Anda di halaman 1dari 59

MAQASID

KELUARGA
ASMA HAKIMAH BINTI AB HALIM
KENAPA PERLUNYA PERBINCANGAN INI?

https://www.bharian.com.my/berita/nasiona
l/2019/06/579355/pasangan-keluarga-ko
muter-hidup-dalam-kemurungan

KANDUNGAN KURSUS
•Pengenalan
•Objektif
•Konsep Maqasid Keluarga
•Dalil-dalil berkait Maqasid Keluarga
•Ekosistem Maqasid Keluarga: Perspektif Kontemporari
PENGENALAN

• Kursus ini membincangkan tentang maqasid keluarga, iaitu melihat tujuan


syariah dalam aspek kekeluargaan. Tujuan-tujuan syara’ ini dikenalpasti
melalui dalil yang diungkapkan dalam Al-Qur’an dan hadith, bagaimana
tujuan dalam pembinaan sesebuah keluarga itu hakikatnya adalah selari
dengan pemeliharaan tujuan syara’ (maqasid Syariah) yang lima iaitu dalam
aspek memelihara agama, memelihara akal, memelihara harta, memelihara
nasab dan memelihara nyawa.
OBJEKTIF:

•Pada akhir kursus, pelajar dapat:


•Mengenalpasti konsep maqasid keluarga.
•Menganalisis kepentingan maqasid keluarga dalam
memelihara maqasid Syariah.
•Memberi pandangan untuk menangani isu-isu berkait
maqasid keluarga dalam masyarakat.
PERSOALAN:

•APAKAH TUJUAN
KITA
BERKELUARGA?
KONSEP MAQASID KELUARGA

• Keluarga dalam perpektif Islam adalah asas kepada binaan masyarakat, kerana
itu maka diatur hukum-hukumnya, dan hubungan antaranya secara terperinci dalam
syara’ (Zainab Al-Elwani, 2013)
• Hukum-hukum tersebut berkait dengan tujuan asasi yang disyariatkan untuknya bagi
mengekalkan hukum-hukum tersebut sesuai dengan tujuan dan asas pensyariatannya
(Zainab Al-Elwani, 2013).
• Maqasid keluarga akhirnya akan membawa kepada penerapan konsep taqwa
dalam membina kekeluargaan dan pemeliharaan nasab melalui hubungan yang sah
di sisi syara’ (Marwan, 2020).
DALIL-DALIL BERKAIT MAQASID KELUARGA

• Dalil-dalil dalam Al-Qur’an dan Hadith Nabi serta situasi yang membawa
kepada sebab berlaku hukum tersebut pada zaman Nabi Muhammad saw
adalah untuk menekankan kebaikan hukum-hukum syariat tersebut kepada
setiap keluarga pada setiap masa, suasana dan tempat. (Zainab Al-Elwani,
2013)

• Kaedah asas pensyariatan bagi kekeluargaan bermula dengan hukum


tentang hubungan (‘alaqah) khususnya dalam perkahwinan dan perceraian.

• Rasulullah saw menerangkan tentang perkahwinan, dan mengisyaratkan


dengan apa yang diikuti atasnya daripada kebaikan di dunia dan akhirat.
DALIL
AL-TUR:21
ULASAN

• Allah swt telah menciptakan manusia dengan berpasangan supaya manusia berfikir,
dan berfikir itu adalah perlu kepada ilmu, bagi memandu manusia supaya berfikir
ke arah kebaikan dan kebenaran.

• Dan Allah sediakan syurga buat keluarga yang beriman, maka pastinya pembinaan
keluarga bukanlah semata-mata pembinaan yang kosong melainkan dengan
pengisian yang selari dengan kehendak dan peraturan Allah swt, agar akhirnya kita
akan dapat mencapai redhaNya dan bersama dengan ahli keluarga kita bukan
sahaja di dunia ini, namun juga tatkala kembalinya kita ke alam baqa’, rumah
abadi yang bakal kita diami nanti Inshaa Allah.
TANGGUNGJAWAB YANG TERLAHIR

• Memelihara ahli keluarga dari api neraka- tanggungjawab mendidik ahli keluarga: Surah
At Tahrim: 6
• Menjaga agama, akhlak dan adab: Surah Luqman: 12-19
Memberi ilmu yang cukup kepada ahli keluarga khususnya ilmu agama, ilmu fardhu ‘ain agar
mengerti tentang ibadat. Banyak kepincangan yang berlaku kini adalah masalah ilmu agama
yang tidak dipandang berat dan dikesampingkan.
• Menjaga nasab: Al-Isra’: 32
• Menjaga harta: An Nisa’: 4-10
• Menjaga nyawa: An Nisa’: 29
MENDIDIK AHLI KELUARGA
MENTAUHIDKAN ALLAH

BERAKHLAK BAIK KEPADA KEDUA IBUBAPA

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/4707-irsyad-al-hadi
th-siri-ke-518-status-hadith-berbuat-baiklah-kepada-ahli-keluarga
(akses 7/5/2021)
MENJAGA AMALAN
IBADAT DAN SERUAN KEPADA KEBAIKAN
AKHLAK
….

• Melalui perkahwinan juga, maksiat seperti perzinaan dapat dielakkan


kerana pasangan dapat menyalurkan keperluan fitrah melalui jalan yang
halal.

• Dosa zina ini dapat dihindari kerana dosa ini adalah satu jalan yang buruk
seperti yang Allah firmankan dalam AL-Qur’an.

•Al-Qur’an turut memperhalusi adab bergaul dalam


keluarga melalui saling menghormati hak-hak
privacy walaupun sesama ahli keluarga.
•Hal ini diungkapkan dalam surah An-Nur: 58-59


..

•Ayat-ayat ini mengandungi konotasi dalam aspek pemeliharaan


kemuliaan insan serta nasab kerana pergaulan yang terjaga akan
dapat memelihara rasa hormat sesama ahli keluarga manakala
pergaulan yang tidak terbatas walaupun sesama ahli keluarga
hakikatnya boleh membawa kepada percampuran yang tidak
sepatutnya dan mendorong kepada sumbang mahram yang boleh
mencemarkan nasab.

• Seterusnya, melalui perkahwinan juga, aspek pewarisan dapat


dikembangkan dan dijaga lantaran adanya hubungan yang telah terjalin
antara ahli keluarga yang melayakkan untuk mereka menjadi ahli waris.

• Seterusnya, harta yang diwariskan seandainya diuruskan dengan jalan yang


betul akan terus berkembang dan keberkatannya akan dapat dinikmati oleh
ahli waris.
AN-NISAA’ AYAT 12

• Melalui hubungan kekeluargaan, ukhuwwah sentiasa perlu dipelihara dan


Allah swt juga menganjurkan seandainya berlaku pertikaian maka hendaklah
diperdamaikan.

• Walau bagaimanapun, seandainya pertikaian terlalu berat sehingga


membawa kepada berbunuhan sesama sendiri, hadith telah menetapkan
bahawa orang yang membunuh saudaranya tidak berhak untuk mendapat
harta pewarisan saudara yang dibunuh tersebut.

•Sistem kekeluargaan ini hakikatnya turut memenuhi aspek
pemeliharaan jiwa kerana keperluan untuk menjaga
keselamatan dan memberi perlindungan kepada ahli
keluarga.
•Inilah aspek maqasid keluarga iaitu adalah menjadi
tanggungjawab ketua keluarga dan sesama ahli keluarga
untuk saling menjaga keselamatan dan melindungi ahli
keluarga.

•Hal ini dizahirkan melalui konsep ‘Al-Libas’ dalam


Al-Qur’an yang perlu difahami secara mendalam,
khususnya dalam konteks hubungan perkahwinan, kerana
terzahir daripadanya kesempurnaan dan keseimbangan.
(Zainab Elwani, 2013)
FIRMAN ALLAH TAALA:

187. Dihalalkan bagimu pada malam hari puasa bercampur dengan istrimu. Mereka
adalah pakaian bagimu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka.

• Ayat ini menjelaskan tahap hubungan perkahwinan yang disifatkan dalam


Al-Qur’an, keakraban hubungan suami isteri ini adalah seperti rapatnya
pakaian pada jasad, dan bahawasanya pakaian itu sifatnya pelbagai
seperti untuk melindungi, mencantikkan dan menyembunyikan tubuh badan,
dan seperti itulah yang berlaku antara suami isteri untuk memenuhi dan
melengkapkan antara satu sama lain. (Zainab Al Elwani, 2013)

• Begitulah terpakainya kefahaman-kefahaman ini dalam hubungan


kekeluargaan yang bersatu dalam makna untuk menyempurnakan kehidupan
dalam diri insan, hubungan yang membawa kepada pertautan yang dalam
antara jiwa-jiwa insan antara lelaki dan wanita yang digarisi hubungan
mereka dengan niat untuk pemersatuan manusia dan didirikan atas rasa
mawadddah, kasih sayang, rahmah dan inilah hubungan yang akan
berterusan di dunia sehinggalah ke akhirat sebagaimana firman Allah taala:

• Adapun ‘Al-Qawwamah’ – pemimpin atau pelindung dalam lindungan


peraturan perkahwinan maka jadilah lelaki atau suami sebagai penaung
bagi urusan wanita, dan menjaganya dengan baik mengikut kemampuan
mereka sama ada mereka punya kelebihan dari sudut ilmu, harta atau
akhlak. Mereka perlulah menjaga isteri mereka mengikut kelebihan-kelebihan
yang Allah berikan kepada mereka.
ULASAN

•Daripada perbincangan di atas, maka, kita dapat


memahami maqasid keluarga ini secara menyeluruh
dan hal ini turut diungkapkan oleh Dr Zainab
Al-Elwani iaitu dalam 4 perkara:

•Memenuhi tujuan perkahwinan dari sudut syara’ – mengatur fitrah
manusia melalui peraturan serta hukum yang jelas agar manusia
dapat menyempurnakan tuntutan fitrah mengikut kaedah dan saluran
yang betul menurut agama, iaitu melalui perkahwinan yang sah.

•Membentuk keutuhan sesebuah keluarga- matlamat pergaulan suami


isteri adalah keduanya merasa tenang dan aman antara satu sama
lain, saling melindungi dan menghasilkan hubungan yang mesra dan
positif ke arah kerukunan rumah tangga.

• Mengikat hubungan antara lelaki dan wanita- melalui perkahwinan yang sah
dan tidak menyalurkan kepada perkara dosa dan maksiat.

• Memelihara hubungan nasab dan penyusuan. Apabila terbinanya hubungan


melalui faktor-faktor ini, maka jelaslah tentang siapakah yang tidak boleh
dikahwini dan siapa yang boleh dikahwini.

• Menjaga pergaulan sesama ahli keluarga agar sentiasa harmoni dan


berkasih sayang.

• Melepaskan secara baik (ihsan) seandainya tidak dapat meneruskan hidup


bersama- menjelaskan jalan keluar menurut hukum seandainya kedua-dua
pasangan tidak dapat meneruskan kehidupan mereka secara bersama.
EKOSISTEM MAQASID KELUARGA DALAM
PERSPEKTIF KONTEMPORARI
• Mikro:
• Keluarga asas
• Makro:
• Negara
- Kepimpinan
- Polisi dan Perundangan
MIKRO: KELUARGA ASAS
• Memelihara agama
• Memberi Pendidikan kepada anak-anak, Pendidikan yang akan melengkapkan
mereka dengan ilmu-ilmu asas seperti akidah, ibadat, serta ilmu-ilmu yang akan
membantu mereka untuk kerjaya seperti kemahiran dan lain-lain yang berkaitan.

• Memelihara akal
• Memberi mereka nafkah, makanan yang halal lagi baik. Makanan yang membantu
perkembangan yang sihat buat akal mereka.Memberi pendedahan kepada
ilmu-ilmu yang bermanfaat. Didik mereka mengenal Allah dan mampu untuk
membuat tapisan dalam membezakan pilihan yang baik dan buruk dalam
kehidupan mereka.

• Memelihara nyawa
• Memberi nafkah dan tempat perlidungan kepada mereka. Menyediakan
persekitaran yang selamat untuk mereka.
• Memelihara harta
• Menjaga hak-hak mereka seperti merancang masa depan yang baik buat
mereka. Membuat simpanan untuk kegunaan mereka ketika mereka
memerlukan.
• Mengembangkan harta keluarga untuk manfaat ahli waris dan masyarakat
umum.

•Memelihara nasab
•Menjaga pergaulan dalam rumahtangga selari dengan ayat adab
dalam keluarga. Mendidik anak-anak tentang batas pergaulan
sama ada sesama ahli keluarga dan orang-orang di luar seperti
kawan-kawan dan jiran tetangga. Memberi mereka pendidikan
mengenal apa yang manfaat dan kebaikan, perbuatan yang baik
dan mungkar, serta mendidik mereka dengan pendidikan yang
selari dengan ajaran Islam.
KAJIAN TERKINI
MAKRO: NEGARA

•Bagaimana aspek-aspek maqasid serta elemen-elemen ini


dapat digarap yang akan memandu pemimpin dalam
meletakkan keutamaan tentang hal-hal yang perlu ditangani
dan membantu ke arah penyediaan polisi dan instrumen
perundangan yang sesuai untuk kesejahteraan keluarga,
masyarakat khususnya dan negara amnya.
KESIMPULAN
• Kefahaman tentang maqasid keluarga dalam memelihara tujuan syariah ini sangat perlu
diterapkan agar setiap mereka yang ingin berkeluarga tidak menganggap ini hanya
sebagai tanggungjawab yang boleh diambil sambil lewa.
• Setiap amanah yang dititipkan seawal perancangan untuk berkahwin sehinggalah
terbentuknya sebuah keluarga mempunyai tanggungjawab dalam memelihara tujuan syara’
yang boleh dizahirkan melalui usaha-usaha pendidikan dan komitmen yang berterusan
yang dibuat dalam keluarga untuk memelihara agama, nyawa, akal, nasab dan harta.
• Sebagaimana dari segi pendalilan mempunyai dalil yang khusus dan membawa kepada
maksud manfaat yang umum, begitu juga tindakan-tindakan yang dizahirkan dalam inisiatif
membentuk keluarga yang sejahtera yang akan memelihara maqasid Syariah, ia perlu
berlaku dalam usaha yang khusus dan bertumpu dan pastinya akan memberi kesan
jangkamasa panjang yang boleh memberi manfaat kepada umum.
PETIKAN DARIPADA TRANSLITERASI NASKHAH KUNO:SAFIINATUL HUKKAM
FI TAKHLISHIL KHASSAM KARYA FAQIH JALALUDDIN BIN SYAIKH
MUHAMMAD KAMALUDDIN BIN QADHI BAGINDA KHATIB AL TURASANI

• “Dan kata setengah hakim, bermula akal itu seperti suami, dan napas itu
seperti istri, dan tubuh seperti rumah bagi keduanya. Maka apabila adalah
suami itu keras atas istri, maka diperbaikilah segala alat rumah itu sama ada
kerana yang manfaat atau yang menolakkan jenis mudarat. Dan jikalau keras
istri atas suami maka berusahalah istri itu pada membunuh akan hawa
nafsunya, dan tiadalah dihiraukannya akan suaminya, maka jadi binasalah
rumah itu.” – m.s. 36
BAHAGIAN 2

•AKTIVITI
ISU 1:
ISU 2
ISU 3:
ISU 4:
ISU 5:
PERBINCANGAN:

•(1) Sila fikirkan tentang isu-isu semasa yang dipaparkan dan


kaitkan bagaimanakah nilai yang membina kefahaman tentang
sebuah keluarga yang selari dengan tujuan syara’ mampu untuk
membendung masalah tersebut.

•(2) Seandainya anda seorang pemimpin, apakah polisi yang akan


anda bangunkan bagi menangani masalah ini.

•(3) Bentangkan hasil perbincangan anda.


RUJUKAN
• Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Bouti (2018) Dawabit Al-Maslahah fi Al-Shari’ah
Al-Islamiyyah (Dar Al Fikr: Damsyiq)

• Zainab al-’Elwani (2013) Al-Usrah fi Maqasdi Al-Shari’ah: Qira’ah fi Qadhaya


Al-Ziwaj wa Thalaq fi America (IIIT: USA)

• Marwan Bukhari A Hamid (2020) A Maqasid Approach to Contemporary Fiqh of


Family in the Malaysian Context with Special Reference to Illegitimate Child Issues,
Thesis Master USIM (unpublished)

• Muhammad Farid Abdul Rahman , Maqasid Al-Tashri’ Al Islami fi Ahkam Takwin


Al-Usrah Al Muslimah wa Inhilaliha, Tesis Master Universitas Muhammadiyah
Surakarta.

• https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/4707-irsyad-al-hadith-siri-ke-518-
RUJUKAN
SEKIAN

• TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai