Anda di halaman 1dari 17

KANDUNGAN

1.0 SOALAN

2.0 PENGENALAN
2.1 DEFINISI TADBIR URUS
2.2 DEFINISI TEORI AGENSI
2.3 TEORI AGENSI DALAM KOPERASI

3.0 CONTOH KES BERKAIT DENGAN TEORI AGENSI

3.1 MAHESAN lwn MALAYSIAN GOVERNMENT OFFICERS CO-OPERATIVE


HOUSING SOCIETY Ltd ( 1978 )

4.0 CARA UNTUK MEMPERLUASKAN TEORI


AGENSI DI DALAM KOPERASI
4.1 MEMASTIKAN EJEN MELAKSANAKAN TUGAS YANG TELAH
DIAMANAHKAN KEPADA MEREKA
4.2 MEMASTIKAN ANGGOTA MEMPUNYAI KEPENTINGAN YANG SAMA

5.0 KEPENTINGAN MENGANALISIS PERMASALAHAN AGENSI


5.1 DAPAT MENGATASI SESUATU MASALAH SEBELUM TERLAMBAT
5.2 SEBARANG PENYALAHGUNAAN KUASA DAPAT DIELAK
5.3 MENGATASI MASALAH DALAMAN
5.3DAPAT MEMBENTUK STRATEGI YANG LEBIH BAGUS DI MASA
HADAPAN

6.0 KESIMPULAN

7.0 RUJUKAN

Page | 1
1.0 SOALAN

‘Agency theory has been an important theory in corporate governance of the


corporation arrangement in the private sector which can be extended to co-operatives’
(Cornforth, 2002).

Explain how the agency theory could be extended to co-operatives and why it is
particularly important to analyse agency problem in large membership organisation
such as a co-operative society?

Your discussion should be based on the premise that ‘Co-operatives are democratic


organisations controlled by their members, who actively participate in setting their
policies and making decisions. Men and women serving as elected representatives are
accountable to the membership’ (ICA Cooperative identity values and principles).

Please take note:

Plagiarism is not allowed. References must be cited properly.

Page | 2
2.0 PENGENALAN

Organisasi koperasi mempunyai struktur mereka yang tersendiri dalam mengagihkan


harta yang mereka miliki dan hak membuat keputusan. Namun struktur yang digunakan oleh
koperasi boleh memberi kesan terhadap kecekapan pengurusan sesebuah koperasi. Dalam
organisasi koperasi, anggota-anggota atau Mesyuarat Agung mempunyai hak yang sama rata
iaitu satu anggota satu undi. Dengan menggunakan hak yang dimiliki, setiap anggota boleh
memilih Anggota Lembaga Koperasi ( ALK ). ALK telah dipilih dan diberi mandat oleh
anggota dalam Mesyuarat Agung Tahunan untuk mentadbir koperasi demi mencapai
matlamat penubuhan koperasi tersebut.

Segala pendapatan yang diperoleh koperasi dari hasil aktiviti-aktiviti yang telah
mereka lakukan akan diagihkan sama rata kepada setiap anggota. Situasi ini akan
menimbulkan satu masalah agensi iaitu timbulnya masalah untuk menggalakkan ALK untuk
bertindak mengikut kemahuan anggota. Hal ini kerana segala ekuiti koperasi tersebut akan
diagihkan secara adil kepada anggota dan tiada keistimewaan akan diterima ALK. Terdapat
beberapa teori yang dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah ini. Salah satu teori
tersebut adalah teori agensi yang telah dicipta oleh Jensen dan Mecling.

