Anda di halaman 1dari 55

BENGKEL PENULISAN CADANGAN

KERTAS KERJA KAJIAN


OLEH : HALINA BINTI HAMID
APA ITU PENYELIDIKAN

Mencari maklumat lebih lanjut mengenai sesuatu perkara, menyelami lebih


lanjut, menjalankan kajian menyeluruh atau menyiasat dengan lebih mendalam.

Penyelidikan di definasikan sebagai penyiasatan yang penuh berhati-hati,


mendalam, secara bijak dan meluas mengenai sesuatu perkara atau subjek
spesifik, dengan bertujuan meningkatkan dan meluaskan ilmu pengetahuan
manusia sejagat. (Manheim, 1977, muka surat 4)
Penyelidikan adalah aktiviti penyelesaian masalah yang membawa
kepada pengetahuan dan penemuan baru dengan mengunakan
kaedah mengenalpasti dan persoalan yang sedang digunapakai oleh
sarjana-sarjana di dalam bidang tersebut.
(Helmstadter, 1970, mukasurat 5)

Penyelidikan adalah suatu penyiasatan atau ujikaji yang bertujuan


menemukan dan mengintrepretasikan fakta-fakta, mengulang semula
teori yang diterima didalam penemuan baru atau amalan penggunaan
teori atau undang undang dan peraturan baru atau yang digunapakai
semula.
(Woolf, 1975 mukasurat 984)
Penyelidikan adalah persoalan berhati-hati atau pengujian bertujuan
mendapatkan atau menemukan maklumat atau perhubungan dan
mengembangkan dan mengesahkan pengetahuan tersedia
(Rummel dan Ballaine – Research and Methodology in Business)

Penyelidikan Saintifik adalah kaedah penyelidikan bersistematik dan


diperhalusi dengan mengunakan peralatan dan prosedur tertentu bagi
mendapatkan penyelesaian bermakna bagi sesuatu masaalah dari
pengunaan kaedah yang tidak membawa makna
(Rummel dan Ballaine –Research and Methodology in Business)
• Membina semula perkara yang lepas secara sistematik dengan
SEJARAH mengumpul, menilai, mengesah dan sintesiskan fakta bagi
(HISTORICAL) menemukan rumusan yang dipertahankan

PETIKAN
• Menerangkan populasi atau kehendak minat secara
(DESCRIPTIVE) sistematik dan tepat.

• Membentuk kaedah baru dan jalan menyelesaikan


KAJIAN masaalah dengan aplikasi terus dengan kehendak
TINDAKAN keadaan sebenar
JENIS-JENIS
PENYELIDIKAN • Mengkaji sesuatu masalah, fenomena atau hal baru dalam
KAJIAN
TINJAUAN aturan bertujuan mengetahui, menganalisa atau memperakui
masalah, fenomena atau hal yang dikaji.
KAJIAN
HUBUNGAN • Kajian ini bermaksud sesuatu perkara atau hal adalah factor
(CASUAL penyebab atau penentu kepada hasilan perkara atau hal
RELATIONSHIP)
yang dikaji.
KAJIAN
EKSPERIMEN • Kajian ini adalah untuk membuktikan atau memastikan sesuatu
keputusan melalui ujian yang dijalankan mengikut sesuatu
prosedur atau kaedah sebelum sesuatu rumusan di nyatakan
ABSTRAK
• Abstrak ialah satu pernyataan ringkas tentang kandungan kajian.
• Tidak melebihi 200 perkataan.

1 Tujuan atau tumpuan kajian


2 Mengapa kajian dijalankan
KANDUNGAN
ABSTRAK 3 Bahan & kaedah (bagaimana kajian dijalankan )

4 Jangkaan hasil penemuan (utama)


5 Kesimpulan rumusan penting dan utama
• Dalam penulisan abstrak ini, beberapa perkara perlu dielakkan,
iaitu:
– Merujuk jadual atau rajah.
– Menggunakan kependekan/ singkatan atau akronim kecuali
kependekan/ singkatan itu seragam atau diberi penerangan.
– Memasukkan atau mengutip rujukan lengkap.
– Menyatakan sebarang maklumat atau kesimpulan yang tidak terkandung
atau tidak dijelaskan dalam manuskrip.
– Membuat pernyataan tentang penemuan yang terlalu umum.
CONTOH ..

Pengenalan dan
masalah kajian

Tujuan kajian

Bahan /
Kaedah Kajian

Jangkaan Hasil
Kajian &
Kesimpulan
KANDUNGAN KERTAS CADANGAN PROJEK

• Tajuk Projek • Pengenalan • Pengenalan


PENGENALAN

KAJIAN LITERATUR

METODOLOGI KAJIAN
• Pendahuluan Bab Bab
• Pernyataan • Konsep / • Pelan
Masalah Teori Perancangan
• Objektif • Kajian Projek
Kajian terdahulu • Kesimpulan
• Skop Kajian
• Kepentingan
Kajian
BAB 1
TAJUK PROJEK
• Penjelasan bagaimana
TEORI satu fenomena berlaku
• Penentuan pembolehubah
dan hipotesis kajian

PENENTUAN
PENYELIDIKAN PEMILIHAN KEHIDUPAN
LALU HARIAN
TAJUK

• Idea dari masalah yang


• Isu yang memerlukan timbul dari isu semasa dan
penyelesaian ISU-ISU pengamatan
• Untuk bantu membuat PRAKTIKAL:
keputusan dan tindakan
• Penentuan tajuk kajian berdasarkan Konsep 5W1H

What • Apa yang hendak dihasilkan / tujuan


kajian
When • Bila hendak lakukan
Why • Kenapa perlu dikaji
Where • Dimana kajian hendak dijalankan

Who • Siapa yang terlibat dalam masalah


tersebut

How • Bagaimana kajian hendak dicapai /


bahan / prosedur
Contoh :

Tajuk “Easy Paint Tools”

What Penghasilan peralatan mengecat bangunan


When Sepanjang kerja mengecat bangunan dijalankan
Why Peralatan sedia ada tidak efektif dan mengambil masa yang
lama dalam kerja mengecat
Where Kawasan pembinaan
Who Pekerja di lapangan
How Merekabentuk dan menghasilkan peralatan mengecat
serbaguna dan mesra pengguna
PERNYATAAN MASALAH

• Dalam perlaksanaan kajian memerlukan masalah. Permasalahan kajian sinonim


dengan persoalan. Ia amat penting kerana melibatkan apa yang kita hendak kaji
dan masalah yang perlu diselesaikan dalam kajian. Penetapan masalah bergantung
kepada:
1. Masalah dilapangan daripada mereka yang pakar melalui temubual dan pemerhatian.
2. Pembacaan literatur bidang yang khusus
3. Perkaitan antara senario sekarang dengan kajian yang hendak dijalankan.
4. Kelebihan dan kepentingan kajian terhadap masalah. Iaitu apa yang diperolehi daripada
penyelidikan dan mestilah ‘sesuatu’ yang boleh menghasilkan kejayaan.
CONTOH..
OBJEKTIF KAJIAN

• Merupakan tujuan yang ingin dicapai oleh penyelidik melalui aktiviti penyelidikan
yang akan dilaksanakan.
• Setiap objektif yang disasarkan hendaklah BOLEH DIUKUR dengan alat kajian
yang sesuai (Robinson & Lai,2006)
• Kesemua objektif dirangka berdasarkan :
• Kemampuan (masa & kos) yang boleh dicapai
• Bersifat realistic
• Permaslahan kajian
• Tiada standard khusus tentang jumlah objektif yang perlu dirancang
• Penentuan sama ada penyelidikan berjaya, separuh jaya atau gagal diukur
berdasarkan PENCAPAIAN OBJEKTIF
2 jenis objektif iaitu umum dan khusus.

1. Objektif Umum
• Merupakan objektif yang menyeluruh sifatnya.
• Contoh : Meningkatkan kemahiran membancuh simen menggunakan ‘power point’ di
dalam kelas.

2. Objektif Khusus
• Bersifat lebih terperinci dan tegas. Disamping itu, perlu mempunyai pertalian langsung
dengan kajian yang dilaksanakan.
• Contoh :
1. Menentukan kefahaman pelajar dalam kemahiran membancuh simen
menggunakan secara lisan di dalam kelas
2. Menentukan kefahaman pelajar dalam kemahiran membancuh simen
menggunakan ‘power point” di dalam kelas
3. Membandingkan kefahaman pelajar dalam kemahiran membancuh simen
mengunaakan secara lisan dan ‘power point’ di dalam kelas
ADAKAH INI OBJEKTIF KAJIAN ??..

Tajuk : ‘Easy Painter Tools’


Objektif :
1. Untuk memudahkan kerja semasa mengecat bangunan
2. Kerja mengecat bagi tempat yang tinggi senang dilakukan
3. Untuk menjimatkan ruang penyimpanan alat pengecat bangunan
CONTOH OBJEKTIF YANG BETUL..

Tajuk : ‘Easy Painter Tools’


Objektif :
1. Mengenalpasti keperluan penggunaan ‘easy painter tools’ dalam kerja
mengecat dinding bangunan.
2. Merekabentuk ‘easy painter tools’ yang bersifat mesra pengguna
3. Mengenalpasti keberkesanan penggunaan ‘easy panter tools’ dalam kerja
mengecat dinding bangunan.
SKOP KAJIAN

Batas kajian kepada skop Tujuan batasan

• Masa tertentu • Kajian terfokus


• Tempat tertentu • Memudahkan penyelidik
• Subjek tertentu dan penyelia meneliti
• Tidak menimbulkan
persoalan kepada
penyelia/pembaca
CONTOH..
Tajuk Projek:
• Penggunaan Sisa Besi Pada Peratusan Yang Tinggi Bagi Menggantikan
Aggregate Dalam Bancuhan Konkrit

• Skop Kajian :
• Sisa besi yang digunakan akan menggantikan aggregat kasar. Peratus penggunaan sisa
besi dalam bancuhan konkrit ialah 0%, 40%, 60%, 80% dan 100%. Nisbah bancuhan
bahan yang digunakan ialah 1:1:2 dengan nisbah air 0.45% berdasarkan konkrit gred
C30 mengikut Piawai JKR (2005). Sebanyak 3 sampel kajian akan dilakukan terhadap
ujian mampatan konkrit dan ujian penyerapan air. Kesemua ujikaji ini akan dilaksanakan
di Makmal Konkrit Politeknik Sultan Azlan Shah.
KEPENTINGAN KAJIAN

• Menjelaskan kepentingan dan sumbangan kajian yang akan dilaksanakan


terhadap bidang yang dikaji seperti dapat memantapkan penjelasan
tentang sesuatu hukum, memperkemaskan sesuatu kaedah, membetulkan
sesuatu fahaman atau seumpamanya.
• Juga kepentingan dan sumbangannya dalam menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh masyarakat dan negara
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
Kajian literatur adalah kajian terhadap kajian-kajian terdahulu yang dapat kita temui dalam
buku-buku akademik dan artikel-artikel jurnal berkaitan dengan kajian yang sedang
dijalankan.

Kepentingan :
Menentukan hipotesis (jangkaan) terhadap sesuatu kajian atau dalam proses membantah atau menyangkal
sesuatu teori yang sedia ada. Maklumat-maklumat yang diperolehi melalui proses kajian literatur akan
membantu kita menentukan hipotesis kajian.
Membantu menjelaskan latar belakang masalah yang dikaji
Menentukan kaedah dan teknik dalam metodologi kajian
Membantu dari melakukan kesilapan oleh penyelidik yang lalu.
Membantu meningkatkan motivasi diri dan keyakinan penyelidik terhadap kajian yang dilaksanakan.
SUMBER RUJUKAN..
STRATEGI MEMBUAT SOROTAN LITERATUR

1. Kenalpasti secara tepat apakah maklumat yang diperlukan


2. Kenalpasti kata kunci atau nama sarjana tertentu
3. Sumber untuk mendapatkan maklumat dan pangkalan data
4. Mulakan bahan terkini
STRATEGI MEMBUAT SOROTAN LITERATUR
(SAMB.)
5. Keperluan asas: buku atau bahan yang sesuai untuk merekodkan
literatur yang diperolehi
6. Membuat salinan bahan-bahan relevan yang ditemui
7. Ketelitian dalam menyorot dan membuat catatan
8. Beritahu orang lain apa kajian yang sedang dibuat.
KAEDAH PENULISAN LITERATUR
• Berdasarkan sumber yang sahih saja..
• Tahun penerbitan diletakkan dalam kurungan selepas nama penulis bagi tujuan
rujukan dalam ayat. Sebagai contoh:
Menurut Mashaan, N.S (2011), dengan peningkatan kandungan ‘crum rubber’
dalam campuran bahan pengikat bitumen campuran getah dalam turapan lentur
akan mengubah sifat fizikal dan rheologikal.

• Jika rujukan tidak ditulis dalam ayat, maka nama penulis dan tahun terbitan
perlu ditulis dalam kurungan. Sebagai contoh:
Ciri elastik bitumen adalah berkadar langsung dengan peningkatan jumlah ‘crum
rubber’ dalam bahan pengikat (Mashaan, N.S, 2011).
• Sekiranya sumber rujukan dihasilkan oleh dua penulis, tuliskan kedua-dua
nama penulis. Sebagai contoh:
Peningkatan kandungan crum rubber ke dalam bitumen sebagai bahan tambah
akan meningkatkan ciri elastik bitumen (Mashaan, N.S & Ali, A.S, 2011).

