Anda di halaman 1dari 46

BAB 2

TEORI ETIKA
Definisi Etika

• Prinsip tingkah laku individu yang diterima dari segi moral.


• Merupakan kepercayaan peribadi seseorang individu tentang kelakuan yang baik
dan buruk.
• Merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah
moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul.

• Namun terdapat tiga implikasi yang perlu diberi pertimbangan lanjut iaitu:
(a) Etika didefinisikan oleh individu. Hanya orang sahaja mempunyai etika.

(b) Apa yang membentuk kelakuan yang beretika boleh berbeza antara seorang
dengan seorang yang lain.

(c) Etika bersifat relatif; ia bukan mutlak.


Faktor Yang Membentuk Etika
Peribadi
• Tahukah anda bahawa ahli-ahli falsafah telah mula melihat bidang
falsafah normatif sejak lebih 2,400 tahun yang lalu? Ahli-ahli falsafah
telah mula melihat bidang falsafah normatif sejak zaman Plato lagi.
Mereka cuba mewujudkan suatu proses pemikiran logik berdasarkan
kepada prinsip yang tiada pertikaian untuk menentukan sama ada sesuatu
tindakan boleh dianggap seperti berikut:

✔ (a) Betul atau salah


✔ (b) Baik atau buruk dan
✔ (c) Adil atau tidak adil
• Persoalan dasar relativisme etika adalah sama ada terdapat prinsip-prinsip
universal yang objektif di mana seseorang boleh mendirikan suatu sistem
kepercayaan etika untuk diaplikasi ke atas mana-mana kumpulan, dalam
semua budaya dan pada bila-bila masa.
• Dalam erti kata lain, menurut pandangan ini maksud yang diberikan
terhadap etika adalah relatif kepada masa, tempat, keadaan dan orang
yang terlibat. Ini adalah kerana piawaian kelakuan moral adalah berbeza
antara kumpulan berlainan dalam satu budaya, antara budaya yang
berlainan dan juga antara waktu yang berlainan.
KONSEP ETIKA MENURUT
PERSPEKTIF BARAT
• Para sarjana Barat • Menurut Patterson dan Wilkins
(1997); dan Thiroux (2001), konsep
seperti Barnes, Ewing, etika berasal daripada Greek, yang
membahagikan dunia falsafah kepada
Fletcher dan Mabbot tiga bahagian.
memberikan definisi • Estatik merupakan kajian mengenai
yang hampir sama di kecantikan dan bagaimana seseorang
boleh menganalisa kecantikan tanpa
mana mereka melihat bersandarkan kepada penilaian
subjektif semata-mata.
etika sebagai satu • Epistemologi merupakan kajian
cabang ilmu falsafah mengenai apa yang diketahui,
yang membantu melibatkan debat-debat mengenai
apa yang membentuk pembelajaran
menentukan pemilihan dan apa yang diketahui oleh minda
manusia.
tingkahlaku yang betul
• Etika merupakan kajian mengenai apa
(Saodah Wok et. al., yang baik kepada individu dan juga
2004). kepada masyarakat.
KONSEP ETIKA MENURUT
PERSPEKTIF BARAT
• Selaras dengan pandangan para • Di sini, rasional merupakan
sarjana terdahulu, Patterson dan
Wilkins (1997)menjelaskan satu kata kunci yang utama
bahawa dua ratus tahun sepertimana kepercayaan
kemudian, etika telah muncul
dengan memberi makna orang-orang Greek dan
pembelajaran untuk membuat dakwaan ahli-ahli falsafah
pemilihan rasional di antara apa
yang baik dan buruk, di antara moden di mana mereka
apa yang dianggap tindakan baik beranggapan bahawa semua
yang diterima secara moral dan
apa yang tidak. orang hendaklah berupaya
menerangkan keputusan
• Etika juga bermaksud beretikanya kepada orang lain.
membezakan antara pilihan yang
ada, yang mungkin semuanya
merupakan pilihan yang baik
secara moralnya tetapi mungkin
ada di antaranya yang lebih baik
daripada yang lain.
KONSEP ETIKA MENURUT
PERSPEKTIF ISLAM • Terdapat persamaan yang ketara di antara kedua-dua pandangan
daripada para sarjana Barat dan Islam mengenai etika di mana
•Istilah etika menurut Islam adalah “akhlak”. Berasal mereka melihat etika sebagai pilihan dan batasan antara yang betul
daripada perkataan Arab iaitu ‘khuluq’ sepertimana dan salah, dan yang baik dan buruk.
dinyatakan di dalam al-Quran yang merupakan
panduan hidup Muslim: • Namun jika ianya diteliti secara mendalam, kita akan dapat
• Dan engkau (Muhammad) sesungguhnya mengesan perbezaannya di mana etika menurut perspektif Barat
mempunyai budi pekerti yang tinggi (68:4). berasaskan kepada akal fikiran manusia yang terdiri daripada
ahli-ahli falsafah mereka.

• Manakala etika menurut Islam adalah berasaskan kepada al-Quran


•Ayat ini diturunkan Allah bagi menyangkal dakwaan dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang merupakan panduan hidup
orang yang menuduh Nabi (Muhammad) sebagai gila manusia.
kerana pelajaran yang dibawanya tidak bersesuaian
dengan kehendak dan kebiasaan hidup masyarakat • Ia menjelaskan kepada kita bahawa seorang individu atau pemimpin
pada waktu itu. Malah ia juga menjelaskan bahawa itu bukan sahaja perlu membuat keputusan beretika dan berupaya
Rasulullah s.a.w. merupakan seorang insan yang
mempunyai akhlaq yang amat mulia dan merupakan menjelaskan pembuatan keputusan tersebut secara rasional tetapi
contoh terbaik kepada umat manusia. lebih daripada itu seorang pemimpin hendaklah memastikan
tindakannya adalah sejajar dengan apa yang telah digariskan di
dalam al-Quran dan Hadis.

•Menurut Saodah Wok et. al. (2004) lagi, ulama • Seorang individu atau pemimpin hendaklah membina sifat-sifat
akhlak Islam, Ibn Sadr al-Din al-Shirwani dan Imam akhlaq Islam yang kukuh yang ditunjukkan melalui
al-Ghazali turut mendefinisikan ilmu akhlaq sebagai
ilmu yang menerangkan sifat-sifat kebaikan dan • peningkatan kepercayaan yang teguh kepada Allah melalui empat
cara-cara mencapainya, dan sifat-sifat keburukan dan peringkat perkembangan spiritual iaitu Islam, Iman, Taqwa, dan
cara-cara mengawal diri daripada melakukannya. Ihsan.
KONSEP ETIKA MENURUT
PERSPEKTIF ISLAM
Teori Etika
• Etika adalah satu bidang mengenai melakukan perkara yang betul.
• Teori-teorinya di bina atas niat dan andaian bahawa manusia adalah rasional dan
bebas membuat pilihan.
• Ia cuba meningkatkan maruah, keamanan, kegembiraan dan kesejahteraan
manusia.
• Peraturannya melibatkan semua orang dan bertujuan untuk mencapai keputusan
yang baik untuk manusia sejagat.
• MacKinnon (1995) mendefinasikan teori etika sebagai

• a systematic exposition of a particular view about what is the nature


and basis of good or right"

• Teori etika memberikan sebab-sebab atau norma untuk menimbangkan sama ada
satu tindakan betul atau salah dan cuba memberi justifikasi atas norma itu. la
memberikan asas kepada prinsip moral atau garis panduan yang meliputi beberapa
nilai yang tertentu.
• Prinsip-prinsip ini pula nanti boleh digunakan untuk menentukan apakah tindakan
harus dipilih dan lakukan dalam sesuatu situasi yang tertentu.
• Oleh itu, tugas etika adalah menyediakan garis panduan kepada tindakan yang
tekal dengan anggapan umum tentang maksud etika atau moral.
Teori Etika Klasik
(Aristotle’s Golden Mean)
• Aristotle percaya bahawa kebahagiaan atau perkembangan adalah merupakan
kebaikan manusia yang tertinggi yang ingin dicapai.
• Kebahagiaan di perolehi dengan mengamalkan keupayaan berfikir secara
praktikal dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti tertentu melalui ketetapan standard
yang tinggi.
• Perkembangan pula mendorong Aristotle untuk menyatakan bahawa manusia
dan perbuatan mereka. Bukannya set peraturan tertentu, yang merupakan asas
moral sesuatu aktiviti.
• Di sini Patterson dan Wilkins (1997) menjelaskan mengenai Phrenemos, atau orang
yang mempunyai kebijaksanaan praktikal, di mana orang sebegini merupakan
seorang yang menunjukkan kecemerlangan etika menerusi aktiviti harian.
• Bagi Aristotle, nilai yang tertinggi adalah kewarganegaraan dan bentuk
kewarganegaraan tertinggi pula ditunjukkan oleh wakil rakyat, ahli politik yang
banyak mengamalkan kebijaksanaan praktikal dalam aktiviti hariannya.
• Menurut istilah kontemporari, phrenemos boleh dirujuk kepada seorang yang
cemerlang dalam salah satu aktiviti-aktiviti yang pelbagai seperti Khalifah Abu
Bakar sebagai pemerintah empayar Islam, Tun Ahmad Ibrahim sebagai pengamal
undang-undang, Tun Mahathir Mohammad sebagai pemimpin negara, Bill Gates
sebagai CEO (Chief Executive Officer) Microsoft, dan Nicol David sebagai atlet
sukan squash.
Teori Etika Klasik
(Aristotle’s Golden Mean)
• Patterson dan Wilkins (1997) seterusnya menjelaskan bahawa dalam
konteks teori Aristotle ini, ia bukanlah satu kesalahan untuk mengatakan
bahawa salah satu cara untuk mempelajari etika ialah dengan memilih
hero-hero tertentu dan menjadikan mereka sebagai model ikutan bagi
membentuk tindakan kita secara individu dan sifat profesional kita
berdasarkan apa yang kita percaya akan dilakukan oleh mereka.

• Pengikut Aristotle mungkin merujuk kepada hero ini sebagai pakar


apabila membuat pilihan beretika. Bertanyakan apa yang hero anda akan
lakukan dalam situasi-situasi tertentu bukanlah satu bentuk analisis etika
yang lemah. Contohnya, sekiranya anda meminati sukan squash, anda
boleh mengambil Nicol David sebagai model anda dan mengikuti
perkembangan permainan dan kejayaannya.

