Anda di halaman 1dari 19

PENYELIDIKAN

: tujuan menyelesaikan masalah (perlukan intervensi @ tindakan)


: masalah perlu pembuat keputusan kajian saintifik berasaskan data/fakta/bukti
: amalan pendidikan ( kajian tindakan / kajian eskperimen)
: mengesahkan teori atau model atau sesuatu isu fenomena (kajian kes)
: membuat generalisasi populasi melalui sampel ( kajian tinjauan)
PENDEKATAN PENYELIDIKAN
a. Pendekatan Positivis (Kuantitatif)
: data dalam bentuk numerikal
: contoh kajian eskperimen, korelasi, tinjauan
: analisis deskriptif dan inferensi digunakan
: mendapatkan maklumat/data sesuatu isu, ramalan, hubungan, kekuatan antara
pembolehubah
b. Pendekatan Interpretif (Kualitatif)
: data dalam bentuk deskriptif (ayat)
: contoh kajian kes, etnografi, kajian sejarah
: analisis verbal, pemerhatian, naratif, penelitian dokumen
: sampel yang kecil dari tempat yang dikenal pasti
: maklumat lebih banyak dan terperinci
JENIS-JENIS PENYELIDIKAN
a.

Penyelidikan Asas
: kajian permulaan sebelum kajian lanjutan
: tujuan penemuan baru hasil kajian
: peningkatan penambahan ilmu skop kajian
: menguji teori baru atau tambah baik teori lama
: kajian tinjauan

b.

Penyelidikan Gunaan
: guna penyelidikan asas sebelumnya
: tujuan kenal pasti, rancang strategi dan tindakan bagi masalah berkenaan
: impak dan kesan dari intervensi yang digunakan terhadap sesuatu fenomena
: tingkah laku sosial

1.

Penyelidikan Tindakan
: satu bentuk penyelidikan gunaan
: tujuan meningkatkan amalan penyelidik sendiri
: kesan atau hasil sesuatu intervensi
: berbentuk inkuiri REFLEKSI kendiri
: melibatkan inovasi
: to improve not to prove

2.

Penyelidikan Penilaian
: satu bentuk penyelidikan gunaan
: kaji kesan atau hasil sesuatu intervensi
: merancang program, mengurus pelaksanaan dan kesannya
: kajian tinjauan

PENDEKATAN PENYELIDIKAN
: kualitatif, kuantitatif atau gabungan kedua-duanya
a.

KUANTITATIF
: mengunakan DATA NUMERIK sebagai menjelaskan dan memahami sesuatu
perkara atau fenomena atau isu
: analisis statistik ANOVA, T-Test, Manova
: kelemahan tidak dapat menjelaskan sepenuhnya masalah yang dikaji
: TIADA kenapa dan mengapa
: Persoalan kajian dinyatakan dalam bentuk hipotesis
1. Kajian Eskperimen
: menentukan keberkesanan sesuatu rangsangan/rawatan/intervensi ke atas
pemboleh ubah bersandar
: pemboleh ubah tidak bersandar dimanipulasi dan kesan pada bersandar
: ciri-ciri terdapat kumpulan kawalan dan rawatan
: manipulasi kumpulan rawatan dan melihat perbandingan antara duanya
: tiada dalam kajian sains sosial kerana sukar mengawal perubahan dalam
persekitaran
2. Kajian Kuasi-Eskperimen
: diperlukan menggantikan kajian eskperimen sebenar apabila pemilihan responden
tidak dapat dilakukan secara rawak
: dua kumpulan responden tidak seimbang dan tidak mempunyai ciri-ciri yang sama
: dilakukan ke atas individu yang sentiasa terdedah dengan ralat2 luar seperti umur,
latar belakang, pengetahuan sedia ada YANG MAMPU MEMBERI PENGARUH
HASIL ESKPERIMEN
: prosedur persampelan mengunakan
a. persampelan secara kebetulan/kesediaan (accidental/convenience sampl)
memilih mana2 responden kajian yang ditemui atau yg paling rapat
: 3 reka bentuk kajian kuasi-eskperimen
a. ujian pra-pasca kumpulan2 tidak seimbang kumpulan rawatan kawalan
yang mempunyai ciri-ciri hampir sama ujian T dan Anova digunakan untuk
menentukan perbezaan kumpulan
b. Reka bentuk regresi tidak bersambung kajian dalam kumpulan khas cth
program kaunseling bagi pelajar masalah disiplin..Analisis mengunakan
ujian regresi
c. Reka bentuk siri masa jangka masa panjang masa tenaga yg banyak
tiada kumpulan kawalan / pasca ujian dilakukan berulang kali cth
perkembangan pencapaian akademik pelajar yg didedahkan kepada KBSM
dan analisis melalui pencapaian ujian yang lebih baik

3. Kajian Tinjauan (Survey)


: bukan berbentuk eskperimen
: dua jenis reka bentuk cross sectional (jangka masa tertentu/singkat) dan
longitudinal (jangka masa panjang)
: tujuan mendapat persepsi menyeluruh dari satu populasi (diambil dari sampel yang
mempunyai ciri-ciri yang sama dengan populasi/gambaran umum - generalisasi)
: responden yang ramai ratusan atau ribuan
: ciri-ciri
a. kajian menyeluruh sesuatu isu/masalah
b. saiz sampel yang besar
c. kutipan data yang cepat
d. maklumat dipungut secara terus daripada responden dalam masa singkat
e. dapat membuat kenyataan umum untuk sesuatu populasi
: cara pemilihan sampel ( mudah rawak, sistematik, kelompok, berstrata- rawak yang
paling kerap dan biasa)
: kaedah soal selidik (mengikut objektif dan persoalan kajian, temu bual (sebagai
sokongan hasil kajian yang diperolehi)

4. Kajian Korelasi
: menentukan PERHUBUNGAN antara dua pemboleh ubah kajian
: mengunakan analisis korelasi terdapat dua jenis
a. positif stres meningkat keputusan exam meningkat
b. negatif / songsang stres meningkat exam menurun
: analisis regresi digunakan bagi menentukan KEKUATAN HUBUNGAN antara
kedua pemboleh ubah
: Analisis laluan (path analysis) menentukan HUBUNGAN antara pemboleh ubah
kajian

5. PENYEBAB

b.

KUALITATIF
: kajian sesuatu situasi dan individu untuk mendapatkan maklumat secara terperinci
serta mendalam
: dijalankan dalam satu kawasan yang agak kecil /melibatkan individu kawasan itu
: tidak banyak tempat dan individu yang ramai
: bertentangan dengan kajian tinjauan
: data dikutip melalui pemerhatian, temu bual, penulisan diari dan dokumen
: persoalan kajian menjawab kenapa dan bagaimana (proses, langkah, sebab berlaku)
: data menerangkan sebab dan musabab sesuatu perkara berlaku
: boleh membantu kajian kuantitatif
: penyelidik terlibat secara langsung
: guna persampelan bertujuan (responden dipilih mempunyai tujuan dan sebab tentu)
: sampel kriteria, snowball, rawak bertujuan, rawak mudah
: analisis data reduction, data display dan conclusion

1. Kajian Etnografi
: ahli sosiologi dan antropologi (sesuatu masyarakat atau komuniti)
: deskriptif untuk kenal pasti aspek budaya, tingkah laku, corak, pemikiran, cara hidup
: jangka masa panjang (6 bulan 1 tahun)
: perlu melibatkan diri dalam kelompok masyarakat
: data dikutip melalui pemerhatian, temu bual
2. Kajian Kes
: hanya melibatkan individu atau kumpulan yg dikenal pasti tidak populasi
: cth individu sebuah atau dua atau tiga sekolah
: maklumat terperinci, kaya, mendalam dan holistik menjawab bila, bagaimana dan
mengapa
: dua jenis
a. penerokaan (exploratory)
b. deskriptif
: data melalui pemerhatian (serta atau turut serta), soal selidik (sekadar persepsi
responden satu fenomena), temu bual (separa struktur atau terbuka), dokumen peribadi,
diari, memo surat, fotografi, rakaman, ujian-ujian
: memilih alat kajian yg sesuai bagi menjawab persoalan kajian
: perlukan triangulasi (meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan) :
a. masa ( masa yang berlainan)
b. ruang ( tempat yang berbeza)
c. pemerhati (beberapa orang pemerhati)
d. guna tiga alat kajian yang berlainan bagi data yang sama
: pemerhatian
a. penyelidik turut serta secara langsung (dapat interaksi cuma susah nak
buat catatan pasal terlibat)
b. tidak turut serta (hanya memerhati situasi sebenar dan secara holistik)

3. Kajian Sejarah
: kumpul data secara objektif peristiwa yang lepas dan peristiwa masa depan
: boleh bantu, jelas dan ramal peristiwa
: maklumat dari
a. Primier (utama ) org yg alami situasi,
b. Sekunder kajian literatur, org yg dekat dengan peristiwa dan org yg alami
: Data melalui dokumen, artikel, kaset, minit mesyuarat, foto, temu bual

