Anda di halaman 1dari 6

KULIAH 4

 ASAL USUL MANUSIA


 HAKIKAT DAN
KEWUJUDAN
 KONSEP INSAN
SEIMBANG DAN JERI
KULIAH 4
ASAL USUL MANUSIA

KAJIAN SENARIO

MAKNA ROHKU

‘Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: ‘Sesungguhnya Aku hendak


menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang
berubah warna dan baunya. Kemudian Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan
padanya rohKu, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.’

(al-Hijr: 29)

Encik Metafizik berpendapat bahawa ayat al-Qur’an ini menunjukkan manusia tercipta
dari dua dimensi iaitu dimensi jasmani iaitu tanah liat dan dimensi rohani. Adapun pada
dimensi rohani, wujud ‘ruhi’ (RohKu) iaitu Roh Tuhan. Apa makna ‘ruhi’ di sini? Secara
linguistik, maknanya seperti frasa ‘tanganku’. Maka, frasa ‘Aku tiupkan padanya RohKu’
di tafsirkan oleh Encik Metafizik seperti frasa ‘tanganku’ di mana ‘tangan’ adalah
sebahagian dari ‘ku’ tetapi bukan aku sepenuhnya.

Encik Kalam pula berpendapat bahawa ayat al-Qur’an yang sama ini perlu ditafsirkan
seperti frasa ‘pen ku’. Pen bukan sebahagian dari ku. Ia adalah sepenuhnya berpisah dari
ku.

PERSOALAN

1) Seorang failasuf India bernama Shankara berhujah bahawa manusia mempunyai


ATMAN (roh suci). Atman ini pada hakikatnya adalah sebahagian daripada BRAHMAN
(HAKIKAT TERTINGGI) yang mempunyai ciri-ciri ketuhanan. MOKSHA ialah tahap tertinggi
seorang agamawan Hindu boleh capai iaitu tahap di mana dia kenal ATMAN dalam dirinya
dan ATMANnya bersatu kembali dengan BRAHMAN.
Adakah anda setuju bahawa manusia mempunyai ruh yang merupakan sebahagian
dari ketuhanan? Apakah hujah anda?

2) Bagi Confucious, ‘ren’ (manusia) adalah makhluk sosial. Confucious tidak membuat
spekulasi terhadap hakikat roh dan Tuhan. Bagi beliau, yang penting bagi ‘ren’ ialah
menjadi ‘junzi’ (orang yang berbesar hati dan luas pemikiran), bukan ‘xiaoren’ (orang yang
berfikiran dan berhati sempit) bila hidup dalam masyarakat. Bagi Confucious, junzi tidak
perlu memikirkan isu roh dan realiti ketuhanan. Walaupun junzi percaya pada kewujudan
roh dan Tuhan, tetapi dia perlu berfikiran luas iaitu fokus pada hubungan hidup
kemasyarakatan. Seorang anak perlu taat pada ibu bapa, seorang abang perlu jaga anaknya,
seorang ayah perlu jaga keluarganya, seorang raja perlu jaga rakyatnya. Insan yang sejati
ialah junzi yang berperanan sosial, bukan spekulator alam ghaib. Seorang ‘xiaoren’ ialah
mereka yang hanya fokus pada dunia dirinya sendiri dan melihat dunia dari perspektif
dirinya sahaja. Ahli Metafizik ialah mereka yang hidup dalam dunia spekulasi dirinya
sendiri, tidak hidup bermasyarakat.

Sejauh mana anda setuju dengan ajaran Confucious tentang insan sebagai junzi?
HAKIKAT DAN KEWUJUDAN

KAJIAN SENARIO

BERUK ATAU MODAL INSAN?

Encik Darwin memandang manusia sebagai suatu produk dalam evolusi biologi haiwan.
Jasmani dan fitrah manusia selalu dalam proses perubahan kerana ia perlu adaptasikan
dirinya kepada perubahan alam semulajadi. Hanya yang paling kuat sahaja mampu
meneruskan kelansungan hidup melalui adaptasi. Dikatakan bahawa manusia adalah
hasil evolusi dari beruk. Evolusi adalah bersifat progresif iaitu dari primitif kepada
kemajuan.

