Anda di halaman 1dari 11

Al-Quran & Hadis undang-undang tertinggi di 

Malaysia?
.

“...(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu. Oleh itu, janganlah ada perasaan
bimbang dalam dadamu mengenainya… Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari
Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah, amatlah
sedikit kamu mengambil peringatan…”

Al-Quran: al-A’raaf:3-4

Oleh: Ed

Baru ini saya melewati Wikipedia dan mendapati jawapan kepada status kebebasan beragama di
Malaysia seperti di bawah:

Status kebebasan agama di Malaysia merupakan satu isu kontroversi. Islam merupakan agama
rasmi dan Perlembagaan Malaysia meletakkan sekatan terhadap kebebasan beragama, paling
ketara penyebaran agama selain Islam kepada Muslim. Bagaimanapun, persoalan sama ada
Malaysia merupakan negara Islam atau sekular masih belum berjawab;  Wikipedia

Saya meneliti Perlembagan dan mendapati tafsiran sebenar Perlembagaan Malaysia


menunjukkan Al-Quran & Hadis adalah sebenarnya undang-undang tertinggi di Malaysia, dan
mana-mana undang-undang, perjanjian atau perbuatan bercanggah dengannya adalah tidak sah
dan menjadi terbatal.

Namun itu kenapa ia menjadi sebaliknya? Kenapa perlaksanaan Al-Quran dan Hadis sebagai
undang-undang tertinggi diabaikan dan disisihkan? Ini kerana perlaksanaan undang-undang hari
ini berasaskan fahaman yang terpesong dari maksud sebenar Perlembagaan. Ini kerana mereka
menafsirkan perkara 3 (1) Perlembagaan sebagai bermaksud Islam agama rasmi di Malaysia. Ini
adalah penafsiran yang terpesong. Terdapat beberapa faktor dan antara fahaman terpesong
kerana pengamal undang-undang tidak memahami definisi Islam yang sebenar, dan isu tidak
pernah dicabar di Mahkamah.

Sekarang saya kemukakan alasan-alasan seperti di bawah:

Perkara 4 (1) menyatakan Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi, dan mana-mana


undang bertentangan dengannya menjadi terbatal. Undang-undang yang boleh menjadi terbatal
dan tidak sah ialah semua undang-undang selain Perlembagaan, termasuk Kanun Jenayah dan
peraturan kecil dsbnya. Kesemuanya mesti tidak bercanggah dengan Perlembagaan.

1
Bangunlah para Mahasiswa dan Mahasiswi yang telah lama di buai mimpi lena.. Perjuangkan hak dan
amanah yg telah diamanahkan oleh ibubapa kita supaya menjadi insane yang berguna di dunia dan di
akhirat..
Perkara 4 (1) Perlembagaan ini ialah undang-undang tertinggi Persekutuan dan apa-apa
undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan
Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.

Bagi memudahkan pemahaman, kita anggap Perlembagaan seumpama bapa dan undang-undang
selainnya seumpama anak. Oleh itu arahan anak tidak boleh mengatasi arahan bapa. Persoalan
lain samada badan Perundangan (Peguam Negara), Kehakiman (Ketua Hakim Negara), Eksekutif
(Perdana Menteri), YDPA/Sultan, dasar-dasar parti politik, perjanjian-perjanjian, dan semua
badan/individu tertakluk di bawah Perlembagaan? Ya! Kesemuanya tertakluk di bawah
Perlembagaan dan tidak terkecuali. Sebarang undang-undang, perjanjian atau perlaksanaan
bertentangan dengannya menjadi terbatal dan tidak sah.

Seterusnya Perlembagaan memperuntukan Islam ialah agama bagi Persekutuan.

Perkara 3. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Perkara 11 (1) memperuntukkan: Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan


agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

Alasan Ringkas

Berdasarkan di atas, alasan ringkas ialah bagi dakwaan Al-Quran & Hadis sebagai undang-
undang tertinggi ialah:

Reason:

1. Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi

2. Undang-undang tertinggi menyatakan Islam agama Persekutuan

3. Islam agama Persekutuan bermaksud Pengabdian Persekutuan

4. Pengabdian Persekutuan bermaksud Persekutuan membenarkan perlaksanaan ibadah


mengikut Al-Quran & Hadis

5. Perlaksanaan ibadah mengikut Al-Quran & Hadis termasuk perlaksanaan undang-undang di


dalam agama Islam.

Conclusion: Oleh itu, undang-undang Al-Quran & Hadis adalah undang-undang tertinggi di
Malaysia.

Namun itu kenapakah salah faham ini terjadi? Pertamanya penjajah dan penggubal undang-
undang telah memahami Islam seperti agama lain, iaitu mendefinisikan Islam sekadar syahadah,
bersolat, membayar zakat, berpuasa dan mengerjakan haji. Pemahaman ini kemudian diwariskan
2
Bangunlah para Mahasiswa dan Mahasiswi yang telah lama di buai mimpi lena.. Perjuangkan hak dan
amanah yg telah diamanahkan oleh ibubapa kita supaya menjadi insane yang berguna di dunia dan di
akhirat..
kepada pengamal undang-undang, dan akhirnya menjadi undang-undang yang mempengaruhi
jentera kerajaan dan masyarakat Islam keseluruhan. Fahaman ibadah sebegini adalah fahaman
yang sangat jauh terpesong, dan ibadah di dalam Islam tidak seperti ibadah-ibadah agama lain:

Maksudnya: “…Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan
menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku
sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu
beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku…”; Al-Quran:
al-Kaafiruun

Berlandaskan fahaman yang salah ini, mereka membuat undang-undang yang tidak berlandaskan
fahaman sebenar, dan malahan bercanggah serta menyekutukan Allah swt. Fahaman sebenar
ialah Islam agama menyeluruh, dan meninggalkan mana-mana amalan atau mencampur
adukkanya akan mengakibatkan seseorang itu terkeluar daripada Islam.

Maksudnya: “...Dan tidak harus bagi orang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan
RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidak haruslah bagi mereka)
mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak
taat pada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang
jelas nyata…”; Al-Quran: al-Ahzaab:36

Ayat menegaskan satu kaedah wajib dipatuhi orang mu’min dalam segala urusan kehidupannya.
Tidak harus bagi seseorang itu memilih sesuatu ketetapan selain daripada yang telah ditetapkan
oleh Allah Ta’ala semata-mata, dan yang mana diterangkan atau dijelaskan oleh RasulNya.

Alasan Penuh
Persoalan pertama: Samada peruntukan “Islam agama bagi Persekutuan” adalah undang-
undang yang tertinggi di Malaysia?

Perkara “Islam agama bagi Persekutuan” adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ini
kerana perkara “Islam agama bagi Persekutuan” terkandung di dalam perkara 3 (1), dan perkara
3 (1) terkandung di dalam Perlembagaan, iaitu undang-undang tertinggi di Malaysia. Perkara
undang-undang tertinggi dinyatakan melalui perkara 4 (1) . Sebagai tambahan dan jauh daripada
itu, perkara 3 (1) adalah antara paling utama kerana terletak di bahagian paling awal
Perlembagaan dan mengatasi perkara-perkara selainnya.

Persoalan kedua: Apakah status amalan agama-agama lain?

Perkara 3 (1) menyatakan: Islam ialah agama bagi Persekutuan “tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai” di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Apakah maksud “tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai”? Adakah
bermaksud mereka mengamalkan agama mereka dengan aman dan damai? Maksud ini tidak
munasabah kerana mereka sememangnya mengamalkan agama secara aman dan damai semenjak
3
Bangunlah para Mahasiswa dan Mahasiswi yang telah lama di buai mimpi lena.. Perjuangkan hak dan
amanah yg telah diamanahkan oleh ibubapa kita supaya menjadi insane yang berguna di dunia dan di
akhirat..
dahulu. Oleh itu apakah maksud sebenar “tetapi agama-agama lain diamalkan dengan aman
dan damai”?

Maksud sebenar ialah Persekutuan meletakkan Islam sebagai agama utama, dan Islam bersetuju
membenarkan agama lain diamalkan secara aman dan damai. Maksud mengamalkan secara aman
dan damai di sini ialah mereka boleh mengamalkan agama mereka tanpa mendatangkan
kemudaratan kepada kebebasan Persekutuan untuk membenarkan kesemua ibadah di dalam
Islam boleh diamalkan. Ini beerti mereka mengharmonikan agama mereka agar tidak memecah
keamanan dan kedamaian dengan mana-mana ibadah di dalam agama Islam. Segala amalan
agama mereka yang tidak memecah keamanan dan kedamaian dengan amalan agama Islam
adalah sepenuhnya dibenarkan (iaitu tidak memecah keamanan dan kedamaian mengikut tafsiran
Al-Quran dan Hadis).

Persoalan ketiga: Apakah maksud “Islam ialah agama bagi Persekutuan”?

Perkara 3 (1) menyatakan Islam adalah agama bagi Persekutuan. Apakah maksud sebenar
peruntukan ini? Adakah ianya sekadar bermaksud “Islam menjadi agama rasmi Persekutuan“?

Maka mari teliti maksud sebenar perkara perkara 3 (1) (1) Perlembagaan Malaysia. Bagi
memahami maksud perkara 3 (1), kita perlu memahami:

(a) Apakah maksud beragama?

(b) Apakah maksud Islam?

(c) Apakah maksud Islam agama bagi Persekutuan

Apakah maksud beragama?

Definisi agama ialah sistem kepercayaan dan penyembahan berdasarkan agama kepercayaan itu.
Oleh itu beragama adalah seseorang yang mengamalkan sistem kepercayaan dan penyembahan
berdasarkan agama kepercayaan itu. Beragama tidak bermaksud rasmi (official).

Rujukan tambahan: 1 / 2 / 3

Apakah maksud Islam?

Berbeza amalan agama lain, Islam adalah agama pengabdian seorang hamba kepada TuhanNya
dan adalah perlaksanaan ibadah meliputi seluruh kehidupannya.

Maksudnya: “..Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan agar beribadah kepada Aku…”;
Al-Quran: adz-Dzariat:56

Maksudnya: “…Katakanlah sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku


semata-mata untuk Allah, Tuhan semesta alam…”; Al-Quran: al-An’am:162
4
Bangunlah para Mahasiswa dan Mahasiswi yang telah lama di buai mimpi lena.. Perjuangkan hak dan
amanah yg telah diamanahkan oleh ibubapa kita supaya menjadi insane yang berguna di dunia dan di
akhirat..
Maksudnya: “…Hai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara
keseluruhannya…”; Al-Quran: al-Baqarah:208

Maksudnya: “…aku diperintahkan supaya tunduk bulat-bulat kepada Tuhan sekalian alam…”;
Al-Quran: al-Mu’min:66

Maksudnya: “…Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak
timur dan barat…”; Al-Quran: al-Baqarah:170

Islam sangat berbeza dengan agama lain dan tidak beribadah dengan sekadar mengamalkan
syahadah, solat, puasa, zakat dan haji. Ini pemahaman terpesong dan salah di sisi Islam. Islam
merangkumi perlaksanaan ibadah merangkumi keseluruhan perkara di bawah:

Oleh itu, kesimpulan bagi maksud “beragama Islam” ialah perlaksanaan sistem kepercayaan dan
penyembahan berdasarkan agama Islam, iaitu perlaksanaan sistem kepercayaan dan
penyembahan di dalam perkara Tauhid, Syari’ah dan Akhlak.

5
Bangunlah para Mahasiswa dan Mahasiswi yang telah lama di buai mimpi lena.. Perjuangkan hak dan
amanah yg telah diamanahkan oleh ibubapa kita supaya menjadi insane yang berguna di dunia dan di
akhirat..
Persoalan kedua samada amalan beragama Islam boleh diharmonikan dengan agama lain?
Tidak, amalan di dalam agama Islam tidak boleh diharmonikan dengan agama lain. Ini kerana
Islam adalah agama yang sama sekali berbeza dengan agama-agama lain.