• Sekiranya terdapat tiga orang penulis, catatkan ketiga-tiga nama pada kali
pertama rujukan di sebut di dalam teks. Untuk sebutan kedua dan seterusnya,
tuliskan nama pertama penulis dan diikuti dengan “et al.”. Sebagai contoh:
Kajian Mashaan, N.S, Ali, A.S & Abdelaziz, M (2011) mendapati bahawa
penambahan crum rubber ke dalam bitumen sebagai bahan tambah akan
meningkatkan ciri elastik dan menurunkan sifat keterikan bitumen. Bahan
pengikat bitumen campuran getah sangat sesuai dipraktikkan pada kawasan
yang mempunyai risiko untuk berlaku kecacatan jenis alur (rutting)(Mashaan et
al.,2011).
• Petikan terus yang melibatkan kurang dari 40 perkataan ditulis
terus di dalam ayat teks. Misalnya:

Miller (1999) menyatakan bahawa “the placebo effect which had


been verified in previous studies, disappeared when behavior
were studied in this manner” (p.276)
• Manakala petikan yang melibatkan lebih 40 perkataan dibuat
dalam blok (perenggan). Misalnya:

Persepsi merupakan tanggapan yang berbeza bagi setiap individiu.


Ini sesuai dengan pandangan Abdullah Jus (2005) yang
menyatakan bahawa:
“Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah,
seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap
manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan
berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita. Oleh
itu, orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang
yang tidak dianggap merdeka.” (p.22)
• Jika memetik kata-kata yang dipetik oleh orang lain, sumber rujukan
di dalam kes ini ialah orang yang memetik tadi.
Misalnya penyelidik memetik daripada tulisan Rahim. Beliau
menyatakan … Ahmad (1995) mendapati kerabunan seseorang itu
berkait dengan pemakanan tempe. Jika penyelidik merujuk tulisan
Ahmad, maka sumber rujukan penyelidik tadi adalah Ahmad (1995).
Tetapi dalam kes ini penyelidik tidak membaca tulisan Ahmad,
sebaliknya membaca tulisan Rahim; (iaitu Rahim merujuk tulisan
Ahmad), maka sumber rujukan penyelidik ini adalah Rahim. Dalam
hal ini, cara menulis petikan adalah seperti contoh berikut:

Ahmad (dipetik dari Rahim, 1999) mendapati kerabunan


seseorang itu berkait dengan pemakanan tempe.
• Menyusun maklumat yang dirujuk.
Tulisan yang baik ialah tulisan yang berstruktur dan tersusun. Apabila
idea yang dipetik dari beberapa sumber itu didapati sama atau
selari, penulis hanya perlu menyebut nama-nama mereka yang
berkenaan sahaja tanpa mengulangi menyebut idea mereka yang
sama itu. Contohnya:

Fenomena kekuatiran komunikasi telah didapati adalah antara


penyebab kepada pelajar kurang aktif berinteraksi dengan
pensyarah (McCroskey, 1990; Richmond, 1997; Zamri, 1999).
• Jika idea yang dipetik berbeza atau bercanggah, nyatakan nama
mereka yang dirujuk berserta idea masing-masing. Misalnya:

Definisi komunikasi interpersonal yang dikemukakan oleh Miller


(1989) berbeza dengan definisi yang dikemukakan oleh Adler
(1995). Definisi Miller lebih menekankan aspek psikologi. Menurut
Miller, tidak semua komunikasi antara individu itu dikatakan
komunikasi interpersonal. Sebaliknya definisi Adler tidak berunsur
psikologi. Sebarang interaksi yang melibatkan dua orang sama ada
bersemuka atau tidak boleh disifatkan komunikasi interpersonal.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
• kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan
tatacara yang efektif bagi menjawab permasalah kajian.
• kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat
menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu rumusan.
• menerangkan cara cara sesuatu masalah disiasat dan sebab sesuatu kaedah dan
teknik tertentu digunakan.
• Tujuan ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas lagi tentang
pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.
PENGUMPULAN DATA ..

DATA merupakan data atau keterangan yang


PRIMER diperolehi oleh pengkaji secara
langsung dari sumber asal.

DATA merupakan keterangan yang diperolehi


SEKUNDER dari pihak kedua, contohnya seperti
buku, laporan, bulletin, dan majalah
KAEDAH PENGUMPULAN DATA ..
KAJIAN TINJAUAN
• Kumpul maklumat jelaskan ciri-ciri pelbagai data (pandangan dan sikap)
• keadaan sebenar yang berkaitan dengan komuniti

KAJIAN REKABENTUK EKSPERIMEN


• membuktikan sesuatu keputusan melalui ujian yang dijalankan mengikut
prosedur sebelum rumusan di nyatakan.

KAJIAN KES
REKABENTUK KAJIAN

• Merupakan pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci


bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan (Sabitha, 2006).
• Berfungsi sebagai panduan dalam membantu penyelidik dalam proses
memungut, menganalisis dan membuat pentafsiran hasil daripada
penyelidikan yang dijalankan.
• Reka bentuk penyelidikan juga menjadi model bagi membolehkan penyelidik
membuat inferens berkenaan pemboleh ubah yang dikaji.
CONTOH …
REKABENTUK PRODUK
CARTA ALIR KAJIAN..

Contoh ….
TEMUBUAL..
Perbualan di antara pengkaji dengan responden melalui beberapa soalan
untuk mendapatkan jawapan pada kajian yang sedang dilaksanakan.

Temubual bersemuka
 Perlu beritahu responden :
KATEGORI :

 Tujuan temu bual


Temubual Tidak
Bersemuka  Latar belakang kajian

 Bagaimana pemilihan
Temubual Bantuan dibuat
Komputer
SOAL SELIDIK..
• instrumen untuk mengutip data serta diedarkan sekali sahaja bagi setiap
responden yang ingin dikaji.
• Pembinaan item soal selidik hendaklah sejajar dengan tajuk kajian, masalah
kajian, objektif kajian dan persoalan kajian.
• Pengkaji boleh mendapatkan kebenaran untuk menggunakan set soal selidik
yang pernah digunakan oleh pengkaji lain, mengubah suai instrumen
berkenaan, atau membina sendiri item soal selidik itu.
• Jumlah item dalam set soal selidik mestilah tidak membebankan responden
untuk memberi jawapan, serta tidak membebankan pengkaji untuk
menganilisis data.
Soal selidik kertas pensil
KATEGORI

Soal selidik berasaskan WEB


PANDUAN MEMBINA SOAL SELIDIK
(QUESTIONNAIRE)
• Relevan dengan tujuan penyelidikan
• Jelas dan tidak mengelirukan
• Soalan mudah dijawab
• Soalan yang dikemukakan dapat mengumpul maklumat dengan setepat
mungkin
• Jawapan yang boleh diproses : soalan kualitatif seperti sikap harus diberi
skala kuantitatif
JENIS SOAL SELIDIK

• SOALAN TERTUTUP
Responden membuat pilihan terhadap jawapan yang paling sesuai
yang diberikan

Jenis - (Likert,Dichotomous,Rank order,Demografi)


Contoh : skala likert : 1 – sangat tidak setuju
2 – tidak setuju
3 – tidak pasti
4 - setuju
5 - sangat setuju
Dichotomous

Likert

Demografi
SOALAN TERBUKA
• Memberi kebebasan responden mengemukan pendapat dan memberi huraian
lanjut kepada isu yang dikaji
PENENTUAN SAMPEL KAJIAN

• Populasi – bilangan keseluruhan / sekumpulan besar individu


yang hendak dikaji
• Sampel – kumpulan sebahagian sebahagian daripada populasi
yang hendak dikaji (i.e. 30%)
• Jenis sampel diambil – i.e. rawak (mudah atau sistematik),
berkelompok, bertujuan
PENENTUAN SAIZ SAMPEL (KREJCIE & MORGAN 1970)
CARTA GANTT KAJIAN..
CONTOH..
KESIMPULAN & CADANGAN

• Merumuskan hasil penemuan projek, analisis pencapaian projek dan mencadangkan kajian
lanjutan untuk masa akan datang.
• Kesimpulan data-data yang telah diperolehi dan meninjau sejauh mana kebernasan maklumat
tersebut bersesuian dengan objektif serta masalah projek.
• Perbincangan dan penilaian tentang metodologi dan implementasi kajian yang telah digunakan
dalam projek.
• Mencadangkan sebarang perubahan dan penambahbaikan pendekatan yang berkenaan dengan
topik kajian.
• Membincangkan ilmu dan sumbangan kepada institusi ataupun diri sendiri sepanjang kajian
dijalankan.
RUJUKAN
• APA STYLE (AMERICAN PSYCHOLOGICAL ASSOCIATION)
CONTOH..
TERIMA KASIH…

Anda mungkin juga menyukai