Anda di halaman 1dari 46

BAB 4

TEORI KEPIMPINAN
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, para pelajar
dapat:
Menjelaskan tentang Teori Great Man, Teori Sifat, Teori
Tingkahlaku dan Teori Kontigensi.
Menerangkan andaian-andaian bagi setiap teori
kepimpinan dengan memberikan contoh-contoh yang
sesuai.
Menerangkan tentang kelemahan dan kelebihan setiap
teori kepimpinan tersebut.
TEORI KEPIMPINAN

Kelakuan / Gaya
Ciri Kepimpinan Situasi / Kontigensi
Kepimpinan

Kajian dijalankan Kajian dijalankan Kajian dijalankan


sblm tahun 1968 sblm tahun 1968 awal tahun 1967

Fokus kpd ketua Fokus kpd Fokus kpd situasi /


dan pengikut kemahiran/tingkah keadaan / masa
laku
TEORI GREAT MAN
Thomas Carlyle
Ahli sejarah berbangsa Scotland
The history of the word is but the
Biography of great man
Hero dunia muncul dan membentuk
Sejarah melalui visi mereka:
Intelektual
Keindahan seni
Kebolehan memimpin
Keunggulan inspirasi
ANDAIAN TEORI GREAT MAN
Bakat kepimpinan lahir bersama
dan bukannya melalui proses pembelajaran.
Pemimpin muncul apabila wujudnya keperluan terdesak.
Kenapa????
Fokus kpd golongan lelaki kaya dan berstatus tinggi.
Kajian juga dilaksanakan terhadap
Tokoh-tokoh utama dalam Perang Dunia Kedua.
Fokus kepada personaliti yg memberi kesan besar
dalam konflik.
Cth: Sir Winston Churchill, Adolf Hitler, Benito
Mussolini, Hirohito.- arahan dan keputusan
KELEBIHAN TEORI GREAT MAN

Tumpuan kepada sifat-sifat dalam diri great man sebagai


ketua.
Pemimpin muncul berdasarkan sosio ekonomi dan politik
dunia.
Ia membuktikan bahawa faktor keturunan diraja bukanlah
faktor utama tetapi ciri-ciri yang ada pada pemimpin
tersebut.
KELEMAHAN TEORI GREAT MAN

Isu jantina tidak disentuh secara mendalam.


Kebanyakan pemimpin adalah lelaki dan pengkajinya
adalah lelaki wlpn terdapat beberapa pemimpin wanita
yang hebat.
KESIMPULAN

Keupayaan kepimpinan adalah diwarisi pemimpin yg


hebat dilahirkan dan bukannya dicipta.
Teori ini menggambarkan pemimpin yang agong sebagai
hero, mitos dan muncul apabila diperlukan.
Istilah Great Man digunakan kerana pada masa itu,
kepemimpinan biasanya adalah lelaki yang berkualiti
terutamanya dalam kepimpinan ketenteraan.
TEORI SIFAT
Usaha terawal oleh ahli psikologi dlm memahami konsep
kepimpinan.
Cuba mengenalpasti ciri-ciri peribadi seseorang
pemimpin.
Para sarjana yg memperkenalkan teori
Sifat mengandaikan bahawa manusia
dilahirkan mewarisi sifat-sifat tertentu dan
Hanya beberapa sifat sahaja yang
bersesuaian dengan pemimpin.
(White & Vroom, 1982)
ANDAIAN TEORI SIFAT

Sesetengah orang mempunyai ciri kepemimpinan semulajadi yang


dikurniakan kepadanya.
Mempunyai sifat-sifat tertentu yang tidak dipunyai oleh orang lain.
Pemimpin yang efektif mempunyai sifat / kualiti yang diperlukan.
Seperti?????
Cth: pemimpin-pemimpin agung didunia yang memiliki sifat yang
tersendiri yang berbeza dengan orang lain????
KEKUATAN TEORI SIFAT
Manusia boleh menjadi pemimpin yang baik jika memiliki
kombinasi sifat yang betul seperti berikut (McCall &
Lomerdo, 1983):
Kestabilan emosi dan tenang.
Mengakui kesilapan.
Kemahiran antara personal yang baik.
Intelektual yang tinggi.
Ia merupakan pelengkap kepada teori kepemimpinan lain
Diaplikasikan dalam sesi temuduga melihat ciri-ciri spt:
kepetahan bercakap, kebolehan menyampai idea,
kecerdasan yang tinggi, bertimbang rasa dan fleksibel.
KELEMAHAN TEORI SIFAT
Hanya fokus kepada ciri-ciri pemimpin dan tidak mengambil kira
interaksi antara pemimpin dan pengikut
dan perkongsian maksud dalam
komunikasi serta faktor situasi
persekitaran yang boleh memberi
kesan besar dalam membentuk
sesuatu kepimpinan.
KESIMPULAN

Hampir sama dengan teori great man.


Kenapa?????
Teori sifat dikenalpasti melalui personaliti tertentu dan ciri-ciri
perlakuan yang dikongsi oleh pemimpin.
TEORI TINGKAHLAKU
Dikenali sebagai teori perlakuan kepimpinan.
Berasaskan kepada kepercayaan kpd apa yang telah dilakukan oleh
pemimpin agung bukannya dilahirkan.
Fokus kepada tindakan pemimpin dan bukannya kualiti mental /
kenyataan dalaman.
ANDAIAN TEORI TINGKAHLAKU
Pemimpin boleh dibentuk dan bukannya dilahirkan.
Pemimpin yang berjaya perlakuan yang boleh dikenalpasti dan
dipelajari.
Tidak melihat kepada sifat atau kebolehan semulajadi TETAPI
MELIHAT KEPADA APA YANG SEBENARNYA PEMIMPIN
LAKUKAN.
Cth:????????????????
Cth teori yang dirangkumi dalam teori tingkahlaku : Teori Peranan
Hubungan, Teori x dan Y Mcgregor dan Teori Pengurusan Grid
(Rensist Likert)
KEKUATAN TEORI TINGKAHLAKU

Satu lonjakan daripada teori sifat.


Kebolehan memimpin itu boleh dipelajari dan BUKANNYA SEDIA
ADA.
Mudah dibangunakan. ??????
KELEMAHAN TEORI TINGKAHLAKU

Fokus hanya kepada tindakan pemimpin bukannya kepada kualiti


mental / kenyataan dalaman.
Cth:????????

SCCD2103/A132
KESIMPULAN

Teori ini cuba menjelaskan berkenaan perkara yang


dilakukan oleh pemimpin yang berkesan serta
menggambarkan berkenaan dimensi gelagat
kepemimpinan atau gaya kepemimpinan.
TEORI KONTIGENSI

Fokus utama berdasarkan gaya kepemimpinan dan TIDAK


HANYA kerana ciri-ciri keperibadian mereka TETAPI juga
kerana pelbagai faktor situasi dan interaksi pemimpin
dengan ahli kumpulan (pengikut).

SCCD2103/A132
ANDAIAN TEORI KONTIGENSI

Satu perolehan mengenai gaya kepimpinan dan situasi.


Kaitkan hubungan antara gaya kepimpinan dan situasi
yang menyenangkan.
Kesesuaian situasi bergantung kpd 3 dimensi:
Hubungan antara pemimpin dan pekerja
Tahap struktur tugas
Kedudukan /kuasa pemimpin.
3 teori utama dalam kontigensi: Fiedlers Least Preferred
Co Worker (LPC), Cognitive Resource Theory (CRT) &
Strategic Contigencies Theory.
KEKUATAN TEORI KONTIGENSI

Disokong oleh penyelidikan empirikal


Dapat memperluaskan kefahaman kita.
Meramalkan kuasa kepemimpinan yang tidak ada dalam
teori-teori lain.
Menyediakan data mengenai daya kepemimpinan yang
boleh digunakan oleh pertubuhan yang ingin menunjukan
profil kepemimpinan.
KELEMAHAN TEORI KONTIGENSI

Gagal menerangkan dengan lengkap dan jelas bagaimana


individu yang mempunyai tahap gaya kepimpinan yang
tertentu lebih berkesan dalam situasi tertentu yang
dihadapinya berbanding orang lain.
Mempersoalkan mengapa pemimpin cenderung ke arah
tugasan dan kerja adalah pemimpin yang baik dalam
sesuatu keadaan yang melampau atau mencabar sahaja.
KESIMPULAN

Teori ini menekankan tingkahlaku pemimpin boleh diterima


oleh pengikut apabila melihat tingkahlaku demikian adalah
sumber terdekat bagi mendapatkan kepuasan atau alat
bagi mencapai kepuasan kemudian hari.
TEORI KEPIMPINAN SITUASI

1. Teori kepimpinan situasi mencadangkan ketua memilih cara terbaik


untuk bertindak berdasarkan situasi. Gaya kepimpinan yang berbeza
mungkin lebih bersesuaian dalam beberapa jenis pembuatan
keputusan.

2. Apabila keputusan diperlukan, pemimpin yang efektif tidak hanya


akan menggunakan gaya kepimpinan yang disukai sahaja,
contohnya kaedah transaksional atau transformasional. Dalam
amalan seperti yang kita maklum sesuatu perkara yang berlaku
bukannya mudah.
Yukl (1989) mengenalpasti enam pembolehubah dan
gabungan beberapa pendekatan lain.:-

Usaha subordinat menggunakan motivasi dan usaha yang sebenar.


Kebolehan subordinat dan kejelasan peranan pengikut mengetahui
apa yang perlu dilakukan dan bagaimana melakukannya.
Mengorganisasi kerja struktur kerja dan mengoptimumkan penggunaan
sumber.
Kerjasama dan kohesif kumpulan berkerja bersama-sama.
Sumber dan sokongan ketersediaan perkakasan, material, manusia
dan lain-lain.
Koordinasi luaran keperluan untuk berkerjasama dengan kumpulan
lain.
Kepimpinan Situasi Hersey dan Blanchard

Pemimpin seharusnya mengadaptasi gaya mereka kepada gaya


pembangunan pengikut (kematangan) berdasarkan
bagaimana kesediaan pengikut untuk mengerjakan tugasan
yang diperlukan (kecekapan dan motivasi). Di sini tredapat 4 gaya
kepimpinan (S1 hingga S4) yang sesuai dengan tahap
pembangunan (D1 hingga D4) pengikut.
Pertama sekali pemimpin perlu menyiasat mengapa individu tidak
bermotivasi dan memiliki kebolehan yang terhad. Kedua-dua faktor
ini mungkin berhubungan, sebagai contoh seseorang yang
percaya mereka mempunyai kebolehan yang rendah, mereka akan
cuba untuk tidak mahu melakukannya. Pengikut juga mungkin
menghadapi masalah keyakinan diri. Jika pempimpin memfokuskan
kepada hubungan, pengikut mungkin akan menjadi keliru tentang
apa yang mesti dilakukan dan apakah pilihan lain.
Model Normatif Vroom dan Yetton

1.Teori ini mengandaikan setiap keputusan yang diterima akan


meningkatkan komitmen dan keberkesanan tindakan. Terdapat
dua asas yang perlu diberikan perhatian iaitu kualiti keputusan dan
penerimaan keputusan.
2.Kualiti keputusan adalah pilihan terbaik terhadap alternatif yang ada
dan secara terperinci ia penting apabila ada banyak
alternative yang wujud. Ia juga penting apabila terdapat implikasi
yang serius untuk memilih atau kegagalan memilih alternative
yang terbaik.
Teori Laluan Matlamat House dan Mitchell

Teori laluan matlamat dibangunkan untuk menjelaskan cara


bagi ketua menggalakkan dan menyokong pengikutnya dalam
mencapai matlamat yang telah mereka tetapkan. Jadi, laluan yang
dibuat haruslah jelas dan mudah. Secara lebih terperinci ketua
mestilah:-
Menjelaskan laluan, jadi subdinat tahu cara untuk mencapainya.
Alihkan segala rintangan yang boleh menghalang mereka untuk
mencapainya.
Meningkatkan ganjaran sepanjang laluan mereka.
House dan Mitchell (1974) menyatakan empat
gaya kepemimpinan.

Kepimpinan yang menyokong


Kepimpinan yang mengarah
Kepimpinan melalui penyertaan
Kepimpinan berorientasikan pencapaian
TEORI PARTISIPATIF

1. Teori kepimpinan partisipatif mencadangkan gaya kepimpinan


yang ideal adalah dengan menggalakkan penyertaaan
pengikut. Pemimpin menggalakkan penyertaan dan
sumbangan daripada ahli kumpulan dan menolong ahli
kumpulan berasa lebih relevan dan komited dalam proses
pembuatan keputusan. Dalam teori partisipatif, walau
bagaimanpun, ketua masih lagi dikekalkan hak untuk
membenarkan input daripada yang lain.
2.Penglibatan dalam pembuatan keputusan akan meningkatkan
kefahaman terhadap isu yang berlaku bagi mereka yang
membuat keputusan. Pengikut akan lebih komited untuk bertindak
jika mereka terlibat dalam pembuatan keputusan yang relevan.
Pengikut akan kurang kompetitif dan menjadi lebih kolaboratif
apabila mereka bekerja untuk mencapai matlamat yang sama.
3. Apabila pengikut membuat keputusan bersama, komitmen
sosial di antara mereka akan menjadi lebih kuat dan akan
meningkatkan komitmen mereka terhadap keputusan yang dibuat.
Lebih ramai orang yang terlibat dalam membuat keputusan akan
menghasilkan keputusan yang lebih berbanding keputusan
yang dibuat oleh seorang individu. Ini kadangkala dipanggil
sebagai Management by Objectives.
Gaya Kepimpinan Lewin

Kurt Lewin dan rakan-rakannya telah membuat


eksperimen terhadap kepemimpinan pada tahun
1939 dan telah mengenal pasti tiga perbezaan
gaya kepimpinan terutamanya dalam pembuatan
keputusan. Gaya kepemimpinan ini telahpun
dibincangkan, iaitu autokratik, demokratik dan
laissez-faire.
Gaya Kepimpinan Likert

Likert mencadangkan dua titik kontinum, iaitu dengan


pendekatan pengeluaran pada 1 garisan dan pendekatan
pekerja pada satu garisan lain. Pengurus berorientasikan
pengeluaran menekankan kepada pengeluaran dan
aspek teknikal sesuatu kerja dan pandangan pekerja
sebagai alat mencapai matlamat organisasi. Pengurus
yang berorientasikan pekerja menekankan perhubungan
dan pandangan setiap pekerja dianggap penting.
Pendekatan pengeluaran /autokratik bertindih dengan
Teori X dan pekerja / demokratik pula bertindih dengan
Teori Y.
Konsep Teori

Likert percaya bentuk organisasi yang paling efektif


mengandungi kumpulan kerja yang saling berhubungan
dalam bentuk bertindih oleh kumpulan efektif yang
sama. Beliau mengenal pasti empat gaya pengurusan
utama dan telah mengkategorikan sebagai Sistem 1
(Exploitative Authoritative System), Sistem 2 adalah
(Benevolent Authoritative System), Sistem 3 adalah
(Consultative System) dan Sistem 4 (Participative-group
System). Likert memfokuskan kerja kumpulan sebagai
teras kepada Sistem 4, iaitu participative management.
Sistem 1 Exploitative Authoritative
System
Sistem II Benevolent Authoritative
System
Sistem III Consultative System
Sistem IV Participative-group System
TEORI KEPIMPINAN TRANSAKSIONAL

Teori Pengurusan

Teori pengurusan yang juga dikenali sebagai teori


transaksional memfokuskan ke atas peranan
penyeliaan, organisasi dan pencapaian kumpulan.
Teori ini berdasarkan kepimpinan ke atas sistem
ganjaran dan dendaan. Teori pengurusan
biasanya digunakan dalam peniagaan apabila
pekerja berjaya akan menerima ganjaran dan
apabila gagal mereka akan didenda.
Leader-Member Exchange (LMX) Theory