: KAJIAN TINDAKAN memperbaiki amalan guru dan menambah keberkesanan amalan


: KAJIAN SAINTIFIK / KONVENSIONAL menghasilkan satu teori baru dan memperjelaskan
sesuatu fenomena

PROSEDUR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN


1. PERNYATAAN MASALAH KAJIAN
: merupakan masalah pokok
: dihasilkan melalui pembacaan dokumen, pemerhatian, temu bual
: perlu merujuk kepentingan hasil penyelidikan
: menerangkan topik (fokus), kepentingan dan kesan tidak dijalankan
2. OBJEKTIF KAJIAN
: ditentukan melalui tujuan penyelidikan
: tujuan pula dihasilkan melalui pernyataan masalah
: tujuan lebih umum...objektif lebih khusus
: MASALAH TUJUAN OBJEKTIF PERSOALAN KAJIAN- REKA BENTUK-SAMPEL
3. PERSOALAN KAJIAN (HIPOTESIS)
: dihasilkan dari objektif kajian
: lebih terperinci daripada objektif dan tujuan
: dua atau tiga persoalan boleh dibentuk dari satu objektif
: dinyatakan dalam bentuk soalan apakah, adakah, bagaimanakah, mengapakah
: penggunaan perkataan peningkatan, perkembangan, mengubah sikap, menghasilkan
4. HIPOTESIS KAJIAN
: merupakan persoalan kajian dalam kuantitatif mengunakan analisis statistik inferensi
: hubungan pemboleh ubah dalam kajian
: tiada dalam kajian tindakan
: tidak terdapat perbezaan, tidak terdapat hubungan, tidak terdapat perkaitan
5. TINJAUAN LITERATUR
: dilakukan sebelum penyelidikan- setelah fokus kajian ditentukan
: melalui pembacaan buku rujukan, jurnal, kertas konsep, latihan ilmiah, kertas dasar kerajaan,
prosiding, internet, seminar
: untuk mendapatkan fokus kajian dengan lebih tepat
: terdapat dua jenis :
a. LITERATUR BERKAITAN
: penerangan berkaitan tajuk, konsep, hubungan dengan dasar negara, kepentingan
teori berkaitan, model yang sesuai
b. KAJIAN BERKAITAN
: kajian berkaitan yang hampir sama dengan penyelidikan sekarang
: namun kajian tersebut mesti berbeza dari aspek tempat, cara analisis, alat
: ada dua iaitu kajian dalam negara dan luar negara
: nama penyelidik, tahun, tempat, reka bentuk, sampel, alat, kaedah analisis, dapatan
dan setiap satu mewakili satu perenggan

6. MERANCANG REKA BENTUK KAJIAN


: merupakan STRATEGI ( pilih sampel dan kumpul data)
: cth reka bentuk eksperimen, kuasi , kajian kes, tinjauan, etnografi
: ditentukan melalui tujuan dan objektif setelah melalui pembacaan
: DALAM KAJIAN TINDAKAN :
a. persampelan guna PERSAMPELAN BERTUJUAN kerana menyelesaikan masalah yang
telah di kenal pasti ke atas sesuatu sampel kajian dan ada ciri-ciri diperlukan
b. kumpul data lebih kualitatif spt temu bual, pemerhatian, ujian.
c. analisis kualitatif secara naratif (penceritaan semula), gambaran, frekuensi, peratus
7. PROSEDUR PERSAMPELAN
: ditentukan selepas menetukan jenis reka bentuk yg akan digunakan
: jenis sampel tujuan, rawak mudah, rawak berstrata/lapis, sistematik, kelompok, bola salji
: saiz sampel begantung kepada populasi dan reka bentuk kajian (jadual Krejcie&Morgan)
: populasi = kumpulan sasaran (individu, keluarga, organisasi, komuniti)
: sampel = responden kajian mewakili populasi
8. MEMBINA ALAT/INSTRUMEN KAJIAN
: pembinaan berasaskan kepada persoalan kajian
: item dibina melalui dan bagi menjawab soalan kajian
: alat kajian perlu tepat bagi mendapatkan keputusan yang sah
: proses pembinaan alat terbahagi kepada dua :
a. menentukan objektif alat kajian
b. menentukan kandungan alat kajian

9. KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN


: KESAHAN keupayaan ujian mengukur apa yg hendak diukur dengan tepat
: KEBOLEHPERCAYAAN keupayaan item mengekalkan skor jika ujian yg sama di ambil
beberapa kali
: Kebolehpercayaan melalui pekali alfa cronbach SPSS
: nilai koefisien yg baik melebihi 0.80 dianggap baik / 0.60-0.80 diterima / minimum 0.30
bawah 0.25 ditolak dan diubah suai
: kesahan melalui pakar-pakar berkaitan
: kajian tindakan kesahan dan kebolehpercayaan dengan mengunakan triangulasi alat
penyelidikan yang digunakan / kesahan pula mengunakan sekurangnya empat responden
: TRIANGULASI
10. PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
: langkah-langkah dan proses yang digunakan untuk mendapatan data
: tempat, arahan, penyeliaan, cara pengukuran, bias

11. PENGUMPULAN DATA


: borang soal selidik ujian bertulis, ujian lisan, kuiz, transkrip temu bual, perakam video, slaid
12. ANALISIS/HURAI DATA
: KUANTITATIF deskriptif (min, frekuensi, peratus, skor) inferensi (ujian T, anova)
: KUALITATIF temu bual, pemerhatian secara naratif (penceritaan semula)-boleh juga melalui
peratus atau frekuensi
13. PERBINCANGAN / PELAPORAN
: hasil dapatan penyelidikan
: hubungkaitkan hasil dapatan dengan tinjauan literatur YANG TELAH DIJALANKAN DAN
TELAH DILAPORKAN DALAM BAHAGIAN LITERATUR PENYELIDIKAN
: adakah dapatan ini MENYOKONG ATAU TIDAK dapatan penyelidikan yang lepas
: IMPLIKASI
14. PEMBOLEH UBAH (VARIABEL)
: setiap kejadian di sekeliling kita mempunyai kaitan atau hubung kait dengan satu atau lebih
kejadian
: perlu jawapan bagaimana dan mengapa - yang boleh diketahui melalui penyelidikan
: contoh pencapaian akademik yang tinggi ( bandar, luar bandar, rajin, malas, umur, jantina,
lokasi sekolah )
: tidak semua perlu di kaji-kemungkinan satu atau lebih
: Contoh PENCAPAIAN PELAJAR PEREMPUAN LEBIH RENDAH DALAM MATA
PELAJARAN MATEMATIK BERBANDING PELAJAR LELAKI TETAPI LEBIH TINGGI
DARIPADA PELAJAR LELAKI DALAM MATA PELAJARAN BAHASA
(HIPOTESIS ANDA DALAM PEMBOLEH UBAH interaksi dengan ibu bapa, suka
membaca,malas.........MELALUI PENYELIDIKAN LALU
: Contoh KEMALANGAN KERAP DI SELEKOH TAMPARULI (selekoh tajam, kecuaian,
tayar, pemandu)
: DEFINISI KONSTRUK / CIRI / FAKTOR DALAM PENYELIDIKAN
: JENIS a.

b.

PEMBOLEH UBAH TIDAK BERSANDAR


: IV (INDEPENDENT VARIABLE)
: BEBAS
: PENERANG / PERAMAL
: DIMANIPULASI / MEMBERI KESAN
: cth : Kaedah mengajar A dan B untuk melihat kesan ke atas pencapaian
akademik pelajar
PEMBOLEH UBAH BERSANDAR
: DV (DEPENDENT VARIABLE)
: TIDAK BEBAS
: MENERIMA KESAN (OUTCOME / EFFECT)
: cth : kaedah pembelajaran berasaskan masalah dapat meningkatkan skor math

APAKAH HUBUNGAN ANTARA EFIKASI KENDIRI, KELAYAKAN AKADEMIK DAN


PENGALAMAN MENGAJAR GURU DENGAN KUALITI PENGAJARAN MEREKA
c. PEMBOLEH UBAH LUARAN
: merupakan pemboleh ubah tidak bersandar LAIN YANG BOLEH MEMBERI
KESAN JUGA kepada pemboleh ubah bersandar
: melalui sorotan literatur atau teori sebelumnya
: perlu di kawal
: cth : kaedah A dalam meningkat skor mathematik ( faktor kajian lain sikap)

d. PEMBOLEH UBAH MODERATOR


: pemboleh ubah tidak bersandar yang mengubah kekuatan hubungan bukan
membentuk perkaitan
: cth HUBUNGAN MOTIVASI (IV) X DAN PENGGUNAAN STRATEGI BELAJAR
Y (DV) DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
: UMUR meningkat umur mungkin lebih bermotivasi
e. PEMBOLEH UBAH INTERVENSI
: pemboleh ubah yang mewujudkan hubungan antara IV dan DV
: tiada pemboleh ubah ini IV dan DV tiada hubungan
: cth kelayakan akademik tinggi (IV) memberi pengaruh kepada pendapatan
tinggi (DV) faktor intervensi jenis pekerjaan (peguam,doktor)
15. SKALA PENGUKURAN
a. NOMINAL - mengelaskan individu atau objek
- tiada memberi makna atau susunan atau pemeringkatan (1: melayu 2:cina)
- peratusan dan frekuensi
b. ORDINAL - susunan urutan (kecil besar terendah tertinggi) atau dikelaskan (ranking)
- Dot 70kg...athirah 65kg...aini 45 kg
c. SELANG

- INTERVAL
- skala ordinal
- beza selang jarak penanda atas skala adalah sama
- 0 memberi makna

d. NISBAH

- RATIO
- 0 tidak memberi makna (semua di atas)

17. HIPOTESIS

- andaian awal (sebelum dibuktikan secara saintifik)


- cth : pencapaian akademik rendah mempunyai kaitan dengan jantina
- a.Jantina mempunyai kaitan dengan pencapaian pelajar
- b.Jantina tidak mempunyai kaitan dengan pencapaian pelajar
- c.Terdapat perbezaan antara pencapaian pelajar lelaki dan perempuan
- d. Tidak terdapat perbezaan antara pencapaian lelaki dan perempuan

- bersifat positif dan negatif


- Negatif HIPOTESIS STATISTIK ATAU HIPOTESIS NUL (B DAN D)
- Positif HIPOTESIS PENYELIDIKAN ATAU ALTERNATIF (A DAN C)
- TIDAK BERBEZA SECARA SIGNIFIKAN (NUL DITERIMA)
-BERBEZA SECARA SIGNIFIKAN ( NUL DITOLAK ALTERNATIF DITERIMA)
- TENGOK PADA POSITIF DAN NEGATIF

: REKA BENTUK KAJIAN - KAJIAN KES, KAJIAN SEJARAH, KAJIAN NARATIF


: PENDEKATAN KAJIAN KUALITATIF, KUANTITATIF, METOD CAMPURAN
: PENGUMPULAN DATA TEMU BUAL, SOAL SELIDIK
: PENGANALISISAN DATA Nvivo, SPSS, ANALISIS TEKS, PENILAIAN TEORI

BAB 1 (PENDAHLUAN/FOKUS/PERNYATAAN MASALAH)


BAB 2 ( SOROTAN LITERATUR)
BAB 3 (METODOLOGI)
BAB 4 (ANALISIS DATA/DAPATAN)
BAB 5 (PERBINCANGAN)

Ho
Ha

PENYELIDIKAN @ KAJIAN TINDAKAN


: salah satu daripada bentuk kajian penyelidikan
: menilai amalan penyelidik sendiri
: menyelesaikan masalah dalam pembelajaran & pengajaran
: reflelsi kendiri iaitu mencari sebab ke atas sesuatu tindakan pengajaran
: proses berulang-ulang
: masalah berkaitan tingkah laku sosial seperti keadaan, tingkah laku, strategi, teknik, kaedah,
sikap, nilai, penilaian dan pelaksanaan program
: ada refleksi perbezaan dengan kajian konvensional
: kenal pasti punca masalah yang kurang berkesan supaya menjadi lebih baik
: baiki teknik pengajaran supaya menarik minat, proses kreativiti guru, kualiti, pengetahuan
: persampelan bertujuan
MODEL
1.

Model Stephen Kemmis (1983)


: EMPAT peringkat perancangan, tindakan, pemerhatian, refleksi dengan
Dua LINGKARAN
: dijalankan secara berulang-ulang sehingga masalah diselesaikan
: point utama perancangan akan disemak dan dibaiki
: digunakan apabila masalah sebenar tidak diketahui dan kenapa ia berlaku
: LINGKARAN 1 - tajuk, latar belakang kajian, fokus/isu/masalah/, perancangan
(pelan intervensi), pelaksanaan (tindakan intervensi), pemerhatian (hasil dapatan),
refleksi (perbincangan)
: LINGKARAN 2 perancangan ke 2, pelaksanaan, pemerhatian, refleksi

2.

Model John Elliot (1991)


: membuktikan teori atau model yang digunakan
: perubatan punca penyakit tidak diketahui (menjalankan beberapa tindakan untuk
kenal pasti tindakan yang sesuai dengan masalah/penyakit)
: tajuk, latar belakang kajian, kenal pasti idea/fokus/isu/masalah, analisis masalah,
perancangan (langkah 1, 2, 3), pelaksanaan tindakan 1, Refleksi (terhadap
pelaksanaan dan kesan, Analisis pelaksanaan / semak semula tindakan, Ubahsuai
tindakan

3.

Model Dave Ebbut (1985)


: hampir sama Kemmis beza pada lingkaran sahaja
: tidak bergantung pada lingkaran boleh melalui pelbagai cara

4.

Model Jack Whitehead (1988)


: penekanan terhadap refleksi kendiri bagi menyelesaikan masalah
: guna teknik soal jawab, perbincangan kumpulan kumpulan/individu
: pelan 1 tindakan 1 pemerhatian 1 refleksi 1 pelan 2 tindakan 2 seterusnya

5.

Model Jean McNiff (1988)


: 1985 pelbagai lingkaran yang berlingkar dalam pelbagai arah boleh selesaikan
beberapa masalah melalui komunikasi
: 1988 perancangan, tindakan, pemerhatian, refleksi ---perancangan, tindakan,
pemerhatian, refleksi

6.

Model Kurt Lewin (1948)


: pengasas APABILA MASALAH KAJIAN TELAH DIKENAL PASTI
: EMPAT peringkat merancang, tindakan, pemerhatian, refleksi
: IDEA UMUM kenal pasti masalah/isu
: PERANCANGAN - pelan tindakan menyelesaikan masalah
: TINDAKAN pelaksanaan intervensi dan kenal pasti hasil dapatan
: REFLEKSI - tentukan sama ada tindakan hasil yang baik atau tambahbaik
: Tajuk latar belakang kajian fokus/isu/masalah tinjauan isu/masalah
perancangan pelaksanaan pemerhatian refleksi
: refleksi boleh dilakukan di mana-mana peringkat yang sesuai
MODEL LEWIN (1946) DAN LAIDLAW (1992)

: model terawal
: digunakan apabila MASALAH KAJIAN TELAH DIKENAL PASTI
: EMPAT peringkat lingkaran REFLEKSI (lebih kepada tinjauan masalah), PERANCANGAN,
TINDAKAN, PEMERHATIAN -------LINGKARAN 2 ATAU 3 ( tanpa refleksi awal)
a. REFLEKSI - kenal pasti masalah berdasarkan situasi P&P
- perlu jalankan ujian/alat tertentu bagi membuktikan permasalahan tersebut
dengan kaedah kualitatif atau kuantitatif (secara saintifik)
b. PERANCANGAN - teliti, teratur dan tersusun mengikut objektif
- program, aktiviti, teknik perlu diterangkan secara terperinci
- bahan-bahan serta peralatan yang digunakan perlu dinyatakan
c. TINDAKAN - membuat pemerhatian, ujian, temu bual, penelitian
d. KUMPUL DATA
- data melalui pelbagai alat-alat kajian yang digunakan temu bual,
pemerhatian, dokumen, transkrip
e. REFLEKSI - SEBELUM (kenal pasti masalah), SEMASA (bagi menentukan tindakan yg
diambil dapat selesaikan masalah atau perlu tambah baik), SELEPAS ( tujuan
tambah baik tindakan perlu atau tidak ke lingkaran ke 2)
f. TINDAKAN SUSULAN
- penambahbaikan dan tindakan susulan lingkaran 2
g. KITARAN KEDUA - apabila tindakan lingkaran satu tak berjaya, tambah baik atau program
pendekatan, aktiviti yang baru

* setiap fasa mempunyai refleksi dalam kajian tindakan


KAEDAH PENGGUNAAN TARGET PETAK BERNOMBOR UNTUK MENINGKATKAN
KEMAHIRAN SERVIS BAWAH DENGAN TEPAT DALAM PERMAINAN BOLA TAMPAR

BAGI MURID-MURID TAHUN LIMA SK. SEREMBAN JAYA 2


KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN
: kertas cadangan sama dengan penyelidikan lain
a. Tajuk Kajian
: sebaiknya 12 perkataan atau kurang darinya (15-20)
: gabungan masalah kajian (refleksi p&p) + tindakan / intervensi (hasil pembacaan lalu /
pengalaman/teori atau model) + sasaran kajian (responden terlibat) + meningkatkan atau
mengembangkan / menambah / mengurangkan
: cth meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan kanak-kanak prasekolah
mengunakan boneka ATAU penggunaan boneka dapat meningkatkan kemahiran
berkomunikasi dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.
b. Pendahuluan (pendahuluan dan refleksi)
: PENDAHULUAN ringkasan daripada tajuk (intervensi, masalah, sasaran)
: ringkasan refleksi P&P yang lalu masalah yang dihadapi mengunakan perkataan saya
: Refleksi melalui
diri sendiri, murid, ABM, pendekatan
- melalui pemerhatian, temu bual, dokumen semasa mengajar
- penerangan berfokus kepada MASALAH / ISU kajian
c. Fokus kajian / isu / ( fokus masalah / tinjauan masalah / analisis)
1. Fokus masalah yang dihadapi / datang dari refleksi P&P / punca masalah / perlukan
tindakan atau intervensi
2. Tinjauan masalah senaraikan masalah tersebut
- buktikan dengan saintifik untuk pengesahan
- tunjukkan alat kajian / tujuannya / penggunaannya / cara laksana /
dan alat tersebut boleh mengesahkan masalah tersebut (FOKUS
PADA MASALAH SAHAJA)
3. Analisis cara analisis data dari alat tersebut untuk kenal pasti masalah
- terangkan keputusan dan kesimpulan
- refleksi ke atas kesimpulan dari semua alat sebagai triangulasi untuk sah
4. Objektif Kajian dari masalah kajian
- berkaitan dengan intervensi / tindakan (penggunaan imageri)
- boleh diukur
- menjawab persoalan kajian (rujuk alat kajian)
- umum ( tujuan kajian meningkatkan kemahiran membaca)
- khusus ( objektif kajian meningkatkan kemahiran KV)
5. Soalan Kajian mengikut objektif KHUSUS
- dalam bentuk tanda soal
- adakah / bagaimanakah
- cth : adakah penggunaan kad suku kata (alat) meningkatkan
kemahiran membaca KV (objektif khusus)

6. Tinjauan Literatur 1. konsep/teori/model/visi/misi/dasar kerajaan/sukatan pelajaran/


program yg berkaitan dengan penyelidikan
- 2. kajian lepas yang berkaitan (nama penulis, tahun, tempat,
bentuk kajian, sampel, alat, kaedah analisis dan hasil dapatan)
- satu kajian satu perenggan
7. Kumpulan Sasaran / Responden Kajian
- secara bertujuan (kajian tindakan)
- bilangan, jantina, nama kelas, prestasi akademik, ciri-ciri unik dan
berkaitan
8. Pelaksanaan Kajian

- penerangan cara selesaikan masalah


- langkah-langkah/cara kumpul data/alat digunakan
- TIGA BAHAGIAN
- a. Perancangan langkah-langkah tindakan
- menerangkan pendekatan/program/aktiviti digunakan
- cara laksana intervensi secara terperinci
- gambarajah/foto/carta alir/ABM
- b. Kumpul data
- cara kumpul data spt temu bual/pemerhatian/ dokumen
soal selidik/ujian
- bagaimana guna alat untuk dapat data
- guna lebih satu alat untuk tujuan triangulasi
- c. Refleksi: Analisis dan Huraian Data
- cara analisis data spt min, peratus, frekuensi, naratif

9. Jadual Kerja jadual pelaksanaan / tarikh / perbelanjaan kos


10. Rujukan

FORMAT CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN


1.
2.
3.
4.
5.
6.

TAJUK KAJIAN
NAMA PENYELIDIK
NAMA INSTITUT
PENDAHULUAN
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
FOKUS KAJIAN/ISU KEPRIHATINAN
a. isu keprihatinan / fokus kajian
b. tinjauan masalah
c. analisis masalah

7.

Objektif Kajian
a. umum
b. khusus

8.
9.
10.
11.

Persoalan Kajian
Tinjauan Literatur
Kumpulan Sasaran
Pelaksanaan Kajian
a. perancangan langkah-langkah
b. perancangan kumpul data
c. perancangan analisis data

12.
13.
14.

Perancangan Pelaksanaan Kajian (Jadual)


Rujukan
Lampiran

KAEDAH PENGUMPULAN DATA


: alat-alat kajian yang digunakan / INSTRUMEN
1.SOAL SELIDIK
: item soalan berkaitan persepsi responden bersesuaian dengan persoalan kajian
: bahasa mudah, ELAKKAN dwi-maksud, terlalu panjang, susah,kabur,negatif
: skala Likert (1,2,3,4,5 sikap, pendapat, persepsi), perbezaan semantik (terbaik terburuk,
kuat-lemah, aktif-pasif, mudah- kompleks), skala Rank (susunan tinggi-rendah), skala Thurstone
dan skala Gutman (ya-tidak/respon yang tegas)
: ciri-ciri format yang sistematik, arahan jelas, surat dokumen sokongan, ujian rintis
: UJIAN RINTIS item soalan disemak dan disahkan oleh pakar dan diuji dengan ujian Cronbach
alpha bagi mendapatkan kebolehpercayaan dan kesahan. Paling baik 06-08 ke atas...tidak baik 03
ke bawah
: a. item sedia ada di pasaran : MEMPUNYAI KEBOLEHPERCAYAAN YANG TINGGI
: b. yang dubah suai : DISAHKAN PAKAR/DI UJI CRONBACH/UJIAN RINTIS
: c. dibina sendiri : UJIAN RINTIS BEBERAPA KALI / UJIAN CRONBACH
2. UJIAN
: digunakan untuk menentukan pencapaian dan keupayaan murid dalam pembelajaran
: pelbagai bentuk menguji kognitif, afektif, psikomotor
: jenis ujian ujian pencapaian (kuiz,bulanan,penggal), ujian diagnostik (kenalpasti kelemahan),
ujian personaliti (sikap,nilai,moral), ujian kecergasan (IQ)
: dibina bertujuan menjawab persoalan kajian
3. PEMERHATIAN
: digunakan untuk merekod tingkah laku dan interaksi responden
: DUA jenis - a. TURUT SERTA : terlibat secara langsung
b. TIDAK TURUT SERTA : tidak terlibat / biasa dalam kajian kuantitatif /
: DUA CARA DAPATKAN DATA
a. BERSTRUKTUR

b. TIDAK BERSTRUKTUR

: guna senarai semak


: analisis guna frekuensi/peratus
: lebih mudah tanpa melibatkan orang lain
: nota lapangan
: analisis kualitatif
: laporan dalam bentuk naratif (memerihalkan semula)
: masa, tempat,keadaan

4. PENELITIAN DOKUMEN
: diguna bila ingin mendapatkan data dari dokumen berkaitan sebagai SOKONGAN
: seperti minit mesyuarat, surat khabar, foto, surat, kertas kerja
: analisis boleh guna kekeapan, frekuensi, naratif, tema
: gunakan borang senarai semak

5. TEMU BUAL
: ciri-ciri tentukan jenis, rancangan, stail, kandungan dan susunan soalan, aras bahasa, tempoh,
pendengar yang baik, menghormati, menghargai responden, alat perakam
: analisis dengan naratif dan tema
: perlu ada pembuka, soalan kunci, soalan berkaitan kunci, penutup
: TIGA jenis temu bual :
A. BERSTRUKTUR
: soalan telah disiapkan
B. SEPARA BERSTRUKTUR
: soalan pertama sahaja ditetapkan
C. TIDAK BERSTRUKTUR
: soalan tidak disediakan tetapi mengikut keadaan responden
: dapatkan maklumat mendalam berkaitan sesuatu fenomena dan isu
6. SENARAI SEMAK
: ketika pemerhatian dan penelitian dokumen
: menyenaraikan item berkaitan kemahiran, tingkah laku yang berkaitan
7. RAKAMAN VIDEO
: melihat tingkah laku, kemahiran dan interaksi
: kelebihan boleh di ulang2 kelemahan skop ruangan yg terhad
8. LOG
: alat penilaian melalui pemerhatian (log harian setiap hari)
: dilakukan secara individu dan berasingan
: jangka masa tertentu
9. NOTA LAPANGAN
: penulisan setelah melalui proses pemerhatian
: melalui apa yang didengar, dilihat, pengalaman
: catatan peristiwa lokasi dan situasi yg ketika itu
10. FOTO
: rekod keadaan statik
: kelemahan tidak boleh menerangkan situasi ketika rakaman
: secara naratif
11. PORTFOLIO
: satu koleksi rekod penyimpanan hasil kerja
: tujuan usaha, kemajuan, pencapaian
: antara isinya perkembangan, penguasaan, kemahiran mengikut persoalan kajian

12. REKOD ANEKDOT


: catatan peristiwa, perubahan dan perkembangan secara ringkas
: bila-bila masa dalam jangka masa yang singkat melalui pemerhatian
: sama dengan nota lapangan cuma di prasekolah
13. SLAID
: naratif dan gambaran
: sama seperti foto
14. JURNAL
: catatan mengenai sesuatu peristiwa, masalah, pencapaian atau isu
: mengenal pasti punca, penambahbaikan, tindakan susulan, penilaian
15. DIARI
: catatan secara berkala melalui pemerhatian
: peristiwa, perasaan, reaksi, pandangan, analisis

PERTIMBANGAN MENGUMPUL DATA

Anda mungkin juga menyukai