Anda di halaman 1dari 9

KEKELUARGAAN DI DALAM ISLAM

• DEFINISI :
• Keluarga beerti seisi rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri atau beserta anak-anak. Juga meliputi kaum kerabat atau sanak
saudara.
• Berkeluarga beerti mempunyai keluarga, saudara-mara atau berkerabat. Kekeluargaan pula membawa maksud yang berkaitan dengan
keluarga atau hubungan sebagai anggota di dalam sesuatu keluarga berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan
• Terbahagi kepada 2 iaitu keluarga asas dan keluarga kembangan

• KONSEP KEKELUARGAAN :
• Islam telah menetapkan peraturan-peraturan perkahwinan dan perjalanan keluarga yang lengkap dan sempurna. Peraturan ini berbentuk
undang-undang dan juga pendidikan kesederan beragama yang membina rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak.

• Dalil
• Rasulullah berbangga dengan bilangan umat-Nya yang ramai
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. yang bermaksud. ”Kahwinilah perempuan yang banyak keturunannya (ramai anak) lagi
dicintai, kerana sesungguhnya aku akan bermegah-megah dengan ramainya umatKu di hari kiamat kelak”. (Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban
)


TANGGUNGJAWAB AHLI KELUARGA

• Setiap ahli keluarga mempunyai tanggungjawab terutamanya ibu bapa. Antara tanggungjawab yang
perlu dilaksanakan ialah, ibu bapa mestilah memberikan didikan agama dan moral sejak kecil lagi.
Dengan adanya bekalan didikan agama juga, seseorang individu akan mengetahui tanggungjawab
masing-masing dan melaksanakan atau memikul tanggungjawab tersebut dengan baik, tamsilnya
seorang bapa akan menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dan suami dengan baik, begitu juga
seorang ibu atau isteri dan juga anak-anak yang masing-masing menjalankan tanggungjawab
mereka dengan baik kerana dengan didikan agama mereka tahu dosa dan pahala. Didikan agama
menjadikan seseorang itu tidak leka terhadap tanggungjawab yang digalas. Natijahnya, seseorang
yang ada ilmu agama akan menjalankan tanggungjawab dalam sesebuah keluarga dengan baik
seterusnya akan melahirkan keluarga yang bahagia.

ْْْْْْْْْْْْْْْْْ‫سلَ َْم خَي ُر ُكمْ خَي ُر ُكمْ ِِلَهِْل ِْه َوأَنَا خَي ُر ُكمْ ِِلَهِْلي‬ َْ ‫صلَى‬
َ ‫ّللاُ َعلَي ِْه َو‬ َِْ ‫ل‬
َ ‫ّللا‬ ُْ ‫سو‬ َْ ‫ش ْةَ قَالَتْ قَا‬
ُ ‫ل َر‬ َ ِ‫َعنْ َعائ‬
Daripada Aisyah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik
terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku.”

(HR Tirmidzi No: 3830) Status Hadis Sahih


TALAQ
• Talaq dari segi bahasa melepas atau terlepas dan dari segi istilah merungkaikan
pwerkahwinan dengan lafaz talak dan sebagainya.
Dalam surah Al-Baqarah ayat 229 yan bermaksud :
Talak (yang dapat dirujuk) itu dua kali. (Setelah itu suami dapat) menahan dengan baik, atau
melepaskan dengan baik. Tidak halal bagi kamu mengambil kembali sesuatu yang telah kamu
berikan kepada mereka, kecuali keduanya (suami dan istri) khawatir tidak mampu
menjalankan hukum-hukum Allah.
PEMBAHAGIAN TALAQ
Pembahagian pertama : Sorih dan kinayah
Talaq sorih : lafaz talaq yang digunakan jelas menunjukkan kepada makna talak dan lafaz ini tdk boleh
ditafsirkan dgn makna yang lain.
Contoh lafaz : aku ceraikan kau
Talaq kinayah : Talaq yang ditafsirkan talaq selain talaq
Contoh lafaz : kau bebas dari ku
PEMBAHAGIAN KEDUA

• Talaq sunni, talaq bid’ie & selain keduanya.


Talaq sunni : harus. Talaq 1 atau talaq 2 dalam masa suci.
Talaq bid'ie : suami mentalak istrinya dalam keadaan haidh atau dalam masa suci setelah ia
mencampuri isterinya, atau suami menceraikan isteri dgn tiga talak sekaligus dengan satu
lafaz dalam satu majlis. Hukumnya haram kerana ia mendatangkan mudarat kepada kaum
wanita.

PEMBAHAGIAN KETIGA
• Talaq biasa dan talaq khulu
Talaq khulu : Talaq yang berlaku atas keinginan isteri untuk bercerai
Huraian : Isteri menebus dirinya agar dibebaskan oleh suaminya dgn cara mengembalikan mas
kahwin yang telah disepakati kepada isteri.
CIRI II DAN JENIS KELUARGA

Keluarga Harmoni Keluarga yang bermasalah


Keluarga yang harmoni ini dapat dilihat • Keluarga yang bermasalah ini
mungkin dari segi amalan keluarga mungkin mengahadapi kekurangan
tersebut . Contoh nya seperti didikan dari segi suami dan juga
ibubapa terhadap anak anak telah mantap isteri,seperti tiada rezeki dari allah
dari awal nya serta menghadapi kesusahan yag
melampau .
PERANCANGAN SEBELUM MENDIRIKAN KELUARGA

1. Mesti ada jangkaan tarikh risik, tunang dan berkahwin supaya dapat susun timeline persediaan kewangan.

2. Penentuan tempat tinggal di mana, adakah dekat dengan tempat kerja atau di negeri ibu bapa.

3. Wajib melengkapi diri dengan asas rumah tangga seperti pengurusan emosi, pengurusan rutin harian keluarga, kemahiran mengemas,
memasak dan sebagainya.

4. Pembinaan kerjaya suami isteri selepas berkahwin. Memerlukan perbincangan dan toleransi agar saling support antara satu sama
lain.

5. Merancang perkembangan keluarga dan anak-anak, seperti mengambil kira kesihatan, persediaan dan kemampuan memilik anak
berapa orang.

6. Berusaha bergaul dan libatkan diri dengan masyarakat. Bagi lelaki mesti mula biasakan diri ke masjid.

7. Ubah minda dan persekitaran sekeliling. Jika circle kaki gamers dan suka keluar lepak malam, cuba ubah kepada circle yang lebih
positif kerana selepas berkahwin gaya hidup akan berubah.
FASAKH
• Fasakh adalah salah satu cara pembubaran ikatan perkahwinan yang ada di dalam agama Islam.

• Menurut istilah bahasa, fasakh membawa maksud rosak atau putus.

• Dari segi istilah syarak pula, ia membawa maksud fasakh adalah melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dengan isteri melalui kuasa yang
ada pada hakim atau kadi, atas sebab-sebab dan alasan-alasan yang dibenarkan oleh syarak.

• Siapa Yang Boleh Melakukan Tuntutan Fasakh?

• tuntutan cerai fasakh ini adalah hak yang ada pada seorang isteri sahaja.

• Kedua-duanya boleh memfailkannya di mahkamah namun ia sangat jarang dilakukan oleh suami kerana suami mempunyai hak dan kuasa untuk
melafazkan talak.

• Tidak pula bagi seorang isteri dimana isteri tiada kuasa dan hak untuk melafazkan talak.

• Jadi, inilah hak yang ada pada isteri iaitu untuk membubarkan perkahwinan melalui tuntutan fasakh.

• Cara Tuntut Fasakh


• digalakkan untuk anda yang ingin melakukan tuntutan ini supaya melantik mana-mana peguam atau Biro Bantuan Guaman.

• Hal ini kerana ia akan sangat membantu anda untuk memudahkan perjalanan tuntutan namun tiada masalah juga untuk melakukannya
sendiri.
Sebab-Sebab Membolehkan Fasakh
• setiap negeri mempunyai undang-undang keluarga Islam tersendiri.

• Menurut seksyen 52 (1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984

• Antara sebab yang membolehkan tuntutan fasakh adalah :


• 1- Keberadaan suami tidak diketahui atau dikenal pasti selama lebih daripada tempoh satu tahun;

• 2- Suami tidak memberikan sebarang peruntukan untuk nafkah selama tiga bulan;

• 3- Suami telah dihukum penjara untuk tempoh selama tiga tahun atau lebih lama lagi;

• 4- Suami tidak melaksanakan kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) tanpa sebab yang munasabah berdasarkan syarak selama tempoh satu tahun atau
lebih.

• 5- Suami telah mengalami masalah mati pucuk dari sebelum atau semasa berkahwin hingga sekarang dan dirahsiakan daripada isteri;

• 6- Suami telah menjadi gila selama dua tahun atau sedang mengidap beberapa penyakit seperti kusta, vitiligo atau penyakit kelamin yang bersifat
berjangkit;

• 7- Jika perempuan itu telah dikahwinkan oleh wali mujbir perempuan sebelum baligh, perempuan itu juga masih belum disetubuhi suami dan masih
belum lagi mencapai umur 18 tahun, dia berhak untuk menolak perkahwinan tersebut.

Kesan Fasakh
• Untuk pengetahuan anda, pembubaran ikatan perkahwinan secara fasakh termasuk dalam kategori talak Ba’in Sughra.

• dimana setelah mahkamah memutuskan untuk membubarkan perkahwinan, ia tidak boleh dirujuk kembali.

• Apa yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan akad nikah yang baru.

• Hukum Fasakh

• Hukum fasakh termasuk dalam kategori harus untuk isteri menuntut fasakh demi menjaga kemaslahatan dan kebaikan untuk kedua-dua belah pihak.

• Hal ini kerana ia akan sangat membantu anda untuk memudahkan perjalanan tuntutan namun tiada masalah juga untuk melakukannya sendiri
• Hikmah Fasakh
• memberi peluang kepada si isteri untuk membuat tuntutan pembatalan perkahwinan.

• mengelakkan daripada kemudaratan yang akan ditanggung oleh isteri sekiranya ikatan perkahwinan diteruskan.

• menjadi sebuah bentuk peringatan kepada suami agar sentiasa bertanggungjawab dalam menunaikan hak-hak isteri dan keluarga kerana mereka
sebenarnya tidak boleh melakukan apa-apa sahaja tanpa memikirkan isteri.

• menghindarkan suasana yang tidak baik terhadap perkembangan fizikal, mental, dan emosi anak-anak.

• penting untuk menyelamatkan akidah isteri dan anak-anak sebagai akibat daripada suami yang murtad.

• Hak Isteri Selepas Fasakh


• a. Tuntutan Mutaah
• b. Tuntutan Nafkah ‘Iddah
• c. Tuntutan Hadhanah
• d. Tuntutan Nafkah Anak

• e. Tuntutan Harta Sepencarian


• f. Tuntutan Tunggakan Hutang

Anda mungkin juga menyukai