tahun 1950-an, apabila
Theodore Burghard Hurt Brameld (1904 – 1987) menggabungkan teori progresivisme dengan
behavioural sains sebagai asas rekonstruktivisme. Beliau berpendapat pengalaman sebenarnya ialah
hasil interaksi manusia dengan elemen-elemen dalam alam persekitaran dan alam sosial, di mana
pengalaman individu merupakan tempat utama dalam proses interaksi tersebut. Nilai berubah
mengikut perubahan masyarakat. Nilai yang tertinggi akan dapat dicapai apabila individu dan
masyarakat memperoleh kepuasan dalam peringkat penyempurnaan. Sehubungan ini, sekolah
seharusnya menjadi sesuatu organisasi yang mengamalkan prinsip rekonstruktivisme. Hal ini
memerlukan murid mematuhi segala prinsip tingkah laku yang ditentukan dan berusaha
mempertingkatkan kualiti pembelajaran mereka. Mengikut mereka, teori progresivisme yang
menyarankan kaedah penyelesaian masalah tidak mempunyai objektif dan nilainya dan cara yang
berkesan untuk mengkaji masalah sosial ialah teknik perbincangan, yang akan dapat mencapai
matlamat penyelesaian masalah sosial, dan seterusnya membentuk masyarakat sosial yang harmoni
dan sempurna.

Maka, teori rekonstruktivisme, di dalam usaha membina masyarakat baru, menumpukan usaha
kepada perkembangan ekonomi dan kebajikan sosial manusia. Mereka percaya bahawa sekolah
boleh memainkan peranan membentuk semula masyarakat yang harmoni dan sempurna. Maka,
peranan guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan, tetapi juga membawa isu-isu sosial
yang penting untuk dibincang dan diselesaikan secara usahasama. Ringkasnya, teori
rekonstruktivisme menekankan teknik perbincangan dan penggunaan kemahiran berfikir secara
kreatif dan kreatif dalam penyelesaian masalah. Untuk mencapai matlamat pendidikan ini, bahan-
bahan pelajaran hendaklah distrukturkan secara sistematik dan bersepadu. Mata pelajaran
kemanusiaan hendaklah menjadi fokus utama dalam rancangan kurikulum sekolah agar dapat
membentuk murid yang berperikemanusiaan, berlandaskan kebudayaan masyarakat yang ideal.

Eksistensialisme
Aliran fahaman eksistensialisme mengutamakan pembelajaran kendiri dan bukan mencari ilmu
pengetahuan. Pelajar tidak seharusnya mengorbankan individualiti mereka untuk memperolehi ilmu
pengetahuan. Oleh itu hanya pembelajaran yang berkesan sahaja yang mempunyai makna kepada
individu berkenaan. Fokus utama kurikulum hendaklah dipindahkan daripada perkara alam dunia
kepada dunia personaliti. Kurikulum eksistensialisme pula mementingkan kebebasan. Kurikulum
eksistensialisme tidak tetap kerana kurikulumnya berdasarkan minat pelajar itu sendiri. Pelajar akan
memilih program pelajaran tanpa ada paksaan atau hasutan dari sesiapa. Guru bukan penyebar ilmu
tetapi membantu pelajar berjaya dalam usaha mencari kesedaran kendiri. Mereka menyokong
kaedah pembelajaran Socrates. Kebenaran eksistensialisme berakhir pada diri. Bahan pembelajaran,
cara pembelajaran, kuantiti pembelajaran dan nilai pembelajaran hendaklah ditentukan oleh pelajar
itu sendiri (Azizi Jaafar, 2009). Keputusan yang dibuat oleh pelajar itu sama ada betul atau silap
adalah di bawah tanggungannya. Guru hendaklah menghormati pandangan dan pemilihan pelajar
dan tidak mempengaruhi pelajar dalam membuat keputusan. Sekolah pula tempat untuk
menyediakan peluang untuk memupuk kemahiran berfikir reflektif untuk menilai diri serta
keupayaan disiplin diri. Ahli eksistensialisme ini tidak memberi perhatian kepada kewujudan
kebenaran muktahir. Mereka menolak kebenaran adalah mutlak. Semua makna dan kebenaran
adalah hak individu. Mereka menganggap semua kehidupan di dunia ini hanyalah sesuatu yang tidak
bermakna.