• Ini akan mendorong anda untuk turut menempa kejayaan seperti beliau
satu hari nanti. Namun begitu, anda hendaklah berhati-hati memilih hero
anda dan fikirkan untuk diri anda. Ini adalah lebih baik daripada mengikut
perbuatan hero yang anda lihat bulat-bulat.
Teori Etika Klasik
(Aristotle’s Golden Mean)
• Falsafah Aristotle sering dipermudahkan kepada sesuatu yang lebih
ringkas iaitu “golden mean: virtue lies at the mean between two
extremes”.
• Semangat keberanian sebagai contohnya, adalah terbahagi kepada
terlampau berani sehingga boleh mengundang kecuaian dan
terlampau tidak berani atau penakut sehingga menjadi pengecut.
• Namun untuk menentukan keseimbangan untuk diri anda, anda
hendaklah mengamalkan kebijaksanaan praktikal, bertindak
berdasarkan kepada standard yang tinggi, bertindak selaras dengan
tret sifat yang berterusan dan keyakinan.
• Namun realitinya, pertengahan nilai seseorang bukanlah satu titik
di atas satu garisan yang sama untuk setiap individu. Malah ia
merupakan sikap yang pelbagai yang berbeza antara satu individu
dengan individu lain sepertimana ditujukkan di bawah ini
(Patterson dan Wilkins, 1997):
Teori Etika Klasik
(Aristotle’s Golden Mean)
Tingkah Laku Yang Tidak Tingkah Laku Yang Diterima Tingkah Laku Tidak Diterima
Diterima
Pengecut Berani Berani Membuta Tuli

Pencarian golden mean menunjukkan bahawa tindakan-tindakan individu tidak terasing daripada satu sama
lain tetapi tindakan-tindakan tersebut membentuk keseluruhan sifat diri seseorang.

Dalam mengaplikasikan teori Aristotle ini, terdapat permasalahan yang timbul. Antaranya adalah berkaitan dengan matlamat
akhir manusia. Salah satu andaian Aristotle ialah semua benda mempunyai tujuan atau matlamat akhir yang mereka tuju.
Seterusnya Aristotle menjelaskan bahawa matlamat akhir kehidupan manusia ialah kebahagiaan, dan semua manusia
mengarah ke situ. Persoalannya di sini ialah, adakah ia terbukti benar bahawa semua benda mempunyai tujuan
atau matlamat akhir?

Andaian Aristotle ini menjadi berbeza daripada ahli-ahli agama yang mungkin berpendapat bahawa spiritualiti
merupakan matlamat manusia, dan ahli-ahli falsafah lain mungkin berpendapat perasaan atau emosi merupakan
matlamatnya.
Teori Etika Klasik
(Kant’s Categorical Imperative)
• Immanuel Kant’s categorical imperative menyatakan
bahawa seorang individu hendaklah bertindak di atas
premis bahawa pilihan-pilihan yang dibuat seseorang
untuk dirinya adalah merupakan undang-undang sejagat
(Patterson dan Wilkins, 1997).
• Sesuatu tindakan itu adalah tidak bermoral sekiranya
peraturan yang membenarkannya tidak boleh menjadi
peraturan untuk diikuti oleh semua manusia (Thiroux,
2001).
• Kant menyatakan bahawa anda haruslah bertindak
supaya anda sentiasa menganggap kemanusiaan sebagai
matlamat akhir dan bukannya sebagai cara semata-mata.
Teori Etika Klasik
(Kant’s Categorical Imperative)
• Patterson dan Wilkins (1997) seterusnya menjelaskan
bahawa, teori etika Kant berasaskan kepada pandangan
bahawa kekuatan moral itu terletak pada perbuatan itu sendiri
bukannya orang yang melakukannya.
• Ini adalah berbeza daripada pendapat Aristotle yang melihat
etika itu bergerak daripada seorang yang beretika kepada
perbuatan yang beretika.
• Aristotle melihat perbuatan yang beretika itu lahir daripada
individu yang beretika. Manakala Kant tidak memestikan
seorang individu itu seoarang yang beretika bagi melahirkan
tindakan yang beretika.
• Bagi beliau seorang individu boleh melahirkan tindakan yang
beretika seperti yang diperlukan dalam melakukan
kewajipannya walaupun individu itu sendiri sebenarnya
bukanlah seorang yang beretika pada asasnya.
Teori Etika Klasik
(Kant’s Categorical Imperative)
• Kant menyatakan bahawa satu tindakan itu
dijustifikasikan secara moral sekiranya ia disebabkan
oleh kewajipan.
• Kewajipan dibahagikan kepada dua jenis. Pertama
dipanggil kewajipan tegas (strict duties) yang lebih
bersifat negatif dan merupakan tegahan seperti
jangan membunuh, jangan mungkir janji dan jangan
berbohong.
• Manakala kewajipan yang kedua pula adalah yang
bermerit (meritorious duties) yang lebih positif seperti
untuk menolong orang lain, untuk mengembangkan
bakat dan untuk menunjukkan penghargaan.
Teori Etika Klasik
(Kant’s Categorical Imperative)
• Ahli-ahli falsafah juga turut mengupas bahawa pemikiran etika Kant ini melihat
bahawa selagi anda melakukan tindakan yang betul berdasarkan categorical
imperative dan kehendak tugasan, kesan perbuatan tersebut adalah tidak penting.
• Ini kerana Kant berpendapat bahawa nilai moral satu tindakan atau perbuatan itu
tidak bergantung kepada kesan-kesannya, dan kesan-kesan itu adalah tidak
relevan.
• Sebagai contoh dalam bidang perubatan, seorang pakar bedah mungkin
menunjukkan nilai moral apabila cuba menyelamatkan seorang pesakit melalui
prosedur ujikaji, tetapi keputusan untuk melaksanakan prosedur tersebut
memerlukan diambilkira kebarangkalian untuk sembuh.
• Kerangka prinsip Kant ini membolehkan kita belajar daripada kesilapan kita.
• Beliau menunjukkan bahawa beberapa peraturan apabila diaplikasikan kepada
sejagat akan menjadi tidak konsisten, dan ini boleh dikatakan sebagai tidak
bermoral kerana tidak konsisten. Namun begitu, beliau tidak menyatakan
peraturan-peraturan manakah yang tidak sah secara moralnya.
• Beliau hanya menyenaraikan beberapa larangan moral seperti jangan membunuh,
jangan mencuri dan jangan memungkiri janji. Bagaimanakah sekiranya dengan
“tidak memungkiri janji ini’ akan menyebabkan seseorang dibunuh?
• Kant tidak memberikan satu panduan untuk kita memilih kewajipan yang lebih
utama daripada yang lain apabila berlaku kewajipan-kewajipan yang berkonflik.
Teori Etika Klasik
(Undang-Undang Abadi)

• Ramai pemimpin agama serta sesetengah ahli falsafah


seperti Thomas Aquinas dan Thomas Jefferson percaya
bahawa terdapat suatu undang-undang yang dipanggil
“Undang-undang Abadi” (juga dikenali sebagai
Undang-undang Semula Jadi) yang terbentuk dari
kehendak Tuhan.

• Undang-undang tersebut jelas terdapat dalam keadaan


semula jadi dan termaktub dalam kitab-kitab suci. Ia
boleh dikenal pasti dan diterokai oleh sesiapa yang
sanggup meluangkan masa mengkaji salah satu di antara
alam semula jadi atau kitab suci.
Teori Etika Klasik
(Undang-Undang Abadi)
• Jika orang mempunyai hak untuk hidup, bebas dan
mencari kebahagiaan maka mereka juga mempunyai
kewajipan bagi memastikan hak yang sama kepada orang
lain. Pemimpin agama lebih cenderung menekankan
sumber kebenaran berdasarkan kitab suci berbanding
pertimbangan logik.
• Walau bagaimanapun, mereka juga percaya bahawa
kedudukan undang-undang tersebut tidak berubah-ubah,
dan bahawa hak dan kewajipan itu jelas; jika kita
disayangi, maka kita mesti menyayangi orang lain.
• Pertukaran yang saling bersilang ini diringkaskan dalam
teologi Kristian melalui Peraturan Keemasan
Lakukan kepada orang lain seperti mana anda ingin orang lain
lakukan terhadap anda.
Teori Etika Klasik
(Undang-Undang Abadi)
• Namun, adakah wujud kesilapan dalam Undang-Undang Abadi atau
Semula Jadi (yang ditafsirkan sama ada oleh pemimpin agama atau
ahli-ahli falsafah normatif) sebagai asas sistem etika dalam pengurusan?
Jawapannya tiada. Walau bagaimanapun terdapat pelbagai tafsiran yang
boleh ditimbulkan melalui undang-undang ini.

• Tiada seorang pun ahli teori Undang-Undang Abadi dan hanya segelintir
penulis-penulis agama yang bersetuju dengan peruntukan kebenaran
mengikut kitab suci atau pertimbangan logik secara tepat. Setiap agama
menyediakan piawaian moral untuk pengikut-pengikutnya dan ramai
antara mereka mematuhi piawaian tersebut dalam kehidupan seharian.

• Walau bagaimanapun, piawaian adalah berbeza-beza mengikut kumpulan


berlainan dan tiada suatu cara yang berupaya menentukan piawaian mana
yang “betul” atau “terbaik” atau “sesuai” bagi sesuatu masyarakat tanpa
disangkal.
Teori Etika Klasik Teleologi
(Utilitarianisme)
• Teleologi merupakan perkataan terbitan istilah Greek
yang bermaksud hasil atau keputusan. Pendekatan
teleologi menekankan kebergantungan penuh kepada
hasil dan bukannya kepada niat tindakan seseorang.
• Dalam Teori Utilitarianisme, istilah utiliti ini merujuk
kepada persepsi kita terhadap faedah dan kos bersih
berkaitan sesuatu tindakan.

• “Kebaikan terbanyak untuk golongan terbanyak” lebih


diutamakan dalam Teori Utilitarianisme berbanding
dengan “kebaikan terbanyak untuk golongan yang lebih
kecil dan elit.
Teori Etika Klasik Teleologi
(Utilitarianisme)
• Idea asal mengenai utilitarianisme oleh Jeremy Bentham
(1748-1832) ini dikembangkan oleh John Stuart Mill (1806-1873)
yang seterusnya menjadi perbincangan etika (Patterson dan
Wilkins, 1997; Thiroux, 2001).
• Utilitarianisme ini berasal daripada utility yang bermaksud
kebergunaan (usefulness). Thiroux (2001) menjelaskan, utilitarian
berpendapat bahawa satu tindakan itu adalah betul secara moral
sekiranya ia berguna untuk membawa matlamat akhir yang baik
atau dikehendaki.
• Oleh itu, Patterson dan Wilkins (1997) menyatakan, pendekatan
utilitarianisme melihat bahawa kesan sesuatu tindakan adalah
penting dalam memutuskan mengenai etika.
• Menurut pandangan ahli-ahli falsafah utilitarian, ia boleh dianggap
tidak beretika untuk membahayakan seorang individu untuk
faedah kumpulan manusia lain yang lebih ramai.
Teori Etika Klasik
(Utilitarianisme)
• Berfokuskan kepada kesan sesuatu tindakan,
utilitarianisme melengkapkan satu pusingan yang
bermula dengan Aristotle. Dalam mengembangkan teori
golden mean, Aristotle menekankan kepada pelaku.
Manakala Kant dalam categorical imperative
memfokuskan kepada perbuatan. Seterusnya Mill dalam
utilitarianisme menekankan kepada kesan.

• Secara ringkasnya, utilitarianisme merupakan falsafah


etika yang mementingkan kebaikan yang besar untuk
jumlah yang besar. Oleh itu dalam memutuskan sesuatu
tindakan, kesemua kesan baik dan buruk tindakan
tersebut hendaklah diambilkira. Hanya sekiranya
tindakan itu dilihat memberi kesan positif, barulah
tindakan itu dikatakan sebagai beretika.
Teori Etika Klasik
(Utilitarianisme)
• Utilitarianisme berdasarkan kepada Mill merupakan etika sosial.
Beliau merupakan antara orang pertama yang menganggap bahawa
kebaikan satu masyarakat seluruhnya mempunyai tempat dalam
pemikiran etika.
• Ahli-ahli falsafah memanggil Mill sebagai valuational hedonist. Ini
kerana beliau berpendapat bahawa kegembiraan dan ketiadaan
kesakitan merupakan satu-satunya matlamat moral yang intrinsik.
• Beliau juga menyatakan bahawa satu perbuatan itu adalah betul
sekiranya ia berhubung dengan sumbangan kepada kebahagiaan
secara umum dan salah sekiranya ia berhubung dengan sumbangan
kepada ketidakbahagiaan atau kesengsaraan.
• Utilitarianisme boleh jadi sukar untuk dilihat dan kompleks. Ini
kerana satu tindakan itu boleh membuat beberapa orang gembira
dan tindakan yang sama juga boleh membuat beberapa orang yang
lain menderita. Oleh itu, kedua-dua set kesan-kesan ini hendaklah
sama-sama dinilai pada waktu yang sama.
Teori Etika Klasik
(Utilitarianisme)
‘act utilitarianism’ vs ‘rule utilitarianism’

•Contoh act utilitarianism - pembangunan hutan sebagai kawasan penempatan. Dalam


konteks ini, seorang menteri besar di sesebuah negeri akan melihat tindakan tersebut
sebagai memberi kebaikan dan manfaat yang lebih banyak kepada banyak pihak
berbanding kerugian yang mungkin dirasai oleh setengah pihak yang lain. Apabila
pembangunan ini dijalankan dengan kaedah yang betul, ia boleh dijustifikasikan
kerana ia menyumbang lebih banyak kebahagiaan banyak pihak berbanding
penderitaan oleh sesetengah individu sahaja.

•Contoh rule utilitarianism - pengiklanan yang didakwa tidak beretika. Saban hari kita
melihat pelbagai bentuk iklan dipaparkan oleh media massa. Ada yang
menghiburkan, membosankan, menyedarkan dan ada yang mungkin memberi
maklumat palsu. Dalam konteks rule utilitarianism, apabila ditimbang antara
kebaikan sosial dan kebahayaan sosial maka (mungkin) boleh dirumuskan bahawa
walaupun amalan periklanan adalah beretika, beberapa bentuk aktivitinya perlu
dikenakan kawalan-kawalan tertentu seperti iklan produk kesihatan dan iklan
makanan ringan.
Teori Etika Klasik
(Utilitarianisme)
• Berdasarkan teori utilitarian, kebahagiaan seorang itu tidaklah lebih
bernilai daripada seorang yang lain (Patterson dan Wilkins, 1997). Ini
menunjukkan ia menekankan persamaan dari segi kuantiti dan kualiti.
Dalam sebuah negara demokrasi, konsep ini dilihat amat penting kerana ia
berkait rapat dengan matlamat-matlamat sosial dan politik yang tertentu.
• Dalam aplikasi yang sebenar, pengaplikasian utilitarianisme secara
menyeluruh mempunyai satu cara menghapuskan kepentingan diri.
Namun terdapat kritik mengatakan bahawa sekiranya ia tidak
diaplikasikan dengan baik, ia akan mendorong kepada mementingkan diri.
• Teori utilitarianisme juga melihat persoalan-persoalan moral sebagai
objektif, empiri dan juga saintifik (Patterson dan Wilkins, 1997). Ia
mengembangkan standard etika sejagat yang boleh ditentukan oleh setiap
individu yang rasional.
• Utilitarianisme merupakan antara prinsip falsafah yang paling banyak
dikritik kerana ia adalah amat sukar untuk menjangka semua implikasi
perbuatan tertentu secara tepat.
Teori Etika Klasik Denteologi
(Universalisme)

Teori Deontologi menyatakan bahawa nilai moral sesuatu


tindakan tidak boleh bergantung kepada akibat kerana
akibat tidak jelas dan tidak menentu semasa keputusan
untuk bertindak diambil. Sebaliknya, nilai moral sesuatu
tindakan haruslah bergantung kepada niat orang yang
membuat keputusan atau mengambil tindakan itu sendiri.

Ia merujuk kepada tugas atau kewajipan seorang individu.


Pendekatan Deontology pada dasarnya adalah berlawanan
dengan Teori Teleologi.
Teori Etika Klasik Denteologi
(Universalisme)
• Sebagai contoh, jika anda inginkan yang terbaik untuk orang lain, maka tindakan
moral anda perlulah yang terpuji walaupun anda seorang individu yang kurang
menarik dan kurang cekap serta dianggap sering melakukan perkara yang salah.

• Biasanya niat yang baik ini akan menghasilkan akibat yang berguna. Niat peribadi
boleh diterjemahkan menjadi tugas atau kewajipan kerana jika kita benar-benar
inginkan kebaikan untuk orang lain, maka kita akan sentiasa bertindak dengan
cara yang memastikan hasil yang berfaedah. Cara-cara tersebut dilihat sebagai
tugas wajib ke atas diri kita dan bukan suatu pilihan.

• Tugas peribadi kita adalah bersifat universal, dan boleh diaplikasi ke atas semua
orang. Oleh kerana itu, sebahagian besar Teori Deontologi juga diistilahkan
sebagai universalisme.
• Tugas pertama universalisme adalah melayani orang lain sebagai matlamat akhir
dan bukan sebagai alat atau cara. Orang lain harus dilihat sebagai matlamat
tersendiri yang berharga, bermaruah dan harus dihormati, dan bukannya sebagai
alat yang bersifat insani untuk mencapai matlamat sendiri. Selaras dengan
kewajipan peribadi, tiada tindakan boleh dikira “betul”; sekiranya ia tidak
mempedulikan nilai moral manusia lain yang begitu besar.
Teori Etika Klasik Denteologi
(Universalisme)
• Apakah kekurangan teori ini?

(a) Ia adalah satu kaedah pertimbangkan moral yang berguna


tetapi ia tidak mempunyai sebarang keutamaan dan darjah

(b) Adalah sukar melayani orang lain sebagai matlamat dan


bukan sebagai alat untuk sepanjang masa, terutamanya
apabila ramai yang ”bekerja” sebagai alat atau cara ke arah
pencapaian matlamat peribadi kita.

Sebagai contoh: peniaga runcit adalah cara untuk kita mendapatkan


barangan runcit; pelanggan adalah kaedah mata pencarian untuk hidup;
dan kakitangan adalah sumber untuk mengendalikan kilang-kilang.
Teori Etika Moden
2.2.1 Pluralistic Theory of Value

Di bawah aliran pemikiran deontology (prinsip asas


kewajipan manusia). Dikenali juga sebagai Theory of
Prima facie duties

Terdapat lebih daripada satu nilai etika yang menjadi


pilihan untuk menjadi pilihan akhir dalam membuat
keputusan yang beretika (Patterson dan Wilkins, 1997;
Thiroux, 2001).

Moraliti tidak memfokus kepada kesan/akibat sesuatu itu


betul atau salah tetapi perlu pertimbangkan
Ross Ethical Theory kesan-kesan tersebut dalam membuat pilihan moral.
William David Ross (1930)
Menekankan konsep kepelbagaian kewajipan dalam
. membuat keputusan - pertimbangan aspek-aspek
penting sesuatu situasi tanpa mengabaikan nilai
peraturan tertentu. Wujud elemen pilihan terhadap nilai
dan kesan dalam membuat keputusan terhadap nilai.
• Konsep kepelbagaian kewajipan Ross terbahagi kepada dua (2) iaitu prima facie dan
proper duty.

• Prima facie - Bermaksud sepintas lalu” atau “atas permukaan sesuatu” (Thiroux, 2001).
Merujuk kepada kewajipan yang dilihat betul yang disebabkan oleh kebiasaan tindakan itu
sendiri (Patterson dan Wilkins, 1997).

• Proper duty - kewajipan yang amat penting dalam keadaan spesifik. Perlu ambil kira
konsep perbezaan relevan secara moral (Patterson dan Wilkins, 1997).
Prima facie duties
(Patterson and Wilkins, 1997; Pojman, 1998; Thiroux, 2001)

Fidelity Kewajipan yang bersandarkan kepada perbuatan-perbuatan kita yang


(Faithfulness) terdahulu. Contohnya kewajipan untuk setia berasaskan kepada janji
kita yang jelas atau tidak jelas, kewajipan untuk bercakap benar, dan
kewajipan menepati persetujuan dalam kontrak.
Reparation: Kewajipan untuk membayar atau menebus kembali disebabkan oleh
kesalahan yang lalu.
Gratitude: Kewajipan untuk berterima kasih di atas perbuatan yang telah
dilakukan oleh orang lain
Justice Kewajipan untuk berlaku adil yang diperlukan untuk memastikan
pembahagian kesenangan atau kebahagiaan yang sama rata dan
bermerit
Beneficence Kewajipan untuk berbuat baik berdasarkan fakta bahawa ramai
manusia di dunia yang boleh kita bantu menjadi lebih baik.
Self-improvement Kewajipan memajukan diri sendiri berasaskan kenyataan bahawa kita
boleh meningkatkan keadaan diri kita sendiri.
Nonmaleficence Satu kewajipan negatif, iaitu kewajipan untuk tidak mencederakan
(noninjury): orang lain.
Nurture Kewajipan untuk mengambil berat atau membimbing bagi membantu
orang lain mencapai satu tahap nilai diri dan pencapaian.
2.2.2 Teori Kemoralan Sosial

• Berasaskan tiga konsep utama iaitu etika (Yunani - ethos), moral (Latin - mores) dan
sosial.
• Ethos – hukum, adat resam, kebiasaan, norma dan budi pekerti
• Moral – kesusilaan, adab, sopan santun dan tradisi yang menenukan peraturan &
piawaian sesebuah komuniti
• Sosial – bergaul dan bercampur dengan masyarakat. Fokus kepada hubungan
sesama manusia.
• Akhirnya – peraturan yang ditentukan oleh masyarakat dan dijadikan sebagai
undang-undang, diberikan auroriti dalam masyarakat.
• Berkait rapat dengan peraturan masyarakat (tatatertib, norma, tradisi, kebiasaan).
Mementingkan nilai masyarakat (matlamat bersama) bukan kepada individu.
• Dikenali sebagai kemoralan konvensional dan tradisionalisme atau konservative dalam
kemoralan.
• Teori perkembangan moral kognitif Kohlberg dan
Piaget (theory of morale development) turut
mengambil kira peraturan masyarakat sebagai
salah satu kriteria penentuan insan bermoral
(Gibbs, Basinger, Grime & Snary,2007).

https://www.simplypsychology.org/kohlberg.html
• Peraturan sosial setiap kelompok masyarakat
adalah berbeza kerana ia berasaskan agama,
kepercayaan dan budaya masing-masing
(Schwartz, 2007). Oleh itu, teori ini tidak
membenarkan seseorang menilai atau mengkritik
peraturan moral yang telah ditetapkan oleh
sesebuah masyarakat. Ini kerana peraturan moral
dalam sesebuah masyarakat dapat menjamin
kerukunan sosial. Sebagai contoh ; jangan bersiul
pada waktu malam dan menghormati orang yang
lebih tua

• Perbezaan ini menggambarkan pembentukan


https://www.simplypsychology.org/piaget.html
insan bermoral perlu mengambil kira kepelbagaian
pegangan nilai setiap kelompok masyarakat.
Kritikan terhadap teori kemoralan sosial

• Menyekat kebebasan individu kerana terpaksa tunduk kepada peraturan


masyarakat.
• Cenderung untuk berlaku salah faham, konflik dan ketegangan kerana fahaman,
ideologi, kepercayaan dan adat yang berbeza.
• Masyarakat sukar menyesuaikan diri dengan sistem moral sedia ada.
• Mementingkan kepatuhan kepada autoriti walau pun bertentangan dengan
kehendak hati.
Misalnya; tidak boleh ‘langkah bendul’.

• Terdapat peraturan yang dibuat oleh masyarakat itu tidak baik / memudaratkan /
membawa kepada keburukan.
Misalnya; Kenduri arwah diadakan selama 7 hari, 40 hari dan 100
hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal ketika di dalam
kubur. Sedangkan menurut Islam, tiada kenduri akan dibuat untuk jenazah, malah
hanya mendoakan jenazah tidak kira di mana sahaja berada.
2.2.3 Teori Keperibadian Mulia (virture ethnic)
• Berasaskan konsep yang dibawa oleh Aristotle - keperibadian yang mulia boleh
dimiliki melalui latihan dan mengamalkannya sehingga menjadi satu tabiat atau
kebiasaan yang menyeronokkan dan menyenangkan (excellent trait of
character).

• Keperibadian mulia – merupakan ‘jalan tengah’ / bersederhana – satu nilai yang


diamalkan tidak berlebihan atau tidak berkurangan. Misalnya ;

Perlakuan/ Berlebihan Jalan tengah Terlalu kurang


Perasaan
Takut Gopoh Berani penakut
Malu Terlalu malu Sopan Tebal muka
Baran Sabar Kurang
Marah
semangat
Pendapatan & boros Murah hari Kedekut
perbelanjaan
Ciri-ciri Keperibadian Mulia

Sedar moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoal

Ikhlas dan jujur terhadap sesuatu nilai

Bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan mengelakkan


keburukan

Berpegang kepada prinsip

Tidak mengharapkan balasan terhadap apa yang telah


dilakukan

Menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan


Kritikan terhadap teori keperibadian mulia

• Konsep ‘jalan tengah’ sukar ditentukan secara khusus kerana tahap ‘sederhana’
itu berbeza antara satu sama lain.
• Emosi manusia bersifat subjektif dan tidak boleh diukur secara berterusan.
- Misalnya; individu tidak akan merasa sedih/marah/gembira secara
berterusan.

