Anda di halaman 1dari 10

Pengenalan Sebahagian besar daripada pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah berlangsung di dalam bilik sains.

Ini bermakna para pelajar, banyak menghabiskan waktu pembelajaran mereka di bilik sains iaitu sekurang-kurangnya 120 minit setiap minggu. Pengetahuan dan kemahiran tentang pengurusan dan penyelenggaraan bilik sains merupakan dua aspek penting yang perlu dipelajari oleh setiap guru sains bagi memastikan setiap bilik sains dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Di samping itu pengetahuan dan kemahiran mengurus dan menyelenggara bilik sains adalah penting bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran sains serta mengelak berlakunya sebarang kecelakaan.

Pengurusan merujuk kepada sesuatu badan yang bertanggung jawab melaksanakan sesuatu tugas sehingga mencapai objektif yang dirancang. Badan yang dimaksudkan ditubuhkan secara formal atau bukan formal. Bilik sains adalah satu bentuk organisasi pengurusan yang formal. Bilik sains mempunyai peraturan dan ketetapan bertulis

dengan ini menggambarkan tanggungjawab yang wajar dipenuhi bagi menyokong kepada matlamat pelaksanaan kurikulum sains sekolah. Terdapat lima aspek pengurusan yang menjadi tunggak kepada sesuatu pengurusan agar mencapai matlamat yang dikehendaki iaitu a) penentuan matlamat b) perancangan c) perkhidmatan dan penyelenggaraan sumber d) pemonitoran, dan e) penentuan piawai. Kelima-limanya saling berkaitan membentuk pertalian erat. Pertalian erat diterjemahkan kepada fungsi yang saling menyokong antara satu sama lain dalam membentuk pengurusan yang cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat yang ditentukan.

Perbandingan Pengurusan Makmal Sains Sekolah Kajian Pendekatan pembelajaran kini mengutamakan penglibatan aktif pelajar. Pelajar kini diberi peluang untuk berinteraksi dengan menggunakan kemahiran proses sains dengan optima. Kaedah yang mengutamakan pemerhatian dan melakukan amali dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah. Dengan kata lain kegiatan pengajaran dan pembelajaran yang utama adalah memerhati, membuat atau melakukan sesuatu atau hand-on di samping mind-on. Kegiatan ini hanya boleh berlaku di dalam bilik yang dikenali dengan bilik sains sekolah.

Dari dapatan analisis senarai semak bilik sains dari SK Batu Masjid dan SK Pendita Zaba, Tapah Road, kami telah merumuskan beberapa kekuatan yang dipunyai oleh kedua dua sekolah dari beberapa aspek pengurusan bilik sains yang kondusif. Aspek aspek yang berikut adalah :-

A) ASPEK FIZIKAL BILIK SAINS Faktor ketersediaan sebuah bilik sebagai bilik sains memang tersedia. Oleh itu, segala kegiatan yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku dengan persediaan persekitaran fizikal yang menyokong aktiviti tersebut. Tetapi bilik sains SK Pendita Zaba (SKPZ) adalah lebih baik dari segi kesediaan aspek fizikal sebagai bilik sains memadangkan SKPZ baru dapat peruntukan dari kerajaan untuk sebuah bilik sains sekolah. SK Batu Masjid (SKBtM) cuma sebuah bilik darjah yang diubahsuai menjadi bilik yang pelbagai guna untuk sebuah bilik. Aspek fizikal bilik memang menyediakan pengudaraan yang baik dengan bilangan tingkap yang mencukupi dan kipas yang berfungsi.dengan baik. Bilangan lampu untuk pencahayaan bilik juga mencukupi. Keadaan lantai bilik yang masih baik dan bersih memang menyediakan suasana yang sedap dipandang tetapi susunan meja guru dan meja murid di SKPZ amat mencukupi untuk bilangan pelajar serta sesuai berbanding dengan SKBtM yang perlu mengubah dan digerakkan susunannya berdasarkan kegunaan bilik tersebut. Ini amat menyukarkan guru dan murid untuk melaksanakan proses PdP di bilik tersebut.

Untuk penyimpanan alatan dan bahan bahan sains, SKPZ lebih baik dalam kesediaan perabot penyimpanan peralatan dengan perletakan di bahagian belakang bilik sains serta di kiri dan kanan yang menyediakan susunan peralatan dan bahan teratur dan terurus. SKBtM Cuma dibekalkan dengan rak dan almari yang dibeli sendiri oleh pihak sekolah agar peralatan dan bahan boleh disimpan dengan baik dan senang dicapai.

