Anda di halaman 1dari 1

Prinsip Consequentialist (Teleological)

Prinsip consequentialist mentaksir perbuatan berdasarkan akibat perbuatan yang


dilakukan. Sebagai contoh, mencuri boleh dianggap perbuatan yang baik, jika perbuatan itu
mempunyai akibat yang baik. Sebagai contoh, perbuatan mencuri atau merompak yang
dilakukan oleh Robin Hood dari golongan bangsawan yang kaya dan mengagihkan barangan
yang dicuri kepada orang miskin akan dianggap sebagai perbuatan yang baik.

Prinsip Non consequentialist (Deontological)

Prinsip non consequentialist menilai bahawa selain manfaat dan kebaikan daripada
suatu perbuatan. Perbuatan itu sendiri memiliki nilai baik atau buruk. Non consequentialist
hanya menilai suatu perbuatan berdasarkan nilai dari perbuatan tersebut. Non
consequentialist menilai bahawa mencuri adalah perbuatan buruk, kerana mencuri merupakan
perbuatan tidak bermoral dan buruk. Begitu juga dengan membunuh, berbohong dan
sebagainya. Non consequentialist memiliki prinsip-prinsip yang dinilai baik seperti kejujuran,
kepercayaan, mencegah keganasan dan menegakkan keadilan.

Anda mungkin juga menyukai