Anda di halaman 1dari 2

Mengikut penilaian anda, bagaimanakah rangkaian laman sosial seperti facebook

boleh

berperanan

membantu

guru

dalam

pengintergrasian

TMK

dalam

pengajaran. Berpandukan isu-isu dan trenda semasa teknologi pendidikan,


berikan penilaian anda.
Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah banyak mengubah cara
manusia untuk menyebarkan dan mendapatkan maklumat. Dalam menghadapi ledakan
maklumat pada masa kini sebagai pendidik perlu melengkapkan diri dengan kemahiran
yang dapat membantu proses pengajaran serta mampu menghadapi arus maklumat
yang cepat dan pantas. Penggunaan laman-laman sosial seperti facebook, twitter, skype
dan sebagainya sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran telah mula mendapat perhatian oleh golongan pendidik.
Contohnya, kemunculan laman " Facebook" di ataf ini pada mulanya dianggap
sebagai satu jaringan web sosial yang menbolehkan para pengguna berhubung sesama
mereka dengan cara yang lebih pantas, efisien dan interaktif. Namun seiring dengan
ledakan teknologi maklumat, bidang pendldlkan turut menerina perubahan dan
pembaharuan dalam memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Video
merupakan salah satu antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan
realistik berbanding elemen-elemen multimedia lain .Ini kerana ianya berperanan
mempengaruhi motivasi sesorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga
mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.
Penggunaan laman rangkaian sosial menyokong pembentukan pelajar kreatif
dan kolektif. Pemikiran kreatif yang maju ke hadapan selalunya merupakan hasil
daripada pengetahuan yang kolektif yang terbentuk melalui perkongsian idea dan
pengetahuan antara individu-individu secara bebas bagi mendapatkan keputusan yang
terbaik. Pengetahuan yang dikongsi secara kolektif ini terus berkembang dan berubah
hasil

pertanyaan

dan

penambahbaikan

berterusan

bersama-sama

para

penyumbangnya.
Guru juga boleh menggunakan aplikasi lain seperti permainan berkaitan topik.
Menggunakan teknologi laman web Facebook untuk memperlihatkan gambar sebagai
satu medium bahan bantu mengajar(BBM) dapat memudahkan pelajar untuk memahami
pengajaran yang disampaikan dengan melihat sendiri secara visual. Pelajar juga tidak
akan berasa bosan semasa pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti yang

dijalankan. Penggunaan teknologi maklumat (Facebook) memerlukan perancangan


yang cekap supaya pembelajaran dapat menarik minat serta meningkatkan ilmu
pengetahuan yang berguna kepada pelajar serta meningkatkan ilmu pengetahuan dan
berguna kepada pelajar dan dapat diaplikasikan secara aktif di dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Selain itu, pelajar juga boleh berhubung atau berkomunikasi dengan rakan-rakan
mereka dari sekolah lain serta berkongsi pendapat dan idea dengan mereka yang
menggunakan kemudahan web. Penggunaan teknologi menjana minat pelajar terhadap
apa jua yang disampaikan dalam kelas, lebih-lebih lagi pelajar yang mempunyai
kelemahan dalam aspek pengajaran yang tertentu. Dengan bantuan peralatan teknologi,
pengajar

dapat

mempastikan

kualiti

setiap

penerangan

dan

maklumat

yang

disampaikan. Teknologi maklumat menjadikan pengajaran lebih menarik, ini kerana


mempelajari bahasa sememangnya mencabar, yang memerlukan pengajar pandai
memikat minat pelajar menerusi penyampaian yang menggunakan teknik, kesan bunyi
dan warna.
Kemajuan dalam bidang pendidikan semakin hari bertambah jelas dipengaruhi
oleh penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Dalam konteks
pendidikan, penggunaan alat teknologi bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas
pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi besar sebagai alat untuk mengayakan
lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.
Teknologi seperti ini mestilah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru agar dapat
menghasilkan suatu output yang memenuhi tuntutan masyarakat. Melalui penggunaan
alat teknologi ini, suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan
mempunyai potensi yang baik untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai