Anda di halaman 1dari 50

ISU-ISU

KELUARGA
DAN
MASYARAKAT
BAB 5
Konsep Kekeluargaan Islam
Institusi keluarga adalah sebuah institusi yang
terulung dalam sejarah kehidupan manusia. Dalam
al-Quran diceritakan kisah pasangan Adam dan
Hawa. Pada peringkat permulaan, pembentukan
sebuah keluarga terbatas kepada kumpulan dan
kelompok tertentu bergantung kepada cara hidup
bangsa dan nilai dalam masyarakat berkenaan.

Dalam Islam, keluarga dibentuk berdasarkan kepada
perkahwinan. Asas-asas ini dijelaskan dalam al-
Quran dan Sunnah. Beberapa ayat berikut
menjelaskan hal ini.


Surah an-Nahl(16), ayat 72; Allah menjadikan bagi
kamu dari diri kamu sendiri pasang-pasangan(isteri),
dan jadikan bagi kamu dari pasangan kamu anak-
anak dan cucu-cicit


Surah an-Nissa(4), ayat 1: Wahai sekalian
manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang
telah menjadikan kamu(bermula) dari diri yang
satu(Adam) itu pasangannya(isterinya-Hawa), dan
juga yang membiakkan dari keduanya-zuriat
keturunan-lelaki dan perempuan yang ramai


Terdapat beberapa hadis yang menjelaskan tentang
pembentukan keluarga. Diantaranya, hadis yang
bermaksud;Perkahwinan itu adalah sunnahku. Maka
sesiapa yang tidak suka menerima sunnahku dia
bukanlah dari golonganku. (Hadith Riwayat Bukhari)

Agama Islam sendiri menggalakkan golongan belia
supaya berkahwin seperti hadis yang
bermaksud;Wahai pemuda-pemuda sekalian,
sesiapa dari kalangan kamu yang berkemampuan
untuk perkahwinan hendaklah dia berkahwin(Hadith
Riwayat Bukhari). Hadis ini secara tidak langsung
menjelaskan sifat berkemampuan sebagai satu
ukuran dalam membuat pertimbangan untuk memilih
jodoh.
Perkawinan dalam Islam merupakan caturan Allah
yang mengandungi hikmah yang agung.
Melalui perkawinan dapat menghalal hubungan lelaki
dan wanita yang secara fitrahnya saling tertarik.
Hasil dari perkahwinan akan terbentuk dan berlaku
kesinambungan sebuah keluarga dan keturunan.
Maka keluarga merupakan elemen terpenting dalam
sistem sosial yang akan membentuk sebuah
masyarakat.

Tujuan Perkahwinan Dalam Islam
Memenuhi sunnah para Rasul
Memenuhi fitrah dan mendatangkan ketenangan
rohani dan naluri
Memelihara kesinambungan manusia dan
meramaikan ummat
Memelihara nasab keturunan manusia
Memelihara masyarakat daripada masalah
keruntuhan akhlak dan perbuatan dosa
Merapatkan hubungan tali persaudaraan
Membina kasih sayang dan belas kasihan
Keselamatan masyarakat dari penyakit

Sebahagian kebahagiaan manusia dapat dilihat
melalui hidup berkeluarga
Islam meletakkan asas dalam membentuk keluarga
sebelum dan selepas perkahwinan
Pembentukan keluarga hendaklah berasaskan
aqidah, syariah dan akhlak serta mengambil kira
aspek spiritual & material
Matlamat berkeluarga mendekatkan diri dengan
Allah, ikut sunnah para rasul dan mampu
melahirkan generasi yang cemerlang di dunia dan
di akhirat

