Anda di halaman 1dari 4

Perbandingan Falsafah Timur dan Barat dalam Membincangkan Konsep Pendidikan

1.0 Pengenalan

Falsafah pendidikan berasal daripada dua istilah asas iaitu falsafah dan pendidikan.
Perspektif sains kognitif, sains tulen telah diibaratkan sebagai pepohon, manakala falsafah
diumpamakan

seperti

tanah

di

mana

pepohon

tumbuh

dengan

suburnya.

(Ayn

Rand,Philosophy,who needs it m/s 2.


Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani Kuno (philosophia), dan dalam
pengertian yang bebas ia bermaksud "Cintakan Hikmah" berdasarkan (Al-Syaibany, 1991)
Hikmah ialah satu pandangan dan fikiran yang tinggi atau jauh serta matang. Pengamatannya
tidak dapat dicapai oleh pengetahuan biasa.
Jadi, falsafah merupakan satu usaha untuk mencari kebenaran, (seeking the truth). Namun,
ada juga falsafah yang bersifat relatif seperti Liberalisme, Idealisme, Asetisme, Eksistensialime,
Hedonisme, Kapitalisme, Kommunisme dan banyak lagi. Falasafah seperti ini ialah falsafah
yang menyimpang dari jalan kebenaran.
Falsafah dapat dikategorikan kepada tiga perspektif berbeza iaitu perspektif Islam,
perspektif Barat dan perspektif Timur. Perspektif Barat dan Perspektif Timur dapat dilihat seperti
berikut.
1.2 Erti Falsafah daripada Perspektif Barat
Mengikut pendapat Socrates (469-399 s.m.) pembentukan pengetahuan yang murni amatlah
penting untuk mencapai kebijaksanaan. Tambahan lagi, beliau menyatakan bahawa falsafah
berdasarkan dari usaha melalui penyelidikan sejati untuk mencapai kebajikan. Falsafah

Socrates adalah berpusatkan kepada manusia dan tingkahlakunya. Beliau cuba menyelidiki
pengetahuan yang murni dengan cara mengamati yang konkrit dan menganalisanya hingga
timbul sesuatu yang murni. Mengikut beliau cara bersoal-jawab (terkenal dengan nama
Dialog-Socrates) sangatlah efektif untuk mendapat pengetahuan yang murni. Menurut
Socrates
...ilmu pengetahuan yang merangkumi kebenaran. Terkandung di dalamnya seperti
metafizik, logik, retorik, etika, ekonomi, politik dan estetika.
Plato (427-347 s.m.) pula mengatakan bahawa falsafah ialah usaha untuk mencari
kearifan melalui proses dialektik dan usaha untuk mengetahui hal keadaan jiwa manusia.
Konsep Plato mengenai falsafah adalah pelbagai dan ini akan dapat diperhatikan dengan
jelas dalam karaya-karyanya. Konsep Plato ini telah mempengaruhi pemikiran Barat amnya
dan ahli-ahli pendidik khususnya semenjak lebih daripada dua ribu tahun dahulu.
Cicero (106-43 sm.) Cicero, ahli falsafah Romawi, menyebut falsafah sebagai ibu dari
semua seni (the mother of all the arts). Mengikut beliau falsafah ialah punca dari segala ilmu
pengetahuan yang terluhur. Beliau juga menegaskan falsafah sebagai seni kehidupan.
Konsep Cicero ini berkembang luas di kalangan orang biasa yang terpelajar pada zaman
Renaissance (1450-1600).
Thomas Aquinas (1225-1274) Beliau ialah seorang tokoh falsafah yang besar dari abad
ke-l3 iaitu abad ilmu pengetahuan. Mengikut beliau falsafah ialah alat untuk menetapkan
kebenaran ketuhanan sekadar yang dapat dicapai oleh akal manusia. Tegasnya lagi
kebenaran teologi (ketuhanan) yang diterima oleh kepercayaan melalui wahyu tidak dapat

ditentang oleh suatu kebenaran falsafah yang dicapai dengan akal manusia. Ahli falsafah
adalah bebas menyelidiki kebenaran ketuhanan asalkan kesimpulannya tidak bertentangan
dengan kebenaran-kebenaran yang tetap dari teologi.
1.3 Pengertian Falsafah daripada Perspektif Timur
Bahagian timur juga mempunyai permata-permata yang terkenal dengan ilmu falsafahnya.
Pertama, Confucius. Seorang tokoh dari China mengatakan bahawa falsafah adalah
berkenaan pemupukan diri dan dan mengamankan manusia sejagat. Falsafah beliau adalah
mengenai pengajian tentang manusia (Ren Xue).
Kedua, menurut Rabindranath Tagore falsafah adalah berdasarkan perubahan dan
membentuk semula pengalaman atau dengan kata lain ilmu pengetahuan dapat diperoleh
melalui cara perhubungan manusia dengan alam sekitar disamping berpegang kepada prinsip
bahawa pembelajaran berpusatkan minat. Beliau merupakan seorang ahli falsafah dan
penyair dari India.
Ketiga, mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff dalam bukunya Falsafah Pendidikan (1984),
memberi tafsiran falsafah dengan lebih lengkap iaitu, falsafah ialah pertimbangan asas dan
andaian mengenai pertimbangan terhadap perkara penting.
Keempat, mengikut seorang filasuf Indonesia, Hasbullah Bakry dalam Sains Falsafah dan
Agama (1982) ilmu falsafah adalah ilmu yang menyelidiki segala sesuatu dengan mendalam
mengenai ketuhanan, alam semesta dan manusia sehinga dapat menghasilkan pengetahuan
tentang bagaimana sikap manusia itu sebenarnya setelah mencapai pengetahuan itu.

2.0
3.0
4.0
5.0
6.0
7.0
8.0

Kekuatan dan Kelemahan


Teori berkaitan
Penambahan
Aplikasi yang bersesuaian
Model
Lampiran
Bibliografi

Anda mungkin juga menyukai