Anda di halaman 1dari 8

Fasal-fasal Hukum Kanun Melaka 1. Pendahuluan.

Di dalam pendahuluan ini disebutkan tentang undang-undang ini berasal dari Iskandar Zulkarnain. Juga diberikan tugas Raja, Bendahara, Temenggong dan Penghulu Bendahari. Fasal 1.1 Adalah menjadi kesalahan bagi rakyat memakai kekuningan, kain kasa, keris berhulukan emas. 1.2 Syarat-syarat hamba raja. Antaranya ialah taat setia kepada titah raja. Bagi edisi 1995, raja yang zalim tidak harus ditaati. 1.3 Syarat raja-raja. Fasal 2.1 Hukum bahasa segala raja-raja. Rakyat biasa dilarang menggunakan perkataan, titah, patik, murka, kurnia dan nugraha. 2.2 Hukum orang yang menjunjung duli. Fasal 3 Perkara-perkara yang dilarang orang biasa menggunakannya dalam masa pengkebumian. Di antaranya ialah berpayung, menghambar dirham dan menggunakan alas bantal atau tilam yang berwarna kuning. Fasal 4 Sepuluh kesalahan yang boleh dijatuhkan hukuman bunuh iaitu membunuh, menikam, menetak, memukul, merampas, mencuri, menuduh, berdustakan hakim, berjual titah dan menyangkal titah. Fasal 5.1 Seseorang yang membunuh tanpa setahu raja atau pembesar dibalas bunuh hukumannya. 5.2 Yang dapat membunuh tanpa setahu raja atas 4 perkara iaitu membunuh madu, membunuh orang angkara, orang yang mencuri yang tiada dapat ditangkap dan membunuh orang yang memberi aib. 5.3 Jika seseorang membunuh madu dan lari ke kampung orang dan jika dibunuh oleh orang kampong tersebut tiada dianggap bersalah. 5.4 Adalah suatu kesalahan membunuh orang yang membawa perintah raja, walaupun orang itu mengambil isterinya. Fasal 6.1 Seseorang pengamuk yang tiada boleh ditangkap boleh dibunuh. 6.2 Syarat Menteri itu enam perkara iaitu mengadakan penyelidikan sebelum menjatuhkan hukuman, mengetahui akan hukum, tahu ia mengambil upah, mendengar keterangan kedua belah pihak, menjatuhkan hukuman dengan tegas, mengetahui apa yang diperiksa dan disiasatnya. 6.3 Seorang hamba yang cuba membunuh tuannya, dapat dibunuh kembali jika ia tidak ditangkap.

Fasal 7.1 Seorang yang membunuh hamba raja akan didenda tujuh kali tujuh. Jika ia lari dibunuh atau masuk ulur kepada raja. Jika orang besar membunuh hamba raja, didenda sekali lima tahil. 7.2 Jika membunuh pencuri yang dapat ditangkap, didenda harganya. Fasal 8.1 Jika abdi menetak merdeheka, ia akan masuk ulur dan jika sebaliknya si merdeheka dikenakan separuh harga hamba itu. 8.2 Jika abdi memaki merdeheka, tangannya akan dipotong, dengan perempuan yang ditangkapnya, jika perempuan itu merdeheka, ia boleh kahwin dengan lelaki tersebut dan jika lelaki itu enggan ia didenda. 8.3 Jika abdi memaki merdeheka, digocoh mulutnya atau ditanggalkan giginya. 8.4 Seseorang itu dapat membunuh orang yang menamparnya dalam masa tiga hari. Fasal 9.1 Yang dapat membunuh itu empat perkara: iaitu Bendahara ketika raja tiada dalam negeri, Temenggong ketika menangkap orang, Syahbandar ketika di kuala dan akhir sekali Nakhoda ketika di laut. 9.2 Kekuasaan membunuh di laut terserah kepada Nakhoda, tetapi jika ia mengambil isteri orang, ia dapat dibunuh. Fasal 10 Seseorang yang membawa hamba orang lain dalam sesuatu perjalanan dan jika hamba itu mati, orang itu akan didenda. Fasal 11.1 Seorang yang mencuri dapat dibunuh walaupun diturutnya hingga dua buah kampung tetapi hendaklah dalam hari yang sama. Jika pencuri itu ramai, yang akan dihukum iaitu dipotong tangannya hanya pencuri yang masuk ke dalam rumah. 11.2 Pencuri yang mencuri hasil tanaman tidak dijatuhkan hukuman potong tangan, tetapi jika ia melakukan pada waktu malam, ia dapat dibunuh. 11.3 Seseorang yang mencuri perahu kemudian dijualnya dan jika diketahui oleh tuannya, ia akan membayar harga jualan atau sewaan perahu itu. 11.4 Seseorang yang mencuri binatang ternakan, ia akan didenda bergantung kepada tempat kecurian itu. Jika hamba yang melakukannya, tuannya akan membayar denda itu. Fasal 12.1 Seseorang yang menawar/menganggu isteri orang, ia disuruh menyembah suami perempuan itu di hadapan khalayak ramai. Jika ia enggan, ia dapat didenda. Seseorang yang menawar anaka perempuan orang lain, ia akan didenda dan dikahwinkan jika dipersetujui oleh bapa perempuan itu. Jika

hamba yang ditawarnya itu, juga hukumannya didenda. 12.2 Hukuman terhadap seorang yang mengadakan hubungan seks dengan perempuan yang ditangkapnya, jika perempuan itu mendeheka, ia boleh kahwin dengan lelaki tersebut dan jika lelaki enggan, ia didenda. 12.3 Seseorang yang menuduh seorang zina yang tidak sebenarnya, akan dihukum 80 kali rotan atau jika mengikut kanun didenda sepuluh tahil. Jika tuduhan itu benar, ia tidak dihukum. Fasal 13.1 Hukuman orang yang menyembunyi dan melarikan hamba orang. Jika dilarikan mengikut jalan laut, tuannya tidak dapat berbuat apa-apa. Tetapi jika ikut anak sungai atau daratan, orang yang melarikan hamba itu akan didenda. 13.2 Hukuman bagi orang yang mencuri atau menyembunyikan hamba orang. Jika terdapat di dalam rumah, rumahnya dirampas. Jika terdapat di hutan atau di perahu, didenda lima tahil. 13.3 Hukuman orang yang bersekutu dengan pencuri, dianggap pencuri juga. Hukuman orang yang berjual titah ialah dibunuh atau dibelah lidah atau dikupas kulit kepalanya. Hukuman orang berdusta kepada Bendahara, dicoreng mukanya atau didenda. Jika kepada pembesar yang lain, didenda dan jika melawan dibunuh. 13.4 Berhubung dengan perkara undang-undang, keputusan hendaklah dibuat segera supaya mengelakkan dari kesusahan. Fasal 14.1 hukum tuduh-menuduh yang tiada mempunyai saksi. Jika mengikut hukum kanun, berlawan menyelam air atau bercelur ke dalam minyak atau timah yang cair. Jika mengikut hukuman Islam, hanya bersumpah di masjid. 14.2 Tuduhan mengambil isteri orang. Jika menang yang dituduh, yang menuduh dihukum bunuh atau didenda. Tetapi mengikut hukum Allah, hanya disuruh bertaubat sahaja. Fasal 15.1 Mengupah abdi orang. Jika hilang atau mati hak (harta) orang yang mengupah itu, ia tidak dapat menuntut balik daripada tuan hamba jika ia mengambil abdi itu tanpa setahu tuannya. 15.2 Jika abdi yang diupah dengan setahu tuannya dan jika ia mati, yang mengupah hendaklah membayar 1/3 dari harga hamba itu. 15.3 Jika orang yang diupah menyelam itu mati tanpa setahu tuannya, si pengupah dikenakan membayar harga hamba itu.

15.4 Kerbau yang dipinjam itu mati ditangkap harimau, jika disimpan di kandang, dendanya harga dan jika jauh dari kandang, didenda sepenuhnya. 15.5 Mengadakan persetubuhan dengan hamba yang dicuri tanpa keredaanya, dendanya 1 tahil tetapi jika sama-sama reda, didenda lima emas. 15.6 Mengadakan peretubuhan dengan hamba yang dipinjam, jika anak dara, didenda 10 emas berserta kain dan baju sehelai tetapi jika janda, 5 emas tanpa kain baju. 15.7 Kerbau atau lembu yang dipinjam yang digunakan menarik kayu, jika ia mati bersebab atau tanpa sebab, didenda harga binatang itu. 15.8 Jika meminjam parang dan dirautkan pada rotan atau kayu, jika patah, dendanya harga. Fasal 16.1 Jika seorang campur tangan dalam perbalahan dan jika ia terbunuh, itu akan mati percuma sahaja. 16.2 Tiga situasi yang dapat seseorang itu campur tangan iaitu orang yang membunuh madu, sahabat kita, orang yang teraniaya. 16.3 Seseorang dapat menolong kawannya (fuduli) dalam tiga keadaan. Pertama tiada sampai kepada pengetahuan raja, kedua, tiada kuasa melawan dan ketiga dengan benarnya. Fasal 17.1 Seseorang yang mengupah membunuh orang tanpa pengetahuan hakim, akan didenda sepuluh tahil sepeha. Jika yang diupahnya itu mati, belanja kematian dan harga upahan itu adalah tanggungjawab kepada si pengupah. Ini jika ia memberitahu pihak hakim terlebih dahulu. 17.2 Jika mengupah membunuh orang tanpa setahu hakim, didenda 1 tahil. Fasal 18.1 Membicarakan kesalahan orang angkara: Pertama maharajalela dan kedua menawar tunangan orang. Jika ada yang melakukannya, akan dikenakan denda. 18.2 Hukum memulangkan hadiah pertunangan tanpa digandakan, dibolehkan dalam empat situasi: lelaki yang hina, gila, gayus dan berpenyakit. Begitu juga dengan pihak perempuan. 18.3 Jika abdi menawar tunangan orang sesama abdi, didenda sepuluh emas. 18.4 Orang yang bersalah kerana maharajalela didenda 10 tahil. 18.5 Adalah menjadi kesalahan orang yang ambuk menikam atau memalukan orang. Fasal 19.1 Undang-undang orang yang menduduki tanah orang lain. Jika ada buahbuahan, hendaklah ia makan bersama dengan tuah tanah yang lama. Jika ia berjual hasil tanaman itu, 1/3 dari hasil jualannya diserahkan kepada tuah tanah. Jika ditebangnya pokok itu, hendaklah dibayar ganti rugi 1/3 dari harga pokok itu. Adalah menjadi kesalahan seorang besar memberikan sesuatu kampung kepada orang lain tanpa setahu raja. 19.2 Tuan punya emas yang menerima gadaian dusun yang tiada mendatangkan hasil dapat meminta ganda harga emasnya. Jika ia mendapat harta seperti emas, 2/3 hendaklah diserahkan kepada tuan dusun. 19.3 Seseorang yang menduduki dusun orang lain dapat didakwa. Fasal 20.1 Tanah dapat dibahagi dua jenis : Tanah hidup jika ada alamat orang

pernah mengerjakannya. Tanah Mati seperti tanah hutan dan sebagainya. 20.2 Orang yang membuat ladang pada tanah hidup dapat didakwa. Fasal 21.1 Tuan punya lembu yang menanduk orang jika ditambat di tempat lalu lalang, akan dikenakan denda 1 tahil. Jika ditambat di hutan,tiada mempunyai kesalahan. 21.2 Jika seseorang menikam kerbau pembesar, ia akan masuk hulur. Jika kerbau kebanyakan, hanya diganti harga kerbau sahaja jika kerbau itu tidak melakukan apa-apa kesalahan, tetapi jika kerbau itu menanduk tidak dikenakan apa-apa kesalahan dendaan. Seseorang itu dibolehkan membunuh kerbau jahat sama ada siang atau malam, jika kerbau itu tiada dikandangkan. Jika membunuh kerbau di padang kerana sakit hati, denga harga kerbau, tetapi jika dikandang, hendaklah diganti sepenuh harga kerbau itu. Hukuman mencuri kambing tahil. Jika kambing rakyat, sejumlah harga kambing itu sahaja. 21.3 seseorang yang membawa kerbau liar ke kandangnya, diberi upah 1/3 harga kerbau itu, jika kerbau jalang, sepenuh harga kerbau tersebut. Fasal 22.1 undang-undang bagi huma atau ladang yang terbakar. Semasa membakar ladang sendiri dan terbakar ladang orang lain, adalah tidak dianggap bersalah, dan jika ladang orang lain itu tiada habis hangus, hendaklah diperun keseluruhan ladang itu. 22.2 Adalah menjadi kesalahan bagi orang Islam sebelum memagar humanya, jika babi atau kerbau memakan tanaman orang lain yang sudah berpagar. Ia terpaksa membayar sepenuh harga tanaman itu. 22.3 seseorang yang mencuri pagar atau tanaman, tuannya dapat merampas tanaman itu berserta alat yang dibawanya seperti keris atau pisau atau parang. Fasal 23.1 Adalah dilarang seseorang menjual hamba yang asalnya orang lapar atau dalam kesempitan. 23.2 Jika hamba orang lain diberinya makan dan hamba itu bekerja kerana menebus harga makanan itu, jika hamba itu mati dikenakan denda 1/3 harga hamba itu tetapi jika dengan setahu raja tidak dikenakan apa-apa bayaran. 23.3 Juga dilarang menjual hamba yang asalnya karam laut. 23.4 seseorang yang menetap di pulau kerana sebab-sebab angin tiada dapat belayar, ia akan didenda lima emas dan jika abdi, tujuh emas. Juga dikenakan kepada Nakhoda. 23.5 Tuan punya perahu yang hanyut dapat menebus perahunya: 1/3 harga jika sudah hanyut ke laut, sekupang jika baharu sahaja hanyut. Perahu yang boleh didapatkan kembali tanpa ditebus: jika tali perahunya dikerat, perahunya dicuri, perahu raja atau pembesar. Harta yang diketemui pada sampan hanyut dipulangkan pada pada tuan asalnya. Fasal 24.1Hukuman mencuri hamba orang. Jika hamba raja, ia akan dibunuh dan hartanya dirampas. Begitu juga hamba pembesar atau bala tentera. Hukuman ini dikenakan walaupun kepada Nakhoda sekalipun. Jika Nakhoda melarikan

