Anda di halaman 1dari 137

ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI

MALAYSIA

BAB 5: ISU-ISU KELUARGA DAN MASYARAKAT

Disediakan Oleh: Latifah Abdul Aziz


5.1 Pengenalan
Perhubungan lelaki dan wanita secara sah melalui
perkahwinan adalah asas kepada kehidupan yang
kemudiannya membentuk keluarga dan mewujudkan
masyarakat.
Hubungkait ini telah menyebabkan isu berkaitan
keluarga, kekeluargaan dan masyarakat bukan sahaja
saling bersangkutan bahkan kesempurnaan dan
kepincangan akan mencetuskan implikasi sosial kepada
setiap unit, samada keluarga kepada masyarakat
mahupun daripada masyarakat terhadap keluarga.
Idealnya, sesebuah keluarga akan memberikan
perlindungan, penjagaan, persaudaraan dan persahabatan,
keselamatan dan tapak untuk setiap ahli menjalani
proses sosialisasi.
5.1 Pengenalan
Struktur keluarga, cara ia berfungsi dan berinteraksi
serta tindak balas keluarga dengan masyarakat
bergantung kepada nilai yang menjadi landasan
pembinaannya.
Ini dipengaruhi oleh banyak perkara termasuk faktor
agama dan kemanusiaan.
Pentingnya unit keluarga didalam masyarakat sama
penting dengan oksigen kepada manusia.
Sebagaimana Pencemaran udara memberikan kesan
kepada manusia begitu jugalah kepincangan keluarga
mendatangkan kebejatan moral dan kehidupan komuniti
manusia.
5.1 Pengenalan
Seorang suami dan bapa yang berilmu dan tahu
peranannya dalam keluarga tentulah lebih berfungsi
daripada suami atau bapa yang dangkal pengetahuannya.
Allah telah menegaskan kedudukan dan darjat yang lebih
tinggi bagi mereka yang berilmu berbanding yang tidak
berilmu, dan kelebihan mereka yang beramal dengan
ilmu berbanding yang beramal tanpa ilmu.
Ilmu pengetahuan dan amal akan membezakan
pembinaan sesebuah masyarakat.
5.1 Pengenalan
Firman Allah dalam surah An-Nisa: 1














Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada
Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri
yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu
pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan
dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang
ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu
meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah
hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya
Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
5.1 Pengenalan
Masyarakat pengikut dan peniru tidak akan berkembang,
permasalahan tidak dapat ditangani dengan baik dan
persengketaan mungkin tidak akan berakhir kerana
mereka tidak berupaya untuk berfikir dan tiada
kemahiran untuk berfikir.
Namun sekiranya sesebuah keluarga itu berilmu, maka ia
akan melahirkan masyarakat yang berilmu dan berupaya
untuk berfikir untuk menyelesaikan masalah sendiri dan
meningkat kualiti hidup dan daya ketahanan yang tinggi.
5.2 Konsep Kekeluargaan dalam Islam
Pengetahuan tentang perkahwinan dan kekeluargaan
Islam merupakan perkara asas yang perlu diketahui oleh
setiap individu sebelum memasuki gerbang perkahwinan.
Islam mempunyai peraturan yang lengkap mengenai
perkahwinan dan kekeluargaan.
Setiap orang yang akan berkahwin perlu melengkapkan
diri dengan persediaan tertentu yang meliputi ilmu
fardhu ain dan fardhu kifayah sama ada yang berkaitan
dengan fizikal, mental, spiritual, ekonomi dan sosial.
5.2 Konsep Kekeluargaan dalam Islam
5.2.1 Pemilihan Jodoh
Pemilihan yang berdasarkan panduan yang
ditetapkan oleh Islam adalah kaedah pemilihan yang
terbaik.
Pemilihan calon isteri:-
Sabda Rasulullah s.a.w: Dikahwini akan perempuan
itu kerana empat perkara: hartanya, keturunannya,
kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dari
kalangan mereka yang beragama nescaya kamu
selamat.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kriteria lain adalah seperti; anak dara, berakhlak
mulia dan keturunan yang ramai.
5.2 Konsep Kekeluargaan dalam Islam
Pemilihan calon suami:-
Kriteria yang perlu diberi perhatian oleh wanita semasa
memilih suami ialah menghayati agama, memiliki akhlak
mulia, mampu memimpin keluarga dan sekufu (sama
taraf).
Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang meminang kepada
kamu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya
maka hendaklah kamu kahwini akan dia, jika kamu tidak
melakukannya nescaya akan berlaku fitnah di atas muka
bumi dan kerosakan yang besar.
(Riwayat At-Tirmizi)
5.2 Konsep Kekeluargaan dalam Islam
5.2.2 Peminangan dan Pertunangan
Peminangan bermaksud menyatakan keinginan
berkahwin oleh seseorang lelaki kepada perempuan
yang diharuskan berkahwin mengikut syarak atau
sebaliknya.
Setelah peminangan diterima dan sementara
menanti masa perkahwinan, maka tempoh tersebut
disebut sebagai tempoh pertunangan.
Pertunangan hanyalah perjanjian untuk berkahwin
dan dalam tempoh tersebut lelaki dan perempuan
wajib menjaga batasan perhubungan.
5.2 Konsep Kekeluargaan dalam Islam
Islam melarang seseorang lelaki meminang perempuan
yang sudah bertunang dengan lelaki lain selama mana
pertunangannya masih berkekalan tanpa izin keluarga
Sabda Rasulullah s.a.w: Ibnu Umar r.a berkata, Nabi
melarang seseorang menjual di atas jualan orang lain dan
melarang seseorang lelaki meminang tunangan orang lain
sehingga dia memutuskan pertunangan atau memberi
kebenaran.
(Riwayat al-Bukhari)
5.2 Konsep Kekeluargaan dalam Islam
5.2.3 Pernikahan
Nikah dari segi bahasa bermaksud himpun, kumpul
atau cantum.
Dari segi syarak bermaksud ikatan yang
menghalalkan pergaulan lelaki dan perempuan yang
diharuskan berkahwin.
5.2 Konsep Kekeluargaan dalam Islam
Firman Allah dalam surah an-Nur: 32




Maksudnya: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang
(lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-
orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan
perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan
kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana
Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi
Maha Mengetahui.
5.2 Konsep Kekeluargaan dalam Islam
Sabda Rasulullah s.a.w: Nikah itu adalah sunnahku, maka
sesiapa yang tidak beramal dengan sunnahku bukanlah ia
dari golonganku.
(Riwayat Ibn Majah)
5.2 Konsep Kekeluargaan dalam Islam
5.2.4 Matlamat Perkahwinan
Mendapat keredhaan Allah
Mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga yang
berkekalan
Memelihara kehormatan diri dalam melaksanakan
tuntutan agama
Mewujudkan ikatan kasih sayang kekeluargaan
Menambah dan meramaikan zuriat
5.2 Konsep Kekeluargaan dalam Islam
5.2.5 Hikmah Perkahwinan
Memelihara daripada melakukan perkara yang haram
seperti zina dan pergaulan bebas
Menghalalkan pergaulan lelaki dan perempuan
menurut ketentuan syarak
Memelihara kesucian keturunan
Membentuk keluarga dan menyusun masyarakat
Melahirkan semangat tolong menolong antara ahli
keluarga
Menghubungkan silaturrahim dan kasih sayang
5.2 Konsep Kekeluargaan dalam Islam
Sabda Rasulullah s.a.w: Wahai orang muda, sesiapa antara
kamu yang mempunyai kemampuan (zahir dan batin),
maka hendaklah dia berkahwin kerana ia lebih
menundukkan pandangan dan lebih memelihara
kemaluan dan sesiapa yang tidak mampu, maka
hendaklah dia berpuasa kerana berpuasa itu
memecahkan syahwat jimak (mengurangkan keinginan
jimak).
(Riwayat al-Bukhari)
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Di Malaysia, institusi sosial yang menjadi perhatian ialah
institusi keluarga. Institusi keluarga adalah unit paling
asas dan terpenting dalam proses pembentukan
masyarakat.
Sekiranya institusi keluarga berpecah belah maka kesan
sosial dan kesan ekonominya akan dirasai oleh
masyarakat dan generasi berikutnya.
Oleh itu, maju atau mundurnya sesebuah negara adalah
berpunca daripada insititusi keluarga.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Untuk itu perbincangan di bahagian ini akan menyentuh
mengenai empat isu kekeluargaan iaitu:-
5.3.1 Kesibukan bekerja
5.3.2 Pendidikan tidak seimbang
5.3.3 Pasca perceraian
5.3.4 Sumbang mahram
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
5.3.1 Kesibukan bekerja
Dalam arus pembangunan masa kini, bentuk dan
fungsi institusi keluarga telah banyak berubah.
Rancangan pembangunan di peringkat negara
mahupun di peringkat negeri mengharapkan
kemajuan ekonomi dan sosial yang positif.
Bagaimanapun, pelaksanaan rancangan pembangunan
telah mengubah peranan institusi keluarga.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Pada mulanya, rancangan pembangunan telah membuka
peluang pekerjaan kepada ahli keluarga.
Ramai wanita dan rakyat di luar bandar mendapat
pekerjaan di dalam sektor perkilangan dan sektor awam.
Penambahan pekerjaan di kalangan wanita memerlukan
tugas-tugas ibu bapa dipindahkan kepada atau dibantu
oleh agen-agen sosialisasi seperti jiran, orang gaji,
sekolah, polis, pejabat agama, pusat-pusat pemulihan dan
lain-lain.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Agen-agen sosialisasi tersebut bagaimanapun tidak
mampu memenuhi peranan institusi keluarga.
Perhubungan spiritual contohnya tidak mungkin dapat
disempurnakan oleh institusi bukan kekeluargaan.
Kekosongan jiwa boleh menimbulkan berbagai masalah,
sama ada masalah yang serius dalam rumah tangga
mahupun masalah sosial di luar rumah tangga.
Akibat pekerjaan di luar rumah, hubungan ahli keluarga
pada masa ini bersifat individualistik dan egoistik kerana
mengejar kejayaan kerjaya.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Kos kehidupan juga meningkat sehingga kedua-dua ibu
bapa perlu bekerja.
Dalam banyak kes, ahli keluarga juga perlu bekerja lebih
masa bagi menampung perbelanjaan keluarga.
Oleh yang demikian pemeliharaan dan pendidikan anak-
anak terabai.
Senario mengejar perbelanjaan harian ini bagaimanapun
telah menimbulkan tekanan emosi di kalangan ibu bapa.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Perceraian, penderaan dan kes juvana boleh berlaku
akibat tekanan emosi yang tinggi di samping sikap tidak
sabar di kalangan ibu bapa.
Bahkan, kajian terkini daripada institut sosial negara juga
mengemukakan bahawa ibu bapa yang terlalu sibuk
bekerja adalah antara faktor penyumbang kepada
peningkatan kes penderaan kanak-kanak.
Selain daripada itu anak-anak yang terlalu sibuk dengan
kerja juga mengambil inisiatif dengan menempatkan ibu
dan bapa mereka di rumah penjagaan warga emas.
Oleh yang demikian, masa yang berkualiti dengan
keluarga amatlah penting bagi menjamin kesejahteraan
hidup berkeluarga.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
5.3.2 Pendidikan tidak seimbang
Islam amat mementingkan soal pendidikan dan
penguasaan ilmu pengetahuan yang sempurna kerana ia
merupakan salah satu tunjang utama dalam
pembangunan sosial negara.
Pengabaian dalam soal pendidikan bererti mengabaikan
kebajikan masyarakat dan menjejaskan pembangunan
sesebuah negara.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Senario keluarga di Malaysia berhadapan dengan pelbagai
masalah. Antaranya gaya hidup banyak berubah
berbanding gaya hidup keluarga tradisi.
Kepesatan pembangunan yang tidak seimbang
menimbulkan pelbagai cabaran dalaman mahupun luaran
sesebuah keluarga.
Institusi keluarga menjadi semakin rapuh dengan
pelbagai cabaran antaranya pembangunan sosio ekonomi
pesat menyebabkan terdapat keluarga tidak dapat
melaksanakan peranan dengan berkesan bagi menjamin
keharmonian keluarga dalam mendidik, membentuk
akhlak, membimbing, memberi kasih sayang serta
perhatian kepada anak.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Pembangunan pesat ekonomi menyebabkan ibu bapa
yang bekerja tidak dapat menumpukan pendidikan anak-
anak di rumah menyebabkan anak-anak terlibat dengan
pelbagai gejala sosial.
Ibu bapa tidak dapat menerapkan nilai-nilai yang baik
dalam keluarga kerana kesibukan dan kesuntukan masa.
Anak-anak lebih dipentingkan ilmu dunia daripada
bekalan akhirat.
Sebagai contoh, anak-anak dihantar ke kelas tuisyen
untuk mendapat keputusan cemerlang dalam setiap
peperiksaan.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Kajian mendapati, ibu bapa kurang menitikberatkan
anak-anak ke kelas al-Quran, kelas bimbingan agama dan
yang membabitkan pendidikan iman, ibadat, akidah dan
akhlak berbanding kelas tuisyen yang menjurus kepada
peperiksaan.
Masyarakat harus melihat keseimbangan ini perlu wujud
untuk dipraktikkan dalam kehidupan.
Keseimbangan antara pendidikan dunia dan akhirat
sangat penting bagi mewujudkan jasmani, emosi, rohani
dan intelek yang seimbang.
Pendidikan ini harus dilakukan secara berterusan melalui
bimbingan, didikan dan nasihat daripada ibu bapa, guru
dan pemimpin masyarakat.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Memetik panduan oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan, ibu
bapa Muslim bertanggungjawab mendidik anak dalam
enam aspek pendidikan iaitu moral, fizikal, intelektual
(kognitif), psikologi, sosial dan seksual.
Sekiranya anak-anak diberi pendidikan dalam semua
aspek terbabit anak-anak akan menjadi pewaris yang
baik kepada ibu bapa. Oleh itu ibu bapa perlu
memelihara diri dan keluarga daripada terjerumus
dengan gejala sosial yang membawa kepada gejala
maksiat.
Perkara paling penting mendidik anak-anak dengan
akidah, beriltizam dengan hukum agama, berakhlak mulia
dan memastikan mereka melaksanakan ibadat bagi
menjauhi maksiat.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Kepentingan pendidikan kepada pembangunan
sesebuah negara dapat dilihat dengan peruntukan
perbelanjaan negara yang besar pada setiap tahun
untuk tujuan membangunkan sistem pendidikan yang
diperlukan oleh masyarakat.
Tindakan ini dianggap sebagai satu pelaburan yang
besar untuk menjamin kemajuan yang berterusan dan
bagi membangunkan modal insan minda kelas pertama'
pada masa akan datang.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
kepentingan pendidikan ini tidak harus dilihat dari segi
matlamat ekonomi sahaja, tetapi ia berkaitan dengan
melahirkan seorang insan yang beriman,
bertanggungjawb, amanah, mempunyai akhlak atau moral
yang tinggi serta matang dalam menguruskan kehidupan
diri dan keluarga dengan lebih sempurna.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
5.3.3 Pasca Perceraian
Hubungan kekeluargaan dalam sistem rumahtangga Islam
tidak terhenti setakat lafaz cerai dilafazkan.
Sistem kekeluargaan dalam Islam amat sempurna dan
adil kepada semua pihak di kalangan ahli keluarga.
Sungguhpun ikatan pernikahan telah putus akibat jatuh
talaq, Islam masih memberi ruang kepada pasangan
suami isteri untuk terus berhubungan di antara satu
dengan lain dengan batas-batas pergaulan yang
diharuskan oleh Hukum Syara.
Matlamat ini amat murni bagi memastikan hak-hak bekas
suami isteri dan anak-anak dilindungi.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Hak-hak yang boleh dituntut di Mahkamah selepas
sesuatu penceraian berlaku ialah:
i. Nafkah iddah,
ii. Tunggakan nafkah isteri,
iii. Mutah,
iv. Harta sepencarian,
v. Hak jagaan anak (hadanah),
vi. Nafkah anak.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
i. Nafkah iddah
Seseorang isteri yang diceraikan oleh suami selepas
disetubuhi, wajib beriddah. Hikmahnya ialah supaya
dalam waktu iddah talak rajie ini, suami dan isteri itu
berfikir panjang dan merasa bagaimana pahit getirnya
perceraian.
Walau bagaimanapun, bagi seseorang isteri yang
diceraikan dalam talak rajie berhak mendapat nafkah
dengan beberapa syarat:
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
a. Isteri itu diceraikan secara talak rajie (talak yang boleh
dirujuk), dalilnya ialah Nabi Muhammad saw bersabda,
'Hanya nafkah dan tempat kediaman untuk perempuan
yang boleh dirujuk oleh suaminya. (Riwayat Ahmad dan
An-Nasai)
Pendapat ini adalah sepakat mazhab empat.
b. Isteri yang hamil yang ditalak dengan talak bain (tidak
boleh dirujuk) berhak juga mendapat nafkah sehingga
anak itu lahir. Ini berdasarkan firman Allah swt: 'Kalau
mereka itu hamil, maka berilah nafkah kepada
mereka hingga mereka melahirkan anaknya. (
Surah At-Talaq: 6)
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Fuqaha bersepakat dalam perkara ini di mana
perempuan itu berhak mendapat nafkah, pakaian dan
tempat tinggal hingga anak itu lahir.
Seseorang isteri yang mengandung sememangnya
menghadapi keletihan dan tekanan perasaan memikirkan
tentang kesempurnaan bayi kandungannya. Apabila
berlaku perceraian kesannya akan menambahkan lagi
penderitaan di mana kemungkinan besar memberi kesan
kepada kesempurnaan bayi dan menganggu kesihatan si
ibu. Oleh itu sebagai langkah untuk mengurangkan
tekanan perasaaan dan menjaga kepentingan anak dalam
kandungannya maka Islam memutuskan bahawa
perempuan hamil walaupun diceraikan secara talak bain
berhak juga mendapat nafkah iddah.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
c) Perempuan tidak hamil yang diceraikan secara talak
bain, tidak berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat
kediaman.
Ini adalah pendapat Jumhur Fuqaha dengan alasan ketika
nabi Muhammaa s.a.w mengulas mengenai talak tiga ia
menyatakan: 'Tidak ada hak untuknya bagi tempat
kediaman dan nafkah. (Riwayat Ahmad dan Muslim)
Walau bagaimanapun, menurut Hanafi perempuan dalam
kes ini berhak mendapat nafkah kerana Allah swt
berfirman: 'Berikanlah mereka itu tempat kediaman
sebagaimana tempat kediaman kamu dari
kekayaaan kamu. (Surah At-Talak : 6)
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Menurut Hanafi kehendak ayat ini adalah umum sama
ada perempuan itu dalam iddah talak rajie atau talak bain
semuanya mendapat nafkah.
d) Isteri yang dalam iddah kerana kematian suami tidak
berhak mendapat nafkah eddah meskipun ia dalam
kaeadaan hamil.
Mengenai perkara ini Nabi Muhammad saw menjelaskan:
'Tidaklah mendapat nafkah bagi perempuan hamil yang
kematian suami. (Riwayat Darul-Qutni)
Pendapat ini adalah sepakat Fuqaha kerana pada
kebiasaaannya seseorang yang diceraikan kerana
kematian suami boleh membeuat tuntutan pusaka ke
atas harta peninggalan suami dan tanggungjawab suami
itu dianggap terhapus
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
e) Isteri hendaklah taat dan patuh kepada suami iaitu
isteri tidak nusyuz.
Menurut kitab Kifayah Al-Akhyar Juz 29 halaman 48
menyatakan: 'Apabila seseorang isteri nusyuz maka
gugurlah hak isteri untuk menerima nafkah, pakaian dan
giliran'.
Dalam kes Syarifah Sapoyah lwn Wan Alwi (1988 Jld. VI-II
J.H.) Yang Arif Kadi Besar Sarawak Awang Pon bin Awang
Sebon ketika memutuskan kes itu berhubung dengan
tuntutan nafkah eddah menyatakan:
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
'Menurut Hukum Syarak seseorang isteri yang telah
diceraikan oleh suaminya berhak mendapat nafkah
iddahnya sekiranya seseorang isteri itu diceraikan
dengan talak rajie atau dengan talak bain sedangkan si
isteri mengandung dan isteri tersebut tidak melakukan
perbuatan yang dianggap nusyuz.
Dalilnya ialah: 'Dari Fatimah binti Qais bahawa Rasulullah
saw menyatakan hanya perempuan yang berhak mengambil
nafkah dan rumah kediaman bekas suaminya apabila suami
berhak rujuk kepadanya. (Riwayat Ahmad dan An-Nasai)
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Menurut Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj.
Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan kes Noor
Bee lwn Ahmad Shanusi (1978 Jld. 1 J.H.) menyatakan:
'Hak nafkah iddah jika tidak dijelaskan semasa iddah maka
ia menjadi hutang ke atas suami yang menceraikan isterinya.
Tetapi tempat kediaman jika tidak dituntut semasa dalam
iddah maka hak itu terluput', berdasarkan pandangan kitab
Kifayah Al-Akhyar Juz 2 halaman 85 ; 'Jika sebahagian
atau keseluruhan masa iddah telah berlalu dan isteri (yang
diceraikan) tidak menuntut hak tempat tinggal maka
gugurlah hak itu dan tidak menjadi hutang ke atas suami
yang menceraikan isterinya'.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
ii. Tunggakan Nafkah
Tunggakan nafkah ialah nafkah yang tidak ditunaikan oleh
suami kepada isterinya dalam tempoh perkahwinan dan
menjadi hutang ke atas suaminya dan wajib dibayar.
Tunggakan ini terdapat dalam peruntukan seksyen 69 Akta
Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984
dan boleh dituntut di Mahkamah Syariah.
Dalam kes di Kedah Ismail lwn Norsiah ( (1970) 2 JH 111),
pihak-pihak telah berkahwin semenjak 1961. Suaminya tidak
memberi nafkah dan isterinya menuntut sara nafkah selama
5 tahun 1 bulan dan 17 hari dengan kadar satu hari satu
ringgit berjumlah RM 1847. Kadi Besar telah menhukumkan
pihak kena tuntut membayar nafkah dan pihak kene tuntut
telah merayu kepada Mahkamah Rayuan Syariah.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Mahkamah Rayuan Syariah telah mengesahkan hukuman
Kadi Besar akan tetapi kadar nafkah dikurangkan. Dalam
keputusannya Mahkamah Rayuan Syariah berkata: Perayu
kena bayar sara nafkah kepada penentang di atas alasan-
alasan dan hujah itu berbetulan, tetapi oleh kerana
perayu seorang peniaga di pekan harian dan tidak ada
lain pekerjaan dan tidak ada harta dan dipercayai
pendapatannya tidak seimbang dengan kehendak
hidupnya yang sederhana, maka Jawatankuasa
menjatuhkan hukum bahawa perayu dikenakan bayar
sara nafkah kepada penentang sebanyak RM 955
dikurangkan daripada hukuman asal.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
iii. Mut'ah
Mut'ah ialah sejumlah harta di mana suami wajib
memberi kepada bekas isterinya yang pernah disetubuhi
jika perceraian itu bukan berpunca dari isteri dan bukan
kematian suami. Dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat
mengenai mut'ah:
'Kepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah
diberikan oleh suaminya) mut'ah menurut yang maaruf
sebagai suatu kewajiban bagi orang-orang yang
bertaqwa'.
(Surah Al-Baqarah : 241)
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Dalam ayat yang lain pula Allah swt menyatakan:
'Tidaklah kamu bersalah jika kamu menceraikan isteri-
isteri kamu sebelum kamu bercampur dengan mereka
atau sebelum kamu menetapkan mas kahwin untuk
mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi
mut'ah (pemberian saguhati) kepada mereka iaitu suami
yang senang menurut kemampuannya dan suami yang
miskin menurut kemampuannya sebagai pemberian
saguhati menurut yang patut lagi menjadi satu kewajiban
atas orang-orang yang mahu berbuat kebajikan. (Surah
Al-Baqarah : 236)
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Mut'ah itu boleh sama ada berbentuk pakaian, barang-
barang atau wang sesuai dengan keadaan dan kedudukan
suami.
Islam tidak menetapkan kadar mengenai mut'ah ini.
Dasar penetapannya bergantung kepada keredhaan dan
persetujuan suami isteri.
Walau bagaimanapun, jika kadarnya menjadi
pertelingkahan suami isteri, maka Mahkamah Syariah
akan memutuskan kadar yang patut berdasarkan
kemampuan suami.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Dalam kes Tengku Anum Zaharah lwn Dato Dr. Hussein (1980,
Jld.3 J.H.) Peguam bagi pihak menuntut (isteri) telah
merujuk kepada kes Hasan bin Ali bin Abi Talib yang mana
semasa beliau menjadi khalifah telah menceraikan isterinya
dan memberi 10,000 dinar sebagai mut'ah. Peguam iu
berhujah pihak yang kena tuntut (suami) seorang yang
berkemampuan. Yang Arif Kadi Besar selangor (pada masa
itu) telah merujuk surah Al-Ahzab ayat 49 dan memutuskan
pihak yang menuntut (isteri) berjaya menuntut mut'ah
sebanyak RM25,200 sebagaimana yang dituntutnya.
Apa yang nyata berdasarkan kes ini, walaupun seseorang
wanita itu mempunyai pendapatan yang baik, ia tetap
menuntut haknya kerana perceraian itu atas kehendak
suami.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Dalam Islam pemberian mut'ah ini bertujuan:
Seseorang isteri lazimnya bergantung hidup kepada suami.
Oleh itu apabila ada pemberian mut'ah ini, maka bekas isteri
bolehlah menggunakannya sebagai modal untuk berdikari
dan memulakan hidup baru selepas bercerai.
Menghilangkan rasa malu dan prasangka buruk terhadap
isteri. Pada kebiasaaannya terdapat anggapan masyarakat
bahawa seseorang wanita yang diceraikan kerana ada
sesuatu aib pada dirinya. Oleh itu pemberian mut'ah itu
bermakna perceraian itu bukan berpunca dari bekas isteri.
Untuk menentukan perceraian itu dibuat secara baik dan
sebagai penghargaan suami terhadap isteri atas sumbangan
dan peranan yang diberikan oleh isteri.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
iv. Harta Sepencarian
Tuntutan harta sepencarian adalah lebih berdasarkan kepada
undang-undang adat Melayu. Oleh kerana prinsip harta
sepencarian tidak berlawanan dengan kehendak Syariah Islam
maka peruntukan harta sepencarian diterima sebagai
sebahagaian daripada Undang-Undang Islam di Malaysia yang
diperuntukkan dalam seksyen 58 Akta Undang-Undang
Kleuarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
Dalam Al-Quran ada menyebut: 'Orang lelaki ada bahagian
dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan
pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan'.
(Surah An-Nisa: 32)
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Menurut Seksyen 2 Akta Undang-Undang Keluarga Islam
Wilayah Persekutuan 1984, harta sepencarian ditakrifkan
sebagai: 'Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri
semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat
yang ditentukan oleh Hukum Syarak.
Menurut Ahmad Ibrahim ketika memberi keputusan
Lembaga Rayuan Wilayah Persekutuan bagi kes Mansjur
lwn Kamariah (1988, Jld. VI, 2 J.J.) tentang harta
sepencarian menyatakan:
'Apabila timbul pertikaian mengenai kadar pembahagian
harta seperncarian, jika tidak terdapat persetujuan,
keputusan diserahkan kepada hakim yang menggunakan
budibicaranya'. Ini bermakna hakim akan membuat
keputusan sendiri berdasarkan budi bicaranya'.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Persoalan yang timbul ialah bagaimana kedudukan
seseorang isteri yang hanya bertugas sebagai suri
rumahtangga sepenuh masa, adakah ia berpeluang
menuntut harta sepencarian?
Dalam kes Boto binti Taha lwn Jaafar bin Muhammad
(1984, 1 J.H.) telah diputuskan bahawa seorang isteri
yang hanya bertugas menolong suami berhak mendapat
harta sepencarian. Fakta kesnya adalah seperti berikut:
Pihak menuntut (isteri) telah menuntut harta sepencarian
dari bekas suaminya separuh dari harta yang diperolehi
semasa dalam perkahwinan. Harta-harta itu termasuk
tanah, rumah, perahu, jala ikan dan warung ikan (gerai
tempat menjual ikan).
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Apabila isteri berkahwin dengan pihak yang kena tuntut pihak
yang menuntut telah meninggalkan kerjayanya sebagai
pembantu kedai di sebuah restoran dan bertugas sebagai suri
rumah di samping membantu tugas-tugas suami.
Yang Arif Hakim Saleh Abas (ketika itu) ketika memutuskan
kes itu menyatakan: 'Pihak menuntut (isteri) menemani pihak
kena tuntut boleh dikira sebagai usahanya bersama atau
sumbangannya memperolehi pendapatan yang mana telah
menghasilkan harta itu. Memang betul bahawa pihak menuntut
(isteri) tidak mengambil bahagian langsung dalam perniagaan
ikan dengan pihak kena tuntut (suami) akan tetapi kesediaannya
berdampingan dengan pihak kena tuntut adalah menghasilkan
ketenangan fikiran yang membolehkannya berniaga dengan
berkesan.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
v. Hak jagaan anak (hadanah)
Hadanah bermakna pemeliharaan anak lelaki atau
perempuan yang masih kecil yang belum boleh berdikari,
menjaga kepentingan anak, melindunginya dari segala
yang membahayakan dirinya, mendidik rohani dan
jasmani serta akalnya supaya si anak dapat berkembang
dan dapat mengatasi persoalan hidup yang akan
dihadapinya.
Dalam Islam, hukum memelihara anak adalah satu
kewajiban ibu bapa kerana si anak memerlukan asuhan
dan kasih sayang ketika dalam proses pertumbuhan
hidupnya.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah
bin Umar, 'Bahawasanya seseorang perempuan telah
datang menemui Rasulullah saw dan bertanya: 'Ya
Rasulullah, bahawa anakku ini, perutkulah kandungannya,
susukulah minumannya dan ribaanku rumahnya tetapi
bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas
anak itu daripada aku'. Selepas mendengar aduan itu
Rasulullah saw bersabda,'Engkaulah yang lebih berhak
menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain.
(Riwayat Abu Daud)
Hadith ini menetapkan bahawa ibu adalah lebih berhak
terhadap pemeliharaan anak daripada ayah.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Berdasarkan kepada kiasan hadith tersebut ternyata
orang perempuan lebih diutamakan tentang hak
pemeliharaan anak, kemudiannya barulah diikuti oleh
orang lelaki. Islam mengutamakan perempuan dalam hal
hadanah ini kerana ibu lebih sayang kepada anaknya,
lebih tahu bagaimana mendidiknya dan lebih sabar dalam
mengasuh anaknya daripada ayah.
Demikian juga mempunyai masa yang luas berdampingan
dan bermanja dengan anak-anak berbanding dengan bapa
yang selalu sibuk dengan tugas di luar.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Dalam kes Zawiyah lwn Ruslan (1980 Jld. 1, 2 J.H.) Yang
Arif Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj.
Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan kes itu
menyatakan anak-anak yang belum mumaiyyiz diserah
kepada ibunya berdasarkan hujah kitab Kifayah Al-
Akhyar Juz 2 halaman 93: 'Apabila mencerai seseorang
lelaki akan isterinya dan ia mempunyai anak dengan isteri
itu maka si isteri berhak memelihara anak itu sehingga
anak itu berumur tujuh tahun (mumaiyyiz)'.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Dalam kes yang lain iaitu Rugayah lwn Bujang (1987 Jld. VI,
I J.H.) Yang Arif Kadi Besar Wilayah Persekutuan Syeikh
Ghazali bin Hj. Abd. Rahman telah memutuskan hak
jagaan anak yang mumaiyyiz adalah diberi pilihan kepada
anak-anak itu siapakah yang ia mahu sama ada tinggal
dengan ibu atau bapa dengan berdasarkan sebuah hadith:
'Bahawa Rasulullah saw telah menyuruh seorang anak yang
sudah mumaiyyiz supaya memilih sama ada ibu atau bapa
yang dia suka tinggal. (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Berdasarkan maksud Seksyen 84(1) Akta Undang-
Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, dianggap
belum mumaiyyiz bagi kanak-kanak lelaki ialah dari bayi
hingga berumur 6 tahun. Manakala kanak-kanak
perempuan pula dari bayi hingga berumur 8 tahun. Ini
bermakna kanak-kanak lelaki yang telah mencapai umur
7 tahun dan kanak-kanak perempuan yang telah
mencapai umur 9 tahun dianggap mumaiyyiz.
Walau bagaimanapun dalam Seksyen 84(2) keputusan
yang dibuat oleh anak tidak mutlak kerana Mahkamah
boleh memerintahkan keputusan yang berlawanan
dengan pilihan anak.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Kadangkala juga timbul masalah sepasang suami isteri
yang pada asalnya mereka bersekedudukan dan
melahirkan anak. Apabila berlaku perceraian, anak itu
menjadi bahan rebutan. Persoalan yang timbul ialah
siapakah yang berhak menjaga anak yang tak sah taraf
itu?
Menurut Seksyen 85 Akta Undang-Undang Keluarga
Islam Wilayah Persekutuan menyatakan: Penjagaan kanak-
kanak tak sah taraf adalah semata-mata pada ibu dan
saudara mara ibu.
Ibu itu yang mengandung dan melahirkannya maka ia
berhak menjaga dan menafkahkannya. Anak di luar nikah
dianggap tidak mempunyai bapa. Oleh itu di luar bidang
kuasa lelaki itu untuk membuat tuntutan.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
vi. Nafkah anak
Dalam Islam hak mendapat kehidupan bagi si anak
merupakan hak anak yang tidak boleh diganggu dan
disekat.
Hak hidup itu juga bererti menjadi kewajiban orang tua
memelihara dan memberi bekal ilmu kepada anak
sehingga anak itu boleh berdikari.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Dari sebuah hadith yang diterangkan oleh Aisyah r.a.
bahawa Rasulullah saw bersabda: 'Hindun pernah
bertanya: 'Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufian (suami
Hindun) seorang lelaki yang sangat bakhil. Ia tidak pernah
memberi belanja kepadaku yang dapat mencukupi diriku
dan anakku kecuali apa yang aku ambil dari hartanya itu,
sedangkan ia tidak mengetahuinya'. Kemudian Rasulullah
saw menjawab: 'Ambillah apa yang sekiranya boleh
mencukupi dirimu dan anakmu dengan cara yang makruf.
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Berdasarkan kepada seksyen 72 Akta Undang-Undang
Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984
memperuntukkan:
(1) Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu
perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka
adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki
menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada
dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain,
sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat
tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pelajaran
sebagaimana yang munasabah memandang kepada
kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan
membayar kosnya.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
(2) Kecuali seperti tersebut di atas, adalah menjadi
kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah
Hukum Syarak, supaya menanggung nafkah atau memberi
sumbangan kepada nafkah kanak-kanak jika bapa kanak-
kanak itu telah mati atau tempat di mana bapanya berada
tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak
berupaya menanggung nafkah mereka.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Tempoh perintah bagi seseorang bapa untuk
menanggung nafkah anaknya adalah tertakluk kepada
seksyen 79 iaitu:
perintah nafkah hendaklah tamat apabila anak itu mencapai
umur lapan belas tahun, tetapi Mahkamah boleh, atas
permohonan oleh anak itu atau oleh seseorang lain,
melanjutkan perintah nafkah itu supaya meliputi apa-apa
tempoh tambahan yang difikirkannya munasabah, bagi
membolehkan anak itu mengikuti pelajaran atau latihan
lanjut atau lebih tinggi.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia

5.3.4 Sumbang mahram


Sumbang mahram atau inses ialah hubungan seksual di antara
individu yang mempunyai pertalian dan/atau yang diharamkan
berkahwin oleh agama dan/atau adat (seperti ibu bapa dan
anak, pakcik/makcik dan anak saudara dan sebagainya)
Mengikut statistik Polis Bukit Aman, sepanjang 2000 hingga
2007, Johor dan Selangor mencatatkan kes sumbang mahram
tertinggi iaitu masing-masing sebanyak 308 kes daripada
keseluruhan 2,158 kes dilaporkan kepada polis. Sabah
mencatatkan jumlah kedua tertinggi iaitu sebanyak 258 kes,
diikuti Perak (197), Kedah (195), Pahang (164) dan Sarawak
(136). Terengganu mencatatkan sebanyak 109 kes, Kelantan
(107), Negeri Sembilan (102), Melaka (101), Kuala Lumpur
(96), Pulau Pinang (59) dan Perlis (18).
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Firman Allah SWT: Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan
(perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak
kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu,
dan saudara-saudara ibu kamu, dan anak-anak saudara kamu yang
lelaki, dan anak- anak saudara kamu yang perempuan dan ibu-ibu kamu
yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan
ibu-ibu isteri kamu dan anak-anak tiri yang dalam peliharaan kamu dari
isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri
mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telah pun menceraikan mereka),
maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga
kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang
berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua-
beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), Kecuali yang berlaku
pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah maha Pengampun, lagi
Maha mengasihani. (An-Nisa: 23)
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Sumbang mahram ialah jenayah menurut Seksyen 376A
dan Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang boleh
dikenakan hukuman penjara tidak kurang enam tahun
dan tidak melebihi 20 puluh tahun serta sebatan.
Sumbang mahram dikenakan hukuman menurut Seksyen
20, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1997, (Akta 559), yang memperuntukkan:
Mana-mana orang yang melakukan perbuatan sumbang
mahram adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun
atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum
dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Kajian Dr Abdul Hadi Zakaria, pada 1996 dan laporannya
diterbitkan Januari 1998 dengan tajuk Haruan Makan
Anak: Inses di Semenanjung Malaysia menunjukkan dari
1992 hingga 1994, 30 peratus kes rogol dilaporkan
membabitkan sumbang mahram.
Pelaku utama jenayah ini ialah bapa kandung (48.8
peratus) dan diikuti bapa tiri (24.4 peratus). Si pelaku
lain ialah bapa saudara, abang ipar dan datuk. Kebanyakan
kes sumbang mahram berlaku di rumah kediaman
mangsa.
Kajian juga menunjukkan kes sumbang mahram
membabitkan mangsa yang muda, iaitu 54.9 peratus dari
mereka berumur antara 11 hingga 15 tahun manakala
umur si pelaku pula dari semuda 18 hingga 65 tahun.
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Punca-punca sumbang mahram:
Kegagalan isteri memenuhi keperluan suami
Tahap iman yang lemah dan bahan lucah
Batas pergaulan
Tidak mengamalkan kehidupan yang dianjurkan Islam
Keruntuhan institusi keluarga/ perkahwinan
Pakaian yang tidak menutup aurat (mengghairahkan
semasa di rumah)
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Kesan terhadap mangsa sumbang mahram:
Hilang kepercayaan pada orang lain
Takutkan hubungan intim
Murung
Rasa ingin bunuh diri
Keyakinan diri yang rendah
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
Kaedah menangani tingkah laku sumbang mahram:
Melaporkan kejadian sumbang mahram
Peranan media untuk menghebahkan maklumat
mengenai gejala sumbang mahram
Kuatkuasakan undang-undang
Menjatuhkan hukuman yang lebih setimpal dengan
kesalahan si pelaku
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Beberapa isu semasa yang berkaitan dengan masyarakat
akan dibincangkan :
5.4.1 Kebejatan moral
i. Penyalahgunaan dadah
ii. Seks bebas
iii. Lumba haram/ Rempit
iv. kemurungan
5.4.2 Kelemahan institusi masjid
i. Kelesuan masjid
ii. Masalah dan cabaran
iii. Meningkatkan tadbir urus profesional
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
5.4.1 Kebejatan Moral
Keadaan masyarakat di negara ini masih lagi
bergelumang dengan kemaksiatan dan keruntuhan modal
insan sebagai seorang Muslim, bahkan fenomena ini
semakin berleluasa dan sangat membimbangkan.
Hanya segelintir sahaja masyarakat Islam di negara ini
yang memegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenar
sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Quran dan al-
Sunnah.
Malah sebahagian masyarakat Islam lain masih jauh
ketinggalan dan lalai dengan ajaran yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
i. Penyalahgunaan dadah
Banyak kesan-kesan buruk boleh berlaku akibat
penagihan dadah antaranya ialah kesihatan sering
terganggu, akan terdedah dengan pelbagai jenis penyakit
yang tidak terkira pedih dan peritnya, antaranya boleh
berlakunya kematian mengejut akibat lebihan dos
(sukatan dadah yang diambil) berlebihan, menyebabkan
gangguan emosi dan psikologi, memusnahkan
keharmonian rumahtangga, melumpuhkan ekonomi serta
mengancam keselamatan negara.
Antara punca utama berlakunya penagihan dadah dalam
kalangan remaja ialah kerana pengaruh kawan-kawan,
perasaan ingin tahu, untuk keseronokan dan kerana
tekanan jiwa.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Tahun 2006 2007 2008 2009
Jantina
Lelaki 22348 14141 12076 15458
Perempuan 463 348 276 278
Jumlah 22811 14489 12352 15736

Jadual 1: Statistik Penagih Dadah di Malaysia (2006-2009)


Sumber:Agensi AntiDadah Kebangsaan
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Kajian yang dilaksanakan oleh Bahagian Penyelidikan,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada tahun
2010 yang lalu ke atas remaja di tiga Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
mendapati bahawa rata-rata para remaja mengharapkan
mendapat perhatian sewajarnya dari ibu bapa mereka
terutama bagi membentuk masa depan mereka yang
lebih cemerlang disamping faktor alam persekitaran yang
lain.
Faktor keluarga merupakan faktor yang paling
diutamakan kerana ianya amat penting dalam mencorak
masa depan mereka.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Para Ulama juga bersepakat bahawa dadah adalah
haram disisi Islam. Begitu juga mereka bersepakat
bahawa semua jenis dadah adalah haram (termasuk
dalam pengertian khamar atau arak) kerana kedua-
duanya boleh memabukkan, mengkhayalkan,
meletihlesukan, merosakkan akal fikiran, menyebabkan
ketagihan dan gangguan tingkah laku.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Pengharaman penyalahgunaan dadah adalah berdasarkan
firman Allah yang bermaksud;
Wahai orang yang beriman, sesungguhnya khamar atau
arak atau dadah, berjudi, menyembah berhala dan
bertenung nasib adalah perbuatan keji dan kotor yang
terdiri dari amalan syaitan, maka jauhilah perbuatan-
perbuatan ini supaya kamu memperoleh kejayaan. (Al-
Maidah: 90)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
Setiap yang memabukkan adalah khamar (arak atau
dadah) dan setiap khamar itu adalah haram.(Hadis
riwayat Muslim)
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
ii. Seks luar nikah
Takrif hamil luar nikah ialah mengandung sebelum
berkahwin di mana kewujudan hubungan seks di antara
dua pasangan yang tidak mempunyai pertalian nikah yang
sah.
Penglibatan remaja dalam aktiviti seksual pada usia yang
muda boleh menyebabkan kemudaratan kepada emosi,
fizikal dan sosial kanak-kanak terutama kepada kanak-
kanak/remaja perempuan.
Di Malaysia, lebih 300 orang kanak-kanak dan remaja
Melayu, 13 hingga 25 tahun didapati terlibat dengan salah
laku seksual dan seks bebas sehingga menyebabkan
kehamilan dan melakukan pengguguran janin.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Dalam masa yang sama Malaysia sedang menghadapi
dilema sosial yang melibatkan peningkatan kes
pembuangan bayi.
Kajian sejak 1990an pula mendedahkan bahawa ramai
remaja yang tidak menganggap tingkah laku bukan
persetubuhan (seperti ciuman mulut, berpelukan erat,
meraba anggota pasangan) adalah sebagai seks.
Ini merupakan indikator bahawa tingkah laku seks bukan
persetubuhan semakin dapat diterima dalam kalangan
remaja kini.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Tahun 2007 2008 2009 2010
Etnik
Melayu 16100 16541 17303 17490
Cina 5111 4943 4128 3864
India 4818 4772 5044 4703
Lain-Lain 18205 20566 25903 26475
Jumlah 44234 46822 52378 52982

Jadual 2: Statistik Anak Luar Nikah Mengikut Bangsa


(2007-2010)
Sumber: JPN
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Kajian menunjukkan remaja yang terlibat dengan aktiviti
seksual semasa umur masih muda didapati mempunyai
lebih banyak pasangan, lebih kerap melakukan seks,
melakukan seks tanpa perlindungan yang mana akhirnya
ramai dalam kalangan mereka yang sangat berisiko
kepada jangkitan seksual dan kehamilan
Di Malaysia, kes-kes kehamilan luar nikah merupakan
punca utama kepada kes pembuangan bayi.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Umur Tahun Jumlah
2004 2005 2006 2007 2008 2009
< 18 4 0 1 3 7 5 20
18-25 10 9 2 7 5 7 40
>25 8 5 2 5 8 5 33
Tidak 61 54 78 84 84 63 424
diketahui
Jumlah 83 68 83 99 104 80 517
Jadual 3: Usia terlibat dengan Pembungan Bayi
Sumber: PDRM
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Bil Tahun Jumlah
1 2004 78
2 2005 67
3 2006 83
4 2007 76
5 2008 102
6 2009 79
7 2010 91
Jumlah 576

Jadual 4: Statistik Kes Pembuangan Bayi (2004-2010)


Sumber: PDRM
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Ekoran kejadian pembuangan bayi yang berleluasa ini,
Malaysia mengambil langkah tegas dengan meletakkan
kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh
(Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa
hukuman mati) atau percubaan membunuh (Seksyen 307
yang membawa penjara maksimum 20 tahun)
berbanding sebelum ini semua kes pembuangan bayi
disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang
membawa hukuman denda yang lebih ringan iaitu
maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-
duanya sekali jika sabit kesalahan.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Di Malaysia, tiada satu akta yang khusus yang mengawal
jenayah pengguguran sepertimana Akta Pengguguran
1961 di United Kingdom dan Medical Termination of
Pregnancy Act 1971 yang berkuatkuasa pada 1 April 1972
di India.
Setakat ini segala bentuk jenayah yang berkaitan dengan
pengguguran secara langsung atau tidak langsung hanya
diperuntukkan di bawah Kanun Keseksaan di Malaysia.
Seksyen 312-seksyen 316 yang diperuntukkan di bawah
Kanun Keseksaan (Pindaan) 1989 (Akta A727) jelas
memperuntukkan hukuman bagi kesalahan yang berkait
dengan jenayah pengguguran bayi.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Allah Taala melarang perbuatan menghampiri zina
berdasarkan firman Allah: Dan janganlah kamu
menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang
membawa kerosakan). (Al-Isra: 32)
Oleh kerana zina itu ialah perbuatan yang terkutuk,
maka apa saja yang berkaitan dengannya, sama ada
perbuatan, kelakuan, perkataan atau apa sahaja kegiatan
yang boleh menjerumuskan atau membawa seseorang
itu terjerumus ke dalam perbuatan zina, maka ia
diharamkan Allah.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
iii.Lumba Haram/ Rempit
Fenomena Mat Rempit di Malaysia sering kali dikaitkan
dengan pelbagai istilah yang merujuk kepada individu
yang terlibat dalam tingkah laku memandu motosikal
secara laju dan membahayakan diri dan orang awam
seperti Mat Motor, pelumba haram, budak racing, Mat
Bodoh, dan lain-lain lagi.
Kumpulan Mat Rempit dilihat sebagai sebuah kumpulan
yang dianggap agresif, ganas, liar, menakutkan, tidak
berpendidikan tinggi dan terlibat dengan penyalahgunaan
dadah serta memiliki sub-budaya dan organisasi khusus.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Sesetengah individu daripada kumpulan ini juga
dikatakan terlibat dengan kes-kes jenayah dan
delinkuensi.
Kehadiran kumpulan Mat Rempit di Kuala Lumpur boleh
dilihat dengan ketara di kawasan Dataran Merdeka
sebagai lokasi utama dan kawasan-kawasan sekitarnya
seperti di Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Chow
Kit, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di kawasan-kawasan
Bangsar, Ampang, Cheras, Sentul, Kepong, Damansara
dan Brickfields.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Kegiatan lumba haram yang dilakukan oleh mereka
dianggap amat membahayakan keselamatan mereka
sendiri dan orang lain di sekeliling mereka.
Mat Rempit bukan sahaja berlumba haram malah
mereka berani melakukan aksi-aksi akrobatik dengan
memaparkan aksiaksi yang berbahaya dan menggerunkan
dengan motosikal yang telah diubahsuai secara haram.
Mereka juga menganggotai kumpulan-kumpulan Mat
Rempit tertentu yang ditubuhkan sendiri seperti
kumpulan Aparche, Bethoven, Pangkah, Night Frolics dan
sebagainya.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Mat Rempit sering menggunakan motosikal yang
berkuasa sederhana di antara 100 hingga 150cc seperti
motosikal Honda EX5, Kriss, Suzuki RGV, Suzuki RG
Sport,Yamaha 125Z,Yamaha RXZ dan Yamaha TZM.
Motosikal yang berkuasa bawah daripada 135cc digelar
sebagai motor kapcai.
Mat Rempit seringkali membuat beberapa ubahsuaian
motosikal milik mereka untuk aktiviti berlumba haram
dan melakukan aksi-aksi ala akrobatik seperti corner
lap, wheelie, wikang dan superman.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Perlumbaan haram yang dijalankan secara suka-suka
sekadar menuntut ganjaran yang minima seperti belanja
makan dan sekotak rokok.
Bagi perlumbaan haram yang dijalankan secara serius
dan dirancang, ganjaran atau hadiah yang ditawarkan
adalah lebih tinggi seperti wang ringgit, motosikal, wanita
dan sesiapa yang kalah dalam perlumbaan haram akan
dijadikan kadam atau orang suruhan untuk satu jangka
masa yang ditetapkan.
Wanita yang menjadi habuan atau hadiah perlumbaan
dikenali sebagai Minah Rempit.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Dalam kalangan Mat Rempit juga terdapat mereka yang
terlibat dengan penyalahgunaan dadah seperti parkos,
iaitu ubat batuk dicampur dengan air bergas seperti
coke, kacang iaitu pil ecstacy, eramin 5 dan boh iaitu
marijuana.
Alat yang digunakan bagi memproses bahan-bahan yang
digunakan untuk menagih ganja disebut sebagai dapur.
Dapur biasanya dibuat daripada botol plastik bertutup
yang dipasang dengan getah paip pada bahagian tepi
botol tersebut.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Terdapat juga dalam kalangan mereka yang menjadi agen
atau pembekal bagi mengedar dadah yang digelar sebagai
token.
Token berperanan memastikan bekalan yang
dikehendaki diperolehi dan token pada sesuatu masa
mengenakan harga yang terlalu tinggi bagi sesuatu jenis
dadah sekiranya dadah yang dikehendaki sukar didapati
atau kehabisan bekalan.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Mat Rempit adalah segolongan remaja yang mempunyai
azam dan semangat yang kuat untuk mencapai sesuatu
yang diinginkan.
Nilai dan norma sedemikian merupakan nilai yang
mendorong mereka berfikiran secara positif untuk
berjaya tetapi azam tersebut diaplikasikan pada tingkah
laku yang dianggap tidak baik.
Sebagai contoh, bagi memastikan seseorang pelumba
haram yang mewakili sesebuah kumpulan Mat Rempit
tertentu berjaya dalam sesebuah perlumbaan haram,
ahli-ahli sesebuah kumpulan sanggup menggunakan
strategi atau alternatif tertentu untuk memperolehi
kejayaan sebagai milik bersama.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Strategi atau alternatif yang akan digunakan adalah
seperti merasuah pelumba haram lawan, menyapukan
minyak atau menuang minyak di litar lumba haram dan
mendajal atau sabotaj motosikal milik pihak lawan.
Sebab utama ramai yang menyertai kumpulan Mat
Rempit adalah faktor keselamatan dan kepuasan apabila
mereka melakukan sebarang aktiviti bersama kawan-
kawan seperti melepak, beraksi dengan motosikal
masing-masing, berlumba dan mengambil dadah.
Selain berupaya menikmati keseronokan yang relatif
lebih apabila bersama rakan-rakan, kumpulan Mat
Rempit secara langsung dan tidak langsung menawarkan
suatu perasaan selamat dan terlindung daripada angkara
dalam persekitaran sosial mereka.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat
Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 25 April
2010 bersamaan 10 Jamadilawal 1431H telah
membincangkan hukum perlakuan Mat Rempit (Lumba
Haram) menurut pandangan Islam.
Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju
menfatwakan bahawa hukum perlakuan Mat Rempit
adalah haram kerana faktor-faktor berikut:
a. Perlakuan Mat Rempit (Lumba Haram dan lain-lain)
merupakan perlakuan yang boleh membahayakan diri
sendiri.
b. Menyebabkan berlaku bahaya kepada pengguna jalan
raya.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
c. Mat Rempit sengaja melanggar hak-hak jalan raya yang
ditentukan oleh syarak.
d. Perlakuan Mat Rempit menyebabkan berlakunya
perbuatan jenayah kerana kebanyakkan mereka
dilaporkan berada di bawah pengaruh dadah dan arak
dan dengan itu mudah terjerumus kepada perbuatan
jenayah yang diharamkan oleh syarak.
Status penwartaan adalah tidak diwartakan.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Aktiviti Mat Rempit merupakan perbuatan melanggar undang-
undang di Malaysia yang termaktub di bawah Seksyen 42(1)
Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) Pindaan
1999:
42. (1) Mana-mana orang yang memandu suatu kenderaan motor di
jalan dengan melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara yang,
memandang kepada segala hal keadaan (termasuk jenis, keadaan dan
luas jalan dan kesesakan lalu lintas yang ada atau mungkin ada di
jalan itu) merbahaya kepada orang awam, melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dihukum penjara selama
tempoh tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang
daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima belas ribu
ringgit dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, penjara
selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan denda tidak
kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua
puluh ribu ringgit.
Negeri 2007-2010
Jumlah OPS Tangkapan (sek. 42 APJ)
Perlis 602 25
Kedah 777 85
Pulau Pinang 2244 466
Perak 1015 206
Selangor 629 91
Kuala Lumpur 525 1445
Negeri Sembilan 465 115
Melaka 1387 56
Jadual 5: Statistik
Johor 2219 304 OPS Lumba Haram
Pahang 671 69 Sumber: PDRM,
Terengganu 1314 98 2011
Kelantan 1170 9
