Anda di halaman 1dari 11

Disediakan oleh: Mastura Binti Othman (M20122001327)

Kajian

kuantitatif adalah jenis penyelidikan pendidikan di mana pengkaji memutuskan apa yang hendak dikaji, bertanya soalan yang khusus, mengecilkan skop soalan, mengumpul data yang boleh dikuantitatifkan daripada peserta, menganalisa nombornombor tersebut menggunakan statistik dan menjalankan inkuiri dalam bentuk yang objektif dan tidak bias.
- John W. Cresswell (2008)

Oleh sebab tatacara penyelidikan adalah bersistem maka setiap langkah perlaksanaanya perlulah dilakukan mengikut urutan secara tertib.Tatacara yang dirumuskan sebagai langkah-langkah berikut (Best dan Kahn, 1998): Mengenal pasti masalah penyelidikan

Membina hipotesis Memungut Data Menganalisis data Membuat kesimpulan

1.Mengenalpasti

Masalah:

- masalah yang dikenal pasti inilah menjadi fokus penyelidikan.


Sumber Masalah

Pengalaman

Sorotan Kajian

Replikasi

Teori -Contoh teori: Perkembangan Mental Piaget -Menguji kebolehan murid setiap peringkat perkembangan

-Pengalaman bekerja -Isu,peraturan, prosedur, insiden, situasi dan lain-lain

-Kenal pasti bahan rujukan, dan analisis. -Perkaitan dengan kajian orang lain. -Dapat memberi petunjuk kepada kajian.

-Buat replikasi kajian yang dahulu. -Asas replikasi: sampel baru, kaedah analisis baru, atau instrumen baru.

Pernyataan Masalah: masalah penyelidikan yang dikaji dan dihuraikan secara terperinci dari pelbagai aspek justifikasi mengapa satu masalah berkenaan dipilih. - bagaimana penyelidikan ini boleh menyumbang kepada penambahan ilmu - tujuan kajian dijalankan - latar belakang masalah penyelidikan apakah masalah-masalah yang jawapan melalui penyelidikan ini. o Ciri-ciri masalah (Kerlinger, 1973) o 1. Masalah yang dinyatakan menunjukkan hubung kait antara 2 atau lebih pemboleh ubah. o 2. Masalah boleh dinyatakan secara jelas dan tanpa raguragu dalam bentuk soalan. o 3. pernyataan masalah memberi implikasi kepada pengujian empirikal.

Hipotesis Hipotesis Penyelidikan/deklarasi (HP) - Tunjukkan arah hasil kajian(berarah/tidak berarah).


Hipotesis statistik/nol (HS) -sentiasa menyatakan sebagai tidak ada perhubungan antara pemboleh ubah yang diuji.

Contoh: -(HP/Berarah): Murid darjah 6 yang mengikuti pengajaran Matematik A menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi daripada pelajar yang mengikuti pengajaran B -(HS/Tidak berarah): Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian Matematik antara pelajar darjah 6 yang mengikuti kaedah pengajaran A dan kaedah pengajaran B

Persampelan:
suatu kaedah memilih sekumpulan individu dalam bentuk sampel bagi suatu penyelidikan, dimana kumpulan dianggap ini mewakili populasi. Instrumen: - Merangkumi ujian seperti pencapaian, bakat, minat, sikap, kebimbangan dan sebagainya. - Istilah instrumen: peralatan memungut data melalui soal selidik, temu duga, pemerhatian dan sebagainya. - 3 kaedah memungut data: 1.Menggunakan instrumen yang standard. -menggunakan instrumen yang sedia ada. 2.Instrumen yang dibina oleh penyelidik -membina instrumen yang boleh percaya (reliable) dan sah (valid). 3.Data dipungut tanpa guna instrumen tertentu. -data dipungut tidak perlu instrumen atau ujian.
-

4. Menganalisis data

Analisis Deskriptif

Analisis Inferens

Frekuensi, min, mod, median, sisihan piawai & peratus

MANOVA, ANOVA, Ujian t, khi kuasa dua, korelasi & regrasi

Digunakan

untuk menghuraikan ciri-ciri pembolehubah Digunakan untuk membuat kesimpulan data numerikal yang tidak dapat membuat generalisasi kepada sampel kajian.

Analisis

inferen pula merupakan statistik yang mengkaji perkaitan dari data dengan lebih mendalam. Analisis inferen membolehkan pengkaji membuat generalisasi terhadap populasi sesebuah kajian apabila persampelan yang digunakan untuk memperoleh data adalah sampel yang mewakili populasi.

Membuat rumusan berdasarkan hasil analisis yang dijalankan ke atas data yang dikutip. Rumusan dibuat ialah rumusan yang saintifik.

Anda mungkin juga menyukai