Anda di halaman 1dari 13

3.

PEMBUBURAN PERKAHWINAN SECARA KHULU

Khulu didefinisikan sebagai penceraian yang diminta oleh isteri daripada


suaminya dengan memberikan tebusan wang atau lain-lain benda kepada
suami. Isteri boleh menuntut penceraian ini bilamana merasakan tidak
tertahan lagi untuk tinggal bersama dengan suaminya atas alasan yang
munasabah. Contohnya seperti suaminya berperangai jahat atau suami tidak
mengasihi dan mencintainya lagi atau isteri sendiri telah hilang kasih sayang
terhadap suami atau atas alasan lain membuatkan mereka tidak boleh
bersama secara aman. Ini merupakan satu jalan bagi isteri untuk meleraikan
ikatan perkahwinan sekiranya penceraian tidak dapat dilakukan melalui lafaz
talaq, fasakh atau taklik. Pembubaran perkahwinan secara khulu tidak boleh
dirujuk dan oleh kerana itu, ia disebut sebagai talak bain sughra. Di dalam
surah Baqarah ayat 299 menjelaskan:
Dan tidaklah halal bagi kam mengambil balik sesuatu dari apa yang
telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali
jika keduanya-duanya suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturanaturan hukum Allah. OLeh itu,kalau kamu khuatir bahawa keduaduanyatidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah
mereka berdosa mengenai bayaran tebus talaq yang diberikan oleh isteri
ntuk menebus dirinya dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu.
Itulah aturan-aturanhukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya, dan
sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah
orang yang zalim

Ibn Abbas meriwayatkan satu hadis bahawasanya isteri Thabit bin Qais
telah datang berjumpa dengan Nabi Muhammad lalu berkata, Ya Rasulullah,
sesungguhnya aku tidak mencela suamiku tentang akhlak dan agamanya,
tetapi aku tidak suka kekufuran dalam Islam, kemudian Rasulullah bertanya,
mahukah engkau mengembalikan kebun diberinya kepada kamu balik

kepadanya, ya jawab isteri Thabit bin Qais, lalu Rasulullah telah bersabda
kepada Thabit terimalah kebunmu itu dan talaqlah isterimu.
Beradasrkan pada dalil-dalil ini, jelas mennjukkan bahawa pembubaran
perkahwinan melalui tebus talaq telah lama berlaku sejak zaman Rasulullah
dan ia bukanlah sesuatu yang dicela di dalam Islam memandangkan Nabi
Muhammad sendiri pernah mengarahkan sahabatnya agar menceraikan
isterinya secara tebusan.
3.1

Prosedur Pembubaran Perkahwinan Khulu

Penceraian secara khulu turut di peruntukan di bawah seksyen 49 UndangUndang Keluarga Islam Negeri Sembilan (2003), Akta Undang-Undang
Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (2006), Enekmen Undang-Undang
Keluarga Islam Selangor (2003) dan Enekmen Undang-UndangKeluarga Islam
Melaka (2002).
Dibawah

seksyen

49

Enekmen

Undang-Undang

Keluarga

Islam

Selangor telah memperuntukkan beberapa prosidur bagi penceraian secara


khulu atau dalam erti kata lain penceraian secara tebus talak. Antara
peruntukan-peruntukan yang dinayatkan dibawah seksyen 49 adalah jika
suami tidak bersetuju untuk menjatuhkan talak dengan kerelaannya sendiri,
tetapi bersetuju dengan cara penebusan talak, maka setelah bayaran
penebusan

talak

dipersetujui

antara

dua

pihak,

mahkamah

akan

mengarahkan pihak suami meleraikan ikatan perkahwinan melalui lafaz cerai


dengan cara penebusan. Penceraian secara tebus talak termasuk di bawah
talak bain sughra. Talak bain sughra adalah lafaz cerai tebusan yang
dilafazkan oleh suami yang secara automatiknya segala hak-hak isteri akan
gugur pada masa itu juga dan sekiranya suami ingin merujuk semula pada
bekas isterinya, dia perlu menikahi bekas isterinya dengan mas kahwin yang
baru.

Lafaz talak secara tebusan yang telah dilafazkan hendaklah direkod


oleh

mahkamah

dengan

segera

dan

sewajarnya.

Mahkamah

perlu

menghantar satu rekod salinan penceraian kepada Pendaftar dan kepada


Ketua Pendaftar bagi mendaftarkan penceraian tersebut. Sekiranya jumlah
tebusan tidak dipersetujui antara dua pihak disebabkan oleh tebusan yang
diminta terlalu tinggi dan di luar kemampuan isteri, maka mahkamah sendiri
yang akan mentaksirkan jumlah bayaran tebusan mengikut Hukum Syarak
dengan mengambil kira taraf ekonomi dan kewangan keda-dua pihak.
Jika suami tidak bersetuju untuk bercerai secara tebusan talak atau
bertindak gagal menghadirkan diri di hadapan mahkamah sepertimana yang
telah diarahkan atau mahkamah berpendapt ada kemungkinan yang
munasabah bagi pihak-pihak untuk berdamai, maka mahkamah akan
melantik satu Jawatankuasa Pendamai. Sekiranya Jawatankuasa Pendamai
gagal mendamaikan kedua-dua pihak, maka Jawatankuasa Pendamai kedua
dilantik dan sekiranya ianya juga gagal mendamaikan pigak-pihak, langkah
seterusnya mahkamah akan melantik Hakam pertama yang terdiri daripada
seorang Pegawai Agama sebagai Pengerusi dan dua orang lain, seorang
untuk

bertindak

bagi

pihak

suami

dan

seorang

lagi

bagi

isteri.

Walaubagaimanapun sekiranya hakam pertama juga gagal, Hakam ke dua


akan dilantik dan mahkamah akan memberi sepenuh kuasa kepada Hakam
tersebut untuk menceraikan pihak-pihak.

3.2

Kes Penceraian Khulu

Talib lwn Sepiah 1979, secara ringkasnya kes ini menerangkan berkaitan
tuntutan seorang isteri ke atas suaminya untuk bercerai secara khulu atau
tebus talak. Namun, pihak suami tidak bersetuju untuk menceraikan
isterinya secara tebusan, maka Mahkamah telah menyelesaikan kes ini
dengan melantik Hakam. Hakam yang dilantik mewakili pihak isteri dan
suami. Namun kes ini tidak dapat diselesaikan disebabkan pihak suami tetap

enggan bercerai secara tebus talak. Kadi kemudiannya telah melantik Hakan
kedua bagi pihak suami, dan Hakam tersebut telah bersetuju melafazkan
penceraian secara tebus talak kepada pihak isteri sebanyak RM100 ringgit.
Walaubagaimanapun, pihak suami telah membuat rayuan berkaitan dengan
penceraian ini, namun rayuan tersebut di tolak. Hal ini demikian kerana,
bilmana Hakam kedua telah dilantik, kuasa menceraikan terletak di tangan
Hakam dan suami perlu akur dengan keputusan daripada Hakam tersebut.
Hal ini demikian kerana, kuasa menceraikan yang terletak ditangan Hakam
kedua merupakan kuasa yang diberikan oleh Mahkamah dan tiada siapa
boleh menyangkal dengan tindakan mahkamah.
Berdasarkan pada kes ini jelas menunjukkan bilamana suami enggan
untuk menceraikan isteri secara tebusan, mahkamah akan melantik Hakam
untuk menyelesaikan pertikaian antara pihak-pihak tanpa perlu merujuk
kepada Jawatankuasa Pendamai terlebih dahulu.

4.0

PEMBUBARAN PERKAHWINAN SECARA FASAKH

Fasakh bermaksud rosak atay putus atau mengetepikan suatu kontrak


perkahwinan menerusi dikri kehakiman. Pembubaran perkahwinan secara
fasakh membolehkan pihak isteri berjumpa dengan kadi atau hakim untuk
berpisah dengan suaminya. Perkara ini hanya diputuskan apabila pihak isteri
membuat pengaduan kepada Mahkamah dan hakim. Ia dibolehkan malah
diharuskan bagi seorang isteri yang telah cukup umur dan baligh seandainya
suaminya mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami dan mengabaikan
hak-haknya sebagai seorang isteri. Walaubagaimanapun, secara umumnya,
hak pembubaran perkahwinan melalui fasakh boleh dibuat oleh kedua-dua
pihak samada suami ataupun isteri. Namun lazimnya, hak fasakh diberikan
kepada isteri memandangkan suami telah diberi hak oleh Allah untuk
melafazkan talak. Perceraian dengan cara ini tidak dapat dirujuk.

Terdapat juga beberapa potongan hadis yang menunjukan seorang


isteri wajar memohon fasakh daripada suaminya, antaranya hadis yang
diriwayatkan oleh Said bin Musayyab r.a. berkata, Barang siapa di antara
laki-laki yang menikah dengan seorang perempuan, dan pada laki-laki itu
ada

tanda-tanda

gila,atau

tanda-tanda

yang

dapat

membahayakan,

sesungguhnya perempuan itu boleh memilih untuk bercerai.

4.1

Prosedur Pembubaran Perkahwinan Fasakh

Walaubagiamanpun, dewasa ini, hak untuk menuntut fasakh boleh dibuat


oleh kedua-dua pihak sepertimana yang termaktub di bawah Enekemen
Undang-Undang Keluarga Islam Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu,
Pulau Pinang. Kedah, Kelantan, Johor, Sabah, Sarawak dan Selangor di bawah
seksyen 53.
Prosidur

awal

bagi

permohonan

fasakh

adalah,

isteri

perlulah

memastikan wujud alasan fasakh sepertimana yang telah ditetapkan saamda


satu atau lebih alasan dalam satu masa dengan mengisi boring khusus dan
menyediakan segala keterangan yang diperlukan seperti saksi-saksi, laporan
polis, laporan perubatan dan dokumen-dokumen penting lain yang boleh
membantu

proses

pembubaran

perkahwinan

melalui

fasakh.

Prosidur

tuntutan penceraian secara fasakh sama seperti penceraian secara talak,


namun yang membezakannya adalah fasakh tidak memerlukan rujukan
kepada pihak Jawatakuasa Pendamai dan Hakam.
Permohonan

pembubaran

perkahwinan

secara

fasakh

perlulah

menyediakan beban pembuktian yang sangat berat kepada pihak yang


menuntut. Oleh yang demikian, setiap fakta atau keterangan yang dinyatkan
hendaklah disusuli dengan bukti yang ampuh dan kukuh bagi memastikan
fasakh wajar di pohon. Selain itu juga, kesaksian saksi perlulah jelas dan
nyata tanpa wujudnya sebarang penamabahan cerita dan fakta seperti mana

peruntukan dalam Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah Negeri


Selangor.

4.2

Kes Penceraian Fasakh

Kes Abdul Hanif lwn Rabiah 1996, kes ini menjelaskan berkaitan dengan
beban pembuktian yang tinggi sangat diperlukan bagi membolehkan hakim
menilai sejauh mana kewajaran pihak yang ingin membuat permohonan
fasakh.
Di dalam kes ini, pihak yang menuntut (isteri) dan pigak yang kena
tuntut (suami) telah mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 1982. Pasangan
ini tinggal di rumah keluarga suami yang terletak di Kuala Lumpur bersamasama dengan ibu, kakak, abang, abang ipar dan anak saudara suami. Pada
masa perkahwinan mereka berlangsung, suami pihak yang menuntut telah
berkahwin dan perkahwinan mereka masih sah. Akan tetapi, suami Rabiah
tidak menyebutkan perkara itu dalam permohonan perkahwinannya, atau
kepada penentang mahupun keluarganya sendiri. Penentang telah membuat
aduan di Pejabat Kadi di Kepong dan membuat laporan polis. Sejurus selepas
itu, penentang telah membuat tuntutan fasakh di Mahkamah Syariah.
Walaubagaimanapun Hakim yang mengendalikan tuntutan beliau telah
menolak tuntutan tersebut atas alasan penentang telah gagal membawa
pembuktian

disetiap

dakwaan

yang

dikemukan

terhadap

suaminya.

Penentang turut menyatakan bahawa dirinya sering dipukul dan dakwaan ini
disertakan sekali saksi-saksi bagi pihaknya, namun penentang telah gagal
meyakinkan kepada Mahkamah bahawa dirinya telah lazim disakiti.
Berdasarkan pada kes ini, penghakiman Hakim memutuskan dakwaan
yang menuntut mengatakan seorang suami tidak berhak untuk menyakiti
isteri dan tidak harus memukul isteri dan tidak memberi nafkah kepada isteri
sama ada nafkah batin mahupun batin, ia merupakan satu perbuatan yang

bertentangan dengan undang-undang dan hukum Syara. Berdasarkan pada


penyataan ini, Hakim turut membidas dengan menyatakan bagi menentukan
seseorang itu sah dan betul melakukan penganiayaan dan menyakiti
isterinya, perlu dibktikan melalui saksi yang sekurang-kurangnya dua orang
saksi lelaki atau seorang saksi lelaki dan dua orang saksi perempuan.
Kegagalan

yang

menuntut

mengemukan

beban

bukti

yang

kukuh

menyebabkan tuntutan fasakh yang dikemkan tidak diluluskan.


4.3

Alasan Fasakh Menurut Akta 303

Beradsarkan mazhab SyafiI, seorang itu boleh menuntut fasakh sekiranya


suaminya ditimpa kecacatan atau keaiban seperti gila yang berkekalan atau
sekejap-sekejap, suami mengalami penyakit kusta, sopak atau penyakit yang
boleh menghalang mereka daripada menjalankan tanggungjawab nafkah
batin. Namun, di bawah Akta 303 turut membincangkan berkaitan dengan
seorang perempuan yang berkahwin berhak baginya untuk membubarkan
perkahwinan melalui fasakh atas satu atau lebih daripada satu alasan.
Antara alasan yang dinyatakan di bawah Akta ini adalah:
1. Tempat keberadaan suami tidak diketahui

selama lebih

daripada setahun
2. Suami telah cuai dan tidak memperuntukan nafkah buat isteri
selama tiga bulan
3. Suami telah di hukum penjara selama tiga tahun atau lebih.
Sebelum permohonan ini dituntut, isteri perlulah memastikan
hukuman yang dikenakan ke atas suaminya adalah satu
hukman yang muktamad dan suami telah menjalani hukuman
selama setahun daripada jumlah hukuman itu.
4. Suami tidak menjalankan tanggungjawab batin selama tempoh
setahun tanpa kewujudan sebab yang munasabah
5. Suami mati pucul dalam tempoh perkahwinan yang mana,
penyakit
berkahwin

ini

tidak

diketahui

oleh

isteri

sebelum

mereka

6. Suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang


menghidap penyakit kusta atau menghidap penyakit kelamin
yang boleh berjangkit
7. Isteri telah dikahwinkan oleh bapa atau datuknya sebelum
mencapai usia 16 tahundan menolak perkahwinan tersebut
sebelum mencapai usia 18 tahun dan belum disetubuhi oleh
suaminya.
8. Suami telah menganiayanya. 6 contoh penganiayaan yang
lazim berlaku:
- Suami memaksa isteri hidup secara lucah
- Suami melupuskan harta isteri
- Suami melarang isteri daripada menggunakan hak-haknya di
-

sisi undang-undang terhadap hartanya


Suami menghalang isteri menjalankan

terhadap amalan agamanya


Sekiranya berpoligami, suami tidak berlaku adil
Menjadikan kehidupan isteri menderita akibat daripada

tanggungjawab

perbuatan jahat suami


9. Setelah empat blan berlalu, isteri yang dinikahi masih lagi tidak
disetubuhi oleh kerana suami enggan menyetubuhinya
10.
Isteri tidak izin dengan perkahwinan yang

berlaku

disebabkan oleh paksaan, ketidaksempurnaan akal, kesilapan


atau hal-hal lain yang diakui oleh Hukum Syarak

5.0

PEMBUBARAN PERKAHWINAN SECARA LIAN

Lian adalah hak dan milik isteri. Lian boleh berlaku bilamana suami
menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain tanpa mengemukakan saksi
dan pembuktian lain. Maka, lafaz lian perlu dilafazkan oleh suami apabila
lafaz tersebut diminta oleh isteri bagi menunjukan isteri benar-benar berada
di pihak yang benar. Oleh itu jika terdapat tuduhan daripada pihak suami,

maka

isteri

hendaklah

segera

membuat

permohonan

pembubaran

perkahwinan secara lian kepada Mahkamah. Berdasarkan pada Annur ayat 6


sehingga 7 menjelaskan tentang dalil pensyariatan lian




.

Dan orang-orang yang menuduh istrinya berzina, padahal mereka tidak ada
mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu
ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah
termasuk orang-orang yang benar. Dan (sumpah) yang kelima, bahwa lanat
Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta.

Ada juga pengriwayatan hadis Bukhari bahawa sesungguhnya berkata


Amr, saya mendengar Said bin Jubair berkata, Saya pernah bertanya kepda
Ibnu Umar tentang suami-istri yang melakukan lian, maka ia menjawab,
Nabi bersabda kepada suami isteri yang melakukan lian, hisab kalian
berdua terserah kepada Allah, dan seandainya salah satu diantara kalian
berdua telah berdusta, tidak ada jalan bagimu untuk kembali kepadanya.
Lalu yang laki-laki berkata, lalu berkata adakah hartaku kembali kepadaku,
Nabi SAW bersabda, tidak ada harta bagimu, jika kamu benar (dalam
tuduhanmu) terhadap istrimu, maka harta itu sebagai imbalan bahawa kamu
telah menghalalkan farajnya, tetapi jika kamu bohong (dalam tuduhanmu),
maka yang demikian itu lebih jauh lagi bagimu.

Lian merupakan suatu yang dituntut di dalam Islam kerana ia


merupakan satu langkah dan cara menjaga dan memelihara maruah yang
dituduh daripadaterus di pandang serong oleh masyarakat Islam.

5.1

Prosedur Pembubaran Perkahwinan Lian

Prosedur atau tatacara lian tidak diperuntukkan secara jelas di dalam


undang-undang Keluarga Islam di negeri di Malaysia, tetapi ia disebutkan
secara umum di bawah peruntukkan seksyen 50A Akta Undang-Undang
Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, Perak, Perlis, Johor, Sarawak, Sabah,
Melaka dan Selangor iaitu:
a) Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan telah mengangkat
sumpah dengan cara lian mengikut Hukum Syarak di hadapan Hakim
Syarie, apabila penghakiman, maka Hakim Syarie itu hendaklah
memerintahkan mereka difarakkan dan dipisahkan dan hidup
berasingan selama-lamanya.
b) Mahkamah hendaklah merekodkan perceraian dengan lian itu dengan
sewajarnya dan menghantar suatu salinan rekod itu kepada Pendaftar
yang sesuai dan kepada Ketua Pendaftar bagi pendaftaran.
Lafaz

lian diiminta dilafazkan di hadapan Hakim dan dihadiri oleh

segolongan orang Islam dan sebaik-baiknya kedua-dua pihak berdiri ketika


berlian. Sekiranya lian dibuat atas tuduhan zina dan penafian anak, maka
hendaklah disebutkan kesalahan tersebut pada setiap pengucapan. Hakim
hendaklah memerintahkan suami membuat pengakuan seperti berikut:

Bahawa aku bersaksikan Allah, sesungguhnya aku adalah


benar dalam membuat tuduhan terhadap isteriku
..........binti ...........telah melakukan zina.

Pengakuan tersenut hendaklah diulang sebanyak empat kali dan kali


kelima suami mestilah mengaku bahawa:

Allah akan melaknati aku jika sekiranya aku berdusta dalam


membuat tuduhan terhadap ................binti................telah
melakukan zina.

Setelah itu Hakim akan meminta isteri membuat pengakuan dengan


berkata:

Aku bersaksikan Allah sesungguhnya


suamiku.............bin............adalah berdusta dengan tuduhan zina
terhadapku.

Pengakuan tersebut hendaklah diulang sebanyak empat kali dan kali


kelima dia mestilah menyebut:
Laknat (kemurkaan Allah) akan menimpaku jika sekiranya suamiku
benar dalam tuduhannya

Setelah kedua-dua pihak berlian, hakim akan memerintahkan mereka


berpisah dan tinggal berasingan selama-lamanya. Mahkamah seterusnya
hendaklah merekodkan perpisahan secara lian dan menghantar satu salinan
rekod yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua
Pendaftar untuk tujuan pendaftaran penceraian.

6.0

PENUTUP

Islam merupakan sebuah agama yang syumul. Di setiap apa yang


disyariatkan, terdapat jalan pencegahannya contohnya dalam bab kahwin.
Bilamana

berlaku

kepincangan

dalam

berumah

tangga,

maka

Allah

mensyariatkan penceraian bagi menjamin dan memelihara hubungan


sesama manusia agar tidak terus di zalimi dengan kehudupan berumah
tangga yang tidak aman.
Secara keseluruhannya, pembubaran perkahwinan yang disyariatkan di
dalam Islam ada lima iaitu, talaq, taqliq, fasakh, khulu dan lian. Namun,
walaupun disetiap pembubaran perkahwinan melalui konsep yang berlainan,
akan

tetapi

peruntukan

memperuntukan
pembubaran.

7.0

RUJUKAN

proses

di
dan

dalam
prosedur

Undang-Undang
yang

sama

Keluarga

bagi

Islam

permohonan

1. Siti Zalikhah Mohd Nor. 1999. Undang-undang Keluarga Islam di


Malaysia. Kuala Lumpur : Malayan Law Journal Sdn. Bhd.
2. Dr. Haji Mohd Radzuan Ibrahim. 2006. Munakahat Undang-Undang &
Prosedur. Selangor: DRI Publishing House.
3. HasrizalAbdul Jamil. 2015. Aku Terima Nikahnya. Galeri Ilmu Sendirian
Berhad

Anda mungkin juga menyukai