Anda di halaman 1dari 4

SJH3143 SEJARAH PERKEMBANGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

(ISU TRANSGENDER)

Artikel bertajuk Lelaki Berpakaian Wanita : Mahkamah Persekutuan Ketepi Keputusan


Mahkamah Rayuan telah ditulis isu berkaitan dengan transgender, menampakkan keputusan
yang diambil oleh pihak atau institusi berkenaan sangat relevan dan tidak bertentangan
dengan tuntutan hak asasi manusia. Sebelum ini timbul is dimana, hujah penghakiman ringkas
yang dikemukakan oleh Hakim Mahkamah Rayuan, Dato Mohd Hishamudin Yunus pada 7
November lalu pada memutuskan bahawa Seksyen 66, Enakmen Jenayah Syariah Negeri
Sembilan 1992 sebagai tidak keperlembagaan (unconstitutional) telah memeranjatkan banyak
pihak sama ada di kalangan ahli-ahli agama, para pengamal undang-undang termasuk juga
pemimpin masyarakat Islam tanah air. Keseluruhan hujah-hujah penghakiman Dato Mohd
Hishamudin Yunus telah disandarkan pada tafsiran terpilih dan terhad beliau terhadap
Bahagian Kedua Perlembagaan Persekutuan kebebasan asasi meliputi Perkara 5 (Kebebasan
Diri), Perkara 8 (Kesamarataan), Perkara 9 (Kebebasan Bergerak) dan Perkara 10 (Kebebasan
Bercakap). Adalah menjadi sesuatu yang menggusarkan apabila penghakiman tersebut tidak
mengambil kira sekurang-kurangnya tiga hal utama yang jelas termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan dalam merumuskan hujah-hujah penghakiman, sehingga
dibimbangi akan menjadi titik-tolak pada penerimaan amalan hak asasi liberal Barat yang
tidak sesuai dengan budaya masyarakat negara kita dan bertentangan pula dengan ajaranajaran agama Islam.
Pertama, rujukan langsung tidak dibuat kepada Bahagian Pertama Fasal 3, Perlembagaan
Persekutuan yang dengan jelas memperincikan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan
yang menjadi rujukan utama dalam penghakiman yang melibatkan hal-hal mengenai Islam
dan orang Islam. Kedua, penghakiman tersebut juga tidak mempertimbangkan kuasa yang
dimiliki oleh Negeri-Negeri Persekutuan pada Jadual Kesembilan Senarai II Perlembagaan
Persekutuan dalam membuat undang-undang, lebih-lebih lagi undang-undang yang
berhubungan dengan pentadbiran dan perlaksanaan Agama Islam di negeri-negeri tersebut.
Ketiga, penghakiman tersebut juga tidak mempertimbangkan kedudukan dan kebebasan
Mahkamah Syariah seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 121 (1A) Perlembagaan
Persekutuan dalam melaksanakan penghakiman terhadap kesalahan-kesalahan Syariah yang
terletak di bawah kuasa Negeri-Negeri. Adalah tidak wajar perkara-perkara besar ini, yang
menjadi asas pembinaan dan amalan undang-undang di Malaysia, untuk diabaikan dalam
hujah-hujah penghakiman tersebut. Dalam konteks dunia pascamoden hari ini, hujah
penghakiman yang berdasarkan faham hak-hak asasi manusia liberal Barat khususnya dalam

SJH3143 SEJARAH PERKEMBANGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA


(ISU TRANSGENDER)

penyebarluasan ekspresi gender songsang yang sememangnya menjadi sebahagian penting