cukai dan jika ia kembali ke negeri tersebut, hartanya akan dirampas atau didenda dengan cukai dua kali ganda. 24.2 Hukum berwakil. Jika barang yang diwakilkan itu disampaikan kepada orang lain misalnya anaknya, barang itu hendaklah dipulangkan semula kepada tuannya, tetapi jika berwakil tanpa apa-apa surat, tiada payah menggantikan emas atau barang tersebut. Fasal 25.1 Hukum mengenai wali. Nampaknya Hukum Kanun Melaka mengambil dari sumber Islam iaitu dengan menbahagikan wali ini kepada beberapa bahagian termasuk wali mujabir. Begitu juga syarat-syarat wali. Semuanya diambil dari sumber-sumber feqah. 25.2 Diberikan syarat ijabkabul dan lafaznya sekali. Fasal 26 Hukum saksi nikah. Sekurang-kurangnya empat orang, tetapi jika tiada empat, dua orang pun memadai. Diberikan syarat-syarat orang yang boleh menjadi saksi. Abdi atau perempuan, tiada sah menjadi saksi. Fasal 27 Menyatakan hukum khiar iaitu boleh dibatalkan perkahwinan jika pihak lelaki atau perempuan mempunyai penyakit seperti gila, sopak, aib ratak, aib karan dan aib kebiri. Fasal 28.1 Hukum talak. Talak terbahagi kepada dua iaitu talak yang dapat dirujuk iaitu talak raji dan talak bain. 28.2 diharuskan berkahwin dengan perempuan majusi dan mereka yang baharu masuk Islam, tetapi dilarang dengan perempuan menyembah berhala (wathani). 28.3 Ada empat syarat lelaki merdeheka dibolehkan berkahwin dengan abdi perempuan iaitu jika ia belum beristeri perempuan merdeheka iaitu tiada tertahan menahan nafsunya atau tiada kuasa membayar mas kahwin atau kerana abdi itu telah diislamkan. Perempuan merdeheka dapat berkahwin dengan abdi jika ia reda dan keluarganya membenarkannya. Fasal 29 Antara tugas Syahbandar ialah menghukum hal-hal gantang dan cupak (perniagaan) dan hal-hal yang berlaku pada orang-orang dagang. Fasal 30 Hukum berniaga. Sama dengan undang Islam iaitu mengharamkan riba. Orang menjalankan perniagaan hendaklah akil baligh, siuman, melafazkan jual beli. Barang yang diperniagakan hendaklah barang yang suci dan ada gunanya. Barang itu pula miliknya sendiri. Fasal 31.1 Jika berjual tanah adalah termasuk segala kayu-kayuan yang di dalamnya. Bagi tanah huma yang tidak disebutkan perjanjiannya, hasil pertama kepada tuan tanah lama dan hasil yang lain kepada pembeli. 31.2 Boleh dikembalikan barang yang dibeli jika dilihat kecacatannya, tetapi hendaklah dilakukan dengan segera. Barang-barang yang dikembalikan itu termasuk juga hamba. Fasal 32.1 Hukum mengenail muflis. Mereka ini dilarang melakukan sekehendaknya terhadap hartanya sebelum hutangnya dapat diselesaikan. 32.2 Membicarakan sulh (iaitu penyelesaian) di atas tuntutan terhadap harta. 32.3 Dibolehkan menjadi penjamin hutang orang lain. 32.4-5 Juga membicarakan masalah pinjaman.

