Anda di halaman 1dari 38

BAB 3

SYARIAH DALAM
KEHIDUPAN MUSLIM
Pendahuluan
 Allah SWT pencipta pelbagai jenis makhluk,
sememangnya Dia Maha Mengetahui segala
rahsia kekuatan dan kelemahan keseluruhan
isi alam ini, termasuklah rahsia manusia itu
sendiri.
 Allah mengatur dan menyususn seluruh isi
alam ini dan meletakkan peraturan atau
syariat yang tertentu, yang bersesuaian
dengan fitrah manusia dan isi alam
Pengertian Syariah
 Bahasa:
- (syara’a) jalan, cara @ peraturan
- sumber mata air atau punca air yang digunakan oleh
manusia dan binatang sebagai bahan minuman.
- jalan yang lurus yang memberi panduan dan arahan
yang benar, yang tidak menyesatkan
- peraturan yang telah ditentukan oleh Allah (syariat
Allah) meliputi bidang aqidah, ibadat, muamalah, akhlak
dan sebagainya
- mazhab-mazhab yang benar yang telah dirintis oleh
para mujtahid dan para alim ulama muktabar
Istilah
 Setiap sesuatu yang telah diperundangkan
oleh Allah SWT dalam urusan keagamaan
melalui wahyuNya sama ada terkandung
dalam ayat-ayat suci al-Qur`an atau melalui
hadis nabi s.a.w.
 Menurut Imam Abu Hanifah, syariah
bermaksud semua ajaran yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w yang bersumberkan wahyu
Allah.
 Himpunan panduan dalam kehidupan
individu dengan tuhannya. (ibadah,
muamalat, munakahat dan jinayat)
Syariah, Fekah, Undang-undang dan
Hukuman
1. Syariah: Dalam bentuk yang umum; iaitu teks dari al-Qur’an dan Hadis.
Contoh; arahan Allah supaya mendirikan sembahyang: ‫أـقـيموا اــلصــــــــــالة‬
2. Fekah: Dalam bentuk yang lebih terperinci. tafsiran para mujtahid
terhadap nas umum (al-Qur`an/Hadis). Walaupun para mujtahid
berbeza pendapat dari segi amali (perlaksanaan solat secara
furu`iyyah) tetapi mereka sepakat dalam soal dasar (wajib solat)
3. Undang-undang: Suatu ketetapan perundangan yang telah diwartakan
oleh pihak kerajaan Islam berdasarkan mazhab-mazhab tertentu
(secara bertulis) sama ada dalam bentuk perlembagaan, akta atau
enakmen.
4. Hukuman: Merupakan timbal balas atau penalti atau kesan dan akibat
yang dikenakan ke atas individu atau jamaah yang telah didapati
bersalah secara sah dalam perbicaraan di mahkamah, melanggar
peruntukan undang-undang yang telah diwartakan atau yang telah
disyariatkan.
Sumber Syariah
1. Sumber yang disepakati:
al-Qur’an, al-Sunnah, Ijmak dan Qiyas
2. Sumber yang tidak disepakati:
al-Istihsan, al-Istishab, Masalihul Mursalah,
Saddu al-Zara`ik, Syar`uman qablana, al-
`adah al-muhakkamah, al-`Urfu.
Maqasid al-Syariah (tujuan @ objektif
Syariah)
 Definisi:
Tujuan @ objektif perundangan yang telah
ditentukan oleh Allah.

Aspek utama Maqasid Syariah


1. Memelihara kesucian dan kepercayaan beragama
2. Menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh
badan manusia
3. Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasan akal
4. Menjamin kehormatan dan maruah diri
5. Menjamin usaha pemilikan dan penguasaan harta
1. Memelihara kesucian dan kepercayaan
beragama (menjaga agama)
 Agama merupakan sistem kehidupan yang
perlu dipelihara agar keharmonian hidup
dapat dilestarikan dan kacau bilau dapat
dihindarkan
 Merupakan perkara paling utama bagi setiap
individu.
 Agama dapat mengatasi kepentingan yang
lain seperti diri, akal, keturunan dan harta.
2. Menjamin keselamatan nyawa dan anggota
tubuh badan manusia (menjaga jiwa)
 Jaminan keselamatan setiap nyawa daripada
pencerobohan oleh manusia lain telah
dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran.
 “Dan janganlah kamu membunuh bangsamu
sendiri. Sesungguhnya tuhan itu penyayang
kepadaMu.” (al-Baqarah:256)
 Nyawa manusia milik mutlak Allah yang wajib
dihargai dan disyukuri.
3. Menjamin kemurnian fikiran dan
kewarasan akal (menjaga akal)
 Akal adalah anugerah Allah yang paling
berharga.
 Menjadikan makhluk yang paling sempurna di
muka bumi.
 Allah mengharankan segala sesuatu yang
merosakkan akal. Cth: minum arak, dadah dll.
4. Menjamin kehormatan dan
maruah diri (menjaga keturunan)
 Perundangan merupakan cara yang terbaik
untuk memelihara pembentukan keluarga yang
sempurna.
 Tindakan yang merosakkan keturunan adalah
dilarang.
 Cth: zina dan liwat (lesbian dan homoseksual)
 “Dan janganlah kamu mendekati zina,
sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan
yang keji dan suatu jalan yang buruk”
(Al-Isra’:31)
5. Menjamin usaha pemilikan dan
penguasaan harta (menjaga harta)
 Memelihara harta ialah memberi maksud
konteks mencari harta, suruhan bersyukur,
bersederhana dalam berlelanja dan syariat
mengeluarkan harta.
 Islam mengharankan perjudian, mencuri dan
riba kerana ia merupakan agen-agen pemusnah
harta.
SKOP SYARIAH
 Skop syariah adalah luas seluas dan sejelas
Islam sebagai ad-din.
 Pembahagian skop syariah:
1. Hubungan manusia dengan Allah
2. Hubungan manusia sesama manusia
3. Hubungan manusia dengan alam sekitar
1. Hubungan manusia dengan Allah
 Dalam konteks ibadah khusus dan ibadah
umum
 Ibadah khusus: solat, puasa, haji, zakat, baca
la-Quran, zikir dll
 Ibadah umum: apa sahaja perlakuan @
tindak tanduk manusia ketika berhubungan
dengan selain Allah, samasa sesama
manusia, alam, haiwan, jin dan cakrawala.
2. Hubungan manusia sesama
manusia
 Merangkumi perhubungan dan gerak aktiviti yang
luas dalam interaksi mereka.
 Cth: bidang sosial, ekonomi, politik, perkahwinan,
pendidikan, pengurusan, perniagaan,
pembangunan, harta pusaka, jihad dll.
 “orang mukmin itu dengan mukmin yang lain
adalah laksana satu bangunan. Bahagian yang
satu menguatkan bahagian yang lain.
(Bukhari dan Muslin)
3. Hubungan manusia dengan alam
 "Janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi
setelah Allah S.W.T menyediakan segala
yang membawa kebaikan padanya, dan
berdoalah kepadaNya dengan perasaan
bimbang (kalau-kalau tidak diterima).
Sesungguhnya rahmat Allah S.W.T itu dekat
kepada orang yang berbuat kebajikan.”
 Alam tanda kebesanran Allah
 Alam perlu dipelihara dan dipulihara.
PELAKSANAAN
 Syariat Islam mapu memenuhi segala keperluan yang
dihajati oleh masyarakat yang dikuasainya dan mampu
mengatasi segala masalah dalam semua keadaan
dengan penyelesaian yang paling adil dan terbaik.
 Aspek pelaksanaan perintah-perintah Allah dibahagikan
kepada tiga:
1. Kewajiban tanggungjawab individu harus
dilaksanakan.iaitu perintah khusus dalam konteks
hubungan manusia dengan Allah spt solat, puasa dll.
2. Pelaksanaan dalam bentuk kolektif @ secara
berjamaah. spt dakwah, jihad, amar makruf nahi
mungkar dll
3. Pelaksanaan yang menjadi kewajipan kepada
pemerintah. Spt hudud, qisas Diyat dan takzir.
Hudud
 Hukuman yang telak ditentukan dan ditetapkan Allah di
dalam Al-Quran dan hadis.
 Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hudud:
1. Mencuri: Potong tangan.
2. Zina: sebelun kahwin (100x sebat)
selepas kahwin (rejam)
3. Menuduh zina (Qazaf): 80x sebat jika tak kemuka 4org
saksi.
4. Rompakan (hirabah): dibunuh, disalib @ dipotong
tangan dan kaki @ dibuang daerah.
5. Minum arak: 40x sebat
6. Murtad: bunuh
Qisas dan diyat
 Melibatkan kecederaan anggota @ hilang nyawa.
 Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan Qisas:
a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota
badan orang lain dengan sengaja.
c) Melukakan orang lain dengan sengaja. Hukuman
membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan
hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas
bunuh. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu
menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang)
dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh."
Kesalahan-kesalahan yang wajib
dikenakan Diyat
a) Pembunuhan yang serupa sengaja.
b) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja).
c) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan
Takzir
 Hukuman yang tidak disebut secara terang
dan jelas sama ada dalam al-Quran @ hadis.
 Cth: hukuman mati ke atas pengedar dadah
@ penjara kepada penerima rasuah @ denda
kepada pendatang haram.
 Takzir berubah mengikut keadaan dan
setelah digubal dan diluluskan di parlimen @
dewan undangan negeri.
PENGUATKUASAAN
 Penguatkuasaan segala perintah dan larangan
yang terdapat dalam syariat Islam tertakluk
pada hukum wajib, sunat. Haram, makruh dan
harus.
 Ia juga meliputi kekuatan irang ramai dan
agensi-agensi penguatkuasaan undang-
undang spt polis, mahkamah dan penjara.
PERANAN SYARIAH
 Tujuan utama syariah Islam adalah untuk menimbulkan
motivasi bagi melaksanakan proses pengislaman dan
menambahkan manfaat kepada setiap ahli masyarakat.
 Keutamaan aktiviti pembangunan:
1. Memenuhi keperluan asas manusia. Cth: agama dan
jiwa, penjagaan kesihatan fizikal dan mental,
pemeliharaan keturunan dan perlindungan harta benda.
2. Memenuhi keperluan bukan asas tetapi memberi
faedah. Cth: menbuat kebajiakan utk masyarakat,
meningkatkan taraf hidup.
3. Memenuhi keperluan yang memberi faedah. Cth:
mengambangkan Islam, menggalakkan nilai-nilai murni.
Pembangunan Menurut Islam
 Undang-undang Islam lengkap dan syumul.
 Mengandungi soal akidah, akhlak, ibadat,
muamalat, munakahat dll.
 Konsep pembangunan insan ditafsirkan ialah
pembangunan yang dibekalkan oleh Model
Pembangunan Insan berteraskan al-Quran.
 Konsep kerohanian diberi keutamaan kerana:
1. rohani sumber kebahagiaan dan kecelakaan.
2. Jiwa dikurniakan kekuatan melakukan
kebaikan dan akal dapat membezakan baik
dan buruk.
Pendekatan Pembangunan Menurut
Islam
1. Tauhid
2. Rububiyyah
3. Khilafah
4. Tazkiyah
5. Al-Falah
1. Tauhid
 Keesaan dan kekuasaan Allah.
 Meyakini bahawa Allah merupakan satu-
satunya Tuhan yang wajid disembah dan
dipatuhi.
2. Rububiyyah
 Allah sahaja yang mencipta, menghidupkan
dan mematikan serta mentadbir manusia dan
alam.
 Ia dinamakan ‘sunnah alam’.
 Cth: bukit bukau dan gunung ganang sebagai
pasak bumi. Hujan sebagai bekalan air.
3. Khilafah
 Peranan manusia sebagai utusan Allah di
bumi
 Menjelaskan tanggungjawab manusia.
 Pemegang amanah Allah dalam bidang
akhlak, politik dan ekonomi.
4. Tazkiyah
 Penyucian dan pertumbuhan yang
sewajarnya
 Misi Nabi Allah ialah menyucikan manusia
dalam semua hubungan.
 Hasilnya ialah al-falah (kejayaan) di dunia
dan akhirat.
5. Al-Falah
 Kejayaan menusia menjalani kehidupan
secara lancar dan harmoni.
 Hasilnya mencapai kesejahteraan di akhirat.
PEMBANGUNAN UMMAH
 Ialah usaha penyusunan bidang sosial,
politik, ekonomi, undang-undang dan sistem
nilai.
 Aspek pembangunan ummah:
1. Individu
2. Masyarakat
3. Negara
1. Individu
 Pembangunan tahap individu dari aspek:
1. Fizikal : Merangkumi pembangunan aspek-
aspek yang diperlukan oleh jasad manusia.
Cth; tempat tinggal, peralatan, kesihatan, alat
komunikasi, pengankutan dll.
2. Kognitif : Merangkumi ilmu pengetahuan.
Cth: fardhu ain (tauhid, feqah) & Fardhu kifayah
(sains, ekonomi, politik)
3. Emosi : kestabilan emosi, perwatakan serta nilai
dan konsep diri.
4. Spiritual : melahirkan jiwa yang bertaqwa.
2. Masyarakat
 Keadilan semua bangsa tanpa mengira warna
kulit.
 Mempunya hak sama rata untuk belajar,
memperolehi pendapatan dan miliki hasil dari
usaha.
 Dapat melahirkan masyarakat yang bersifat
kebajikan, kejiranan, benar, jujur, simpati dll.
3. Negara
 Menegakkan prinsip-prinsip adil, amanah dan
bertanggungjawab.
 Tidak mengira kaum, bangsa keturunan dan
agama.
SYARIAT ISLAM SEBAGAI
PEMACU PEMBANGUNAN UMMAH
1. Mendidik manusia
2. Memelihara lima asas (agama, pemikiran
manusia, penghormatan dan martabat
kemanusiaan, tubuh badan manusia dan
kekayaan)
3. Menegakkan keadilan
KEPERLUAN MANUSIA KEPADA
SYARIAH DAN KESAN
PENGABAIANNYA
1. Keperluan kepada syariah
antara sebabnya ialah:
- manusia makhluk bermasyarakat dan hidup
bermasyarakat.
- Allah menetapkan menerusi syariah, peraturan
melaksanakan ibadah mestilah dilakukan kerana
Allah semata-mata.
- Allah menetapkan undang-undang dan hukum cth:
hudud, qisas, diyat dan takzir
- Allah mesyariatkan kewajiban jihad
- Allah yang menjadikan manusia
- menusia memerlukan peraturan
- memberi panduan kepada manusia
2. Pengabaian terhadap syariay Allah

 Dihimpit pelbagai masalah


 Tidak dapat berfikir dengan baik
 Mengikut hawa nafsu
 Berlaku gejala sosial.
 Keruntuhan akhlak
 Pembuangan bayi
 Rogol
 Black metal
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai