Anda di halaman 1dari 80

BAB 1

ISLAM SEBAGAI AD-DIN


PENGENALAN
• Manusia sejak zaman awal kejadiannya
telah berusaha untuk mengenali hakikat
kejadian diri.
• Hakikat kejadian diri sebagaimana yang
dikemukakan oleh Allah s.w.t. Pencipta
manusia
• Dialah yang mengetahui asal kejadiaan,
kelemahan dan kesempurnaannya,
kedudukan dan matlamat kewujudannya,
serta mengetahui tentang kepastian
kehidupannya yang abadi.
• Akal manusia yang lemah tidak akan
mampu untuk menjawab rahsia penciptaan
Tuhan melainkan dengan bimbinganNya
jua.
Firman Allah s.w.t.

‫أَاَل َيعْ َل ُم َمنْ َخ َل َق َوه َُو ٱللَّ ِطيفُ ْٱل َخ ِبي ُر‬
Terjemahan:Tidakkah Allah yang
menciptakan sekalian makhluk itu
mengetahui (segala-galanya)?
Sedang ia Maha Halus urusan
pentadbiranNya, lagi Maha
mendalam pengetahuanNya!
Surah al-Mulk, ayat 14
Samb…
• Dalam konteks hubungan dengan
agama, sejarah kehidupan dan
ketamadunan manusia telah
memperlihatkan bahawa manusia
tidak terkecuali daripada menganut
sesuatu doktrin atau dasar
kepercayaan yang disebut sebagai
kehidupan beragama.
• hakikat kehidupan manusia yang
berkait rapat dengan kepercayaan
dan kehidupan beragama.
1.1 MANUSIA DAN AGAMA

1.1.1 Manusia dan Unsur Kejadiannya

1.1.2 Pengertian Agama dan Ad-Din

1.1.3 Keperluan Manusia Kepada


Agama
1.1.1 Manusia dan Unsur
Kejadiannya

• Menurut al-Quran, manusia


diciptakan oleh Allah s.w.t. hasil
dari kombinasi dua unsur:
1. Unsur jasmani
2. Unsur rohani
1. Unsur Jasmani
• Bermula dengan kejadian Adam a.s. Al-Quran
telah menyebut beberapa istilah mengenai
proses penciptaanya, iaitu dari:
 Air (al-Furqan:54)
 Tanah (al-Anbiya:30)
 Pati tanah (al-Mukminun)
 Tanah liat dan sebati (al-Saffat:11)
 Tanah yang panas dan berbau (al-Hijr:28)
 Tanah yang keras seperti tembikar (al-
Rahman:14)
 Tanah bumi (al-Majm:32)
Kejadian keturunan Adam
(Bani Adam)
• Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia dari pati (yang berasal) dari tanah.
Kemudian Kami jadikan ‘pati’ itu (setitis) air benih
pada penetapan yang kukuh. Kemudian Kami
ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku.
Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi
seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging
itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami
balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah
sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi
makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka
nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-
baik Pencipta.
• (Surah al-Mukminun,23:12-14)
Samb…
• Ilmu sains telah membuktikan bahawa
terdapat dalam diri manusia unsur-unsur
yang juga ada pada bumi.
• Menurut Profesor Dr. Ali Mutawi, Dekan
Fakulti Perubatan Universiti Al-Azhar,
bumi mengandungi 92 unsur semuanya,
dan dijadikan manusia dari semua unsur
bumi ini (Mohd.Ali,1991:55).
َ ‫ِم ْن َها َخ َل ْق ٰ َن ُك ْم َو ِفي َها ُن ِعي ُد ُك ْم َو ِم ْن َها ُن ْخ ِرجُ ُك ْم َت‬
• ‫ار ًة أ ُ ْخ َر ٰى‬
• Terjemahan: Dari bumilah Kami ciptakan
kamu, dan ke dalamnya Kami akan
mengembalikan kamu, dan daripadanya
pula Kami akan mengeluarkan kamu
sekali lagi.
Tuntutan dan keperluan
tersebut merangkumi tiga
perkara pokok:
1. makanan dan minuman
2. pakaian dan perhiasan
3. kediaman atau tempat
berlindung dan keamanan.
2. Unsur Rohani

• Kejadian dan penciptaan manusia


disempurnakan lagi oleh Allah s.w.t.
dengan unsur rohani
• ‫ين‬ ۟ ‫ت ِفي ِه ِمن رُّ و ِحى َف َقع‬
َ ‫ُوا َلهُۥ ٰ َس ِج ِد‬ ُ ‫َفإِ َذا َس َّو ْي ُتهُۥ َو َن َف ْخ‬
• Terjemahan: Kemudian apabila Aku
sempurnakan kejadiannya, serta Aku
tiupkan padanya ruh dari (ciptaan) Ku,
maka hendaklah kamu sujud kepadanya.

• Surah al-Hijr :29


Keperluan rohani
merangkumi:

• Akidah
• Syariah
• Akhlak
• Pengabdian, atau ringkasnya
yang tersimpul dalam kalimah
“ISLAM”.
1.1.2 Pengertian Agama
dan Ad-Din
Kamus Dewan :
• kepercayaan kepada Tuhan, sifat-sifat dan
kekuasaan Tuhan, serta penerimaan ajaran dan
perintahNya
• kepercayaan kepada sesuatu yang dipuja dan
diangap berkuasa seperti dewa dan lain-lain
Bahasa Melayu :
• Warisan tertulis yang diturunkan dari generasi ke
satu generasi yang lain
• Istilah agama ini digunakan oleh orang-orang
Hindu bagi merujuk kepada kitab-kitab Verdik,
iaitu kitab suci Hindu
Samb…
Bahasa Arab:
• Agama sebagai deen (din)
• Cara hidup
• Deenullah: agama yang benar
• Dalil: Dialah yang mengutuskan
RasulNya (Muhammad) dengan
membawa petunjuk dan agama yang
benar (agama Islam), untuk
dimenangkan dan ditinggikan atas
segala agama yang lain, walaupun
orang-orang musyrik tidak
menyukainya.
Surah at-Taubah:33
1.1.3 Keperluan Manusia
Kepada Agama
• Issac Newton:
: “Jangan sekali-kali kamu meragui
tentang adanya al-Khaliq, Tuhan yang
mencipta segala-galanya, kerana tidak
masuk akal alam ini wujud secara
kebetulan semata-mata. Sebenarnya
semakin bertambah pengetahuan
manusia mengenai rahsia dan keajaiban
alam semesta ini, maka semakin
bertambahlah iman untuk mempercayai
tentang wujudnya al-Khaliq,
kebijaksanaan, kebesaran dan
kesempurnaan sifat-sifatNya”.
Faktor yang menunjukkan
manusia amat perlukan agama,
khususnya agama yang benar,
iaitu Islam. Antaranya ialah:

• Kelemahan akal manusia


• Kesesuaian Islam dengan fitrah
manusia
• Kesempurnaan Islam
1.2 PENGERTIAN ISLAM

1.2.1 Definisi Islam Dari Aspek bahasa

1.2.2 Definisi Islam Dari Aspek Istilah


1.2.1 Definisi Islam Dari Aspek
bahasa
Bahasa:
• masdar (infinitif) dari kata kerja ‫أسلم ي سلم‬
‫( إسالما‬aslama, yuslimu, islaman)
• Patuh dan penyerahan.
• Aman, tunduk, patuh, taat yakni menyerah
dengan rasa sedar, tunduk serta patuh
dengan penuh kerelaan serta taat
setulusnya kepada kehendak Allah dan
perintahNya dalam masa yang sama
mengamalkan seluruh hukum dan
peraturanNya.
• Tulen, suci, damai, aman dan sejahtera.
• Menurut Abu al-A’la al-Maududi
ialah tunduk dan patuh kepada
perintah orang yang memberi
perintah dan kepada
larangannya tanpa membantah.
• Manakala menurut Ali bin Abi
Talib k.w menjelaskan Islam itu
ialah taslim (menyerah). Taslim
itu yakin. Yakin itu percaya.
Percaya itu berikrar. Berikrar itu
menunaikan dan menunaikan itu
ialah amal.
1.2.2 Definisi Islam Dari Aspek
Istilah
1. Hadis:
Sesuatu ketika Rasulullah s.a.w ditanya
tentang Islam, Iman dan Ihsan. Lantas Baginda
menjawab tentang Islam ialah “dengan engkau
mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan
solat, berpuasa di bulan Ramadhan,
mengeluarkan zakat dan menunaikan haji bila
berkemampuan.
2. Kepatuhan, ketundukan, ketaatan dan
penyerahan diri kepada Allah s.w.t.
3. Peraturan umum dan undang-undang yang
bersifat sempurna dan menyeluruh (mencakupi
seluruh aspek kehidupan manusia.
4. Agama yang terkupul di dalamnya akidah,
ibadah, akhlak, muamalah dan sejarah-sejarah.
Samb…
5. Abdul Karim Zaidan (1987)
Rangkuman jawapan terhadap
tiga persoalan yang berkaitan
dengan kehidupan untuk
mengetahui hakikat manusia
iaitu:
- Dari mana kita datang?
- Mengapa
- Bagaimana kesudahan hidup ini?
Jawapan:
• Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu
dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya
kejadian manusia berasal dari
tanah.Kemudian ia menjadikan keturunan
manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air
(benih) yang sedikit dipandang orang.
Kemudian ia menyempurnakan
kejadiannya, serta meniupkan padanya:
roh ciptaanNya. dan ia mengurniakan
kepada kamu pendengaran dan
penglihatan serta hati (akal fikiran),
(supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah
sedikit kamu bersyukur.
Surah al-Sajdah:7-9
6. Roh yang hakiki, cahaya petunjuk
yang abadi di dalam kehidupan,
ubat yang paling mujarab bagi
penyakit dan jalan lurus yang
selamat dari kesesatan.
7. Melaksanakan segala suruhan Allah
s.w.t dan meninggalkan segala
laranganNya.
8. Mengerjakan dengan sempurna
semua rukun-rukun Islam yang
difardhukan dan ajaran Nabi
Muhammah s.a.w
1.3 SKOP AJARAN ISLAM

• Asas-asas Ajaran Islam:


1 Akidah dan Tauhid
(Rububiyyah, Uluhiyah, Asma
wa Sifat)
2 Syariah (Ibadah, Muamalat,
Munakahat, Jinayah)
3 Akhlak
1. Akidah
Bahasa:
• Ikatan yang tersimpul rapi, sukar
untuk dibuka, kepercayaan,
keyakinan, pegangan dan ideologi
seseorang di dalam kehidupannya.
Istilah:
• Pegangan, kepercayaan dan
keyakinan yang kuat dan mantap
kepada Allah S.W.T berdasarkan
rukun Iman sehingga sebati
menerusi amalan seharian.
Enam elemen utama asas akidah
Islam:
1. Keimanan kepada Allah s.w.t. sebagai yang Maha
Mutlak kekuasaanNya di mana setiap muslim perlu
menyerahkan diri sepenuhnya kepadaNya.
2. Keimanan kepada malaikat yang merupakan makhluk
mulia yang dijadikan Allah s.w.t. sebagai lambang
keagongan dan kehebatan kekuasaanNya.
3. Keimanan kepada kitab yang diturunkan oleh Allah
s.w.t. dengan menjadikannya panduan dalam berbagai
aspek kehidupan.
4. Keimanan kepada para rasul yang diutuskan oleh Allah
s.w.t. sebagai utusan yang menyampaikan risalah Allah
s.w.t.
5. Keimanan tentang kewujudan hari akhirat sebagai
matlamat akhir bagi manusia.
6. Keimanan kepada qada dan qadar sebagai hak mutlak
Allah s.w.t.
Peranan Akidah
1. Menjadi panduan dan pegangan hidup kepada
setiap individu.
2.Menjadi pengawal atau pengadang dari
melakukan perbuatan yang tidak baik atau
larangan Allah sama ada secara terang atau
tersembunyi.
3. Membentuk akhlak-akhlak yang mulia dan
peribadi yang luhur.
4. Memupuk perasaan yang tenteram dan
menghindari perasaan gelisah dan dukacita.
5. Menghindar dari kesesatan dan penyelewengan.
6. Mendapat rahmat dan perlindungan daripada
Allah.
7. Memberi kekuatan dalam mengatasi persoalan
hidup.
Perkara Yang Merosakkan Akidah
1. Melakukan perkara-perkara yang jelas
menyekutukan Allah dengan makhluk sama ada
melalui kepercayaan, perkataan dan perbuatan
seperti percaya ada perkara lain yang berkuasa
selain daripada Allah S.W.T.
2. Menyembah kepada selain daripada Allah S.W.T
seperti berhala, patung dan lain-lain.
3. Melakukan amalan-amalan kerana yang lain
daripada Allah seperti untuk mendapat pujian
dan lain-lain.
4. Mengingkari kuasa Allah, kenabian Nabi
Muhammad s.a.w.
5. Mempersendakan hukum Allah seperti
menafikan kewajipan sembahyang, puasa dan
lain-lain.
6. Melakukan perbuatan yang menyerupai orang
kafir seperti pakai salib dan sebagainya.
2. Syariah
• Bahasa:
• (syara’a), jalan, cara atau peraturan
Istilah:
• Cara-cara beribadah, beramal dan
melaksanakan perintah Allah S.W.T dalam
rangka menghayati akidah tauhid.
• Himpunan panduan dalam kehidupan individu
dengan tuhannya (ibadah), berkeluarha
(munakahat), bermasyarakat (muamalah) dan
bernegara (siasah).
• Ulama mamahamkan syariah sebagai fikah
(ilmu hukum @ undang-undang
• Al-Syariah al-Islamiah: fikah @ al-fiqh al-Islami.
Samb…
• Fiqh: Mengetahui dan
memahami hukum-hukum
syarak yang berhubung dengan
perbuatan manusia (Imam
Ghazali)
• Hukum: wajib, sunat, haram,
makruh dan harus.
PEMBAHAGIAN
SYARIAH
• IBADAH
• MUAMALAT
• MUNAKAHAT
• JINAYAT
IBADAH
Bahasa:
• berasal dari kata dasar (abada abdun
ibadatan)
• merendah diri, tunduk, taat dan patuh.
• Dari situ juga, datangnya perkataan abd
atau abdi (hamba) yang mempamerkan
• nilai ketaatan, kepatuhan dan pengabdian
kepada perintah seseorang tuan.
Istilah:
• Situasi ketaatan dan penyerahan diri
yang disertai dengan perasaan
kecintaan,
• kepatuhan dan ketakutan kepada
Allah S.W.T semata-mata, bagi
mendapat keredhaanNya.
• Satu pengabdian yang dilakukan
dengan cara tunduk dan merendahkan
diri,
• dilakukan dengan hati yang ikhlas
kepada Allah S.W.T menurut cara-cara
yang ditentukan oleh syarak.
PEMBAHAGIAN IBADAH

IBADAH

UMUM KHUSUS

SUNAT WAJIB/
FARDHU
CIRI-CIRI IBADAH
• Antara ciri utama ibadah ialah:

1. Pengabdian yang dilakukan dengan cara tunduk dan


merendahkan diri, dilakukan dengan hati yang ikhlas
kerana Allah menurut cara-cara yang ditentukan oleh
syarak.
2. Ibadah membentuk perhubungan yang terus antara hamba
dengan Allah S.W.T.
3. Ia tidak memerlukan perantaraan atau wasilah.
4. Tanda bersyukur di atas nikmat Allah kepada hamba.
5. Ibadah mesti dilakukan dengan hati yang ikhlas dan
khusyu’.
6. Mesti memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat yang
ditentukan.
7. Setiap Muslim mesti melaksanakan ibadat-ibadat yang
difardhukan.
AKIBAT MENGABAIKAN
IBADAH
• Menjejaskan iman.
• Berdosa dan mendapat
kemurkaan Allah.
• Keras hati.
• Gangguan emosi.
• Terdedah kepada maksiat.
• Jauh dari rahmat Allah S.W.T.
MUAMALAT

• Muamalat itu adalah semua


hukum syariat yang
bersangkutan dengan urusan
dunia, dengan memandang
kepada aktiviti hidup seseorang
seperti jual-beli, tukar-menukar,
pinjam-meminjam dan
sebagainya.
PERATURAN-PERATURAN
MUAMALAT
1. Mencari harta kekayaan dengan
cara yang baik dan diredhai oleh
Allah S.W.T.
2. Mengamalkan akhlak-akhlak yang
mulia dalam menjalankan urusan
ekonomi dengan pihak yang lain
seperti amanah, adil, jujur, tidak
menipu dan lain-lain.
3. Menjalankan sesuatu kegiatan
ekonomi yang dapat memberi faedah
kepada seluruh manusia.
4. Semua kegiatan yang dijalankan
hendaklah berteraskan keimanan dan
ketakwaan kepada Allah dan syariat
Islam. Keimanan kepada Allah merupakan
benteng untuk menghalang seseorang
daripada melakukan perkara-perkara
yang tidak di ingini.
5. Semua kegiatan yang dijalankan
bertujuan menjalinkan hubungan baik
sesama manusia. Kebaikan-kebaikan
yang dilakukan semasa menjalankan
kegiatan ekonomi secara tidak langsung
akan memupuk semangat perpaduan dan
persaudaraan sesama Islam dan yang
bukan Islam.
TUJUAN MUAMALAT
1. Iaitu supaya di dalam kehidupan manusia
tidak akan berlaku sesuatu kecurangan
seperti rampas-merampas, ceroboh-
menceroboh pada pemilikan serta tipu daya
dan sebagainya.
2. Kehendak manusia itu sendiri ialah
meletakkan manusia nilai dan taraf yang
tinggi sehingga beroleh keredhaan Allah di
dunia dan di akhirat.
3. Muamalat juga menentukan peraturan-
peraturan berusaha dan bekerja untuk
manusia dengan jalan yang halal.
PERANAN MUAMALAT

1.Mewujudkan masyarakat yang aman


dan sejahtera.
2.Menghindarkan berlakunya sebarang
penindasan sesama manusia.
3.Supaya semua kegiatan ekonomi yang
dijalankan bersih daripada sebarang
perbuatan yang dilarang oleh Allah
S.W.T, kita hendaklah meninggalkan
perkara-perkara yang dikeji seperti
riba, rasuah, menipu atau sebagainya.
4. Bermuafakat secara Islam melahirkan
manusia yang berakhlak mulia dalam
menjalankan suatu amanat Allah S.W.T.
5. Memudahkan manusia untuk merasai
kurniaan Allah S.W.T dengan cara yang
betul dan diredhaiNya.
6. Menggalakkan manusia supaya rajin
bekerja untuk meningkatkan taraf ekonomi
keluarga, masyarakat dan negara.
7. Melahirkan masyarakat yang saling
bekerjasama, tolong menolong dan bantu
membantu untuk kebaikan dan kebajikan
bersama.
8. Supaya harta kekayaan yang disediakan
oleh Allah S.W.T tidak hanya dimonopoli
oleh golongan tertentu sahaja.
MUNAKAHAT
• Bahasa:
• Ikatan atau simpulan
• Istilah:
• Suatu Ikatan atau akad yang
menghalalkan pergaulan dan
membatas hak dan kewajipan serta
bertolong-tolong di antara seorang
lelaki dengan seorang perempuan
yang di antara keduanya bukan
mahram.
• Perkahwinan adalah merupakan
sunnah Rasulullah s.a.w. dan
digalakkan di dalam Islam serta
dituntut oleh Hukum Syarak,
sebagaimana sabda Rasulullah
s.a.w. yang bermaksud:
• "Nikah itu adalah sunnahku,
maka sesiapa yang benci
sunnahku maka sesungguhnya
ia bukan dari golonganku. "
DALIL PENSYARI’ATAN

A.Al-Quran
• "Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang
kamu berkenan dari perempuan-perempuan
lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika
kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di
antara isteri-isteri kamu) maka
berkahwinlah dengan seorang sahaja."

al-Quran, an-Nisa’, 4:3


B. As-Sunnah
Sabda Nabi s.a.w:
Maksudnya:
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang
mampu di antara kamu (mempunyai
belanja serta keinginan) hendak
berkahwin, hendaklah ia kahwin,
kerana sesungguhnya perkahwinan itu
akan memejamkan matanya (terhadap
orang yang tidak halal dilihatnya) dan
terkawal kehormatannya dan sesiapa
yang tidak mampu berkahwin
hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa
itu menjadi benteng."
C. Ijma’ Ulama’

• Semua ulama’ sepakat mengatakan bahawa hukum


perkahwinan itu adalah dituntut oleh Hukum Syarak.

• Perkahwinan adalah satu tuntutan agama yang


sangat penting dalam menjaga dan mengembangkan
zuriat mengikut Hukum Syarak. Namun dengan
keharusan untuk melakukan pernikahan ini, Islam
telah menggariskan peraturan dan disiplin yang
sangat perlu sebelum perkahwinan itu dijalankan.
Keperluan asas sebelum menjalani perkahwinan
adalah satu perkara penting demi menjaga
maslahah ummah iaitu dari segi keturunan dan
masa depan keluarga amnya.

• Antara keperluan permulaan perkahwinan ialah had


umur, pertalian, persetujuan atau keizinan, kafaah,
pertunangan dan poligami.
JINAYAT
• Jinayah menurut fuqaha' ialah perbuatan atau
perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang
untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan
jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan
sengaja.
• Penta`rifan tersebut adalah khusus pada
kesalahan-kesalahan bersabit dengan perlakuan
seseorang membunuh atau menghilangkan anggota
tubuh badan seseorang yang lain atau
mencederakan atau melukakannya yang wajib di
kenakan hukuman qisas atau diyat.
• Kesalahan-kesalahan yang melibatkan harta
benda, akal fikiran dan sebagainya adalah
termasuk dalam jinayah yang umum yang tertakluk
di bawahnya semua kesalahan yang wajib
dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir.
FAEDAH DAN MANFAAT DARIPADA
PENGAJARAN JINAYAT
1)Menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku
berbunuhan sesama sendiri dan sebagainya.
2)Menjaga keamanan maruah di dalam masyarakat
daripada segala fitrah tuduh-menuduh.
3)Menjaga keamanan maruah di dalam harta benda
dan nyawa daripada kecurian, ragut dan lain-lain.
4) Berhubung dengan keamanan negara dan
menyelenggarakan keselamatan diri.
5) Perkara yang berhubung di antara orang-orang
Islam dengan orang-orang kafir di dalam negara
Islam.
BENTUK HUKUMAN YANG
DIKENAKAN KE ATAS
PENJENAYAH
• Mengikut peruntukan hukum syara`
yang disebutkan di dalam al-Qur'an
dan as-Sunnah yang dikuatkuasakan
dalam undang-undang jinayah
syar`iyyah, penjenayah-penjenayah
yang didakwa di bawah kes jinayah
syar`iyyah apabila sabit
kesalahannya di dalam mahkamah
wajib dikenakan hukuman hudud,
qisas, diyat atau ta`zir.
AKHLAK
Bahasa:
• Sifat, tabiat dan kebiasaan, perilaku @
budi pekerti.
Istilah:
• Sifat-sifat yang terkumpul dalam hati yang
akan memberi kesan baik atau sebaliknya
kepada tingkah laku berdasarkan
keyakinan kepada Allah S.W.T.
Imam al-Ghazali:
Akhlak merupakan suatu keadaan
dalaman peribadi yang teguh, lahir dari
suatu perbuatan dengan mudah tanpa
memerlukan fikiran dan renungan.
Akhlak Rasulullah
• ‫ون‬
ٍ ‫ن‬ُ ْ‫م‬‫م‬َ 3
‫ر‬َ ْ
‫ي‬ َ
‫غ‬ ‫ا‬ ً
‫ر‬ ْ‫ج‬َ ‫ك أَل‬
َ ‫َوإِنَّ َل‬

Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai


akhlak yang amat mulia.
Surah al-Qalam: 4
Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang
apa itu agama? Baginda menjawab:
"Kemuliaan akhlak (husnul khuluq)."
Apabila ditanya tentang apa itu kejahatan,
Baginda menjawab: " Akhlak yang buruk
(su’ ul khuluq)."
AKHLAK TERPUJI
• Komponen yang menjelaskan
keperibadian yang terpuji seperti
berikut:
• Ketakwaan
• Sabar
• Tegas
• Bijaksana dan mempunyai hikmah
• Mengawasi dan mengawal keinginan
dan nafsu
• Pertimbangan yang adil
AKHLAK TERCELA
Komponen yang boleh menjejaskan
peribadi seseorang seperti berikut:

• Zalim
• Hasad dengki
• Khianat
• Tamak
• Menfitnah
• Pemalas
• Penakut
1.4 PENGAWALAN JIHAD

1.4.1 Dakwah

1.4.2 Jihad
1.4.1 Dakwah
• Seruan ke arah kebenaran
• Meliputi aqidah, syariah dan akhlak
• Usaha untuk menyampaikan kebenaran
Islam
• Pendekatan dakwah: perkataan @
perbuatan
• Cth: ceramah, seminar, forum, penulisan
@ persembahan melalui media
elektronik.
• Cth terbaik: teladan dan keperibadian
yang tinggi.
1.4.2 Jihad

Bahasa:
• berasal daripada perkataan ’jahada’ .
• menggunakan segala usaha dengan
bersungguh-sungguh untuk
mendapatkan sesuatu.
• Ini menunjukkan kepada jihad ketika
belajar untuk menghadapi
peperiksaan.
Istilah:
Menentang orang kafir di medan
pertempuran dan
menghapuskan segala rintangan
terhadap dakwah bagi
menjadikan kalimah Allah
(Islam) itu tinggi setinggi-
tingginya.
TUJUAN JIHAD
• Alat yang digunakan oleh daulah Islam
untuk menyebarkan serta
menyampaikan syiar Islam. Ia
digunakan sebagai tindakan fizikal
menghapuskan segala halangan kepada
dakwah Islam dan dengan cara inilah
Islam dibawa ke seluruh kawasan
daulah Islam baik pada zaman
Rasulullah s.a.w, zaman para sahabat,
zaman khulafa’ sehingga seterusnya.
Pembahagian Jihad:

• Jihad menentang hawa nafsu


• Jihad menentang syaitan
• Jihad menentang golongan kafir
• Jihad menentang golongan
munafik
• Jihad terhadap golongan zalim
1.5 Sumber-sumber ajaran
Islam
1. Sumber Asasi
- Al-Quran
- Al-Sunnah
2. Sumber Ijtihadi
- Al-Ijma’
- Al-Qias
1.1 Al-Quran
• Kitab suci agama Islam
• Wahyu yang disampaikan kepada
Nabi Muhammad s.a.w melalui
perantaraan malaikat Jibril.
• Bahasa: bacaan @ sesuatu yang
dibaca berulang-ulang
• Istilah: kalam Allah dari segi lafaz
dan makna yang diturunkan dalam
bahasa Arab kepasa nabi Muhammad
s.a.w secara beransur-ansur melalui
perantaraan malaikat Jibril secara
mutawatir.
Nama-nama lain bagi al-Quran
• Al-Kitab (Al-Quran)
• Al-Furqan (Pembeza antara yang benar
dan salah)
• Al-Mau’idhah (Pelajaran @ nasihat)
• Al-Hukm (Peraturan @ hukum)
• Al-Hikmah (Kebijaksanaan)
• Asy-Syifa’ (Ubat@ penyembuh)
• Al-Huda (Petunjuk)
• At-Tanzil (Yang Diturunkan)
• Ar-Rahman(Kurnia)
• Ar-Ruh (Ruh)
• Al-Bayan (Penerang) Dll..
Penurunan al-Quran
• Secara beransur-ansur selama 23 tahun
• 13 tahun di mekah, 10 tahun di madinah
Tujuan:
• meneguh dan menetapkan hati
Rasulullah dalam menjalankan tugas
yang berat dan mencabar.
• Memudahkan umat Islam menghafal dan
beramal tanpa merasa berat dan
terbeban.
• Satu proses pendidikan secara beransur-
ansur kepada umat Arab pada ketika itu
mengenai perkara-perkara yang
berhubung dengan sistem kepercayaan,
nilai dan hukum.
Ciri-ciri khusus al-Quran
1. Diturunkan dalam bahasa Arab
2. Sebagai wahyu daripada Allah
kepada Rasulullah dengan lafaz dan
maknanya.
3. Menjadi mukjizat bagi Rasulullah.
4. Disampaikan kepada kita melalui
riwayat yang mutawatir dan dengan
jalan penulisan dari sisi Rasulullah
sehingga hari ini.
5. Dibaca dalam solat dan diluar solat
dikira sebagai ibadah.
Jenis-jenis hukum dalam al-Quran
1. Akidah
2. Pemberihan dan penyucian
jiwa yang menentukan akhlak-
akhlak yang mulia dan teguh
(ilmu tasawwuf)
3. Amaliyah, berkaitan dengan
perkataan dan perbuatan
manusia. Cth: ibadah,
muamalat, munakahat dan
jinayat.
Metodologi al-Quran dalam
menerangkan hukum
1. Secara menyeluruh (kulli)
“Dan bermesyuaratlah kamu dengan mereka
dalam urusan itu” (Ali Imran:159)
2. Secara ringkas (ijmali)
“Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat
dan taatlah kepada Rasul supaya kamu diberi
rahmat (Al-Nur:56)
3. Secara terperinci (tafsili)
“Dan orang-orang yang menuduh perempuan-
perempuan sopan, kemudian mereka tidak
sanggup mengemukakan empat orang saksi,
maka sebatlah mereka itu dengan 80x
sebatan, dan janganlah diterima kesaksiannya
buat selama-lamanya. Mereka adalah orang-
orang yang jahat” (al-Nur:2)
1.2. Al-Sunnah
• Bahasa: jalan @ cara
• Istilah: segala sesuatu yang
bersumber dari Rasulullah s.a.w
baik dalam bentuk ucapan,
perbuatan mahupun pengakuan.
• Sumber asasi perundangan
Islam yang kesua selepas al-
Quran
Peranan Al-Sunnah terhadap Al-Quran
1. Penyokong @ penguat kepada al-Quran.
‫ين‬ ٰ ‫ُوا َم َع‬
َ ‫ٱلرَّ ِك ِع‬ ۟ ‫ٱلز َك ٰو َة َوٱرْ َكع‬ ۟ ‫ص َل ٰو َة َو َءا ُت‬
َّ ‫وا‬ ۟ ‫َوأَقِيم‬
َّ ‫ُوا ٱل‬
: Dan Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan
ruku'lah beserta orang-orang yang ruku'. (al-
Baqarah:43)
“Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang
mendirikannya dia mendirikan agamanya,
sesiapa yang meninggalkanya dia meruntuhkan
agamanya”.
(Riwayat setengah ahl sunan)

2. Penerang, penjelas @ pentafsir ayat-ayat al-


Quran.
“Sembahyanglah kamu sepertimana kamu
melihat aku sembahyang.” (Riwayat Bukhari)
3. Mengkhususkan yang umum
‫ْن‬‫ي‬ ‫ي‬
َ َ
‫ث‬ ‫ن‬ُ ‫ُوصي ُك ُم ٱهَّلل ُ فِ ٓى أَ ْو ٰ َل ِد ُك ْم ۖ لِ َّلذ َكر ِم ْث ُل َح ِّظ ٱأْل‬
ِ ‫ۚ ي‬
ِ ِ
Allah mensyari'atkan bagimu tentang
(pembagian pusaka untuk) anak-anakmu.
yaitu : bahagian seorang anak lelaki sama
dengan bahagian dua orang anak perempuan
(al-Nisa:11)
Rasulullah mengkhususkan dengan sabda
baginda yang bermaksud:
‘Kami tidak diwarisi sebab peninggalan kami
adalah menjadi sedekah.”
4. Hukum-hukum yang tidak dinaskan dalam al-
Quran.
cth: haram makan binatang liar yang
bertaring dan haran mengahwini perempuan
beserta emak saudaranya, haram memakai
emas dan sutera bagi lelaki.
Kategori al-Sunnah sebagai hukum
1. Sunnah Mutawatirah
disampaikan oleh sekumpulan periwayat yang
sangat ramai dari zaman sahabat hingga
zaman berikutnya.
2. Sunnah Masyurah
Diriwayatkan oleh seorang @ beberapa orang
sahabat yang bilangannya tidak sampai tahap
mutawatir. Masyur pada zaman tabi’in dan
tabi’ tabi’in.
3. Sunnah Ahad
Diriwayatkan oleh seorang @ beberapa orang
sahabat yang bilangannya tidak sampai tahap
mutawatir. Umat Islam sepakat mengatakan
bahawa wajib beramal dengannya walaupun
periwayatnya tidak sampai ke tahap
mutawatir.
2.1 Al-Ijma’
• Bahasa: keazaman dan
persepakatan
• Istilah: Persepakatan para
mujtahid dari kalangan umat
Muhammad s.a.w selepas
kewafatan baginda di dalam
satu-satu zaman di atas satu-
satu hukum syarak.
Jenis-jenis Ijmak
1. Ijmak soreh
berlaku melalui pernyataan pendapat oleh
setiap mujtahid secara terus terang sama ada
dengan lisan @ tindakan terhadap sesuatu
hukum syarak. Menjadi hujag yang qat’i.
2. Ijmak sukuti
lahir dari sebahagian mujtahid dan diketahui
oleh sebahagian yang lain tetapi tiada
bantahan dan fatwa baru yang berbeza
dikeluarkan oleh mereka walaupun masa yang
ada itu sudah cukup untuk mereka
membentuk satu pendapat tentang masalah
tersebut. ulama berpendapat ijmak sukuti ini
sebagai hujah yang qat’i dan sebahagian lain
sebagai hujah yang zanni.
2.2 Al-Qias
• Bahasa: menyamakan sesuatu dengan
sesuatu yang lain
• Istilah: Ulama usul “menyamakan
sesuatu masalahyang tidak ada nasnya
dengan sesuatu masalah yang sudah
ada nas hukumnya kerana adanya
persamaan illah antara kedua-duanya”
cth: Rasulullah s.a.w. menyamakan
hukum mengumpulkan antara anak
gadis dengan makciknya (dalam
perkahwinan) dengan mengumpulkan
adik dengan kakak kerana adanya
persamaan illah antara kedua-duanya,
iaitu akan memutuskan tali
persaudaraan.
Rukun Qias
1. Asal (al-asl) iaitu perkara yang sudah ada
hukumnya yang telah ditetapkan oleh
nas.
2. Furu’ (al-far’u) iaitu perkara baru yang
tidak terdapat nas mengenal hukumnya
sama ada dari al-Quran, sunnah maupun
ijmak.
3. Hukum asal (hukm al-asl) iaitu hukum
perkara asal yang terdapat nasnya di
dalam al-Quran atau al-Sunnah.
4. Sebab hukum (i’llah) iaitu bentuk
persamaan yang mengikat di antara
perkara asal dengan yang baru (far’u).
Qias Sebagai Hujah Syarak
• Jumhur ulamak berpendapat bahawa qias
adalah hujjah syarak dan sumber hukum yang
produktif bagi menghadapi masalah-masalah
baru yang timbul ditengah-tengah masyarakat
Islam dari masa ke semasa.lni bardasarkan
dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah
• “Maka ambil l’tibarlah wahai orang-orang yang
berakal”.(surah al-Hasyr:21)
• Ayat diatas menggambarkan apa yang terjadi
kepada Bani Nadhir yang ditimpa pelbagai mala
petaka akibat kederhakaan mereka. Allah
meminta orang-orang yang berakal supaya
mengambil iktibar dengan mengqiaskan diri
mereka juga akan ditimpa petaka jika
menderhakai Allah SWT. dan RasulNya.
Kederhakaan dalam ayat ini menjadi sebab
berlakunya petaka.
Sumber-sumber lain ijtihadi
1. Al- Masalih Al- Mursalah
bahasa: mencari kemaslahatan dan kebaikan.
istilah: menentukan hukum bagi sesuatu perkara yang tidak
terdapat nasnya di dalam al-Quran dan sunnah dan tiada
keputusan ijma’ mengenainya, berdasarkan penelitian
maslahat, iaitu kemaslahatan yang ditujukan untuk
memelihara kesucian agama dan kebaikan hukum-hukum
syara’, serta mendatangkan manfaat dan menolak
mudharat sahaja.

2. Al- Istihsan
bahasa: baik dan elok atau menganggap sesuatu itu baik,
sama ada ia sebenarnya baik atau sebaliknya.
Istilah: penetapan hukum dari seorang mujtahid terhadap
sesuatu masalah, berlainan daripada ketetapan yang
diterapkan pada masalah-­masalah yang ada persamaan
dengannya, kerana ada alasan yang lebih kuat yang
menghendaki kelainan itu dilakukan seperti menjaga
kepentingan awam atau individu atau menjaga keadilan
yang selaras dengan matalamat syari’ah.
3. Sadd al-Dzarai’
Ia bermaksud menghalang jalan atau perantaraan kearah
sesuatu, sama ada baik atau buruk, sama ada dalam
bentuk perbuatan atau perkataan. Kebiasaannya banyak
digunakan untuk maksud atau jalan yang membawa
kepada kerosakan.
4. Al-‘Urf (Adat / Kebiasaan)
bahasa: Sesuatu yang baik yang dibiasakan dengannya.
istilah: Sesuatu yang biasa dilakukan oleh manusia dan
diamalkan dalam kehidupan mereka sama ada kata-kata
atau perbuatan yang berulang kali dilakukan sehingga
sebati dalam jiwa mereka dan benar­-benar diterima oleh
akal mereka.
5. Shar’un Man Qablana (Syariat Terdahulu)
Syar’un Man Qablana ialah apa yang diceritakan kepada
umat Muhammad s.a.w. dari hukum hakam syariat-syariat
yang ditaklifkan ke atas umat-umat terdahulu sebagai
suatu yang disyariatkan oleh Allah s.w.t. dan begitu juga
apa yang diterangkan oleh para Rasul terdahulu. Tiada
nas yang mengaitkan pensyariatannya kepada umat Nabi
Muhammad s.a.w
1.6 KEISTIMEWAAN AJARAN ISLAM

1. Rabbani (ketuhanan)
2. Syumul dan lengkap
3. Sepadu dan seimbang
4. Tetap dan anjal
5. Praktikal
6. Tinggi
7. Universal @ sejagat
KESIMPULAN
Islam merupakan ajaran yang lengkap,
menyeluruh dan mampu memandu kehidupan
manusia bagi mencapai kebahagiaan hidup di
dunia dan akhirat. Terdapat berbagai
keistimewaan yang meletakkan Islam sebagai
satu cara hidup yang sesuai dengan fitrah
kejadian manusia dan fitrah penciptaan alam. Ia
amat berbeza dengan agama-agama lain dan
tiada yang setanding dengannya. Akidah,
syariah dan akhlak merupakan prinsip-prinsip
asas ajaran Islam yang melengkapi setiap sudut
dan aspek keperluan hidup manusia. Semuanya
ditunjangi oleh sumber-sumber utama ajaran
Islam, iaitu sumber asasi yang bersifat samawi;
al-Quran dan al-Sunnah, serta sumber ijtihadi
seperti ijmak dan qias.

Anda mungkin juga menyukai