Anda di halaman 1dari 6

Koleksi Umum Pembaca Luar dan Dalaman Tesis/ Phd

Tajuk dan komen daripada pembaca


Bidang kajian / kandungan:

Perlu baru dalam tajuk kajian yang dipilih

Perlu mengambil sumber primary semasa memetik idea tertentu

Penyelidik perlu berupaya untuk mendalami pemikiran dan idea berkaitan dengan mengaitkan
pembolehubah yang digunakan

Perbincangan dan penghujahan perlu mantap agar dapat menggambarkan ketepatan dan kejelasan
kajian

Analisis yang dibuat perlu dibuat secara teliti dan menyokong kesimpulan

Kajian perlu menarik, relevan dan mempunyai implikasi kepada system pendidikan dan penggubal
dasar pendidikan

Mampu memberi maklumat terperinci dan implikasi kepada system pendidikan

Masalah yang dipilih perlu berdasarkan kepada tinjauan literatur yang meluas

Bidang kajian yang dipilih perlu dihujah justifikasinya dan memberi manfaat, sesuatu yang baru dan
bernilai

Kajian boleh diperbaiki sekirannya ada kerangka teori yang kukuh yang digunakan untuk memberi
makna kepada dapatan

Abstrak tidak selari dengan dapatan kajian

Mencari tajuk yang boleh dijadikan perintis kepada kajian lain.


Bab 1:

Pengenalan
Penggunaan istilah perlu diselaraskan
Definisi operational sendiri perlu jelas walaupun banyak definisi lain diberi
Memberikan rasional yang kukuh mengapa kajian perlu dijalankan dengan rujukan yang relevan
Kerangka konseptual perlu jelas dan disokong dengan rajah bagi menerangkan variable yang dikaji dan
hubungannya dengan variable

Latar belakang teori perlu jelas dan dijadikan asas kepada teori/model kajian

Definisi operasional perlu diberikan kepada konteks tertentu dan tidak secara berasingan

Masalah kajian perlu menyakinkan

Ramai penyelidik tidak jelas terhadap masalah kajian

Data sokongan semasa menghujah masalah kajian perlu diberikan

Justifikasi kajian bukan hanya meninjau (review) sahaja tetapi memerlukan justifikasi yang
konkrit semasa menghujah

Kepentingan kajian bukan hanya mempunyai empirical tetapi juga teoritikal.

Definisi operasional hanya kepada pembolehubah dan konsep-konsep penting yang terdapat dalam
objektif

Tajuk kajian perlu menumpu kepada ujikaji

Pernyataan objektif perlu berfokus, tepat dengan memberikan direction kepada penyelidikan yang
dibuat

Objektif kajian tidak sewajarnya mempunyai pembolehubah yang banyak

Pernyataan Masalah perlu dinyatakan secara spesifik dan bukan memberi penerangan
mengenai masalah

Perlu berupaya untuk membina dan menulis permasalahan kajian sebelum mencari
penyelesaiannya

Hipotesis nol tidak boleh berlapis-lapis

Persoalan kajian perlu melihat isu terkini

Bidang kajian perlu memberi sumbangan terhadap bidang pendidikan masa kini

Objektif perlu jelas, mudah difahami dan tersusun

Asas teori perlu jelas untuk mendasari konseptual kajian

Calon perlu membuat analisis mendalam mengenai latarbelakang teori yang digunakan untuk
mencetuskan model yang digunakan

Pernyataan masalah perlu menjelaskan mengapa kajian tersebut perlu dijalankan di


Malaysia dalam konteks pendidikan

Data diperlukan untuk mengukuhkan hujah

Pembolehubah bersandar dan bebas dalam kerangka koseptual perlu diperjelaskan (termasuk maksud
anak panah yang diberikan) dan dikaitkan dengan kajian literature.

Kajian perlu menjurus kepada cadangan yang menarik yang berlandaskan teori atau kaedah tentang
PM Dr Nor Aishah Buang 7/7/2006

Tajuk dan komen daripada pembaca

isu yang dipilih


Nampak hubungan yang mengaitkan masalah dengan isu kajian atau penilaian program secara
menyeluruh
Kajian ini perlu menyumbang kepada pengetahuan dalam bidang tertentu melalui satu kajian yang
original yang boleh diterbitkan untuk kegunaan umum contohnya satu model penilaian program
berdasarkan konteks tertentu
Tajuk kajian perlu berbentuk problematising of an issue
Objektif kajian perlu memberi gambaran penerokaan teliti yang dilakukan sebelum memilih focus
kajian
Penyelidik tidak berpengetahuan tentang peranan konseptual dalam penyelidikan dan laporan hasil
penyelidikan
Kerangka perlu memberi makna yang boleh membantu penyelidik memahami isu atau
permasalahan kajian
Permasalahan kajian perlu dihuraikan dengan memberi maklumat latar belakang secara
terperinci dan sokongan dengan kajian lalu yang berkaitan
Pernyataan masalah perlu membangkitkan tentang adanya bahagian yang masih belum
diketahui dan memerlukan kajian dijalankan
Tujuan kajian tidak jelas; tidak berkaitan dengan persoalan kajian
Persoalan kajian yang jelas akan menjadi panduan kepada calon membincangkan jawapan dalam
keputusan kajian
Hipotesis kajian yang muncul selepas sub topic kepentingan kajian agak mengelirukan kerana tidak
berkaitan dengan tujuan khusus
Objektif kajian perlu jelas dan dinyatakan terlebih dahulu sebelum persoalan kajian atau hipotesis
kajian
Hipotesis kajian tidak terlalu panjang dan tidak mengelirukan
Masalah kajian terlalu ringkas dan memerlukan tambahan isi
Kerangka kajian elok dipecahkan kepada kerangka teori kajian dan kerangka kajian
Soalan kajian elok dimasukkan dalam kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajian perlu ada sumber rujukan
Pernyataan masalah jangan terlalu panjang sehingga hilang maksud yang hendak
disampaikan. Bahagian ini perlu dirumuskan dengan ringkas dan padat.
Soalan kajian perlu menggunakan perkataan yang boleh diukur

Bab 2: Kajian literature

Literature yang menyentuh teori diperlukan untuk menyokong kajian dan dihurai secara khusus

Litaretur bukan sekadar meninjau dan melapor tetapi perlu dirujuk dan dijadikan asas dalam
penyelidikan

Rujukan perlu selari dengan literatur yang diberi

Wujudnya pernyataan sendiri yang tidak disokong oleh literature

Kerangka teori perlu disokong oleh huraian lengkap

Bahan perlu disusun secara urutan atau susunan yang menuju kepada persoalan pokok

Perlu lebih meluas untuk menggambarkan kedalaman idea intelektual

Sorotan bukan setakat menceritakan naratif sahaja tetapi perlu penghujahan dan kritikan

Bahan sorotan perlu terkini dan meluas

Sumber rujukan perlu merujuk kepada mereka yang berautoriti dan pengkaji asal

Bagaimana teori yang diberikan dapat membentuk kajian tersebut

Perlu bezakan antara kerangka konseptual kajian dan kerangka teori

Kajian literature dalam penyelidikan kualitatif seharusnya dapat mengenalpasti konstruk yang
dijadikan landasan kepada kaedah penyelidikan

kekuatan Penyelidikan kualitatif bergantung kepada teori yang mantap, konstruk yang dibina dan
andaian yang tersirat

rujukan perlu merujuk kepada mengabstrak hasil kajian lain

kupasan model yang digunakan dan mengaitkan dengan teori yang berkaitan.

Literature perlu memberi focus yang jelas.

Perlu ada strategi untuk menunjukkan peranan literature untuk memberi gambaran kajian lampau,
konsep asas berkenaan focus kajian dan analisis teori iaitu teori yang berkenaan yang boleh digunakan
untuk membuat interpretasi dapatan, pandangan atau pendekatan yang perlu dikaji dengan lebih
lanjut, bukti yang tidak kukuh boleh dikaji dengan lebih mendalam, tinjauan tentang mengapa
persoalan kajian yang berlaku di sekolah penting untuk dikaji, teknik kajian yang perlu dibaiki dari
PM Dr Nor Aishah Buang 7/7/2006

Tajuk dan komen daripada pembaca

Bab 3:

Bab 4:

kajian lepas dan gap in other studies


Kajian yang dijalankan menunjukkan kajian ini dijalankan atau menunjukkan kajian ini perlu untuk
knowledge development
Tinjauan literature perlu meluas dan mencakupi kebanyakan kajian yang berkaitan dengan skop kajian.
Pengkaji perlu menilai kekuatan dan kelemahan setiap model sebelum memilih model dan
menggunakan model tertentu
Rujukan yang melebihi 10 tahun dari sekarang dicadangkan untuk dibuang kecuali berkaitan
model/teori asal
metodologi kajian
Penjelasan ilmiah terhadap metodologi, bagaimana kutipan data adalah diperlukan
Istilah dan ayat yang digunakan perlu tepat dan seragam
Kesahan dan kebolehpercayaan perlu dibincangkan dengan jelas untuk mengelakkan kekeliruan
Ambil kira factor ekstranus
Huraian rekabentuk perlu dijelaskan dengan terperinci
Bagaimana trianguasi digunakan semasa penganalisisan data dijalankan dan bukannya melihat analisis
data secara berasingan
Sebutkan nama/jenis/penerbit dokumen yang dianalisis
Adakah soal selidik yang digunakan dapat menjawab persoalan kajian?. Tarikh dan tempat soal selidik
ditakbirkan perlu dijelaskan
Kesan howthorn, bias disebabkan kehadiran penyelidik dan perakam video dalam tempat kajian perlu
dibincangkan
Metodologi perlu sesuai dengan objektif dan andaian teori
Kajian kes menggunakan protocol temubual dan thematic analysis (membanding data peserta dengan
kerangka konseptual kajian) dan seterusnya melakukan analytical generalization untuk
membandingkan dapatan dan melihat adakah ianya menerangkan kerangka konseptual yang
digunakan.
Grounded theory menggunakan soalan yang lebih umum
Sample kajian kenapa dan bagaimana dipilih perlu penjelasan. Elakkan unsur-unsur kabur dalam
pemilihan sample.
Jika instrument menggunakan instrument orang lain, buktikan ada kebenaran daripada pihak
berkenaan.
Wujud penyelidik menunjukkan kelemahan dalam pemahaman penggunaan teknik penyelidikan
khususnya dalam pemilihan sample kajian, pengutipan data dan penganalisisan data.
Kaedah yang dipilih benar-benar memberi makna kepada penyelidikan dan jangan menimbulkan
persoalan atau kekaburan semasa pemilihan dilakukan
Kajian kualitatif perlu dibuat secara intensif dan mendalam berdasarkan kepada kerangka konseptual
kajian yang kukuh yang memberi tafsiran kepada sebenarnya berlaku samada secara dalam fikiran
atau dalam konteks sosial bilik darjah dan sekolah
Huraikan isu kerahsiaan sebagai salah satu isu penting dalam etika penyelidikan. Identiti peserta,
sekolah dan perkara lain yang dapat mengenalpasti peserta kajian tidak seharusnya dilaporkan.
Bahagian ini juga seharusnya memaklumkan bagaimana data dan dapatan kajian disimpan untuk
mengelakkan kebocoran rahsia.
Kajian kualitatif dicadangkan digunakan bersama untuk mengesahkan maklumat daripada kajian
kuantitatif kerana ianya akan mendapatkan gambaran sebenar di dalam sesuatu kajian/organisasi.
Instrument yang dibina hendaklah pendek dan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
Instrument yang panjang akan menyulitkan sesiapa yang mengambil ujian tersebut.
Jika gunakan kaedah pemerhatian, nyatakan dengan jelas siapa yang menjalankan pemerhatian,
bilangan dan jumlah jam pemerhatian.
Analisis dapatan kajian
Laporan perlu tersusun, teratur, bermakna
Analisis terperinci diperlukan untuk memberi huraian kepada persoalan kajian
Statistic yang dipilih perlu selari dengan persoalan kajian yang dibuat
Kenyataan yang dibuat perlu berasaskan hasil analisis
Rumusan perlu selari dengan dapatan awal
Analisis statistic digunakan kepada pembolehubah yang perlu sahaja dan jangan menguji apa yang
tidak dikehendaki
Maklumat penting perlu diletak dalam teks dan bukannya dalam lampiran

PM Dr Nor Aishah Buang 7/7/2006

Tajuk dan komen daripada pembaca

Bab 5:

Jadual yang dibina perlu memberikan makumat lengkap


Rajah yang dibina memberikan maklumat kepada pembaca dan bukannya hiasan sahaja
Refleksi dalam grounded theory diperlukan dan bukan hanya menyenaraikan produk sahaja
Hasil penyelidikan perlu memberi sumbangan selain memberi maklumat yang mungkin telah dijangka.
Data yang tidak mencukupi untuk membuat rumusan sebagai dapatan kajian. ada deskripsi data yang
sangat cetek dan tiada thick description tentang konteks kajian, konteks bilik darjah, konteks
persekitaran kerja, pengajaran guru atau persediaan guru
Analisis perlu kritis dan mengaitkan dapatan dengan kerangka teori
Kesimpulan perlu tepat akibat daripada dapatan yang cetek dan data yang digunakan superficial
Dalam kajian kualitatif, pengumpulan data akan berakhir sekiranya menjadi stabil dan konsisten
Pengkaji seharusnya membincangkan dapatan dengan lebih detail berbanding literartur.
Jika dapatan kajian mencerminkan kebolehan dan kesarjanaan pengkaji membincangkan keputusan
(the crux of the thesis) maka bab ini sepatutnya adalah yang terperinci sekali. Untuk memperbaiki
penulisan bab ini:
Wajar nama sekolah, nama pengetua, nama GPK yang sebenar disebutkan dalam tesis ini
Pengkaji menggunakan peratusan (data) yang diperolehi untuk mencirikan semula dapatan kajian
Tidak menggunakan perkataan yang boleh dipersoalkan semula contohnya: set induksi terlalu lama
perlu dinyatakan tempoh optimum dan buktinya.
Calon yang menganalisis data secara detail dengan menunjukkan kebolehan menjalankan kajian secara
teratur, sistematik dan asli
Penggunaan triangulasi perlu ditunjukkan dalam pengumpulan data. Jangan tertumpu kepada hasil
temu bual sedangkan analisis dokumen dijalankan.
Analisis perlu dibuat secara merentas soalan dan merentas sumber maklumat.
Untuk menjawab persoalan kajian, analisis antara pemetaan konsep oleh guru, soalan-soalan dalam
temu bual, jurnal, pemerhatian dan mod pengumpulan data yang lain perlu dibuat untuk memastikan
satu pandangan atau pemahaman guru yang konsisten.
Huraikan analisis guru seorang demi seorang secara merentas antara semua sumber dan bentuk
data/maklumat yang dikumpul, untuk menghuraikan konsepsi mereka tentang sesuatu konsep.
Masalah dan kesukaran juga perlu dianalisis secara merentas bukan sekadar membuat rumusan
berdasarkan satu sumber sahaja iaitu satu soalan dalam temubual.
Temubual yang dijalankan tidak cukup mendalam untuk mencungkil pemahaman guru. Pelbagai bentuk
soalan /konteks perlu diajukan kepada guru sehingga semua pemahaman guru dapat dikeluarkan.
Elakkan daripada membuat pernyataan yang boleh memberi implikasi bahawa semua responden
berpendapat sedemikian. Nyatakan bilangannya.
Adakah penyoalan dalam temubual telah dapat mengeluarkan alasan yang diperlukan oleh pengkaji?
Bagaimana pula dengan kaedah lain dalam pengumpulan data? Tidakkah ia boleh digunakan untuk
memperoleh maklumat?
System koding perlu diperjelas sebelum perbincangan dibuat.
Perbincangan
Hasil penyelidikan mestilah sesuatu yang baru dan bukannya mengesahkan mengenai sesuatu perkara
Analisis literatur yang lebih canggih diperlukan untuk menguji hipotesis
Menghujah perlu menggunakan gaya bahasa yang baik
Penyataan asas memerlukan sokongan literatur bagi mengukuhkan hujah yang dibuat
Dapatan kajian perlu teratur dan memberi jawapan kepada persoalan kajian
Kesimpulan perlu menepati dan menjawab permasalahan kajian secara spesifik
Cadangan yang dikemukakan perlu berdasarkan kepada penemuan kajian
Keputusan yang dibuat berdasarkan data dan bukannya pendapat peribadi
Bincangkan implikasi kajian terhadap penggubal kurikulum (amalan) dan lain-lainnya serta sumbangan
kepada teori.
Cadangan kajian lanjutan yang bermakna perlu dijalankan
Sumbangan kajian bukan hanya menyenaraikan maklumat yang kebanyakannya sudah diketahui dari
literatur
Kurangnya sumbangan yang ketara kepada penambahan ilmu
Rumusan yag dibuat tidak menyakinkan kerana kekurangan data yang menyokongnya
Postulasi yang disenaraikan tidak dibentangka berdasarkan data yang tepat
Penyelidik banyak membuat andaian dan mengemukakan hujah yang tidak berkaitan dengan
pembentangan postulasi
Perbincangan perlu mengaitkan kajian lepas dengan dapatan

PM Dr Nor Aishah Buang 7/7/2006

Tajuk dan komen daripada pembaca

Laporan sepatutnya merupakan satu balance antara analisis dan deskripsi dan merangkumi kekayaan
konteks dan perincian data
Dapatan yang tidak conclusive menyebabkan wujud kesukaran untuk melihat sumbangan kajian
Dapatan tidak mengaitkan kajian lepas atau kajian seumpamanya
Implikasi kajian tidak terlalu umum dan terlalu overgeneralised di luar kemampuan dapatan kajian.
Implikasi kajian khasnya kepada implikasi dan cadangan kajian ke atas amalan pendidikan di Malaysia
Elakkan hujah yang terlalu umum dan perlu mengaitkan dengan dapatan kajian.
Jika dapatan kajian merujuk kepada proses P&P di bilik darjah maka kurang wajar dapatan
digeneralisasikan kepada situasi P&P umum di Malaysia.
Perbincangan perlu memberitahu bagaimana sesuatu model yang dibina itu berlandaskan dapatan
kajian dan bukannya perbincangan secara teoritikal sahaja dan penggunaannya secara umum dan
menyeluruh
Kalau pengkaji boleh mencadangkan sepuluh cadangan kajian
lanjutan, mengapa tidak beliau
mengambilkira cadangan ini lebih awal sebelum menjalankan kajiannya? Contohnya kalau difikirkan
bahawa hanya dengan melibatkan seorang sahaja responden, perpektif yang diperolehi adalah sangat
terhad dan terbatas, mengapa tidak penyelidik menggunakan lebih ramai peserta?
Kajian kes tidak boleh digeneralisasikan hasil dapatannya.
Dapatan kajian seharusnya dibincangkan dalam bab 4 dan bukannya bab 5.
Perlu memberi focus kepada perbincangan dapatan kajian penulis. Mulakan bab ini dengan rumusan
dapatan kajian penulis.
Setengah perbincangan pengkaji tidak berasaskan kepada dapatan yang diperolehi kerana kebanyakan
dapatan yang dibincangkan adalah hasil temubual.

Penyampaian

Perlu mengunakan bahasa, ejaan, tatabahasa, struktur ayat, simbol dengan baik

Berkeupayaan untuk menyampaikan masej dengan jelas dan berkesan

Mempunyai kemahiran untuk menggunakan bahasa ilmiah dalam perbincangan

Susunan persembahan perlu menepati format penulisan tesis

Abstrak dalam bahasa Inggeris perlu diedit

Menggunakan ejaan berasaskan Kamus Dewan

Cara penulisan perlu konsisten khususnya dalam penulisan perkataan-perkataan Inggeris

Bahasa dalam abstrak perlu selari antara BM dan Biperlu menguasai kemahiran menulis tesis

Perlu memastikan maklumat yang dibentnagkan dalam tesis dan abstrak adalah tepat

Gunakan istilah secara konsisten

Gunakan ayat selapis yang menghujah satu idea dan elakkan guna ayat berlapis yang menghujah lebih
daripada satu idea. Ini akan mengelirukan.

Penulisan tidak terlalu penjang untuk mengelakkan ulangan fakta. Maklumat remeh boleh diabaikan

Menggunakan bahasa ringkas menyebabkan perbincangan sedang diikuti

Persembahan boleh menggunakan gambarajah dan graf dan memberi makna kepada perbincangan

Susunan persembahan dan penggunaan tajuk-tajuk kecil adalah sesuai dengan penulisan tesis.

Elakkan wujudnya jadual yang tidak selari dan tidak selaras dengan teks.

Sebutan quotations perlu diberikan nombor mukasuratnya

Pengkaji kurang yakin dengan beberapa istilah atau frasa dalam Bahasa Melayu menyebabkan versi
Bahasa Inggeris diberi dalam kurungan sebagai bentuk penegasan. Pastikan istilah dan gaya bahasa
tepat berdasarkan rujukan seperti DBP dan buang versi Bahasa Inggeris.

Sediakan senarai pakar yang dinyatakan sebagai lampiran, lengkap dengan kelayakan dan bidang
kepakarannya

Petikan terus adalah lebih sesuai jika sesetangah daripadanya diulas dalam perbincangan
Penakrifan tesis

Calon telah dapat menyumbangkan khazanah ilmu yang asli dan tesis ini juga membuktikan calon
mempunyai keupayaan menganalisis data secara kritis dan menunjukkan kebolehan menjalankan
penyelidikan secara teratur, sistematik bagi mencari jawapan kepada soalan-soalan kajian

Saya dapati secara keseluruhan tesis adalah baik dan dengan ini saya memperakukan kepada lembaga
bahawa pengkaji telah mencapai merit akademik yang memuaskan untuk dianugerahkan ijazah PhD
tertakluk kepada pembetulan kepada kesilapan yang dikenalpasti. Saya berpendapat bahawa calon
perlu diberikan masa yang berpatutan untuk membaiki kesilapan yang telah dikenalpasti.

Calon perlu lebih teliti dalam menyemak dan menulis setiap helaian dalam tesis ini supaya tidak
PM Dr Nor Aishah Buang 7/7/2006

Tajuk dan komen daripada pembaca

berlaku sebarang kesilapan ejaan, penggunaan perkataan bahasa Ingeris dan penggunaan angka serta
symbol yang tepat. Terdapat dalam teks nama penulis yang dirujuk tetapi tidak disenaraikan dalam
rujukan. Calon juga cenderung menggunakan rujukan yang umum dantidak menunjukkan kepakaran
dalam bidang psikologi. Calon layak dikurniakan ijazah dengan syarat semua pembetulan seperti yang
dinyatakan di atas telah disempurnakan.
Kelayakan kurniaan tertakluk kepada calon menulis semula sebahagian besar dari tesis untuk dinilai
semula.
Saya mencadangkan agar keputusan pemeriksaan tesis ini ditangguhkan sehingga calon membuat
pembetulan dan menyerahkan tesis ini untuk pemeriksaan semula.
Calon telah memberi sumbangan yang matang kepada ilmu dan menunjukkan keupayaan
menghubungkait kajian yang dijalankan dalam kerangka disiplin yang luas. Disertasi calon masih
sangat bermanfaat walaupun mempunyai kelemahan yang dinyatakan di atas.
Setelah membaca dan menilai semula tesis ini, saya dapati bahawa masih banyak kelemahan dan
kesalahan yang didapati. Walaupun terdapat beberapa penambahbaikan yang dibuat tetapi banyak
perkara pokok (seperti yang tercatat dalam laporan lalu) masih tidak dibaiki dan diperbetulkan. Adalah
dengan ini saya pohon pelajar ini diberikan sekali lagi tempoh masa dan arahan yang jelas supaya
dapat diambil tindakan serius bagi mengkaji, menilai dan memperbaiki serta membuat pembetulan
kepada tesis ini. Laporan sebelum ini dan catatan yang dibuat dalam tesis ini bolehlah dijadikan
panduan pelajar tersebut. Saya merasa dukacita dengan keadaan yang berlaku ini dan tindakan pelajar
yang tidak bersungguh-sungguh dan menghargai peluang yang diperolehi menyebabkan penilaian
penulisan semula ini berlaku lagi. Dengan ini saya panjangkan semula tesis ini untuk sekali lagi
diperbaiki dan diperbetulkan oleh pelajar dan mohon diberi tempoh tiga(3) bulan lagi.

PM Dr Nor Aishah bt Buang


Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia

30042006

PM Dr Nor Aishah Buang 7/7/2006

Anda mungkin juga menyukai