Anda di halaman 1dari 3

LAU SIEW WEI (GP 03304)

GB6013 Kaedah Penyelidikan 1


Template Sintesis Literatur
Maklumat Artikel: GUNTUR RUSMANA PUTRA, 2014, Pengaruh Pemberian Latihan
Pliometrik Terhadap Peningkatan Kelincahan Kepada Pemain Bola Sepak di SSB KRIDA di
BOYOLALI. Program Diploma IV Fisioterapi, Fakulti Ilmu Kesihatan, UNIVERSITI
MUHAMMADIYAH SURAKARTA.
Pernyataan Masalah

Sukan bola sepak adalah sukan yang semakin popular di


seluruh dunia. Oleh itu, sukan bola sepak berkembang dengan
pesat di SBB Krida, Boyolali. Namun demikian, di SSB Krida
Boyolali tidak mempunyai pengetahuan tentang latihan fizikal
yang digunakan untuk meningkatkan tahap kelincahan atlet,
iaitu Latihan Pliometrik. Hal ini disebabkan tahap kelincahan
atlet mempunyai hubungan positif dengan kemenangan sesuatu
perlawanan.

Tujuan/Objektif kajian

Untuk mengetahui pengaruh latihan pliometrik terhadap


peningkatan tahap kelincahan terhadap atlet bola sepak di SSB
KRIDA, BOYOLALI.

Kajian

Literatur

& Pengenalan
Atlet bola sepak yang berprestasi tinggi adalah atlet yang dapat
kerangka konseptual kajian
menguasai teknik asas dengan mantap. Teknik-teknik asas
yang dimiliki oleh seorang atlet bola sepak adalah teknik
menendang (kicking), menghentikan (stoping), menggiring
(dribbling), menyundul (heading) dan merampas (tackling).
Isi-Isi
Sukan bola sepak berkembang dengan pesat di SSB Krida
Boyolali. Namun demikian, SSB Krida Boyolali mengalami
masalah kekurangan pengetahuan tentang latihan fizikal
(plyometric exercise) yang digunakan untuk meningkatkan
kelincahan atlet-atlet. Faktor kelincahan atlet adalah faktor
yang penting dalam semua jenis sukan. Seseorang atlet bola
sepak yang mempunyai tahap kelincahan yang tinggi dapat
menggiring (dribbling) bola dengan cepat dan lancar tanpa
dirampas oleh pihak lawan. Di samping itu, tahap kelincahan

LAU SIEW WEI (GP 03304)

yang tinggi adalah disebabkan oleh peningkatan kuasa otot


tungkai. Untuk mengkaji keberkesanan latihan pliometrik
terhadap tahap kelincahan atlet, maka kajian kuasi eksperimen
(quasi-experiment) dilaksanakan. Kajian kuasi eksperimen
dilaksanakan dengan menggunakan pra eksperimen dan pos
eksperimen. Kajian ini dijalankan pada bulan Jun dan Julai
2014 di SSB Krida Boyolali. Subjek kajian dibahagikan
kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen yang terdiri
daripada 9 orang atlet yang mengikuti latihan pliometirk dan
kumpulan kawalan yang terdiri daripada 9 orang atlet yang
tidak mengikuti latihan pliometrik. Kumpulan eksperimen
diberi latihan pliometrik 2 kali seminggu selama 4 minggu.
Alat pengukur tahap kelincahan yang digunakan adalah T
Agility Test. Kajian-kajian lepas yang berkaitan adalah seperti
The Effect Of A 6-Week Plyometric Training Program On
Agility.
Kesimpulan
Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa latihan
pliometrik mempunyai hubungan yang positif terhadap tahap
kelincahan atlet. Hal ini disebabkan, terdapat perbezaan yang
signifikan di antara kumpulan eksperimen yang diberi latihan
pliometrik dengan kumpulan kawalan yang tidak diberi latihan
pliometik.
Metodologi

- Responden berjumlah 18 orang atlet.


- Dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu 9 orang menjadi
- Termasuk
kumpulan eksperimen dan 9 orang menjadi kumpulan
kawalan.
rekabentuk kajian,
- Kaedah digunakan adalah kuasi eksperimen (quasi
persampelan,
experiment).
instrumentasi
dan - Kedua-dua kumpulan menjalankan pra-eksperimen dan poseksperimen.
kaedah analisis data
- Alat pengukur digunakan adalah T Agility Test.
**terangkan
detail
instrument/alat kajian yang
digunakan
Keputusan/ Dapatan kajian

- Terdapat pengaruh terhadap pemberian latihan pliometrik


terhadap peningkatan tahap kelincahan.

LAU SIEW WEI (GP 03304)

- Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap


kelincahan antara kumpulan eksperimen yang telah diberi
latihan pliometrik dengan kumpulan kawalan yang tidak
diberi latihan pliometrik.
Perbincangan/Implikasi

Tahap kelincahan atlet dapat dipertingkatkan dengan

kajian

melaksanakan latihan pliometrik secara intensif.

Cadangan kajian lanjutan

Mempelbagaikan corak latihan pliometrik, maka tahap


kelincahan atlet dapat dipertingkatkan.

Komen/Analisis

Atlet-atlet mempunyai tahap fizikal yang berlainan. Oleh itu,


corak latihan pliometrik boleh dipelbagaikan, agar semua atlet
boleh memperolehi latihan pliometrik dengan seimbang.
Selain itu, alat pengukur boleh diperbanyakkan, seperti Shuttle
Run Test, Zig Zag Test dan sebagainya, supaya data diperolehi
adalah lebih tepat.

Anda mungkin juga menyukai