Anda di halaman 1dari 11

GMGA 2033

1.0 PENGENALAN

Etika merupakan sisitem dalam prinsip moral, iaitu di mana mempengaruhi bagaimana
seseorang itu membuat keputusan dan sekaligus mempengaruhi kehidupan mereka. Etika
juga dilihat sebagai mengambil berat apa yang terbaik untuk seseorang individu dan juga
masyarakat. Kamus Merriam-Webter (2017) mendefinisikan etika sebagai satu disiplin
yang membincangkan apa yang baik dan buruk dari sudut kewajipan dan tanggungjawab
moral. MacDonald (2010) mendefinisikan etika sebagai satu pemeriksaan yang kritikal
dan berstruktur mengenai bagaimana kita harus bertindak, terutamanya mengelak dan
mengekang daripada mempunyai kepentingan diri apabila tindakan itu akan memberikan
kesan kepada orang lain. Teleologi merupakan salah satu prinsip moral dalam etika selain
daripada deontologi. Teleologi secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu tindakan
itu dianggap beretika sekiranya boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang. Wells
(2006) mengatakan bahawa teleologi berasal dari perkataan Greek iaitu telos, yang
bermaksud pengakhiran atau penyempurnaan. Teleologi adalah satu sudut dimana
penyebab sesuatu keadaan akan mempengaruhi pengakhirannya, yang membawa kepada
keadaan yang baik atau considers the amount of good in the end. Konklusniya, teleologi
melihat kepada pengakhiran, penyebab, utili dan juga keputusan.

1
GMGA 2033

2.0 TELEOLOGI

Sistem moral teleologi memfokuskan kepada akibat dalam setiap perbuatan atau
keputusan yang diambil oleh seseorang. Oleh itu, dalam memastikan pilihan yang dibuat
itu adalah betul dan bermoral, kita harus mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang
mendalam tentang pilihan yang dibuat itu adalah betul serta membawa kesan yang baik.
Menurut teleologi, apabila kita membuat pilihan yang mana akan memberikan kesan yang
membahagiakan, maka tindakan yang dibuat dan dipilih itu adalah bermoraliti, dan
begitulah sebaliknya. Idea bahawa nilai moral sesuatu tindakan ditentukan oleh akibat
dari tindakan itu sering dilabelkan sebagai konsekuensialisme atau consequentialism.
Consequentialism adalah satu keadaan di mana moraliti adalah tindakan yang akan
memberikan kesan yang baik yang dapat dilihat secara keseluruhan pada pengakhirannya
(Haines, n.d). Teleologi melihat bahawa akibat yang baik merupakan sesuatu yang
bermanfaat kepada manusia memandangkan akan membawa kebahagiaan , kepuasan,
pertahanan dan juga kebajikan kepada manusia. Akibat yang secara langsungnya akan
memberikan suatu pengalaman yang baik dan berharga kepada manusia adalah bermoral
tanpa mengambil kira pilihan yang dibuat itu adalah betul atau salah.

Sebagai contohnya, Susan telah berjanji dengan kawannya, Alice untuk menghadirkan
diri ke parti Alice pada hari Sabtu. Alice merupakan seorang yang membosankan, dan
Susan mengganggap parti itu tidak akan menjadi seronok. Susan bertindak menghadiri
parti kawannya yang lain pada malam yang sama, kerana parti yang dianjurkan lebih
menarik dan memberikan kegembiraan kepadanya. Susan menyatakan bahawa
tindakannya adalah betul kerana dia berhak membuat keputusan yang boleh memberikan
kegembiraan kepadanya. Alice telah berjumpa dan menyatakan kesedihannya yang Susan
tidak menghadiri partinya. Susan telah menipu Alice dengan menyatakan bahawa dia
demam dan tidak sihat. Melalui contoh ini, tindakan Susan secara teleologinya adalah
bermoral kerana pilihan yang dibuatnya memberikan kesan yang menggembirakan
kepadanya, dimana penipuan yang membawa kebahagiaan dan kesenangan kepada
pelakunya dibenarkan dalam teleologi.

2
GMGA 2033

Contoh tindakan moral menurut teleologi yang lain adalah dalam isu pengeboman
ikan di Semporna,Sabah ,kita dapat melihat bahawa sesuatu kejadian berlaku semestinya
ada kesan atau akibat yang bakal diterima. Dalam kes ini, pengeboman ikan dari sudut
pandangan nelayan adalah penting kerana mereka perlu mencari rezeki akibat kesempitan
hidup yang semakin ketara. Mengikut etika teori teleologikal,pengeboman ikan dalam
kalangan nelayan adalah betul dan tidak bersalah kerana niat dan matlamatnya adalah
menyara kehidupan keluarga yang serba kekurangan, mereka meletup ikan bukan sahaja
dapat menangkap ikan untuk menyara keluarganya tetapi juga menjana sumber ekonomi.
Dari sudut pandangan terhadap tindakan yang bermoral, pengeboman ikan dikatakan
membawa akibat atau manfaat yang baik walaupun tindakannya telah menyalahi undang-
undang kerana menggunakan bahan letupan secara haram dan letupan tersebut telah
membawa kesan sampingan yang tidak terhingga kepada alam sekitar sisi pandangan
orang luar. Namun, berdiri pada sudut pandangan nelayan-nelayan tersebut, mereka
bertindak sedemikian bukan sahaja dapat menyara hidup ahli keluarga mereka, mereka
juga dapat mengaut keuntungan besar. Tindakan ini dengan merujuk kepada teori
teleologi, tindakan ini diterima.

3.0 TEORI ETIKA TELEOLOGIKAL (UTILITARIANISME, ALTRUISME DAN


EGOISME)

Teori teleologi mengatakan bahawa nilai betul atau salah bergantung kepada
kesan sesuatu perbuatan yang dikenali sebagai konsekuensialisme. Kriteria dan piawai
asas tentang sesuatu (tindakan atau peraturan) yang baik, benar, salah, jahat dan
sebagainya ialah penghasilan nilai bukan moral yang dianggap baik. Bagi teori ini,
kebaikan atau kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai instrumentalnya. Seterusnya,
sesuatu tindakan atau peraturan dianggap bermoral jika jumlah kebaikan yang
dihasilkan melebihi kejahatan. Namun, pandangan ahli teleologi yang berbeza tentang
apa yang dikatakan baik dan jahat telah menyebabkan wujudnya dua jenis teori
teleologi yang berbeza iaitu Utilitarianisme, Altruisme dan Egoisme (Baron, 2012).

3
GMGA 2033

3.1 Teori Utilitarianisme

Utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan


sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap
orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai.
Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah keseronokan (sesuatu yang bukan bersifat moral)
(Baron, 2012).

Utilitarianisme menganggap bahawa sesuatu perbuatan baik atau jahat boleh


disukat. Kita harus bertanya kepada diri sendiri mengenai kesan akibat sesuatu tindakan
dalam keadaan tertentu ke atas pihak-pihak yang terlibat sebelum sebarang tindakan
diambil. Sekiranya tindakan tersebut menghasilkan kebaikan maka ia dianggap betul
(Baron, 2012).

3.1.1 Ciri-Ciri Teori Utilitarianisme

a) Act utilitarianism

Ciri yang pertama adalah merekodkan akibat sesuatu perbuatan sama


ada bermoral atau sebaliknya berdasarkan kajian kes. Ciri ini dipanggil act
utilitarianism. Misalnya aktiviti riadah dengan menonton televisyen mungkin
dianggap tidak bermoral kerana masa tersebut sepatutnya digunakan untuk
melakukan kerja-kerja yang bermanfaat seperti kerja kebajikan (Baron, 2012).

b) Hedonistic utilitarianism

Ciri yang kedua pula ialah mengambil kira kegembiraan, kesan


daripada suatu tindakan dianggap bermoral. Ini kerana Bentham berpendapat,
untuk menentukan benar atau salah (moraliti) tingkah laku individu, ianya
perlu mengambil kira kesan dan akibatnya. Misalnya tindakan atau perbuatan
yang boleh meningkatkan ciri kesetiaan dan persahabatan, sehingga
mencetuskan ciri kegembiraan. Memutuskan persahabatan tetapi
membahagiakan kedua-dua pihak yang terlibat adalah suatu yang dianggap
bermoral (Baron, 2012).

4
GMGA 2033

Istilah yang selalunya dikaitkan dengan Teori Utilitarianisme adalah seperti berikut:

(a.) Istilah kebaikan: Pengalaman kesenorokan mestilah dikaitkan dengan kebaikan


dan pengalaman kesakitan dikaitan dengan kejahatan.
(b.) Istilah kebahagiaan: Menyamakan keseronokan dengan kebahagiaan (Baron,
2012).

3.1.2 Contoh yang Berkaitan

(a.) Pandangan peperangan dalam konsep Utilitarianisme. Dalam memutuskan


kemoralan melancarkan peperangan tertentu, seseorang itu mesti
menimbangkan kemudaratan dan kebaikan yang mungkin terhasil. Peperangan
dianggap wajar dari segi moral jika hasilnya membawa kebahagiaan dan
kelebihan yang melebihi kesengsaraan dan penderitaan. Contohnya,
utilitarianisme menyokong tindakan mengebom bandar Hiroshima (walaupun
banyak yang tidak berdosa terkorban) untuk menamatkan perang dunia kedua.
Hal ini kerana jika pihak jepun menang, dunia ini akan hilang sifat kemanusiaan
dan kezaliman yang berleluasa.
(b.) Pandangan tentang peraturan yang bermoral. Sesuatu peraturan yang ditentukan
mesti memaksimunkan keseronokan bagi semua yang terlibat. Misalnya,
peraturan memakai seluar pendek di dalam kampus perguruan.
(c.) Tindakan mencuri. Contohnya jika seseorang itu mencuri wang daripada
seseorang yang kaya dan kedekut dan kemudian di agihkan kepada si miskin di
anggap baik, kerana bilangan orang yang beruntung adalah melebihi daripada
seseorang kaya yang menjadi mangsa curi (Baron, 2012).

3.1.3 Kelemahan-Kelemahan Teori

1. Intensiti keseronokan atau kesakitan adalah sesuatu perkara yang subjektif dan
sukar untuk diukur. Intensiti ini adalah subjektif kerana perasaan setiap individu
adalah berbeza.
2. Kualiti keseronokan atau kesakitan yang dialami oleh seseorang individu adalah
tidak sama dengan orang lain (Baron, 2012).

5
GMGA 2033

3.2. Teori Altruisme

Altruisme adalah doktrin etika yang menyatakan bahawa individu mempunyai


kewajiban moral untuk membantu, melayani atau memberi manfaat kepada orang lain.
Altruisme adalah panggilan untuk hidup melayani orang lain bagi orang yang memegang
doktrin ini. Doktrin etika altruisme juga dikenali sebagai altruisme moral. Individu
mempunyai kewajiban untuk meninggalkan kepentingan peribadi mereka dan hidup
untuk orang lain. Oleh itu, hidup untuk orang lain adalah formula moral manusia, yang
secara eksklusif mengarahkan naluri kebajikan kita, yang merupakan sumber kebahagiaan
dan kewajiban. Manusia mesti berkhidmat kepada manusia lain (Seglow, 2004).

3.2.1 Ciri-Ciri Teori Altruisme

i. Empathy, altruisme akan terjadi dengan adanya empati dalam diri seseorang.
Seseorang yang paling altruis merasa diri mereka bertanggungjawab, bersifat
sosial, selalu menyesuaikan diri, toleransi, dapat mengawal diri, dan
bermotivasi membuat kesan yang baik.
ii. Belief on a just world, karakteristik dari tingkah laku altruisme adalah percaya
pada a just world, maksudnya adalah orang yang altruis percaya bahawa
dunia adalah tempat yang baik dan dapat diramalkan bahawa yang baik selalu
mendapatkan hadiah dan yang buruk mendapatkan hukuman. Dengan
kepercayaan tersebut, seseorang dengan mudah dapat menunjukkan tingkah
laku menolong (yang dapat dikategorikan sebagai baik).
iii. Social responsibility, setiap orang bertanggungjawab terhadap apapun yang
dilakukan oleh orang lain, sehingga ketika ada seseorang yang memerlukan
pertolongan, orang tersebut harus menolongnya (Seglow, 2004).

