Anda di halaman 1dari 11

HNS 2013

KENEGARAAN

TAJUK :

PENCEMARAAN DAN BENCANA ALAM


PENCEMARAN DAN BENCANA ALAM DI MALAYSIA

PENGENALAN

Sejak 5 tahun kebelakangan ini, kita sering terdengar tentang pelbagai pemasalahan yang

berlaku terhadap alam ini. Semakin banyak bukit di gondol, penebangan hutan berleluasa,

pembalakan haram, perncemaran sungai dan bermacam-macam perkara lagi. Mengapakah

perkara ini sering berlaku? Adakah sudah hilang kesedaran unk mencintai dan menjaga alam ini?

Adakah perkara-perkara yang berlaku sekarang adalah salah-satu daripada dosa pihak keraajaan?

Sebelum kita mengupas lebih lanjut tentang pemasaalahan ini, saya ingin menerangkan secara

umum tentang alam sekitar. Apa itu alam sekitar? Berdasarkan kamus dewan perkataan alam

sekitar membawa maksud keadaan lingkunagn atau sekeliling. Oleh itu, sekiranya berdasarkan

keadaan terjemahan literal, maka ‘alam sekitar’ bermaksud apa sahaja melingkungi manusia.

Alam sekitar juga boleh dirujuk sebagai fenomena fizikal yang berlaku di muka bumi seperti

iklim, cuaca, suhu, dan lain-lain bagi menjaga kestabilan bumi. Oleh yang demikian, pencemaran

alam sekitar akan menyebabkan berlakunya perubahan fenomena fizikal yang mengakibatkan

bencana alam serta menganggu kestabilan bumi.

Menurut Islam pula, “environmentalisme” berasaskan kepada ajaran tauhid atau

kefahaman adalah kesatuan yang menggabungkan manusia, alam dan tuhan. Agama Islam

menjadikan akhlak sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan tuhan.Berasaskan dasar itu,

sebenarnya sebarang masalah atau pencemaran alam sekitar berpunca daripada kesempurnaan
akhlak manusia terhadap dirinya, alam dan tuhan. Konsep manusia sebagai khalifah

menunjukkan bahawa alam sekitar ini merupakan hak Allah dan ciptaan-Nya maka manusialah

perlu melaksanakan misi dan amanah itu. Di samping itu, alam ini merupakan tanda yang

tersurat dan tersirat atau simbol tentang kebesaran dan kekuasaan Allah.

Apakah kaitan manusia dalam pencemaran alam? Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai

pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran

menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan alam. Takrifan pencemaran

yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan

bahawa “pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung

kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling

dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-

kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya

kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan

dan haiwan”.
PENCERMARAN, PUNCA DAN KESAN

TANAH

Tanah merupakan sumber asli kepada manusia dan pokok adalah paksi kepada kekuatan tanah.

Akar pokok yang mencengkam tanah menghalang daripada berlakukanya tanah runtuh, banjir

lumpur dan sebagainya. Walaubagaimanpun, kerakusan manusia yang hanya memikirkan

keuntungan telah mengakibatkan kerugian kepada gernerasi akan datang. Hari demi hari mereka-

mereka yang tidak bertanggungjawab ini secara rakusnya melakukan pembalakan haram,

meneroka hutan-hutan belantara dan sebagainya seperti yang berlaku di Cameron highland,

Kelantan, Pahang dan beberapa lokasi lagi. Mari kita kupas sedikit apa yang berlaku di Cameron

Highlands.

Apakah yang berlaku di Cameron Highland?

Pemasangan 'Plastic Rain-Shelter' oleh pekebun dalam skala besar tanpa reka bentuk yang sesuai

terutamanya di lereng-lereng bukit, menyebabkan air hujan yang mengalir ke sungai menjadi

lebih deras dan banyak serta menyebabkan hakisan. Terdapat kemungkinan juga pemasangan

'Plastic Rain-Shelter' di lereng-lereng bukit dalam skala yang besar boleh merencatkan proses

kitaran air semulajadi. Apabila hujan, sebahagian daripada air hujan akan menyerap ke dalam

tanah tetapi, apabila sesuatu kawasan besar dilindungi dengan pelindung plastik, maka kadar

serapan air hujan akan berkurangan. Berdasarkan kajian 'Plastic Rain-Shelter' atau dikenali

sebagai rumah plastik yang mempunyai reka bentuk hampir sama dengan rumah hijau berfungsi

mengurangkan kadar kelembapan hasil tanaman dan menghasilkan produk tanaman yang lebih

berkualiti. Kajian dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Pertanian Malaysia


(Mardi) menyatakan kadar aliran air meningkat di kebun yang menggunakan 'Plastic Rain-

Shelter'.

Apakah kesannya terhadap kesihatan manusia?

Pencemaran atau tanah yang tercemar secara langsung memberi kesan kesihatan manusia melalui

sentuhan langsung dengan tanah atau melalui penyedutan bahan cemar tanah yang telah

mengewap berpotensi membei ancaman yang lebih besar seperti penyusupan pencemaran tanah

ke dalam akuifer air bawah tanah yang digunakan untuk kegunaan manusia, kadang-kadang di

kawasan yang kelihatannya jauh dari mana-mana sumber jelas pencemaran tanah di atas. Kesan

kesihatan akibat pendedahan kepada pencemaran tanah berbeza bergantung kepada jenis

pencemar, laluannya dan kelemahan pada penduduk yang terdedah. Pendedahan kronik kepada

kromium, plumbum dan logam lain, petroleum, pelarut, dan banyak racun perosak dan racun

herba formulasi boleh mengakibatkan karsinogenik, boleh menyebabkan gangguan kongenital,

atau boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik lain.

Cara untuk mengatasi masalah pencemaran tanah :

Pihak kerajaan perlu sentiasa memamtau kegiatan pembalakan dan menahan mana-mana pihak

yang melakukannya secara haram. Pihak kerajaan perlu turun padang bersama rakyat tempatan

dalam melakukan aktiviti menanam pokok-pokok agar bumi kita penuh dengan kehijauan selain

dapat mengekal keseimbangan bumi kita. Pengunaan teknologi moden untuk merawat tanah –

tanih kita adalah sangat penting kerana kita bukan sahaja dapat mengekalkan kesuburan tahan

malahan dapat mengelakkan daripada brlakunya bencana alam seperti banjir kilat, tanah runtuh

dan tanah menjadi tandus.


UDARA

Pencemaran udara boleh dikatogerikan sebagai antara pencemaran yang memberi impak terbesar

kepada alam sekitar. Hal ini disebabkan oleh, fenomena pemanasan global yang tidak terkawal

telah merosakkan ekosistem bumi dan mengakibatkan berlakunya bencana alam. Kerisauan

terhadap ancaman pencemaran udara telah menjadikan isu ini di pandang serius oleh masyarakat

dunia. Dalam usaha merawat dan menangani isu ini, Negara-negara maju seperti Amerika

Syarikat, Jepun dan China telah melakukan tindakan yang drastik dengan menutup sebilangan

besar kilang-kilang dan menghadkan bilangan kilang di Negara mereka. Hal ini kerena mereka

merupakan Negara yang mempunyai industri perkilangan terbesar dari segi kuantitinya secara

langsung menjejaskan kualiti udara di negara mereka. Isu pencemaran udara ini sangat

dititikberatkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang telah mengambil pelbagai

langkah bagi menangani masalah ini.

Apakah punca berlakuknya pencemaran ini?

Antara punca kepada pencemaran udara termasuk perlepasan asap dari eksos kenderaan, asap

dari industri perkilangan, penggunaan arang batu yang tidak terkawal, dan pembakaran di tempat

pelupusan. Fenomena semulajadi juga menyumbang kepada pencemaran ini seperti kebakaran

hutan akibat kepanasan dari matahari dan juga kejadian letusan gunung berapi yang mampu

mengeluarkan partikel, asap, debu dengan kadar yang banyak yang menjejaskan penglihatan di

sekitar tempat kejadian berlaku. Bukan itu sahaja, asap-asap yang dilepaskan dari kilang atau

kenderaan juga merbahaya kepada masyarakat. Antara bahan yang terdapat dalam asap tersebut

ialah sulfur dioksida, karbon monoksida, nitrogen diosida, floroklorokarbon dan banyak lagi.
Apakah kesannya terhadap kesihatan manusia?

Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia adalah seperti menjejaskan sistem pernafasan

manusia. Manusia sukar untuk bernafas dalam keadaan udara yang tercemar kerana udara telah

diracuni oleh bahan tercemar dan gas-gas yang tidak diperlukan. Gas-gas seperti karbon

monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak

balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan fungsi paru-

paru terjejas. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak 3juta

manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali ganda lebih

tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan. Penyakit ini di kenali sebagai

‘asbestosis’. Antara penyakit lain ialah bisinosis, antrakosis, beriliosis dan silicosis, kesemua

penyakit ini menglibatkan masalah pernafasan dan jantung.

Cara untuk menanggani masalah pencemaran udara :

Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengawal pencemaran adalah dengan penggunakan

alat pengasing elektrostatik. Alat ini digunakan untuk menarik dan mengasingkan partikel-

partikel udara dan ia harus dilekatkan pada dinding cerobong asap kilang. Penggunaan alat ini

dapat mengelakkan bahan tercemar daripada terbebas ke udara. Tambahan pula, wet scrubber

sejenis alat yang digunakan berdasarkan prinsip dimana satu saliran gas dihubungkan dengan

cecair supaya bahan tercemar dapat larut dalam cecair. Langkah akhir adalah penampalan ozon

dimana bahagian zon yang berlubang boleh ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera

melalui penggunaan belon helium. Selain itu, menembak peluru zon dengan menggunakan kapal

terbang mampu menampal ozon


AIR

Air merupakan salah satu keperluan asas manusia bahkan untuk seluruh kehidupan di muka bumi

ini. Namun begitu, masalah pencemaran air sukar di bendung dek kerana kecetekan akal manusia

sendiri. Masalah ini amat membimbangkan. Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku

dari segi kualiti, kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan

terhadap manusia dan alam apabila digunakan. Pencemaran ini boleh berlaku sama ada dari segi

biologi, kimia dan fizikal. Pencemaran air bukan sahaja berlaku di sungai sahaja tetapi ia juga

berlaku di laut , pantai dan lain-lain tempat yang mempunyai sumber air.