Fasal 33 Hukum memberi modal kepada orang lain. Fasal 34 Hukum memberi amanat. Fasal 35 Hukum ikrar. Ia terbahagi kepada dua iaitu ikrar kepada Allah, kedua ikrar kepada manusia. Fasal 36 Hukum murtad. Jika ia tiada mahu bertaubat, ia boleh dibunuh. Fasal 37 Membicarakan hukum saksi. Dibicarakan syarat-syarat saksi, berdasarkan hukum Islam. Fasal 38 Menyatakan masalah tuntut menuntut dan termasuk sumpah. Fasal 39 Hukum membuhun orang. Jika ia akil baligh dan perbuatannya itu disengajakan, ia akan dibunuh kembali. Tetapi hukuman ini dikecualikan jika orang Islam membunuh kafir atau merdeheka membunuh abdi. Fasal 40 Hukum zinah. HKM mengambil dari sumber Islam dengan membahagikan orang melakukan perbuatan ini kepada muhsan (yang sudah berkahwin) dan tiada muhsan. Bagi golongan pertama, hukumannya dilontar dengan batu hingga mati, bagi golongan kedua dipalu seratus kali. Jika hamba, 50 kali sahaja. Berzina dengan binatang hukumannya sama juga dengan manusia. Fasal 41 Seseorang memaki orang lain dan dibawa kepada hakim. Jika tiada saksi, orang yang mengadu tadi dirotan sebanyak 80 kali. Fasal 42 Hukuman orang meminum arak atau tuak, jika merdeheka, dipalu 40 kali dan jika abdi, sebanyak 20 kali. Fasal 43.1 Abdi yang diupah mati, jika setahu tuannya, dibayar ganti rugi 1/3 harga hamba, tetapi jika tidak setahu tuannya, harga hamba. 43.2 Segala pegawai kerajaan hendaklah bertugas sebaik-baiknya. 43.3 Segala orang yang mempunyai tanam-tanaman, hendaklah dipagar dengan baik.Orang yang mempunyai binatang ternakan, hendaklah dijaga dengan baik. 43.4 Hukum orang mendapat denda yang tercicir. 43.5 Hukum merogol anak orang. 43.6 Hukum orang merampas. 43.7 Hukum orang berjudi. 43.8 Hukum orang berhutang. Fasal 44.1 orang berhutang yang tiada berupaya menjelaskan hutangnya dikehendaki bekerja dengan tuan hutang. Isteri orang berhutang, tidak harus diganggu. 44.2 Hamba yang dijual, jika tuannya mahukan ia kembali, hendaklah ditebus seperti harga jualan. 44.3 Merdeheka mengambil hamba raja, ia akan menjadi hamba raja. Jika abdi melakunya, ia akan dipalu seratus kali. 44.4 Raja yang menitahkan undang-undang ini ialah Sultan Muzaffar Syah. 44.5 Undang-undang Syahbandar yang berniaga. 44.6 Hukumam hamba yang dicuri. Ia akan didenda bergantung taraf tuan hamba tersebut. 44.7 Orang kebanyakan dilarang memakai gelang kaki emas. 44.8 Tamat undang-undang ini pada 16 Syaaban, hari Rabu, jam 10, pada Hijrah 1216, tahun Jim.

44.9 Seorang sida-sida bernama Ahmad menjalankan perintah dari Sultan Mahmud Syah al-Ghazi di Bentan mengenai hukuman orang tawanan. 44.10 Denda-denda yang dikenakan kepada anak-anak raja. 44.11 Undang-undang ini dipakai di seluruh negeri. Barang siapa melanggar hukuman ini, derhakalah ia kepada Yang Dipertuan. Undang-undang ini berlaku sejak Sultan Mahmud Syah sehingga 23 orang raja dengan tidak berubah-ubah.

Anda mungkin juga menyukai