Anda di halaman 1dari 4

Falsafah dan Sains

PENDAHULUAN

Falsafah merupakan induk atau asas kepada segala ilmu. Para ahli falsafah turut
membahagikan falsafah kepada beberapa cabang ilmu utama iaitu epistemologi
juga metafizika yang merangkumi ilmu ontologi, kosmologi, teologi metafizik dan
antropologi. Selain itu, logika, etika, estetika dan falsafah tentang pelbagai disiplin
ilmu juga adalah cabang falsafah yang ditonjolkan oleh para ahli falsafah.

Dalam mencari hubungan antara falsafah dengan ilmu sains. Terlebih dahulu dapat
disimpulkan bahawa ilmu sains merupakan salah satu bidang yang muncul
berlandaskan kepada falsafah kerana falsafah adalah bersifat menyeluruh dalam
kajiannya.

Teori-teori dalam cabang ilmu falsafah iaitu epistemologi seperti teori fenomena,
fiksyen, skeptisme dan realisme membantu menyelesaikan persoalan sains. Dalam
huraian selanjutnya, akan dijelaskan sejauh mana hubungan antara falsafah dengan
ilmu sains.

FALSAFAH

Definisi

Pengertian falsafah dapat dilihat dalam dua bentuk iaitu dalam bentuk
pengertiannya dari sudut bahasa dan istilah. Perkataan falsafah berasal daripada
perkataan arab. Menurut Al-Farabi yang merupakan ahli falsafah besar pada zaman
Tamadun Islam perkataan arab tersebut berasal daripada perkataan Yunani yang
apabila ditranskripsikan menjadi philosophia hasil gabungan frasa philo dan
sophia. Philosophia bermakna hasil kecitaan kepada kebijaksanaan, atau ilmu
kecitaan kepada kebijaksanaan, atau ilmu kecitaan kepada kebenaran, atau ilmu
kecitaan kepada hikmah.

Dari sudut istilahnya pula, mengikut pendapat Russell (1946), falsafah adalah
sebagai sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains, Hal ini adalah

kerana, seperti teologi, falsafah mengandungi spekulasi terhadap perkara yang


belum tepat dibuktikan. Manakala melalui pendekatan sains, falsafah pula berusaha
menggunakan taakulan dan logik untuk membuktikan fahamannya.

E. D. Miller dalam bukunya Question That Matter (1984), mendefinisikan falsafah


sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara
yang penting. Ahli falsafah terkenal Yunani iaitu Plato telah mendefinisikan falsafah
sebagai suatu ilmu pengetahuan yang berusaha meraih kebenaran asli dan murni
malahan juga mengatakan bahawa falsafah adalah penyelidikan tentang sebabsebab dan asas-asas yang paling akhir daripada segala sesuatu yang ada.

Pada zaman Tamadun Islam, Al-Farabi (870-950) menegaskan falsafah sebagai ilmu
mengenai kewujudan, yang tidak bercangggah dengan agama bahkan sama-sama
memuja kepada kebenaran, yang bertujuan untuk mengetahui Yang Maha Esa. Ibnu
Rusyd (1126-1198) mendefinisikan falsafah sebagai penyelidikan tentang alam
wujud dan memandangnya sebagai jalan untuk menemui Maha pencipta segala
ciptaan.

Cabang-Cabang Ilmu Falsafah

The World University Encyclopedia membahagikan falsafah kepada beberapa


cabang-cabang ilmu seperti sejarah falsafah, metafizika, epistemologi, logika, etika
dan estetika. Selain itu, falsafah juga dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
falsafah sistematik dan sejarah falsafah.

Falsafah sistematik adalah bertujuan untuk membentuk dan memberikan landasan


kepada pemikiran. Dalam bahagian ini meliputi gagasan ilmu berbentuk logik,
metodologi, epistemologi, falsafah ilmu, etika, estetika, metafizika, teologi iaitu
falsafah ketuhanan, falsafah manusia dan kelompok falsafah khusus seperti falsafah
sejarah, hokum, komunikasi dan sebagainya.