Apakah punca pencemaran ini berlaku?

Antara punca berlakunya pencemaran air ialah dari kilang-kilang yang tidak bermoral.

Kebanyakan kilang dibina di Malaysia terletaknya di pinggir-pinggir sungai. Hal ini kerana,

untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai tanpa memikirkan

kesan yang akan berlaku kepada ekosistem marin. Contohnya, apabila cecair kimia yang

disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik, ia mampu

mencemarkan sumber air kita. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam

sungai yang mengakibatkan sungai tercemar seperti Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai,

Pulau Pinang menunjukkan warna air di Sungai Juru berwarna hitam pekat apabila ia sampai di

laut. Di samping itu, kilang yang membuang bahan-bahan yang mempunyai kuantiti nutrisi yang

tinggi mampu merosakan air. Antara bahan yang merosakkan air ialah sulfur dioksida, nitrogen

dioksida dan logam dari perlombongan (AMD). Berdasarkan kajian kimia, kuantiti nutrisi yang

tinggi di dalam sungai, tasik akan mempercepatkan pertumbuhan alga dan bakteria. Peningkatan
pertumbuhan alga dan bakteria akan menyebabkan air kekurangan oksigen, bertoksik dan

kesannya, air itu tercemar. Proses ini dipanggil sebagai “Eutrophication”.

Apakah kesannya terhadap kesihatan manusia dan kehidupan marin ?

Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap hidupan-

hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang dibuang dalam

sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air. Manusia akan mendapat penyakit

kronik jika mengambil sumber protein beracun dan minum atau menggunakan air yang tercemar.

Antara penyakit yang boleh manusia dapat ialah kerosakan dalam sistem saraf, hakisan pada

kulit, kanser peparu, kanser tulang, maslah buah pinggang dan lain-lain. Selain itu juga,

kehidupan marin juga akan terganggu. Sebagai contoh, ekosistem mereka akan terganggu dan

akan mengakibatkan kepupusan.

Cara untuk menanggani masalah pencemaran air :Dalam usaha mengekalkan tahap kualti air

semasa supaya tidak menjadi lebih teruk maka langkah-langkah yang wajar perlu diambil supaya

pencemaran air dapat dikurangkan. Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah dengan

menyediakan tangki takungan bawah tanah yang besar untuk proses rawatan bioteknologi. Hal

ini dapat mengelakkan pelepasan air buangan domestik yang belum dirawat dilepaskan terus ke

dalam sistem. Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang untuk sistem

perparitan di kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai

makanan supaya dapat membina saluran paip khas dan air buangan dapat dikumpulkan di kolam

takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan. Akhir sekali, manusia sendiri perlu

mengubah sikap dan mula untuk menjaga kebersihan alam agar diri kita terhindar dari penyakit.
KESIMPULAN

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan.

Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah s.w.t

telah mencipta alam ini dengan seimbang untuk kemakmuran manusia. Bumi yang luas dijadikan

tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai

sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan

hidupan di lautan. Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar.

Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan

yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau, sumber air yang besih,

udara yang nyaman serta tanah yang subur. Maka dengan itu, pelihara muka bumi kita bagi

menjamin kesejahteraan hidup dengan bekalan sumber makanan dan sumber kesihatan yang

cukup. Akhirkata, semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam

memelihara alam sekitar supaya kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan

kita di Malaysia tercinta ini.


RUJUKAN

1. http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/punca-berlakunya-pencemaran-alam.html

2. http://perlukekesah.blogspot.com/2010/08/pencemaran-udara.html

3. http://www.fao.org/docrep/w2598e/w2598e04.htm

4. http://www.ehow.com/facts_7581798_organic-pollutants-definition.html

5. http://worldoceanreview.com/en/wor-1/pollution/organic-pollutants/

6. Chapter 1: Introduction to agricultural water pollution (www.fao.org)

7. http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0048969714006512

8. http://www.oilgae.com/ref/glos/eutrophication.html

9. http://www.oilgae.com/ref/glos/eutrophication.html

10. Eutrophication - Definition, Glossary, Details - Oilgae

11. www.oilgae.com

12. https://eutrophicationandyou.wordpress.com

Anda mungkin juga menyukai