Anda di halaman 1dari 15

Kemahiran Menghafal

 
  Pembuka kata  

  Apabila ditanya tentang cara menghafal, pelajar akan


terbayangkan nota-nota yang dipenuhi tulisan yang
  perlu dihafal. Memang susah hendak menghafal,
terutamanya jika tulisan-tulisan itu semua sukar untuk
  dibaca. Ini membuatkan pelajar rasa tidak bersemangat
untuk menghafal.
 

  Adakah memang sukar untuk menghafal? Mungkin….


mungkin sukar jika anda tidak tahu caranya yang betul.
 

  Dulu, saya selalu terfikir bahawa, orang yang mudah


untuk menghafal sesuatu adalah seseorang yang sangat
  bijak berbanding dengan orang lain. Beliau pasti
mempunyai ibu bapa yang berpendidikan tinggi dan
  juga sudah sedia ada bijak sejak beliau dilahirkan. Jadi,
saya sentiasa merasa rendah diri apabila saya
  membandingkan diri saya dengan seseorang yang
mudah menghafal ini.

Namun, setelah saya menghadiri beberapa kursus dan


membaca beberapa buku tentang teknik menghafal,
saya dapati, semua orang mempunyai kebolehan untuk
menghafal.

Jadi, sebagai permulaan, anda perlu tahu, manusia


tidak mempunyai memori yang lemah. Mungkin
selama ini anda sering menghadapi kesukaran untuk
menghafal lalu anda fikir anda mempunyai memori
yang lemah. Malah ada juga orang disekeliling anda
yang melabelkan anda sebagai lemah ingatan. Mereka
itu mungkin masih belum terdedah kepada fakta-fakta
tentang kehebatan manusia ciptaan tuhan. Tetapi, kalau
daya ingatan kita tidak lemah, mengapa terlalu sukar
untuk kita menghafal sesuatu?

Pakar Memori Amerika Syarikat

Lihat dan cuba fahami kata-kata Mr. Kevin Trudeau,


“I didn’t have learning disability, I just had an
untrained memory” (Saya bukan lemah dalam
belajar/menghafal, saya cuma mempunyai daya ingatan
yang tidak dilatih).

Kevin adalah pengasas bagi American Memory


Insitute di Amerika Syarikat. Institut ini mengajar
pelajarnya cara-cara menggunakan sepenuh kebolehan
daya ingatan manusia bukan sahaja untuk keperluan
belajar atau pekerjaan, malah untuk kegunaan harian.
Namun Kevin pada zaman kanak-kanaknya adalah
dianggap sebagai seorang pelajar yang sangat lemah,
hinggakan beliau hampir-hampir dilabelkan sebagai
pelajar yang mempunyai IQ di bawah paras normal.

Beliau bekerja keras untuk mencari jalan bagaimana


beliau boleh menggunakan potensi sebenar beliau.
Akhirnya, beliau menemui rahsia menggunakan
sepenuh potensi daya ingatan dan kini, beliau terkenal
di serata United States sebagai ‘Pakar’ dalam bidang
daya ingatan.

Satu contoh betapa hebatnya Kevin ini, beliau pernah


menghadiri satu majlis yang dihadiri oleh lebih dari 50 
orang. Apabila Kevin berkenalan dengan orang baru,
Kevin akan bertanyakan nama penuh orang-orang
tersebut. Di akhir majlis tersebut, Kevin mampu
bersalam dengan semua orang yang berkenalan
dengannya tadi dan menyebut nama penuh masing-
masing.

Untuk menghafal, anda perlu tahu satu perkara asas.


Apakah bahasa memori kita? Bahasa Melayu? Bahasa
Inggeris? Bahasa Cina? Atau bahasa India? Untuk
mengetahuinya, jawab soalan ini.
Jika saya sebut perkataan kucing, apakah yang
terbayang difikiran anda? Adakah perkataan
K.U.C.I.N.G. ? Atau gambar seekor kucing?

Tentu gambar seekor kucing bukan?


Maksudnya, bahasa otak kita adalah ‘gambar’.
Disebabkan itu, kita lebih mudah mengingat gambar
dari perkara lain seperti tulisan. Jadi, jika anda merasa
sukar untuk menghafal, jangan risau. Bukan anda
memiliki daya pemikiran yang lemah, tetapi, anda
mungkin selama ini cuba menghafal tulisan, bukan
gambar.

 
  Terbitan 1  

   

  Hari ini saya ingin kongsikan bersama anda tentang


memori. Secara umumnya, memori atau ingatan anda
  terbahagi kepada dua iaitu memori jangka masa pendek
dan memori jangka masa panjang.
 

  Memori jangka masa pendek adalah sesuatu yang anda


ingat dalam jangka masa yang singkat. Contohnya, jika
  anda berkenalan dengan seorang kawan baru, setelah
beliau memperkenalkan nama beliau, belum sampai
  beberapa jam pun anda sudah lupa nama tersebut. Sama
juga seperti semasa anda belajar di dalam kelas.
 

  Katakan cikgu anda mengajar subjek sejarah hari ini.


Anda rasa anda faham apa yang cikgu anda ajarkan.
  Tetapi, esok atau 2 hari selepas itu, anda sudah lupa apa
yang cikgu ajarkan tadi. Kadang-kadang, anda rasa
macam anda tidak pernah dengar tentang apa yang
diajarkan itu. Pelik bukan?
Tidak pelik sebenarnya. Itu menunjukkan bahawa apa
yang anda pelajari itu cuma singgah di memori jangka
masa pendek anda sahaja.

Memori jangka masa panjang pula ialah sesuatu yang


anda boleh ingat dalam jangka masa yang lama.
Contohnya, anda ingat nama kawan baik anda bukan?
Pernahkah anda satu hari datang ke sekolah dan lupa apa
nama kawan baik anda itu? Sudah tentu tidak pernah
(melainkan anda menghidap penyakit lupa).

Jika anda mahu mengingat apa yang anda pelajari


supaya anda boleh jawab soalan peperiksaan dengan
baik, anda perlu tahu bagaimana caranya untuk
memindahkan maklumat dalam memori jangka masa
pendek anda ke memori jangka masa panjang. Jika
selama ini anda rasa anda mudah lupa apa yang anda
pelajari, ia tidak bermaksud daya ingatan anda lemah. Ia
tidak bermaksud otak anda lembab atau anda seorang
yang bodoh. Ia cuma bermaksud anda belum mahir
dalam teknik untuk memindahkan maklumat daripada
memori jangka masa pendek ke memori jangka masa
panjang. Setelah anda kuasai teknik-teknik ini nanti,
anda akan rasa lebih mudah mengingat atau menghafal
apa yang telah anda pelajari.
 

Mengapa fakta yang anda pelajari cuma singgah di


memori jangka masa pendek sahaja?

Satu sebab utamanya ialah anda tidak melakukan usaha


memindahkan fakta ke memori jangka masa panjang
dengan sengaja. Apa yang saya ingin katakan di sini
ialah, jika anda pelajari sesuatu yang baru, fakta itu tidak
akan masuk ke memori jangka masa panjang dengan
sendirinya. Anda perlu lakukan sesuatu dengan sengaja
untuk memindahkannya. Contohnya, katakan Ustaz anda
baru mengajar lima rukun Islam. Dengan sekali
mendengarnya sahaja, fakta itu cuma akan berada di
memori jangka masa pendek anda. Anda mungkin akan
lupa kesemuanya pada keesokan harinya.
Satu cara yang anda boleh lakukan untuk
memindahkannya ke memori jangka masa panjang ialah
dengan membaca dengan kuat kelima-lima rukun Islam
itu berulang-ulang kali. Pengulangan adalah salah satu
teknik berkesan untuk memindahkan fakta ke memori
jangka masa panjang.

Jadi anda perlu ingat, tanpa membaca semula apa yang


anda pelajari, anda tidak akan dapat ingat dalam apa
yang anda pelajari hingga ke hari peperiksaan.

Namun, berkenaan perkara ini, ada satu soalan popular


yang sering diajukan kepada saya. Soalannya ialah,
kenapa ada sesetengah pelajar boleh ingat dengan mudah
apa yang dipelajari walaupun mereka hanya mendengar
sekali sahaja?
Jawapannya ialah, cara pelajar ini mendengar tidak sama
dengan cara pelajar biasa mendengar. Maksudnya,
pelajar ini mempunyai teknik mereka sendiri semasa
mendengar apa yang diajarkan oleh guru di depan kelas.

Contohnya, apabila mereka mendengar cikgu bercerita


tentang pencemaran sungai, fikiran mereka akan aktif
menukarkan apa yang mereka dengar kepada bentuk
gambar. Mereka seolah-olah dapat melihat  rupa sungai-
sungai yang tercemar dan apa yang menyebabkannya.
Seperti yang saya jelaskan minggu lepas, kita lebih
mudah ingat gambar, jadi pelajar ini terus dapat
mengingat apa yang diterangkan oleh guru mereka
tentang pencemaran sungai tadi.

 
  Terbitan 2  

  Semalam saya ada ceritakan tentang memori jangka


masa pendek dan memori jangka masa panjang.
  Adakah anda masih ingat apa yang saya bincangkan
semalam?
 
Jika anda telah baca artikel saya semalam dan tidak
  ingat apa yang saya telah katakan, ia bermakna bacaan
anda hanya singgah di memori jangka masa pendek
  sahaja. Setelah anda baca, anda cuma ingat selama 2
hingga tiga hari sahaja dan kemudian anda lupa
  semuanya.

 
Kajian ada mengatakan bahawa anda akan lupa 90%
  daripada apa yang anda baca atau pelajari selepas 48
jam. Sebab itulah, apabila guru anda mengajar di
  dalam kelas hari ini, anda boleh lupa hampir
kesemuanya dalam masa 2 hari sahaja. Ini semua
  disebabkan apa yang anda belajar itu cuma berada di
memori jangka masa pendek. Jadi, anda perlu belajar
teknik untuk memindahkan fakta daripada memori
jangka masa pendek ini ke memori jangka masa
panjang.

Teknik pertama untuk memindahkan fakta daripada


memori jangka masa pendek ke memori jangka masa
panjang yang ingin saya kongsikan dengan anda ialah
teknik pengulangan (Repetition). Ada satu pepatah
Bahasa Inggeris yang mengatakan ‘Repetition is the
mother of all skills’ yang bermaksud bahawa
pengulangan adalah ibu kepada segala kemahiran.

Masalah daripada kajian yang mengatakan anda akan


lupa 90% daripada apa yang anda pelajari tadi dapat
diatasi dengan membuat pengulangan. Begini, setelah
guru anda mengajar di dalam kelas dan setelah anda
memahaminya, anda perlu membacanya semula
sebelum 48 jam berakhir. Contohnya, katakan guru
anda mengajar subjek sejarah pada pagi hari Selasa,
anda perlu membaca semula nota-nota yang anda tulis
dalam kelas itu sebelum pagi hari Khamis.

Jika anda tidak baca semula, anda akan lupa lebih 90%
daripada apa yang anda telah pelajari itu. Jika anda
menunggu hingga guru anda masuk ke kelas dan
mengajar semula pada minggu hadapan, anda mungkin
sudah lupa kesemuanya dan terpaksa bekerja keras
untuk memahaminya semula dari peringkat awal.
Bukankah itu merugikan?
 

Jadi, untuk memudahkan anda mengingat apa yang


guru anda ajarkan, ikuti 4 langkah ini.

1. Fokus kepada guru anda ketika beliau mengajar


di dalam kelas. Tumpukan perhatian anda
kepada apa yang diajarkan. Salin nota yang
guru anda berikan dan buat catatan anda sendiri
tentang apa yang anda telah faham. Ini
bermaksud, anda perlu berfikir tentang apa
yang guru anda ajarkan.
2. Sebaik-baiknya, pada waktu malam hari yang
sama, anda buka semula buku nota yang anda
salin tadi dan baca dari awal hingga akhir. Jika
anda tidak sempat membuka nota itu semula
pada hari yang sama, selewat-lewatnya lakukan
pada keesokan harinya. Lebih lewat daripada
itu anda akan lupa lebih banyak lagi.
3. Semasa anda membaca nota tersebut,
bayangkan semula bagaimana cara guru anda
mengajar di dalam kelas tadi. Bayangkan apa
yang terjadi di dalam kelas tadi. Semasa anda
baca semula nota yang anda salin, anda seolah-
olah dapat melihat semula keadaan di dalam
kelas anda siang tadi. Ini menguatkan lagi
ingatan anda kepada apa yang anda baru
pelajari.
4. Jika boleh, baca nota itu berulang-ulang kali.
Kali pertama mungkin anda baca dengan
perlahan tetapi setelah dibaca berulang-ulang
kali, anda akan baca dengan lebih laju lagi. Ini
akan menjimatkan masa anda.

Ini adalah langkah pertama dalam teknik pengulangan.


Jika anda lihat sahabat-sahabat anda yang berjaya
dalam bidang akademik, selalunya mereka banyak kali
membaca nota-nota mereka berbanding dengan pelajar
yang kurang membaca. Apabila sahabat anda yang
cemerlang ini membaca nota-nota mereka berulang-
ulang kali, mereka jadi lebih mudah ingat dan dapat
menjawab soalan dengan baik di dalam peperiksaan.

 
  Terbitan 3  

   

  Beberapa hari lepas saya ada ceritakan teknik asas


menghafal sesuatu. Adakah anda masih ingat apa yang
  saya bincangkan beberapa hari lepas? Jika anda sudah
baca tetapi tidak ingat, apakah sebabnya?
 

  Ya, anda mungkin lupa jika anda tidak baca semula


artikel beberapa hari lepas sebelum 48 jam berlalu. Jika
  anda telah baca tetapi hanya sekali, anda mungkin akan
lupa juga. Jadi, praktikkan teknik yang saya kongsikan
  beberapa hari lepas dan gunakan teknik yang akan saya
kongsikan hari ini untuk membantu kebolehan anda
  untuk menghafal.

 
Dalam posting kedua, saya ada perkenalkan konsep
  bahasa memori anda. Kita ulang sedikit apa yang telah
dibincangkan supaya anda lebih ingat.

Cuba ingat kembali, apakah bahasa memori anda?


Adakah bahasa memori anda Bahasa Melayu, Inggeris,
India atau Cina? Jawab soalan dibawah untuk fahami
apa sebenarnya bahasa memori anda.

Jika saya sebut perkataan kucing, apakah yang


terbayang difikiran anda? Adakah perkataan
K.U.C.I.N.G. ? Atau gambar seekor kucing?

Tentu gambar seekor kucing bukan?

Maksudnya, bahasa otak kita adalah ‘gambar’.


Disebabkan itu, kita lebih mudah mengingat gambar
dari perkara lain seperti tulisan. Jadi, jika anda merasa
sukar untuk menghafal, jangan risau. Bukan anda
memiliki daya pemikiran yang lemah, tetapi, anda
mungkin selama ini cuba menghafal tulisan, bukan
gambar.

Berdasarkan bahasa memori anda ini, anda boleh


faham kenapa selama ini anda rasa begitu sukar untuk
menghafal nota yang anda tulis sepanjang tahun. Lihat
kembali nota-nota yang anda ada, adakah ia ditulis
dalam bentuk ‘tulisan’ atau ‘gambar’? Tentu dalam
bentuk tulisan bukan?

Memori anda sukar untuk mengingat sesuatu dalam


bentuk tulisan. Nota sejarah contohnya selalu penuh
dengan tulisan berwarna-warni. Walaupun warna boleh
membantu daya ingatan, memori anda masih hadapi
kesukaran kerana tulisan yang berwarna-warni
kadangkala boleh membuatnya berserabut dan tidak
teratur.

Jadi, mulai hari ini, anda perlu fikirkan bagaimana


caranya untuk menukarkan nota-nota anda dalam
bentuk gambar. Bayangkan, jika anda baca buku
sejarah, selalunya anda mudah lupa apa yang anda
baca. Namun, jika anda baca komik (yang dipenuhi
dengan gambar-gambar), anda boleh ingat apa yang
anda baca. Malah, anda boleh ceritakan semula kepada
kawan-kawan apa yang telah anda baca itu.

Gunakan langkah-langkah ini untuk menukarkan nota


anda kepada bentuk gambar.

1.       Pertama, katakan nota anda di tulis dalam satu


muka surat penuh, cari kata kunci di dalam nota
tersebut. Kata kunci adalah perkataan atau ayat yang
boleh menggambarkan keseluruhan nota tersebut.
Contohnya, katakan nota anda adalah berkenaan
simbol-simbol yang boleh ditemui di dalam makmal
Sains sekolah. Jika ia dibaca dalam bentuk ayat,
penjelasan untuk satu simbol mungkin agak panjang.
Jadi ia sukar untuk diingat. Apa yang anda boleh buat
ialah mencari hanya satu kata kunci bagi simbol
tersebut

Contohnya, jika anda lihat simbol bahan berasid, anda


boleh guna kata kunci ‘menghakis’. Lihat simbol, terus
ingat kata kunci ‘menghakis’. Anda tidak perlu hafal
kesemua penjelasan mengenai simbol tersebut kerana
setelah anda faham kata kuncinya, anda boleh jelaskan
maksudnya dengan ayat anda sendiri.

2.       Kedua, lukiskan kata kunci anda itu. Nota anda


sekarang patut dipenuhi dengan gambar-gambar kata
kunci anda. Jika anda ada 5 kata kunci dalam satu nota,
jadi anda ada 5 gambar. Kadangkala, 1 gambar boleh
menerangkan lebih daripada 1 kata kunci. Contohnya,
kata kunci anda ialah mangsa dan pemangsa. Mungkin
anda boleh lukiskan gambar seekor helang sedang
menyambar seekor tikus. Apabila anda ingat gambar
tersebut, anda boleh ingat bahawa helang adalah
pemangsa dan tikus adalah mangsa. Anda akan sedar
bahawa gambar dan kata kunci ini jauh lebih mudah
untuk anda ingati.

Ada masanya, anda mempunyai banyak kata kunci


yang perlu diingat dan kata kunci itu semua langsung
tidak berkait. Sukar juga kalau terlalu banyak gambar
yang anda perlu ingat.

 
  Terbitan 4  

  Minggu lepas saya ada ceritakan ‘gambar’ adalah


bahasa memori anda. Maksudnya, memori anda lebih
  mudah memahami gambar berbanding tulisan. Saya
  juga ada berikan beberapa tips kepada anda untuk
menukarkan nota anda kepada bentuk gambar dengan
  mencari kata kunci pada nota anda.

 
Hari ini, saya akan ceritakan bagaimana anda boleh
  menghafal atau mengingat semua kata kunci yang telah
anda tukarkan kepada bentuk gambar tadi.
 

  Katakan anda ada lima kata kunci dalam nota anda.


Setelah anda tukarkan kepada gambar, apakah cara
  terbaik untuk anda mengingatinya? Cuba teknik yang
saya namakan ‘cerita kreatif’ ini.
   

Katakan, 5 kata kunci saya ialah

1. Kucing
2. Karipap
3. Selipar Jepun
4. Besi buruk
5. Masjid

Setelah anda tukarkan kepada bentuk gambar, anda


patut membuat satu cerita ringkas supaya anda mudah
untuk mengingatnya. Ada 3 syarat utama semasa anda
membuat cerita tersebut.

1. Cerita itu mesti ringkas dan pendek.


2. Cerita itu mesti menggunakan kata kunci nota
anda mengikut turutan.
3. Cerita itu mesti mengaitkan semua kata kunci
tadi.

Contohnya, anda boleh tulis cerita ringkas itu begini:


“Kucing saya sedang makan karipap sambil memakai
selipar Jepun. Tiba-tiba sebatang besi buruk jatuh di
depannya dan ia terus berlari sampai ke masjid di
belakang rumah saya.”

Apabila anda tulis cerita ini, anda patut bayangkan


bagaimana agaknya kalau kucing anda makan karipap
sambil memakai selipar Jepun. Imaginasi anda atau apa
yang anda bayangkan ini akan membantu daya
kekuatan memori anda.
 

Dalam masa yang sama, saya cadangkan anda lukiskan


cerita anda itu. Maksudnya, seperti contoh cerita saya
tadi, saya akan lukiskan seekor kucing sedang makan
karipap sambil memakai selipar Jepun. Gunakan
imaginasi anda untuk melukis gambar tersebut.
Gambar anda tidak semestinya gambar yang cantik
seperti lukisan pelukis kartun professional. Cukup
sekadar gambar itu dapat menggambarkan cerita anda
tadi. Tetapi, harapnya, jangan anda lukis gambar

kucing tapi jadi gambar lembu sudahlah.

Untuk membuat cerita anda lebih mudah diingati, ada 3


lagi tips tambahan.

1. Cerita anda tidak semestinya logik atau munasabah –


Anda tidak perlu risau tentang tatabahasa, jalan cerita
mengarut, tidak masuk akal dan sebagainya. Cerita
yang menarik selalunya pelik daripada biasa. Lebih
pelik cerita itu, lebih mudah anda ingat.

2. Masukkan aksi dalam cerita anda – Jika cerita anda


cuma “Saya ada kucing. Saya pergi beli karipap di
pasar. Saya pakai selipar Jepun semasa ke pasar.
Kemudian saya nampak sebatang besi buruk di depan
masjid di hadapan pasar tersebut.” Cerita yang begini
agak membosankan dan anda akan mudah lupa pada
cerita ini. Letakkan aksi yang menarik dan yang boleh
membuat anda rasa berminat pada cerita tersebut.

3. Masukkan unsur-unsur komedi dalam cerita anda –


Anda akan lebih mudah ingat cerita yang kelakar
berbanding cerita yang serius. Cerita yang kelakar juga
boleh meningkatkan tahap kreativiti anda. Jadi, buat
cerita yang kelakar dan mencuit hati anda.
Gunakan teknik ini untuk menghafal nota-nota anda.
Saya cadangkan anda bekerjasama dengan beberapa
orang kawan anda untuk menghasilkan nota yang
kreatif begini. Mungkin ada kawan anda yang pandai
melukis dan mungkin kawan anda yang pandai
membuat cerita-cerita kelakar menggunakan kata kunci
dalam nota anda.

Jika anda bekerjasama seperti belajar berkumpulan


contohnya, anda boleh hasilkan nota-nota begini
dengan labih cepat dan menarik. Setelah anda ingat
kata kunci dalam nota anda, anda akan rasa lebih yakin
semasa menjawab soalan dalam dewan peperiksaan
nanti. Anda perlu mula mencuba teknik ini kerana
setelah anda cuba beberapa kali, anda kan jadi lebih
biasa dan lebih cepat untuk menghasilkan nota dalam
bentuk begini. Selamat mencuba.

  Terbitan 5

  Minggu lepas anda telah pelajari teknik untuk menghafal kata


kunci dalam subjek anda dengan menjadikannya sebuah cerita
  yang kreatif. Anda perlu terus berlatih dan mencuba teknik
tersebut kerana anda mungkin rasa janggal pada mulanya. Hari
  ini, saya mahu terangkan beberapa perkara yang boleh membantu
anda untuk menghafal apa yang telah anda pelajari.
 
 
Minggu lepas, saya jalankan satu program bersama pelajar dalam
  bidang perundangan di Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa
yang bertajuk “Study Skills Workshop” (anda boleh baca tentang
  program ini di laman web saya
www.osmanaffan.com/program.htm). Di dalam program ini, saya
  terangkan jelaskan dua petua utama untuk menghafal dengan
lebih mudah setelah mereka pelajari teknik membuat nota kreatif,
  teknik menukarkan kata kunci kepada gambar dan teknik
membuat cerita kreatif (kita telah pelajari teknik ini semua dalam
  minggu-minggu yang lalu).

