Anda di halaman 1dari 2

Tamadun Islam banyak memberi kesan terhadap Tamadun Melayu dalam pelbagai aspek dan

salah satunya adalah aspek ekonomi. Dalam aspek ekonomi ini dapat dilihat penerapan dari
tamadun islam dalam bentuk perdagangan, matawang dan cukai. Tamadun Islam mempunyai
pengaruh yang kuat dalam perdagangan kerana Nabi Muhammad SAW dahulunya terlibat dalam
perdagangan. Agama Islam juga menyarankan dan menegaskan bahawa aktiviti perniagaan
merupakan sumber kewangan yang amat besar. Pengaruh tamadun Islam mula bertapak apabila
pedagang-pedagang dari Negara Arab mula berdagang di Melaka dari abad ke-12 hingga ke abad-
18. Melaka merupakan salah satu pusat perdagangan yang terkenal kerana mempunyai
kemudahan yang lengkap lalu menjadi tumpuan ramai pedagang. Dan dari situlah tersebarnya
pengaruh-pengaruh daripada tamadun islam terhadap tamadun Melayu. Melaka menggunakan
undang-undang Laut Melaka untuk membantu menentukan tugas nakhoda dan jurumudi. Selain
itu, Melaka mempunyai sistem pentadbiran yang cekap dimana terdapat Laksamana yang
membantu menguruskan hal kelautan dan Syahbandar yang menjadi ketua pelabuhan. Selain itu,
tamadun islam juga memperkenalkan sistem timbang dan sukat seperti kati dan tahil untuk
memudahkan urusan perdagangan. Antara barangan yang ditimbang menggunakan sistem
timbang dan sukat adalah emas, perak dan rempah.

Seterusnya, mata wang juga dipengaruhi oleh tamadun islam dimana mata wang digunakan
sebagai alternatif kepada sistem barter. Kebanyakkan negeri Melayu menggunakan timag sebagai
wang dan nama sultan serta tarikh islam dicatat pada mata wang. Dari sini dapat dilihat pengaruh
Tamadun Islam dalam mata wang apabila terdapat nama islam sultan dan tulisan jawi digunakan.
Tulisan jawi merupakan sebuah tulisan yang menggunakan perkataan dari Bahasa Arab. Di negeri
Melayu lain juga menerapkan nilai-nilai dari tamadun Islam dalam mata wang mereka seperti
Johor yang wang timah dikenali sebagai wang katun yang mempunyai tulisan jawi atau Arab.
Selain itu, mata wang timah Kedah berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap di atas beberapa
cincin. Mata wang emas Kelantan dikenali sebagai kijang dan di mata wang emas ini dicatat nama
dan pangkat Sultan iaitu Khalifatul Muslimin.

Sulaiman, M. (2013). Islam dan Transformasi Sosial Masyarakat Melayu Malaysia: Suatu Kajian
Eksploratori, 778 - 786.

Hj. Yahaya, M. (2016). Sumbangan Tamadun Islam dalam Bidang Teknologi Perhubungan
dalam Sejarah Umat Manusia, 7 - 10.
Sistem Percukaian juga digunakan di Tamadun Melayu dan ini merupakan kesan daripada
Tamadun Islam. Cukai ialah bayaran yang dikenakan oleh pemerintah terhadap aktiviti tertentu
atau barang tertentu. Sebagai contoh, di Melaka cukai dibayar oleh pedagang sebelum
memulakan perniagaan. terdapat pelbagai jenis cukai yang dikenakan terhadap pedagang
antaranya adalah cukai tetap iaitu cukai yang paling asas atau lebih dikenali sebagai cukai import.
Dimana pedagang luar perlu membayar beberapa peratus cukai dari barang dagangan dan setiap
Negara dikenakan kadar cukai yang berlainan. Sebagai contoh pedagang dari India dan Arab
perlu membayar sebanyak 6% daripada jumlah barang manakala pedagang dari Jepun dan China
perlu membayar sebanyak 5% daripada jumlah dagangan. Terdapat beberapa barang dagangan
yang tidak dikenakan cukai seperti beras dan makanan. Orang asing yang menetap di Melaka
juga dikenakan cukai. Contohnya orang asing Kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak
3% dari pendapatan mereka dan orang asing lain dikenakan cukai diraja sebanyak 6% dari
pendapatan mereka. Antara kesan tamadun Islam yang lain adalah amalan riba dikalangan orang
Islam tidak dibenarkan di negeri melayu. Penegasan tentang riba ini dinyatakan dalam Hukum
Kanun Melaka. Walau bagaimanapun golongan ceti yang memberi pinjaman dibenarkan
menjalankan aktiviti riba mereka. Orang Islam yang berkemampuan dikenakan zakat harta. Wang
zakat disimpan oleh Baitulmal yang menyelenggarakan harta kerajaan dan wang Baitulmal
digunakan untuk pembangunan negara dan masyarakat.

Sulaiman, M. (2013). Islam dan Transformasi Sosial Masyarakat Melayu Malaysia: Suatu Kajian
Eksploratori, 778 - 786.

Hj. Yahaya, M. (2016). Sumbangan Tamadun Islam dalam Bidang Teknologi Perhubungan
dalam Sejarah Umat Manusia, 7 - 10.

Anda mungkin juga menyukai