Manakala sejarah falsafah adalah merupakan bahagian yang berusaha meninjau


pemikiran falsafah sepanjang masa. Sejak dari zaman kuno sehingga zaman
moden, bahagian ini meliputi sejarah falsafah Yunani atau Barat, India, Cina dan
juga sejarah falsafah Islam. Pada zaman Tamadun Islam, ahli falsafah Islam seperti

Al-Kindi dan Al-Farabi masing-masing mempunyai pendapat berbeza dalam


pembahagian cabang falsafah.

Al-Kindi (796-873) telah membahagikan falsafah kepada tiga cabang iaitu sains fizik
yang merupakan peringkat terendah, sains matematik yang berkedudukan
peringkat pertengahan dan yang terakhir sains ketuhanan yang merupakan
peringkat tertinggi. Manakala Al-Farabi (870-950) membahagikan falsafah kepada
dua cabang iaitu teori dan amali. Teori meliputi matematik, fizik dan metafizik
manakala amali merangkumi ilmu akhlak atau etik.

Disamping itu, jika diperhatikan kebanyakan ahli falsafah dan tampak di dalam
penulisan-penulisan mengenai falsafah sering kali membahagikan falsafah kepada
lima cabang utama iaitu logik, epistemologi, etika, estetika dan metafizik.
Pembahagian yang dibuat jelas tampakkan cabang falsafah dari pelbagai sudut.

Logik, adalah cabang falsafah yang menyelidik tentang pemikiran manusia. Logik
adalah merupakan asa-asas yang menentukan pemikiran yang lurus, tepat dan
sihat. Dengan mempelajari kaedah-kaedah logik diharapkan dapat menerapkan
asas sehingga dapat membuat kesimpulan dengan tepat. Dalam pengertian yang
sempit, logik ialah kajian terhadap prinsip-prinsip deduksi, kaedah-kaedah
pembuktian dan juga kaedah demonstrasi.

Epistemologi, adalah bahagian falsafah yang membicarakan tentang terjadinya


pengetahuan, sumber pengetahuan, bermulanya pengetahuan, batasan, sifat,
metod dan kesahihan terhadap pengetahuan. Dalam membuat penyelesaian
terhadap masalah berkenaan ilmu sains, epistemologi mengemukakan beberapa
teori iaitu teori fenomena, fiksyen, skeptisme dan realism.

Metafizik, adalah cabang falsafah yang membicarakan tentang yang wujud atau
membicarakan sesuatu di sebaliknya. Persoalan metafizik dibezakan menjadi tiga
iaitu ontologi, kosmologi dan antropologi. Dalam bidang ilmu sains, metafizik
menggunakan bahasa untuk menerangkan gambaran tentang struktur bahan yang
dikaji. Teori ini penting dalam menerangkan ujikaji sains.

Etika, adalah cabang falsafah yang membicarakan tentang tingkah laku atau
perbuatan manusia dalam hubungannya yang baik atau buruk manakala estetika
pula adalah cabang falsafah yang membicarakan tentang keindahan.

Walaupun banyak perbezaan pendapat mengenai pembahagian cabang ilmu


falsafah. Namun begitu, kebanyakan ahli falsafah dan di dalam penulisan-penulisan
mengenai ilmu falsafah, kebanyakannya membahagikan cabang falsafah kepada
logik, epistemologi, etika, estetika dan metafizik. Jika diperhatikan, Cabang-cabang
ilmu falsafah ini banyak membantu kepada penyelesaian masalah sains.

Ciri-Ciri Falsafah

Menurut Drs. Suyadi MP dan Drs. Sri Suprapto Widodonongrat cirri-ciri falsafah
adalah menyeluruh, mendasar dan spekulatif. Manakala Sunoto menyebutkan ciricirinya adalah deskriptif, kritikal atau analitikal, evaluatif atau normatif, spekulatif
dan sistematik.

Anda mungkin juga menyukai