Anda di halaman 1dari 21

1.1 1.1.

Konsep dan Pengertian Falsafah dan Falsafah Pendidikan Konsep dan Pengertian Falsafah

Istilah falsafah adalah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu Philos dan Sophia. Philos bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud kebijaksaan. Selain itu, falsafah juga merupakan Pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. Dengan berpandukan kepada makna dua perkataanYunani ini, istilah falsafah boleh diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan atau mencintai ilmu. Falsafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting. Oleh itu, falsafah boleh diertikan sebgai satu usah untuk berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara yang penting mengenai pendidikan. Pada zaman Yunani yang bertamadun kira-kira 2500 tahun dahulu, ahli-ahli falsafah yang terkemuka seperti Socrates, Plato dan Aristotle sentiasa berusaha cuba memikir, menilai dan mentafsir kehidupan dan pengalaman manusia dengan tujuan untuk mencari kebenaran dan nilai-nilai hidup manusia yang sempurna. Menurut Russel (1946) falsafah dapat ditakrifkan sebagai sesuatu fahaman atau pengertian diantara teologi dan sains. Ini adalah kerana, seperti teologi falsafah mengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat untuk dibuktikan. Oleh itu, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari dan membukti kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Manakala menurut E.D. Miller dalam bukunya Questions That Matter (1984), falsafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara- perkara yang penting. Sehubungan ini, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai satu usaha berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara yang penting mengenai pendidikan. Manakala menurut Sharifah Alwiah Alsagoff dalam bukunya Falsafah Pendidikan (1984) mentakrifkan falsafah sebagai: Falsafah ialah pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan terhadap perkara-perkara yang penting. Falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai. Falsafah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sistem-sistem pemikiran. Falsafah ialah pendekatan yang rasional terhadap sesuatu masalah atau persoalan.

KPF4013: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Page 1

Falsafah ialah satu penyiasatan yang komprehensif dan logikal mengenai asas-asas pemikiran atas semua aktiviti manusia, khususnya dalam bidang sains, seni agama dan pendidikan.

Oleh demikian, perkataan falsafah dapatlah dimaksudkan sebagai pemikiran ataupun pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pendangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Justeru itu, tujuan dasarnya adalah untuk mencari serta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan. 1.1.2 Konsep Falsafah Pendidikan

Pada amnya, falsafah adalah diklasifikasikan kepada empat cabang atau empat bidang utama kajian iaitu Metafizik yang berkaitan dengan kajian realiti, Epistemologi yang berkaitan dengan kajian ilmu, Aksiologi yang berkaitan dengan nilai dan Logik yang berkaitan dengan penaakulan.
1.1.2.1

Metafizik/Ontologi

Metafizik ialah salah satu cabang falsafah yang berkaitan dengan kajian sifat dan asal usul mengenai realiti mutlak. Istilah ini adalah berasal daripada nama tajuk Meta ta physica dalam karya Aristotle Prinsip Pertama. Oleh sebab tajuk itu bermakna Selepas Fizik maka pengertian metafizik ialah perkaitan dengan perkara yang keluar dari fizik. Oleh demikian, pengertian metafizik adalah ditafsir sebagai cabang mengenai kajian realiti yang muktamad. Cabang ini mengkaji realiti mempersoalkan perkara seperti apa dia alam semester, apa dia kehidupan, pemikiran dan apa dia demokrasi serta sebagainya. Disamping itu juga, mempersoalkan perihal Tuhan seerti adanya Tuhan atau tiadanya Tuhan. 1.1.2.2 Epistemologi Epistemologi ialah cabang falsafah yang mengkaji ilmu pengetahuan. Epistemologi memersoalkan perkara seperti Apa dia ilmu? Bagaimana kita memperolehi ilmu? Bagaimana kita bukti kesahihannya? Apakah perkaitan ilmu dengan pembelajaran? Dalam proses perkembangan epistemologi sejak tamadun zaman purba kala telah wujudnya mazhab materialisme dan idealisme iaitu pendekatan-pendekatan dialektif dan metafizik yang bertentangan. Melalui kedua-dua pendekatan ini, maka materialisme dan idealisme berkembang bersama dengan emprisisme dan rasionalisme yang mana idea mereka dianggap lebih mantap dan lebih sistematik. falsafah dengan apa dia ia juga

KPF4013: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Page 2

Secara umunya, epistemologi adalah berlandaskan mazhab idealisme yang menekankan penguasaan ilmu daripada kesedaran kepada kefahaman. Ahli mazhab idealisme berpendapat ilmu didapati daripada pemikiran rasional atau pengalaman subjektif dan pengikut mazhab ini menolak ilmu sebagai refleksi otak manusia terhadap dunia dengan secara objektif. Teori epistemologi yang berlandaskan kepada empirisisme dan rasionalisme merupakan dau mazhab yang paling berpengaruh terhadap pendidikan masa kini. Keduadua teori ini merupakan huraian falsafah secara sistematik yang berkembang dibawah konteks revolusi sains pada abad ke17 dan memberi pertimbangan utama kepada mencari ilmu asas yang kekal.
1.1.2.3

Aksiologi

Elemen aksiologi merupakan cabang falsafah yang mengkaji terhadap nilai, dengan mempersoalkan apa yang bernilai dan cabang ini dapat dikategorikan kepada dua bahagian iaitu etika dan estetika. Cabang etika mengkaji perkara-perkara seperti nilai-nilai moral, prinsip moral dan tingkah laku serta sifat murninya. Maka cabang etika ini pula dikenali sebagai falsafah moral dan istilah etika berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethos yang bermaksud adat resam dan kelakuan. Etika adalah satu disiplin yang dibahagikan kepada etika normatif dan etika metaetika. Etika normatif adalah etika yang mengkaji dan mencadangkan prinsip-prinsip kelakuan yang betul dan sesuai, manakala etika metaetika mengkaji kegunaan dan konsep asas seperti betul dan salah dan aik dan jahat. Estetika pula mengkaji nilai-nilai kecantikan dan seni serta perkataan estetika ini berasal daripada perkataan Yunani yang membawa maksud persepsi deria. Estetika ini mempersoalkan perkara seperti apakah kecantikan, Apakah nilai-nilai kecantikan dan sebagainya. Konsep nilai etika atau estetika adalah berbaza-beza dengan falsafah yang berlainan. Sebagai contohnya, didalam aksiologi idealisme nilai adalah mutlak dan kekal abadi manakala aksiologi pragmatisme memandang nilai sebagai relatif atau tertakluk kepada keadaan.
1.1.2.4

Logik

Logik adalah elemen-elemen yang mengkaji perkara-perkara yang berbentuk penaakulan yang sah dan ianya berkaitan dengan usaha mencari kaedah yang boleh membezakan penaakulan sah dengan penaakulan yang tidak sah. Perkataan logik diperolehi daripada perkataan Yunani Logik dan Aristotle merupakan seorang ahli falsafah yang pertama mengorganisasikan hukum-hukum penaakulan. Logik juga adalah amat berkaitan rapat dengan ketiga-tiga cabang falsafah iaitu metafizik, epistemologi dan aksiologi dan cabang ini digunakan dalam setiap pemikiran mazhab falsafah. KPF4013: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Page 3

1.1.3

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran ataupun pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logik. Tujuan asal falsafah ini adalah untuk mencari serta membuktikan kebenaran dan dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Berdasarkan huraian diatas, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Maka, Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubalkan daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis berlandaskan ideologi negara sebagaimana yang telah termaktub dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini akan menjadi suluh yang memberi pedoman dan hala tuji kepada segala usaha pendidikan sama ada didalam institusu pendidikan ataupun diluar institusi pendidikan. Justeru itu, FPK telah dugubal rapi oleh pakarpakarpendidikan dengan mengambil kiraseluruh aspek yang berkaitan dengan keperluankeperluan individu, masyarakat dan negara. Berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan atas Laporan dan Akta Pendidikan, Rukun Negara dan ciri-ciri ideologi serta kebudayaan masyarakat Malaysia , maka Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dinyatakan telah digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasrkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

KPF4013: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Page 4

1.2

Asas Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1.2.1 Latar Belakang Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) menjadi asas kepada pembentukan sistem dan Dasar Pelajaran Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Ketiga-tiga dokumen ini menegaskan perpaduan sebagai matlamat utama negara. Di samping itu usaha-usaha juga mesti dilaksanakan untuk memajukan aspek-aspek pembangunan bangsa dan negara meliputi kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Kemajuan dalam aspek-aspek ini bertujuan untuk mempercepat serta memperkukuhkan cita-cita ke arah mewujudkan perpaduan negara. Usaha-usaha ke arah mewujudkan perpaduan menjadi semakin mendesak apabila berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Kerajaan telah membentuk Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan dan pengenalan kaum mengikut pekerjaan. Di samping itu digubal Rukunnegara yang menggariskan lima rukun sebagai asas pegangan dan panduan setiap rakyat di negara ini. Di bidang pendidikan, satu jawatankuasa kabinet telah ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan. Dalam Laporan jawatankuasa ini matlamat perpaduan ditegaskan semula. Di samping itu Laporan ini juga meluaskan lagi matlamat pendidikan negara meliputi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. Ringkasnya, matlamat pendidikan ialah untuk melahirkan warganegara yang baik yang memiliki ciri-ciri bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. Lebih lanjut lagi Laporan tersebut menghuraikan ciri-ciri seorangwarganegara yang baik.Ciri-ciri tersebut ialah keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Di samping itu, menghormati dan mematuhi undang-undang serta peraturan,bersedia bekerja atau membuat sesuatu sehingga sempurna, menghormati hakhak individu, mengamalkan tingkahlaku yang baik dan tidak menjejaskan kepentingan orang lain, menghormati dan mempunyai semangat memperbaiki keadaan secara membina. Hasrat dan matlamat pendidikan negara telah dicerminkan dalam Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Dalam konteks pembangunan negara, sistem pendidikan kebangsaan ini dikaitkan pula dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Keperluan untuk menyatakan Falsafah Pendidikan Negara secara tersurat telah lama disedari. Falsafah Pendidikan ini dapat menjadi cermin cita-cita dan keunggulan yang hendak diperjuangkan oleh rakyat negara ini. Selaras dengan hasrat dan cita-cita ini Falsafah Pendidikan Negara Bagi melahirkan individu yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Pernyataan falsafah ini menegaskan bahawa sistem pendidikan Negara memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke KPF4013: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Page 5