Pembinaan Keluarga Islam
Sebelum Perkahwinan
Islam dengan perundangannya yg mulia telah
menetapkan peraturan/hukum/cara yang cukup
sempurna untuk proses sebelum perkahwinan
Jika manusia berpegang dengan aturannya niscaya
perkahwinan itu akan berjalan lancar dalam cara
yang penuh sefahaman, cinta-kasih, direstui dan
diredhai.
Oleh itu akan terbentuklah sebuah keluarga dari
keturunan lelaki dan wanita yang tinggi dengan
keimanan, sihat tubuh badan, mulia akhlak, matang
akalnya dan jiwa mutmainnah yg suci.
Maka keluarga sakinah mawaddah wa rahmah akan
dikecapi
Perkara Penting Sebelum Perkahwinan
1) Memilih pasangan yang baik
Pilih atas asas spritual (beragama, berakhlak mulia) dan
fizikal (keturunan,kesihatan, kecantikan dsb) yang baik
dan pilih wanita asing yang tidak ada pertalian saudara
2) Setaraf (Sekufu)
Iaitu persamaan dari segi keadaan hidup kedudukan,
latarbelakang dan sebagainya
3) Persetujuan dan kerelaan pasangan
4) Persediaan kebendaan/material
5) Pastikan pasangannya sah dikahwini

Selepas Perkahwinan
Memantapkan iman dan taqwa
Laksanakan ibadah dan syariat dalam hidup
berkeluarga
Memberi nafkah zahir dan batin
Membentuk suasana mawaddah wa rahmah
(sayang meyayangi, kasih mengasihi, hormat
menghormati, toleransi, tolong-menolong)
Mewujudkan pergaulan yang baik (mesra/ selalu
berbicara dengan pasangan dan anak-anak)
Melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dan
isteri serta tanggungjawab bersama (kerja-rumah,
didik/jaga anak-anak, hubungan dengan keluarga
mertua dan ipar-duai)
Selepas Perkahwinan
Melaksanakan keadilan dalam keluarga (isteri-
isteri dan anak-anak)
Memberi/mengajari ilmu agama yang cukup
kepada pasangan dan anak-anak
Mendidik keluarga dengan akhlak mulia
Mewujudkan ketaatan dan kesetiaan kepada
Allah, Rasul, agama, ibubapa dll

Isu-isu Kekeluargaan Di Malaysia
Islam sebagai agama yang tujuan utamanya adalah
kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Islam sangat
mementingkan pembinaan peribadi dan keluarga.
Peribadi yang baik akan melahirkan keluarga yang
baik, sebaliknya pribadi yang rusak akan melahirkan
keluarga yang rusak. Demikian juga seterusnya,
apabila keluarga baik, maka akan melahirkan
masyarakat yang baik.
Melihat keaadan sekarang, institusi keluarga
semakin goyah dalam melahirkan individu berintegriti
dan berakhlak mulia berikutan beberapa faktor
berikut:
1) Kesibukan bekerja
Kemajuan yg menghambat manusia mengejar
material sehingga lupakan tanggungjawab sebagai
ibubapa. Alasan memberikan anak-anak kehidupan
lebih baik dari sudut keperluan material namun
dilupakan keperluan spritual seperti didikan
agama/akhlak mulia, kasih sayang, perhatian dan
kemesraan dalam hubungan kekeluargaan.
2) Pendidikan tidak seimbang
Mengapa islam meletakan salah satu nafkah zahir
dalam perkahwinan adalah memberi ilmu dunia dan
akhirat kepada pasangan dan anak-anak adalah
kerana ilmu tersebut mampu membentuk manusia.
Tanpa keseimbangan keduanya manusia akan
mudah alpa dan terpesong dari jalan yang benar.
3) Pasca Penceraian
Kes penceraian masa kini semakin meningkat.
Penceraian boleh membawa kepada kesengsaraan
pasangan dan anak-anak. Psikologi, kewangan,
sosial dan pendidikan anak-anak akan terjejas
dengan penceraian.
Oleh kerana itu islam menuntut menyelesaikan
masalah rumah tangga dengan cara yang baik dan
tidak suka kepada penceraian kerana kesannya
kepada masyarakat sangat besar.
4) Sumbang Mahram
perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang
ada pertalian darah/nasab (keturunan) dengan
mangsa. Cth ayah merogol anak, datuk merogol
cucu, abang merogol adik

Konsep keluarga dalam Islam cukup jelas bahkan
Islam sangat mengutamakan pembinaan individu
dan keluarga. Hal ini wajar karena keluarga
merupakan prasyarat baiknya suatu bangsa dan
negara. Apabila semua keluarga mengikuti pedoman
yang disampaikan agama, maka Allah akan
memberikan hidayah kepadanya. Karenanya dalam
Islam wajar disebut bait jannat (rumah ku adalah
surgaku).
Kemasyarakatan Dalam Islam
Definisi masyarakat adalah Kumpulan individu
(manusia) yang terikat oleh pemikiran, perasaan dan
aturan (sistem) yang satu (sama). Hal ini bererti
dalam sebuah masyarakat mesti ada interaksi
bersama antara mereka yang terjadi secara terus
menerus dan diatur dalam sebuah aturan yang tetap.

Masyarakat Islam dibentuk bersumberkan al-Quran
dan al-Sunnah berasaskan aqidah, syariah dan
akhlak

Prinsip Masyarakat Islam

a. Keadilan
Iaitu memberi hak-hak asasi hidup, persamaan dari
segi undang-undang dan menerima ganjaran. Tiada
diskriminasi disebabkan perbezaan warna kulit,
keturunan, bangsa dan jantina
b. Kebebasan
Kebebasan berfikir, berideologi, bersuara dan
beramal selagi tidak memudharatkan individu dan
masyarakat serta patuh syariat
c. Memelihara perdamaian dan elakkan salah faham
d. Saling sayang menyayangi dan hormat-menghormati
Ciri-ciri Masyarakat Islam

a. Masyarakat yang dibina atas akidah Tauhid
b. Masyarakat yang berada di jalan yang benar dan
adil
c. Masyarakat yang berakhlak dengan akhlak mulia
d. Masyarakat yang dikukuhkan dengan persaudaran
(ukhwah)
e. Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan
f. Masyarakat yang bertoleransi dan saling
menghormati masyarakat yang berlainan agama

Isu-isu Kemasyarakatan Islam
Islam menggalakkan umatnya mencapai kemajuan
material tetapi harus selari dengan pembangunan
spritual.
Islam mementingkan pembangunan spritual agar
pembangunan material dipimpin oleh rohani yang
bersih.
Dengan pembangunan yang seimbang maka akan
lahirlah masyarakat yang cemerlang dunia akhirat.
Namun masa kini keseimbangan yang dituntut islam
tidak berlaku telah mengakibat krisis kritikal dalam
masyarakat kini.

Keruntuhan Akhlak - Kebejatan Moral - Gejala
Sosial

Gejala sosial yg melanda masyarakat hari ini sangat
membimbangkan kerana setiap hari di dalam media
dipaparkan tentang permasalahan ini. Gejala sosial
seperti sudah sinonim dalam kehidupan manusia hari
ini.
Secara umumnya keruntuhan akhlak dan moral
merangkumi pelbagai perlakuan negatif anggota
masyarakat yang tidak membawa sokongan dan
keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur
yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun
negara.
Contoh Gejala Sosial
Masalah disiplin pelajar
Buli
Bohsia
Lari dari rumah
Lepak
Pelacuran
Pembuangan bayi
Penagihan dadah


Murtad
Penganiayaan kanak2
Penceraian
Tabiat merokok
Penderaan
Rasuah
Rogol
Sihir


Faktor-faktor berlaku gejala sosial
1) Kurang didikan agama / akhlak
2) Pengaruh media massa
3) Mengikut kehendak diri dan nafsu
4) Kelalaian ibubapa
5) Pengaruh persekitaran
6) Pengaruh rakan sebaya
7) Kelemahan sistem pendidikan



8) Kemiskinan / kekayaan
9) Kebebasan dan keseronokan
10) Penceraian ibubapa/masalah keluarga
11) Pergaulan bebas
12) Masalah percintaan
13) Ingin mencuba
14) Sistem undang-undang yang lemah





Cara-cara Penyelesaian
1) Ibu bapa/keluarga
2) Diri sendiri
3) Kawan-kawan
4) Guru-guru
5) Masyarakat
6) Kerajaan
7) Media massa
8) Sistem pendidikan
9) Sistem undang-undang

Ibu bapa
Ibu bapa sebagai golongan yg paling hampir dengan
anak-anak
Ibubapa golongan yg mula-mula mencorak anak-
anak sedari bayi
Perlu memainkan peranan lebih menyeluruh
memastikan anak2 membesar dgn gaya hidup positif
Memberi didikan agama yg cukup sedari kecil
Mendidik dengan akhlak mulia supaya sebati dalam
diri anak-anak
Bukan hanya memberi keperluan kehidupan tetapi
juga keperluan ilmu, kasih sayang, masa, kemesraan
dan perhatian
Ibu bapa
Mengetahui siapa kawan-kawan anak-anak mereka
Mengikuti perkembangan pelajaran dan aktiviti
kokurikulum di tempat anak belajar
Menjadi kawan, sahabat dan rakan kepada anak
(berbual, mendengar masalah, bercerita, berjalan-
jalan)
Menunjukkan contoh teladan yang baik kepada
anak-anak
Memberi makan kepada anak-anak dari rezeki yang
halal.. Seeloknya makanan yg dimasak dirumah
bukan beli diluar



Diri sendiri
Kesedaran dalam diri individu itu sendiri adalah yg
paling penting dalam membendung masalah ini
Firman Allah yg bermaksud: Allah tidak akan
mengubah keaadaan sesuatu kaum sebelum mereka
mengubah nasib diri mereka sendiri (Ar-Rad:11)
Merasa diri sebagai khalifah yang bertanggungjawab
terhadap amanah yg diberi Allah dalam mentadbir
bumi
Memikirkan ibubapa ketika hendak melakukan
sesuatu
Mengetahui baik buruk/dosa pahala dan untung rugi
dalam melakukan sesuatu perkara
Kawan-kawan
Kawan-kawan mampu memberi pengaruh yang
besar dalam pembentukan fizikal dan rohani
seseorang
Pilih kawan-kawan yang baik dan berakhlak mulia
Saling menasihati antara satu sama lain kerana
kawan yang baik adalah yang selalu mengingatkan
tentang perkara baik dan menegur yg tidak baik
Menemani disaat susah dan senang seorang kawan
Mendengar masalah dan membantu menyelesaikan
dengan cara yang baik
Mengajak mengikuti program2 yang bermanfaat
seperti bersukan, belajar, menghadiri majlis agama,
solat berjemaah di masjid dll
Guru-guru
Selain mengajarkan silibus pelajaran, guru juga perlu
mendidik jiwa2 pelajar dengan ilmu2 islam serta
akhlak mulia, (anggap seperti anak sendiri)
Tidak melepaskan tanggungjawab kerana merasa itu
bukan tugas mereka
Mengikuti aktiviti pelajar ketika disekolah
Menunjukkan contoh teladan yang baik
Menjadi sahabat kepada pelajar supaya pelajar
mudah berkongsi dan bercerita masalah
Melaporkan perkembangan pelajar kepada ibubapa
mereka
Mengadakan aktiviti kokurikulum yang mampu
mendidik dan menggembirakan pelajar


Masyarakat
Berani menegur jika melihat keburukan berlaku di
hadapan mata, atau melapor kepada pihak berkuasa
segera
Perlu mengamalkan kembali sikap menjaga tepi
kain orang (yang sewajarnya)
Mengenali jiran tetangga dan peduli tentang hal
anak-anak mereka
Tidak memandang serong kepada individu
bermasalah tetapi membantu mereka menuju ke
jalan benar (sokongan moral, nasihat, perlindungan
dll)
Mengadakan aktiviti kemasyarakatan yg menarik dan
konsisten
Kerajaan
Memikul tanggungjawab terbesar dalam menangani
masalah ini
Menguatkan sistem perundangan berkenaan dengan
kesalahan jenayah
Mendidik rakyat dengan sistem keimanan dan akhlak
mulia dalam kehidupan
Mendidik masyarakat dengan ilmu pengetahuan
Mengawal sistem media massa
(majalah,tv,radio,filem dll) dan internet hanya kepada
perkara-perkara yang baik dan berfaedah
Mengadakan kempen2 akhlak mulia
Memastikan tahap ekonomi masyarakat seimbang
Kerajaan
Menghadkan pusat-pusat hiburan hanya kepada
bukan Islam
Mengadakan program ilmiah dan program2 menarik
lain yang patuh syariah kepada rakyat
Menjadi contoh teladan kepada masyarakat kerana
masyarakat adalah bayangan daripada kerajaan

Media massa/ media sosial
Mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada
masyarakat kerana pembekal maklumat utama
Hanya menghidangkan perkara-perkara baik dan
bermanfaat kepada masyarakat
Menyekat saluran, rancangan, program, maklumat
yang berunsur negatif seperti seks, keganasan,
fitnah, penipuan, hiburan melampau dan
seumpamanya
Menyediakan
rancangan/iklan/kempen/berita/dokumentari/program
dll yang mampu mendidik masyarakat menjadi
manusia yang berakhlak mulia dan taat dengan Allah
dan Rasul
Sistem pendidikan
Menerapkan sistem tarbiyah dalam pendidikan
akademik (sistem mendidik bukan sekadar
intelektual bahkan rohani pelajar)
Memperbaiki, mempertingkatkan dan
memperluaskan skop silibus subjek Pendidikan Islam
supaya lebih mendalam penghayatan terhadap Islam
Mengadakan subjek khusus tentang akhlak mulia
dalam Islam
Melatih guru-guru berjiwa rabbani supaya apa yang
disampaikan terkesan dihati pelajar dan bukan
sekadar berkerja kerana mendapat gaji

Sistem perundangan
Menjalankan sistem perundangan Islam yang adil
lagi saksama kerana tiada hukuman yang lebih adil
dari hukuman yang dibuat oleh Allah
Memastikan sistem perundangan tidak memihak
mana-mana pihak. Yang salah tetap salah yang tidak
salah tetap tidak salah
Bersih dari najis rasuah
Melatih hakim dan peguam menjadi bijaksana dan
saksama dalam menjatuhkan hukuman serta tidak
terpedaya dengan rasuah
Melatih pihak berkuasa seperti polis lebih bijak,
cekap, pantas dan terlatih dalam menjalankan tugas
menangkap pesalah


Persepsi masyarakat di negara ini terhadap institusi masjid
agak terbatas. Pada mereka fungsi masjid hanyalah sebagai
tempat ibadat semata-mata. Semua urusan ibadat perlu
disempurnakan di masjid sedangkan perancangan dan
kegiatan hidup yang lain difikirkan tidak wajar dibereskan di
tempat itu.
Kecenderungan pemikiran sedemikian mempunyai implikasi
bukan sahaja terhadap masjid sebagai satu institusi unggul
dalam Islam, malah dalam menentukan maju mundur ummah.
Budaya yang menganggap masjid hanya sebagai tempat
menunaikan solat perlu dikikis segera dan masyarakat perlu
ditanam dengan semangat baru bagi mencari erti sebenar
pembinaan sebuah masjid. Usaha-usaha juga perlu dijalankan
bagi menarik masyarakat Islam untuk mengunjungi masjid-
masjid.

Institusi Masjid
Masyarakat perlu memahami bahawa masjid adalah rumah
Allah yang suci, yang mempunyai taraf dan kedudukan paling
istimewa di sisi Allah S.W.T. dan Rasul-Nya. Masjid sebagai
pusat ibadat, pusat pengembangan ilmu dan penyebaran
dakwah Islamiah, di samping menjadi pusat kebajikan dan
perpaduan umat Islam setempat.
Masjid adalah tempat ibadah kaum muslimin yang memiliki
peranan yang sangat strategik untuk kemajuan peradaban
umat Islam. Sejarah telah membuktikan multifungsi peranan
masjid di dalam masyarakat Islam. Masjid bukan saja tempat
solat, tetapi juga sebagai pusat pendidikan, pengajian
keagamaan, pendidikan, ketenteraan dan fungsi-fungsi sosial-
ekonomi lainnya. Rasulullah saw pun telah menunjukkan
contoh yang terbaik di dalam memaksimakan multifungsi
masjid Nabawi dalam membina dan mengurus seluruh
kepentingan umat, baik di dalam bidang ekonomi, politik,
sosial, pendidikan, ketenteraan dan sebagainya.
Kelebihan Masjid
Islam sangat menggalakkan pembinaan masjid dan
mengimarahkannya, Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda :

Sesiapa yang membina sesebuah masjid kerana menuntut


keredhaan Allah S.W.T., Allah akan membina untuknya
sebuah mahligai di dalam syurga. (Riwayat Bukhari)

Allah telah menjadikan masjid tempat yang mulia di sisi-Nya,
ianya juga terkenal dengan nama Baitul Allah.
Dalam hal ini baginda Rasulullah (s.a.w.) bersabda :

Tempat yang paling disukai oleh Allah di sesebuah negeri itu


ialah masjid-masjidnya dan tempat yang paling dibenci oleh
Allah di sesebuah negeri itu ialah pasar-pasarnya. (Riwayat
Muslim)

Di dalam hadith yang lain, dalam memperlihatkan kelebihan
masjid Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda:

Apabila kamu melihat seseorang lelaki yang berulang-alik ke


masjid maka saksikanlah baginya dengan keimanan. (Hadith
riwayat Tirmizi)

Selain daripada itu, Rasulullah saw juga menegaskan tentang
kelebihan masjid kepada umat Islam iaitu antara manusia
yang mendapat perlindungan Allah pada hari Qiamat ialah
individu yang hatinya sentiasa ingat kepada masjid.

Fungsi Masjid Pada Zaman Rasulullah S.A.W.

Islam bermaksud selamat. Masjid sebagai syiar yang penting
di dalam Islam tentunya membawa mesej Islam itu sendiri ke
tengah masyarakat. Masjid bukan sahaja sebagai zon
keselamatan bahkan masyarakat sendiri berada di dalam zon
salamah dengan mendapat keredhaan daripada Allah SWT.
Ia telah dibuktikan pada zaman Rasulullah saw yang telah
memperlihatkan masjid sebagai pusat membawa hidayah
dan salamah kepada manusia.
Setelah Rasulullah saw berhijrah ke Kota Madinah, baginda
telah membina masjid Quba, yang menjadi masjid pertama
pada zaman awal perkembangan agama Islam.
Jika diperhatikan walaupun hanya beberapa hari Rasulullah
saw berada di Quba, dalam perjalanan baginda ke Madinah,
baginda telah berusaha membina masjid.

Sambungan..
Sekiranya masjid itu dibina hanya semata-mata untuk
dijadikan tempat sembahyang maka sudah tentu ia tidak
memerlukan pembinaan yang segera, tetapi oleh kerana
Rasulullah saw melihat masjid memberikan pengertian yang
lebih besar maka Rasulullah saw memberi keutamaan
kepadanya.
Kita lihat setelah baginda Rasulullah saw tiba di Madinah,
baginda telah mengambil beberapa langkah yang berkesan
untuk mewujudkan perpaduan yang kukuh di kalangan
penduduk Islam di Madinah. Antara langkah-langkah segera
yang diambil oleh Rasulullah saw ialah mendirikan masjid
(yang terkenal dengan nama Masjid Nabawi) dan bermula
dari sinilah terpancarnya cahaya Islam, pancaran ilmu,
keharmonian ihsan dan ketinggian akhlak umat Islam di
seluruh pelosok dunia.
Sambungan..
Di samping itu baginda telah menjadikan masjid sebagai
pusat ibadat, pusat pemerintahan dan pentadbiran negara,
nadi gerakan Islam dan penggerak kegiatan masyarakat,
tempat menuntut hak dan keadilan, markas tentera dan
pertahanan, pusat kebajikan, gedung ilmu serta pusat
hubungan dengan Allah dan manusia sesama manusia.
Kita boleh menyatakan bahawa fungsi masjid ketika itu amat
besar dan ketara sekali. Ia melambangkan paduan dalam
urusan dunia dan akhirat. Kesempurnaan Islam sebagai ad-
Din telah berjaya digambarkan oleh Rasulullah saw melalui
peranan dan fungsi masjid ini.
Ringkasnya, pada zaman Rasulullah saw, masjid dijadikan
sebagai pusat peradaban Islam. Manakala individu-individu
yang mengimarahkan masjid dipuji oleh Allah SWT sebagai
golongan yang menyucikan diri mereka dari najis zahir dan
najis batin (dosa)
Keadaan masjid pada hari ini
Secara umum, apabila kita menyebut perkataan masjid,
maka terbayanglah di fikiran kita bahawa ianya adalah
tempat umat Islam bersembahyang berjemaah dan
berjumaat, diadakan kelas-kelas fardhu ain, ceramah dan
syarahan agama terutama ketika sempena perayaan hari-hari
kebesaran Islam seperti Maulidur Rasul, Maal hijrah dan
sebagainya.
Terbayang juga di fikiran kita bahawa kebanyakan masjid
seluruh negara ini merupakan bangunan indah tersergam,
alat-alat dan kelengkapan pada umumnya mencukupi dan
sempurna, ia dihampar permaidani yang indah, dihiasi ukiran
ayat-ayat al-Quran dan hadith Rasulullah saw di dalamnya,
namun bangunan yang tersergam indah ini serta kemudahan
yang wujud itu seolah-olah tidak sempurna, kosong, tidak
bersemangat dan kurang berfungsi. Menjadi hanya sekadar
hiasan dan kebanggaan
Sambungan..
Ternyatalah masjid di negara ini indah tetapi kurang
dimanfaatkan. Ia tidak diimarahkan dengan sewajarnya. Ia
lebih merupakan lambang kemegahan yang membayangkan
status kedudukan agama Islam dari segi tempat, bangunan
dan kelengkapan bukan dari segi pengisian dan penghayatan
sedangkan kedua-dua aspek ini menjadi matlamat utama
pembinaannya. Kejayaan sesebuah masjid bergantung
kepada sejauh mana peranan dan fungsinya dijalankan.
Demikianlah perbandingan fungsi dan peranan masjid yang
wujud pada zaman Rasulullah saw dengan masjid yang
wujud pada masa ini. Perbezaan yang terdapat antara kedua-
duanya memerlukan kita berfikir dan bertindak untuk
mengimarahkan semula masjid-masjid berdasarkan tuntutan
Islam serta bertepatan pula dengan peranan dan fungsi
masjid yang sebenar.
Peranan Semua Pihak Dalam Mengembalikan
Kekuatan Instituti Masjid
Di dalam menyegarkan kembali instituti masjid agar kembali
dapat berfungsi sebagaimana sepatutnya di tengah
masyarakat, semua pihak yang bertanggungjawab samada
secara langsung atau tidak perlu menghulurkan kerjasama.
Bermula dari pihak kerajaan, jabatan agama, para
pendakwah, masyarakat setempat sehinggalah kepada
golongan ibubapa mempunyai peranan dan tugas masing-
masing yang boleh dilaksanakan.

