Anda di halaman 1dari 43

BAB 4

KONSEP DAN
FALSAFAH
PERKAHWINAN
KELUARGA ASAS
PENYUMBANG TAMADUN
• Keluarga dan masyarakat menjadi asas
dan sumber pembinaan Tamadun.
Segala pencapaian dan kekuatan
Tamadun (termasuk Tamadun Islam)
bermula dari keluarga dan masyarakat.
• Keluarga dan masyarakat merupakan
institusi asas yang menjana
perkembangan ilmu, budaya, undang-
undang, adat resam, kepercayaan dan
lain-lain, yang membentuk sistem hidup
individu, keluarga, negara dan bangsa
yang dikenali sebagai Tamadun
Kemanusiaan.
• Sesebuah Tamadun merupakan
gambaran dan rakaman berbagai
kriteria kejayaan dan pencapaian
sesuatu bangsa yang berasal dari
kejayaan dan pencapaian institusi
keluarga dan masyarakat dalam
berbagai aspek kehidupan.
PEMBINAAN INSTITUSI
KELUARGA
Konsep Kekeluargaan Islam
• Menurut Islam, keluarga
merupakan institusi yang amat
penting dalam Islam kerana
keluarga adalah kesatuan
masyarakat kecil yang menjadi
asas di dalam pembentukan
masyarakat.
KELUARGA
• Keluarga merupakan unit
organisasi manusia paling asas
untuk pembentukan masyarakat
dan pembinaan Tamadun Manusia.
• Keluarga bermula dengan
perkahwinan dan berkembang
dalam suatu organisasi manusia
dan menerima berbagai unsur
pembinaan Tamadun Manusia.
KEPENTINGAN PEMBENTUKAN
KELUARGA
• Mengekalkan kesinambungan generasi
manusia kerana pengabaiannya akan
menyebabkan kehancuran masyarakat.
• Memelihara akhlak, tata susila dan
kemuliaan manusia melalui ikatan
perkahwinan.
• Mencapai kebaikan, kebahagiaan, kasih
sayang dan keharmonian sesama manusia.
• Membentuk umat yang kuat dan mantap
kerana ia dibentuk oleh ibu bapa.
• Memupuk dan mencetuskan semangat
pengorbanan, tolong menolong, kerjasama
dan perpaduan dalam jiwa setiap anggota
keluarga.
PERKAHWINAN
Pengertian Perkahwinan

• Perkahwinan dalam Islam ditandai dengan akad,


iaitu ijab dan kabul. Ijab ialah
• kata-kata yang disebut oleh wali atau wakil pihak
perempuan. Manakala kabul pula ialah jawapan
yang diberikan oleh pihak lelaki.
• Kebiasaannya lafaz Ijab ialah “Saya nikahkan
kamu si anu bin si anu dengan si anu binti si anu
dengan mas kahwin sekian tunai.”Manakala lafaz
Kabul pula ialah “Saya terima nikahnya dengan si
anu binti si anu dengan mas kahwin sekian
tunai.”
• Selesainya ijab kabul ini menandakan pasangan
tersebut sah sebagai suami dan isteri.
HUKUM PERKAHWINAN
Harus
• Hukum asal perkahwinan.

Wajib
• Bagi yang berkemampuan dan luapan
nafsu syahwatnya begitu tinggi hingga
boleh membawa ke lembah zina. Bagi
yang tidak berkemampuan wajib ia
berpuasa untuk menahan nafsunya.

Sunat
• Bagi mereka yang berhajat, cukup syarat
dan berkemampuan.
Haram
• Bagi yang tidak cukup syarat, tidak
berkemampuan dan tidak
bertanggungjawab kerana dikhuatiri
akan merosakkan rumah tangga dan
masa depan isteri serta anak-
anaknya.

Makruh
• Bagi yang berkemampuan memberi
nafkah, tetapi bakal isteri dengan
rela hati sanggup menyara keluarga.
Rukun Nikah

• Rukun nikah ada lima iaitu:


• Suami: pengantin lelaki.
• Isteri: pengantin perempuan.
• Wali yang adil.
• Dua orang saksi yang adil.
• Ijab dan Kabul. (Tawaran dan
Penerimaan)
DEFINISI PERKAHWINAN
DAN KESAN POSITIF
KELUARGA
• Definisi Perkahwinan boleh
dilihat dari berbagai sudut:
a. Dari Sudut Keperluan Jantina
(seksual).
b. Dari Sudut Kemuliaan dan
Kehormatan Wanita
c. Dari Sudut Kemanusiaan Umum
DARI SUDUT KEPERLUAN
JANTINA (SEKSUAL)
• Perkahwinan ialah akad (perjanjian) di
antara lelaki dan wanita yang bukan
muhrim, berdasarkan syariat Islam
untuk menghalalkan pergaulan dan
hubungan seksual di antara keduanya.
• Wanita dan lelaki secara semula cipta
mempunyai keinginan untuk merasai
pergaulan dan hubungan seksual,
apabila mencapai kematangan usia dan
kesediaan fizikal dan spritual.
DARI SUDUT KEMULIAAN
DAN KEHORMATAN
WANITA
• Perkahwinan ialah akad perjanjian
penyerahan amanah penjagaan dan
perlindungan seorang wanita di
antara Wali (Bapa atau Penjaga
Wanita yang sah) dengan seorang
lelaki (suami).
• Dengan berlakunya akad perjanjian
perkahwinan, maka segala
tanggungjawab
seorang wali akan berpindah kepada
suami. Suami terikat dengan segala
perjanjian untuk menunaikan segala
hak wanita yang menjadi isterinya.
• Wanita adalah makhluk mulia yang
sentiasa dijaga dan dilindungi oleh
lelaki (wali atau suami).
• Sebagaimana firman Allah dalam
surah an-Nisa’ ayat 34.
DARI SUDUT KEMANUSIAAN
UMUM

• Perkahwinan merupakan akad


perjanjian yang disempurnakan
oleh wali dan lelaki yang
bermaksud membolehkan
seseorang lelaki dan wanita
menerima segala hak dan
tanggungjawab perkahwinan
sebagai suami isteri secara rela
dan bersama.
• Di samping menghalalkan
pergaulan dan perkelaminan dan
menjadi kaedah yang sah dan
mulia untuk menerima zuriat dan
kesan-kesan perkahwinan
(keluarga) dan proses sosialisasi
sepanjang perkahwinan mereka.
KESAN-KESAN POSITIF
PERKAHWINAN
a. Perkahwinan dan Pengukuhan
Keimanan
b. Perkahwinan: Penyempurnaan
(Sunnat Allah) (Undang-undang
Semulacipta)
c. Perkahwinan: Saluran Sek yang
Mulia
d. Pernikahan: Jalinan Psikologi yang
Indah, Harmoni dan Suci
e. Perkahwinan: Proses Kelahiran
Zuriat (Insan Baru) Mulia.
f. Perkahwinan: Pembinaan
Institusi Kehidupan.
g. Perkahwinan: Ketahanan Maruah
dan Kehormatan Manusia.
PERKAHWINAN DAN
PENGUKUHAN KEIMANAN
• Penciptaan lelaki-wanita
mempunyai ‘rahsia’ kewanitaan
dan kelakian sama ada fizikal,
spritual, watak, kebolehan dan
lain-lain yang menjadi bukti
kebesaran Tuhan.
• Melalui perkahwinan, lelaki dan
wanita akan menemui rahsia-
rahsia ini dan mendorong manusia
mengakui kebesaran Tuhan.
• Penemuan-penemuan Baru dalam
alam perkahwinan mengukuhkan
lagi keimanan dan kasih sayang
suami isteri keluarga.
• Ini jelas dalam firman Allah S.W.T
dalam surah al-Rum ayat 21,
surah al-Nahl ayat 72 dan surah
al-A’raf ayat 189.
PERKAHWINAN: PENYEMPURNAAN
(SUNNAT ALLAH) (UNDANG-UNDANG
SEMULACIPTA)
• Tuhan mencipta Makhluk berpasangan
manusia lelaki-wanita saling
memerlukan dan saling lengkap
melengkapi.
• Naluri ingin kepada lelaki/wanita adalah
fitrah yang sentiasa berkembang
mengikut usia, fizikal, psikologi
sehingga matang.
• Perkahwinan, menjadi saluran yang sah
untuk memenuhi keperluan fitrah
secara mulia. Lihat surah an-Nisa ayat 1
dan surah al-Hujurat ayat 13
PERKAHWINAN:SALURAN
SEK YANG MULIA
• Sek luar nikah adalah hina, kotor disisi
manusia dan Agama.
• Sek luar nikah bersifat nafsu semata-
mata, bernilai hiburan dan
perdagangan.
• Pernikahan menjadikan sek sabagai
mulia, bernilai ibadat dan bebas dan
tekanan kehinaan manusia dan tuhan.
• Kejadian anak melalui sek hina adalah
hina, berbeza dengan anak melaui sek
nikah adalah mulia(ibu bapa dan anak).
PERNIKAHAN: JALINAN
PSIKOLOGI YANG INDAH,
HARMONI DAN SUCI
• Perkahwinan akan menjalin dan
menyatuan realiti cinta yang suci
di antara lelaki dan wanita
• Nilai-nilai mulia, mengukuhkan
kerukunan hidup suami isteri dan
ahli keluarga.
PERKAHWINAN: PROSES
KELAHIRAN ZURIAT (INSAN
BARU) MULIA

• Hubungan kelamin suami isteri


menjadi kaedah kejadian insan
baru (zuriat) secara mulia.
• Hubungan sek suami isteri,
menjadi hak anak yang paling
awal yang mesti ditunaikan oleh
suami isteri melalui perkawinan.
PERKAHWINAN:
PEMBINAAN INSTITUSI
KEHIDUPAN
• Perkahwinan menjalinkan
tanggungjawab bersama di antara
suami isteri secara rela.
• Perkahwinan membina institusi
keluarga yang melahir Institusi
Pendidikan, kepimpinan, Institusi
Ekonomi dan lain-lain.
• Kejayaan dan kegagalan diperingkat
institusi-institusi dalam keluarga
mempunyai pengaruh langsung
terhadap individu, masyarakat Negara
dan Ummah.
PERKAHWINAN:KETAHANAN
MARUAH DAN KEHORMATAN
MANUSIA

• Perkahwinan Syariat yang


membezakan martabat manusia
dan haiwan di antara kejahatan
dan kemuliaan.
• Perkahwinan, kesinambungan
manusia dalam berbagai bidang,
sentiasa mulia, bermaruah dan
istimewa.
• Islam membangunkan Tamadun
berasaskan kepada pembangunan
keluarga berkualiti berdasarkan Syariat
Islam. Dalam sistem perundangan
Islam (syariat) terdapat suatu bidang
“Syariat (Fiqh)Munakahat” (sistem
Perundangan Perkahwinan dan
Keluargaan). Bidang ini mengandungi
semua peruntukan mengenai
perkahwinan dan kekeluargaan
termasuk perkara prinsip peraturan,
nilai, undang-undang yang menjadi
panduan pembinaan perkahwinan dan
keluarga bahagia.
• Kewujudan disiplin Ilmu Fiqh al-
Munakahat sebagai disiplin teras
dalam ilmu-ilmu Islam,
membuktikan bahawa Tamadun
Islam terbina berasaskan
pembangunan manusia secara
sepadu dan seimbang di antara
petunjuk tuhan (hidayah) dengan
keupayaan manusia.
KELUARGA BERKUALITI
1. Pra-perkahwinan:
Persiapan/Persediaan
 Persiapan ILMU. Pencarian,
psikologi, teman hidup
(Kesuamiisterian/keibubapaan)
2. Kuatkuasa Perkahwinan
 Rukun Nikah, Panduan Awal
Suami/isteri, pemantapan
psikologi perkahwinan
3. Kehamilan, kelahiran Insan
 Hak awal Bayi, Pendidikan Awal
dan Asas Kekeluargaan.
4. Pemantapan Keluarga
 Pendidikan, latihan sosiolisasi,
pencapaian keluarga.
5. Hasil Output
 Insan Mulia Berkualiti dan
Menyumbang
PERANAN DAN
TANGGUNGJAWAB

Tanggungjawab Suami Terhadap


Isteri
 memberi kasih sayang dan
layanan yang baik kepada isteri.
 memberi nasihat, bimbingan dan
didikan kepada isteri.
 memberi perlindungan dan
penjagaan yang baik.
 memberi nafkah batin.
 memberi nafkah zahir.
 memberi mahar.

Tanggungjawab Isteri Terhadap


Suami
 mentaati suami.
 memberi layanan yang baik
kepada suami.
 menjaga maruah suami.
 menjaga kehormatan diri.
 meminta izin sebelum keluar
rumah.
 menjaga harta suami.

Tanggungjawab Ibu Bapa


Terhadap Anak.
 memberi nafkah.
 menyusukan anak.
 memberi perlindungan dari
ancaman fizikal dan akhlak.
 memberikan pendidikan agama
dan moral.
 memberikan pelajaran sebagai
persediaan ke arah kehidupan
berdikari.
 memberikan kasih serta layanan
yang adil.
Tanggungjawab Anak
Terhadap Ibu Bapa
 mentaati dan melayani kedua
ibu bapa dengan baik.
 menanggung nafkah ibu bapa
yang telah tua dan tidak
berdaya.
 mendoakan kesejahteraan ibu
bapa semasa hayat dan selepas
meninggal dunia.
 melaksanakan wasiat ibu bapa.
 mengeratkan hubungan
silaturrahim dengan keluarga,
kerabat serta sahabat handai ibu
bapa.
ADAB-ADAB DI DALAM
PERGAULAN DAN
PERHUBUNGAN
• Amanah
• Berbudi Mulia
• Berbuat Baik
• Memberi Nasihat
• Pemaaf
KELUARGA NUKLEAR DAN
KELUARGA LUAS
• Keluarga Nuklear
• Keluarga yang mempunyai ahli yang terdiri
daripada suami, isteri dan anak-anak.
• Keluarga Luas
• Satu institusi yang meliputi keluarga nuklear,
malahan lebih besar daripada itu.
• Ini bermakna ia merupakan keluarga yang
mempunyai ahli yang terdiri daripada ibu
bapa, anak dan ahli keluarga lain seperti
datuk, nenek, cucu, menantu, ibu saudara,
sepupu dan saudara mara yang lain.
• Keluarga luas boleh terdiri daripada tiga
generasi atau lebih.
PEMBENTUKAN
KEMASYARAKATAN
• Masyarakat ialah kelompok manusia yang terdapat
di dalam sesebuah Negara.
• Masyarakat Islam ialah kelompok manusia yang
beragama Islam yang hidup bersama-sama golongan
bukan Islam dalam satu kelompok masyarakat.
• Masyarakat ini terlaksana nilai-nilai keislaman
dengan kewajipan ke atas bahu semua orang Islam.
• Masyarakat Islam yang pertama dibentuk ialah
masyarakat yang didirikan oleh Rasulullah s.a.w dan
para sahabat Baginda di Madinah pada tahun 622
Masihi.
• Di Malaysia, masyarakat yang wujud ialah
masyarakat majmuk, yang terdiri daripada banyak
rumpun bangsa. Namun, hanya tiga rumpun bangsa
yang besar iaitu Melayu, Cina dan India.
HAK DAN
TANGGUNGJAWAB
ANGGOTA MASYARAKAT
1. Hak Hidup Dengan Aman dan
Tenteram.
2. Hak Kebebasan Berfikir, Beragama,
dan Melahirkan Pendapat.
3. Tiada Konsep Pemisahan Kawasan.
4. Hak Menegakkan Kebaikan dan
Menentang Kemungkaran.
5. Hak Perlindungan.
6. Hak Bekerja dan Menuntut Ilmu.
UMMAH PERTENGAHAN
DAN UMMAH TERBAIK
Ummah Pertengahan
• Iaitu umat yang adil dan umat
pilihan yang sentiasa memiliki
aspek kesederhanaan.
• Mereka tidak melampaui dan tidak
keterlaluan dalam segala hal.
• Umat Islam ialah umat yang hidup
di dalam kesederhanaan.
Ummah Terbaik
• Umat yang terbaik kerana mereka
mempunyai keimanan kepada Allah
dan
• tidak menyekutukan Allah.
• Golongan ini mempunyai kelebihan
berbanding umat-umat yang lain.
• Golongan ini sentiasa berdakwah ke
jalan kebaikan dengan menyeru
masyarakat supaya melakukan
kebaikan dan meninggalkan
kemungkaran.
LATIHAN
1.Senaraikan beberapa persiapan yang
perlu dilakukan sebelum berlangsungnya
sesebuah perkahwinan.
2.Jelaskan tanggungjawab suami, isteri,
ibu bapa dan anak.
3.Terangkan adab umat Islam dalam
perhubungan dan pergaulan.
4.Huraikan perbezaan antara konsep
keluarga nukleus dengan keluarga luas.
5.Ummah pertengahan dan ummah terbaik
merupakan dua perkara berbeza.
Jelaskan.

Anda mungkin juga menyukai