Anda di halaman 1dari 1

KONSEP KURIKULUM Kamus Dwibahasa, kurikulum diertikan sebagai bidang pelajaran di sekolah.

Jika ditinjau dari segi sejarah, perkataan kurikulumberasal daripada perkataan Latin curriculum yg bermaksud ruang tempat di mana pembelajaran berlaku. Mengikut www.iteawww.org/TAA/Glossary.htm, kurikulum didefinisikan sebagai bahan pengajaran yang guru dan murid-murid perlu meliputi dlm proses pembelajaran. Pakar- pakar pendidikan :Kerr (1968)pula mendefinisikan kurikulum sebagai semua jenis pembelajaran yg dirancang & dipandu oleh sekolah sama ada dalam kumpulan atau secara individu, di dalam atau di luar sekolah. DEFINISI KURIKULUM Urutan pengalaman yang ditetapkan oleh sekolah untuk mendisiplinkan cara berfikir dan bertindak (Valiga, T. & Magel, C., 2001) Kurikulum sekolah adalah satu siri peristiwa yang terancang yang bertujuan untuk memberi kesan pendidikan kepada murid di sekolah. Menurut Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979, dalam konteks Malaysia, kurikulum boleh didefinisikan sebagai : Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum mengandungi dua aspek iaitu sukatan dan kandungan mata pelajaran dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kokurikulum seperti sukan, persatuan dan unit beruniform. Hirst(1975)-mendefinisikan kurikulum sebagai satu program yg mengandungi aktiviti aktiviti pembelajaran & disusun oleh guru utk membolehkan murid - murid mencapai objektif yang telah ditentukan. Tafsiran umum untuk kurikulum adalah aktiviti-aktiviti yang dialami oleh seseorang individu dari peringkat kematangan kanak-kanak ke peringkat kematangan orang dewasa. Tafsiran spesifik pula adalah pelbagai aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dlm & luar bilik darjah. Pengertian kurikulum juga merujuk kepada bidang-bidang mata pelajaran yg diajar di sekolah. Ringkasnya definasi kurikulum ialah apa yang pelajar harus ketahui (pengetahuan atau kandungan), apa pelajar harus lakukan (kemahiran), bagaimana ia harus diajar (pengajaran), bagaimana ia harus diukur atau dinilai (penaksiran) dab bagaimana sistem pendidikan harus disusun (konteks).

Anda mungkin juga menyukai