Di dalam usaha untuk mengembalikan fungsi masjid agar
dapat hidup di tengah-tengah masyarakat khususnya umat
Islam, hendaklah mengambil pendekatan-pendekatan berikut
:
Sambungan..
1. Menjadikan masjid tempat yang mesra masyarakat dengan
menjadikan program2 berbentuk kemasyarakatan berpusat
di masjid. Ia meliputi aktiviti2 berbentuk keagamaan seperti
biasanya diamalkan atau berbentuk kebajikan seperti majlis
penyampaian bantuan dan sebagainya.
2. Menghidupkan masjid dengan aktiviti2 ceramah/kuliah
agama yang menarik dengan pelbagai isu supaya
masyarakat tertarik
3. Ziarah ke rumah anggota masyarakat yang agak renggang
dengan masjid juga perlulah dilakukan dari masa ke
semasa dalam usaha mendekatkan mereka dengan masjid.
Cenderamata dan hadiah yang dibawa walaupun tidak
sebesar mana nilainya tetapi mempunyai kesan yang besar
di dalam jiwa jika diberikan dengan niat dan hati
yang ikhlas.
Sambungan..
4. Menjadikan masjid sebagai pusat belajar al-Quran dan
tafsirnya. Kebanyakan masjid telah digunakan sebagai pusat
pembelajaran al-Quran jika ditambah juga penerangan
maknanya atau diberi tafsiran al-Quran kepada mereka
supaya sendiri membaca dan memahami ayat-ayat suci.
5. Berikhtiar untuk menjadikan masjid sebagai nadi ekonomi
dalam masyarakat setempat. Sekiranya masjid terletak di
dalam kawasan yang luas, ia boleh dikelilingi dengan aktiviti
ekonomi dan sosial. Kedai adalah merupakan aktiviti
ekonomi yang digalakkan oleh Islam. Oleh itu, masjid
haruslah mempunyai kedai atau bazar yang menjual
beraneka keperluan masyarakat. Selain dari itu, kedai
cenderamata yang menjual artifak yang ada hubungannya
dengan mukim.

Sambungan..
6. Melengkapkan masjid dengan taman juga merupakan satu
idea yang baik. Ia membolehkan para jemaah mendapat
udara yang bersih sebelum atau selepas sembahyang.
Konsep itu belum nampak dilakukan di negeri ini mungkin
kerana ketiadaan tanah atau kebanyakan masjid terletak di
kawasan sempit.
7. Menjadikan masjid sebagai pusat percambahan ilmu seperti
wujudkan perpustakaan yang lengkap dengan pelbagai
buku2 yang bukan sahaja buku2 agama tetapi juga buku2
lain. Buku-buku ini boleh didapati secara mudah dan murah
sekiranya ahli jawatankuasa masjid itu sanggup meminta
dari badan-badan tertentu seperti Dewan bahasa dan
pustaka, syarikat percetakan dan sebagainya. Selain dari itu,
Jawatankuasa Kariah juga boleh memohon derma dalam
bentuk buku daripada penduduk mukim atau daerah
berkenaan.
Penutup
Dalam usaha membangunkan institusi keluarga dan
masyarakat dan institusi masjid yang dilihat semakin lemah
kini, semua pihak perlu memikul bertanggungjawab bersama
tanpa berkecuali kerana dengan kesatuan kemajuan dari
pelbagai sudut kehidupan duniawi mahupun ukhrawi mampu
dicapai..
Perlu diingat dari sebuah keluarga lahirnya anggota
masyarakat. Anggota masyarakat yg baik ialah yg dekat
hatinya dengan masjid dan dari masyarakat yg baik terus
membawa kepada kepimpinan yg baik dalam negara. Jika
setiap institusi individu ini terbentuk baik, maka baiklah
keseluruhannya..
Bagaimana membentuk individu masyarakat yg baik?
Tentulah dengan keimanan yg tinggi kepada Allah dan
rasulNya..


Rujukan
1. Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (2003), Gejala Sosial Dalam Masyarakat
Islam Punca Dan Penyelesaian. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.
2. Syed Ahmad Semait (terj.) (2005), Abdullah Nasih Ulwan; Pendidikan
Anak-anak Dalam Islam. Singapore: Pustaka Nasional Pte Ltd.


Sekian
Semoga ilmu ini diberkati..

Anda mungkin juga menyukai