Anda di halaman 1dari 41

INSTITUT PENDIDIKAN

GURU MALAYSIA
KAMPUS
IP IPOH

TINGKAHLAKU
1. DEFINISI
2. KONSEP

MOHD ANUAR BIN ABDULLAH


DEFINISI TINGKAH
LAKU
• Semua tindakan fizikal dan mental yang
dilakukan oleh manusia yang merangkumi tingkah
laku sama ada baik @ buruk,betul @
salah,berguna @ tidak dan produktif @
membazir.
• Menurut Raymond G.Miltenberger (2001),
tingkah laku adalah sesuatu yang dilakukan, cara
untuk bertindak dan bagaimana tindakbalas
seseorang terhadap persekitaran.
• Definisi Masalah Tingkah Laku
• Perlakuan yang dimanifestasikan secara
konsisten dalam satu jangka masa lama
yang memberi kesan buruk kepada
pembelajaran murid dan menghalang
mereka terlibat secara aktif di dalam atau
di luar bilik darjah.
• Menghalang berfungsi secara efektif
• Jenis-jenis Masalah Tingkah Laku
• Terbahagi 3 iaitu minor, major dan kronik
Terdapat enam ciri tingkah laku iaitu:
 tingkah laku adalah perbuatan dan pengucapan
manusia
 tingkah laku mempunyai satu atau lebih dimensi
yang boleh diukur
 tingkah laku boleh diperhatikan, digambarkan dan
dirakamkan
 tingkah laku mempunyai kesan terhadap
persekitaran
 tingkah laku adalah menurut undang-undang/
hukum
 tingkah laku berkemungkinan dalam bentuk nyata
atau tersembunyi
Definisi Menurut Lewis
M.Beaker(2001)
 Tingkah laku adalah apa yang kamu
lakukan,cara kamu beraksi dan
tindakbalas terhadap persekitaran.
 Kebanyakan tingkahlaku dipelajari
tetapi tingkahlaku yang berubah
dengan sendiri bukan dipelajari.
 Tingkahlaku dipengaruhi oleh faktor
genetik dan persekitaran.
Definisi Menurut Garry Martin &
Joseph Pear(2003):
• tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi,
prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan
reaksi.
• dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan
otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti
elektrik oleh setiap organ.
• pada dasarnya t/laku adalah apa sahaja yang
diperkatakan atau dilakukan oleh individu.
Definisi oleh Carl Rogers (1999):

• Rogers menekankan bahawa


seseorang individu bertingkah laku
mengikut persepsi diri sendiri dan
keadaan.
• Sekiranya individu itu mempunyai
konsep kendiri yang positif maka dia
berupaya berinteraksi dan bertindak
dengan lebih yakin.
Definisi Menurut Al-Ghazali
dari perspektif Islam:
 Tingkah laku manusia mempunyai
tujuan agama dan kemanusiaan.
 Tingkah laku manusia mempunyai ciri-
ciri:
1. Setiap tingkah laku manusia adalah
berasaskan dorongan serta tujuan.
2. Dorongan atau motivasi itu berasal
dari dalam diri manusia itu sendiri.
3. Motivasi ini boleh di rangsang oleh
rangsangan-ransangan luar atau dalaman
yang berkaitan dengan keperluan-
keperluan fisiologi atau emosi seperti
perasaan lapar atau cinta dan takut
kepada Allah.
4. Motivasi akan mendorong seseorang
individu melakukan sesuatu.
5. Tingkah laku yang timbul adalah
berkaitan dengan perasaan dan kesedaran
terhadap satu-satu situasi itu.
6. Interaksi sentiasa berlaku secara terus
menerus antara satu motivasi dn tingkah
laku.
 Tingkah laku manusia terbahagi
kepada dua peringkat;

1. Manusia dipengaruhi oleh motivasi


dan kegopohan serta kelakuannya.

2. Manusia lebih dipengaruhi oleh


pemikiran yang rasional.
Definisi Tingkah laku bermasalah
• Tingkah laku yang tidak normal dan
terkeluar dari nilai dan norma sosial
masyarakat termasuk sekolah (Mok Soon
Sang, 2004)
• Konsepnya bertentangan dengan tingkah
laku normal yang lazimnya dipersepsi,
dirasai, dilakukan dan dialami oleh
kebanyakan orang dalam masyarakat.
• Tingkah laku bermasalah yang timbul
adalah kerana kekurangan keupayaan
individu dalam proses adaptasi/akomodasi
apabila menghadapi perubahan situasi
dalam alam persekitaran.
Definisi Tingkah laku bermasalah
• Mohd.Nazar Mohamad (1990),
mentakrifkan tingkah laku
bermasalah sebagai tingkah laku yang
menganggu perjalanan kehidupannya.
• Dalam konteks pendidikan, tingkah
laku bermasalah merujuk kepada
sebarang tingkah laku pelajar yang
boleh menjejaskan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran
terutama dalam bilik darjah.
Tingkah laku bermasalah
• Tingkah laku bermasalah boleh
berbentuk positif atau negatif (Mok
Soon Sang, 2004)
• Tingkah laku bermasalah positif ialah
tingkah laku ingin tahu, cepat belajar,
pintar cerdas dan proatif.
• Tingkah laku bermasalah negatif ialah
tingkah laku distruktif, disruptifdan
bergantung,hiperaktif,bimbang, murung,
pengunduran diri dan pengasingan diri.
Jenis-jenis Masalah Tingkah laku
• 1. Minor-tidak perlu tindakan disiplin
serius, pemulihan.
• 2. Kronik-perlu kaunseling/teknik
modifikasi
Masalah Minor
• Tidak ikut peraturan, prosedur.
• Ganggu aktiviti bilik darjah,
pembelajaran
• Contoh,
• Lupa siapkan kerja rumah
• Ganggu guru
• Buat aktiviti yang tiada kaitan dengan
pelajaran semasa p&p
• Enggan patuhi arahan guru
Masalah Major

• Masalah minor yang kerap


• Contoh, ganggu kelas, tidak patuhi arahan,
ganggu murid lain, cabar guru
Masalah Kronik
• Masalah serius berterusan, konsisten dan
sukar diubah
• Perlu intervensi jangka panjang
• Perlu kaunseling atau modifikasi tingkah
laku
• Jika tidak dibetulkan menjadi masalah
emosi dan sosial yang serius
• Contoh, anti sosial, cabar autoriti,tidak
hormat guru, murid lain, bergaduh,
vandalisme dll.
Kaedah Kenal pasti tingkah laku
bermasalah
• 2 pendekatan
• Berasaskan ujian (test-based), bukan ujian
(non-test method)
• test-based
• Ujian psikologikal-kenal pasti tingkah laku
tertentu, gangguan emosi
• Ujian diagnostik-pandangan terperinci,
kenal pasti punca
• Rawatan, teknik kaunseling, pakar psikologi
kanak-kanak
non-test method
• 1. Pemerhatian-senarai semak, buat pemerhatian
dan sistematik merekod semasa pengajaran, buat
catatan, rakaman video
• 2. Temuduga-ibu bapa, murid, guru lain dapat
pandangan mendalam berdasarkan tindak balas
murid.
• 3. Penyelidikan-
• kajian kes (intensif) perolehi sumber laporan guru,
ibu bapa, maklumat pemerhatian langsung,
temuduga
• Kajian dokumen- laporan ujian, tingkah laku,
kesihatan
• Kajian rentasan (Cross-sectional)
• Kaji sekumpulan dari kumpulan besar untuk
kenal pasti norma tingkah laku dalam
kumpulan( norma kumpulan umur atau tidak)
• Kajian menegak (longitudinal)
• Ikuti perkembangan sampel kajian selama
beberapa tahun
• Kaji cara perubahan dan keberkesanan
program intervensi
KONSEP PENGURUSAN
Tingkah Laku
o Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan
sebagai satu rancangan untuk
memodifikasikan tingkah laku bermasalah
ke satu matlamat yang telah ditetapkan
dengan teknik yang sesuai.(Dr. Ragbir Kaur
a/p Joginder Singh (2005).
o Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem
pengurusan tingkah laku-kawal kelas,
pembelajaran yang sihat dan produktif
Pengurusan Tingkah laku
• Membimbing tingkah laku positif dan
menghentikan tingkah laku negatif-
bebas gangguan
• Langkah asas:-
• Kenal pasti tingkah laku
• Tentukan sasaran
• Pilih strategi, kaji kesan
• Aplikasi strategi baru jika perlu, bina
yang baru
Teknik Pengurusan Tingkah Laku
• 1. Alat pengukuran personal (personal tools)
• Kedekatan fizikal (physical proximity) dekati
murid yang bermasalah.
• Mobiliti fizikal (physical mobility)-jalan depan ke
belakang, ke tepi atau keliling kelas, buat
pengawasan.
• Pandangan guru (ekspresi wajah), menyenangkan,
menarik, marah, benci, kecewa.
• Setiap guru mesti mahir menggunakan teknik ini
Teknik Pengurusan Tingkah Laku
• 2. Teknik pencegahan (preventive
techniques)
• Kurangkan ketegangan, pengajaran lancar
• Iklim positif
• Peramah, peneguhan, berhati-hati
• Persekitaran terurus
• Patuhi rutin bilik darjah, sistem kutip buku
• Bentuk peraturan, perlakuan yang diterima
dan tidak diterima
Teknik Pengurusan Tingkah Laku
• 3. Tindakan Pembetulan (corrective measures)
• Tangani masalah secara spontan, henti secara baik
tidak merosakkan
• Ubah fokus tingkah laku secara positif, henti
tingkah laku negatif dan harmonikan iklim bilik
darjah
• Caranya:-
• Guna hukuman yang diketahui murid dan relevan
• Tukar tempat duduk, jumpa selepas pengajaran
• Bimbing perlakuan yang positif
• Jelaskan hak mereka, ingatkan mereka selalu
• Gunakan alat pengukuran personal-wajah dll.
KONSEP PENGURUSAN TINGKAH
LAKU
Satu daripada tugas guru di
sekolah pada hari ini terutamanya
bagi guru yang berhadapan dengan
pelajar yang berkeperluan khas
dengan pelbagai bentuk yang
mencabar dan perlu diperbetulkan
untuk memenuhi persekitaran
pembelajaran. (Bradley, King-sears
dan Teassier-Switlick (1997)
Model Behaviour
Modification
• ‘Behaviour modification’ merujuk kepada
langkah-langkah yang sistematik
berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk
mengubah tingkah laku yang negatif kepada
yang positif.
• Menurut Raymond G.Milterberger (2001),
‘behaviour modification’ adalah prosedur
yang digunakan oleh ahli profesional dan
separa profesional untuk menolong individu
mengubah tingkah laku sosial yang penting
Model Behaviour
Modification
Raymond G.Milterberger (2001),
 Terdapat 8 ciri ‘behaviour modification’:
1. Tumpuan terhadap tingkah laku
2. Asas kepada prinsip tingkah laku
3. Penekanan kepada isu persekitaran manusia
4. Gambaran yang jelas tentang prosedur
5. Penerapan dalam kehidupan manusia sehari-hari
6. Ukuran kepada perubahan tingkah laku manusia
7. Penekanan kepada sejarah silam sebagai punca
terjadinya tingkah laku
8. Andaian penolakan menjadi asas punca tingkahlaku.
TOKOH-TOKOH
Ivan P.Pavlov (1849-1936)
 Memperkenalkan teori pembelajaran
behaviorisme.
 Pemerhatian beliau pada seekor anjing
dan kaitannya dengan pemakanan berjaya
menarik perhatian golongan pendidik
(Shahabudin Hashim & Dr Rohizani
Yaakub, 2003)
Edward L.Thorndike (1874-1949)
 Memperkenalkan teori pelaziman operan bermaksud
tindak balas yang berlaku dalam alam sekitar.
 Berdasarkan kajian & pemerhatian yang dilakukan,
beliau telah mengutarakan Hukum Kesan.
 Menurut Shahabudin Hashim & Dr Rohizani Yaakub,
2003,maksud hukum kesan ialah apabila sesuatu
t/laku diikuti dengan ganjaran,t/laku akan berulang
lagi.
 Teori ini merupakan asas kepada pelaziman operan
dan merupakan petanda penemuan penting dalam
memahami pembelajaran.
John B. Watson (1878-1949)
• Mempelopori pendekatan
behaviorisme pada tahun 1913.
• T/laku ialah 1 siri gerak balas yang
dipelajari dengan wujudnya
ransangan.
• Dikenali sebagai psikologi ransangan-
gerak balas @ Psikologi R-G.
B.F Skinner (1904-1990)
 Beliau juga terkenal dalam teori pelaziman.
 Beliau menggunakan tikus dalam kajiannya melalui
penggunaan Kotak Skinner.
 Terdapat 2 peneguhan iaitu
 Peneguhan positif pula merujuk pada ransangan yang
diberi kepada tikus setelah melakukan t/laku yang
diingini dapat meningkatkan penggulangan t/laku yang
diingini.
 Peneguhan negatif iaitu menghapuskan keadaan yang
menyakitkan dapat meningkatkan kebarangkalian
berlakunya t/laku yang diingini.
TOKOH-TOKOH

1. Ivan P.Pavlov
(1849-1936)
2. Edward
L.Thorndike
1 2
(1874-1949)
3. John B. Watson
(1878-1949)
4. B.F Skinner
3 4 (1904-1990)
Model Behaviour
Modification
• Terdapat 3 elemen penting dalam model ini
iaitu:
1. Ransangan – adalah sebarang bentuk keadaan
persekitaran/objek yang boleh menyebabkan
tindak balas perlakuan berlaku
2. Tindak balas – adalah perlakuan yang terhasil
daripada kewujudan ransangan tertentu
3. Kesan-akibat – adalah kejadian yang terjadi ke
atas seseorang selepas tindak balas berlaku.
Pelaksanaan Model
Behaviour Modification
1. Mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu
diubah
2. Menetapkan matlamat
3. Menentukan strategi bertindak
4. Merancang prosedur bertindak
5. Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak
6. Menilai keberkesanan dan mengubahsuai
rancangan jika perlu
7. Memastikan pencapaian matlamat yang telah
ditetapkan
SOALAN-SOALAN
1. Apakah definisi asas tingkah laku manusia yang
kamu faham?
2. Cuba berikan persamaan dan perbezaan diantara
definisi mengikut tokoh barat dan Islam?
3. Nyatakan sebab-sebab wujudnya tingkah laku
bermasalah dalam kelas?
4. Bagimanakah cara untuk mengelakkan wujudnya
masalah tersebut?
5. “Kita tidak boleh mengubah manusia tetapi boleh
mencipta suasana yang meransang manusia untuk
berubah”
1. Apakah definisi asas tingkah laku manusia
yang kamu faham?
• tingkah laku adalah sesuatu yang dilakukan, cara untuk
bertindak dan bagaimana tindakbalas seseorang terhadap
persekitaran.
• pada dasarnya t/laku adalah apa sahaja yang diperkatakan
atau dilakukan oleh individu.
• Rogers menekankan bahawa seseorang individu bertingkah
laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan.
• Tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan
kemanusiaan.
• Tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan
norma sosial masyarakat termasuk di sekolah tergolong
dalam kategori t/laku bermasalah.
2.Cuba berikan persamaan dan
perbezaan diantara definisi
mengikut tokoh barat dan Islam?
• PERSAMAAN • PERBEZAAN
• T/laku yang timbul • Islam~kegiatan manusia
menyatukan ibadat murni
adalah berkaitan dan kegiatan keduniaan.
dengan perbezaan • Barat~Lebih kepada
individu,kesedaran & keduniaan.
kepekaan terhadap • Islam~t/laku berasaskan
sesuatu situasi. keagamaan utk kebaikan
dunia dan akhirat.
• Keduanya menekannya • Barat~bersiat dunia
dorongan dan motivasi semata yang diterapkan
dalam t/laku. melalui peneguhan positif
@ negatif.
3. Nyatakan sebab-sebab wujudnya tingkah
laku bermasalah dalam kelas?

 Objektif pelajaran yang tidak jelas.


 Konsep kendiri murid yang negatif.
 Guru yang tidak merancang pengajarannya dan
mengambil sikap sambil lewa.
 Disiplin yang longgar.
 Pengaruh rakan sebaya.
 Kumpulan/klik yang menyebabkan masalah dalam
kelas.
 Motivasi dan dorongan yang kurang daripada ibu
bapa,rakan dan guru sendiri.
4.Bagimanakah cara untuk mengelakkan
wujudnya t/laku bermasalah itu?
• Wujudkan persekitaran kondusif kepada pembelajaran.
• Memahami dan mengambil kira perbezaan individu dan
masalah yang dihadapi menyenangkan individu untuk
berurusan terutama antara guru dan muridnya. .
• Melalui dorongan dan sokongan daripada semua pihak.
• Organisasi dan struktur belajar yang sistematik dapat
mengatasi masalah disiplin..
• Strategi pengajaran yang teratur akan menjamin
keberkesanan pembelajaran.
5.“Kita tidak boleh mengubah manusia tetapi
boleh mencipta suasana yang
meransang manusia untuk berubah”
• Mewujudkan suasana seperti
a. memberi ruang untuk seorang individu menceburkan
diri dalam bidang tertentu.
b. Memberi peluang dan perhatian agar tingkah laku
yang tidak boleh diubah itu difahami lalu senang
untuk mencari jalan untuk kita mengubahnya.
c. melalui situasi yang mengenakan hukuman dan
dendaan t/laku individu boleh kurang atau lemah dan
akhirnya berubah
d. Melalui ganjaran merupakan satu perangsang untuk
manusia itu berubah kerana ia berkaitan dengan
sifat manusia yang sukakan perhatian,hadiah dan
pengiktirafan.

Anda mungkin juga menyukai