Anda di halaman 1dari 27

BAB 6

KONSEP ETIKA
KANDUNGAN KULIAH HARI INI

1. Pengenalan
2. Konsep etika menurut perspektif barat
3. Konsep etika menurut perspektif Islam
4. Rumusan

1
PENGENALAN

ISU
CABARAN

PEMIMPIN

TANGGUNGJAWAB PERSONALITI

2
FALSAFAH
1. Hakikat Alam
2. Hakikat kemanusiaan
3. Hakikat Ketuhanan, kejiwaan,
keselamatan abadi

3
KLASIFIKASI FALSAFAH

1. LOGIK falsafah tentang fikiran dan


hujahan yang betul dan salah.
2. METAFIZIK - falsafah yang cuba mencari
hakikat di sebalik alam fizikal
(Ketuhanan, alam dan manusia)
3. EPESTIMOLOGI - falsafah tentang ilmu
pengetahuan

4
4. ESTETIKA falsafah tentang nilai yang
indah dan tidak indah

5. ETIKA - falsafah tentang tingkah laku


manusia (dilihat dari aspek
lahiriah dan batiniah)

5
ISTILAH-ISTILAH MORAL

1. PERTIMBANGAN MORAL - yang akan


menghasilkan keputusan atau tindakan.

2. ETHICAL RELATIVISM pertimbangan


moral bergantung kepada suasana
dan budaya.

3. AKHLAK berdasarkan kepada agama.

6
4. CONSEQUENTIALISM berdasarkan
kepada kesan perbuatan atau TELEOGICAL
ETHICS

5. NON-CONSEQUENTIALISM berdasarkan
kepada kebaikan perbuatan atau
DEONTOLOGICAL ETHICS

7
MORAL

Adalah cara untuk melihat dan mempersoalkan


pelbagai isu berhubung dengan perbuatan
dan tingkah laku.

Peter Baelz : Ethics and Belief


Moral dan etika selalu mempunyai makna yang sama, namun
berfaedah jika kedua-duanya dapat dibezakan, sekalipun sukar.

8
J.L.Mackie : Ethics : Inventing Right or Wrong

Kenyataan moral dan etika akan


dapat menerangkan sesuatu perbuatan itu betul
atau salah. Ia mampu menyediakan garis
perbezaan antara kebaikan dan keburukan. Ia
juga dapat memajukan garis-garis panduan
yang dengannya boleh dibuat berbagai
pertimbangan moral.

9
AKHLAK

Akhlak suatu istilah yang diperkenalkan


oleh Islam.

Khuluk (istilah Al-Quran) = Akhlak

Khuluk sifat semulajadi, tabiat,


gambaran batin

10
AKHLAK

1. Sifat semula jadi yang dimiliki secara fitrah


2. Sifat yang dimiliki seseorang melalui latihan,
diterima sebagai adat atau tabiat.
3. Akhlak meliputi dua dimensi :
a. batin = kejiwaan
b. zahir = kelakuan

11
Al-Ghazali menyatakan bahawa akhlak
adalah :
Sifat yang tertanam dalam jiwa
seseorang, daripadanya terbentuk
perbuatan dengan mudah tanpa
pertimbangan fikiran terlebih dahulu.

12
FALSAFAH ETIKA

Falsafah : menilai, mengkritik, menganalisis ilmu.


Etika : menilai, mengkaji, menganalisis,
mengkritik dan memberitakan
sesuatu sistem moral
Falsafah Etika = ilmu yang berusaha bagi
memahami sistem moral atau tindak tanduk
manusia melalui kefahaman tentang falsafah.

13
FUNGSI FALSAFAH ETIKA

1. Memperkatakan apakah sistem moral


yang sepatutnya.
2. Apakah nilai kebaikan dan keburukan yang
boleh diterima atau ditolak oleh manusia.
3. Membandingkan suatu sistem moral yang
dianuti.
4. Menganalisis konsep-konsep asas dalam
suatu sistem moral.

14
FALSAFAH AKHLAK

Ilmu yang berusaha memahami perlakuan manusia secara


falsafah, baik dari aspek lahiriah mahupun batiniah.

Batiniah : menganalisis hakikat kejiwaan , fungsi-fungsi


kejiwaan (marah, cemburu, nafsu, iri hati dan sebagainya)
Lahiriah : menganalisis perilaku perbuatan manusia sebagai
manifestasi langsung dari arahan batiniah.

15
KONSEP ETIKA MENURUT
PERSPEKTIF BARAT

Pelbagai definisi dan penjelasan berkaitan etika


diberikan oleh para sarjana. Namun begitu, para
sarjana Barat seperti Barnes, Ewing, Fletcher dan
Mabbot memberikan definisi yang hampir sama di mana
mereka melihat etika sebagai satu cabang ilmu
falsafah yang membantu menentukan pemilihan
tingkahlaku yang betul (Saodah Wok et. al., 2004).

16
Menurut Patterson dan Wilkins (1997); dan Thiroux (2001), konsep
etika berasal daripada Greek, yang membahagikan dunia falsafah
kepada tiga bahagian. Estatik merupakan kajian mengenai kecantikan dan
bagaimana seseorang boleh menganalisis kecantikan tanpa sandaran kepada
penilaian subjektif semata-mata. Epistemologi merupakan kajian
mengenai apa yang diketahui, melibatkan debat mengenai apa yang
membentuk pembelajaran dan apa yang diketahui oleh minda manusia.
Etika merupakan kajian mengenai apa yang baik kepada individu
dan juga kepada masyarakat.

17
Etika juga bermaksud membezakan antara
pilihan yang ada, yang mungkin semuanya
merupakan pilihan yang baik secara moralnya
tetapi mungkin ada di antaranya yang lebih baik
daripada yang lain. Di sini, rasional merupakan
satu kata kunci yang utama sepertimana
kepercayaan orang-orang Greek dan dakwaan ahli-ahli
falsafah moden di mana mereka beranggapan bahawa
semua orang hendaklah berupaya menerangkan
keputusan beretikanya kepada orang lain.

18
KONSEP ETIKA MENURUT
PERSPEKTIF ISLAM
Istilah etika menurut Islam adalah apa yang dikatakan
sebagai akhlak. Ia dikatakan wujud bersama-sama
dengan kewujudan manusia. Berdasarkan The
Encyclopaedia of Islam (1979), ilmu akhlak Islam telah
mencapai taraf kematangan dalam kurun kesebelas
masihi (Saodah Wok et. al., 2004). Manakala perkataan
akhlaq pula berasal daripada perkataan Arab iaitu khuluq
sepertimana dinyatakan di dalam al-Quran yang sebagai
panduan hidup Muslim:
Dan engkau (Muhammad) sesungguhnya mempunyai
budi pekerti yang tinggi (68:4).

19
Ayat ini diturunkan oleh Tuhan (Allah) bagi
menyangkal dakwaan orang-orang yang menuduh
Rasulullah s.a.w. (Muhammad) sebagai seorang yang
gila kerana pelajaran yang dibawanya tidak
bersesuaian dengan kehendak dan kebiasaan
hidup masyarakat pada waktu itu. Malah ia juga
menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. merupakan
seorang insan yang mempunyai akhlaq yang amat mulia
dan merupakan contoh terbaik kepada umat
manusia.

20
Kita akan dapat mengesan perbezaannya
di mana etika menurut perspektif Barat
berasaskan kepada akal fikiran manusia
yang terdiri daripada ahli-ahli falsafah
mereka. Manakala etika menurut Islam
adalah berasaskan kepada al-Quran dan
Hadith Rasulullah s.a.w. yang merupakan
panduan hidup manusia.

21
Iman
Iman merupakan intipati sifat moral Islam. Menurut
Bahasa Arab, Iman bererti tasdiq, iaitu membenar .
Ia merujuk kepada kepercayaan kepada Tuhan
yang Satu dan Nabi Muhammad S.A.W. seorang
Pemimpin yang mempunyai kekuatan iman akan
sedar bahawa diri dan apa yang dimilikinya adalah
kepunyaan Tuhan. Oleh itu, beliau akan patuh
kepada Tuhan dan menyerahkan seluruh idea, ego,
perasaan, dan pemikirannya kepada Tuhan.

22
Islam
Perkataan Islam berasal daripada perkataan Arab
salam yang antaranya memberi maksud keamanan,
ketulenan, penyerahan dan ketaatan. Dari sudut
agama, perkataan Islam merujuk kepada penyerahan
kepada kehendak Tuhan
dan kepatuhan kepada undang-undang
Allah Taala.

23
Taqwa

Apabila seorang individu atau pemimpin itu


menyerah diri kepada Allah, beliau akan
mempunyai rasa hormat dan takut kepada
Allah. Taqwa memerlukan seseorang
menggunakan pemikiran yang sebaiknya
dengan kepercayaan yang ikhlas dan
berpegang teguh kepada Tuhan di dalam
setiap aspek kehidupan.
24
Ihsan
Ihsan yang merupakan konsep cinta Tuhan.
Menurut kupasan Abdul Hayei Abdul Sukor
(1995), seseorang yang melakukan sesuatu
mengikut cara dan panduan sebagaimana
yang ditunjukkan oleh syara bererti beliau
telah berlaku ihsan.

25
Berdasarkan kepada apa yang telah
dibincangkan, jelaslah di sini bahawa
Iman, Islam, Taqwa, dan Ihsan adalah
saling berkait rapat antara satu sama
lain. Konsep etika Islam pula adalah
berkait rapat dengan tahap-tahap Iman,
Islam, Taqwa, dan Ihsan seorang
individu atau pemimpin.

26
RUMUSAN
Oleh itu, sejauh mana seorang Muslim itu beretika
dalam menjalankan kewajipannya di dunia akan
menentukan nasibnya di akhirat nanti. Secara kasarnya,
walau apa pun konsep etika yang digunapakai, jika ia
dapat diterima oleh majoriti ahli organisasi atau
masyarakat setempat, ia akan dapat mewujudkan
persefahaman kerana kedua-duanya adalah mengarah
kepada kebaikan.

27

Anda mungkin juga menyukai