Sabah 570 25
Sarawak 366 11
Jumlah 13954 3005
Negeri Umur
<15 16-20 21-25 26-30 >31
Perlis 0 16 9 0 0
Kedah 4 47 29 5 0
Pulau Pinang 14 247 179 22 4
Perak 4 124 74 4 0
Selangor 3 46 40 2 0
Kuala Lumpur 31 891 468 39 16
Negeri Sembilan 0 59 52 4 0
Melaka 3 36 16 1 0 Jadual 6: Lumba
Johor 16 166 113 5 2 Haram mengikut
Pahang 5 48 11 3 0 Umur (2007-
2010)
Terengganu 5 63 27 1 0
Sumber: PDRM,
Kelantan 6 8 1 0 0 2011
Sabah 0 7 18 0 0
Sarawak 0 2 7 2 0
Jumlah 91 1760 1044 88 22
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
iv. Gejala Kemurungan
Kemurungan merujuk kepada perasaan sedih yang
dialami oleh seseorang individu.
Kemurungan boleh dianggap sebagai suatu perasaan,
suatu sindrom atau suatu penyakit klinikal.
Bagi kebanyakan orang, gangguan emosi ini hanya
berjangka masa pendek sahaja. Namun dalam kes-kes
tertentu, perasaan murung ini berlanjutan sehingga
membawa kepada akibat yang tidak diingini seperti
membunuh diri atau penyakit mental yang lebih serius.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemurungan
boleh menjejaskan pelbagai aspek hidup seseorang
individu sama ada dari segi kognitif, emosi, sosial
mahupun fizikal.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Dalam satu kajian, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)
mendapati kemurungan klinikal ialah penyakit keempat
dalam ranking penyakit penyebab ketidakupayaan paling
teruk dan dijangka akan naik pada kedudukan kedua
menjelang 2020.
Fenomena gejala kemurungan ini akhirnya membawa
kepada tekanan perasaan dan emosi yang menyebabkan
pelbagai kejadian tidak diingini seperti kes cucu menikam
datuk hingga mati, wanita serang ibu suami, tikam
kekasih abang ipar serta marah isteri belasah mentua.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
a. Kecenderungan membunuh diri
Pakar bersetuju bahawa sekiranya seseorang itu nekad
untuk membunuh diri, tiga jenis perasaan telah
terbentuk di dalam dirinya, iaitu - tidak lagi tahan untuk
menanggung azab, tidak lagi mampu melarikan diri dan
tidak upaya lagi menghadapi ketentuan.
Rekod Daftar Statistik Bunuh Diri Malaysia mencatatkan
seramai 731 (545 lelaki dan 186 wanita) membunuh diri
dalam tempoh tiga tahun antara 2007 hingga 2010.
Daripada angka itu 321 kes melibatkan individu yang
berkahwin, 298 bujang, 34 orang balu dan 29 orang yang
bercerai.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Statistik itu merupakan sebahagian daripada laporan
Kabinet yang dibentangkan di Dewan Negara April 2011.
Kajian WHO mendapati, penyebab utama kematian
akibat bunuh diri adalah kemurungan. WHO turut
menganggarkan bahawa di rantau Asia Pasifik, orang yang
mati akibat bunuh diri sebenarnya lebih ramai
berbanding mati akibat tuberculosis.
Senario bunuh diri dijangka akan meningkat sekiranya
masyarakat enggan bersikap terbuka terhadap isu yang
berkaitan dengan masalah sosio-ekomoni yang boleh
menjurus kepada isu psikiatrik.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
b. Wanita mudah alami kemurungan
Kajian mendedahkan bahawa dalam satu-satu masa,
sekitar lima hingga 10 peratus anggota masyarakat
berdepan dengan episod kemurungan yang memerlukan
bantuan psikiatri atau bantuan psikososial.
Tetapi, wanita mempunyai kadar risiko yang lebih tinggi
berbanding lelaki iaitu sekitar satu nisbah dua
kebarangkalian untuk mengalami episod kemurungan
sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Saintis percaya kekerapan itu berpunca daripada beban
mengimbangi pelbagai peranan sebagai suri rumahtangga,
tugas profesional, isteri dan ibu.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Berbeza dengan wanita, lelaki sering merawat sendiri
kemurungan dengan terjebak dalam kegiatan tidak sihat
seperti dadah dan arak sekaligus menyebabkan isu
kemurungan sukar dikesan.
Kajian juga menunjukkan bahawa penyakit kemurungan
ini lebih mudah menyerang pada tempoh paling
produktif seseorang individu, iaitu mereka yang berusia
kurang 45 tahun, berbanding mereka yang lebih tua.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Islam menegaskan, akhlak yang mulia dapat mendidik dan
mengawal tingkah laku meliputi emosi dan perasaan.
Seseorang itu hendaklah sentiasa bersopan santun, sabar,
mengingati Allah, sentiasa beradab, merendah diri,
pemaaf, tidak mudah marah, syukur, takwa serta tawakal
menghadapi ujian dan dugaan.
Firman Allah: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan
tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah".
Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah
hati manusia. (Ar-Rad: 2)
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Firman Allah: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji
kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan
(dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya)
kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil
tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-
orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila
mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada
Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang
yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari
Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah
orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. (Al-
Baqarah: 155-157)
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
5.4.2 Kelemahan institusi masjid
Dalam sejarah Islam, masjid merupakan satu institusi
yang amat penting.
Masjid bukan sekadar merupakan satu tempat bagi umat
Islam melakukan ibadat-ibadat khusus seperti
sembahyang, membaca al-Quran, berzikir dan
seumpamanya, bahkan ia telah dijadikan pusat
pembangunan masyarakat Islam yang lebih menyeluruh.
Oleh kerana itulah usaha pertama yang dilakukan oleh
Rasulullah s.a.w untuk membentuk masyarakat dan
negara Islam di Madinah ialah mendirikan masjid.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Masjid Nabawi di Madinah telah menjadi nadi kepada
kegiatan penting di zaman Rasulullah, di mana baginda
mendidik umatnya supaya dapat mengatur urusan hidup
dan urusan agama pada peringkat individu, keluarga,
masyarakat dan negara.
Lantaran itu, masjid telah memainkan peranan yang amat
luas yang mencakupi aspek-aspek ibadat, ilmu, politik,
ekonomi, ketenteraan, pentadbiran, pembentukan dasar
negara, perhubungan antara negara dan sebagainya.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
i. Kelesuan masjid
Kebanyakan masjid hilang daya kekuatannya, pesonanya
bahkan identitinya.
Masjid dilihat sebagai medan yang hanya bersifat umum
semata-mata untuk melakukan ibadat khusus, tempat
kenduri dan majlis akad nikah semata-mata.
Masjid juga hilang daya pesona untuk menarik golongan
belia dan remaja untuk mengimarahkannya.
Kegiatan yang bersifat kebudayaan, ekonomi dan sosial
seolah-olah tiada ruang untuk dilaksanakan dalam
persekitaran masjid.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
ii. Masalah dan Cabaran
a. Menyediakan tempat ibadah yang selesa ruang solat
yang bersih dan kemas, tandas dalam keadaan bersih
dan sempurna, landskap masjid yang menampakkan
suasana yang ceria, suasana tempat ibadah yang jauh
dari kebisingan dan hiruk piruk.
b. Menyediakan program pengukuhan ilmu dan penjanaan
diri mengadakan program dan aktiviti pengajian
secara teratur dan sistematik.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
c. Menjadikan institusi masjid sebagai medan pengukuhan
silaturahim menyambut kehadiran jemaah dengan
layanan mesra, mengadakan program dan aktiviti
kemasyarakatan, bersedia menerima cadangan dan
teguran yang membina.
d. Meningkatkan pentadbiran dan pengurusan dana
kewangan menyediakan penyata kewangan yang
lengkap bulanan dan tahunan, berusaha mengumpul
dana melalui proses yang sesuai, menggunakan hasil
sumbangan untuk kebajikan dan kepentingan kariah.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di
Malaysia
e. Mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak
berkuasa enakmen pentadbiran perundangan negeri,
tatacara pengurusan kewangan dan sebagainya.
f. Melakukan muhasabah berterusan atau post mortem
melihat bahawa konflik dalam organisasi membawa
kesan kepada pentadbiran dan pengurusan masjid,
pengurusan sumber kewangan melalui pendapatan dan
pengagihan, pengurusan masjid sebagai pusat atau zon
perpaduan masyarakat dan pembangunan ilmu dalam
masyarakat setempat.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
ii. Meningkatkan tadbir urus profesional
Pengurusan institusi masjid perlu diberikan nafas baru
sesuai dengan perkembangan dan tuntutan semasa.
pengurusan profesional dalam konteks institusi masjid
adalah satu sistem amalan pengurusan yang teratur dan
sistematik demi untuk mencapai matlamat dan objektif
institusi masjid itu sendiri.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Jika ditinjau dari perspektif keperluan institusi masjid,
wajah profesional dalam pengurusan perlu melibatkan
pelbagai aspek, antaranya:
a. Pengurus yang profesional atau sumber manusia
profesional
b. Fizikal masjid yang profesional