Michael Jensen adalah seorang pensyarah Harvard Business School manakala


William Meckling pula adalah seorang pensyarah Simon School of Business, University of
Rochester.Kedua-dua pensyarah ini telah menulis satu tesis “Theory of The Firm: Managerial
Behavior, Agency Costs and Ownership Structure” Tesis ini menerangkan masalah yang
sering berlaku dalam organisasi iaitu masalah agensi. Masalah agensi ini adalah suatu situasi
dimana satu pihak (prinsipal) akan melantik pihak kedua (ejen) dimana ejen perlu bertindak
mengikut keinginan prinsipal. Namun apa yang selalunya terjadi adalah ejen akan cuba untuk
memenuhi keperluan atau keinginan mereka sendiri walaupun ianya tersasar dari kemahuan
pihak prinsipal. Jika kita kaitkan masalah ini dengan situasi yang berlaku di koperasi,
anggota-anggota koperasi merupakan prinsipal manakala Ahli Lembaga Koperasi (ALK)
adalah ejen yang telah dilantik oleh anggota di dalam Mesyuarat Agung.

Page | 3
Dalam mengenalpasti cara untuk menghadapi masalah agensi ini, Jensen dan
Meckling telah mencipta satu teori iaitu Teori Agensi. Teori Agensi memberi gambaran
bahawa manusia tidak boleh diberi kepercayaan penuh dalam bertindak mengikut keinginan
awam. Contohnya seseorang yang mempunyai jawatan sebagai pengurus dalam sesebuah
organisasi tidak boleh diberi kepercayaan yang tinggi dalam menjalankan tugas yang telah
diamanahkan untuk mereka.

Page | 4
2.1 DEFINISI TADBIR URUS

Menurut Ferrell(2011) tadbir urus adalah satu sistem penyeliaan,


kebertanggungjawaban dan kawalan yang formal ke atas keputusan, operasi dan tindakan
korporat yang perlu diwujudkan untuk mendapatkan komoditi yang sangat diperlukan oleh
organisasi iaitu keoercayaan pihak berkepentingan secara berterusan. Dalam konteks
koperasi, tadbir urus didefinisikan sebagai satu hubungan diantara anggota sebagai pemilik
perniagaan, pihak pengurusan yang akan mentadbir dan mengendalikan perniagaan dan
Lembaga yang menerajui pengurusan bagi pihak pemilik agar matlamat penubuhan koperasi
masing-masing dapat dicapai. Dengan mengamalkan tadbir urus dengan berkesan dapat
memastikan sesebuah koperasi dapat diurus dengan jujur.

Anggota koperasi berperanan dalam melaksanakan tadbir urus dengan baik. Koperasi
mampu mengekalkan kelestariannya jika anggota-anggota memberikan sokongan dan
kesetiaan secara berterusan kepada koperasi. Namun anggota perlu memahami dan
melaksanakan hak dan tanggungjawab mereka mengikut batasan-batasan yang telah
ditetapkan. Dalam Akta Koperasi 1993, seksyen 36, dinyatakan kuasa yang tertinggi dalam
koperasi ialah mesyuarat agung. Anggota-anggota koperasi yang juga merupakan mesyurarat
agung mempunyai tanggungjawab untuk memilih ahli lembaga pengarah (ALK) yang dapat
mentadbir koperasi dengan betul.

ALK yang telah dipilih dan diberi mandat oleh mesyuarat agung perlulah mentadbir
koperasi dan menguruskan koperasi sebaik yang mungkin demi mencapat matlamat
penubuhan koperasi tersebut. ALK perlulah menjalankan tugas mereka berpandukan kepada
hala tuju koperasi yang telah ditentukan bersama-sama dengan anggota sewaktu mesyuarat
agung dijalankan

Page | 5
2.2 DEFINISI TEORI AGENSI

Teori agensi merupakan satu set cadangan dalam urusan pentadbiran sesebuah
perbadanan yang mempunyai sejumlah besar pemegang saham. Teori ini mengambarkan
permasalahan yang muncul dalam organisasi dimana pemilik organisasi (prinsipal) dan
pengurus (ejen) tidak mempunyai kemahuan yang sama. Amat membimbangkan kerana
kekukuhan sesebuah organisasi untuk terus bertahan bergantung kepada segala keputusan
yang dilakukan ejen namun hasil daripada usaha keras mereka untuk meneruskan aktiviti
organisasi tersebut tidak banyak akan mereka perolehi (Fama and Jensen, 1986).

Teori agensi menganalisis organisasi dari segi pertikaian yang berlaku diantara
keinginan atau kemahuan prinsipal dengan ejen. Hubungan prinsipal-ejen terwujud apabila
prinsipal telah mengadakan persetujuan atau kontrak dengan ejen untuk menjalankan suatu
tugasan bagi pihak prinsipal. Prinsipal akan memberikan kuasa kepada ejen dan pulangan
yang akan diperoleh prinsipal amat bergantung kepada tindakan yang dilakukan ejen. Sebagai
contoh, prinsipal memberi tugas kepada ejen untuk membuat, membetulkan atau
membatalkan kontrak yang telah dibuat oleh prinsipal dengan pihak ketiga. Tugasan yang
diberikan telah memberikan kuasa kepada ejen untuk melakukan perkara yang dirasa dapat
memberi kebaikan kepada prinsipal. Walaupun hubungan diantara prinsipal dan ejen ini telah
terikat dengan undang-undang namun sukar untuk prinsipal mengawasi segala tindakan ejen
untuk memastikan ejen tidak menyalahgunakan kuasa yang telah diberikan.

Hubungan diantara prinsipal dan ejen menjadi kompleks kerana setiap kontrak yang
ditandatangani pasti terdapat kekurangannya. Sesebuah kontrak itu memerlukan kos yang
tinggi untuk diwujudkan, dikekalkan dan diikuti. Terdapat beberapa masalah yang mungkin
akan timbul sepanjang ejen melakukan tugas yang diamanahkan oleh prinsipal. Antaranya
adalah ‘moral hazard’ dan ‘adverse selection’. Moral hazard atau pencemaran moral
bermaksud ejen menyembunyikan perkara-perkara yang beliau lakukan dari pengetahuan
prinsipal. Adverse selection atau pemilihan yang bertentangan pula bermaksud ejen tersebut
mempunyai informasi yang penting namun informasi tersebut dirahsiakan dari pengetahuan
prinsipal demi kepentingan dirinya sendiri. Prinsipal memerlukan kos agensi untuk
memastikan masalah-masalah ini tidak timbul.
.

Page | 6
Kos agensi adalah kos-kos dalaman yang perlu ditanggung oleh prinsipal dan ejen
dari informasi asymetrik atau perbalahan kepentingan diantara prinsipal dan ejen. Terdapat
tiga jenis kos agensi seperti kos kawalan, kos ikatan dan kos kehilangan. Kos kawalan adalah
yang perlu ditanggung apabila prinsipal mahu mengawal atau menyekat tindakan-tindakan
ejen. Kos ikatan adalah kos yang perlu ditanggung oleh ejen. Ejen mungkin mempunyai
tanggungjawab atau kewajipan secara kontrak. Contohnya seorang pengurus bersetuju untuk
memberikan laporan kepada prinsipal setiap hari untuk menunjukkan beliau setia kepada
prinsipal. Kos yang terakhir adalah kos kehilangan.

Page | 7
2.3 TEORI AGENSI DALAM KOPERASI

Dengan mengunapakai teori agensi ini dalam koperasi, kita dapat mengenal pasti jika
terdapat masalah agensi di dalam sesebuah koperasi. Hal ini kerana modal ekuiti koperasi
dimiliki secara kolektif dan bukannya diperuntukkan untuk individu secara personal. Perkara
ini akan menyebabkan berlakunya kurangnya keberkesanan dalam pengurusan koperasi.
Anggota sesebuah koperasi tidak mempunyai kuasa secara individual. Modal koperasi
dimiliki oleh semua anggota dan bukan dipegang oleh seseorang anggota. Dengan
berpandukan teori agensi dapat kita gambarkan bahawa akan ada anggota yang tidak berpuas
hati dengan perkara ini. Tidak menghairankan jika terdapat anggota yang inginkan kuasa atau
pengaruh yang lebih berbanding anggota lain. Anggota koperasi dijangkakan akan
mempunyai sikap tidak peduli dengan perkembangan koperasi.

Jika kita melihat dari pandangan agensi, masalah horizon akan timbul dalam koperasi
disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor-faktor tersebut antaranya ialah anggota dijangka
akan berfikiran di dalam kotak. Mereka jarang memikirkan tentang parkara yang akan
berlaku di masa hadapan dan hanya mementingkan keperluan mereka pada masa kini.
Mereka tidak mempu untuk berfikir secara ‘myopically’ atau berpandangan jauh.

Masalah membuat keputusan sering juga berlaku dalam koperasi. Masalah ini
berpunca dari masalah pepecahan anggota. Apabila kepentingan anggota mula berubah dan
tidak sama antara satu sama lain, ia akan menyebabkan aktiviti koperasi tidak dapat
dijalankan dengan sempurna. Jika terdapat anggota merasakan kerja-kerja yang dilakukan
koperasi tidak cukup untuk memenuhi kepentingan mereka, komitmen mereka terhadap
koperasi akan berkurangan. Lebih-lebih lagi dalam koperasi yang bersaiz besar, mungkin
sukar bagi koperasi itu untuk memperoleh komitmen penuh dari anggota-anggota kepada
koperasi.

Page | 8
Dalam koperasi bersaiz besar juga adalah sukar untuk anggota koperasi untuk
mendapatkan informasi mengenai koperasi tersebut dari ALK. Perkara ini akan menyukarkan
anggota untuk mengetahui perkembangan koperasi tersebut. Mereka akan tertanya-tanya jika
koperasi yang mereka ikuti itu semakin maju atau sebaliknya. Tanpa informasi-informasi ini,
anggota akan mula berasa ragu-ragu terhadap koperasi tersebut dan tidak dapat memberikan
komitmen penuh kepada koperasi.

Sewaktu berlangsungnya mesyuarat agung, anggota mungkin tidak akan menjalankan


tanggungjawab mereka dalam membuat keputusan atau pemilihan anggota lembaga koperasi
(ALK) dengan betul. Peratusan anggota memilih ALK tanpa mengetahui lebih mendalam
tentang individu yang telah mereka pilih adalah tinggi. Jika individu yang dipilih sebagai
ALK itu adalah seorang yang tidak bertanggungjawab, kesan buruknya pasti akan ditimpa
oleh setiap anggota koperasi tersebut.

Masalah-masalah yang dinyatakan di atas adalah diantara masalah yang boleh timbul
dalam koperasi. Masalah-masalah ini dapat dielak atau diselesaikan jika koperasi menerapkan
teori agensi ke dalam organisasi mereka.

Page | 9
3.0 CONTOH KES BERKAIT DENGAN TEORI AGENSI

MAHESAN lwn MALAYSIAN GOVERNMENT OFFICERS CO-OPERATIVE


HOUSING SOCIETY Ltd ( 1978 )

Fakta kes

Defendan adalah pengarah dan setiausaha koperasi responden yang telah membeli
tanah pada harga RM944,000 daripada penjual yang telah membayar RM456,000
terdahulunya. Defendan mengetahui mengenai perkara ini tetapi gagal memberitahu koperasi
tempat beliau bekerja . Selepas proses jual-beli tanah tersebut selesai barulah pihak
responden mengetahui tentang defendan telah mendapat wang sogokan atau komisen rahsia
berjumlah RM122,000 dari penjual tanah itu.

Keputusan mahkamah

Mahkamah memutuskan bahawa responden boleh mendapatkan kembali wang


sogokan atau menerima amaun kerugian yang sebenar dialami olehnya sebagai akibat
membuat kontrak tersebut.

Kesimpulan kes

Dalam kes ini telah berlakunya pencemaran moral. Sebagai ejen, setiap keputusan
yang dilakukan dan keuntungan yang diperoleh perlulah diberitahu kepada pihak prinsipal.
Perkara yang seharusnya dilakukan oleh Mahesan sebagai ejen adalah tidak membuat apa-apa
keuntungan rahsia sepanjang beliau menjalankan tugas beliau. Keuntungan rahsia yang
dimaksudkan adalah wang sogokan yang diterima oleh Mahesan dari penjual tanah.

Page | 10
4.0 CARA UNTUK MEMPERLUASKAN TEORI AGENSI DI DALAM KOPERASI

4.1 MEMASTIKAN EJEN MELAKSANAKAN TUGAS YANG TELAH


DIAMANAHKAN KEPADA MEREKA

Dalam sektor koperasi, anggota koperasi adalah prinsipal manakala Anggota


Lembaga Koperasi (ALK) adalah ejen. Di dalam mesyuarat agung, dari jumlah anggota
koperasi yang besar, beberapa orang anggota sahaja telah dipilih oleh anggota-anggota untuk
menjalankan tugas sebagai ALK. Dalam teori agensi, prinsipal akan memilih ejen supaya
ejen dapat membantu melakukan sesuatu tugasan bagi pihak prinsipal. ALK telah dipilih
untuk mentadbir koperasi dan menguruskan koperasi sebaik mungkin demi mencapai
matlamat penubuhan koperasi tersebut.

Akta Koperasi 1993, seksyen 44 (1) menerangkan bahawa ALK hendaklah mewakili
koperasi itu dihadapan semua pihak berkuasa awam yang berwibawa dan dalam semua urus
niaga dan transaksi dengan orang ketiga. Antara tugasan ALK adalah mengarah, mengurus
dan mengawasi segala aktiviti koperasi, kumpulan wang dan harta koperasi. Jika terdapat
ALK yang tidak mematuhi akta ini dengan melakukan kesalahan, ALK boleh disabit dan
akan dikenakan denda.

Segala dasar, keputusan dan aktiviti koperasi yang telah dijalankan oleh ALK
perlulah dipastikan terlebih dahulu bahawa ia selaras dengan kehendak dan hasrat para
anggota walaupun ianya sukar jika jumlah anggota mencecah ribuan orang. ALK dipilih oleh
anggota bukan berdasarkan jumlah modal atau ekuiti yang dipegangnya tetapi berdasarkan
dari aspek kepercayaan dan ketokohan mereka di mata anggota. Dibawah ALK telah
diasingkan jawatan-jawatan yang berbeza dengan tugas-tugas yang berbeza. Di bawah ALK
terdapat Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD), penasihat/penaung, serta pihak pengurusan
koperasi.

Page | 11
Diantara jawatan-jawatan dibawah ALK ini, pihak pengurusan koperasi memiliki
kepentingan mereka yang tersendiri. Pengurusan koperasi diberi tugas untuk menguruskan
perjalanan harian koperasi. Kebiasaannya anggota menjalankan aktiviti koperasi secara
sambilan sahaja dan mereka mungkin mempunyai kerja tetap di tempat lain seperti akauntan,
pengurus dan sebagainya. Oleh sebab itu koperasi memerlukan tenaga kerja yang boleh
melaksanakan aktiviti harian dalam pentadbiran, pengurusan dan perniagaan. Dengan itu
wujudlah jawatan pengurusan koperasi. Anggota yang dipilih untuk memikul jawatan ini
memerlukan kemahiran tertentu. Sebagai contoh ALK boleh melantik seorang CEO untuk
mengetuai pihak pengurusan.

Jika kita kaitkan dengan kes Mahesan, dapat dikatakan jika seseorang ejen yang
dilantik tidak menjalankan tugas mereka seperti yang diinginkan prinsipal, tindakan ejen
tersebut dapat memberi kesan kepada perkembangan organisasi. Sikap ALK seperti inilah
yang harus dielak.

4.2 MEMASTIKAN ANGGOTA MEMPUNYAI KEPENTINGAN YANG SAMA

Teori agensi menerangkan masalah agensi akan timbul jika prinsipal dan ejen
mempunyai kepentingan yang berbeza. Walaupun prinsipal merupakan orang atasan kepada
ejen namun tidak bermakna mereka akan mendapat keseluruhan pulangan kerana segala
urusan pentadbiran dilakukan oleh ejen. Dengan kata lain jika prinsipal salah memilih ejen
dan tidak mengawal pergerakan ejen, mereka akan mengalami kerugian yang besar.

Perkara ini juga boleh digunapakai dalam koperasi. Dalam mesyuarat agung, anggota
akan memilih ALK. Selalunya anggota akan melihat ketokohan atau populariti seseorang
sebagai ALK. Tidak semestinya individu yang mereka pilih itu adalah seseorang yang
mereka kenali. Kemungkinan juga ALK yang telah dipilih adalah seorang yang tidak
bertanggungjawab. Oleh disebabkan kepentingan anggota dan kepentingan ALK yang dipilih
adalah berbeza, ALK boleh menyalahgunakan kuasa yang telah dianugerahkan kepada
mereka untuk memenuhi keperluan mereka sendiri dan bukannya kepentingan anggota.

Oleh sebab itu amatlah penting dalam memastikan keinginan anggota dan keinginan
ALK adalah sama supaya segala bentuk penipuan tidak akan berlaku di masa hadapan.

Page | 12
5.0 KEPENTINGAN MENGANALISIS PERMASALAHAN AGENSI

5.1 DAPAT MENGATASI SESUATU MASALAH SEBELUM TERLAMBAT

Setiap organisasi koperasi semestinya mengalami masalah yang berbeza. Masalah-


masalah tersebut jika dapat dikesan dengan awal, banyak masalah yang mungkin akan
dialami di masa depan dapat dielak. Dengan menganalisis permasalahan agensi dapatlah
koperasi menghapuskan sebarang masalah yang dialami sebelum masalah tersebut menjadi
semakin rumit dan sukar untuk diselesaikan.

Analisis permasalahan agensi perlu dilakukan dengan kerap agar dapat mengenal pasti
masalah yang dialami organisasi koperasi. Apabila proses menganalisis dapat mengesan
sebarang masalah, langkah-langkah penyelesaian haruslah dilakukan dengan segera.Sebagai
contoh ALK yang berada dibawah pengurusan kewangan mendapati terdapat wang koperasi
telah hilang. Dengan mengetahui tentang kehilangan wang ini, anggota tersebut tidak boleh
berdiam diri dan membiarkan kehilangan wang itu terus menjadi misteri. Perkara yang harus
dilakukan adalah menyiasat sehinggalah anggota yang membawa lari wang tersebut dibawa
ke mahkamah.

5.2 SEBARANG PENYALAHGUNAAN KUASA DAPAT DIELAK

Analisis permasalahan agensi terbukti dapat mengelak berlakunya penyalahgunaan


kuasa oleh anggota. Jika sesebuah koperasi itu mempunyai bilangan anggota yang mencecah
ribuan orang, amat sukar untuk memastikan jika pentadbiran koperasi tersebut dilakukan
dengan tulus dan ikhlas oleh ALK. Kemungkinan besar terdapat ALK yang melakukan fraud
atau mengamalkan rasuah. Tanpa melakukan sebarang analisis, tiada siapa akan mengetahui
perbuatan jahat tersebut. Oleh kerana itu, jika koperasi mengamalkan analisis permasalahan
agensi, ALK tidak akan berani untuk melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang
kerana mereka tahu perbuatan jahat mereka pasti akan terbongkar.

Page | 13
5.3 MENGATASI MASALAH DALAMAN

Jarang sekali masalah yang dialami oleh koperasi berpunca dari faktor luaran.
Selalunya masalah-masalah yang dialami koperasi berpunca dari faktor dalaman. Antara
faktor dalaman yang sering terjadi ialah penyelewengan, rasuah, penipuan dan lain-lain.