Encik Kapitalis-Sosialis yang di pengaruhi oleh Teori Evolusi Darwin berpendapat


bahawa manusia adalah produk kepada struktur asas ekonomi. Institusi ekonomilah
yang mentakrifkan institusi social yang lain seperti institusi keluarga, politik, pendidikan,
dan juga agama. Manusia secara fitrahnya selalu berada dalam konflik dan persaingan
antara satu sama lain untuk hidup dan maju ke kelas tinggi. Tiada dimensi rohani. Agama
hanyalah candu dan rekaan imaginasi manusia sebagai pil psikologi.

Manusia adalah sebenarnya salah satu modal ekonomi. Perkembangan ekonomi


memerlukan ‘Modal Insan’ sebagaimana ia memerlukan modal tanah, modal mesin,
modal kewangan.

PERSOALAN

1) Adakah anda setuju bahawa pendidikan sepatutnya melahirkan modal insan yang
cekap dalam pekerjaan dan pandai menyesuaikan diri dengan suasana kerja dan tidak
perlu fokus kepada kepercayaan kepada Tuhan sebagai asas kemanusiaan?

2) Di Thailand, pekerja seks adalah suatu kerjaya yang di anggap legal dan suatu usaha
progresif untuk membangunkan negara. Adakah anda setuju dengan konsep pembangunan
progresif ini?

3) Agama-agama besar di dunia mengiktiraf kewujudan ‘Insan Penyelamat Dunia’ yang


akan menyelamatkan dunia dari kehancuran akibat ketamakkan manusia. Agama Hindu
sedang menanti Avatar terakhir yang dikenali sebagai Kalki. Buddhisme menanti
kemunculan Buddha terakhir yang dikenali sebagai ‘Maitreya’. Kristianiti menanti
kemunculan semula Jesus Christ. Judaisme menanti kemunculan ‘Messiah’. Islam juga
menanti kemunculan ‘Al-Masih Isa’ untuk membunuh ‘Al-Masih Dajjal’.

Sejauh manakah anda percaya tentang kewujudan ‘Insan Penyelamat dunia’ ini? Jika wujud,
maka adakah ini bermakna bahawa hakikat insan terbahagi dua iaitu insan biasa dan insan
luar biasa iaitu ‘nabi’, ‘rasul’, ‘avatar’, ‘kalki’, Messiah’?
KONSEP INSAN SEIMBANG DAN JERI (JASMANI, EMOSI, ROHANI, INTELEK)

KAJIAN SENARIO

SOPHIA DAN HAK ASASI MANUSIA

Siapakah Sophia? Beliau adalah robot yang di kenali sebagai ‘humanoid’ kerana Sophia
memiliki dua ciri utama iaitu mampu berkomunikasi sosial dan memiliki personaliti
aestetika. Maknanya Sophia adalah robot yang memiliki AI (Artificial Intelligence) dan
memiliki rupa paras seorang wanita yang anggun. Bahkan beliau juga mampu memberi
respons dengan ekspresi muka sedih, gembira, lawak dan lain-lain seolah-olah beliau ada
emosi.

Kemampuan Sophia melebihi kemampuan akal manusia kerana beliau bukan sekadar
mampu memproses berjuta-juta informasi dalam sekelip masa tetapi mampu berjenaka
dan memberi sindiran tajam. Sophia kini di beri warganegara Saudi. Adakah ini
bermakna bahawa humanoid sudah memiliki hak asasi manusia?

PERSOALAN

1) Adakah anda setuju jika pendidikan bermatlamat menghasilkan manusia sebijak


Sophia?

2) Wajarkah Sophia di beri hak asasi kemanusiaan dan mendapat taraf kerakyatan
sebuah negara yang mentadbir Kota Suci Mekah dan Madinah?

3) Apakah implikasi AI dan Bioteknologi terhadap konsep manusia bila melalui DNA
editing, kemanusiaan seorang individu boleh dibentuk dan diubah seperti jantina, IQ,
warna kulit, tahap kesihatan dan lain-lain?

Anda mungkin juga menyukai