Perkara yang paling penting dalam pendidikan eksistensialisme ini ialah individu hendaklah mendidik
diri sendiri dan juga berupaya mambuat keputusan mengenai kelakuan, kursus yang ingin diambilnya
dan kaedah pembelajaran yang dikehendakinya. Pendidikan tidak terarah kepada peningkatan
intelek semata-mata tetapi perlu diberi perhatian kepada sikap, perasaan, nilai dan komponen-
komponen subjektif yang lain. Mata pelajaran merupakan pengetahuan yang disusun dan bukan
dianggap sebagai satu matlamat atau satu cara untuk menyediakan pelajar kepada pekerjaan.
Sebaliknya ia digunakan sebagai satu cara untuk mencapai perkembangan diri. Oleh itu, dalam
proses pembelajaran, seseorang itu berkuasa ke atas buku teks. Ahli-ahli fahaman ini mengatakan
bahawa sukar untuk menyatakan bahawa sesuatu mata pelajaran itu penting atau tidak kerana
kebaikan sesuatu mata pelajaran akan ditentukan oleh pelajar itu sendiri.

Pendekatan dan Metodologi Falsafah Pendidikan

Pendekatan digunakan untuk falsafah pendidikan adalah bergantung kepada interprestasi


konsepnya. Sebagai contoh, sekiranya falsafah pendidikan dipandang sebagai suatu cabang disiplin
sosial, maka pendekatan lazimnya akan menggunakan falsafah penggunaan dan konsep pendidikan,
yang akan digunakan untuk kajian perkembangan idea baru dalam pendidikan.

Gowin D.B. (1969), dalam penulisannya yang bertajuk Philosophy of Education, Encyclopedia of


Education Research, 4th  Edition, memperkenalkan lima metodologi utama sebagai kajian
berlandaskan falsafah pendidikan.

1.      Analisis Konsep : iaitu menganalisis dan mengenal pasti masalah di bawah konsep pendidikan
dan menghuraikannya dengan cara eksplisit.

2.      Analisi Bahasa : iaitu menganalisis penggunaan bahasa, sama ada tepat, jelas, kabur atau
diputarbelit, dan menghalusinya untuk mengelakkan aplikasi silap dalam analisis konsep.
3.      Kaedah Dialektikal : kaedah ini sering digunakan dalam falsafah, untuk memeriksa di antara
idea-idea yang menentang supaya mendapat kebenaran.

4.      Pembentukan Teori : iaitu membentuk model atau teori baru berdasarkan teori pendidikan
yang sedia ada.

5.      Kaedah Fenomenikal : iaitu penggunaan kaedah ini untuk membantu kefahaman terhadap
realiti secara objektif dan tepat.

Falsafah Pendidikan dan Peranannya

Sebagaimana yang telah dihuraikan, falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan
yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli
falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari serta
membukti kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting
dalam kehidupan.

Berdasarkan huraian di atas, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju atau
pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Maka, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ini adalah digubal daripada usaha berfikir secara rasional dan kritis, berlandaskan
ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan, termasuk Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini akan menjadi suluh yang
memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan, sama ada di dalam institusi
pendidikan atau di luar institusi pendidikan.

Kesimpulan

Falsafah barat memainkan peranan penting terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.


Falsafah pendidikan Kebangsaan mempunyai beberapa ciri-ciri yang diterapkan dari falsafah barat.
Falsafah pendidikan barat terbahagi kepada dua bahagian iaitu falsafah tradisional dan falsafah
barat. Falsafah tradisional pula diri daripada essensialisme dan parennialisme manakala falsafah
moden terdiri daripada progressivisme dan eksistensialisme. Kedua-dua bahagian ini mempunyai
mazhab-mazhab tertentu dan secara keseluruhannya penumpuan kesemua mazhab berdasarkan
faktor kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar dan peranan murid. Di dalam falsafah pendidikan
barat terdapat mazhab yang memberikan penumpuan pembinaan insan yang berketerampilan dan
aspek ini juga terdapat dalam falsafah pendidikan kita. Keempat-empat falsafah yang telah
dibincangkan ini boleh dikatakan sebagai asas kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Walau
bagaimanapun, falsafah-falsafah ini digabungkan dan diubahsuai mengikut keperluan negara kita.
Hanya mengambil aspek-aspek yang penting dan berguna sahaja yang diambil kira dalam
penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga meletakkan
kembali asas kepada perkembangan insan berjiwa kemerdekaan iaitu kepercayaan kepada Tuhan.

Anda mungkin juga menyukai