Anda di halaman 1dari 23

BAB 9

ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN


• Islam adalah agama persekutuan.
• Oleh itu Islam dilindungi oleh perlembagaan
negara, segala kemudahan serta
perbelanjaan negara boleh dipergunakan
untuk pembangunan Islam tanpa dapat
dicabar atau dipertikaikan. 
• Namun, agama-agama lain tetap terjamin
dan penganut agama bukan Islam diberikan
kebebasan untuk mengamalkan agama
mereka secara aman dan harmoni.
Tafsiran Islam dalam
Perlembagaan
• Per 3(1) ; Tun Mohamed Suffian, L.A
Sheridan & H.E Groves menyatakan bhw
ia bermaksud utk tujuan upacara shj
(ceremonial purposes).
• Maksud ini tlh disahkan olh Mahkamah
dlm kes Che Omar Che Soh vs PP (1988) 2
MLJ 55.
• Per 3(1) dari segi sejarah penggubalannya
tidak dimaksudkan utk menjadikan M’sia
sbg negara Islam spt yg dinyatakan dlm
Laporan Suruhanjaya Reid.
• Peruntukan Islam yg dicadangkan tidaklah
sampai menjejaskan kedudukan M’sia sbg
negara sekular.
• Tun Salleh Abas semasa menyampaikan
penghakiman dlm kes tsbt ;
• mahkamah memutuskan bhw peruntukan Per
3 tiada kaitan dgn uu Islam. Menurut beliau,
sungguhpun diakui Islam agama yg lengkap
mencakupi uu, dari segi skop & pemakaian
aspek uunya adalah terhad berasaskan
sejarah amalan uu semasa Inggeris sblm
merdeka & maksud pemakaian Islam yg
difahami & dikehendaki a/bila perlembagaan
merdeka digubal olh Suruhanjaya Reid.
• Menurut Mahkamah Agong, peruntukan
Per 3(1) tidak memadai utk diberi
pentafsiran yg lbh luas yg mencakupi
Islam sbg asas uu di M’sia, & jika ini yg
hdk dimaksudkan, peruntukan lain yg lbh
jls & khusus plu diperuntukkan.
• Menurut bekas hakim Datuk Hashim Yeop
A. Sani,
• Per 3 hanya blh ditafsirkan sbg
mengisytiharkan bhw Islam adalah agama
persekutuan pd umumnya di mana bg
tujuan luar M’sia ia blh disifatkan sbg
negara Islam sungguhpun tidak semua uu
di M’sia berasaskan ajaran Islam.
• Sungguhpun Islam dlm Per 3 diberi makna
yg terhad, menurut pengulas
perlembagaan, pengaruhnya tidak dpt
dinafikan krn 2 sbb iaitu kedudukan ptg
Islam dlm politik M’sia & dasar Islamisasi
& penerapan nilai-nilai Islam.
Keistimewaan Agama Islam
Menurut Perlembagaan
Persekutuan

• Selain drpd upacara rasmi negara plu


dijlnkan mengikut upacara Islam, tdpt
beberapa lagi peruntukan tertentu yg
memberi keistimewaan kpd agama Islam.
• Sbhgn penulis mengenai uu perlembagaan
menyifatkan perlembagaan M’sia sbg
mempunyai Islamic characteristics & bias
& bkn sebuah negara sekular spt yg tdpt
dlm beberapa perlembagaan dunia. Dlm
perlembagaan jls berpihak kpd agama
Islam & beberapa keistimewaan tertentu
diperuntukkan kpd agama Islam.
Kebebasan Beragama

• Kebebasan beragama adalah satu drpd


kebebasan asasi (fundamental liberties) yg
diberi jaminan kpd semua org. Per 3(1)
menegaskan bhw penerimaan Islam sbg
agama persekutuan tidak sekali-kali
meghalang kebebasan beragama org-org
bkn Islam. Jaminan spt ini juga terdpt dlm
perlembagaan-perlembagaan negeri-negeri.
• Per 11 memperincikan skop & batasan
kebebasan beragama.
• Kebebasan mengamalkan ajaran agama
ialah hak utk melaksana, mempraktik &
melakukan suruhan-suruhan agama. Dlm
peruntukan perlembagaan, hak ini
dibenarkan selama mana ia tidak
melanggar sebarang peruntukkan uu
sehingga blh menggugat ketenteraman
awam di kalangan masyarakat majmuk.
• Lantaran itu, pengiktirafan Islam sbg
agama persekutuan tidak akan
menghalang org-org bkn Islam utk
mengamalkan ajaran agama mrk krn hak
sivil mrk dilindungi olh Per 3(4).
• Peruntukan perlembagaan membenarkan
seseorg muslim utk menyebarkan ajaran-
ajaran agamanya di kalangan bkn Islam.
• Bg org-org yg bkn beragama Islam, mrk juga
dibenarkan utk menyebar fahaman-fahaman
agama/kepercayaan mrk di kalangan penganut-
penganut agam lain kecuali org-org Islam. Olh
itu menjadi kesalahan bg non-muslim sekiranya
memujuk, mempengaruhi,
memaksa/menghasut seseorg utk menjadi
penganut/anggota sesuatu agama selain dari
Islam.
Bidang Kuasa Mahkamah
Syariah di Malaysia

• Di dalam sistem perundangan Islam, bidang


kuasa Mahkamah Syariah disebut sebagai
“al-wilayah”, yakni hak dan juga kuasa untuk
mendengar dan memutuskan kes. Sekiranya
Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang
kuasa ini, maka mahkamah tidak  boleh
membuat sebarang keputusan terhadap
mana-mana perbicaraan.
• Disebabkan perundangan di Malaysia
mengamalkan sistem dualisme, maka dengan
adanya bidang kuasa ini secara dasarnya kita
tidak mengalami konflik dalam menentukan
kuasa mendengar dan memutus sebarang kes.
Bidang kuasa yang tertentu juga dapat
menentukan kes-kes yang boleh dibicarakan
oleh Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi dan
Mahkamah Rayuan Syariah.
Sumber Bidang kuasa

• Perlembagaan Persekutuan Jadual


Sembilan memperuntukkan Senarai 1
kepada bidang kuasa Persekutuan, Senarai
2 kepada bidang kuasa negeri dan Senarai
3 kepada bidang kuasa bersama. Dalam
konteks Mahkamah Syariah, sumber bidang
kuasanya adalah berdasarkan kepada
Senarai 2, yakni Senarai Negeri.
• Jadual Sembilan memberikan kuasa
perundangan kepada negeri melainkan dalam
soal-soal jenayah. Badan Perundangan Negeri
yang diberikan kuasa oleh Perlembagaan
Persekutuan mentadbirkan Undang-Undang
Islam dan semua hal-ehwal Islam di negeri
masing-masing kecuali Wilayah Persekutuan,
yang diletakkan di bawah Persekutuan.
Bidangkuasa Jenayah
• Bidang kuasa Mahkamah Syariah telahpun
ditentukan oleh Akta Mahkamah Syariah Bidang
kuasa Jenayah 1965 (Pindaan 1984).
• Ia memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah
boleh menjatuhkan hukuman maksimum
RM5000.00 denda, ataupun penjara maksimum
3 tahun ataupun sebatan 6 kali ataupun
gabungan antara hukuman-hukuman
berkenaan.
Bidang kuasa Mal
• Istilah ‘mal’ sebenarnya merujuk kepada harta
tetapi dalam konteks perundangan, ia merujuk
kepada kes-kes bukan jenayah.
• Bidang kuasa mal bagi Mahkamah Syariah
terpakai kepada semua orang Islam yang tinggal
pemastautin negeri-negeri. 
• Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa mal
yang hampir menyeluruh , merangkumi banyak
aspek kekeluargaan Islam
• Berkaitan dengan isu-isu sebelum
perkahwinan. Seperti putus tunang,
permohonan kebenaran untuk berkahwin
dan permohonan untuk berpoligami.
• Berkaitan dengan persoalan semasa
perkahwinan. Seperti permohonan
mengesahkan perkahwinan, permohonan
membatalkan perkahwinan yang tidak sah,
permohonan nafkah diri, nafkah anak,
mensabitkan isteri nusyuz, permohonan
isteri supaya suami hidup bersama semula
dan sebagainya.
• Berkaitan dengan persoalan pembubaran
perkahwinan. Permohonan cerai
khulu’,li’an, fasakh, talak, ta’liq, perceraian
dengan perintah, kerana murtad dan juga
secara anggapan mati.

Anda mungkin juga menyukai