Kepimpinan berdasarkan kepada pendekatan model


penukaran pemimpin - anggota (leader - member
exchange) dapat memberikan kita pemahaman tentang
jalinan hubungan antara ketua-subordinat. Sejak
diperkenalkan, model ini telah menjadi begitu popular dalam
mengkonsepsisasi dan mengoperalisasi proses pertukaran
diadik antara ketua dengan subordinat-subordinat mereka.
Secara umumnya pendekatan yang digunakan oleh teori
LMX dalam konteks jalinan hubungan antara ketua dan
subordinat dapat dilihat sebagai satu bentuk pertukaran
antara ketua dan subordinat dalam usaha untuk
mengekalkan jalinan hubungan
TEORI KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL

Teori hubungan juga dikenali sebagai teori transformational


yang memfokuskan kepada hubungan yang terbentuk antara
ketua dan pengikut. Ketua memotivasi dan memberi inspirasi
kepada pengikut dengan membantu pengikut melihat
kepentingan sesuatu tugas. Pemimpin transformational
memfokuskan ke atas pencapaian kumpulan, tetapi dalam masa
yang sama mereka juga mahukan setiap pengikut memenuhi
potensi mereka. Pemimpin ini biasanya memililki etika dan standard
moral yang tinggi.
Teori Kepimpinan Bass (1989 dan 1990) mengatakan terdapat
tiga asas untuk menerangkan bagaimana seseorang menjadi
pemimpin.

1. Sestengah sifat personaliti mungkin menghala manusia secara


semulajadi kepada peranan kepimpinan. Ini dinamakan Teori
Sifat.
2. Krisis atau persitiwa penting mungkin penyebab kepada seseorang itu
muncul pada masanya yang membawa kualiti kepimpinan yang luar
biasa berbanding orang biasa. Ini dikatakan Teori Peristiwa Hebat.
3 Manusia boleh memilih untuk menjadi ketua. Manusia boleh
mempelajari kemahiran kepimpinan. Ini dikatakan oleh Teori Kepimpinan
Transformasional.
Teori Kepimpinan Transformasional Burn

1. Burn mendapati kepimpinan transformasional adalah proses di mana


ketua dan pengikut bersama-sama dalam proses mencapai antara
satu sama lain ke tahap yang lebih tinggi dalam motivasi dan
moral.
2. Burn berpandangan, pemimpin tranformasional adalah lebih efektif
berbanding pemimpin transaksional yang mana rayuan adalah lebih
mementingkan individu.
Inventori Penyertaan Kepimpinan Kouzes dan Posner

1.Bahagian penting yang dibincangkan di dalam buku ini ialah lima


tindakan yang dikenalpasti oleh Kouzes dan Posner sebagai kunci
kejayaan kepada kepimpinan:-

2.Model tindakan Ini bermaksud pemimpin perlu melakukan dahulu


setiap tindakan dan perlakuan sebelum mahukan pengkiut berbuat
demikian. Ini bermaksud kepimpinan melalui teladan. Pengikut tidak akan
percaya apa yang mereka dengar dari pemimpin tetapi apa yang
pemimpin lakukan.
3.Mengilhamkan perkongsian wawasan Pengikut tidak akan
bermotivasi melalui ancaman dan ganjaran, tetapi melalui idea
yang diperolehi melalui imiginasi mereka. Ini bermakna, memiliki
wawasan sahaja tidak mencukupi, tetapi mengkomunikasikannya
secara efektif sehinggalah pengikut mengamalkannya.
KESIMPULAN

Liputan yang menyeluruh terhadap teori komunikasi


kepimpinan dapat memberikan para pelajar perspektif
yang lebih luas dan jauh. Kesimpulannya, teori kepimpinan
dapat memberikan kita gambaran dan pengetahuan untuk
bertindak sebagai pemimpin yang berkesan dan disukai
oleh pengikut. Teras penting dalam teori komunikasi
kepimpinan yang dibincangkan di dalam bab ini masih
memfokuskan kepada aspek hubungan dan komunikasi
antara pemimpin dan pengikut. Kepimpinan tidak boleh
berfungsi dengan baik tanpa komunikasi yang berkesan.

SCCD2103/A132

Anda mungkin juga menyukai