Anda di halaman 1dari 9

PERKAHWINAN DI USIA MUDA

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

DEFINISI PERKAHWINAN
BAHASA : BERKUMPUL DAN
BERCAMPUR
ISTILAH :ialah Ijab dan Qabul
(aqad) yang menghalalkan
persetubuhan antara lelaki dan
perempuan yang diucapkan oleh
kata-kata yang menunjukkan nikah,
menurut peraturan yang ditentukan
oleh Islam

DALIL PERKAHWINAN
Firman Allah dalam Surah An-Nisaa 4; Ayat 1 :
Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari
diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; Dan daripada keduanya Allah
memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah
yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan
(peliharalah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi
kamu.

HUKUM PERKAHWINAN DALAM ISLAM


HUKUM

HURAIAN

WAJIB

kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh


menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia
seorang yang mampu

MAKRUH

kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir
tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia
kaya atau tiada nafsu yang kuat

HARAM

kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan
lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan
berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin

SUNAT

kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya

HARUS

kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk
berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan

KEBAIKAN KAHWIN DI USIA MUDA


1. Mengelak Dari Berlaku Seks Bebas
Bagi golongan remaja yang sudah melepasi 18 tahun, kebiasaannya
nafsu mereka mudah teransang dan membuak-buak. Apabila berlaku pergaulan
antara lelaki dan wanita, perasaan sayang dan nafsu akan mula timbul.
Mereka akan keluar berjalan beriringan jalan bersama, menonton wayang,
berbalas mesej hingga lewat malam yang boleh menjerumus ke arah maksiat.

2. Berubah Menjadi Lebih Bertanggungjawab


Jika ketika bujang dahulu, segala usaha dan hidup kita lebih terarah kepada
kita sahaja. Kepada yang datang dari keluarga berada, mungkin segala
keperluan dan kemudahan sudah disediakan oleh ibu bapa anda untuk anda.

3. Diri Berubah Ke Arah Kebaikan


Menjadi lumrah bagi pada sesiapa yang sudah berkahwin, pasti akan berubah
menjadi seorang yang lebih positif. Pasti tabiat lama yang berunsurkan negatif
seperti merempit dan melepak, lama kelamaan pasti akan terhakis sedikit demi
sedikit.

4. Jangan Biarkan Dijodohkan Begitu Lama


Tidak perlu menunggu ekonomi kalian betul-betul kukuh baru anda berdua
mahu disatukan. Bagi memastikan ekonomi anda betul-betul kukuh
memerlukan pengorbanan masa yang lama, bergantung kepada rezeki yang
bakal telah ditentukan oleh Allah.

KEBURUKAN KAHWIN USIA MUDA


1.Tidak Mendapat Restu Ibu Bapa
Ibu bapa mana yang tidak mahu yang terbaik buat anak-anak mereka.
Pasti mereka akan terkejut dan menolak cadangan anda untuk berkahwin pada
usia muda, tambahan jika anda masih sedang belajar, akan ditolak mentahmentah permintaan anda.

2. Bosan dengan Kehidupan Berumah Tangga


Rumah tangga yang hanya berlandaskan nafsu dan tanpa cinta atau kasih
sayang seperti buah yang tiada manisnya. Sebaik-baiknya berkahwinlah
dengan pasangan benar-benar anda cinta supaya kemanisan berumah tangga
dapat dirasai

3.Mempunyai Masalah Kewangan


status ekonomi si suami muda biasanya belum stabil seusia belasan tahun atau
sekitar 20-an. Ini memberikan tekanan hidup dan mula menyebabkan
berlakunya masalah rumah tangga.

Kesimpulan
Pelbagai perkara manis anda akan rasai apabila berkahwin.
Berkahwin pada usia muda adalah antara perkara yang terpuji.
Namun, pastikan anda cukup bersedia untuk menempuh alam
berumah tangga ini pada usia yang muda.Jika anda dan
pasangan anda sudah bersedia dan mendapat restu kedua-dua
belah pihak, berkahwinlah walaupun pada usia muda. Kecapi
keindahan rumah tangga sebaik-baiknya dan pastikan rumah
tangga anda kekal bahagia.

Anda mungkin juga menyukai