• Terdapat beberapa nilai tidak boleh diambil secara jalan tengah seperti keadilan,
mengumpat dan bercakap benar.
- Misalnya; seorang pelajar meniru dalam peperiksaan akhir. Pelajar
tersebut dapat ditangkap dan tindakan tatatertib telah dikenakan kepada pelajar.
Tindakan harus diambil kerana perlakuan pelajar tersebut adalah salah dan tidak
ada jalan tengah.
Etika warganegara digital

▪ Teknologi maklumat telah berkembang pesat bermula dari era industry


ke era maklumat (digital age). Menyebabkan konsep digital citizenship
berkembang seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.
▪ Aplikasi multimedia, aplikasi elektronik mudah alih tanpa wayar, aplikasi
media sosial, web 2.0 dan lain-lain menjadi merupakan antara sumber
maklumat dalam talian.
▪ Penggunaan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram
mencatatkan perkembangan yang ketara bagi setiap lapisan masyarakat
sama ada pelajar, ahli politik, golongan akademik, masyarakat awam
mahupun kanak-kanak.
Digital citizenship
▪ Merujuk kepada peraturan-peraturan yang sesuai dan sikap
kebertanggungjawaban ke arah menggunakan teknologi dengan
betul. Satu konsep yang menjelaskan apa yang perlu pengguna
teknologi tahu untuk menggunakan teknologi dengan betul dan
beretika.
▪ Kebolehan mengelola & mengawasi tingkah laku dalam
menggunakan teknologi dengan mengambil kira nilai keselamatan,
etika, norma dan budaya.
▪ Warganegara digital ialah mereka yang menggunakan teknologi
untuk informasi politik dan dalam pekerjaan untuk meningkatkan
ekonomi (Mossberger et.al 2008).
▪ Penerapan nilai-nilai etika yang baik dalam menggunakan
teknologi seharusnya bermula daripada pendidikan awal di
sekolah.
▪ Para pelajar perlu diajar bagaimana untuk mengakses pelbagai
informasi melalui internet secara betul dan selamat serta
mampu berkomunikasi secara beradab melalui laman web
yang diakses.
▪ Mike S. Ribble dan Gerald D. Balley menyarankan agar “Digital
Citizenship must become part of our school culture-not just a
lass or lesson but the way we o business in education”.
▪ Microsoft Fostering 2013 menjelaskan sebab muncul konsep digital citizenship.
Terdapat tiga sebab digital citizenship cukup penting unuk dikaji:
i. Generasi remaja sekarang memandu ke arah pembentukan budaya dan
norma-norma digital yang kadang kala tidak jelas. Oleh itu, mereka perlu belajar
tentang kewarganegaraan digital dan menanamkan rasa pemilikan dan
tanggungjawab peribadi untuk berkelakuan baik dan beretika dalam dunia online.
ii. Berada dalam dunia tanpa sepadan bukan sahaja memberikan peluang yang
besar malahan boleh mengundang pelbagai risiko kepada generasi kini. Oleh itu,
perlu untuk menerapkan semangat kewarganegaraan digital dai awal.
iii. Ia bukan sahaja sebagai langkah perlindungan, malah merupakan satu
pendekatan untuk keselamatan semasa dalam talian iaitu termasuk dalam aspek
kewarganegaraan digital agar pengguna dapat berinteraksi dengan selamat.
Etika digital bukan lagi pilihan tetapi ia adalh penting.
Elemen Digital Citizenship
▪Menurut Ribble, Bailley & Ross, 2004, elemen tersebut ialah rights, safety, security, access,
communication, etiquette, responsibility, education dan commerce.
▪Elemen-elemen ini dikategorikan sebagai digital access, digital commerce, digital
communication, digital literacy, digital etiquette, digital law, digital rights and responsibility,
digital health and wellness and digital security.
Etika Warganegara Digital
▪Menurut Pew Research, Microsoft, Symantec, Association for Psychological Science, antara
ciri-ciri warganegara digital yang baik adalah:
i.Menyokong hak dan akses digital secara sama rata
ii.Menghormati hak orang lain dan tidak melakukan pembulian siber
iii.Tidak mencuri atau merosakkan hasil kerja digital, identity atau harta orang lain.
iv.Membuat keputusan yang sesuai semasa berkomunikasi melalui pelbagai saluran digital.
v.Menggunakan alat (teknologi) digital untuk meningkatkan pembelajaran dan sentiasa peka
dengan teknologi yang berubah-ubah.
vi.Bertanggungjawab apabila melakukan pembelian dalam talian dan melindungi maklumat
pembayaran.
vii.Menegakkan hak asasi manusia di semua forum digital.
viii.Melindungi maklumat peribadi daripada ancaman luar yang mungkin menyebabkan
bahaya.
ix.Secara proaktif menghadkan risiko kesihatan fizikal dan psikologi terhadap teknologi.

Anda mungkin juga menyukai