Maksudnya: “…Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan
menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku
sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu
beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku…”; Al-Quran:
al-Kaafiruun

Perbuatan mengharmonikan atau meninggalkan mana-mana amalan mengakibatkan seseorang


terkeluar daripada Islam. Ini adalah penyekutuan dan mereka akan kekal di neraka selamanya. Di
bawah ini adalah di antara beberapa keterangan yang menjelaskan dakwaan:—

Maksudnya: “…dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh
Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir…”; Al-Quran: al-Maa’idah:44

Maksudnya: “….Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir jadi pemimpin,


bukan orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, bukanlah dia dari (agama) Allah
sedikitpun…; Al-Quran: ali-Imran:28

Maksudnya: “…Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang


Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada
setengahnya yang lain. dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka
sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka…”; Al-Quran: al-Maa’idah:51

Maksudnya: “…Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Ia
tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya…”; Al-Quran: al-Kahfi:26

Maksudnya: “…Dan katakanlah: “Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak,
dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan
sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan
bersungguh-sungguh!”…”; Al-Quran: al-Israa:111

Apakah maksud agama bagi Persekutuan?

Kini kita memahami maksud beragama Islam ialah perlaksanaan sistem kepercayaan dan
penyembahan atau pengabdian ke atas perkara Tauhid, Syari’ah dan Akhlak. Kita juga
mengetahui Islam bukan agama harmoni dan ibadah di dalam Islam adalah berbeza dengan
ibadah-ibadah di dalam agama lain.

Oleh itu persoalan selanjutnya ialah apakah maksud “Islam ialah agama bagi Persekutuan”?

Maksudnya ialah Persekutuan mesti membenarkan kesemua ibadah terkandung di dalam Al-
Quran & Hadis. Memandangkan Islam adalah termasuk dengan perkara undang-undang dan
6
Bangunlah para Mahasiswa dan Mahasiswi yang telah lama di buai mimpi lena.. Perjuangkan hak dan
amanah yg telah diamanahkan oleh ibubapa kita supaya menjadi insane yang berguna di dunia dan di
akhirat..
sistem pentadbiran negara, maka Persekutuan mesti melaksanakan kesemua sistem dan undang-
undang Al-Quran & Hadis. Segala sistem atau undang-undang yang bercanggah Al-Quran dan
Hadis adalah terbatal.

Perlaksanaan ini mungkin menimbulkan pelbagai bantahan daripada bangsa dan agama lainnya.
Namun itu, kesemua fakta dan undang-undang ini adalah dicapai tanpa paksaan, dan dicapai
secara persetujuan kesemua bangsa dan agama apabila memasuki kemerdekaan. Mereka datang
untuk menetap di Tanah Melayu dan bersetuju dengan undang-undang yang terkandung di dalam
Perlembagaan. Mereka juga bebas memilih penempatan pada mana-mana negara lain yang
melaksanakan undang-undang yang mereka suka, tiada paksaan. Tidakkah mereka terfikir
bagaimana perasaan mereka jika mereka dihalang ibadah atau membina kuil atau gereja? Oleh
itu perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu dan alasan untuk menghalang umat Islam daripada
beribadah, dan oleh itu agar masyarakat Islam hidup mati dan menghadap Tuhannya sebagai
orang Islam.

Segala bantahan atau undang-undang menghalang ibadah Islam bercanggah perkara 3 (1), 4 (1)
dan 11 (1) Perlembagaan Malaysia dan menjadi terbatal serta tidak sah. Oleh itu umat Islam
mempunyai hak yang kukuh di bawah Perlembagaan. Ibadah Islam mesti dibenarkan sepenuhnya
kerana mana-mana amalan di dalam Islam tidak dapat ditinggalkan. Meninggalkan mana-mana
ibadah tidak menjadikann ianya Islam. Oleh itu maksud perkara 3 (1) Perlembagaan menjadi
tidak bermakna sekiranya umat Islam dihalang beribadah.

Realiti Hari Ini

Hak orang Islam menganuti dan mengamalkan agamanya diperuntukkan dalam perkara 3 (1) dan
ditegaskan lagi dengan perkara 11 Perlembagaan Malaysia, iaitu peruntukan “…tiap-tiap orang
berhak menganuti dan mengamalkan agamanya…”. Namun itu sebaliknya yang terjadi pada hari
ini. Undang-undang dan perlaksanaan sedia ada menghalang umat Islam menganuti dan
mengamalkan agama Islam. Hampir keseluruhan undang-undang dan perbuatan adalah
bercanggah peruntukan perkara 3 (1), 4 (1) dan perkara 11 (1) Perlembagaan Malaysia! Amalan
sediada hari ini adalah bukan amalan Islam dan amalan hari ini meletakkan kekufuran di atas
setiap dahi orang Islam.

Ini kerana maksud perkara 3 (1) Perlembagaan telah dipesongkan dengan menukarkan maksud
“Islam adalah agama bagi Persekutuan” kepada maksud “Islam adalah agama rasmi
Persekutuan”. Ini tidak benar dan kedua-dua pernyataan ini membawa maksud yang berbeza-
beza.  Kedua-dua ini tidak membawa pengertian sama, dan seperti air dan minyak!

Islam agama rasmi Persekutuan bermaksud Islam “official“, “Islam sekadar namanya“, atau
“Islam dikulit luaran semata-mata“. Oleh itu adakah ini Islam? Tidak! Di dalam Islam, tiada
istilah Islam “official“,  secara nama atau secara kulit luaran semata-mata. Ianya satu kekufuran.
Kekufuran bermaksud ibadah di dalam Islam tidak dilaksanakan, dan Rukun Iman menjadi
sekadar ucapan atau “official” tanpa pembuktian perbuatan (“..beriman dan beramal soleh..”).
Hanya sekadar ucapan rasmi tanpa amalan adalah bukan Islam.

7
Bangunlah para Mahasiswa dan Mahasiswi yang telah lama di buai mimpi lena.. Perjuangkan hak dan
amanah yg telah diamanahkan oleh ibubapa kita supaya menjadi insane yang berguna di dunia dan di
akhirat..
Maksudnya: “…Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada
mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang mencipta langit dan bumi?” Sudah tentu mereka
akan menjawab: “Allah”. Katakanlah (kepada mereka): “Kalau demikian, bagaimana fikiran
kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? …“; Al-Quran: az-Zumar:39

Maksudnya: “…Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Kebenaran itu ialah yang datang dari
Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu
kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya” …”; Al-Quran: al-Kahfi:29

Maksudnya: “…Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku
cukupkan kepadamu nikmatKu adan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagimu…”; Al-Quran:
ali-Maidah:3

Maksudnya: “…Sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah
akan diterima   daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi…”…”; Al-
Quran: ali-Imran:35

Persoalan lain ialah apakah maksud “sembah“? (1 2 3) .Sembah tidak bermaksud bersembahyang
semata-mata tetapi lebih dan termasuk ketaatan (kepadasiapa dan  sistem siapa?).

Maksudnya:”…Katakanlah: “Hanya Allah sahaja Yang aku sembah dengan memurnikan


ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama (beribadah)…”; az-Zumar:14

Untuk memahami maksud sembah dan pengabdian, kita sepatutnya mendalami apakah syarat
penerimaan pengabdian melalui kalimah tauhid Laa Ilaaha Illallah, iaitu mengetahui “Rukun
Kalimah Tauhid” yang wajib diketahui: Ilmu, Yakin, Percaya, Ikhlas, Menerima, Berserah dan
Cinta. Segala rukun ini dan perkara Rububiyah, Uluhiyah serta Asmaal-Asmaa’ Wal Shifaat
mesti diletakkan kepada Allah Taala, dan bukan selain Allah swt. Inilah pengertian sembahan
dan pengabdian sebenar. Sebaliknya dan jika mana-mana perkara Rukun Kalimah Tauhid
diletakkan ke atas selain daripada Allah, maka anda fikirkanlah sendiri apakah maksudnya:

Maksudnya:”…Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang (insan) mempunyai dua buah hati
dalam rongga dadanya (tubuhnya)…”; Al-Quran: al-Ahzaab:4

Terdapat pelbagai lagi ayat keterangan dan ayat di atas adalah di antara beberapa ayat
menerangkan maksud Islam di kulit. Tiada maksud “Islam di kulit” atau “Islam Rasmi” di dalam
Islam. Orang sebegini ini dianggap kufur oleh Allah swt dan bukan orang Islam. Maksud ibadah
sebenar ialah pengabdian di dalam seluruh kehidupan. Islam bukan sekadar bersyahadah, solat,
puasa, zakat, dan haji. Kesemua ini adalah ibadah asas bagi mencapai ibadah Islam, iaitu
pengabdian melalui penyempurnaan Rukun Kalimah Tauhid Laa Ilaaha Illallah.

Melalui ibadah dan mekanisma solat yang sempurna, maka kita memperolehi sifat yang
mencegah keji dan munkar (29:45), mekanisma zakat yang sempurna mensucikan hati dan
membersihkan harta kita (9:103), mekanisma puasa yang sempurna menjadikan kita bertakwa
(2:183), dan mekanisma haji yang sempurna memberikan kesyukuran dan sentiasa menyebut
8
Bangunlah para Mahasiswa dan Mahasiswi yang telah lama di buai mimpi lena.. Perjuangkan hak dan
amanah yg telah diamanahkan oleh ibubapa kita supaya menjadi insane yang berguna di dunia dan di
akhirat..
nama Allah (22:27-28). Kesempurnaan di dalam ibadah Rukun Islam membawa kita kepada
ibadah sebenar di dalam Islam, iaitu pengabdian dan penyempurnaan Rukun Kalimah Tauhid
Laa Ilaaha Illallah. Fikirkan dan adakah kita dihalang daripada beribadah? Walaupun setelah
melakukan Rukun Islam dengan sempurna? Jawapan yang anda sendiri sangat arif mengenainya.

Oleh itu maksud sebenar perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia mesti diketengahkan dan dicabar
di Mahkamah. Persoalan ini perlu dibangkitkan untuk membawa kembali maksudnya yang
sebenar, dan mengembalikan Al-Quran dan Hadis sebagai undang-undang tertinggi di Malaysia.
Bagi parti politik  yang mengaku dirinya memperjuangkan Islam, mereka sepatutnya
menggunakan segala peluang yang ada untuk membangunkan “Ummah“, dan melaksanakan
undang-undang Hudud kerana ianya tidak pernah menjadi penghalang apabila diperuntukkan di
dalam Perlembagaan. Mereka boleh mencabar di Mahkamah bahawa mana-mana undang-undang
atau sebarang tindakan menghalang perlaksanaan Hudud sebagai tidak sah dan terbatal kerana
bertentangan Perlembagaan Malaysia.

Setiap rakyat pula mesti menggunakan kes yang sedang berjalan di Mahkamah dan mencabar
kesahaan undang-undang dengan memasukkan pembelaan tidak tertakluk kepada undang-undang
bercanggah Al-Quran dan Hadis. Ini mengakibatkan segala undang-undang dan perbuatan
bercanggah akan beransur-ansur bertukar kepada sistem di dalam agama Islam. Saya agak yakin
Hakim beragama Islam dan yang memahami dan mendengar keterangan jelas “…sesiapa yang
tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-
orang kafir…” (al-Maa’idah:44), berserta sokongan setiap ahli agama akan mula
mempertimbangkan dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan.

Ini selanjutnya disokong desakan umat hari ini untuk keluar daripada amalan syirik kerana
kerajaan melaksanakan undang-undang ciptaan manusia (orang barat) dan membatalkan hak
Allah menentukan “benar atau salah” melalui undang-undangNya.  Kerajaan, ahli politik dan
rakyat yang mengundi kerajaan bersetongkol membatalkan kuasa Allah, dan meletakkan kuasa
itu ke atas “negara” (berhala ciptaan orang barat); Secularism and its implications, Can Muslims
Vote in Elections of the Modern Secular State?, Bolehkah Bergabung dengan Partai
Politik?,  Cara-Cara Batil Menegakkan Daulah Islamiyah, Partai Islam Partai Dakwah?, Demi
Suara, Apapun Dilakukan:

“..Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Ia tidak
menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya..” (18:26)

“..Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi (termasuk Malaysia), dan yang tidak
mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya..” (25:2)

“Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan” (55:07)

“Allah yang menurunkan Kitab Suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan
yang menjadi neraca keadilan” (42:17)

9
Bangunlah para Mahasiswa dan Mahasiswi yang telah lama di buai mimpi lena.. Perjuangkan hak dan
amanah yg telah diamanahkan oleh ibubapa kita supaya menjadi insane yang berguna di dunia dan di
akhirat..
“dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi
neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan” (57:25)

“Azab yang kamu berada padanya itu adalah kerana keadaan kamu apabila Allah Yang Maha
Esa sahaja diseru dan disembah, kamu kufur; dan apabila dipersekutukan sesuatu dengan Allah,
kamu percaya. Maka kuasa menjalankan keadilan adalah hak Allah, Yang Maha Tinggi, lagi
Yang Maha Besar” (40:12)

“Allah menerangkan, bahawasanya tiada Tuhan melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan
dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu; tiada Tuhan melainkan
Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (3:18)

Bertanyalah: “Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?” Jawablah:
“Allah”. Bertanyalah lagi: “Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain
dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat
bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?” Bertanyalah lagi: “Adakah sama,
orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau
adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu
seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?”
Katakanlah: “Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi
Maha Kuasa” (13:16)

Dan mereka mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan manusia dari jalanNya.
Katakanlah: “Bersenang-senanglah kamu, kerana sesungguhnya kesudahan kamu ke neraka”
(14:30)

Berdasarkan di atas dan pernyataan “Who decides what is right and what is wrong? The society?
Religion? The Government? I myself? … the mango trees?“, kita dapat melihat situasi umat
Islam hari ini mengamalkan syirik apabila menyerahkan kuasa menentu “benar atau salah”
kepada selain Allah, iaitu kepada kerajaan (the mango trees). Masyarakat tidak beriman Allah
sebagai penentu keadilan dan undang-undang, tetapi beriman dengan orang barat dan manusia
sebagai pihak paling berhak menentukan benar atau salah, mengatasi kehebatan Allah swt.

Oleh itu perubahan segera perlu dibuat untuk keluar daripada amalan syirik, dan perubahan
positif tidak akan terjadi dengan duduk berdiam diri semata-mata. Jika kita berdiam diri, maka
satu persatu hak umat Islam untuk beribadah di Malaysia akan dihapuskan sehinggakan mungkin
umat akan sekadar mengamalkan “Islam Niat“, iaitu sepertimana telah berlaku melalui amalan
(Islam Kad Pengenalan atau Islam Surat Beranak). Oleh itu mari bersama sebarkan maklumat
ini kepada orang ramai atau letakkan link artikel ini di halaman anda. Ini agar mereka
berkelayakan mengubah undang-undang dan memegang jawatan atau jabatan tertentu akan
terbaca dan sedar kaedahnya serta mula membuat perubahan positif mengembalikan Al-Quran
dan Hadis sebagai undang-undang tertinggi di Malaysia.

Wallahu a‘lam bish-shawab.

10
Bangunlah para Mahasiswa dan Mahasiswi yang telah lama di buai mimpi lena.. Perjuangkan hak dan
amanah yg telah diamanahkan oleh ibubapa kita supaya menjadi insane yang berguna di dunia dan di
akhirat..
SILA TULISKAN KOMEN ANDA SUPAYA KITA DAPAT BERKONGSI PENDAPAT ANTARA SATU SAMA
LAIN.. TERIMA KASIH WAHAI ADIK-ADIKKU SEKALIAN..

11
Bangunlah para Mahasiswa dan Mahasiswi yang telah lama di buai mimpi lena.. Perjuangkan hak dan
amanah yg telah diamanahkan oleh ibubapa kita supaya menjadi insane yang berguna di dunia dan di
akhirat..

Anda mungkin juga menyukai