Anda di halaman 1dari 17

HALANGAN PERLAKSANAAN SYARIAH DI MALAYSIA DAN

CADANGAN PENYELESAIAN
Susunan semula : Muhammad Nuruddin Bashah 1
Unit Kajian Ilmiah MAPIM Utara
“Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah Dewata Maha Raya jika
merdeka bujangpalu seratus rotan. Jika merdeka beristeri atau perempuan
bersuami ditanam hinggakanpinggang dihambalang dengan batu matikan.”
– Batu Bersurat Terengganu, 22 Februari 1303
1. Pelaksanaan syari`at (tatbiq al-shari`ah)2.
2. Syari`at adalah cara hidup yang lengkap (the complete way of life) yang
mengatur segala dimensi kehidupan manusia: hubungannya dengan Tuhan
dan hubungannya dengan sesama manusia sebagaimana yang diperincikan
dalam pelbagai disiplin ilmu seperti`ibadat, munakahat, mu`amalat dan
jinayat.
3. Dengan demikian konsep pelaksanaan syari`at harus difahami dalam
pengertian luas, termasuk dimensi hukum-hakamnya, semangatnya,
akhlaknya, dan maqasidnya iaitu objektif pemeliharaan agama, jiwa, akal,
keturunan dan harta.
3 segmen masyarakat
1. Golongan yang menolak sama sekali Undangundang Islam dan kemungkinan
Undangundang
Islam dilaksanakan.
2. Golongan yang menerima Undang-undang Islam tetapi tidak yakin dengan
kemungkinan
Undang-undang Islam dapat dilaksanakan sepenuhnya.
3. Golongan yang menerima Undang-undang Islam dan yakin bahawa Undang-
undang Islam dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Salah faham tentang perlaksanaan syariah
1. Faham syariat hanya hudud dan menganggap melaksana hudud sahaja akan
membuktikan perlaksanaan 100% hukum Islam.
2. Hukum Hakam Akidah, Hukum Hakam Akhlak dan Hukum Hakam Amali. Iaitu
hukum hakam berkaitan perbuatan manusia.
3. Hukum Hakam Amali ini pula terbahagi kepada dua bahagian yang besar,
iaitu
1. Hukum Hakam Ibadat dan
2. Hukum Hakam Muamalat (transaksi).
4. Muamalat pula dipecahkan kepada beberapa bahagian, iaitu
1. Hukum Hakam Kekeluargaan,
2. Hukum Hakam Madani (sivil),
3. Hukum Hakam Jenayah (hudud, qisas dan takzir),
4. Hukum Hakam Perundangan,
5. Hukum Hakam Kenegaraan,
6. Hukum Hakam Antarabangsa dan Hukum Hakam Ekonomi .
Contoh wujud ruang perlaksanaan hukum jenayah islam tidak dimanfaatkan.
Isu sebat Kartika.
1. Mekanisme pelaksanaan sebat dalam Undang-undang syariah Malaysia telah
ada, didapati ianya telah wujud sejak 1987 lagi di negeri Kelantan yang dilihat
sebagai pelopor pelaksanaan hukuman sebat di negara ini.
2. Kelantan mengkanunkan Kaedah Hukuman Sebat 1987 (mengandungi 11
peruntukan) bagi membolehkan hukuman sebat rotan yang diperuntukkan di
bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 dilaksanakan
3. Sepuluh tahun selepas Kelantan melaksanakan hukuman sebat rotan, negeri
lain misalnya Wilayah Persekutuan mula membuat peruntukan berkaitan
sebat yang tidak jauh berbeza daripada Kaedah Hukuman Sebat Kelantan
1987.
4. Sejak tahun 1997, Akta Tatacara Jenayah Syariah (WP) 1997 telah mempunyai
dua seksyen (iaitu s. 125 dan 126) yang memperuntukkan mengenai kaedah
pelaksanaan sebatan.
5. Sebelas kesalahan yang diperuntukkan hukuman sebat di bawah Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah. Kesalahan tersebut ialah persetubuhan luar
nikah, mukaddimah zina, perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan
persetubuhan luar nikah, sumbang mahram, pelacuran, melacurkan isteri
atau anak, muncikari, liwat, musahaqah, minum minuman yang memabukkan
dan menyebarkan doktrin palsu.
6. Tetapi, malang, realitinya tidak ada satu kes pun yang dijatuhkan hukuman
sebat rotan oleh hakim syariah.
7. Orang-orang Islam seharusnya mendakwa bahawa mereka berhak di bawah
Perkara 3(1) mengikut cara hidup mereka berasaskan kepada ajaran-ajaran
Islam.
8. Perkara 37 dan jadual ke 4 Kedudukan istimewa Islam boleh dilihat dari
bentuk sumpah jawatan bagi Yang di Pertuan Agong.
9. Perkara 11, Fasal (4) mernperuntukkan “Undang-Undang Negeri, boleh
mengawal dan menyekat pengembangan apaapa iktikad atau kepercayaan
ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam”.
10. Perkara 12 Fasal (2) pula memperuntukan bahawa adalah sah bagi
Persekutuan dan sesuatu negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-
institusi Islam dan mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran
Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan yang diperlukan bagi maksud itu.
Kondisi syariah di Malaysia menurut Dr Aziz Bari 3
1. Pemerintah mengguna hujah escapisme, anggap perlaksanaan syariah
banyak rukhsah dan boleh ditangguh kerana tidak sesuai.
2. Istilah sekular tiada dalam perlembagaan negara. Hanya ada dalam kertas
putih Constitutional Proposals For The Federation of Malaya, London, HMSO
1957.
3. Akta parlimen boleh digubal atau dipinda. Bergantung kepada kehendak dan
usaha parlimen.

Halangan perlaksanaan undang-undang Islam (jenayah)


Menurut Dr Abdul Aziz Bari, perlu pinda4;
1. Akta Mahkamah Keadilan 1964.
2. Kanun Kesiksaan
3. Kanun Acara Jenayah
4. Akta Keterangan 1950
5. Akta Mahkamah Syariah 1984
1. menghadkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam menjatuhkan
hukuman penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak
melebihi 5 ribu ringgit atau sebat tidak lebih 6 sebatan atau
kombinasi mana-mana hukuman itu. (3,5,6)
2. Bidang kuasa ini masih rendah atau sempit jika dibandingkan dengan
bidang kuasa Mahkamah Majistret Kelas Pertama. Akta Mahkamah
Rendah 1948 memberi bidangkuasa jenayah kepada Mahkamah
Majistret Kelas Pertama menjatuhkan hukuman sehingga sepuluh
tahun penjara atau rotan 12 kali atau gabungan kedua-dua.
6. Akta Undang-undang Sivil 1972
1. Kini ia menjadi ‘hub’ mengaut common law ke dalam mahkamah sivil
Malaysia.
2. Perlu dipinda untuk mengimport prinsip Islam dalam akta ini.
7. Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutan Senarai Persekutuan, Senarai
Negeri dan Senarai Bersama.
1. Parlimen menggubal undang-undang dalam Senarai Persekutuan dan
Senarai Bersama manakala Dewan Undang Negeri menggubal undang-
undang dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
2. Perkara jenayah terletak di dalam item 4 Senarai Persekutuan. Jika
undang-undang hudud tertentu seperti mencuri ingin digubal oleh
Dewan Undang Negeri Pindaan terhadap Item 4 ini perlu dilakukan
terlebih dahulu.
Pandangan Prof Ahmad Ibrahim
1. Menerima perlembagaan Malaysia itu secara positif berusaha
melaksanakannya supaya menegakkan prinsip-prinsip kerajaan lslam.
23 Disember 2013
10.50 malam
1 Penulis bebas dan penganalisa isu syariah, sosial. .Menulis makalah dalam pelbagai
majalah dan web untuk skop sejarah, sosial, ekonomi, sains dan isu antarabangsa.
Penulis boleh dihubungi melalui : jihadin82@yahoo.com/ 017-6291368.
2 Dr.. Zulkifli Hasan Exco ABIM Pusat (Syariah dan kewangan Islam) Timbalan Pengerusi
BIRO Aantarabangsa dalam presentasi bertajuk : Tentangan Pelaksanaan Syariah di
Malaysia: Tohmahan dan Kefahaman (Perspektif Undang-undang)
3 Dr. Abdul Aziz Bari, Islam dalam Perlembagaan Malaysia, 2005

https://temanteras.wordpress.com/2014/01/07/halangan-perlaksanaan-syariah-di-
malaysia-dan-cadangan-penyelesaian/

PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA:


REALITI DAN CABARAN
Oleh
Suwaid Tapah

1.LATAR BELAKANG

Pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia kini, harus difahami berdasarkan perkembangan perundangan negara
terutama zaman sebelum merdeka iaitu zaman penjajahan Inggeris. Pengalaman-pengalaman mereka menjajah
negara ini dan seterusnya memperkenalkan beberapa statut atau undang-undang bertulis dimana sebahagiannya
telah dikekalkan hingga ke hari ini juga harus diteliti kerana ia mempunyai hubungan dalam konteks perkembangan
pentadbiran undang-undang Islam. Beberapa istilah berkaitan misalnya istilah “undang-undang Islam” dan istilah
“pentadbiran” undang-undang itu sendiri ada hubungan dengan perlaksanaan undang-undang itu sendiri.

Secara umum, istilah “pentadbiran” undang-undang lebih hampir kepada urusan siyasah yang membawa maksud
bagaimana mengurus sesuatu perkara yang merujuk kepada kehendak dan kepentingan masyarakat itu sendiri atau
dengan perkataan lain difahami sebagai “kuasa budibicara melalui autoriti pemerintah yang dibuat secara rasmi”(1).
Peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan itu membawa kebaikan jika dirujuk berdasarkan semangat atau ruh
Syariat itu sendiri. Sebab itu, realitinya peruntukan undang-undang yang digubal semasa penjajahan Inggeris
berkaitan dengan pentadbiran hukum Syarak di negara ini sebahagiannya telah dilanjutkan selepas merdeka hingga
kini meskipun konsep atau niat asal penggubalan undang-undang tersebut lahir secara kebetulan semata-mata untuk
menjaga kepentingan atau maslahah masyarakat yang mereka tadbir.

Sebagaimana dimaklumi, penjajahan Inggeris di Tanah Melayu bermula di negeri-negeri yang dikategoriikan sebagai
Negeri-negeri Selat dan kemudiannya di Negeri-negeri Melayu yang lain yang diistilahkan sebagai negeri-negeri
Melayu Bersekutu dan negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Sejarah menukilkan bahawa sebahagian kuasa
pentadbiran mereka ditentukan melalui autoriti Sultan sebagai ketua negeri dan ketua agama di negeri masing-
masing dan kuasa eksekutif di tangan mereka. Ini boleh dilihat selepas Perjanjian Pangkor 1874(2) dan kemudiannya
banyak mempengaruhi sistem pemerintahan negara ini selepas merdeka termasuk undang-undang pentadbiran hal
ehwal Islam di negeri-negeri. Pengalaman dan kecekapan pentadbiran mereka amat berkesan sekali mempengaruhi
perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal agama Islam sehingga ke hari ini. Umum memahami
bahawa antara perkara dipersetujui dalam perjanjian tersebut ialah mereka tidak mencampuri dalam urusan hal
ehwal agama Islam. Namun, hampir kesemua negeri-negeri Melayu mempunyai suatu undang-undang pentadbiran
agama Islam yang hampir seragam yang ditumpukan kepada soal undang-undang diri bagi orang-orang Islam di
negeri masing-masing misalnya undang-undang pendaftaran perkahwinan dan perceraian orang-orang Islam (3),
dan undang-undang penubuhan dan bidang kuasa Mahkamah Kadi.(4) Mereka beranggapan bahawa mereka tidak
mencampuri urusan agama tetapi sebagai pihak yang mempunyai kuasa eksekutif yang mutlak maka adalah menjadi
tanggungjawab mereka untuk menjaga kepentingan awam tanpa mengira agama. Sebab itu, mereka berjaya
memperkenalkan undang-undang pentadbiran bagi tujuan penyelarasan semua undang-undang yang mereka
perkenalkan. Malah, dalam soal yang menyentuh secara spesifik tentang hukum Syarak iaitu dalam menentukan
tafsiran sesuatu perkara itu sebagai hukum Syarak atau adat Melayu dimana mempunyai hubungkait dengan soal
keterangan atau persoalan yang tidak jelas, maka peraturan bertulis diperkenalkan(5) bagi memberi kuasa kepada
Majlis Negeri (State Council) mengesahkan sesuatu perkara yang dibangkitkan itu sama ia releven dengan hukum
Syarak atau adat Melayu. (6)

Secara umum, pada fasa pemerintahan mereka, undang-undang substantif yang diperkenalkan boleh dibahagikan
kepada tiga iaitu undang-undang keluarga, harta dan kesalahan-kesalahan terhadap agama. Pertama, kandungan
undang-undang keluarga meliputi perkara yang berkaitan dengan permulaan kepada perkahwinan misalnya
pertunangan dan mungkir janji pertunangan, mahar; semasa akad misalnya soal wali dan sebagainya; perceraian
misalnya talak biasa, khul` dan fasakh. Sementara kedua, perkara yang berkaitan dengan harta adalah tertumpu
kepada harta pusaka, wasiat dan harta wakaf orang-orang Islam yang banyak berkaitan dengan undang-undang
bertulis lain dan bukan perkara yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal Islam misalnya Ordinan Harta Pusaka
Kecil (Pembahagian)(7) dimana kuasa diberikan kepada Pegawai Pemungut Hasil Tanah untuk mentadbir serta
menyelesaikan pertikaian, dan sebarang rayuan mengenai pertikaian berkenaan akan dibuat di Mahkamah Sivil
(Mahkamah Tinggi). Hingga kini, pertikaian kes berkenaan dibuat di Mahkamah Sivil dimana biasanya hukum Syarak
akan diambil kira jika tidak menyentuh undang-undang bertulis atau selaras dengan undang-undang bertulis yang
dipakai.(8) Ketiga, perkara yang berkaitan dengan kesalahan terhadap agama yang bermula dari kesalahan-
kesalahan misalnya tidak mendaftarkan perkahwinan dan perceraian, mengakadnikah tanpa kebenaran atau tidak
mengikut undang-undang hinggalah kepada kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan moral misalnya melakukan
zina, khalwat, meminum minuman keras serta hal-hal yang menyentuh akidah misalnya tidak bersolat Jumaat tanpa
uzur, tidak membayar zakat, tidak berpuasa pada bulan Ramadhan dan seumpamanya.

Kecekapan mereka memperkenalkan sistem perundangan menerusi penubuhan Majlis Negeri yang bertindak
sebagai badan pemutus tindakan-tindakan eksekutif disamping berfungsi sebagai badan yang mengesahkan sesuatu
tindakan menerusi statut-statut bertulis yang diperkenalkan dan prinsip “duluan mengikat”(9) banyak mempengaruhi
tafsiran status dan rujukan hukum Syarak atau undang-undang Islam jika kes berkenaan dibicarakan di Mahkamah
Sivil. Tambahan pula, pemakaian undang-undang lazim Inggeris (English common law) dan peraturan ekuitinya yang
dikuatkuasakan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1937 melalui Enakmen Undang-undang Sivil dan
diluaskan ke negeri-negeri lain pada tahun 1951 dan dikenali kemudiannya sebagai Ordinan Undang-undang Sivil
1956(10) telah dengan sendirinya mengukuhkan pentadbiran undang-undang sivil dan sedikit sebanyak
menyempitkan tafsiran undang-undang Islam. (11)

Kes-kes yang diputuskan semasa penjajahan yang melibatkan soal adat Melayu dan hukum Syarak juga
mempengaruhi peruntukan-peruntukan perlembagaan yang digubal kemudiannya dan seterusnya memberi kesan
kepada perkembangan pentadbiran hal ehwal Islam di negara ini. Biasanya hakim-hakim Inggeris tidak dapat
membezakan antara perkara hukum Syarak dan adat Melayu atau adat Melayu yang selaras dengan hukum Syarak
atau sebaliknya. Boleh disimpulkan bahawa kebanyakan penghakiman dibuat banyak mengambilkira aspek
prosedural dan aspek keterangan yang jika dipenuhi maka barulah mengambilkira hukum Syarak atau yang
diistilahkan sebagai undang-undang Islam.(12) Boleh dikatakan semua kes yang diputuskan yang berkaitan dengan
pemakaian undang-undang Islam melibatkan kes-kes sivil yang secara relatifnya boleh ditafsirkan sebagai perkara
yang mempunyai hubungkait dengan undang diri bagi orang-orang yang menganut agama Islam(13) dan tidak sama
sekali melibatkan undang-undang jenayah awam.(14) Malah, kesalahan-kesalahan yang ada ditafsirkan sebagai
kesalahan agama atau kesalahan melanggar peruntukan undang-undang pentadbiran agama. Sebab itu, meskipun
dalam sejarah penghakiman mereka di Tanah Melayu ada dicatitkan yang undang-undang Islam bukan undang-
undang asing tetapi sebagai undang-undang negeri, sebenarnya ia hanya merujuk kepada undang-undang diri.(15)
Pengalaman-pengalaman ini(16) adalah selaras dengan laporan Suruhanjaya yang mencadangkan apakah bentuk
dan kandungan Perlembagaan Persekutuan yang sesuai kepada sebuah negara yang akan merdeka pada tahun
1957 itu.

2.TAKAT KUASA KERAJAAN NEGERI DALAM MENTADBIR HAL EHWAL AGAMA ISLAM
Perlembagaan Persekutuan dianggap sebagai undang-undang tertinggi negara.(17) Dari segi definisi, perlembagaan
merupakan suatu himpuan peraturan tertinggi yang telah dipersetujui bersama dan maksud setiap peruntukan
memberi manfaat kepada warga selain memasyurkan sebagai sebuah negara merdeka.. Pembebasan sesebuah
tanah jajahan seperti Malaysia dan pembentukan sesebuah negara moden biasanya ditanda oleh pembentukan
sebuah perlembagaan bertulis.

Keistimewaan Perlembagaan Persekutuan ialah dengan memasukkan empat elemen tradisi dimana antaranya(18)
ialah agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan,(19) serta kedudukan dan keistimewaan Raja-raja Melayu
sebagai Ketua Agama Islam dalam negeri sebagaimana diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri.
Tertakluk kepada Perlembagaan Negeri, segala hak, keistimewaan dan kedaulatan dan kuasa yang dinikmati
olehnya sebagai Ketua Agama Islam tidak tersentuh dan tercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan dan
upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja adalah meliputi seluruh Persekutuan, maka atas sifat Raja
sebagai ketua Agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.(20) Perlembagaan-perlembagaan
bagi negeri-negeri yang tidak beraja (Melaka, Pulau Pinang, Sabah(21) dan Sarawak) hendaklah membuat
peruntukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri itu.(22) Yang di-Pertuan Agong
juga menjadi Ketua Agama Islam bagi Wilayah-wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) dimana
Parlimen diberi kuasa untuk membuat undang-undang mengenai pentadbiran hal ehwal Islam dan penubuhan Majlis
Agama untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara berhubung dengan agama Islam. (23)

Bertitik tolak dari semangat Perkara 3 (1-5), maka perkara-perkara lain berkaitan mempunyai hubungan dengan
pentadiran hal ehwal agama Islam misalnya penubuhan Majlis/Jabatan Agama Islam di negeri-negeri, Jabatan Mufti,
Mahkamah Syariah dan lain-lain.(24) Selaras dengan tuntutan semasa untuk memperkemaskan pentadbiran hal
ehwal Islam, kerajaan-kerajaan negeri telah mula mengasingkan tiga institusi penting iaitu Majlis /Jabatan Agama,
Jabatan Mufti dan Mahkamah Syariah apabila undang-undang induk (pentadbiran hukum Syarak) dipinda dengan
memperuntukkan fungsi Majlis secara jelas iaitu membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong/Sultan berkenaan
dengan semua perkara yang berhubung dengan agama Islam di dalam negeri kecuali perkara-perkara hukum
Syarak iaitu penubuhan Jabatan Mufti dan yang berhubung dengan pentadbiran keadilan iaitu penubuhan
Mahkamah Syariah, dan. Majlis Agama negeri menjadi pihak berkuasa utama di dalam negeri masing-masing. (25)

Apa yang perlu difahami ialah dalam perkara yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal agama Islam,
Perlembagaan Persekutuan juga telah memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk menggubal
undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal Islam di negeri masing-masing termasuk di Wilayah-
wilayah Persekutuan. Apa yang menarik perhatian ialah di Wilayah-wilayah Persekutuan, undang-undang yang
berkaitan dengan pentadbiran undang-undang Islam adalah diluluskan oleh Parlimen yang juga berfungsi sebagai
Badan Perundangan Persekutuan. Namun, perlu difahami bahawa status undang-undang yang berkaitan dengan
pentadbiran hal ehwal agama atau hukum Syarak hanya berkuat kuasa di dalam Wilayah-wilayah Persekutuan
sahaja dan sama seperti undang-undang Islam yang digubal di negeri-negeri (dalam Jadual Kesembilan Senarai 2
Senarai Negeri Butiran 1). Kuasa tersebut dibuat dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Jadual Kesembilan
Senarai 1 Senarai Persekutuan Butiran 4 (k) yang memperuntukkan bahawa “Undang-undang dan acara sivil dan
jenayah dan pentadbiran keadilan termasuk menentukan Hukum Syarak(26) dan lain-lain undang-undang diri bagi
maksud undang-undang Persekutuan.”(27) Malah, dalam Perkara 3 (5) Perlembagaan Persekutuan dimana
peruntukan dibuat bagi memberi kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-undang mengenai pentadbiran hal
ehwal Islam dan penubuhan Majlis Agama Agama Islam.

Kerajaan-kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi
oleh undang-undang Persekutuan iaitu peruntukan hukuman bagi kesalahan-kesalahan termasuk kesalahan jenayah
Syariah untuk seluruh Persekutuan,(28) namun peruntukan yang diluluskan hanya berkuatkuasa di negeri-negeri jika
Badan Perundangan Negeri menggubal atau meminda undang-undang kesalahan jenayah Syariah di negeri masing-
masing supaya selaras dengan peruntukan berkenaan. Badan Perundangan Negeri tidak diberi kuasa menggubal
suatu peruntukan yang melebihi daripada peruntukan berkenaan dan harus mengambikira perkara 75 Perlembagaan
Persekutuan. (29)

Kerajaan-kerajaan negeri yang lain juga diberi kuasa untuk menggubal undang-undang yang berkaitan dengan hal
ehwal agama Islam di bawah Jadual Kesembilan Senarai 2 Senarai Negeri Butiran 1 memperuntukkan:

• Hukum Syarak dan Undang-undang diri dan keluarga bagi orang-orang yang menganut agama Islam, termasuk
hukum Syarak yang berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan,
perceraian, maskawin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian
harta dan amanah bukan khairat;
• Wakaf Islam dan takrif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat agama, perlantikan pemegang-
pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian agama Islam dan khairat, yayasan,
amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan;

• Zakat fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; (30)

• Masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam;

• Mengadakan atau menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut agama
Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan;

• Keanggotaan, penyusunan dan acara bagi mahkamah-mahkamah Syar`iyyah, yang akan mempunyai bidang kuasa
hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk
dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang
diberi oleh undang-undang Persekutuan;

• Mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut agama Islam;

• Menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu.

3.CABARAN PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM

- Peringkat Persekutuan

Selepas Merdeka, usaha-usaha di peringkat Persekutuan telah dibuat untuk menyeragamkan pentadbiran undang-
undang Islam. Penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKHEIM) yang dipersetujui oleh
Majlis Raja-raja Melayu (MRR) dan urusetianya ialah Bahagian Ugama di Jabatan Perdana Menteri yang kini dikenali
sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Antara fungsi Majlis ini ialah “memberi nasihat kepada Majlis
Raja-raja, kerajaan-kerajaan negeri atau Majlis Agama Islam negeri atau apa-apa perkara berkenaan perundangan
atau pentadbiran agama Islam dan pelajaran agama Islam dengan tujuan hendak memperbaiki, menyamakan atau
menggalak persamaan undang-undang atau pentadbiran.”(31) Untuk tujuan itu, beberapa jawatankuasa telah
ditubuhkan di bawah urusetia dan termasuklah Jawatkuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil, Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan dan lain-lain. Sejauh penelitian, penubuhan MKHEIM dan JAKIM adalah selaras dengan
kehendak peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 38 (2) (b) (c) yang menjelaskan tugas-tugas MRR antara
lain ialah “mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi
seluruh Persekutuan” dan “mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat dan
memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang menurut Perlembagaan ini, memerlukan persetujuan MRR
atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan MRR”

Walau bagaimanapun, sebagaimana dijelaskan bahawa kuasa untuk menggubal undang-undang Islam adalah di
bawah kuasa kerajaan-kerajaan negeri termasuk juga di Wilayah-wilayah Persekutuan, maka usaha-usaha
penyeragaman di peringkat kebangsaan adalah bergantung kepada kuasa budibicara kerajaan-kerajaan negeri.
Pihak yang bertindak sebagai urusetia sebenarnya tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk menentukan kerajaan-
kerajaan negeri mengikuti model atau syor penyeragaman yang telah disediakan itu. Sebaliknya kerajaan-kerajaan
negeri walaupun sedia menerimapakai suatu model undang-undang yang sepatutnya diterimapakai, tetapi tiada
halangan dari sudut perundangan bagi pihak kerajaan-kerajaan negeri meminda mana-mana peruntukan dalam
undang-undang yang disyorkan itu terutama bagi kesesuaian di negeri masing-masing. Sebab itu, sekali lagi
mutakhir ini suatu penyelarasan menyeluruh cuba dibuat dengan memperkenalkan undang-undang keluarga yang
baru. Di bawah undang-undang yang baru ini, tiada banyak perubahan yang dipinda kecuali yang paling ketara iaitu
soal poligami iaitu memberi kuasa kepada mahkamah memanggil wali, isteri yang sedia ada dan lain-lain yang
berkenaan hadir di Mahkamah untuk memberi keterangan serta permohonan pihak-pihak untuk membahagikan apa-
apa harta atau aset yang dikumpulkan dalam tempoh perkahwinan setelah Mahkamah membenarkan permohonan
suami. Sehingga kini, hanya beberapa buah negeri sahaja yang mengemukakan deraf undang-undang berkenaan
untuk diluluskan oleh Badan Perundangan Negeri.(32) Sebagaimana dijelaskan, tiada halangan bagi sesetengah
negeri membuat pindaan terhadap deraf undang-undang yang kemudiannya diluluskan itu. (33)

Usaha meminda beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan juga misalnya peruntukan "Perkara 121
(1A)" (34) merupakan satu usaha untuk menjelaskan bidang kuasa Mahkamaha Syariah dan Mahkamah Sivil.
Menjadi satu cabaran kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk menggubal undang-undang tertentu yang memberi
kuasa yang jelas dan eksklusif kepada Mahkamah Syariah setakat yang dibenarkan Perlembagaan.

Begitu juga dalam konteks selain undang-undang yang diistilahkan sebagai “undang-undang diri”, pengaruh ajaran
Islam atau hukum-hukum Islam telah mula mendapat tempat dan secara langsung dapat membantu ke arah
pelaksanaan undang-undang Islam yang menyeluruh misalnya dalam sistem perbankan, takaful dan pajak gadai.
(35)

-Peringkat Kerajaan Negeri

Mulai awal tahun 1980-an, kerajaan-kerajan negeri mula mengasingkan perkara yang berkaitan dengan undang-
undang keluarga daripada undang-undang induk dengan menggubal undang-undang keluarga Islam yang baru (36)
sebagaimana yang disyorkan di peringkat kebangsaan. Undang-undang baru ini dikatakan banyak mengandungi
pembaharuan misalnya mengenai kesalahan-kesalahan matrimoni, peraturan-peraturan berpoligami, soal perceraian
di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah dan lain-lain. Perkembangan yang positif ini dilihat sebagai
usaha kerajaan Persekutuan mengatasi sesetengah rungutan masyarakat Islam di dalam negara tentang perlunya
pembaharuan dalam pentadbiran undang-undang Islam terutama undang-undang keluarga yang dikatakan tidak
memberi keadilan kepada wanita dan seringkali Mahkamah Syariah akan menjadi sasaran kritikan kerana dikatakan
berat sebelah memberi keadilan kepada pihak-pihak yang bertikai. (37)

Sebagaimana dijelaskan, dari segi pentadbiran, tindakan sudah dibuat untuk memisahkan antara Mahkamah Syariah
yang disebut sebagai institusi yang mentadbir keadilan dan Majlis Agama sebagai pihak berkuasa utama selepas
Ketua Agama Islam dalam hal ehwal agama Islam dan Jabatan Kemuftian bertanggungjawab mentafsirkan dalam
perkara yang diklasifikasikan sebagai hukum Syarak. (38)

Dalam hal atau perkara yang berkaitan dengan hukum Syarak, sesetengah negeri cuba melakukan sendiri pindaan-
pindaan dengan memanfaatkan peruntukan-peruntukan di negeri-negeri lain yang dianggap terkehadapan dan
negeri-negeri berkenaan sedang atau akan berhadapan dengan masalah yang sama. Sebagai contoh, dalam
perkara status pemelukan Islam dalam kes percubaan keluar agama(39) dan isu mengenai anak yang masih di
bawah umur 18 tahun. Merujuk beberapa kes yang diputuskan di Mahkamah Sivil dimana mahkamah ini tidak ada
bidang kuasa dalam menentukan status akidah seseorang,(40) malah sebaliknya, ia menjadi kuasa badan
perundangan negeri menggubal undang-undang dan memberi bidang kuasa kepada Mahkamah-mahkamah Syariah
untuk mendengar dan memutuskan tindakan cuba keluar agama(41) atau status anak bawah umur di bawah
penjagaan seseorang. Misalnya peruntukan yang jelas dibuat oleh sesetengah negeri yang menyebut bahawa
seseorang yang didaftarkan memeluk agama Islam hendaklah bagi semua maksud termasuk mana-mana undang-
undang Persekutuan atau negeri dan untuk semua masa diiktiraf sebagai seorang Islam dan jika apa-apa soal timbul
di dalam negeri sama ada seseorang itu telah memeluk Islam dan orang itu tidak didaftarkan dalam daftar memeluk
Islam atau tidak didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang negeri sebagai orang yang telah memeluk Islam,
maka soal itu hendaklah diputuskan oleh Mahkamah Syariah(42) berdasarkan kepada hukum Syarak. Jika pada saat
ia memeluk Islam, seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan ada mempunyai anak kandung atau anak angkat
yang belum mencapai umur baligh mengikut hukum Syarak, maka kanak-kanak yang berada di dalam jagaannya
hendaklah dianggap telah memeluk Islam. (43)

Terdapat juga negeri cuba memanfaatkan kuasa yang diberi oleh Perlembagaan dengan menggubal undang-undang
baru(44) atau mengembangkan undang-undang induk yang sedia ada bagi memantapkan pentadbiran. (45)

Kebanyakan negeri telah menyelaraskan peruntukan hukuman sebagaimana ditetapkan dalam Akta Mahkamah
Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1984 (Pindaan) dengan beberapa peruntukan dalam Akta/Enakmen Jenayah
Syariah negeri-negeri termasuklah hukuman sebat bagi kesalahan melibatkan akidah dan kesusilaan. Umumnya,
dari sudut kategori kesalahan adalah hampir sama iaitu kesalahan yang berhubung dengan akidah, kesucian agama
dan institusinya, kesusilaan, kesalahan pelbagai dan lain-lain. Walau bagaimanapun, dalam perkara yang berkaitan
dengan pentadbiran undang-undang jenayah masih memerlukan kepada penelitian yang menyeluruh terutama dari
segi hukuman yang diperuntukkan. menggambarkan ketidakselarasan penggubalan undang-undang bagi kesalahan
jenayah Syariah antara negeri-negeri. (46)

Manakala penggubalan undang-undang berkaitan lain misalnya undang acara mal Syariah dan acara jenayah
Syariah, umumnya hampir seragam kecuali dari aspek pentadbiran lain misalnya undang-undang pentadbiran
Mahkamah Syariah dimana dari aspek takat bidangkuasa mal Mahkamah Syariah (Mahkamah Rendah Syariah dan
Mahkamah Tinggi Syariah) ada yang tidak selaras di antara satu negeri dengan negeri yang lain. (47)
Secara umum dapatlah dibuat penelitian awal dalam perbincangan mengenai pelaksanaan undang-undang Islam
iaitu masih banyak lagi halangan-halangan yang perlu ditangani terutama dari sudut mekanisme pentadbiran
undang-undang tersebut misalnya pelantikan hakim-hakim, bidang kuasa mahkamah yang terhad, tiada panduan
penjelasan kepada peruntukan undang-undang yang umum, prosedur yang tidak lengkap, pertindihan dengan
undang-undang lain, pelaksanaan perintah, tafsiran peruntukan yang berbeza, masalah penyelarasan dan kerjasama
negeri atau pihak berkuasa dan lain-lain. (48)

4.KESIMPULAN

Secara umum, dapatlah disimpulkan bahawa negara ini telah melaksanakan sebahagian undang-undang Islam.
Dengan aspek tertentu, negeri-negeri dalam Persekutuan telah melaksanakan undang-undang-undang Islam.
Undang-undang Islam yang ditadbir terus berkembang berbanding sebelum negara mencapai kemerdekaan. Banyak
pembaharuan telah dilakukan oleh pihak berkuasa agama sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat
kerajaan-kerajaan negeri selaras dengan perkembangan masyarakat Islam di negara ini. Dari semasa ke semasa
beberapa pindaan dibuat oleh Badan Perundangan Negeri masing-masing selaras dengan kepentingan dan untuk
kebaikan masyarakat sejauh yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Usaha-usaha untuk menyelaraskan
pentadbiran undang-undang Islam di negeri-negeri sedang dan terus dijalankan. Sebagai sebuah negeri dalam
Persekutuan harus mengambilkira kehendak Perkara 38 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan untuk dilaksanakan oleh
negeri-negeri masing-masing.

P.hD, Prof.Madya di Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Kertas ini dibentangkan di Seminar
Hukum Islam di Malaysia, anjuran Kolej Islam Antarabangsa Islam Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan pada 1 Mac 2004

http://kias.edu.my/pelundang.htm

POLEMIK mengenai hudud di Malaysia tidak pernah surut. Kalau sebelum ini ia hanya berlegar dalam
kalangan umat Islam tetapi hari ini, ia turut disentuh oleh bukan Islam.
Apa tidaknya, isu itu menjadi kembali panas apabila pada 18 Mac lalu, Enakmen Kanun Jenayah
Syariah (II) (1993) 2015 dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan dan kemudiannya
diluluskan.
Lebih menghangatkan suasana itu, apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan
menghantar surat notis pemberitahuan meminta agar rang undang-undang persendirian berkenaan
hudud di bawa ke Parlimen.
Semua pihak, termasuk kalangan mereka yang tidak begitu memahami undang-undang jenayah itu
turut sama menyuarakan pandangan atau pendapat mereka terhadap isu berkenaan.
Malah, situasi menjadi lebih bercelaru apabila polemik tersebut turut menunjukkan kita berada dalam
keadaan keliru apabila membicarakan isu terbabit.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menyimpulkan bahawa keadaan itu
disebabkan ramai orang terkeliru di antara hukum dengan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam
tersebut.
Atas sebab itulah, beliau menegaskan bahasa masyarakat umum perlu membezakan di antara
perbincangan mengenai hukum dengan pelaksanaan undang-undang itu.
“Apa yang kita bincangkan sekarang ini ialah mengenai pelaksanaannya dan bukan mempersoalkan
aspek hukumnya.
“Membangkitkan isu-isu yang perlu dipertimbangkan dalam pelaksanaan undang-undang itu bukanlah
bermakna menentang hukum,” katanya pada Seminar Pelaksanaan Hudud di Malaysia-Sejarah dan
Masa Depan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZ), baru-baru ini.
Pada seminar itu, Tun Abdul Hamid membentangkan kertas kerjanya bertajuk, ‘Pelaksanaan Undang-
undang Jenayah Islam (hudud, qisas dan takzir) di Malaysia-Prospek dan Cabaran’ pada seminar
anjuran Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan MTMZ.
Alat bukan matlamat
Ini jelas dalam kisah Khalifah Umar Ibnu Al-Khattab pernah menggantungkan pelaksanaan hudud
semasa berlaku musim kelaparan dan tiada sesiapa pun menuduh Umar menentang hudud, lebih-lebih
lagi menentang perintah Allah SWT.
Beliau hanya memutuskan bahawa dalam keadaan tersebut adalah tidak sesuai, bahkan akan
membawa kepada ketidakadilan, jika hukuman hudud terus dilaksanakan.
“Ingat bahawa hudud hanyalah alat bukan matlamat. Matlamat Islam adalah keadilan,” katanya.
Tun Abdul Hamid seterusnya menampilkan satu lagi contoh iaitu di Pakistan apabila Ordinan Hudud
(Hudood Ordinance) dibuat pada 1979, kesalahan merogol dijadikan kesalahan hudud.
Kemudian, berlaku kes-kes ketidakadilan terhadap wanita-wanita mangsa rogol yang mengandung dan
tidak dapat mengemukakan saksi-saksi secukupnya yang berakhir dengan mereka dihukum kerana
kesalahan zina. “Pada 2006, kesalahan rogol dikeluarkan daripada Ordinan Hudud (Hudood Ordinance)
dan dimasukkan semula ke dalam Kanun Jenayah (Penal Code) dan dibicarakan oleh mahkamah sivil
sehinggalah sekarang,” katanya.
Sejajar itu, Tun Abdul Hamid mengulas bahawa jika enakmen itu dilaksanakan, ia bakal mengubah
struktur pentadbiran undang-undang jenayah di negara ini.
Beliau berkata, negeri-negeri selain dari Kelantan, undang-undang jenayah terletak di bawah bidang
kuasa persekutuan, terpakai kepada orang Islam, bukan Islam dan mahkamah sivil.
Di Kelantan pula, sebahagian daripadanya diletakkan di bawah bidang kuasa negeri, terpakai kepada
orang Islam sahaja dan ditadbirkan oleh mahkamah syariah.
“Sementara, sebahagian lagi terus terletak di bawah bidang kuasa persekutuan, terpakai kepada
orang Islam, bukan Islam dan mahkamah sivil.
“Persoalan saya, adakah itu yang dikehendaki oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Cuma
dalam berbuat demikian, saya berharap mereka menyedari implikasinya di masa depan,” katanya.
Begitu pun, beliau percaya sama ada Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 itu sah atau
tidak daripada segi Perlembagaan akan ditentukan oleh mahkamah sivil.
“Ini kerana, ia adalah isu keperlembagaan dan mahkamah yang mempunyai bidang kuasa
memutuskannya adalah mahkamah sivil,” katanya.
“USAHA menegakkan Undang-Undang Islam ini ibarat kata Allahyarham Datuk Seri Nik Aziz
Nik Mat iaitu kita naik motosikal dan apabila sampai satu tempat, ada lampu isyarat
berwarna merah. Kita berhenti tetapi jangan matikan enjin kerana apabila lampu hijau,
kita terus jalan.”
- DATUK TAKIYUDDIN HASSAN ,Pengerusi Sekretariat Hudud Kelantan
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/cabaran-perlaksanaan-undang-undang-jenayah-islam-
1.83625#sthash.gQOiKAG2.dpuf

http://www.utusan.com.my/rencana/agama/cabaran-perlaksanaan-undang-undang-
jenayah-islam-1.83625

Cabaran-cabaran ke atas agama Islam, ajaran dan Syariatnya semakin hari


semakin hebat. Tetapi pada masa sama Islam juga berkembang di serata
pelusuk dunia dengan begitu pesat. Atas janji Allah dalam Al-Quran bahawa
Islam itu agama yang sempurna,

“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah
Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku-redhai Islam itu sebagai agama
bagimu”( Al-Maidah : 3). Begitu juga dengan maksud ayat suci yang lain, iaitu,
“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam” (Ali-
Imran: 19). Sebagai umat Islam kita juga percaya akan kekuasaan Allah dalam
pemeliharaan Islam sebagai agama yang diredhai itu.
Namun, sifat Islam yang sempurna dan jaminan Allah tentang kelangsungan
Islam di alam ini sehinggalah datangnya Hari Kiamat tidak bermakna kita umat
Islam tidak perlu berusaha untuk menjelaskan tentang Islam dan
merealisasikan kesempurnaannya. Keadaan ini juga tidak membenarkan kita
umat Islam bertindak pasif dalam menegakkan hukum Syariah serta syiar
Islam. Di sinilah munculnya kewajipan untuk setiap kita melakukan dakwah,
mengajak ke arah kebaikan dan cara hidup Islam serta menegakkan hukum
Allah yang jelas dan nyata.
Dalam ruangan ini saya cuba membawa kepada pembaca beberapa perkara
yang saya fikirkan serius untuk kita sedari tentang cabaran terhadap Islam di
negara ini. Perbincangan ini saya tumpukan kepada cabaran ke atas akidah
umat Islam, cabaran ke atas institusi pentadbiran Islam, seperti institusi fatwa,
termasuk Mufti dan juga agensi pelaksana hukum Syariah, iaitu mahkamah
Syariah dan juga badan penguatkuasa. Berkaitan dengan itu, saya juga cuba
membawa perhatian pembaca kepada cabaran ke atas kedudukan udang-
undang Islam.

Cabaran Akidah Islam

Doktrin Salah di sisi Islam dan Cabaran Institusi Fatwa

Di negara kita, antara cabaran utama kepada Islam dan umatnya di negara ini
ialah cabaran berkaitan akidah. Perkara yang menjadi fokus semasa ialah
berkaitan kebebasan menganut dan mengamal doktrin yang diisytiharkan salah
oleh pihak berautoriti agama. Dalam konteks ini Majlis Fatwa Kebangsaan yang
mengharamkan penyebaran fahaman syiah dan ajaran sesat lain telah dipersoal
dan diperjuangkan sebagai satu cabang hak yang hendaklah diserahkan kepada
setiap individu untuk memilih dan mengamal doktrin serta menentukan akidah
masingmasing tanpa sebarang peduli atau perhatian dan jagaan daripada pihak
berautoriti agama.

Ini adalah fahaman kebebasan liberal yang meletakkan perkara berkaitan


agama/akidah sebagai sebahagian daripada hak yang hanya boleh ditentukan
oleh individu secara bersendirian tanpa arahan atau kawalan daripada mana-
mana pihak, termasuklah pemimpin atau dalam konteks ini pihak berautoriti
agama. Perkara ini sudah tentu tidak selaras dengan kefahaman Islam sebenar
kerana akidah Islam itu mempunyai paksi tertentu dan tidak boleh diubah.
Sementara itu, atas dasar tanggungjawab pemimpin dan negara yang dituntut
oleh Islam, umat Islam hendaklah dielakkan daripada tergelincir daripada
ajaran sebenar.
Kesan daripada gesaan atau fahaman kebebasan dalam menentukan atau
memilih akidah bagi orang-orang Islam ini ialah, setiap individu atau kumpulan
akan mempunyai kebebasan menentukan doktrin kepercayaan mereka serta
juga masih menamakan atau menggelar diri mereka sebagai Muslim/orang
Islam tanpa menghiraukan kriteria-kriteria akidah Islam sebenar. Ini bukan
sahaja memberikan kebebasan terbuka dan liberal, tetapi juga akan
menyebabkan kekeliruan akidah dan seterusnya akan menghakis dan
merosakkan akidah umat Islam.

Kerosakan akidah adalah sebesar-besar cabaran kepada umat Islam. Kita


maklum bahawa akidah adalah sumber atau perkara pokok yang menjadi pasak
kepada segala ajaran dan perintah atau syariat Islam. Sekiranya keputusan
fatwa atau keputusan pihak berautoriti agama berkaitan akidah ini dipersoal
maka itulah juga petanda kepada kemusnahan bukan sahaja akidah, bahkan
juga kepada syariah dan syiar Islam – total failure or collapse of Islam.
Kebebasan Mengembangkan Doktrin Bukan Islam

Berkaitan dengan kedudukan dan cabaran akidah, ketika ini kita juga
mendengar jeritan pihak-pihak tertentu untuk memansuhkan sekatan yang
boleh dikenakan ke atas penyebaran doktrin bukan Islam di kalangan orang
Islam. Alasannya ialah kebebasan beragama. Namun begitu, sekatan
penyebaran doktrin ini adalah suatu hak orang Islam yang dimaterai dan
diiktiraf Perlembagaan Negara. Kita maklum tentang objektif penyebaran
doktrin bukan Islam ini; tidak lain dan tidak bukan untuk mengajak umat Islam
meninggalkan agamanya yang benar. Persoalan sama ada berkesan atau tidak
ajakan tersebut atau sama ada kuat atau lemah iman dan akidah orang Islam
tidak begitu penting dalam keadaan perundangan ini. Sebab kepada wujudnya
peruntukan ini pada asal ketika proses membuat Perlembagaan ialah bagi
menjaga akidah umat Islam daripada diresapi atau terbuka kepada fahaman
komunis yang sedang mengambil pengaruh di Tanah Melayu. Dalam konteks
umum, ia bertujuan menjaga akidah umat Islam.

Cabaran ke atas Institusi Islam

Mahkamah Syariah Berkaitan juga dalam perbincangan ini ialah tuntutan


kebebasan menukar agama. Perjuangan sesetengah kelompok pejuang hak
asasi untuk membolehkan seorang Islam menukar agamanya sudah tidak asing
lagi dalam ruang khalayak kita. Berkaitan juga, pihak terbabit cuba menafikan
bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam menentukan agama umat Islam.
Daripada aspek perundangan, pihak ini sebenarnya telah tidak mengambil berat
kepada keputusan Mahkamah dalam kes Azlina Jailani. Keputusan kes Azlina
Jailani antara lain menyatakan bahawa seseorang yang mahu menukar status
agama Islam kepada agama lain hendaklah terlebih dahulu mendapat
kebenaran daripada pihak berkuasa agama. Keputusan ini dibuat oleh
mahkamah sivil; bidang kuasa itu bukan ditegaskan oleh mahkamah Syariah,
tetapi oleh mahkamah Sivil. Dengan kata lain, institusi mahkamah Syariah
mempunyai kerangka atau asas perundangan yang kukuh untuk memelihara
aqidah orang Islam.

Institusi Fatwa dan Mufti

Dalam perbincangan di atas, mengenai cabaran akidah umat Islam, cabaran ke


atas institusi fatwa, termasuk kedudukan Mufti, juga agak jelas. Seringkali kita
dengar komen dan ulasan tentang kedudukan fatwa dan kewibawaan para
mufti. Fatwa merupakan sumber hukum Islam. Antara cabarannya setakat ini
ialah fatwa dianggap sebagai satu bentuk undang-undang yang dibuat oleh
golongan ‘elite’ agama. Fatwa dianggap sebagai penegasan kuasa Mufti yang
membuat hukum tidak melalui proses demokrasi sebagaimana kehendak sistem
perundangan. Hujah saya mengenai perkara ini ialah, fatwa menjadi sumber
hukum dalam perundangan Islam. Kedudukannya juga terpahat jelas dalam
sejarah pentadbiran dan perundangan Islam negara. Dengan pengenalan sistem
berperlembagaan, sistem pentadbiran agama Islam yang meletakkan urusan
pentadbiran agama Islam termasuk perundangannya kepada institusi agama
tersebut. Perkara utama ialah fatwa melibatkan proses membuat hukum untuk
diterima pakai oleh umat Islam. Proses pengeluarannya juga telah begitu
mantap diperbahas dan diputuskan mengikut kehendak hukum dan prosedur
Syarak. Oleh itu persoalan bahawa fatwa tidak diluluskan melalui proses
demokrasi tidak boleh dianggap sebagai satu kelemahan kedudukan fatwa. Ini
kerana persoalan hukum hakam Syariah ini hendaklah dilaksana mengikut
kehendak hukum Syarak juga. Perkara yang kita tidak boleh terlepas pandang
ialah walaupun fatwa ini dibuat oleh Mufti, ia bukanlah semata-mata keputusan
mufti, tetapi proses mengeluarkan fatwa itu melibatkan banyak pihak,
terutamanya pihak-pihak yang bersangkutan dengan perkara mahu difatwakan.
Setelah itu, fatwa juga hendaklah diwartakan sebelum ia diterima pakai.

Agensi Penguat Kuasa


Selain daripada dua institusi Islam yang saya sebutkan di atas, target of attack
juga telah ditujukan kepada agensi penguatkuasa undang-undang Islam. Para
penguatkuasa undang-undang Islam dilabelkan sebagai polis moral yang
bertugas untuk melihat kemoralan masyarakat. Pada mereka kemoralan adalah
hal peribadi yang tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa dan tidak boleh dikawal
oleh sesiapa. Maka kemoralan itu tidak perlu dikawal atau diselia. Walhal,
perkara berkaitan kemoralan merupakan satu elemen penting dalam ajaran
Islam dan kemoralan atau akhlak ini bukan semata-mata cara hidup, tetapi
sebahagian daripada keimanan dan Syariat Islam. Dalam aspek perundangan
Negara, isu kemoralan ini jelas dalam kerangka perundangan yang diiktiraf oleh
sistem perundangan Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu undang-
undang tertinggi negara ada dimaktubkan bahawa Parlimen boleh membuat
undang-undang bagi membuat sekatan atas prinsip moral ke atas kebebasan
bersuara (perkara 10(2)(a)), kebebasan berpersatuan (Perkara 10(2)(c)) dan
kebebasan beragama (perkara 11(5)). Walaupun Perlembagaan Persekutuan
tidaklah menyebut mengenai kemoralan berdasarkan agama Islam, tetapi
hakikat umum ialah para penganut agama menyandarkan kemoralan kepada
prinsip dalam agama mereka. Dan, dalam konteks sosial dan budaya negara,
kemoralan itu tidak dapat tidak sentiasa diikat dengan prinsip dan nilai agama.
Jika bukan prinsip dan nilai agama yang diletak sebagai penanda aras
kemoralan, keadaan akan menjadi celaru dan keliru. Keadaan ini menjadikan
khalayak berbeza pendapat tentang apa itu kemoralan atau nilai moral.
Keadaan perbezaan ini berpotensi menjadi penyebab kepada hujah bahawa apa
yang bermoral kepada seseorang mungkin tidak bermoral pada pandangan
orang lain, dan apa yang tidak bermoral pada seseorang mungkin dianggap
bermoral pada pandangan orang lain. Sekiranya perkara seperti hujah ini
berterusan, maka kecelaruan dalam masyarakat akan menjadi-jadi dan
seterusnya kekeliruan akan berlaku, membawa kepada ketakaturan dan
seterusnya kecelaruan dalam cara hidup dan sosial masyarakat. Berbalik kepada
isu cabaran kepada institusi penguatkuasa undang-undang jenayah Syariah,
saya melihat istilah atau gelaran ‘polis moral’ itu merupakan satu sindiran tajam
kerana moral pada kelompok ini adalah urusan peribadi individu. Maka ‘polis
moral’ ini dianggap sebagai ‘penyibuk’ yang ‘menjaga tepi kain orang lain’ tanpa
usul periksa, bahkan menceroboh ke atas hak privasi individu. Ekoran itu,
penguatkuasaan undang-undang jenayah Syariah sentiasa menjadi target
kritikan. Kritikan-kritikan tersebut tidak terhenti setakat modus, tatacara
prosedur penguatkuasaan, bahkan perbahasan diheret sehingga mencapai
tahap mencadangkan supaya undang-undang jenayah Syariah dihapuskan. Oleh
itu penguatkuasaan undang-undang jenayah Syariah akan diperhati dan dinilai
menerusi lensa hak asasi dan bukannya konteks amar makruf nahi munkar
sebagaimana prinsip dan nilai Islam. Dalam konteks cara hidup pihak berkuasa
menggalas tanggungjawab dan kewajipan untuk melaksanakan tuntutan al-amr
bil ma'ruf wa al-nahy ‘an al-munkar. Bahkan label ‘polis moral’ itu
menggambarkan pemikiran fahaman kebebasan liberal yang meletakkan
kemoralan sebagai hak individu yang tidak boleh dikacau atau disentuh oleh
pihak berkuasa.

Ulasan Penutup

Setelah dilihat kepada apa yang saya sebut di atas, cabaran yang dihadapi oleh
agama Islam dan masyarakat Islam negara kita ketika ini bersangkutan dengan
perkara paling penting, iaitu cabaran terhadap akidah. Berhubungan dengan itu,
secara langsung atau tidak langsung, cabaran yang dihadapi ialah juga cabaran
ke atas kedudukan dan status institusi Islam.

Dalam aspek pentadbiran Islam, kita maklum institusi-institusi ini adalah


institusi penting bagi kelangsungan perundangan Islam; institusi fatwa sebagai
institusi berkaitan hukum hakam Islam dan Mahkamah Syariah ialah institusi
wajib dalam pentadbiran Islam yang melaksanakan Syariah atau hukum Syarak.
Maka cabaran kepada kedua-dua institusi ini sudah tentu akan memberikan
impak yang sangat serius ke atas agama Islam serta pelaksanaan ajaran Islam
dan juga kedudukan umat Islam secara keseluruhannya.

Sebagai rumusannya, mempersoal atau tindakan mahu mengenepikan autoriti


bertanggungjawab yang dilantik kerajaan untuk menguruskan hal berkaitan
agama Islam ini kesannya bukan kecil. Sekiranya ini berlaku, bahaya yang lebih
besar akan menimpa institusi agama, seperti institusi fatwa dan Mufti. Institusi
ini akan dipersenda dan seterusnya akan menyebabkan semua keputusan
berkaitan agama akan dipersoal dan tidak dihormati. Keadaan ini akan
menjatuhkan institusi agama tersebut. Keadaan ini menjadi cabaran, bahkan
juga satu bentuk ancaman kepada agama Islam, terutamanya dalam keadaan
semasa, yang mana di peringkat global sekalipun, persepsi buruk terhadap
autoriti agama ini sudah berleluasa.

Saya bukan bermaksud menyatakan kemaksuman pihak berkuasa agama


sehingga tidak boleh ditegur atau tidak boleh dipersoal. Pada pemerhatian saya,
prosedur dan perbincangan atau bersemuka perlu dilakukan dengan pihak
berkuasa agama kerana kita mempunyai undang-undang prosedur yang agak
sempurna dan kaedah penguatkuasaan yang agak komprehensif. Selain
daripada mengambil pendekatan perbincangan, sekiranya keadaan memaksa,
maka semakan di mahkamah juga boleh menjadi pilihan. Semakan mahkamah
adalah jauh lebih baik daripada ‘perbicaraan di media’ dengan menggunakan
pendekatan sentimen dalam kalangan orang awam.

Kesan daripada ‘perbicaraan di media’ dan mempergunakan sentimen khalayak


akan seterunya membawa padah kepada perundangan Islam oleh kerana
terdapat kemungkinan besar bahawa hal berkaitan perundangan Islam itu
diserahkan kepada kepada mereka yang tidak tahu tentang perundangan Islam.
Secara objektif, saya tidak menolak kemungkinan berlakunya ketidakteraturan
dalam penguatkuasaan jenayah. Sekiranya ketidakteraturan itu berlaku, ia
adalah masalah yang juga berlaku dalam proses penguatkuasaan undang-
undang lain juga. Kritikan kepada polis juga sentiasa kita dengar dan maklum.
Tetapi kritikan ke atas ketidakteraturan tersebut tidaklah sampai kepada satu
tahap mencadangkan pemansuhan undang-undang jenayah berkaitan.
Apabila bercakap mengenai jenayah, kita hendaklah faham tentang tujuan
undang-undang tersebut diperkenal. Misalnya undang-undang khalwat.
Kesalahan khalwat boleh mengundang permasalahan sosial yang lebih serius;
saya bukan merujuk kerana perbuatan itu diharamkan oleh Islam sahaja.
Khalwat dijadikan kesalahan kerana perbuatan itu mempunyai kecenderungan
yang munasabah untuk mencipta satu jenayah lain yang seterusnya akan
menyebabkan kecelaruan sosial.

Jika diperhatikan tuntutan kebebasan atau hak privasi dalam hal ini bercanggah
dengan kemahuan masyarakat untuk menangani masalah sosial. Sampai bila-
bila pun kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah sosial seperti ini
sekiranya kita tidak mengambil perhatian kepada nilai moral yang dikuatkuasa
melalui undangundang. Benar jika dikatakan nilai moral itu harus dibentuk dan
ditanam dalam diri dan syakhsiah ahli masyarakat, tetapi gandingan antara
pendidikan dan pembentukan nilai diri dan satu bentuk peringatan adalah juga
perlu dan juga penting.

Oleh :
Prof. Madya Dr. Shamrahayu binti A. Aziz Panel Jawatankuasa Pemikir
Isu Islam Semasa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/maklumat-bahagian-
13/item/197-cabaran-utama-umat-islam-di-malaysia

Anda mungkin juga menyukai