Anda di halaman 1dari 6

Kursus Penulisan Akademik JIP 2017

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

21030 KUALA NERUS, TERENGGANU

KERTAS CADANGAN

KURSUS PENULISAN AKADEMIK

TARIKH

10 JULAI 2017

TEMPAT

BILIK MIKRO 1, TELLTraC

ULASAN KETUA
JABATAN

ULASAN UNIT
KEWANGAN

ULASAN
PENGARAH/
TIMBALAN
PENGARAH
Kursus Penulisan Akademik JIP 2017
1.0 Pendahuluan

Penulisan Akademik adalah penulisan yang dijalankan secara ilmiah atau saintifik.Ia mengkaji
secara teratur dan teliti sesuatu persoalan. Ia berbeza dari kaedah-kaedah lain seperti
penulisan novel yang berasaskan khayalan atau rekaan dan generalisasi daripada
pengalaman. Kaedah saintifik adalah berasaskan kepercayaan bahawa mana-mana
fenomena mempunyai keterangan-keterangan tertentu; iaitu tiap-tiap kesan mempunyai
sebab. Kaedah ini berasaskan idea bahawa kesimpulan hanya boleh diterima bila disokong
oleh bukti. Seorang penulis akademik harus mengumpulkan data secara objektif, tidak berat
sebelah dalam mengumpulkan data yang menyokong kebenaran hipotesis dan tidak
berdasarkan pandangan peribadi. Oleh yang demikian, satu kursus Penulisan Akademik
dianjurkan bagi membantu peserta memahami dan meningkatkan kemahiran Penulisan
Akademik agar suatu pengetahuan biasa dapat menjadi suatu pengetahuan ilmiah.

2.0 Rasional

Penulisan Akademik menjadi kritikal dalam kursus Asas Pendidikan kerana di dalam
tugasan kerja kursus, pelajar dikehendaki menghasilkan penulisan essei. Oleh yang
demikian, pendedahan dan panduan penulisan akademik yang betul perlu di
dedahkan sedari awal bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham dalam format
dan gaya penulisan akademik. Kursus ini juga menjadi titik tolak kepada pelajar
untuk memulakan penulisan akademik yang ilmiah dan bermutu.

3.0 Objektif

Tiga objektif telah ditetapkan melalui penganjuran kursus ini iaitu:


1. Membimbing peserta untuk memahami konsep dan ciri-ciri Penulisan Akademik
yang betul.
2. Memberikan panduan dan pemahaman tentang keperluan dan proses
menghasilkan Penulisan Akademik yang ilmiah
3. Meningkatkan kemahiran peserta untuk menghasilkan Penulisan Akademik
selaras dengan format APA.
Kursus Penulisan Akademik JIP 2017
4.0 Tarikh, Masa dan Tempat

Tarikh :10 Julai 2017

Masa : 7.45 pg 4.30 ptg

Tempat : Bilik Mikro 1, TELLTraC

5.0 Peserta/ Fasilitator

Peserta terdiri daripada 72 orang pelajar PISMP ambilan Jun 2016 seperti keterangan
berikut;

Unit Jumlah
PAI 15 Orang
BM 14 Orang
SEJ 15 Orang
TESL 1 14 Orang
TESL 2 14 Orang

Fasilitator :

1. Dr Hj Ibrahim Bin Taib - Jabatan PIPK

2. Dr. Foziah Binti Mohd - Jabatan PIPK

3. En. Mohd Asri Bin Harun Jabatan PIPK

6.0 Kewangan
Kursus Penulisan Akademik JIP 2017
Peruntukan kewangan IPG KPM sebagaimana yang tercatat di dalam buku
Pengurusan tahun 2017

Bil Keterangan Sumber Jumlah


1 Makan Tengahari OS 29000 RM 45.00
( Fasilitator )
3 Orang x RM 15.00
2 Makan Tengahari OS 42000/
(Peserta) Akaun Amanah RM 720.00
72 Orang x RM 10
Jumlah RM 765.00

7.0 Keperluan Peralatan

Bil Keperluan/ Alatan Unit


1 Sijil Penghargaan 3 Keping
2 Sijil Penyertaan 100 Keping
3 Fail Poket 100 Keping
4 Kertas A4 Putih 2 Rim
5 Pen Marker White Board 4 batang

8.0 Tentatif Kursus

Masa Agenda
0745 - 0800 Pendaftaran dan taklimat peserta
0800 - 0830 Ucapan Aluan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
0830 -1030 Konsep dan Ciri-ciri Penulisan Akademik
Kursus Penulisan Akademik JIP 2017
-Dr Hj Ibrahim Bin Taib
1030 - 1100 Rehat (Minum Pagi)
1100 - 0100 Elemen Bahasa di dalam Penulisan Akademik
-En Mohd Asri Bin Harun
0100 - 0200 Rehat (Makan Tengahari)
0200 - 0400 Format Penulisan APA
-Dr Fouziah Binti Mohd
0400 - 0430 Majlis Penutup

8.0 Senarai Jawatankuasa

(Rujuk Lampiran 1)

9.0 Penutup

Kursus Penulisan Akademik ini penting dan wajar diadakan bagi memastikan budaya
penulisan yang betul dan berkualiti menjadi cabang penambahbaikan dan inovasi
dalam jabatan Ilmu Pendidikan dan IPG KDRI sendiri. Sehubungan itu, kertas
cadangan ini dipanjangkan kepada pihak pengurusan untuk diberi pertimbangan yang
sewajarnya.

Disemak oleh;
Kursus Penulisan Akademik JIP 2017
Disediakan oleh:

(FATHIAH BINTI MOHD YUSOF)


Penyelaras kursus Penulisan Akademik
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Dato Razali Ismail.

Diluluskan oleh;

(HJH ROHANI BINTI ABDUL HAMID)


Pengarah,
IPG Kampus Dato Razali Ismail.

Anda mungkin juga menyukai