c. Jemaah atau khalayak ramai yang profesional
d. Perancangan dan pengurusan yang profesional
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Dalam konteks pengurus yang profesional, ianya
melibatkan semua pihak yang mempunyai kaitan
langsung dengan pengurusan institusi masjid.
Bidang pentadbiran masjid hari ini memerlukan
pengurus yang profesional atau profesional yang
menguruskan masjid, dan juga imam yang profesional
atau profesional Islam yang menjadi imam.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Dalam konteks fizikal masjid yang profesional, harus
dilihat bahawa masjid masa kini perlu disiapkan dengan
kelengkapan fizikal yang sewajarnya.
Semua infrastruktur yang terdapat dalam masyarakat
perlu dibawa ke dalam persekitaran masjid seperti :
Kediaman yang selesa untuk para imam dan pegawai
masjid.
Dewan orang ramai untuk aktiviti keramaian seperti
kenduri kahwin dan sebagainya.
Kelas pengajian yang selesa dan menarik.
Padang permainan yang boleh berfungsi sebagai medan
kemasyarakatan setempat.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Dalam konteks jemaah yang bersifat profesional pula, ia
dianggap sebagai faktor pengukuh kepada terbangunnya
pengurusan profesional.
Justeru, para jemaah perlu diberikan kesedaran tentang
perlunya mereka memberikan sokongan padu dan utuh
kepada pengurusan masjid.
Tanpa sokongan mereka secara profesional, institusi
masjid akan mengalami kegagalan dalam fungsinya
sebagai medan pembangunan umat keseluruhannya.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Beberapa langkah yang dapat diambil sebagai langkah
utama ke arah menarik jemaah ke masjid seperti:
Aktiviti kemasyarakatan perlu dilaksanakan, seperti
program motivasi keusahawanan, khidmat nasihat
kaunseling, pemeriksaan kesihatan percuma,
menyediakan pusat dialisis dan kesihatan.
Mengadakan kelas bimbingan tuisyen di institusi masjid.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Dalam konteks perancangan dan pengurusan profesional
pula,ia adalah aspek yang paling utama kerana ianya
bersifat semasa dan mampu dinilai oleh jemaah atau
sasaran.
Perancangan dan pengurusan masjid juga melibatkan
program dan aktiviti pengisian ilmu yang diatur, juga
tentang pemilihan ahli jawatan kuasa yang
berkemampuan dan berketerampilan.
Pembangunan masjid akan berlipat kali ganda hasilnya
dengan wujudnya ahli jawatan kuasa yang mempunyai
ilmu dan kepakaran.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Mengambil contoh Masjid Jamek Bandar Baru Uda yang
dianggap melebihi piawaian sebagai masjid cemerlang di
negeri Johor.
Pemilihan pihak pengurusan jawatan kuasa masjid yang
terdiri daripada golongan profesional seperti doktor,
peguam, akauntan, pensyarah, jurutera dan ahli korporat
amat penting bagi menyelaraskan pelbagai program
berfaedah untuk keperluan masyarakat di sekitarnya.
Antara contoh lain adalah Masjid Putra, Putrajaya dan
Masjid As-Salam Puchong Perdana Selangor.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Dalam kerangka ke arah pengurusan profesional juga,
pengurusan masjid perlu memikirkan usaha untuk
mendapatkan sijil ISO dari pihak SIRIM.
Pada peringkat awal untuk mendapatkan sijil tersebut,
mungkin melibatkan beberapa bidang pengurusan
tertentu seperti pengurusan fail pejabat, kemudian
diikuti dengan cabang pengurusan yang lain.
Pihak pengurusan masjid juga perlu mengadakan Bank
Maklumat Semasa atau Pusat Pengumpulan Data Semasa
yang melibatkan data orang-orang miskin setempat,
orang-orang tua, anak-anak yatim, golongan ibu tunggal,
golongan remaja bermasalah, golongan profesional
setempat dan sebagainya.
5.4 Isu-Isu Kemasyarakatan di Malaysia
Dalam kerangka pembangunan ekonomi pula, mungkin
boleh diwujudkan Koperasi Masjid (KOJID) dengan
mengumpulkan penduduk setempat sebagai ahli koperasi
dan koperasi tersebut dapat berfungsi sebagai pembekal
keperluan semasa dan harian kepada masyarakat
setempat.
Langkah-langkah seumpama ini pastinya akan memberi
nilai profesional dalam konteks pengurusan institusi
masjid.
5.5 Peranan Pelbagai Pihak
Realiti kehidupan kini menunjukkan keadaan masyarakat
di negara ini masih lagi bergelumang dengan kemaksiatan
dan keruntuhan modal insan sebagai seorang Muslim,
bahkan fenomena ini semakin berleluasa dan sangat
membimbangkan.
Hanya segelintir sahaja masyarakat Islam di negara ini
yang memegang teguh kepada ajaran Islam yang
dijelaskan oleh al-Quran dan al- Sunnah.
Malah sebahagian masyarakat Islam lain masih lalai
dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Oleh yang demikian, semua pihak wajar memainkan
peranan untuk meletakkan institusi kekeluarga dan
kemasyarakatn Islam berada di landasan yang benar.
5.5 Peranan Pelbagai Pihak
5.5.1 Peranan individu
Meningkatkan ilmu pengetahuan sama ada ilmu akhirat
mahupun ilmu keduniaan secara formal mahupun bukan
formal.
Menyertai aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan agar
hubungan komunikasi dapat ditingkatakan.
5.5 Peranan Pelbagai Pihak
5.5.2 Peranan keluarga
Keluarga merupakan komponen penting dalam proses
pembentukan masyarakat dan seterusnya negara.
Tanpa institusi keluarga, kewujudan negara tidak akan
sempurna.
Islam memandang keluarga sebagai sebuah institusi
pencorak masyarakat yang bakal dibina.
5.5 Peranan Pelbagai Pihak
Ibu bapa sebagai pendidik utama dalam keluarga perlulah
menggembleng sepenuh tenaga dan cuba sentiasa
memfokuskan perhatian terhadap melaksanakan segala
perintah yang diturunkan Allah.
Keyakinan beragama perlulah dipupuk sehingga menjadi
darah daging dalam kehidupan.
Sudah pasti anak akan membesar di atas dasar iman dan
taqwa dan akan bertapak padanya akhlak dan budi
pekerti yang mulia.
5.5 Peranan Pelbagai Pihak
Pendidikan sebenarnya dapat dibahagikan kepada tiga
bahagian utama iaitu pendidikan jasmani, pendidikan
minda dan pendidikan jiwa.
Mungkin pendidikan jasmani dan minda boleh diserahkan
kepada guru yang telah dipertanggungjawabkan untuk
tujuan tersebut.
Namun begitu, pendidikan jiwa yang merupakan
pendidikan utama dan penting, hanya dapat dilakukan
oleh ibu yang merupakan insan yang paling dekat dengan
anak-anak.
5.5 Peranan Pelbagai Pihak
Ibu atau bapa mestilah terlebih dahulu perlu memiliki
akhlak yang mulia.
Dengan akhlak yang dapat dicontohi, ibu bapa menjadi
teladan kepada anak-anak.
Namun sekiranya ibu bapa sendiri yang ketandusan
akhlak mulia seperti pengasih, penyanyang, bersopan
santun, berbudi pekerti mulia bagaimana untuk mereka
mengeksport kemuliaan itu kepada orang lain
khususnya kepada anak-anak.
5.5.Peranan Pelbagai Pihak
Ibu bapa juga janganlah terlalu ghairah terhadap kerjaya
atau pekerjaan sehingga mengabaikan kebajikan sosial
keluarga kerana itu bercanggah dengan ajaran Islam.
5.5 Peranan Pelbagai Pihak
5.5.3 Peranan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
NGO Islam merupakan antara organisasi yang
ditubuhkan untuk mengislahkan masyarakat ke arah
membina kehidupan yang lebih baik berteraskan ajaran
Islam yang suci.
Selain itu, penubuhan badan dakwah tersebut
bermatlamat untuk membentuk masyarakat yang
sentiasa taat kepada perintah Allah dengan mengadakan
seruan dakwah Islamiah kepada masyarakat Islam.
5.5 Peranan Pelbagai Pihak
NGO Islam perlu berperanan dalam mengatur aktiviti
dan program secara berkala untuk menjadikan
masyarakat memahami dan menghayati ajaran Islam yang
suci serta memperbaiki kehidupan mereka ke arah
kebaikan.
Aktiviti formal yang dilaksanakan adalah menfokuskan
kepada bidang pendidikan dan muamalah Islam.
Aktiviti informal pula adalah berbentuk aktiviti secara
dalaman dan aktiviti luaran.
5.5 Peranan Pelbagai Pihak
Mengamalkan konsep dakwah bil hal agar ia dapat
mengenalpasti dan memahami masalah yang berlaku
dalam masyarakat.
Melaksanakan islah dan dakwahnya secara berjamaah
dan dilakukan secara bersatupadu dalam menyelesaikan
sesuatu permasalahan yang timbul dalam kalangan
masyarakat.
Menggunakan pendekatan ziarah atau lawatan bagi
mengeratkan hubungan silaturrahim.
Memperkembangkan islah dan dakwahnya melalui
jaringan internet, media elektronok dan media cetak
seperti risalah, poster dan sebagainya.
5.5 Peranan Pelbagai Pihak
5.5.4 Peranan kerajaan
kerajaan boleh mengadakan kempen pembentukan
masyarakat penyayang di seluruh negara.
Kempen yang dijalankan mesti holistik dan memberi
kesan kepada masyarakat.
Papan tanda serta risalah yang diedarkan mestilah
mampu menarik perhatian orang ramai dan seterusnya
memberi impak yang efektif.
5.5 Peranan Pelbagai Pihak
Kerajaan mestilah menguatkuasakan undang-undang
dengan tegas dan efektif bagi membendung gejala sosial
dikalangan masyarakat.
Sebagai contoh menyekat pengeluaran bahan-bahan
porno atau lucah yang semakin berleluasa dipasaran
melaui pelbagai medium sama ada internik, media
elektronik dan media cetak.
Kerajaan mestilah mengkaji semula dan menggubal
undang-undang yang lebih mesra agama. Contohnya,
apabila penangkapan dibuat terhadap peminum arak
ataupun penzina, hukuman juga harus dikenakan kepada
yang bukan beragama Islam.

Anda mungkin juga menyukai