B) ASPEK KESELAMATAN Konsep bilik sains memberi peluang pelajar mempelajari sains menerusi kegiatan amali, pemerhatian, penyiasatan dan penemuan dalam persekitaran terkawal. Oleh itu aspek keselamatan mesti diutamakan untuk keselamatan murid serta guru dan bilik sains tersebut. Dari senarai semak yang telah dibuat, , bilik sains dari kedua dua sekolah memang menekankan berkaitan aspek keselamatan dengan meletakan peraturan keselamatan di bilik sains pada sudut yang senang dilihat oleh murid murid. Begitu juga dengan peti pertolongan cemas yang sentiasa dimonitor keperluan di dalamnya sekirannya berlaku kemalangan kecil kepada murid murid. Dan untuk memudahkan pergerakan murid murid serta guru, pelan kebakaran dipamerkan pada papan kenyataan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti litar pintas pada peralatan elektrik yang boleh mengundang berlakunya kebakaran pada bilik sains.

Apabila proses pembelajaran dan pengajaran berlaku, guru sentiasa memastikan kedua dua pintu dibuka demi memudahkan pergerakan semasa kecemasan serta untuk pengudaraan yang baik diperolehi dalam bilik sains. Keadaan ini tidak berlaku di SKBtm yang mana pintu kedua dihalang oleh peralatan perabot penyimpanan alatan dan bahan. Alat pemadam api diletakan diluar dari bilik sains untuk kemudahan memadam api apabila berlaku kebakaran dan sentiasa diselenggara dengan baik oleh pihak sekolah oleh pembekal yang bertauliah. Cuma kekurangan bagi kedua dua sekolah adalah dari segi pintu keluar yang tiada papan tanda keluar yang berlampu untuk memudahkan pergerakan murid sekiranya keadaan yang gelap dan kurang cahaya semasa kecemasan berlaku.

C) ASPEK PEMBELIAN Sekolah dibekalkan dengan peralatan asas melalui bekalan pusat. Selain daripada itu penggantian peralatan atau bahan yang habis, pecah atau rosak dan pembelian peralatan atau bahan tambahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa. Hal itu memang dipraktikan oleh kedua dua sekolah dalam proses pembelian bahan bahan dan alatan bagi bilik sains sekolah. Perancangan perbelanjaan adalah sangat penting dalam memperolehi peralatan sains,bahan kimia dan bahan bantu mengajar. Panitia Sains hendaklah merancang untuk melengkapkan keperluan bilik sains supaya P&P sains di sekolah dapat dilaksanakan dengan sempurna.Sebelum perancangan dibuat, Ketua Panitia Sains mempastikan kedudukan kewangan iaitu baki terkini serta geran yang diterima pada tahun tersebut dengan merujuk kepada kerani kewangan sekolah berpandukan kepada Pekeliling Kewangan 3/95 - KP. 1573/17/Jld.10/(39). Anggaran perbelanjaan sesuatu tahun dibuat pada akhir tahun sebelumnya melalui perbincangan bersama ketua panitia dan ahli ahli panitia sains. Tindakan yang diambil semasa membuat anggaran adalah seperti berikut iaitu memeriksa semua stok peralatan dan bahan sains, menyediakan senarai peralatan dan bahan sains yang perlu dibeli mengikut keutamaan dan mendapatkan maklumat mengenai bilangan murid bagi tujuan jangkaan jumlah peruntukan yang akan diterima. Dalam membuat pesanan, ketua panitia akan mengisi borang nota minta yang disediakan oleh pihak sekolah berdasarkan Buku Garis Panduan Perakaunan dan Kewangan Sekolah, Kementerian Pendidikan, 1994 yang mana sebarang pesanan mesti diluluskan oleh Guru Besar atau Penolong Kanan Pentadbiran. Oleh itu, segala pesanan alatan dan bahan bilik sains diperakui oleh pihak pentadbir dahulu sebelum proses pesanan dilakukan. Ini bermakna, pesanan yang dibuat dibawah pengetahuan pentadbir sekolah dan tanpa sewenang wenangnya perutukan kerajaan digunakan oleh panitia.

Penyediaan buku stok dan penyimpanan peralatan dan bahan sains di sesetengah sekolah tidak mempunyai butiran seperti yang diperlukan dan ini menimbulkan pelbagai masalah. Dalam hubungan ini penyelenggaraan stok amat perlu bagi menyelaras, menyemak, mengesan, mengemaskini dan memudahkan pentadbiran Bilik Sains. Ini yang berlaku di kedua dua sekolah samada SKPZ atau SKBtM yang mana pengurusan dibuat oleh kerani kewangan sekolah semuanya. Dengan kata kata lain, guru tidak dibebankan dengan kerja kerja perkeranian. Ketua panitia hanya membuat semakan stok pada hujung tahun dan diberikan senarainya kepada kerani kewangan sekolah. Penyemakan Buku Stok dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun dengan mengikut tatacara berdasarkanPanduan Perbendaharaan (tatacara pengurusan stor) dan Pekeliling PerbendaharaanBil.2 Tahun 1992 hendaklah dirujuk dan dipatuhi.

D) ASPEK ALAT BANTU MENGAJAR

Dalam

menyediakan

suasana

pembelajaran

dan

pengajaran

yang

menyeronokan, kemudahan asas seperti papan putih, projektor, skrin, OHP, serta kit pembelajaran seharusnya berada dalam keadaan yang terbaik untuk bilik sains sekolah. Ini kerana murid murid sekarang dilibatkan sepenuhnya dalam proses pembelajaran berfikrah dan di dedahkan kepada alatan saintifik. Dari senarai semak bilik sains bagi SKPZ dan SKBtM berkaitan aspek amatlah kurang memuaskan dalam penyediaan peralatan berteknologi. Bagi SKPZ, projektor serta skrin tidak tersedia walaupun ianya sebuah bilik sains yang baru disiapkan dalam projek peningkatan prasarana sekolah. Ini amatlah mendukacitakan kepada guru guru sains dan kekurangan kepada murid dalam menuju era teknologi dalam pembelajaran. Untuk kit pembelajaran seperti model manusia, spesimen basah atau kering, bahan kimia dan peralatan mikroskopik sukar didapati di kedua dua sekolah. Ini sedikit sebanyak menjejaskan proses PdP yang berkaitan. Dari dapatan, bilik

sains sekolah terdapat carta, model model haiwan kecil serta bahan rujukan sains yang senang di dapati dipasaran dan kos belian yang rendah.

E) ASPEK PENGURUSAN BILIK SAINS Dalam aspek pengurusan bilik sains, guru guru sains di kedua dua sekolah memang memahami dengan baik berkaitan pengurusan. Ini boleh diperhatikan dengan penyediaan carta organisasi bilik sains yang dipamerkan disudut yang sesuai di papan kenyataan. Begitu juga dengan jadual penggunaan bilik sains bagi kegunaan kelas kelas yang terbabit dari tahun 1 hingga tahun 6, dibuat dengan penuh keceriaan. Kabinet kabinet peralatan dilabel dengan nama alatan dengan jelas dan begitu juga susunan peralatan dilakukan dengan baik. Tetapi ianya tidak berlaku di SKBtM yang mana penggunaan bilik sains yang berfungsi dengan pelbagai kegunaan seperti bilik mesyuarat serta sebagai bilik darjah. Dan kekurangan yang paling ketara di kedua dua bilik sains itu adalah dalam penyediaan rekod rekod penggunaan bilik sains serta rekod kecederaan murid yang tidak disediakan. Aspek ini dilihat kecil tetapi ianya memberi peranan yang besar dalam pengurusan bilik sains yang sebenar. Ini boleh dilihat dari sudut pergerakan alatan bilik sains yang boleh dipantau dengan mudah sekirannya rekod penggunaan disediakan apabila pengiraan stok dilakukan pada hujung tahun nanti. Aspek pengurusan lain adalah memastikan kesediaan bilik sains berada dalam keadaan yang kondusif dari segi susun atur meja murid dan kerusi yang sesuai dan tidak mendatangkan bahaya kepada murid murid. Begitu juga kebersihan bilik sains terurus dengan penyediaan jadual bertugas murid pada setiap hari bagi beberapa kelas tertentu terutamanya murid murid tahap 2 (tahun 4 6).

F) ASPEK KECERIAAN BILIK SAINS

Dari segi aspek kecerian bilik sains, papan kenyataan dihias cantik dengan latar belakang yang dihias dengan kertas warna yang menarik dan sesuai agar segala maklumat yang dipaparkan tidak tenggelam dengan latar belakang. Papan kenyataan berada di hadapan bilik sains untuk memaparkan maklumat yang penting seperti carta organisasi, jadual penggunaan bilik sains serta maklumat lain yang sesuai. Begitu juga dengan maklumat maklumat yang berkaitan mata pelajaran sains menghiasi dinding bilik sains dengan susunan yang kreatif. Ini bertujuan menarik minat murid melihat fakta fakta sains yang dipamerkan. Berkaitan dengan sudut sudut pameran bagi hasilan kerja murid dan sudut bacaan bahan bahan yang berkaitan dengan dunia sains tidak diperuntukan dengan sewajarnya.

Cadangan Penambahbaikan Bilik Sains Sekolah Kajian

Dari dapatan yang telah dibuat berdasarkan rumusan senarai semak tersebut, masih terlalu banyak kekurangan yang perlu dipertingkatkan untuk kedua dua bilik sains sekolah kajian demi mewujudkan bilik sains yang kondusif dan menepati wawasan kerajaan dalam melahirkan generasi baru yang berfikiran saintifik dan yang berteknologi serta berinovasi.

Beberapa cadangan tersebut kami utarakan dibawah :-

a) Mewujudkan makmal sains seperti makmal sains menengah rendah di sekolah menengah menggantikan bilik sains.

Dari pengamatan dan pengalaman semasa bersekolah di sekolah menengah serta pembelajaran di institut pengajian sekarang, memang jauh perbedaan bilik sains di sekolah rendah samada dari prasarana keadaan fizikal atau penyediaan peralatan dan bahan eksperimen serta penyusunan alatan makmal sains. Keadaan ini tidak menyediakan satu keadaan yang menggagumkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran sains sekolah rendah. Dengan demikian, seharusnya kerajaan melalui kementerian pendidikan tidak meletakkan jurang yang amat besar antara prasarana bilik sains sekolah rendah dan sekolah menengah. b) Mewujudkan jawatan pembantu makmal untuk membantu tugas tugas guru di bilik sains. Apabila menyentuh soal soal yang berkaitan dengan pengurusan bilik sains, beberapa orang guru nyata tidak mampu untuk melaksanakan pelbagi tugas tersebut. Hal yang demikian berlaku memandangkan beban tugas sebagai seorang guru kian bertambah saban tahun. Oleh yang demikian,

pengurusan bilik sains kurang difokuskan demi melahirkan suasana yang kondusif. Tetapi dengan terwujudnya jawatan pembantu bilik sains, sekurang kurangnya tugas tersebut tidak terbeban kepada guru guru sekolah sahaja. Ini yang berlaku di makmal makmal sekolah menengah atau institut pengajian yang mempunyai pembantu makmal. Keadaan makmal yang ceria dan menyediakan satu keseronokan untuk ke makmal.

c) Penyediaan bilik yang sesuai yang berfungsi sepenuhnya sebagai bilik sains Rata rata bagi sekolah rendah yang mana bilangan pelajarnya kurang atau sekolah yang kekurangan bilik darjah, bilik yang difikirkan sesuai oleh pihak pentadbir dan cadangan oleh guru sains diubahsuai menjadi bilik sains sekolah. Dan kadang kadang bilik tersebut dipaksa dengan pelbagai fungsi seperti yang berlaku di Sekolah Batu Masjid (sekolah kajian). Oleh yang demikian, segala kemudahan yang sepatutnya dipunyai oleh bilik sains tidak mencukupi atau tiada. Dari situ, suasana kearah melahirkan keseronokan sains tidak berfungsi. Dengan wujudnya bilik yang berfungsi sepenuhnya sebagai bilik sains dan mempunyai kemudahan alatan sains, sekurang kurangnya proses pembelajaran dan pembelajaran sains lebih menyeronokan dan seterusnya kesilapan konsep sains tidak berlaku kepada murid murid.

d) Mewujudkan komputer yang boleh mengases internet dalam bilik sains untuk membolehkan guru guru mengases maklumat dengan lebih mudah dan cepat.

Dalam

era

teknologi

sekarang,

murid

murid

sepatutnya

mudah

mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan sains melalui capaian internet. Yang demikian, bilik bilik sains sekolah seharusnya disediakan kemudahan komputer yang boleh mengases internet di sekolah. Hanya segelintir sekolah sahaja dibekalkan dengan kemudahan tersebut terutamanya sekolah sekolah di Bandar dan paling ketara adalah di sekolah sekolah luar Bandar yang selalu tertinggal atau lambat dalam mendapat kemudahan terkini. Inilah ironi yang berlaku kepada murid murid di luar Bandar, kurang pendedahan kepada teknologi.

Kesimpulan

Proses pengajaran dan pembelajaran sains memerlukan aktiviti seperti menjalankan ekperimen,demontrasi dan projek. Dengan itu aktiviti ini akan meningkatkan kemahiran saintifik. Umumnya aliran tindakan yang memerlukan guru meneliti keperluan pengajaran sains di sekolah bermula dengan penyediaan bilik sains yang kondusif serta cukup peralatan dan bahan pengajaran sains. Kebanyakan tajuk sains memerlukan penerokaan dengan penglibatan pelajar. Amat wajar berfikir keperluan yang dilihat dari perspektif pelajar bukan sekadar melihat dari perspektif guru yang telah banyak pengalaman dan mengetahui tentang sesuatu tajuk. Guru mampu menggunakan kreativiti menjadikan pengajaran dan pembelajaran sains lebih menarik. Adalah wajar diingatkan bahawa pembelajaran akan menjadi berkesan sekiranya boleh melibatkan pelajar dengan meningkatkan kesemua deria di samping kemahiran proses sains yang sesuai. Ini hanya boleh berlaku apabila prasarana dan infrastruktur bilik sains yang sesuai dan berfungsi sebagai bilik sains.

Anda mungkin juga menyukai