Petua pertama
Petua pertama saya ialah pelajar perlu faham apa yang
dimaksudkan dengan pembelajaran input dan output. Apabila
anda sedang belajar dan cuba menghafal sesuatu, itu adalah proses
input di mana anda sedang cuba memasukkan maklumat ke dalam
minda anda. Selalunya, ini yang paling kerap anda lakukan selama
ini.

Apabila anda membuat nota, anda sebenarnya sedang menukarkan


fakta-fakta yang anda pelajari ke dalam bentuk yang anda mudah
ingat dan anda mudah simpan di dalam minda anda.

Apabila anda membaca buku dan mendengar penerangan guru


anda di sekolah, anda sedang melakukan perkara yang sama.
Tanpa proses input ini, tidak akan ada maklumat yang anda ingat
dan sudah pasti tidak ada maklumat juga yang anda boleh tuliskan
semasa peperiksaan nanti.

Namun, ada satu masalah yang mungkin timbul apabila anda


terlalu banyak membuat proses input ini tanpa membuat proses
seterusnya iaitu output. Apabila anda terlalu banyak menghafal,
anda mungkin telah hafal banyak perkara, tetapi, apabila di dalam
dewan peperiksaan, mampukah anda mengingatinya semula untuk
menjawab soalan-soalan peperiksaan? Mungkin boleh tetapi jika
anda berlatih menggunakan proses output ini, anda akan lebih
mudah menjawab soalan peperiksaan.

Begini, setelah anda hafal sesuatu, anda perlu berlatih untuk


menulis apa yang anda telah hafal di atas kertas. Contohnya
katakan anda telah hafal rukun Islam dan rukun Iman. Ambil satu
kertas, bayangkan anda sedang disoal dengan soalan ini,
“Nyatakan 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman mengikut turutan.”  

Kemudian, anda jawab soalan tersebut dengan menulisnya di atas


kertas tadi. Tulis jawapan tersebut seolah-olah anda benar-benar
sedang menjawab soalan peperiksaan.

Lakukan proses ini untuk semua subjek atau fakta yang telah anda
hafal. Proses output ini sebenarnya melatih anda untuk mencari
maklumat yang telah anda simpan di dalam minda anda dengan
cepat. Jika anda tidak berlatih dengan cara ini, mungkin anda
boleh ingat apa yang anda telah hafal, tetapi mungkin ia memakan
masa sedikit. Latihan begini akan membuat anda cekap untuk
menjawab semasa peperiksaan.

Petua kedua
Petua kedua ialah untuk menghafal semasa minda anda sedang
segar. Bilakah minda anda terasa segar? Ini adalah berbeza bagi
setiap pelajar. Bagi saya sendiri, minda saya rasa segar selepas
yang bangun tidur. Ini tidak semestinya pada waktu pagi. Sewaktu
saya mewakili sekolah rendah saya (SK Tok Jiring) dalam
pertandingan menghafaz Al-Quran dulu, saya akan tidur sekejap
sebelum saya menghafal. Tidak perlu tidur lama, cukup dengan 20
hingga 30 minit sahaja. Apabila saya bangun, minda saya terasa
segar sedikit dan saya akan rasa mudah untuk menghafal.

Anda juga boleh gunakan teknik ini. Cuma anda perlu ingat,
jangan gunakan teknik ini sebagai alasan untuk tidur dengan
banyak dan tidak membuat kerja.   Hasil tulisan ini semua pernah
dipaparkan di akhbar Sinar Harian Terengganu. Saya harap ia
dapat membantu anda mengenali potensi diri anda dalam
menghafal. Saya juga harap anda semua dapat meningkatkan
kebolehan diri anda dalam mengingati apa yang telah anda

pelajari. Selamat berjaya.

Anda mungkin juga menyukai