3.2.2 Contoh yang Berkaitan

a. Tindakan membantu dalam bencana alam. Contohnya seseorang itu memberi


bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam tanpa mengharapkan apa-apa
balasan daripada orang lain. Hal ini tidak menguntungkan diri si pemberi akan
tetapi memberi manfaat untuk orang lain (Seglow, 2004).

6
GMGA 2033

3.2.3 Kelemahan-Kelemahan Teori

i. Beberapa tokoh psikoanalisis memandang altruisme sebagai pertahanan diri


terhadap kecemasan dan konflik internal diri kita sendiri. Hal ini menunjukkan
altruisme lebih bersifat self-serving (melayani diri sendiri), bukan dimotivasi
oleh sikap ambil peduli yang murni terhadap orang lain. Meskipun diakui
bahawa pengalaman sosialisasi yang positif dapat membuat kita tidak terlalu
mementingkan diri sendiri, tetapi pada dasarnya manusia bersifat mementingkan
diri sendiri (Seglow, 2004).
ii. Altruisme berpendapat bahawa di sebalik perilaku seperti altruisme
sesungguhnya adalah egoisme atau kepentingan diri sendiri. Manusia dapat
merasa lebih baik setelah memberikan pertolongan, tidak mengharapkan
balasan, menghindari perasaan bersalah atau malu yang boleh muncul apabila
mereka tidak membantu orang lain (Seglow, 2004).
3.3 Teori Egoisme

Rachels (2004) mentakrifkan Egoisme sebagai teori yang menggangap nilai itu baik
jika menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk jika sesuatu itu merugikan diri sendiri.
Egoisme boleh dibahagikan kepada Egoisme Psikologi atau Egoisme Etika.

3.3.1 Ciri-Ciri Teori Egoisme

i. Egoisme Psikologi

Satu teori deskriptif mengatakan bagaimana manusia melakukan


tindakan. Teori tersebut berpendapat bahawa semua orang adalah
mementingkan diri sendiri (Vallentyne, 2004).

ii. Egoisme Etika

Satu teori yang memberitahu bagaimana manusia perlu bertindak. Teori


tersebut berpendapat bahawa semua orang perlu mementingkan diri
sendiri (Vallentyne, 2004).

7
GMGA 2033

Egois biasanya mementingkan diri sendiri sahaja dan tidak mengambil kira
kepentingan orang lain, sebaliknya menindas dan mengeksploitasi orang lain.
Egois tiada iltizam untuk berbakti kepada masyarakat dan menjalankan kerja
sukarela. Mereka ini benci kepada pertubuhan atau organisasi. Nietzsche
memperakui nilai sesuatu sistem peraturan tetapi beliau menentang peraturan
mutlak. Peraturan mestilah bersifat individualistik (Vallentyne, 2004).

3.3.2 Contoh yang Berkaitan

a) Tindakan membantu orang lain. Contohnya, dalam kemalangan kebakaran,


kita tidak sepatutnya menyelamatkan mangsa kerana dikhuatiri akan
membahayakan nyawa diri sendiri. Bagi contoh lain, seseorang itu dianggap
tidak beretika apabila tindakannya menolong orang buta melintasi jalan raya,
tetapi berkesudahan dengan kecelakaan.

b) Tindakan peperangan. Kajian kes British menakluki negeri-negeri Melayu


sebelum Malaysia merdeka, tindakan British mengeksploitasi bahan mentah di
negeri-negeri melayu untuk tujuan kepentingan diri. Dalam situasi ini, British
dianggap golongan bangsawan yang kuat. Manakala orang tempatan dianggap
lemah dan selalunya memberontak mengunakan prinsip ketuhanan (hak
mereka sebagai pemilik) untuk mempertahankan diri. Jadi, peperangan British
untuk menakluki tanah melayu adalah bermoral.

c) Tindakan kegiatan pertubuhan. Kegiatan pertubuhan yang wujud adalah tidak


bermoral kerana ianya dianggap sebagai suatu fahaman baru untuk
mempengaruhi orang lain. Contohnya, pertubuhan parti-parti politik
(Vallentyne, 2004).

3.3.3 Kelemahan-Kelemahan Teori

1. Egoisme tidak mengutamakan kemurahan hati kerana mengejar kepentingan


diri sendiri, hal ini memudaratkan orang lain.

2. Peraturan yang bersifat individualistik ini menyebabkan tiada satu piawaian


atau ukuran untuk menghakimi sesuatu tindakan (Vallentyne, 2004).

8
GMGA 2033

4.0 KESIMPULAN

Aspek etika memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia. Teori-
teori yang dikaji untuk di jadikan teladan amat memberi kesan baik serta buruk. Sebagai
contoh teori teleologi mendefinisikan bahawa nilai betul iaitu bermoral atau salah iaitu
tidak bermoral bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan yang dikenali sebagai
konsekuensialisme. Teori teleologi terbahagi kepada tiga jenis iaitu Utilitarianisme,
altruism dan Egoisme. Teori Utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang
itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling
banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan
yang paling ramai. Teori Utilitarianisme terbahagi kepada dua ciri iaitu act utilitarianism
dan hedonistic utilitarianism. Teori Altruisme pula adalah doktrin etika yang menyatakan
bahawa individu mempunyai kewajiban moral untuk membantu, melayani atau memberi
manfaat kepada orang lain. Teori Altruisme mempunyai tiga ciri iaitu Emphaty, Belief on
a just world dan Social responsibility. Teori Egoisme ditakrifkan sebagai teori yang
menggangap nilai itu baik jika menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk jika sesuatu
itu merugikan diri sendiri. Egoisme boleh dibahagikan kepada Egoisme Psikologi atau
Egoisme Etika.

Setiap teori yang dikemukan mempunyai kebaikan yang tersendiri dalam memberi
impak positif kepada manusia untuk melakukan sesuatu tindakan. Akan tetapi, teori-teori
tersebut juga mempunyai kelemahan yang boleh menyebabkan tindakan manusia itu tidak
bermoral di sisi undang-undang. Sebagai seorang manusia yang mempunyai akal fikiran,
kita seharusnya berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan sama ada
melibatkan diri kita sendiri mahupun orang lain.

9
GMGA 2033

REFERENCES

Baron .P (2012). AS Religious Studies: Teleological Ethics :Utilitarianism & Situation


Ethics .United Kingdom : Inducit Learning Ltd. Diakses di
https://cdn.shopify.com/s/files/1/0127/5372/files/sample-teleological-ethics.pdf

Cline .A (2017). ThoughtCo : Ethics and Morality FAQ: Teleology and Ethics. Diakses di
https://www.thoughtco.com/teleology-and-ethics-faq-4078913

Haines. W (n.d). Internet Encyclopedia of Philosophy : A Peer-reviewed Academic


Resources : Consequentialism. China : The University of Hong Kong. Diakses di
http://www.iep.utm.edu/conseque/

MacDonald .C (2010). The Business Ethics Blog : Ethics : Definition. Diakses di


https://businessethicsblog.com/2010/03/21/ethics-definition/

Merriam-Webster (2017). The meaning of ethic. Diakses di https://www.merriam-


webster.com/dictionary/ethic

Rafiee Abdullah, Azril Hilmi Shapiai, Abdul Hakim Sharkawi, Abdullah Sani Sulaiman,
Nor Farhah Ibrahim, Aryati Ahmad, Tengku Haslina Engku Johar, Vijayasri Loganathen,
Nurliya Sahar, Siti Hajariah Sofri, Feruzs Hudda HJ Abd Samad, Rostam Mahmood
(2014). Ethic4Business : CONTOH KES : KONSEP TELEOLOGI DALAM ISU
PENGEBOMAN IKAN. Diakses di http://ethics4business.blogspot.my/2014/01/contoh-
kes.html

Seglow, J. (2004). The Ethics of Altruism. London: Frank Cass Publisher

Vallentyne, P. (2004). The eleological and Deontological Distinction. ProQuest


Information and Learning Company, 21-32.

Wells B.R (2006). The Teleological Function. Diakses di


http://www.mrc.uidaho.edu/~rwells/Critical%20Philosophy%20and%20Mind/Chapter%2
016.pdf

10
GMGA 2033

11

Anda mungkin juga menyukai