arah melahirkan insan yang baik, berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan.Individu yang semiliki sahsiah yang sepadu apabila semua potensi dirinya dikembangkan secara selaras, menyeluruhdan harmonis.Falsafah Pendidikan Negara adalah teras kepada sistem pendidikan di negara ini. Falsafah ini digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju hala dan matlamat yang benar dan tepat di dalam system dan rancangan pendidikannya. Selaras dengan Rukunnegara, falsafah pendidikan ini turut menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara adalah berpaksikan keTuhanan. Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki ciri-ciri baik, seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik, seimbang dan harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan Negara. 1.2.2 ASAS PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN : FALSAFAH BARAT DAN FALSAFAH ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan turut dipengaruhi oleh falsafah barat. Mazhab falsafah barat mengandungi idealism, realism,pragmatism dan juga eksistensialisme yang telah mempengaruhi perkembangan semua disiplin ilmu termasuk pendidikan. Mazhab ini juga telah turut mempengaruhi aliran pemikiran dalam pendidikan barat seperti perenialisme, progresivisme,esensialisme dan rekonstruksionisme. Perenialisme berfokus kepada perkembangan diri dengan tujuan utama adalah pendidikan ialah untuk mengajar nilai dan ilmu sejagat serta memupuk nilai rasional dan intelek. Essensialisme pula melihat pendidikan sebagai persediaan untuk kerjaya dan kewarganegaraan. Sekolah memainkan peranan yang penting dalam membantu perkembangan intelek pelajar. Guru mempunyai kuasa terhadap pengajaran dan kurikulum. Progressivisme menyatakan bahawa kebenaran itu adalah relative dan tentative. Ilmu pengetahuan membawa kepada perubahan dan perkembangan. Sistem pendidikan harus menyediakan murid supaya boleh menyesuaikan diri dengan perubahan situsasi. Fahaman pendidikan rekonstruksionisme pula menyarankan penambahbaikan dan pembangunan semula masyarakat. Sekolah dianggap sebagai tempat untuk menyelesaikan masalah masyarakat. Falsafah pendidikan Islam pula adalah berasaskan pengajaran agama Islam. Ianya diperolehi daripada al-quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Pendidikan dilihat sebagai usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,kemahiran dan amalan berasaskan alquran dan sunnah. Ini menyediakan manusia dengan pengalaman dan ilmu yang lengkap supaya ia memainkan peranan dan tanggungjawab seorang khalifah dengan baik. Objektif utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk menghasilkan perhubungan melalui nilai-nilai murni seperti Kepercayaan kepada Tuhan, keperibadian yang baik, KPF4013: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Page 6

bertanggungjawab, setia kepada Negara serta mampu member sumbangan kepada kemajuan Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh dijadiak panduan kepada golongan pendidik untuk lebih memahami system pendidikan kebangsaan. FAKTOR AGAMA Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia.Di samping itu, Agama Kristian, Agama Buddha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut undangundang negara. Agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan FPK FAKTOR SOSIAL Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain.Sikap positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. FAKTOR POLITIK Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk idealogi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara.Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK). FAKTOR EKONOMI Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembang ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya.Cita-cita memperkembangkankan ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK). FAKTOR INDIVIDU Potensi Individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani,emosi dan jasmani. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Ini merupakan pernyataan utama dalam kandungan FPK.

FAKTOR SEJAGAT KPF4013: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Page 7

Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa.Sehubungan itu, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).Faktor sejagat yang berkaitan dengan pendangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup yang dirancangkan oleh UNESCO 1980-an. 1.2.3 RUMUSAN

Falsafah Pendidikan Negara adalah teras kepada sistem pendidikan di negara ini. Falsafah ini digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju hala dan matlamat yang benar dan tepat di dalam sistem dan rancangan pendidikannya. Falsafah pendidikan ini turut menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara adalah berpaksikan keTuhanan. Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki ciri-ciri baik, seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas,insan yang baik, seimbang dan harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara

1.3 1.3.1

FPK dari Segi Bentuk, Proses dan Matlamat Pendidikan PENGENALAN

KPF4013: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Page 8

Falsafah pendidikan berbunyi: Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan manusia daripada peringkat yang paling rendah hingga ke peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk negara. Falsafah pendidikan kebangsaan sebenarnya merupakan hasrat negara untuk melahirkan warganegara yang baik iaitu insan yang berilmu, beraklak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan, sejahtera diri dan mampu menjaga keharmonian keluarga, masyarakat dan negara. Hasrat ini sebenarnya dapat dijayakan melalui proses pendidikan. Falsafah pendidikan negara sebenarnya mempunyai tiga komponen utama iaitu: Bentuk pendidikan Proses pendidikan yang mesti dilaksanakan Matlamat pendidikan yang mesti dicapai 1.3.2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ( FPK ) DARI SEGI BENTUK

Pendidikan merupakan satu bentuk proses yang panjang. Ini kerana proses pendidikan itu sendiri sebenarnya bermula sejak daripada individu itu dalam kandungan lagi sehinggalah ke akhir hayat. Pendidikan juga merupakan proses pembinaan bangsa dan negara sejak merdeka lagi. Proses pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri setiap individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan seterusnya negara, Jelaslah di sini bahawa bentuk pendidikan itu sendiri merupakan satu proses.

1.3.3 FALSAFAH PENDIDIKAN

PENDIDIKAN

KEBANGSAAN

DARI

SEGI

PROSES

KPF4013: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Page 9

Dalam proses pendidikan, FPK menekankan konsep menyeluruh dan bersepadu. Apa yang dimaksudkan dengan menyeluruh dan bersepadu ialah pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di sekolah atau pun di institusi tidak hanya berfokuskan kepada aspek akademik semata mata bahkan potensi atau bakat juga perlu diambil kira. Ini kerana setiap individu mempunyai potensi atau bakat yang tanpa mereka sedari boleh memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Bakat atau potensi ini perlu dicungkil dan dibimbing secara optimum dan sekolah serta institusi pendidikanlah yang berperanan dalam mencungkil bakat yang ada pada setiap individu. Kebiasaanya, ramai individu yang berbakat akan bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak institusi pendidikan bagi mengembangkan lagi bakat yang dimiliki oleh mereka. Justeru itu, situasi ini memperjelaskan bahawa FPK sebenarnya amat mementingkan ciri individu yang seimbang iaitu dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah diri. Ketiga- tiga elemen ini sebenarnya penting bagi pembangunan dan kesejahteraan diri setiap individu. Terdapat beberapa perkara yang difokuskan dalam proses pendidikan iaitu: i. Mendidik sebagai satu usaha ii. Mendidik secara berterusan iii. Pengajaran ke arah mengembangkan lagi potensi murid iv. Pengajaran berfokus individu v. Pengajaran dilaksanakan secara bersepadu dan menyeluruh ( Intelek, Rohani, Emosi dan Rohani ). vi. Membangunkan pelajar secara seimbang dan harmonis vii. Berpaksi ketuhanan Mendidik sebagai satu usaha dan mendidik secara berterusan dapat dirumuskan bahawa proses pendidikan itu sudah bermula sejak dari dalam kandungan lagi sehinggalah ke akhir hayat. Sepanjang tempoh tersebut, pendidikan yang berlaku merupakan proses pemerolehan dan pemindahan secara berterusan yang melibatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Pendidikan berterusan ini melibatkan tiga peringkat iaitu: Peringkat awal pada peringkat ini proses pendidikan biasanya diperolehi secara tidak formal di rumah yang memberi penekanan terhadap aspek aspek seperti pertuturan, bimbingan agama, asuhan budi pekerti, perhubungan fizikal dan penjagaan kesihatan. Peringkat sekolah pada peringkat ini pula proses pendidikan diperolehi secara formal di mana ianya melibatkan dua peringkat persekolahan iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah. Aspek aspek yang diberi penekanan pada peringkat ini ialah seperti perolehan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran, penghayatan nilai murni, perkembangan bakat dan potensi, serta pembentukkan jati diri. Peringkat lepas sekolah pendidikan akan terus berlaku apabila seseorang itu melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi atau semasa berada di tempat kerja mahupun dalam komuniti. Pendidikan juga boleh berlaku secara pembelajaran kendiri sama ada melalui internet dan media massa. Pada peringkat ini penekan adalah dari aspek peningkatan perolehan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran, penghayatan agama dan nilai murni, perkembangan bakat dan potensi serta penyesuaian hidup.

KPF4013: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Page 10

Proses pendidikan yang seterusnya pula ialah pengajaran ke arah mengembangkan lagi potensi murid. Potensi bermaksud kebolehan, keupayaan atau bakat yang dimiliki oleh seseorang individu. Potensi individu dapat dilihat melalui empat aspek iaitu: Intelek potensi intelek merupakan keupayaan mental yang berkaitan dengan akal dan daya fikir. Ianya sangat penting bagi memastikan seseorang itu akan memperolehi kemahiran asas 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul, berfikir secara kreatif dan kritis, meningkatkan dan menyebarkan ilmu, serta memanfaatkan ilmu untuk diri sendiri dan orang lain. Intelek sangat penting dalam perkembangan sesuatu bidang ilmu. Rohani potensi rohani berkaitan dengan jiwa ataupun kalbu. Ianya melibatkan hubungan individu dengan tuhan. Unsur rohani ini perlu dikembangkan bagi membentuk individu seperti berakhlak mulia, memupuk dan membina displin kendiri dan lain- lain. Ianya bersesuaian dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Emosi potensi emosi melibatkan perasaan dan ianya juga melibatkan jiwa. Perkembangan emosi dalam FPK adalah bagi memastikan seseorang individu memiliki semangat kekitaan dan perpaduan, perasaan yang tenang dan tingkah laku yang terkawal, ini kerana emosi sebenarnya boleh mempengaruhi seseorang dalam bertingkah laku dan bertindak. Jasmani potensi jasmani dilihat dari segi keupayaan psikomotor yang dimiliki dan kecergasan fizikal manusia. Perkembangan unsur ini sebenarnya penting bagi memastikan seseorang individu itu berkeupayaan untuk melakukan riadah, menjaga kesihatan dan lain lain. Kesihatan dan kecergasan tubuh badan adalah penting bagi setiap rakyat Malaysia bagi memastikan mereka dapat menjadi insan yang mampu melaksanakan apa sahaja tugas dan bidang yang diceburi. Selain itu juga itu, proses pendidikan lebih berfokus kepada individu. Pengajaran dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu bermaksud kesemua aspek seperti aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani dilakukan secara menyeluruh dan bersepadu kerana semua aspek tersebut adalah penting dan saling berhubung kait antara satu sama yang lain dan hendaklah dikembangkan secara bersepadu. Penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai hanya akan diperolehi melalui perkembangan keempat empat aspek tersebut. Di dalam falsafah pendidikan kebangsaan telah menjelaskan bahawa pembangunan insan hendaklah seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi membolehkan manusia menjalani kehidupan dengan harmonis, seterusnya dapat membentuk keluarga, masyarakat dan negara yang aman dan damai. Membangunkan pelajar secara seimbang dan harmoni juga merupakan salah satu proses pendidikan. Proses pendidikan yang seterusnya ialah berpaksikan ketuhanan. Kepercayaan kepada tuhan merupakan prinsip utama pertama dalam rukun negara di mana kepercayaan kepada agama serta mengamalkan segala perintah agama adalah penting dalam mengawal diri seseorang individu. Oleh kerana itu FPK telah memfokuskan pembangunan diri individu itu adalah berpaksikan kepada ketuhanan iaitu mengakui kewujudan pencipta serta mengikuti dan mengamalkan ajaran agama masing masing. 1.3.4 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ( FPK ) DARI SEGI SEGI MATLAMAT PENDIDIKAN

KPF4013: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Page 11

Falsafah pendidikan kebangsaan telah menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan kata lain, ia menggabungkan matlamat, dasar- dasar dan amalan amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik. Secara amnya, FPK bertujuan menjelaskan secara rasional amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan pada masa hadapan ( KPM, 1992 ). Dari aspek matlamat pendidikan pula, FPK melakukan satu usaha yang berterusan ke arah mempekembangkan potensi seseorang individu secara menyeluruh dan bersepadu. Ianya bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari pelbagai aspek sama ada dari aspek rohani, intelek, emosi mahupun jasmani berdasarkan kepada kepercayaan kepada tuhan. Selain itu juga, FPK dari segi matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berdisplin dan sebagainya. FPK merupakan gabungan matlamat, dasar, dan amalan pendidikan yang berkaitan dengan tiga aspek. Tiga aspek itu adalah rukun negara, dasar ekonomi baru dan dasar pendidikan kebangsaan. FPK juga bermatlamat kepada pembangunan kemanusiaan. Dalam FPK, rakyat Malaysia yang berakhlak mulia yang dimaksudkan merangkumi aspek aspek seperti yakin pada nilai murni, mengetahui nilai yang baik dan buruk dan lain- lain lagi. Rakyat Malaysia dituntut agar berakhlak mulia sesuai dengan amalan budaya ketimuran. Melalui pendidikan juga diharap dapat melahirkan warganegara Malaysia yang bertanggungjawab serta berketrampilan iaitu menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna. Rakyat yang mahir serta progresif mampu untuk membantu menaikkan taraf ekonomi negara. Matlamat ini hanya dapat dicapai dengan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu seperti yang termaktub dalam FPK. Pendidikan yang menyeluruh ini juga membolehkan pelajar tahu segala bidang walaupun tidak pakar pada bidang tersebut. Selain itu, matlamat FPK ialah mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi, sosial dan peluang di antara kaum. Sekolah amat berperanan dalam merapatkan jurang antara kaum dalam menerapkan nilai nilai murni kepada murud- murid. Hal ini bertujuan murid murid dapat bersama sama tolong menolong dan bertolenrasi antara satu sama lain agar keharmonian dan kemakmuran negara terpelihara seterusnya dapat melahirkan warganegara yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat.

FPK juga bermatlamat untuk melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip prinsip rukun negara dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujudkan perpaduan berbilang kaum. Rakyat yang sentiasa bertolak ansur adalah rakyat yang membawa perpaduan dalam Malaysia. Rakyat ini lah yang dapat membentuk negara KPF4013: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Page 12

Malaysia yang aman dan selamat. Rukun negara mempunyai lima prinsip yang menjadi teras kepada perpaduan negara iaitu; i. Kepercayaan kepada tuhan ii. Kepercayaan kepada raja dan negara iii. Keluhuran perlembagaan iv. Kedaulatan undang- undang v. Kesopanan dan kesusilaan Perpaduan adalah sangat penting bagi sesebuah masyarakat majmuk di Malaysia. Kehormonian dan kemakmuran sesebuah negara dihasilkan oleh masyarakat yang harmoni dan makmur. Masyarakat yang harmoni dan makmur pula berlandaskan kepada keluarga yang harmoni dan bahagia. Keadaan negara yang aman dan harmoni dapat menjamin perkembangan ekonomi serta pembangunan negara dalam semua bidang. FPK dari segi matlamat pendidikan juga adalah untuk melahirkan warganegara Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. FPK sebenarnya bermatlamat untuk memastikan lima prinsip rukun negara ini di patuhi dan dihayati oleh pelajar pelajar Malaysia dengan menerapkan unsur kelima lima prinsip di dalam sistem perpaduan negara. Falsafah pendidikan kebangsaan dari segi matlamat pendidikan juga adalah untuk melahirkan warganegara Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Pendidikan yang berkesan dapat melahirkan pelajar yang baik. Individu yang baik akan membantu mentransformasikan keluarganya menjadi lebih baik sama ada dari segi mobiliti sosial mahu pun mobiliti ekonomi. Sekiranya individu itu membentuk kelurga, diyakini beliau mampu menjadikan keluarganya harmoni dan makmur. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekekti yang baik dan akhlak yang mulia secara langsung menjadi ciri ciri asasi seseorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Kesimpulannya, FPK digubal untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai keseimbangan dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Melahirkan insan yang berakhlak mulia dan mempunyai nilai moral yang tinggi berpandukan agama yang sebenar.

1.4

Implikasi FPK Terhadap Pembangunan Negara.

Pengenalan KPF4013: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Page 13

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPK). Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan kehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat terendah kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadikan warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insane yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Antara Implikasi-implikasi FPK : 1.4.1 Mengembangkan potensi dan melahirkan individu secara menyeluruh, seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah pendidikan negara bermatlamat kepada pembangunan kemanusiaan dengan kata lain, implikasi daripada FPK ini akan melahirkan individu secara menyeluruh, bersepadu, seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Perkembangan potensi intelek misalnya adalah memastikan seseorang itu memperolehi kemahiran 4M ( Menulis, Membaca, Mengira dan Menaakul), berfikir secara kreatif dan kritis, mendapatkan ilmu dan menyebarkan ilmu serta memanfaatkan ilmu untuk diri sendiri dan orang lain. Hal ini menunjukkan perkembangan intelek amat penting kepada kemakmuran dan kesejahteraan manusia dan alam sekitar serta tidak bertentangan dengan agama. Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang pendidikan secara berterusan, ilmu dan nilai ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusai akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Implikasinya fungi ilmu ini dapat mengubah manusia supaya menjadi warganegara yang berilmu pengetahuan. Bagi membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, konsep pendidikan sepanjang hayat hendaklah dilaksanakan oleh kerajaan.

Selain itu, implikasi FPK dari sudut insan yang seimbang dan harmonis ialah membentuk manusia yang dapat membangunkan dirinya secara menyeluruh melibatkan semua potensi diri. Hal ini dapat menjadikan mereka insan yang berjaya dalam kerjayanya, bersyukur dengan nikmat yang diterima dan bersedia berhadapan dengan cabaran dan rintangan. Dengan maksud lain, pembangunan insan hendaklah seimbang KPF4013: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Page 14

bagi membolehkan manusia menjalani kehidupan dengan harmonis, seterusnya membentuk keluarga, masyarakat dan negara yang aman dan damai. 1.4.2 Menghasilkan Rakyat yang Berketerampilan, Mahir, progresif dan Cekap

Sebagai sebuah negara yang merdeka, keperluan terhadap tenaga manusia untuk membangunkan negara memang tidak dapat dinafikan. Adalah penting bagi rakyat Malaysia sihat, berkemahiran dan cergas tubuh badan agar dapat menjadi insan yang mampu melaksanakan apa sahaja tugas dan bidang yang diceburi. Sehubungan itu, implikasi dari perkembangan potensi dari unsur jasmani bertepatan dalam melahirkan warganegara yang sihat, berdikari, cekap, memiliki kepakaran untuk terus membangunkan negara di peringkat global. Dalam usaha menjadi negara yang maju menjelang tahun 2020, negara sangat memerlukan tenaga kerja yang berketerampilan dalam kalangan rakyat Malaysia bagi terus membangunkan negara. Justeru itu, melihat kepada matlamat FPK adalah melahirkan rakyat yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam menjalankan tugas dengan berkesan amatlah relevan dapat memastikan menjelang tahun 2020, Malaysia mempunyai tenaga kerja dari rakyatnya sendiri yang cekap, mahir dan progresif. Selain itu, implikasi FPK juga dapat menghasilkan warganegara yang melaksanakan tugas secara produktif dan sempurna. Rakyat yang mahir dan produktif ini mampu membantu menaikkan taraf ekonomi negara. Matlamat FPK ini dapat dicapai dengan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu di mana pelajar mengetahui segala bidang walaupun tidak pakar pada bidang tersebut. 1.4.3 Melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan berkeupayaan dalam mencapai kesejahteraan diri. Pendidikan berperanan melahirkan rakyat Malaysia yang amanah, produktif dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Dalam FPK, ditegaskan bahawa pendidikan hendaklah melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dalam : i. Sentiasa mempertingkatkan daya pengeluaran ii. Mematuhi peraturan dan undang-undang negara iii. Menyedari tugas dan amanah iv. Menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah, v. Berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara. vi. Menyedari tugas dan amanah dilaksanakan dengan sempurna vii. Implikasi dari FPK ini akan melahirkan rakyat Malaysia yang berdedikasi, amanah dalam menjalankan tugas sekaligus dapat menghapuskan amalan rasuah di negara kita. Selain itu, implikasi dari FPK ini memastikan warganegara mencapai kesejahteraan diri. Ini kerana, kekayaan, kelulusan tinggi serta pangkat tidak menjamin kesejahteraan hidup seseorang, apa yang lebih penting ialah bagi mencapai kesejahteraan hidup aman dan sejahtera. Rakyat Malaysia haruslah mewujudkan perhubungan yang baik dengan orang KPF4013: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Page 15

lain, berfikiran waras, jiwa yang tenang dan badan yang sihat dan mempunyai ketahanan diri yang kuat bagi menghadapi cabaran hidup. 1.4.4 Melahirkan rakyat yang memahami dan mengamalkan rukun negara,bersikap toleransi, semangat perpaduan dan memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara. FPK bermatlamat untuk melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsipprinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi sesame rakyat untuk mewujudkan perpaduan berbilang kaum. Rakyat yang sentiasa bertolak ansur adalah rakyat yang membawa perpaduan di dalam Malaysia. Rakyat inilah yang dapat membentuk negara Malaysia yang aman dan damai. Perpaduan adalah sangat penting dalam masyarakat yang majmuk seperti Malaysia. Keharmonian sesebuah negara dapat dicapai daripada masyarakat yang harmoni dan makmur. Masyarakat yang harmoni berasal daripada keluarga yang harmoni dan makmur. Oleh yang demikian, rakyat Malaysia perlu dilatih dan mahir dalam pelbagai bidang agar menjadi modal insane yang produktif dan inovatif seterusnya member sumbangan kepada pembangunan negara. Dalam FPK, hal-hal ini amat ditegaskan : i. Mengekalkan kestabilan negara ii. Memupuk keharmonian iii. Bersemangat patriotic dan cintakan negara iv. Mematuhi, mengekal dan mempertahankan perlembangan v. Menghayati dan mengamalkan rukun negara vi. Memajukan ekonomi bangsa dan negara vii. Memupuk kerjasama, berbakti, toleransi, kekitaan dan hormat-menghormati untuk perpaduan. Jelas menunjukkan matlamat FPK ini memberikan impak yang besar bukan sahaja kepada pembangunan dan kesejahteraan individu, tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap peringkat yang berkaitan dengan invididu bermula dari keluarga, masyarakat seterunya kepada negara. Oleh itu, impak FPK ini dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berkemahiran dalam pelbagai bidang, bersikap toleransi. Saling hormatmenghormati dan bekerjasama bagi mencapai perpaduan, kesejahteraan dan kestabilan negara

1.5

Rumusan

Berdasarkan penyataan FPK, dapatlah dirumuskan bahawa proses pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Justeru itu, kesan akhir pendidikan adalah untuk pembangunan diri insane secara menyeluruh dan seimbang agar menjadi individu, ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia KPF4013: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Page 16

dan berbakti kearah keluarga, masyarakatdan negara yang aman damai dan bersatu padu. Semua pihak perlu berganding bahu bagi memastikan matlamat FPK ini dapat dicapai dan diamalkan oleh setiap individu.

Rujukan Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan : Matlamat dan Misi, Kuala Lumpur : PPK Zaini Abdullah. (2011). Falsafah & Perkembangan Pendidikan Malaysia : Siri Nota Pembelajaran. Tanjung Malim. UPSI. KPF4013: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Page 17

Mok Soon Siang. 2003. Ilmu Pendidikan untuk KPLI Komponen 3 Profesionalisme keguruan, Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa. (1994). Falsafah dan Konsep pendidikan (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Fajar Bakti SK Seri Cheding, (2006). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. http://sksc. ppdkualalangat.gov.my/index.php. Akses pada 20 Februari 2008. Chong Lean Keow (2008), Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia untuk PPPRPET. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Soalan objektif 1. Antara matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah untuk menghasilkan insane yang ___________________________ A. Kamil dan bersatu padu B. Menghayati nilai-nilai integrasi C. Berkemahiran dari segi teknologi KPF4013: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Page 18

D. Harmonis dan seimbang dari semua segi 2. Fungsi falsafah pendidikan ialah A. B. C. D. Mencadangkan matlamat pendidikan. Member rasional kepada amalan yang terdapat dalam pendidikan Menjelaskan istilah, pemikiran dan prinsip yang membimbing pendidikan Mengenalpasti segala konsep, prinsip dan nilai yang ada di sebalik setiap amalan pendidikan.

3. Falsafah Pendidikan Guru adalah berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Apakah matlamat yang ingin dicapai oleh Falsafah Pendidikan Guru? A. B. C. D. Menghayati nilai-nilai profesion keguruan. Menjadikannya panduan dalam tugas pengajaran harian Menyedari kepentingan tugas guru dalam bidang pendidikan Melahirkan guru berpekerti mulia dan menjujung aspirasi negara.

4. Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, rakyat yang dilahirkan oleh sistem pendidikan negaraakan mempunyai sifat-sifat berikut kecuali A.berilmu pengetahuan B.berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri sahaja C.berdaya saing D.berkhlak mulia
5. A n t a r a c a b a n g - c a b a n g f a l s a f a h , c a b a n g m a n a k a h

yang mengkaji tentang nilai-nilai keindahan nilainilai kecantikan? A.Etika B. Pragmatisme C. Realisme D. Aksiologi
6. P e n y a t a a n b e r i k u t a d a l a h b i d a n g y a n g d i k a j i o l e h

cabang falsafah epistemologi kecuali? A.Apakah yang patut disukai? B. Apakah yang boleh diketahui? C. Bagaimanakah kita mengetahui? D. Apakah sumber pengetahuan? KPF4013: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Page 19

7. Bagaimanakah yang dikatakan dengan berfikir secara sistematik dalam bidang falsafah? A.Berfikir secara umum dan mencakupi keseluruhan perspektif. B. Berfikir sehingga keakar umbi sehingga ke dasar/akhir. C. Berfikir secara logic dan tersusun yang bergerak kehadapan dengan penuh kesedaran dengan urutan bertanggungjawab dan saling hubungan yang teratur D. Berfikir secara kraetif dan kritis untuk menyelesaikan masalah dan memikirkan akibatnyapositif dan negative. 8. Pendidikan merupakan satu bentuk proses yang panjang. Proses pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri setiap individu tetapi juga untuk: A.Mewujudkan masyarakat yang harmonis B. Melahirkan insane yang cemerlang C. Mewujudkan semangat perpaduan D. Pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu.

9. Falsafah pendidikan kebangsaan dari segi matlamat pendidikan adalah seperti: I. II. III. IV. Melahirkan warganegara yang baik Bertanggungjawab Dapat memupuk semangat perpaduan Mewujudkan semangat kerjasama A.I dan IV KPF4013: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Page 20

B. I dan II C. I I I d a n I V D. I , I I d a n I V 10. Asas pembentukan FPK adalah daripada gabungan falsafah barat dan falsafah islam. Di antara yang berikut manakah daripada asas falsafah islam I. II. III. IV. Metafizik Esensialisme Logic Perenialisme A. I dan II B. II dan III C. I dan IV D. II dan IV

KPF4013: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Page 21

Anda mungkin juga menyukai