Terdapat sesetengah ALK bertindak diluar kuasa mereka dan melakukan perbuatan
yang salah dan melanggar undang-undang. Tujuan mereka melakukan perbuatan jahat
tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah untuk kepentingan mereka sendiri.Sebagai contoh
yang berlaku dalam kes Mahesan. Mahesan diberi amanah untuk menjalankan urusan jual
beli tanah pada harga RM944,000 dengan menggunakan wang koperasi. Tanpa memberitahu
anggota-anggota yang lain, Mahesan telah mendapat wang suapan dari penjual tanah
berjumlah RM456,000. Mahesan telah diamanahkan untuk menguruskan urusniaga tersebut
tetapi beliau tidak amanah dengan tugas yang diberikan oleh anggota kepada beliau.

Jika analisis masalah agensi tidak dilakukan, anggota tidak mungkin akan mengetahui
perbuatan jahat Mahesan. Oleh itu amatlah penting bagi setiap koperasi untuk menjalankan
analisis terhadap koperasi mereka dan tidak hanya melenggang kaki pada setiap Mesyuarat
Agung, menungggu Laporan Kewangan dibentangkan oleh ALK. Dengan melakukan analisis
ini mampu membantu koperasi dalam mengatasi masalah-masalah dalaman ini.

Page | 14
5.3 DAPAT MEMBENTUK STRATEGI YANG LEBIH BAGUS DI MASA
HADAPAN

Jika sesebuah koperasi itu pernah mengalami kerugian dari hasil perbuatan jahat
ALK, pasti koperasi itu akan lebih berhati-hati apabila merancang masa depan koperasi
tersebut. Sebagai contoh dalam kes Mahesan, koperasi tesebut mengetahui Mahesan
mendapat wang suapan setelah selesai urusan jual beli tanah tersebut. Oleh itu, mereka hanya
mempu membawa perkara ini ke mahkamah. Jika mereka mampu mengesan perbuatan jahat
Mahesan ini sebelum terlambat, sedah pasti mereka tidak mengalami sebarang kerugian.
Pengalaman seperti ini dapat menjadikan sesebuah koperasi itu lebih teguh dan berhati-hati
dalam memberikan kepercayaan kepada ALK. Mereka juga mampu untuk membentuk
strategi yang lebih berkesan kepada koperasi.

Mereka juga dapat mengenalpasti masalah agensi yang akan dihadapi dengan lebih
cepat kerana perkara tersebut mungkin telah berlaku kepada mereka sebelum ini. Langkah
mengatasi dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan lebih efektif.

Page | 15
6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, walaupun teori agensi dicipta untuk syarikat namun isinya tetap
boleh diterapkan ke dalam koperasi. Teori agensi telah menawarkan satu wawasan yang unik
kepada sistem informasi,hasil ketidaktentuan, dan risiko.

Untuk berjaya, kita tidak semestinya hanya boleh menggunakan satu cara sahaja. Hal
ini sama seperti koperasi. Untuk menjadikan sesuatu koperasi itu berjaya, tidak semestinya
koperasi tersebut hanya perlu menggunakan prinsip taadbir urus sahaja. Gabungan diantara
teori agensi dan tadbir urus terbukti dapat meningkatkan lagi prestasi sesebuah koperasi.

Page | 16
7.0 RUJUKAN

1- Svein Ole Borgen, Agency Problems in Norwegian Agricultural


Cooperatives, (2002-3)
2- Cliff McCue and Eric Prier, Using Agency Theory to Model Cooperative Public
Purchasing
3- Kathleen M. Eisenhardt, Agency Theory: An Assessment and Review (1989)
4- Mohd Safaai Said, Pengenalan Koperasi (2012)
5- Akta Koperasi 1993
6- DR Hayati MD Salleh, Corporate Government In Co-operative (2011)
7- Michael C. Jensen and William H. Meckling, Journal of Financial Economics 3 –
Theory of The Firm: Managerial Behavior, Agency Costs and Ownership Structure
(1976)

Page | 17

Anda mungkin juga menyukai