dalam norma-norma masyarakat Barat ketika ini dalam konteks sosio-budaya masyarakat
Malaysia sangatlah dikesalkan. Sebagai sebuah negara yang menjunjung tinggi peranan
agama dalam kehidupan khususnya Agama Islam yang menjadi Agama Persekutuan bagi
Negara Malaysia, sebarang bentuk kebenaran atau penggalakkan fenomena ekspresi gender
songsang hanya akan mengundang gejala akhlak yang lebih buruk kepada masyarakat.
Hak asasi manusia seperti yang dilaungkan di Barat bukanlah semesti hak asasi yang patut
diikuti di negara-negara yang masih mengamalkan agama seperti Malaysia ini. Penelitian
terhadap alasan penghakiman Mahkamah Rayuan menunjukkan bahawa duluan-duluan yang
diputuskan oleh mahkamah asing, antaranya Mahkamah Agung India dalam National Legal
Services Authority v Union of India and Others dan Mahkamah Agung Amerika Syarikat
dalam Tinker v Des Moines Independent Community School District, telah diambil dan
diguna pakai, hampir secara keseluruhan, bagi memutuskan bahawa seksyen 66 Enakmen
Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 sebagai bercanggah dengan perlembagaan dan hak
asasi. Sedangkan negara-negara seperti India dan Amerika tidaklah mempunyai Agama
Persekutuan seperti di Malaysia. Hal ini jelas bertentangan dengan peringatan keras yang
pernah diungkapkan oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah (ketika itu
Raja Azlan Shah) dalam penghakimannya di Mahkamah Persekutuan pada tahun 1975. Dalam
Looh Kooi Choon v Kerajaan Malaysia, baginda telah memutuskan seperti berikut:
Sungguhpun banyak yang boleh diperkatakan berkenaan Perlembagaan-Perlembagaan dari
negara lain, tetapi hakikatnya Perlembagaan negara kita hendaklah berdiri pada kakinya
sendiri, di mana ungkapan-ungkapan yang terkandung di dalamnya mesti ditafsirkan tanpa
membenarkan unsur-unsur luar dari Perlembagaan negara lain mengatasi peruntukanperuntukan dalam Perlembagaan kita sendiri. (terjemahan dari teks asal berbahasa Inggeris)
Justeru para hakim juga tidak terkecuali dari amanah dan tanggungjawab untuk memastikan
gejala buruk ini menular ke dalam negara ini melalui keputusan penghakiman yang bukan
sahaja tidak menepati norma masyarakat setempat malah mengabaikan ruh dan semangat
yang terkandung dalam perkara penting Perlembagaan Persekutuan sepertimana yang
dinyatakan sebelum ini. Kita menghormati badan kehakiman sebagai institusi yang berautoriti
bagi memutuskan sesuatu pertikaian undang-undang dan Perlembagaan. Akhirnya, sesuatu
penghakiman jangan hanya merujuk kepada peruntukan mengenai hak asasi manusia sematamata tetapi perlu melihat kepada kedudukan Islam seperti diperuntukkan dalam Perkara 3(1),

SJH3143 SEJARAH PERKEMBANGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA


(ISU TRANSGENDER)

kedudukan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah dalam Perkara 121 (1A) dan Jadual
Kesembilan Senarai II Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa
kepada DUN membuat undang-undang menghukum orang Islam yang membuat kesalahan
yang bercanggah dengan hukum Syarak. Seharusnya, sesuatu keputusan yang hendak dibuat
hendaklah melihat kepada adat resam dan budaya tempatan tanpa hanya merujuk kepada
kehendak hak asasi manusia di negara sekular dan ala Barat yang sebahagiannya jauh lari
daripada pegangan agama.

SJH3143 SEJARAH PERKEMBANGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA


(ISU TRANSGENDER)

RUJUKAN

Abdul Aziz Bari. (2001). Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Monir Yaacob. (1986). Hak Asasi manusia Menurut Islam. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597). Kuala Lumpur: Percetakan
Nasional Berhad.
Hashim Yeop A. Sani. (1973). Perlembagaan Kita. Kuala Lumpur: Malaysian Law Publishers
Sdn. Bhd.
Tun Mohamed Suffian Hashim. (1984). Mengenal Perlembagaan Malaysia, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaini Nasohah et al. (2004). Syariah dan Undang- Undang Suatu Perbandingan.Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ahmad Ibrahim. (1987). Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Malaysia. Dlm. Mohamed
Suffian

Hashim,

H.P

Lee

dan

F.A

Trindade.

Perlembagaan

Malaysia:

Perkembangannya 1957- 1977. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Astro Awani. 2015. Lelaki Berpakaian Wanita: Mahkamah Persekutuan Ketepi Keputusan
Mahkamah Rayuan. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lelaki-berpakaian-wanitamahkamah-persekutuan-ketepi-keputusan-mahkamah-rayuan-75717 (18 Jun 2016).
Loh Kooi Choon v. Government of Malaysia [1977] 2 M.L.J. 187

Anda mungkin juga menyukai